Anda di halaman 1dari 37

MODEL 3

PENGGAL 2 STPM
2016

ASMAWI BIN ABDULLAH


SMK Purun
28330 Triang, Pahang.

Penggal 2 STPM 2016...SMK


Purun

1 (a) Terangkan konsep daya kariolis.

Daya yang dihasilkan daripada


putaran bumi di atas paksinya
yang menyebabkan tiupan angin
terpesong iaitu angin bertiup ke
kiri di hemisfera selatan dan
bertiup ke kanan di hemisfera
utara.
Penggal 2 STPM 2016...SMK
Purun

[3]

1 (b) Jelaskan dua jenis angin monsun

yang dialami oleh Malaysia.

Angin Monsun Timur Laut yang


beitiup pada bulan November
hingga Mac.
Angin Monsun Barat Daya yang
beitiup pada bulan Mei hingga
September.
Penggal 2 STPM 2016...SMK
Purun

[4]

1 (c) Jelaskan pengaruh angin monsun

terhadap aktiviti manusia.


Kegiatan perikanan terjejas kerana angin
monsun timur laut menyebabkan laut bergelora
di Laut China Selatan. Nelayan tidak dapat turun
ke laut terutamanya nelayan pinggir pantai.

Menggalakkan aktiviti pelancongan seperti acara


`Monsun Cup'. Banyak peminat perahu layar
akan berkunjung ke Kuala Terengganu semasa
angin monsun timur laut.

Penggal 2 STPM 2016...SMK


Purun

[4]

1 (d) Huraikan dua kesan tiupan angin

monsun terhadap alam sekitar


fizikal.
Berlakunya banjir akibat curahan hujan lebat yang
dibawa bersama-sama semasa berlakunya tiupan
angin monsun, terutamanya semasa angin
monsun timur laut dan banyak negeri di Pantai
Timur Semenanjung Malaysia ditenggelami air.
Berlaku banyak kejadian tanah runtuh
terutamanya di kawasan lereng bukit dan tanah
tinggi yang diterokai oleh aktiviti manusia seperti
pembinaan lebuh raya dan jalan raya, pertanian
dan petempatan.
Penggal 2 STPM 2016...SMK
Purun

[4]

2 (a)

Dengan menggunakan jadual di atas, lukis graf


bulatan untuk menunjukkan min suhu dan hujan
bulanan di Stesen Kaji Cuaca X pada tahun 2014.

Penggal 2 STPM 2016...SMK


Purun

[15]

2 (b) Jelaskan taburan min suhu dan jumlah [4]


bulanan di stesen kaji cuaca tersebut.
Min suhu pada tahun 2014 ialal 23.5C dengan
julat suhunya sebanyak 5C ( Min suhu maksimum
ialah 26 ( yang dicatatkan pada bulan Februari
dan min suhu minimum ialah 21 C yang
dicatatkan pada bulan Jun, Julai dan Ogos.
Jumlah hujan yang diterima pada 2014 ialah 123
mm. Jumlah hujan maksimum turun pada bulan
Apri iaitu 23 mm. Jumlah hujan minimum turun
pada bulan Julai, iaitu 4 mm.
Penggal 2 STPM 2016...SMK
Purun

2 (c) Bincangkan kesan pola taburan min suhu

[6]

dan jumlah hujan bulanan terhadap aktiviti


pertanian.
Secara keseluruhan, jika dilihat dan segi taburan hujan,
kawasan ini tidak sesuai dijadikan kawasan pertanian kerana
jumlah air hujan yang tidak mencukupi, iaitu purata 123 mm
sahaja pada tahun 2014. Namun, jika dilihat dari segi taburan
suhu, min suhu sebanyak 23.5 C menjadikan kawasan ini
sesuai dijadikan kawasan pertanian.
Kegiatan pertanian boleh dijalankan pada awal dan akhir tahun
kerana suhu agak tinggi pada masa itu. Contohnya, gandum
boleh disemai, tumbuh dan dituai pada masa itu. Bagi tujuan ini,
sistem pengairan yang baik harus diwujudkan di kawasan
tersebut.

Penggal 2 STPM 2016...SMK


Purun

2 (c) Bincangkan kesan pola taburan min suhu


dan jumlah hujan bulanan terhadap aktiviti
pertanian.
Pada pertengahan tahun pula, walaupun kegiatan pertanian
masih boleh dijalankan. namun jenis tanaman adalah seperti
sayur-sayuran dan buah-buahan berhawa sederhana sahaja.
Hal ini disehabkan suhu yang agak rendah dalam tempoh
tersebut, iaitu 21 C. Sistem pengairan yang baik dapat
menjamin pengeluaran hasil pertanian yang memuaskan.

