Anda di halaman 1dari 7

DIFINISI KONSEP KEPIMPINAN

DEFINISI KONSEP KEPIMPINAN


Secara umumnya, pemimpin ialah seorang individu dalam sesuatu kumpulan yang
diberi tanggungjawab mengarah dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti untuk mencapai
matlamat kumpulan itu. Ini bermakna kepimpinan ialah proses mempengaruhi kegiatan
kumpulan ke arah pencapaian sesuatu hasil yang telah dirancang. Sesetengah orang
menganggap ‘pemimpin’ itu seseorang yang boleh mendorong pengikut untuk bekerja
kuat,menghasilkan sesuatu yang agung dan orang yang membantu lebih daripada
orang yang menaikkan semangat atau mengarah. Walau apa pun pandangan, pada
asasnya pemimpin adalah gabungan semua sifat iaitu pengarah, pendorong dan
pembantu.

Mengikut Katz dan Khan (1978) terdapat tiga perkara yang ditekankan dalam konteks
kepimpinan, iaitu kedudukan atau jawatan, Sebagai peribadi seorang individu dan
sebagai satu rangkaian tingkah laku tertentu. Robert Dubin (1958) menjelaskan iaitu;
Leadership in organizations involves the exercise of autority and the making od
decisions.

Berdasarkan definisi tersebut, kepimpinan merujuk kepada keupayaan serta


kebijaksanaan seseorang ketua dalam menguruskan kakitangan bawahannya dan
sumber yang ada. Ia juga bermaksud sesuatu kuasa yang ada pada seseorang
pemimpin untuk menggerakkan anggota kumpulannya untuk mencapai matlamat
tertentu.Untuk mempengaruhi kakitangan, biasanya seseorang pemimpin
menggunakan pelbagai cara seperti memberi pujian, semangat, sokongan, ganjaran,
menunjukkan model yang baik, menjelaskan matlamat yang dikehendaki dan
sebagainya.

Dalam pentadbiran pendidikan, peranan kepimpinan adalah sangat penting. Sekolah


yang berjaya dalam bidang akademik dan juga kokurikulum adalah bergantung kepada
tonggak kepimpinan dan kebolehan seseorang pengetua. Sekolah yang mempunyai
pelbagai kelengkapan tetapi pengetuanya pula seorang yang lembap dalam
menjalankan tugas menyebabkan sekolah yang berkenaan tidak akan menjadi
cemerlang. Jadi, kepimpinan yang cekap adalah memainkan peranan penting dalam
kepimpinan pendidikan.

1
DIFINISI KONSEP KEPIMPINAN

Untuk menjadi seorang pemimpin di sekolah dan juga seorang pemimpin di peringkat
Jabatan Pendidikan Daerah, Negeri dan juga Persekutuan memerlukan ketokohan
kepimpinan. Ia memerlukan pengetahuan dalam bidang akademik, latar belakang murid
dan masyarakat, masalah tingkah laku pelajar dan kakitangan, kurikulum sekolah,
pengurusan pejabat, konsep kepimpinan, hubungan komunikasi, masalah politik
semasa dan sebagainya. Tanpa pengetahuan yang lengkap dalam bidang-bidang
tersebut, seseorang pentadbir pendidikan akan merasa tidak yakin ke atas keupayaan
kepimpinannya.

TEORI-TEORI KEPIMPINAN

Banyak teori mengenai kepimpinan dikemukakan. Dari dahulu hingga sekarang


berbagai-bagai sudut dikaji. Namun pendapat-pendapat mengenainya tidak sekata.
Hasilnya muncul pelbagai pandangan berkaitan dengan kepimpinan. Seorang
pemimpin yang baik perlu mengetahui tentang teori, model dan konsep kepimpinan
yang wujud. Dalam mengkaji kepimpinan, berbagai teori dikemukakan seperti teori sifat,
teori perlakuan, teori kotegensi, teori karismatik, teori X, Y dan Z, dan sebagainya.

