Anda di halaman 1dari 37

� PYZAM.

COM
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

M O HD NO R IZ WAN BIN
S UL AIM AN
MONDAY, MAY 25, 2009

AMALAN PEDAGOGI PENGAJARAN PERKEMBANGAN

INSTITUT PERGURUAN RAJANG


BINTANGOR, SARAWAK

SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2006


TEMA
PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMANTAPAN
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

TAJUK KAJIAN
AMALAN PEDAGOGI PENGAJARAN PERKEMBANGAN
BAHASA DI KALANGAN GURU-GURU
PERMULAAN PRA-SEKOLAH

OLEH

JAWATANKUASA PENYELIDIKAN
JABATAN ILMU PENDIDIKAN
INSTITUT PERGURUAN RAJANG
BINTANGOR, SARAWAK.

09 – 11 OKTOBER 2006

AMALAN PEDAGOGI PENGAJARAN PERKEMBANGAN


BAHASA DI KALANGAN GURU-GURU PERMULAAN
PRA-SEKOLAH
Disediakan oleh :
Jawatankuasa Penyelidikan
Jabatan Ilmu Pendidikan,
Maktab Perguruan Rajang
Bintangor, Sarawak.

Abstrak

BAB 1

PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
Menurut David Crystal dalam bukunya A Dictionary Of Linguistics and Phonetics
(1986) bahawa kajian tentang ilmu bahasa dibuat secara saintifik, emperikal dan
objektif. Penganalisisan terhadap sesuatu bahasa itu adalah berasaskan teori-teori
bahasa dengan teknik-teknik yang diperaku oleh pakar bahasa, malah kajian tentang
sesuatu bahasa itu adalah berasaskan kewujudan sebenar sesuatu bahasa tersebut.
Amalan pedagogi pengajaran bahasa telah menarik perhatian ramai pengkaji bahasa
untuk memecahkan beberapa persoalan tentang keberkesanan pengajaran
perkembangan bahasa dan komunikasi di kalangan kanak-kanak prasekolah. Pelbagai
teori telah dikemukakan oleh ahli-ahli linguistik dan psikologi berhubung pengajaran
bahasa di kalangan kanak-kanak.

1.1 Latar Belakang Kajian


Matlamat Dasar Pendidikan Negara adalah untuk melahirkan masyarakat yang bersatu
padu, berdisiplin, berpengetahuan, bertanggungjawab, berkebolehan, berwawasan dan
terlatih dalam pelbagai bidang. Fungsi utama proses pendidikan ialah sebagai agen
perubahan dan pemasyarakatan ke arah menjadikan masyarakat Malaysia berilmu
pengetahuan dan berpandangan jauh.
Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggubal satu
kurikulum kebangsaan prasekolah yang menitikberatkan enam komponen asas yang
meliputi komponen bahasa dan komunikasi, komponen perkembangan kognitif,
komponen pendidikan kerohanian dan moral, komponen perkembangan sosioemosi,
komponen perkembangan fizikal dan komponen kreativiti dan estetika. Dalam
melaksanakan program prasekolah, guru dan pelaksana tadika seharusnya mengetahui
dan memahami perkembangan kanak-kanak pada peringkat umur ini. Ini bertujuan
supaya mereka boleh mengubahsuai kurikulum mengikut kesesuaian peringkat umur,
kemampuan, kebolehan dan minat murid. Dengan perkataan lainnya kemahiran guru
dalam mengurus pedagogi pengajaran di pusat prasekolah dianggap sebagai satu yang
amat vital.

Untuk keberkesanan pelaksanaan pendidikan awal kanak-kanak, guru prasekolah perlu


meneliti kurikulum kebangsaan prasekolah secara menyeluruh dan kemudian
menstrukturkannya semula mengikut:-
a) titik permulaan pembelajaran kanak-kanak mengikut perkara yang mereka tahu dan
boleh buat;
b) bahan / kandungan dan aktiviti pembelajaran yang sepadan dengan tahap serta
keperluan kanak-kanak; dan
c) merancang (pedagogi) aktiviti yang bertujuan dan bermakna untuk memberi peluang
kepada pengajaran dan pembelajaran di luar dan dalam bilik darjah.

Perkara-perkara tersebut di atas adalah selaras dengan matlamat pendidikan


prasekolah:
“Pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua
aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai
persediaan untuk masuk ke sekolah rendah”
( Huraian Kurikulum Kebangsaan Prasekolah, 1993 )

Adalah sangat malang, sekiranya guru-guru prasekolah yang diharapkan untuk


mendidik dan memperkembangkan potensi kanak-kanak, tidak mampu serta kurang
berkemahiran untuk melaksana, memikul dan menyempurnakan tugas tersebut. Jika
keadaan ini berlaku, siapakah yang patut dipersalahkan? Oleh itu, diharapkan agar
dapatan kajian ini dapat menyumbang ke arah proses pengajaran dan pembelajaran
yang lebih bermakna.