Penggal 2 STPM 2016...SMK


Purun

[6]

3 (a) Jelaskan empat faktor yang


[12]
mempengaruhi kandungan air tanih di
kawasan Tropika Lembap.
Iklim
Hal ini berlaku kerana unsur iklim, terutamanya hujan
merupakan punca bekalan air tanih. Kawasan yang
menerima jumlah air hujan yang banyak lazimnya
mempunyai kandungan air tanih yang banyak. Zon
tepunya hanya berada beberapa meter sahaja dari
permukaan bumi. Contohnya, kawasan beriklim
Khatulistiwa seperti Malaysia mempunyai jumlah
hujan tahunan yang tinggi dan banyak, iaitu melebihi
2030 mm setahun.
Penggal 2 STPM 2016...SMK
Purun

3 (a) Jelaskan empat faktor yang


[12]
mempengaruhi kandungan air tanih di
kawasan Tropika Lembap.
Litupan tumbuhan

Dengan adanya tumbuh-tumbuhan, kadar resapan air hujan


ke dalam tanah akan meningkat. Cegatan silara tumbuhan
yang padat dan berbentuk kanopi boleh menghalang air
hujan daripada jatuh terns ke lantai hujan. Pintasan oleh
akar tumbuhan mampu untuk memperlahan kadar larian air
di permukaan dan membenarkan lebih banyak air meresap
ke dalam tanah. Oleh itu, kawasan yang mempunyai jumlah
tumbuh-tumbuhan yang banyak akan mempunyai jumlah air
tanih yang banyak.
Penggal 2 STPM 2016...SMK
Purun

3 (a) Jelaskan empat faktor yang


[12]
mempengaruhi kandungan air tanih di
kawasan Tropika Lembap.
Kecerunan permukaan bumi
Kadar resapan air hujan di permukaan
bumi yang landai adalah tinggi
disebabkan pengaliran air permukaan
yang perlahan. Oleh itu, jumlah air tanih
di kawasan landai adalah lebih tinggi
berbanding dengan kawasan curam.
Penggal 2 STPM 2016...SMK
Purun

3 (a) Jelaskan empat faktor yang


[12]
mempengaruhi kandungan air tanih di
kawasan Tropika Lembap.
Jenis tanih
Hal ini berlaku kerana kadar serapan air tanih
bergantung pada jenis tanih yang terdapat di sesuatu
kawasan. Bagi tanah berpasir dan tanah gambut,
kadar keporosannya yang tinggi membenarkan lebih
banyak air meresap ke dalam tanah bagi membentuk
air tanih. Sebaliknya, tanah liar yang mempunyai
ruang rongga yang kecil mengehadkan kadar resapan
air ke dalam tanah clan mengurangkan kandungan air
tanih.
Penggal 2 STPM 2016...SMK
Purun

3 (a) Jelaskan empat faktor yang


[12]
mempengaruhi kandungan air tanih di
kawasan Tropika Lembap.
Aktiviti manusia
Aktiviti manusia seperti pertanian,
pembalakan, dan perlombongan
menyebabkan banyak tumbuh-tumbuhan
di permukaan bumi musnah. Tanpa
tumbuh-tumbuhai kadar resapan air hujan
ke dalam tanah menurun dan
mengurangkan kandungan air tanih.
Penggal 2 STPM 2016...SMK
Purun

3 (b) Bincangkan kepentingan sumber air


tanih kepada aktiviti penduduk di
sesuatu kawasan.
Aktiviti pertanian amat memerlukan sumber
air. Air mempengaruhi proses pertumbuhan
sesuatu tanaman. Contohnya, penanaman padi
memerlukan bekalan air yang banyak. Jumlah
takungan air yang banyak membolehkan padi
tumbuh dengan subur dan mergeluarkan hasil
padi yang bermutu serta berkualiti. Tanpa air,
padi tidak boleh tumbuh dengan baik dan akan
mati. Begitu juga dengan tanaman lain yang
memerlukan air untuk tumbuh dengan sihat.
Penggal 2 STPM 2016...SMK
Purun

[13]

