Anda di halaman 1dari 19

PENCAPAIAN DAN SUMBANGAN TOKOH-TOKOH ISLAM DALAM BIDANG

PERUBATAN

LATAR BELAKANG ILMU PERUBATAN ISLAM

Bermula dengan kaedah pengubatan sejak zaman Rasulullah iaitu dikenali


sebagai perihal pengubatan nabi (Tib An-Nabawi). Bidang perubatan berkembang
melalui beberapa tahap iaitu zaman penterjemahan pada kurun ke-7 dan ke-8, zaman
keemasan sekitar antara kurun ke-9 hingga kurun ke-13 dan zaman kemerosotan
apabila perubatan dan cabang sains yang lain menjadi tidak giat dan menurun selepas
kurun ke-13.

Kira-kira 200 tahun sebelum Hijrah, tapak-tapak tamadun gemilang telah mulai
runtuh disebabkan peperangan dan penyakit yang merebak melanda penduduknya.
Kemajuan fikiran perubatan yang berasaskan prinsip-prinsip penganalisaan dan
pengalaman mulai lumpuh. Syria pula telah mengambil tempat sebagai pelindung bagi
pemikiran ilmu perubatan yang berasal dari Yunani. Puak Nestorian telah menubuhkan
pusat-pusat pengajian perubatan di Edessa dan Nisibis dan berkembang ke peringkat
yang disanjungi ramai menjelang abad ke-5 M. Puak Kristian mazhab Nestorian inilah
yang membawa tamadun Yunani bersama mereka ketika diusir. Mereka menterjemah
karya-karya perubatan Yunani ke bahasa Syria dan mengembangkannya ke
Mesopotamia.

Apabila orang Arab disatukan di bawah pemerintahan Islam dan seterusnya


menewaskan Syria dan Parsi, mereka telah menemui tamadun ini. Kuasa Islam terus
bertapak sehingga keseluruh Afrika Utara dan Sepanyol. Dalam abad inilah tokoh-tokoh
Islam menyerap tamadun yang terdapat di kalangan puak-puak yang ditewaskannya.
Khalifah-khalifah Islam telah membina pusat-pusat pengajian di Baghdad. Selepas itu
akademi-akademi mulai ditubuh di Samarkand, Isfahan dan Damsyik. Akademi-
akademi tersebut berpusat di masjid. Di masjid juga terdapat perpustakaan yang
lengkap, klinik dan hospital. Doktor-doktor mazhab Nestorian dan Sabaen telah
menterjemahkan buku-buku teks perubatan terutamanya karya-karya Galen.

Kecenderungan umat Islam keturunan Arab terhadap ilmu perubatan terus


mencipta suatu sejarah baru dalam perkembangan perubatan. Dengan ini ilmu

3
perubatan mula berkembang semula di bawah naungan Islam mengikut ajaran
Hippocrates. Ilmu perubatan Islam berkembang pesat melalui sumbangan dari berbagai
sumber dan arus yang mempengaruhinya mengikut tempat dan masa.

Sumbangan Islam kepada perkembangan ilmu perubatan bukan sahaja terbatas


pada penterjemahan karya-karya Yunani tetapi mereka juga meninggikan bidang kimia
dan materia medika. Tidak dinafikan bahawa hingga ke abad ke-18 M masih wujud lagi
pusat-pusat perubatan di Eropah yang menggunakan karya-karya ciptaan pakar-pakar
perubatan Islam yang terkemuka umpamanya Ibnu Sina, Al-Razi, Ibnu Rusyd dan lain-
lain. Sumber-sumber dari Parsi dan Hindu juga merupakan asas pengajian umat Islam
pada masa itu. Dari arus-arus sejarah inilah unsur-unsur ilmu perubatan Islam mula
bertunas dan ini dipadankan pula dengan prinsip-prinsip ajaran Islam.

PENGENALAN ILMU PERUBATAN ISLAM

Perubatan Islam mulai muncul pada zaman selepas kerasulan Nabi Muhammad
s.a.w. dan ia terus berkembang sepanjang abad-abad ketamadunan Islam. Sebelum
kedatangan Islam, orang-orang Arab tidak mempunyai bidang perubatannya sendiri.
Selepas kedatangan Islam didapati ramai tokoh-tokoh yang terkenal dalam bidang
perubatan Islam seperti Al-Razi, Ibn Sina dan Ali Ibn Abbas.

Adalah sesuatu yang tidak dapat disangkal lagi apabila umat Islam telah
memberikan sumbangan dan pencapaian cemerlang dalam pelbagai bidang terutama
daripada sudut intelektualisme serta sains dan teknologi ketika masyarakat dunia,
khususnya masyarakat Barat masih berada di era kegelapan antara kurun ke-7 hingga
ke-13 dan era penemuan antara 1400M hingga 1600M. Islam adalah cara hidup yang
bersifat syumul dan bukannya fahaman agama yang sempit sentiasa menyarankan
umatnya membina kehidupan yang sejahtera, selesa dan sihat selain daripada
menyediakan asas, falsafah dan hukum yang berkaitan dengan kesihatan, penjagaan
kesihatan dan pemakanan.