Teori X dan Y
Teori ini telah diasaskan oleh Douglas McGregor (1960) yang membuat dua set
andaian terhadap manusia iaitu ‘Teori X’ dan ‘Teori Y’. Teori X ialah pendekatan ‘carrot
and stick (Razali Mat Zin, 1966). Teori X mengandaikan bahawa pekerja semulajadinya
malas dan akan mengelak daripada bekerja kecuali dipaksa, pekerja tidak mempunyai
cita-cita dan tidak mahu memikul tanggungjawab, pekerja tidak mempunyai motivasi
untuk menjayakan matlamat organisasi dan pekerja hanya mahu bekerja kerana
dirangsang oleh keperluan psikologi dan keperluan keselamatan mereka sahaja.

Teori Y pula lebih bercirikan motivasi dan pengiktirafan. Teori ini mengandaikan
bahawa kerja sebagai satu perkara semulajadi iaitu suatu perkara biasa sama seperti
bermain, bersukaria dan lain-lain jika keadaan kerja itu baik, tetapi mereka akan
menganggap kerja sebagai beban jika pengalaman bekerjanya pada masa lepas tidak
menyenangkan. Selain itu, pekerja sememangnya mencari dan mahukan
tanggungjawab kerana ia membawa kepada kepuasan jiwa.

Teori Perhubungan Manusia


Teori ini menjelaskan bahawa perhubungan manusia boleh mempengaruhi kelakuan
dan perlakuan antara kedua-duanya. Perlakuan pemimpin terutamanya, boleh memberi
kesan terhadap kepuasan hati pengikut dalam melaksanakan tugas. Kajian-kajian telah
dibuat oleh pelopor-pelopor teori ini untuk mengenalpasti perlakuan-perlakuan ini dan
didapati ada dua corak perlakuan pemimpin yang sangat disukai orang-orang bawahan
iaitu :

1. Perhatian dan penekanan terhadap tugas untuk mencapai matlamat organisasi (task-
orientation).
2. Perhatian dan penekanan terhadap perhubungan baik antara pemimpin dengan
orang-orang bawahan (human relations orientation).

2
DIFINISI KONSEP KEPIMPINAN

Kajian-kajian ke atas dua perlakuan ini membawa kepada kesimpulan bahawa


pemimpin yang memberi perhatian berat kepada tugas dan orang-orang bawahannya
boleh membawa kejayaan kepada organisasinya. Dalam erti kata lain, pemimpin yang
berjaya ialah pemimpin yang mengambil berat tentang tugas dan yang menjaga
perhubungan baik dengan pengikutnya.

Teori Kepimpinan Mengikut Situasi (Situasional Leadership Theories)


Bermula dari tahun 1940-an lagi penyelidik-penyelidik telah mencari faktor-faktor situasi
yang boleh mempengaruhi peranan, kemahiran, dan tingkah laku pemimpin ke atas
prestasi dan kepuasan bekerja.Fred Fiedlier telah mencadangkan satu model Kotegensi
Kepimpinan yang efektif. Model ini mengandungi hubungan antara stail kepimpinan
dengan suasana situasi yang menyenangkan. Kesesuaian situasi ini bergantung
kepada 3 dimensi berikut:

1. Hubungan antara pemimpin dan pekerja berdasarkan kepada percaya dan hormat
menghormati.
2. Darjah struktur tugas, iaitu sejauhmana tugas itu didefinisikan dengan jelas atau
kabur.
3. Kedudukan dan kuasa pemimpin yang didapati melalui autoriti formal, sama ada
pemimpin/ individu boleh mempertimbangkan untuk memberi ganjaran, dendaan,
menilai atau menaikkan pangkat kakitangan.
Situasi yang menyenangkan akan diperolehi sekiranya ketiga-tiga dimensi tersebut
positif. Dengan kata lain, sekiranya ketua itu secara amnya diterima kakitangan, struktur
tugas jelas dan ketua mempunyai autoriti dan kuasa formal. Situasi ini menyenangkan
dan digabungkan dengan gaya kepimpinan dapat menghasilkan keberkesanan.

