Anda di halaman 1dari 2

KEPENTINGAN MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTIK

Pada zaman atom ini, sifat mementingkan kebendaan dan


diri sendiri telah biasa diamalkan dalam kalangan
masyarakat. Tidak kurang sikap seperti enau dalam
belukar, melepaskan pucuk masing-masing terutama di
kawasan bandar. Generasi muda kini pula kurang bersikap
patriotik. Budaya barat diagung-agungkan manakala nilai
cinta akan tanah air sendiri diketepikan. Semangat
patriotik memang harus diamalkan dalam jiwa rakyat
negara ini semenjak mereka kanak-kanak lagi.

Bapa borek anak rintik. Ibu bapa wajar menjadi teladan


kepada kanak-kanak. Mereka harus menerapkan semangat
patriotik dalam kehidupan. Kanak-kanak yang cepat
belajar daripada ibu bapa akan mengikut jejak mereka
dengan mengamalkan semangat patriotik . Secara tidak
langsung, perbuatan membelot negara akan dikeji dan
lahirlah keinginan rakyat untuk memberi sumbangan
untuk kepada negara. Dengan semangat itu, negara kita
dapat membangun dengan pesat dan menjadi negara maju.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kanak-kanak


harus didedahkan kepada nilai cinta akan negara dan sifatsifat patriotik. Mereka perlu disedarkan bahawa
kepentingan semangat patriotisme. Ibu bapa harus
mendidik mereka tentang sejarah kemerdekaan negara dan
kepahlawanan tokoh-tokoh terkenal yang berjuang demi
tanah air. Kanak-kanak akan ingat pada pengajaran dan
ikut kata ibu bapa. Sikap yang diamalkan semasa kecil
biasanya akan kekal hingga dewasa. Semangat patrotik
yang disemaikan dalam jiwa bakal pemimpin negara turut
akan diingati dan dipraktikkan oleh mereka pada masa
hadapan.

Selain itu, guru turut beperanan penting dalam usaha


menyemai semangat patriotik dalam jiwa rakyat negara ini
semenjak kanak-kanak. Guru-guru yang mengajar di
sekolah patut menekankan unsur-unsur patriotik
terutamanya dalam mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan
Moral. Mereka perlu mendorong kanak-kanak lahir
perasaan bangga dan syukur terhadap negara serta cinta
akan negara. Mereka perlu mendedahkan amalan yang
mengandungi unsur patriotisme kepada kanak-kanak.
Maka wujud patriotisme dalam pembentukan sahsiah
insan-insan mulia.

Pihak berkuasa juga boleh mengambil beberapa langkah


untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan
kanak-kanak. Pelbagai pertandingan boleh dianjurkan
sempena bulan penghayatan merdeka. Misalnya,
pertandingan menulis esei berkaitan dengan tokoh yang
mempertahankan negara, pertandingan kolaj dengan topik
merdeka atau sejarah, pertandingan kolaj dengan
bertemakan topik merdeka atau sejarah, pertandingan
melukis dengan bertemakan "negaraku" dan lain-lain lagi.
Secara tidak langsung semangat patriotik dapat
disemaikan dalam jiwa kanak-kanak semasa mereka
mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan.
Jika semangat patriotik tidak disemaikan dalam jiwa
rakyat negara ini semenjak mereka kanak-kanak,
kemungkinan mereka akan kurang perhatian terhadap isu-

isu negara dan tidak mempunyai sifat-sifat patriotik.


Mereka akan mengagung-agungkan budaya luar negara
serta kurang kesedaran untuk mempertahankan maruah
negara. Sebaliknya, mereka akan terpikat oleh dunia di
luar dan meninggalkan tanah air demi kepentingan negara
sendiri dan tidak mahu melakukan perbuatan tidak setia
kepada negara seperti mambakar bendera negara.
Kesimpulannya, semangat patriotik mesti disemaikan
dalam jiwa rakyat negara ini semenjak mereka kanakkanak. Demikianlah perbuatan derhaka dapat dicegahkan
dan kukuh semangat patriotik dalam kalangan masyarakat.
Maka wawasan 2020 dapat dicapai dan Malaysia akan
menjadi negara gemilang. Rasa bangga sebagai
warganegara Malaysia semasa Jalur Gemilang dikibarkan.

Anda mungkin juga menyukai