Perubatan islam berasaskan falsafah, konsep dan prinsip datang daripada Allah
S.W.T. dan Allah yang menyembuhkannya. Setiap penyakit ada ubatnya. Ajal dan maut
adalah di tangan Allah. Di samping ubat dan rawatan yang ada di muka bumi ini, doa
dan ayat Al-Quran menjadi penawar untuk menyembuhkan penyakit. Setiap penyakit

4
ialah cubaan dan dugaan yang datangnya daripada Allah S.W.T. untuk menguji
ketabahan dan kesabaran seseorang. Riadah adalah salah satu langkah untuk
mencegah penyakit. Kebersihan turut menjadi aspek yang amat diititikberatkan untuk
memastikan kesihatan terjamin. Wabak dan bala merupakan balasan dan pengajaran
dari Allah terhadap salah laku manusia iaitu kemungkaran yang dilakukan. Kesihatan
tubuh badan ialah nikmat pemberian tuhan yang perlu dihargai serta disyukuri dan tidak
boleh berputus asa dalam berusaha untuk menyembuhkan sesuatu penyakit.

Ilmu perubatan Islam ini diamalkan dengan luasnya ketika tamadun Islam
mencapai kemuncak kegemilangannya. Pada mulanya ilmu ini telah dicedok dari
pengaruh tamadun kuno dan kemudiannya dimajukan lagi sejajar dengan
perkembangan tamadun Islam. Unsur dan pengaruh kuno adalah kebanyakannya
berasal dari ilmu perubatan Yunani atau sistem perubatan Hippocrates, dan juga
amalan-amalan perubatan dari India dan China. Ibn Sina dan Al-Razi telah terus
mengevolusi dan memberi suatu bentuk dan corak tersendiri kepada sistem ilmu
perubatan Islam.

Perubatan, sebagaimana yang wujud hari ini, tidak berkembang dalam masa
yang singkat tetapi ia adalah kemuncak daripada usaha jutaan manusia yang
sebahagiannya kita kenal dan sebahagiannya pula tidak kita kenali. Obor ketamadunan
termasuk perubatan bermula sejak ribuan tahun yang lalu. Ia berpindah daripada satu
generasi ke satu generasi dan daripada satu negara ke satu negara yang lain.
Bergantung kepada siapa yang mengambil tanggungjawab murni ini yang kadang-
kadang menyerlah dan ada masanya ia hampir malap tetapi ia tidak pernah mati.
Seandainya ia berkubur, sukarlah untuk memulakannya semula. Ia sinonim dengan
kehidupan manusia kerana Allah menjadikan manusia dengan sifat yang lemah, ada
masanya sihat dan ada kalanya sakit.

TOKOH-TOKOH ISLAM DALAM BIDANG PERUBATAN

IBNU SINA

Latar Belakang

4
Avicenna adalah satu nama yang sentiasa meniti dibibir-bibir masyarakat barat di
Eropah. Kehebatan beliau bukan sahaja dalam bidang perubatan bahkan dalam bidang
falsafah beliau banyak mempengaruhi kebudayaan di barat. Nama sebenar beliau ialah
Abu Ali Al- Huseyn bin Abdullah bin Hassan Ali bin Sina. Menurut Ibnu Abi Ushaybi’ah
anak berbangsa Parsi ini dilahirkan di desa Afshanah dekat kota Kharmaitan Propinzi
Bukhara Afghanistan pada 375 Hijrah bersamaan 985 Masihi.

Pelajaran pertama yang diterimanya pada zaman kanak-kanak adalah Al-Quran


dan sastera yang didapati olehnya secara tidak formal. Ia mula belajar pada usia 5
tahun. Sementara itu sewaktu berumur 10 tahun, beliau telah berjaya menghafal Al-
Quran dan telah menguasai seluruh cabang ilmu pengetahuan yang ada pada waktu
itu. Ilmu-ilmu agama seperti tafsir, fiqh, perbandingan agama (ushuluddin), tasawuf dan
sebagainya sudah dikuasainya. Antara bidang ilmu yang berjaya dikuasainya
termasuklah dalam bidang falsafah, kedoktoran, geometri, astronomi, muzik, syair,
teologi, politik, matematik, fizik, kimia, sastera dan kosmologi. Pada masa kecilnya, ia
dibimbing dan dididik oleh Abu Abdullah Natili, seorang sahabat karib ayahnya dan
ayahnya sendiri.