Dalam Teori Kepimpinan Mengikut Situasi, teori ini bermula dengan anggapan bahawa
keadaan yang berbeza memerlukan cara memimpin yang berbeza, jika keberkesanan
ingin diwujudkan. Rasionalnya ialah kepimpinan yang berkesan akan bukan sesuatu
yang nyata yang boleh wujud tersendiri dengan bentuk yang sama, tetapi ianya
bergantung kepada beberapa faktor lain berupa manusia dan persekitaran yang saling
berinteraksi dan saling mempengaruhi. Intipati kepada teori-teori ini ialah :

1. Cara memimpin yang berbeza boleh berkesan, bergantung kepada kematangan


orang-orang bawahan ; mereka yang matang kurang memerlukan penyeliaan,
manakala mereka yang kurang matang memerlukan arahan dari ketua
2. Cara memimpin yang berbeza sesuai dalam keadaan yang berbeza ; cara paling baik
hendaklah mengambil kira faktor-faktor penting sebelum sesuatu keputusan dibuat
3. Tidak ada hanya satu saja cara memimpin yang paling baik; keberkesanan
seseorang pemimpin bergantung kepada persekitaran yang berupa manusia dan
keadaan
4. Pemimpin yang berkesan adalah mereka yang mendorong dan menunjuk jalan
kepada orang bawahan untuk menghasilkan sesuatu yang paling baik.

Teori Perlakuan

3
DIFINISI KONSEP KEPIMPINAN

Teori ini menjelaskan bahawa perhubungan kemanusiaan boleh mempengaruhi


kelakuan dan perlakuan antara kedua-duanya. Perlakuan pemimpin terutamanya, boleh
memberi kesan terhadap kepuasan hati pengikut dalam melaksanankan tugas. Kajian-
kajian oleh pelopor-pelopor teori ini untuk mengenalpasti perlakuan-perlakuan ini dan
didapati ada dua corak perlakuan pemimpin yang sangat mempengaruhi orang-orang
bawahan iaitu perhatian dan penekanan terhadap tugas untuk mencapai matlamat
organisasi (task-orientation) dan perhatian dan penekanan terhadap perhubungan baik
antara pemimpin dengan orang-orang bawahan (human relations orientation).

Kajian-kajian ke atas dua perlakuan ini membawa kepada kesimpulan bahawa


pemimpin yang memberi perhatian berat kepada tugas dan orang-orang bawahannya
boleh membawa kejayaan kepada organisasinya. Pemimpin yang berjaya ialah
pemimpin yang mengambil berat tentang tugas dan yang menjaga perhubungan baik
dengan pengikutnya.

Fungsi dan peranan pemimpin dilihat melalui dua kategori iaitu untuk menyelesaikan
masalah dan pengendalian kumpulan pengikut. Pemimpin yang berkesan lazimnya
bijaksana dalam mengendalikan kedua-dua perkara tersebut dalam memenuhi tuntutan
individu, kumpulan dan organisasi. Pemimpin juga dinilai dari segi keupayaannya dalam
melaksanakan tangungjawab berorientasikan pekerja atau tugas.

Pemimpin yang mementingkan organisasi tugas lebih mengutamakan standard


pencapaian dan daya pengeluaran tetapi hubungan kemanusiaan dan kebajikan
pekerja kurang dititik beratikan. Pemimpin yang berorientasikan pekerja mendapat
pujian dan popular tetapi mungkin menurun dari segi produktiviti dan kualiti. Kesan
perlakuan pemimpin berdasarkan tangungjawab berorientasikan tugas dan orentasi
pekerja telah memberi impak terhadap keberkesanan peranan kepimpinan mereka.

Keseluruhannya, walaupun teori-teori yang dikemukakan ini berbeza dari segi


pendekatan, isi dan kesimpulan, kesemuanya mirip menyatakan ada satu saja cara
yang terbaik untuk memimpin orang bawahan. Masing-masing mengutarakan cara
mereka. Ada yang mengatakan kejayaan bergantung kepada karisma seseorang, ada
yang mengatakan bahawa kejayaan pemimpin bergantung kepada kelakuan dan
perlakuan tertentu, dan ada pula yang mengatakan kejayaan bergantung kepada
anggapan pemimpin terhadap orang-orang bawahannya ( Ibrahim Mamat, 2001).

Walau bagaimanapun, semuanya mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri.