3 (b) Bincangkan kepentingan sumber air


tanih kepada aktiviti penduduk di
sesuatu kawasan.
Kepentingan air juga dapat dilihat dalam kegiatan
perlombongan. Contohnya jumlah air yang banyak
diperlukan untuk melombong bijih timah yank
menggunakan pam kelikir. Hal ini berlaku kerana
air diperlukan untuk mengepam dan meruntuhkan
kawasan bukit yang mempunyai bekalan bijih timah
bagi mendapatkan bijih timah tersebut. Air yang
banyak juga diperlukan semasa kerja
mengasingkan bijih timah daripada bahan
sampingan yang lain seperti tahi bijih (amang).
Penggal 2 STPM 2016...SMK
Purun

[13]

3 (b) Bincangkan kepentingan sumber air


tanih kepada aktiviti penduduk di
sesuatu kawasan.
Sumber air yang banyak dapat melancarkan kegiatan
perindustrian. Hal ini berlaku kerana air merupakan
komponen utama dalam proses pembuatan sesuatu produk,
terutamanya bagi industri berasaskan air seperti industri
pembuatan minuman dan industri pembuatan kertas. Dalam
industri pembuatan minuman, air merupakan komponen
utama untuk menghasilkan minuman dalam industri minuman
dalam kotak. Dalam industri pembuatan kertas pula, air
diperlukan untuk menghancurkan kayu balak dan
melunturkan warna kayu balak sebelum digunakan untuk
menghasilkan kerta putih. Malah air juga digunaka untuk
menyejukkan jentera atau mesin kilang bagi mengekalkan
tahap produktiviti yang tinggi.
Penggal 2 STPM 2016...SMK
Purun

[13]

3 (b) Bincangkan kepentingan sumber air


tanih kepada aktiviti penduduk di
sesuatu kawasan.
Selain bergantung pada sumber ikan laut dan
sungai, manusia turut menjalankan kegiatan
menternak ikan. Kegiatan pentemakan ikan juga
memerlukan jumlah air yang banyak. Takungan
air dalam kolam membolehkan pentemakan ikan
dalam kolam dijalankan. Contoh ikan yang
ditemak ialah ikan keli, ikan lampam, dan ikan
tilapia. Tanpa bekalan air yang mencukupi,
penternakan ikan di dalam kolam sukar untuk
untuk dijalankan dengan baik dan berkesan.
Penggal 2 STPM 2016...SMK
Purun

[13]

3 (b) Bincangkan kepentingan sumber air


tanih kepada aktiviti penduduk di
sesuatu kawasan.

Kegiatan domestik yang dijalankan oleh manusia


di rumah juga melibatkan penggunaan air yang
banyak. Contohnya, air sebagai sumber minuman,
mandi dan membasuh kain. Bekalan air yang
mencukupi membolehkan manusia hidup dengan
selesa dan sejahtera dalam lingkungan
masyarakatnya. Air juga diperlukan untuk
menyediakan makanan harian bagi menampung
keperluan harian manusia.

Penggal 2 STPM 2016...SMK


Purun

[13]

4 (a) Dengan merujuk kepada negara Malaysia,


senarikan tiga rangkaian lebuh raya utama
di negara tersebut.

Lebuhraya Utara-Selatan.
Lebuh Raya Karak-Kuala Lumpur.
Lebuh Raya Persekutuan.
Penggal 2 STPM 2016...SMK
Purun

[3]

4 (b) Terangkan bagaimana sistem lebuh


raya boleh menjana pembangunan
ekonomi Malaysia.
Memudahkan dan mempercepatkan penghantaran
bahan mentah dan sumber alam seperti galian dan
basil hutan dari kawasan pedalaman ke kilang
pemprosesan.
Memudahkan pemasaran basil pengeluaran.
Dengan adanya lebuh raya, basil pertanian dapat
diangkut dan dipasarkan dengan cepat ke
kawasan bandar dan seterusnya boleh
meningkatkan pendapatan penduduk.
Penggal 2 STPM 2016...SMK
Purun

[4]

4 (c) Pembinaan lebuh raya telah banyak


memusnahkan alam sekitar fizikal.
Jelaskan
Menyebabkan kejadian hakisan dan
tanah runtuh di lereng bukit yang
mengalami proses pemotongan dan
penarahan.