Pada usia meniti 18 tahun beliau telah dianugerahkan gelaran “Doktor Di-Raja”
setelah beliau berjaya mengubati penyakit Sultan Nuh 11 bin Mansur di Bukhara pada
tahun 378 Hijrah bersamaan 997 Masihi yang gagal diubati oleh doktor-doktor lain.
Kehebatan dan kepakaran beliau membawa beliau digelar al-Syeikh al-Rais (Mahaguru
Pertama). Sepanjang hidupnya, beliau telah banyak memberi sumbangan khususnya
dalam bidang perubatan sebelum beliau menghembuskan nafas beliau yang terakhir di
Hamdan, dalam usia 58 tahun pada bulan Ramadhan 428 Hirah bersamaan 1037
Masihi.

SUMBANGAN DAN PENCAPAIAN IBNU SINA

Ensiklopedia Kedoktoran Pertama

Pada usia 21 tahun, ketika berada di Kawarazm, beliau mulai menulis karyanya
yang pertama berjudul "Al-Majmu" yang mengandungi berbagai ilmu pengetahuan yang

4
lengkap. Kemudian dia menulis buku-buku lain. Nama-nama buku yang pernah
dikarang Ibnu Sina, termasuklah yang berbentuk risalah ukuran kecil, dimuat dan di
himpun dalam satu buku besar berjudul "Essai de Bibliographie Avicenna" yang
dihasilkan oleh Pater Dominican di Kairo. Antara yang terkandung dalam buku tersebut
termasuklah buku karangan yang amat terkenal iaitu Al-Qanun Fit – Tibb.

Terjemahan Dan Bahan Rujukan al-Qanun Fit- Tibb

Pada abad ke 12 M Gerard Cremona yang berpindah ke Toledo, Sepanyol telah


menterjemahkan buku Ibnu Sina ke bahasa Latin. Buku ini menjadi buku rujukan utama
di universiti-universiti Eropah hingga 1500 M. Bukunya telah dicetak sebanyak 16 kali
dan 15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi dalam bahasa Yahudi (Hebrew).
Disamping itu buku tersebut turut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Perancis,
Sepanyol dan Itali. Pada abad ke 16 M, buku ini dicetak 21 kali.

Al-Qanun Fit-Tibb juga digunakan sebagai buku teks kedoktoran di berbagai


universiti di Perancis. Misalnya di Sekolah Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin
telah menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke 17 M. Sementara itu Prof.
Phillip K. Hitpi telah menganggap buku tersebut sebagai "Ensiklopedia Kedoktoran".

Penulis-penulis Barat telah menganggap Ibnu Sina sebagai ‘Bapa Doktor’ kerana
Ibnu Sina telah menyatupadukan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen dan
pengalaman dari ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi dan pengalaman beliau
sendiri.

Perintis Pengenalan Penyakit Saraf

Al-Qanun Fit-Tibb telah membincangkan serta mengenegahkan mengenai


penyakit saraf. Buku tersebut juga telah mengajar mengenai cara-cara pembedahan
yang menekankan keperluan pembersihan luka. Malahan di dalam buku-buku tersebut
juga dinyatakan keterangan–keterangan dengan lebih jelas di samping hiasan gambar-
gambar dan sketsa-sketsa yang sekali gus menunjukkan pengetahuan anatomi Ibnu
Sina yang luas.

Teori-Teori Anatomi Dan Fisiologi

4
Teori-teori anatomi dan fisiologi dalam buku-buku beliau adalah menggambarkan
analogi manusia terhadap negara dan mikrokosmos (dunia kecil) terhadap alam
semester sebagai makrokosmos (dunia besar). Misalnya digambarkan syurga
kayangan adalah bulat dan bumi adalah persegi dan dengan demikian kepala itu bulat
dan kaki itu empat persegi. Terdapat empat musim dan 12 bulan dalam setahun,
dengan itu manusia memiliki empat tangkai dan lengan (anggota badan) mempunyai 12
tulang sendi. Hati adalah ‘pangeran’-nya tubuh manusia, sementera paru-paru adalah
‘menteri’-nya. Leher merupakan ‘jendela’-nya sang badan, manakala kandung empedu
sebagai ‘markas pusat’-nya. Limpa dan perut sebagai ‘bumbung’ sedangkan usus
merupakan sistem komunikasi dan sistem pembuangan.

Sementara itu "Canon of Medicine" memuatkan pernyataan yang tegas bahawa


"darah mengalir secara terus-menerus dalam suatu lingkaran dan tak pernah berhenti".
Namun ini belum dapat dianggap sebagai suatu penemuan tentang srikulasi darah,
kerana bangsa cina tidak membezakan antara urat-urat darah halus (Veins) dengan
pembuluh nadi (arferies). Analogi tersebut hanyalah analogi yang digambarkan antara
gerakan darah dan siklus alam semesta, pergantian musim dan gerakan-gerakan tubuh
tanpa peragaan secara empirik pada keadaan yang sebenarnya.

Ibnu Sina Sebagai Seorang Doktor.