Tidak ada satupun yang sempurna. Namun teori-teori ini sangat berguna untuk diteliti
oleh orang-orang yang ingin menjadi pemimpin kerana mereka dapat mengetahui hal-
hal yang boleh memberi kesan ke atas kepimpinan.

JENIS-JENIS KEPIMPINAN

Penyelidikan mengenai jenis kepimpinan ini masih berjalan dengan lancar dan selain
dari jenis yang disebutkan di atas, ada berbagai-bagai lagi gaya kepimpinan. Reddin ,
1970 (dalam Robiah Sidin, 1989) telah membahagikan gaya kepimpinan mengikut

4
DIFINISI KONSEP KEPIMPINAN

model dimensi yang mengandungi tiga gaya asas, empat gaya pengurusan yang
berkesan dan empat lagi gaya pengurusan yang agak kurang berkesan. Manakala
Boles dan Davenport, 1975, telah menyarankan beberapa gaya untuk kepimpinan dan
cara dia menggunakan kuasa itu.

Gaya kepimpinan yang pelbagai menunjukkan bahawa konsep kepimpinan itu adalah
amat rumit. Seseorang pentadbir yang memegang sesuatu jawatan itu tidak semestinya
terus dianggap menjadi seorang pemimpin. Pentadbir harus pertama sekali berupaya
menggerakkan anggota-anggota lain di dalam sesuatu kumpulan itu, membimbing dan
mengarahkan mereka menuju ke suatu matlamat tertentu.

Dalam pada itu, pentadbir harus memastikan bahawa dia mematuhi norma-norma yang
telah ada mengenai seseorang pemimpin. Segala langkah tindakannya juga harus
memberi kepuasan kepada anggota-anggota secara individu. Untuk membolehkan
pentadbir membuat penyesuaian terhadap keperluan-keperluan yang bermacam-
macam lagi kompleks, seseorang pemimpin harus berupaya mengubahsuai gaya
kepimpinannya mengikut keadaan yang timbul.

Kepimpinan Demokratik (Democratic Leadership)


Pemimpin demokratik percaya kepada penglibatan semua orang dalam membuat
sesuatu keputusan/tindakan. Dia juga percaya kepada musyawarah. Dia sering
menurunkan kuasanya kepada orang-orang bawahan dan memberi kebebasan kepada
mereka untuk membuat sesuatu keputusan berlandaskan kebijaksanaan dan kebolehan
masing-masing.

Pemimpin demokratik berperanan menjadi pembimbing yang baik kepada


kumpulannya. Dia menginsafi peranannya sebagai penyelaras tugas anggotanya
dengan mengutamakan rasa tanggungjawab dan kerjasama baik kepada setiap individu
yang dipimpinnya. Dia juga tahu urusan kumpulan bukan masalah peribadinya.
Kekuatan kumpulan bergantung kepada penglibatan semua pihak. Sebagai pemimpin,
ia menyedari dia tidak mampu bekerja seorang diri. Dia memerlukan sokongan orang-
orang bawahannya. Kuasa diagih-agihkan menyebabkan semua orang merasa yakin
dan senang hati menunaikan tugas masing-masing. Dengan demikian kumpulan akan
terus berjalan lancar dan bergerak maju.

Menurut Ibrahim Mamat (2001), pemimpin demokratik berfungsi sebagai pemangkin


yang mempercepatkan perjalanan proses menuju matlamat dengan cara yang paling
sesuai. Disebabkan kepimpinannya bersifat membantu, dia dihormati dan dihargai serta
dilihat sebagai lambang ‘kebaikan’. Orang bawahan tidak melihatnya sebagai majikan
kerana apabila sesuatu hasil diperolehi, ia dianggap sebagai hasil dari komitmen
bersama, buka hasil dari usahanya bersendirian kerana dia sedar bahawa dia buka
‘superman’.