Memusnahkan kawasan tadahan air


akibat penebangan tumbuhan hutan di
kawasan tanah tinggi sehingga
mengurangkan kadar resapan air.
Penggal 2 STPM 2016...SMK
Purun

[4]

4 (d) Kemusnahan alam sekitar akibat


pembinaan lebuh raya boleh dikurangkan
dengan langkah kejuruteraan . Jelaskan
pernyataan ini.
Membina tembok yang dilengkapi dengan
sistem perparitan di cerun bukit akan dapat
mengurangkan kesan hakisan dan kejadian
tanah runtuh.
Kawasan cerun bukit dilandaikan dan tebing
curam kaki bukit ditarah untuk mengurangkan
kecerunan jalan raya dan mengelakkan
daripada berlakunya tanah runtuh yang teruk.
Penggal 2 STPM 2016...SMK
Purun

[4]

5 (a) Jelaskan aktiviti pelancongan dari segi jenis [12]


dan taburannya di Malaysia.
Jenis pelancongan yang pertama ialah ekopelancongan yang
berkait rapat dengan kawasan semula jadi yang indah dan menarik
untuk menikmati alam semula jadi, udara yang segar dan bersih.
Antara kawasan semula jadi yang boleh dijadikan kawasan
pelancongan adalah pantai, air terjun, dan kawasan tanah tinggi
yang nyaman. Contohnya, Pantai Cherating di Pahang, Pantai
Cahaya Bulan di Kelantan, Air Terjun Sekayu, Tanah Tinggi
Cameron, serta Bukit Tinggi.

Jenis pelancongan yang kedua ialah agropelancongan yang


berkaitan dengan melawat ke kawasan pertanian dan menikmati
kehidupan di luar bandar bersama keluarga atau berkumpulan.
Pelancongan dalam dan luar negara dapat merasai gaya hidup
luar bandar yang dikunjungi yang berbeza dengan kawasan gaya
hidup asal mereka di bandar-bandar. Contohnya, lokasi program
Homestay di kampung-kampung di Perlis, Kedah, Perak, Selangor,
dan Johor.
Penggal 2 STPM 2016...SMK
Purun

5 (a) Jelaskan aktiviti pelancongan dari segi jenis [12]


dan taburannya di Malaysia.
Jenis pelancongan yang ketiga ialah pelancongan pendidikan yang dapat
digambarkan dengan cara sambil melawat sambil melancong oleh pelajar
luar negra ke Malaysia seperti dari China dan negara Arab Terdapat
banyak IPTA dan IPTS di Malaysia yang menawarkan kursus untuk belajar
di Malaysia. Tambahan pula lawatan seperti mengunjungi tempat
pelancongan yang berunsur sejarah sesebuah negara seperti Muzium
Negara dan Pusat Sains Negara.

Jenis pelancongan yang keempat ialah pelancongan kesihatan yang ratarata datang ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan kepakaran di hospital
di Malaysia yang tidak terdapat di negara mereka. Kadang-kadang
kedatangan mereka atas sebab jarak yang dekat bagi negara jiran yang
menjadi anggota ASEAN. Selain itu atas sebab adanya hubungan
persaudaraan memudahkan untuk mendapat maklumat. Malahan
keselesaan dan kepakaran yang ada di hospital itu sendiri telah menarik
kedatangan mereka ke Malaysia. Contohnya, IJN di Kuala Lumpur,
Hospital Selayang di Selangor, dan Hospital Putrajaya di Putrajaya.
Penggal 2 STPM 2016...SMK
Purun

5 (a) Jelaskan aktiviti pelancongan dari segi jenis [12]


dan taburannya di Malaysia.
Jenis pelancongan yang kelima ialah pelancongan budaya dan
warisan yang melibatkan pelancongan di kawasan bersejarah,
adanya tapak arkeologi dan muzium. Para pelancongan luar dan
dalam negara yang berminat untuk melihat lebih dekat dengan
tempat bersejarah, tapak arkeologi dan muzium akan berkunjung
ke kawasan ini Contohnya, Lembah Bujang di Kedah, Kota A
Famosa di Melaka, dan Kota Tampan di Perak.