Ibnu Sina pernah di beri gelaran sebagai "Medicorum Principal" atau "Raja Diraja
Doktor" oleh kaum Latin Skolastik. Antara gelaran lain yang pernah diberikan
kepadanya adalah sebagai "Raja Ubat". Malahan dalam dunia Islam, ia dianggap
sebagai "Zenith", puncak tertinggi dalam ilmu kedoktoran . Ibnu Sina menjadi "Doktor Di
Raja" iaitu doktor kepada Sultan Nuh 11 bin Mansur di Bukhara pada tahun 378 H/
997M iaitu ketika beliau berusia 18 tahun. Pada waktu itu penyakit sultan dalam
keadaan parah dan tidak ada doktor lain yang berjaya mengubati baginda. Akan tetapi
berkat pertolongan Ibnu Sina baginda kembali pulih.

Sebahagian daripada karyanya yang dapat dicatat disini adalah daripada:

1. Bidang logika "Isaguji", "The Isagoge", ilmu logika Isagoge.

4
2. Fi Aqsam al-Ulum al-Aqliyah (On the Divisions of the Rational Sciences) tentang
pembahagian ilmu-ilmu rasional.

3. Bidang metafizika, "Ilahiyyat" (Ilmu ketuhanan).

4. Bidang psikologi, "Kitab an-Nayat" (Book of Deliverence) buku tentang


kebahagiaan jiwa.

5. Fiad-Din yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin menjadi "Liber de


Mineralibus" yakni tentang pemilikan.

6. Bidang sastera arab "Risalah fi Asab Huduts al-Huruf", risalah tentang sebab-
sebab terjadinya huruf.

7. Bidang syair dan prosa "Al-Qasidah al- Aniyyah" syair-syair tentang jiwa
manusia.

8. Cerita-cerita roman fiktif, "Risalah ath-Thayr" cerita seekor burung.

9. Bidang politik "Risalah as-Siyasah" (Book on Politics) Buku tentang politik.

Sumbangan lain Ibnu Sina

Ibnu Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan


membuat beberapa penemuan dalam ilmu yang dikenali hari ini sebagai ilmu perubatan
psikosomatics "psychosomatic medicine". Beliau memperkembangkan ilmu diagnosis
melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengenal pasti dalam masa beberapa
detik sahaja ketidakseimbangan humor yang berkenaan. Diagnosis melalui denyutan
jantung ini masih dipratikkan oleh para hakim (doktor-doktor muslim) di Pakistan,
Afghanistan dan Parsi yang menggunakan ilmu perubatan Yunani. Seorang doktor tabii
dari Amerika (1981) melaporkan bahawa para doktor di Afghanistan, China, India dan
Parsi sanggat berkebolehan dalam denyutan jantung di tempat yang dirasai tetapi
mutunya yang pelbagai. Ini merangkumi:

a. Kuat atau denyutan yang lemah.

b. Masa antara denyutan.

3
c. Kandungannya lembap di paras kulit dekat denyutan itu dan lain-lain lagi.

Dari ukuran-ukuran denyutan jantung seseorang doktor mungkin mengetahui


dengan tepat penyakit yang dihinggapi di dalam tubuh si pesakit. Ibnu Sina menyedari
kepentingan emosi dalam pemulihan. Apabila pesakit mempunyai sakit jiwa disebabkan
oleh pemisahan daripada kekasihnya, beliau boleh mendapati nama dan alamat
kekasihnya itu melalui cara berikut iaitu dengan menyebut banyak nama dan
mengulanginya dan semasa itu jarinya diletakkan atas denyutan (pulse) apabila
denyutan itu terjadi tidak teratur atau hampir-hampir berhenti, seseorang itu hendaklah
mengulang proses tersebut. Dengan cara yang sedemikan, nama jalan, rumah dan
keluarga disebutkan.

Selepas itu, kata Ibnu Sina "Jika anda tidak dapat mengubat penyakitnya maka
temukanlah si pesakit dengan kekasihnya, menurut peraturan syariah maka buatlah".
Ibnu Sina adalah doktor perubatan yang pertama mencatatkan bahawa penyakit paru-
paru adalah suatu penyakit yang boleh menjangkit dan dia menceritakan dengan tepat
tanda-tanda penyakit kencing manis dan masalah yang timbul darinya. Beliau sangat
berminat dalam bidang mengenai kesan akal atas jasad dan telah banyak menulis
berkenaan gangguan psikologi.

Beliau telah menghasilkan 250 buah karya dan masih kekal hingga ke hari ini
dan termasuklah 116 buah karyanya dalam bidang "Ilmu Perubatan. Banyak karyanya
ditulis dalam bahasa Arab dan juga beberapa dalam bahasa Parsi. "Qanun Fitt Tibb"
adalah karyanya yang termasyur, paling selalu dicetak di Eropah pada zaman
"Renaissance". Karya Qanun itu telah mempunyai pengaruh yang asas dalam ilmu
perubatan di Eropah pada zaman Renaissance dan telah menjadi buku rujukan yang
utama di universiti-universiti Eropah hingga ke abad 17 M.