Para pemimpin jenis demokratik ini juga dikatakan mudah lentur dan bergantung
kepada sumber-sumber kuasa yang tidak mendesak seperti kepakaran, memujuk,
alasan-alasan yang kukuh dan ganjaran. Di samping itu, dia juga menekankan konsep

5
DIFINISI KONSEP KEPIMPINAN

perkongsian tanggungjawab apabila sesuai dan juga memberi kuasa. Jenks (1990)
mengaitkan gaya kepimpinan ini juga dengan tingkah laku dan mengatakan bahawa
kepimpinan turut serta mementingkan kedua-dua pengeluaran dan manusia atau
struktur tugas dan timbangrasa. Di antara matlamat stail kepimpinan ini adalah
semangat kerja berpasukan.

Kepimpinan Autokratik (Autocratic Leadership)


Individu autokrat percaya kuasa membuat keputusan mesti dipegang oleh pemimpin.
Dia memberi perintah dan pengikut mesti patuh kepada arahan yang diberi tanpa
banyak soal. Pemimpin autocrat dapat mempastikan tugas-tugas yang diberi
dilaksanakan dengan sempurna oleh orang bawahannya, tetapi oleh kerana mereka
hanya mengikut arahan dan tidak boleh bersuara, semangat kerjasama mereka lemah
dan mereka tidak kreatif serta tidak mempunyai inisiatif.

Para pemimpin autokrat lazimnya berfungsi secara autonomi memberi tunjuk ajar
tentang apa dan bagaimana tugas-tugas harus dilakukan, membuat keputusan sendiri
dan suka memberi arahan (Keith & Girling, 1991). Kepimpinan mereka dicirikan oleh
penekanan yang kuat terhadap pengeluaran dan kurang terhad elemen manusia (Jenk,
1990). Orang-orang bawahan diharapkan mengikut dan membuat apa yang mereka
diarahkan. Konflik atau masalah diselesaikan dengan pantas dan komunikasi lebih
bersifat dari atas ke bawah.

Mereka menggunakan ganjaran dan hukuman, memuji dan memberi penghargaan dan
selalunya menggunakan kritikan tidak membina (Keith & Girling, 1991). Power & Power
(1983) berpendapat, sekiranya pemimpin ini berketrampilan, tingkahlakunya yang
autokratik itu akan dianggap sebagai beban yang terpaksa diterima. Jika tidak
berketrampilan perasaan marah, kebencian dan kerisauan akan timbul dan ini akan
melumpuhkan seluruh operasi organisasi. Stail kepimpinan autokratik diangggap
berkesan dalam situasi yang terdesak kerana ia membenarkan proses membuat
keputusan yang tepat.

Kepimpinan Lepas-Bebas (Laizssez-Faire Leadership)


Pemimpin jenis ini memberi sepenuh kebebasan kepada orang-orang bawahan untuk
bertindak atau membuat keputusan. Dia tidak mencampuri langsung. Dia melihat
mereka sudah matang, tahu yang mana baik dan yang mana buruk serta membezakan
antara betul dan salah. Baginya mereka bertanggungjawab sepenuhnya ke atas
tindakan yang dilakukan, membiarkan mereka bersendirian dan jangan mengusik. Apa
yang diperlukan hanyalah matlamat yang telah dipersetujuai tercapai.

Keadaan yang sangat bebas dan liberal ini terkadang memperlihatkan sesebuah
kumpulan itu seolah-olah tidak mempunyai pemimpin kerana setiap orang bekerja
mengikut cara tersendiri. Seandainya orang-orang bawahan betul-betul matang, maka
penghasilannya memang baik, tetapi jika ramai antara mereka yang kurang matang,
maka hasilnya sangat tidak memuaskan kerana mereka seperti kehilangan pedoman
sebab tiada pemandu/pembimbing yang menunjuk arah.

6
DIFINISI KONSEP KEPIMPINAN

Menurut Keith & Girling (1991), stail kepimpinan laissez-faire bersandar kepada falsafah
membiarkan setiap individu dalam organisasi membuat kerjanya sendiri. Para pemimpin
jenis ini tidak mempunyai matlamat dan objektif kerja yang jelas dan juga tidak
mempunyai perancangan. Oleh kerana keadaan organisasi di bawah pemimpin-
pemimpin itu tidak ada prosedur untuk membuat keputusan yang jelas, maka konflik
antara berbagai kumpulan dinamik sama ada formal atau tidak formal akan wujud dan
sukar untuk dikawal.

Anda mungkin juga menyukai