Jenis yang keenam ialah pelancongan sukan yang melibatkan


acara sukan peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Serentak
dengan menghadiri acara tersebut, para atlet sukan akan melawat
atau mengunjungi tempat bersejarah atau kompleks beli belah
yang terdapat di sekitar lokasi acara sukan di adakan. Contohnya,
acara Formula One di Sepang, LIMA di Pulau Langkawi, dan Pesta
Layang-layang di negeri-negeri pantai timur Semenanjung
Malaysia.
Penggal 2 STPM 2016...SMK
Purun

5 (b) Sejauhmanakah peranan kerajaan dapat

[13]

memperkembangkan sektor pelancongan di


Malaysia pada masa kini.
Peranan kerajaan yang pertama adalah mewujudkan kementerian yang
bersangkutan dengan pelancongan, iaitu Kementerian Pelancongan dan
Kebudayaan Malaysia. Kementerian ini dapat dilihat melalui salah satu
objektif, iaitu memperkasakan sektor pelancongan dan kebudayaan bagi
meningkatkan ekonomi negara dan mempromosikan keunikan seni,
budaya, dan warisan Malaysia sebagai pemangkin utama pertumbuhan
sektor pelancongan dan kebudayaan negara.
Peranan kerajaan yang kedua adalah mempromosikan pelancongan
secara berterusan ke peringkat antarabangsa. Peranan ini, contohnya
dimainkan Oleh Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (MTPB)
melalui pertunjukkan kebudayaan, rombongan perniagaan, lawatan ke
luar negara, dan menyertai persidangan antarabangsa. Melalui promosi,
pelbagai produk pelancongan yang ada telah banyak berjaya menarik
pelancong dari dalam dan luar negara.
Penggal 2 STPM 2016...SMK
Purun

5 (b) Sejauhmanakah peranan kerajaan dapat

[13]

memperkembangkan sektor pelancongan di


Malaysia pada masa kini.
Peranan kerajaan yang ketiga adalah menyediakan kemudahan
pengangkutan dan perhubungan supaya darjah ketersampaian ke destinasi
pelancongan lebih cekap, cepat, dan singkat. Apa yang lebih penting lagi
boleh memberi keselesaan kepada pelancong dalam kembara mereka ke
Malaysia. Pelbagai kemudahan pengangkutan telah disediakan Oleh kerajaan
dengan membina lebuh raya, membina lapangan terbang yang bertaraf dunia,
dan sistem aliran ringan di bandar yang lebih selesa.

Peranan kerajaan yang keempat adalah membangunkan wilayah berpotensi


untuk dijadikan kawasan pelancongan. Wilayah Pembangunan Iskandar atau
kini dikenal dengan Iskandar Malaysia merupakan salah satu contoh
pembangunan yang jelas memainkan peranannya terhadap pembangunan di
Malaysia. Keunikan Iskandar Malaysia juga dilihat berdasarkan pembangunan
sedia ada seperti pembangunan bandar pesisir pantai Teluk Danga dan
Bandar Nusajaya. Projek Pembangunan Nusajaya, yang di dalamnya terdapat
Legoland merupakan sebuah bandar bertaraf dunia terbesar di Asia Tenggara.
Penggal 2 STPM 2016...SMK
Purun

5 (b) Sejauhmanakah peranan kerajaan dapat

[13]

memperkembangkan sektor pelancongan di


Malaysia pada masa kini.
Namun begitu, bukan sahaja peranan kerajaan memainkan peranan penting
dalam memperkembangkan sektor pelancongan. Terdapat faktor Iain seperti
terdapat tarikan semula jadi yang banyak di Malaysia seperti pulau-pulau,
pantai yang bersih, dan tanah tinggi yang nyaman. Keunikan yang terdapat di
kawasan semula jadi ini telah menarik kedatangan pelancong dalam dan luar
negara untuk menghabiskan percutian mereka. Contohnya, Tanah Tinggi
Cemeron, Pulau Tioman, dan Pantai Cherating.

Seterusnya, faktor yang menarik pelancong ialah kemudahan prasarana yang


lengkap dan mencukupi. Hal ini demikian kerana banyak kemudahan yang
disediakan adalah terkini dan selesa. Sebagai contohnya, adanya inap desa,
rumah tumpangan, dan hotel. Oleh itu, kita dapat mewujudkan keadaan yang
selesa kepada pelancong untuk tinggal lebih lama. Selain itu, kemudahan
restoran, pusat beli belah, dan pengangkutan awam yang lengkap
memudahkan lagi pada pelancong berkunjung ke lokasi-lokasi pelancongan
yang tertentu.
Penggal 2 STPM 2016...SMK
Purun

6 (a) Jelaskan aspek-aspek yang dapat


dikaitkan dengan saling bergantung
antara negara lain.