Penemuan-Penemuan Baru

Ibnu Sina dikenali sebagai seorang saintis yang banyak memberikan saham
terhadap dunia ilmu pengetahuan melalui penemuan-penemuan barunya. Antara
sumbangan beliau adalah di dalam bidang geografi, geologi, kimia dan kosmologi.

3
IBNU AL-NAFIS

Latar Belakang

Nama penuh Ibnu al-Nafis ialah ‘Ala’uddin abu al-Hasan ali ibn abi al-Hazam al-
Qrasyi, seorang Arab berketurunan Quraisy. Beliau dilahirkan di pinggir Bandar
Damsyik pada tahun 607H(1210M).

Di situlah kemudiannya beliau hidup dan berguru dengan ahli perubatan, termasuk al-
Syiekh Radhiuddin Abu al-Hajjaj Yusuf Ibn Hidrah al-Rahibi. Antara guru beliau yang
lain dalam bidang perubatan ini termasuklah al-Hakim Muhazzibuddin Abu
Muhammad Abdul Rahim ibn Ali al-Dakhwar dan ‘Imran al-Isra’ili.
4
ABU AL-QASIM KHALAF

Latar belakang

5
Masyarakat Eropah menggelar Abu al-Qasim Khalaf ibnu al-Abbas al-Zahrawi
sebagai Abucasis. Pakar bedah muslim yang terkenal itu dilahirkan pada 936M di Zahra
yang terletak berdekatan dengan Cordoba, Sepanyol semasa pemerintahan Khalifah
Abdur Rahman III. Abu Qasim meninggal dunia pada tahun 1013 dengan meninggalkan
asas perubatan yang akan diingati sepanjang zaman.

Sumbangan

Di kalangan ahli perubatan Islam, beliau dikenali sebagai perintis ilmu


pengenalan penyakit (diagnosis) dan cara penyembuhan penyakit telinga, Abu Qasim
telah merintis pembedahan telinga untuk mengembalikan fungsi pendengaran dengan
cara memerhatikan secara saksama anatomi saraf-saraf halus, pembuluh-pembuluh
darah dan otot-otot.

Selain itu, beliau turut mempelopori pengembangan ilmu bagi penyakit kulit. Abu
Qasim pernah mengarang beberapa buah buku tentang bidang kedoktoran dan
peralatan-peralatannya dalam sebuah ensiklopedia perubatan bertajuk At-Tasrif liman
‘Azija ‘an at-Ta’lif yang menerangkan secara jelas diagram mengenai 200 peralatan
pembedahan. Ilustrasi diagram tersebut memberi gambaran banyak peralatan yang
boleh digunakan untuk keperluan perubatan pergigian.

Pada bahagian akhir buku karangannya yang mengandungi 30 bab itu yang
meliputi tajuk-tajuk yang luas dan menyentuh pelbagai bidang perubatan. Satu salinan
al-Tasrif dianggarkan berjumlah lebih kurang 750 folio ataupun 1500 muka. Didalamnya
beliau ada menyatakan tentang luka dan cara pembedahannya, pengubatan tulang
yang remuk, penyakit gigi sekali gus dengan kaedah perubatannya tentang
pembakaran luka dan pembersihan kotoran dalam rahim selepas bersalin. Buku itu
kemudian meletakkan dasar-dasar pengembangan kedoktoran pergigian di Eropah.
Malah beberapa bahagian penting dalam buku tersebut telah diadaptasi oleh seorang
ahli bedah Perancis yang terkenal di Eropah, Guy de Chauliac. Al-Tasrif diterjemahkan
buat kali pertama dalam bahasa Latin oleh Gherard of Cremona dan diikuti oleh
beberapa terbitan lain di Eropah.

Pada abad ke-12, secara umumnya kaedah perubatan kesihatan yang terbaik
adalah di negara-negara Islam. Baghdad, misalnya, pada tahun 1160 mempunyai lebih

4
daripada 60 buah klinik. Malah para doktor dan ahli farmasi di Baghdad perlu mendapat
latihan secukupnya sebelum terjun ke dunia perubatan.

Pencapaian

Dalam abad ke-12 M. dan ke-13M, banyak hasil karya Arab telah diterjemah ke
bahasa latin dan bahasa asing yang lain. Karya al-Zahrawi mula terkenal di Barat pada
pertangahan abad ke-12 M. Selepas ini nama al-Zahrawi mulai harum sebagai ahli
bedah dan ketokohannya disamakan dengan Celcus dan Paulus Aeginate dalam
bidang perubatan.

