Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

OLEH

NUR SYAHIDAH BINTI MOHD KUSNON

DI

UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT


BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
IBU PEJABAT JABATAN PENERBANGAN PUTRAJAYA
62618 WILAYAH PUTRAJAYA

Buku laporan ini dikemukakan kepada


Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Sebagai memenuhi sebahagian dari syarat
Penganugerahan
Diploma Kejuruteraan Elektronik

POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

1
Teristimewa buat bonda tercinta
Roani Binti Abdul Aziz

Ayahanda yang dikasihi


Mohd Kusnon b. Markom

Pensyarah-pensyarah, guru-guru, kaum keluarga, teman


teristimewa serta rakan seperjuanganku

Terima Kasih di atas segalanya……

2
PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t….

Bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnia-NYA, saya telah Berjaya


menamatkan latihan industri di Ibu Pejabat Jabatan Penerbangan Putrajaya selama 6
bulan. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada Penolong Pengarah Kanan (Teknologi Maklumat) iaitu En.Ihsan Bin Hassan
Basri kerana kesudian beliau memberi peluang kepada saya untuk menjalani latihan
disini tidak lupa juga kepada Cik.Hasmira Binti Abdul Wahab, selaku pengurus
teknikal dan penyelia saya bagi latihan industri ini.

Tidak lupa juga kepada semua kakitangan yang banyak membantu semasa
menjalani latihan industri ini.

Ucapan terima kasih tidak terhingga juga kepada keluarga saya dan rakan
seperjuangan yang sama menjalani latihan industri yang banyak memberi sokongan,
nasihat dan galakan untuk menghasilkan mutu kerja dan laporan dengan baik.

Akhir kata, saya meminta ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang
kesilapan yang tidak disengajakan. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah
dan yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri.

Sekian, Terima Kasih.

3
PENDAHULUAN

Program latihan industri ini adalah salah satu komponen utama dalam
kurikulum pembelajaran Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
(KPTM). Para pelajar disyaratkan untuk lulus dalam latihan industri sebelum
diperakukan untuk penganugerahan Sijil atau Diploma Politeknik KPTM. Bagi
menjalankan latihan industri ini, pelajar diminta terlebih awal untuk mendapatkan
tempat untuk menjalani latihan industri samada dengan bantuan pihak politeknik
ataupun secara persendirian. Semasa latihan, pelajar akan ditempatkan di organisasi
itu selama satu semester bagi mendedahkan pelajar kepada suasana pekerjaan
tersebut. Segala peraturan, adalah tertakluk kepada organisasi tersebut.

OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Latihan industri ini adalah salah satu objektif untuk mendedahkan pelajar
kepada alam pekerjaan. Disamping itu, ia juga bertujuan untuk membina personaliti
individu. Dengan adanya latihan industri, seseorang individu dapat menyerlahkan
personalitinya dan juga sedikit sebanyak dapat maningkatkan keyakinan diri. Selain
itu, ia juga dapat melatih diri pelajar untuk berkomunikasi secara berkesan.
Kebanyakan firma, cara berkomunikasi adalah penting samada secara formal ataupun
tidak. Dengan itu, pelajar dapat membiasakan diri apabila berada disituasi tersebut.
Objektif lain adalah untuk membentuk pelajar supaya mengamalkan etika dan
peraturan kerja yang baik. Ini sangat penting dan akan menggambarkan sikap atau
displin seseorang. Akhir sekali pelajar yang menjalani latihan industri perlu
menghasilkan laporan latihannya. Ini bertujuan supaya pelajar betul-betul
mempelajari ilmu dan dapat mengingati serta mengunakannya apabila sudah bekerja.

4
OBJEKTIF MENULIS LAPORAN

Menyediakan laporan latihan industri adalah diwajibkan bagi setiap pelajar


yang menjalani latihan industri. Laporan terbahagi kepada 2 iaitu Laporan Latihan
Industri dan Laporan Harian Latihan Industri. Bagi laporan latihan industri, pelajar
diminta supaya menghasilkan satu laporan yang lengkap dan formal. Isi-isi
kandungannya pula lebih banyak dan padat. Ia merangkumi semua aspek semasa
latihan industri termasuk berkenaan dengan profil organisasi. Bagi laporan harian
pula, pelajar diminta untuk mencatat segala aktiviti yang dijalankan pada satu-satu
hari itu. Pelajar diharuskan untuk menulis laporan tiap-tiap hari sehingga tamat
latihan. Menulis laporan ini adalah bertujuan sebagai bukti bahawa pelajar itu telah
menjalankan aktivitinya tiap-tiap hari. Ia juga bertujuan sebagai salah satu bahan
yang boleh digunakan pelajar untuk rujukan. Selain itu, pelajar juga tidak mudah
untuk melupakan apa yang telah dipelajarinya sepanjang latihan industri.

KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI

Latihan industri adalah salah satu cara dimana para pelajar boleh merasai
suasana di alam pekarjaan. Ia juga dapat menambahkan pengalaman serta
meningkatkan kemahiran individu setiap pelajar. Selain itu, para pelajar dapat
membentuk jati diri serta displin diri. Pelajar akan terikat dengan peraturan sesbuah
organisasi itu semasa tempoh latihanya. Latihan industri juga memberi kelebihan
pada setiap pelajar. Dengan adanya pengalaman kerja, ini akan memudahkan
seseorang itu untuk mendapatkan kerja pada suatu hari nanti. Selain itu, pelajar juga
dapat meningkatkan cara diri berkomunikasi. Ini adalah penting kerana ia
menggambarkan personaliti seseorang.

5
SENARAI RAJAH

SENARAI JADUAL