[10]

Aspek pelaburan di mana kekurangan modal sesebuah negara akan


dibantu atau ditampung oleh negara lain, iaitu modal yang disalurkan
berpunca daripada pelabur asing yang menjadi sumber utama
pembangunan negara. Ekoran itu, pendapatan negara meningkat dan
mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk, Seterusnya dapat
menjana ekonomi negara. Contohnya, modal yang diperoleh Oleh
syarikat di Malaysia berpunca dari Korea Selatan, Singapura, dan Jepun.
Aspek teknologi di mana berlaku pemindahan teknologi dari negara maju
ke negara sedang membangun. Pemindahan teknologi ini mendatangkan
keuntungan kepada negara maju hasil daripada ciptaan teknologi
manakala negara sedang membangun dapat membangunkan ekonomi
negara dan meningkatkan pendapatan negara. Contohnya, pemindahan
teknologi pembuatan kereta Malaysia dari Jepun ke syarikat Proton di
Malaysia.
Penggal 2 STPM 2016...SMK
Purun

6 (a) Jelaskan aspek-aspek yang dapat


dikaitkan dengan saling bergantung
antara negara lain.

[10]

Aspek pengeluaran di mana proses pengeluaran dipindahkan


dari negara maju ke negara sedang membangun yang
mempunyai bekalan tenaga buruh yang banyak. Keadaan ini
mewujudkan peluang pekerjaan dan kawasan perindustrian
dapat dimajukan. Jumlah penduduk meningkat kerana menjadi
tumpuan penduduk dan kadar pengeluaran meningkat.
Aspek pasaran di mana meluaskan pasaran dan perkhidmatan.
Kesannya pertambahan permintaan berlaku dan kuasa beli
penduduk meningkat. Pertambahan pengeluaran boleh
menyebabkan pengeluaran negara Asia dapat dipasarkan ke
Amerika Syarikat dan Eropah sehingga boleh melibatkan
pengaliran modal dan pemindahan teknologi.
Penggal 2 STPM 2016...SMK
Purun

6 (a) Jelaskan aspek-aspek yang dapat


dikaitkan dengan saling bergantung
antara negara lain.

[10]

Aspek bekalan buruh pula melibatkan masalah kekurangan


tenaga buruh dapat ditampung Oleh negara lain yang mempunyai
lebihan buruh. Keadaan ini membolehkan sektor pembinaan dan
perladangan berkembang. Kesannya, pengaliran wang keluar
sebagai upah kepada pekerja asing berlaku. Contohnya, dari
buruh asing dari Indonesia dan Myanmar.

Penggal 2 STPM 2016...SMK


Purun

6 (b) Dikatakan globalisasi ekonomi


membawa kesan positif terhadap
sebuah negara. Bincangkan.

[10]

Memang globalisasi ekonomi membawa kesan positif terhadap sebuah negara. Hal ini
dapat dilihat pada sudut berlaku perdagangan bebas, meluaskan pasaran, berlaku
pemindahan teknologi, dan berlaku aliran tenaga buruh. Perdagangan bebas antara
negara akan berlaku akibat globalisasi. Pelabur asing berpeluang memasuki dan
menguasai pasaran dan ekonomi sesebuah negara tanpa halangan. Perdagangan
bebas ini bukan sahaja menguntungkan pelabur asing atas peluang dan keuntungan
perniagaan mereka. Malahan akan memajukan negara yang menerima pelabur asing,
pembanguan ekonomi akan dirasai oleh negara tersebut. Begitu juga kemajuan dari
sudut sosial dan politik serta sektor perkhidmatan sesebuah negara.

Globalisasi juga akan menyebabkan berlakunya perluasan dalam pasaran barangan


dan perkhidmatan sesebuah negara ke peringkat antarabangsa. Penghapusan dasar
perlindungan dan sekatan tarif serta provokasi akan memberikan peluang kepada
keluaran sesebuah negara untuk menembusi pasaran negara lain. Contohnya,
barangan negara sedang membangun akan menembusi pasaran negara maju.
Penggal 2 STPM 2016...SMK
Purun

6 (b) Dikatakan globalisasi ekonomi


membawa kesan positif terhadap
sebuah negara. Bincangkan.