Melalui terjemahan Gerard, al-Zahrawi menjadi terkenal dalam awal abad ke-13
M. di Itali. Dalam separuh abad ke-13 M ramai pengamal perubatan dari Itali berhijarah
ke Perancis dan membawa bersama mereka ilmu al-Zahrawi. Penghijrahan ini
dianggap sebagai asas permulaan pembedahan rasionaldi Perancis. Secara kebetulan,
pada ketika yang sama satu manual surgery oleh Roger of Parma menggunakan
bahagian ke-13 al-Tasrif sebagai rujukan utama. Selepas Roger, surgeon seperti Bruno
di Calabre, Lafranc, Nicolas ada Florence,Valeseus dan Toronto dan Louis of Pisa
sering merujuk kepada buku al-Zahrawi yang menjadi buku teks utama dalam bidang
surgery sehinggalah masa guillanme ada Saliceto (Hamarneh et al, 1963).

Dalam abad ke-14M. Guy ada Chauliac menganggap Abu al-Qasim Khalaf al
sebagai setanding dengan pengamal terdahulu sepeti Hippocrates dan Galen. Dalam
bukunya Great Surgery yang ditulis dalam latin dalam tahun 1363, Guy ada Chauliac
telah merujukkan kepada al-Tasrif sebanyak 200kali dan memasukkan beberapa
perenggan secara verbatim. Kepentingannya adalah jelas sekali sebab buku”Great
Surgery” adalah buku teks piawai dalam bidang surgery di Barat sehingga masa
Vesalius.
Keseluruhan buku al-Tasrif telah diterjemahkan kepada pelbagai bahasa terutama
sekali Latin, Perancis, Sepanyaol dan Hebrew dan diterbitkan di Venice(1497),
Strassburgh (1532) dan Oxford (1778). Sayang sekali terjemahan – terjemahan yang
dibuat tidak begitu memuaskan dari segi ketepatan dan kesilapan ini semakin besar
setelah buku itu ditiru berulang kali. Al-Tasrif adalah sumbangan utama al-Zahrawi dan
dengan buku ini beliau menjadi seorang tokoh perubatan yang terkemuka.

4
Ketokohannya diakui di negara Sepanyol, Afrika Utara dan Kerajaan Islam Timur dan
juga di Eropah Barat.

Buku yang ditulis oleh Abu al-Qasim Khalaf ibnu al-Abbas al-Zahrawi memenuhi 3
perkara penting:

1. Memberi nasihat dan anjuran yang baik untuk meningkatkan bidang kesihatan
dan berguna untuk penuntutnya dan pengamal perubatan yang lain.

2. Alat dan teknik yang digunakan oleh beliau dibicarakan dengan terperinci dan
beliau menggunakan pendekatan moden terhadap proses-proses yang dibuat
olehnya.

3. Beliau mencadangkan kesenian perubatan yang terbaik untuk ketika itu. Abu al-
Qasim Khalaf dengan jelas memberi keterangan mengenai cara rawatan,
persedian ubat, dan penyimpanan ubat di bawah keadaan unggul dan cara
terselamat pemberian ubat dan diet. Kesemua anjuran yang dibuat olehnya
adalah amat bersesuaian sekali dengan prinsip-prisip perubatan yang wujud
pada ketika itu.

Melalui buku ini rawatan secara kauteri yang dianjurkan oleh Abu al-Qasim
Khalaf telah luas diguna di Barat pada akhir zaman Pertengahan. Dalam bidang surgeri
beliau telah memperkenalkan 150 alat pembedahan termasuk alat untuk obstetik dan
pergigian.

Sebagai seorang pengamal perubatan, Abu al-Qasim Khalaf mengkaji penyakit


dan pengkelasan penyakit, diagnosis dan prognosis, mengakui kepentinagn anatomi,
temperamen, meteorologi dan membincangkan mengenai cara-cara mengelakkan
penyakit (profilaksis), meningkatkan kesihatan dan mengurangkan kesakitan. Sebagai
seorang ahli bedah beliau telah membincangkan tentang pembedahan dan
membicarakan mengenai alat-alat yang beliau guna secara terperinci. Sebagai seorang
ahli kimia ubat, beliau telah memberi sumbangan yang banyak terhadap bentuk ubat
atau dos, teknik dan alat penyediaan ubat.

4
AL-RAZI

Latar belakang

Al-Razi merupakan seorang tokoh perubatan Arab yang terkenal pada Zaman
Pertengahan. Nama sebenar beliau ialah Abu Bakar Muhammad bin Zakaria tetapi di
kalangan masyarakat Eropah, beliau lebih dikenali dengan nama Rhazes. Beliau yang
berbangsa Parsi dilahirkan di Rayy berhampiran Tehran, Iran pada tahun 864M

4
bersamaan 251H. Pada mulanya beliau mempelajari muzik yang menjadi minat
awalnya. Selepas itu, beliau mempelajari bidang falsafah, matematik, kimia, astronomi
dan perubatan. Beliau lebih menyerlah dalam pengajian perubatan.

