Anda di halaman 1dari 2

ESEI

Berdasarkan soalan yang diberikan, modal insan yang patriotik dapat dibentuk

melalui aktiviti sukan dan permainan dengan meningkatkan pendekatan permainan

tradisional terhadap masyarakat negara. Ini akan menyebabkan mereka tertarik dengan

tradisi negara lalu menyebabkan mereka bersyukur kerana mempunyai negara yang

menghargai tradisi mereka. Tradisi permainan dan sukan di negara mereka yang

mempunyai asal usul mereka serta cara melakukan aktiviti tersebut mampu menarik

minat masyarakat yang suka aktiviti yang lasak. Semangat cinta akan negara dapat

dipupuk melalui cara ini. Selain itu, aktiviti sukan dapat memupuk semangat patriotisme

di kalangan mereka dengan mengadakan pertandingan sukan di dalam dan luar negara.

Cara ini akan menjadikan seseorang berusaha untuk mengharumkan nama negara.

Seorang insan yang patriotik juga dapat dipupuk dengan aktiviti sukan dan permainan

kerana aktiviti sukan memberikan cabaran kepada masyarakat yang bertanding dalam

aktiviti tersebut. Ini akan menyebabkan mereka tertarik dengan negara mereka kerana

negara mereka mampu menyediakan aktiviti yang mencabar kebolehan mereka. Di

samping itu, aktiviti sukan boleh memupuk semangat patriotisme dengan memenangi

pertandingan yang dianjurkan secara antarabangsa. Ini akan meningkatkan imej negara

lalu menyebabkan masyarakat tempatan lebih berbangga terhadap negara mereka.

Pertandingan yang dimenangi akan menjadikan rakyat tempatan ingin berjuang demi

negara mereka dalam pertandingan tersebut. Lebih-lebih lagi, permainan tradisional akan

menyebabkan mereka berminat dalam mewarisi budaya tersebut. Ini akan menyebabkan
mereka mempunyai keinginan untuk mewariskan budaya yang merupakan khazanah

negara itu kepada generasi-generasi yang akan datang. Dengan ini, masyarakat akan cuba

memahami budaya negara mereka dengan lebih jelas dan mendalam. Tambahan pula,

Malaysia menyediakan pelbagai jenis permainan dan aktiviti sukan. Kepelbagaian aktiviti

sukan dan permainan ini menyebabkan rakyat tempatan boleh memilih permainan dan

aktiviti sukan yang mereka ingin lakukan. Ini juga akan menyebabkan mereka lebih suka

memilih negara mereka berbanding negara-negara yang lain kerana negara mereka

menyediakan permainan yang mereka minati. Akhir sekali, modal insan yang patriotik

dapat dibentuk melalui aktiviti sukan dan permainan dengan pemberian peluang kepada

masyarakat tempatan untuk menceburi bidang sukan dan permainan. Kebanyakan orang

tidak mempunyai peluang untuk menceburkan diri dalam aktiviti sukan walaupun mereka

mempunyai bakat dalam aktiviti tersebut. Ini kerana mereka tidak diberi perhatian dalam

pemilihan wakil-wakil negara. Pemberian peluang ini akan menyebabkan mereka

berterima kasih kepada negara mereka kerana rela memberi peluang kepada mereka

untuk menceburkan diri dalam aktiviti sukan.