[10]

Kesan positif globalisasi seterusnya adalah berlaku pemindahan teknologi antara


negara, khasnya teknologi negara maju ke negara sedang membangun. Dengan kata
lain, pemindahan teknologi berlaku apabila ada usaha mengimport peralatan dan
pengetahuan dalam bidang kemahiran, tatacara, dan teknik dari negara luar ke negara
lain. Pemindahan teknologi ini membuka jalan kepada kemajuan teknologi sesebuah
negara dan dapat bersaing dengan negara lain dari segi perkembangan teknologi masa
kini.

Berlakunya aliran tenaga buruh dengan pesat dan mudah disebabkan globalisasi
berlaku. Dengan kedatangan buruh ini, pembangunan sesebuah negara akan
bertambah pesat dan maju. Kadar upah yang rendah menyebabkan majikan lebih suka
mengupah buruh asing untuk mengurangkan kos pengeluaran syarikat mereka.
Malahan buruh asing amat tertarik untuk datang ke sesebuah negara kerana peluang
pekerjaan yang banyak dan kadar upah yang berpatutan. Akhirnya, globalisasi
memudahkan kedatangan buruh asing ke sesebuah negara dan terus meningkatkan
taraf hidup mereka dan dikongsi bersama dengan negara asal mereka.
Penggal 2 STPM 2016...SMK
Purun

6 (b) Dikatakan globalisasi ekonomi


membawa kesan positif terhadap
sebuah negara. Bincangkan.

[10]

Namun begitu, globalisasi turut juga membawa kesan negatif kepada


sesebuah negara. Kesan negatif ini boleh menghalang berlakunya hubungan
dari segl ekonomi dan sosial sesebuah negara. Hal ini dapat dipandang dari
segi berlakunya penguasaan ekonomi oleh syarikat multinasional, menghakis
kedaulatan negara, dan ancaman kepada pengusaha kecil dan sederhana
tempatan.

Kesan negatifyang pertama adalah berlaku pengusahaan ekonomi oleh


syarikat multinasional. Kewujudan syarikat multinasional akan menyebabkan
pergantungan yang besar terhadap syarikat itu dari sudut ekonomi sesebuah
negara. Sesebuah negara boleh ditentukan arah perkembangan ekonominya
Oleh syarikat multinasional jika tidak dikawal betul. Tambahan pula, syarikat
tempatan yang tidak cekap dari segi pengeluaran dan kekurangan modal
akan mengalami masalah bersaing dengan syarikat luar yang lebih banyak
modal dan maju teknologinya.
Penggal 2 STPM 2016...SMK
Purun

6 (b) Dikatakan globalisasi ekonomi


membawa kesan positif terhadap
sebuah negara. Bincangkan.

[10]

Kesan negatif yang kedua ialah kewujudan syarikat multinasional boleh menghakis
kedaulatan negara. Globalisasi boleh menjejaskan imej negara apabila berlaku
penjajahan secara monetari. Penjajahan monetari menyebabkan negara
berkenaan sukar untuk mengawal kewangan mereka sendiri. Syarikat
multinasional akan memberi tekanan kepada kerajaan sesebuah negara dan
sangat sukar bagi negara tersebut untuk mengatasinya. Akhirnya boleh
menimbulkan masalah pengangguran dan pengurangan pendapatan negara.

Kesan yang ketiga ialah berlaku ancaman kepada pengusaha kecil dan sederhana
tempatan. Syarikat-syarikat kecil dalam sesebuah negara sukar untuk bersaing
dengan syarikat besar dan gergasi dari negara-negara maju. Syarikat besar
memiliki modal dan teknologi yang canggih berbanding syarikat-syarikat kecil di
negara sedang membangun. Kos operasi syarikat besar lebih rendah daripada
syarikat kecil dan sederhana tempatan dan dapat bersaing di pasaran tempatan
dan luar negara. Akhirnya, syarikat kecil dan sederhana akan terus gulung tikar
dan kalah bersaing ke peringkat antarabangsa.
Penggal 2 STPM 2016...SMK
Purun

6 (b) Dikatakan globalisasi ekonomi


membawa kesan positif terhadap
sebuah negara. Bincangkan.

[10]

Kesimpulannya, kewujudan syarikat multinasional di sesebuah


negara perlu dikawal supaya kebaikannya dapat memajukan
pembangunan ekonomi sesebuah negara. Kekurangannya pula
perlu dikawal juga supaya tidak menjejaskan ekonomi dan sosial
serta politik sesebuah negara kerana terlalu bergantung kepada
syarikat gergasi tersebut.

Penggal 2 STPM 2016...SMK


Purun

Anda mungkin juga menyukai