Beliau pernah menuntut dengan Hunayn Ibn Ishaq, khususnya berkaitan


perubatan dan berguru dengan ramai bekas anak murid Hunayn Ibn Ishaq, juga turut
mahir dalam ilmu-ilmu daripada tamadun Yunani, India dan Parsi. Beliau juga menuntut
di bawah tunjuk ajar Ali Ibn Raban. Pada peringkat awalnya beliau menjadi ahli
perubatan istana kepada Sultan Saleh Al-Mansur, penguasa Khorosan, kemudiannya
berpindah ke Baghdad sebagai Ketua ahli perubatan Hospital Baghdad di samping
sebagai doktor peribadi Khalifah dan kemudiannya mengetuai para ahli perubatan
Hospital Muqtadari. Dari semasa ke semasa beliau banyak berpindah ke banyak
bandar terutamanya antara Ray dan Baghdad. Sebaik sahaja bersara, beliau kembali
ke kampungnya di Rayy di mana beliau telah mengajar kesihatan di hospital tempatan
dan menyambung minatnya dalam bidang penulisan. Al-Razi akhirnya meninggal dunia
pada tahun 930 M.

Sumbangan

Al-Razi telah memberi banyak sumbangan dalam pelbagai bidang. Beliau


menjadi perintis dalam bidang pediatrik (berkaitan kanak-kanak), obstetrik (ilmu
perbidanan) dan ophthalmologi (berkaitan mata). Walau bagaimanapun, jasa beliau
dalam bidang perubatan memang tidak dapat dinafikan lagi. Beliau digelar "Bapa
Pediatrik" oleh ahli sejarah kerana usahanya yang bersungguh-sungguh untuk
mengubati penyakit kanak-kanak. Beliau juga orang yang pertama mengenalpasti
penyakit 'hay fever' dan penyebabnya.

Al-Razi juga adalah orang yang pertama memperkenalkan alkohol (Bahasa Arab:
Al-Kuhl) untuk tujuan perubatan. Beliau juga adalah pakar bedah yang terkemuka dan
orang yang pertama menggunakan opium (dadah) untuk tujuan bius. Beliau juga
menekankan kaitan antara makanan dan kesihatan. Beliau mengaitkan ini sebagai hasil
pengaruh faktor psikologi terhadap kesihatan. Al-Razi adalah orang yang pertama
membincangkan mengenai penyakit katarak iaitu sejenis penyakit mata. Beliau pernah
menjalankan pembedahan memulihkan selaput mata dengan cara menarik keluar lensa

4
dan juga saintis pertama yang membincangkan mengenai pembesaran dan pengecilan
pupil mata. Beliau menerangkan bahawa reaksi tersebut berlaku kerana tindak balas
terhadap keamatan cahaya.

Al-Razi juga pernah membuat kajian mengenai penyakit batu karang di mana
beliau mendapati litoriti merupakan proses untuk menghancurkan batu karang dalam
pundi-pundi kencing kepada bahan-bahan kecil supaya senang dikeluarkan melalui
saluran kencing. Selain daripada itu, beliau juga telah memberikan sumbangan dalam
usaha mengubati penyakit cacar dan campak. Al-Razi merupakan orang yang pertama
membezakan kedua-dua penyakit ini seterusnya membuat kajian sistematis mengenai
penyakit tersebut. Ini dicatatkan dalam buku beliau yang bertajuk Al-Judari wa al
Habsah.

Al-Razi juga telah memperkenalkan perkara-perkara berikut dalam ilmu farmasi:

a. Penggunaan ubat untuk melawaskan pembuangan air besar secara lembut

b. Penggunaan air sejuk untuk menyembuhkan demam yang melarat

c. Penciptaan benang seton dan pembakaran tisu untuk kes-kes luka

Al-Razi juga menekankan hubungan di antara doktor dan pesakit. Beliau


menyarankan agar wujudnya ikatan kepercayaan antara kedua-dua pihak ini: "Komen
yang positif daripada doktor akan menguatkan semangat pesakit, membuatkan mereka
rasa lebih selesa serta membantu proses pemulihan". Beliau juga mengingatkan
kepada para pesakit: "Bertukar-tukar doktor pula akan hanya membazirkan kesihatan,
masa dan wang pesakit itu sendiri".

Pencapaian

Al-Razi telah menghasilkan 237 buah buku di mana 140 buah daripadanya
adalah berkaitan bidang perubatan. Sepuluh buah daripada buku-buku perubatan
tersebut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Antara kitab yang telah beliau
hasilkan ialah Kitab al-Mansuri, Kitab al-Hawi Fit-Tibb, Kitab al-Muluki dan Kitab al-
Judari wa al-Hasabah.

5
Kitab al-Hawi Fit-Tibb merupakan karya beliau yang termasyhur. Kitab ini juga
dikenali sebagai 'Comprehensive Book' yaang merangkumi ilmu perubatan patologi dan
terapi dari sumber-sumber Yunani, India dan Arab. Sepanjang hidupnya, beliau telah
membuat pelbagai kajian mengenai ilmu perubatan. Beliau akhirnya telah
menghimpunkan kesemua pengalaman perubatan tersebut ke dalam Ensiklopedia
Perubatan yang berjumlah 20 jilid. Kitab al-Hawi merupakan pecahan terbesar di mana
ia meliputi 9 jilid. Ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dengan nama 'Liber
Continens' oleh doktor perubatan Yahudi berbangsa Sicily, Faraj Ibn Sallim (Farragut)
pada 1279M dan diulang cetak beberapa kali pada 1509M di Venice dan juga 1528M,
1578M dan 1745M di Paris.

Kitab al-Mansuri pula merupakan kitab perubatan pertama yang ditulis oleh
beliau. ia sebuah kitab yang membicarakan tentang etika profesional perubatan yang
didedikasikan kepada Sultan Al-Mansur. Kitab ini mengandungi 10 jilid dengan huraian
panjang lebar ( treatises) dan mengandungi semua aspek kesihatan dan penyakit
termasuk pengetahuan perubatan tamadun Yunani-Arab. Beberapa jilidnya diterbitkan
secara berasingan di Eropah Beliau mendefinisikan perubatan sebagai, “suatu seni
penjagaan kesihatan badan, dalam memerangi penyakit dan memulihkan kesihatan
pesakit.” Beliau membicarakan 3 aspek perubatan iaitu kesihatan awam, perubatan
pencegahan dan rawatan penyakit tertentu. Beliau menyenaraikan 7 prinsip penjagaan
kesihatan, iaitu;

• Kesederhanaan dan Keseimbangan ketika bergerak dan rehat.

• Kesederhanaan ketika makan dan minum.

• Pembasmian sikap berlebihan dalam perkara yang berkaitan dengan kesihatan.

• Pembaikan dan peraturan tempat tinggal atau kediaman

• Pengelakan tabiat buruk yang berlebihan sebelum menjadi tidak terkawal

• Penyenggaraan keharmonian dalam cita-cita dan keputusan yang dibuat

• Pencapaian sikap tidak banyak bercakap dengan tabiat yang baik termasuk
latihan gerak badan.

4
Di dalam kitab ‘Al-Murshid’, Al-Razi menekankan aspek kepentingan terapi. Beliau
menerangkan mengenai pelbagai jenis demam termasuk demam berterusan, demam
berulang dan demam melampau. Beliau menyatakan demam merupakan tanda kepada
suatu penyakit atau demam itu sendiri merupakan satu jenis penyakit. Dia adalah orang
pertama dalam sejarah yang memperkenalkan raksa sebagai ubat terapeutik yang
kemudiannya diamalkan di Eropah. Beliau menyedari seseorang tidak mahu sakit dan
jika sakit, ingin pulih secepat mungkin. Walau bagaimanapun jika pesakit tidak
mempunyai kekuatan atau kemahuan untuk sembuh, doktor tidak akan dapat berbuat
apa-apa untuk menolongnya. Al-Razi menekankan keperluan seseorang doktor
mempelajari perubatan secara berterusan dan menyarankan para doktor merekodkan
semua pemerhatian mereka. Beliau juga menyarankan supaya para doktor berbincang
tentang masalah perubatan dan menyelesaikan permasalahan tersebut tanpa
bergantung kepada orang untuk mencari penyelesaian.

Al-Razi amat terkenal kerana kejayaan beliau mengenal pasti penyakit campak
(smallpox) dan perbezaannya dengan penyakit cacar air (measle). Ini dimaktubkan
dalam bukunya ‘Al-Judari wa Al-Hasabah’. Penghuraiannya ( treatise) mengenai hal
campak dan cacar telah diterjemahkan ke bahasa Latin pada tahun 1565M dikenali
sebagai “de Peste or de Pestilentia.” Ia merupakan karyatama dalam perubatan klinikal
yang menjelaskan tentang perbezaan klinikal secara jelas mengenai kedua jenis
penyakit tersebut dan hingga kini tidak ada lagi orang lain yang menokok tambah
penghuraian berkenaan. Beliau juga pengasas perubatan psikosomatik yang
menggabung unsur kerohanian dan psikologi dalam ilmu proses penyembuhan.

Kaedah perubatannya yang popular ialah kesihatan melalui pemakanan yang betul,
sihat dan seimbang. Ini digabungkan dengan penekanan kesihatan mental.
Kebanyakan ubatnya diuji terlebih dahulu terhadap haiwan eksperimentasi bagi
mengkaji tahap keberkesanan dan kesan sampingannya. Al-Razi merupakan pakar
bedah pertama menggunakan opium sebagai ubat tahan sakit dan bius. Dalam
mengamalkan perubatan, beliau turut memperkayakan pengetahuan dan pada tahun-
tahun terakhirnya melibatkan diri dalam sains eksperimentasi dan teori.

3
5