1.2 Tujuan Kajian


Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji beberapa perkara berhubung amalan pedagogi
pengajaran perkembangan bahasa dalam kalangan guru-guru permulaan prasekolah di
Daerah Sibu, Sarawak. Masalah yang akan dikaji ialah melihat tahap amalan pedagogi
pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi dalam kalangan guru-guru
permulaan prasekolah dari aspek kemahiran menulis dan kemahiran membaca.

1.3 Pernyataan Masalah


Pengetahuan tentang amalan pedagogi pengajaran komponen Perkembangan Bahasa
dan Komunikasi dalam kalangan kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 5
hingga 6 tahun amat kritikal bagi ibu bapa, guru dan semua lapisan masyarakat. Ini
akan dapat membantu menghuraikan masalah berhubung tingkah laku kanak-kanak
yang berada dalam transisi kemahiran menulis dan membaca. Ramai dalam kalangan
ibu bapa dan guru prasekolah kebangsaan berasa bimbang apabila mendapati anak-
anak mereka yang sudah melebihi umur 5 tahun tetapi belum boleh menulis dan
membaca dengan baik berbanding kanak-kanak prasekolah swasta.

Dari sudut yang lainnya pula terdapat ibu bapa menjadi rungsing dan cemas apabila
mendapati kanak-kanak yang telah mencapai usia 5 tahun tetapi tidak boleh menulis
dan membaca dengan sempurna. Lebih mencemaskan lagi ialah apabila kanak-kanak
tersebut telah mencapai umur 6 tahun tetapi belum menguasai kemahiran menulis
huruf (abjad) dan menyebutnya (membaca) dengan sempurna.

Sepatutnya ibu bapa dan guru prasekolah tidak harus bimbang dan cemas kerana dari
segi fisikologi kanak-kanak pada peringkat umur tersebut tidak boleh menulis dan
membaca dengan sempurna. Pada peringkat perkembangan yang sedang dialami oleh
kanak-kanak tersebut , kordinasi motor mereka belum lagi mantap untuk menulis
dengan baik. Peranan orang dewasa ialah memberi motivasi dan peneguhan kepada
sebarang perlakuan bahasa yang baik dilakukan oleh kanak-kanak tersebut (Vygotsky,
1978).

Berdasarkan kebimbangan yang dialami oleh ibu bapa dan guru prasekolah tersebut
maka pengkaji beranggapan terdapat dua masalah dalam amalan pengajaran slot
Perkembangan Bahasa dan Komunikasi dalam kalangan guru-guru permulaan
prasekolah. Sebagai kesimpulannya, masalah-masalah tersebut dapat dirumuskan
seperti berikut :-
i. Guru-guru permulaan kurang mahir mengaplikasikan pendekatan belajar melalui
bermain dalam perancangan pengajaran slot perkembangan Bahasa dan Komunikasi.
ii. Guru-guru permulaan kurang mahir mengaplikasikan pendekatan belajar melalui
bermain dalam pelaksanaan aktiviti pengajaran dan slot perkembangan Bahasa dan
Komunikasi.

Dengan ini, penyelidik melihat dua masalah yang dialami oleh guru-guru permulaan
prasekolah sebagai satu permasalahan dalam amalan pedagogi pengajaran
perkembangan bahasa di pusat-pusat prasekolah yang perlu diselidiki.
(a) Soalan-soalan kajian
Kajian ini cuba menjawab soalan-soalan berhubung dengan amalan pengajaran dan
pembelajaran perkembangan bahasa dalam kalangan guru-guru permulaan di Pusat-
pusat Prasekolah di Daerah Sibu, Sarawak. Soalan-soalan kajian adalah seperti berikut:-
i. Sejauhmanakah guru-guru permulaan mengaplikasikan pendekatan belajar melalui
bermain dalam perancangan pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi?
ii. Sejauhmanakah guru-guru permulaan mengaplikasikan pendekatan belajar melalui
bermain dalam pelaksanaan pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi?

1.4 Kesignifikan Kajian


Dari segi kesignifikannya kajian ini diharapkan :
i. dapat meningkatkan kesedaran dan amalan belajar melalui bermain dalam kalangan
guru-guru permulaan berhubung pengajaran di bilik darjah;
ii. akan memberikan maklumat kepada Kementerian Pelajaran tentang tahap amalan
guru-guru permulaan terhadap pendekatan belajar melalui bermain dalam pengajaran
slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi;
iii. memberikankan maklumat kepada Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian
Pelajaran merangka satu pelan bertindak untuk memastikan amalan pedagogi belajar
melalui bermain diamalkan dalam pengajaran perkembangan bahasa; dan
iv. hasil kajian ini juga membantu BPG KPM dalam mendapatkan maklumat ke arah
membuat satu perancangan yang berstruktur ke arah mempertingkatkan tahap
kesedaran tentang kepentingan amalan pedagogi pengajaran perkembangan bahasa
berasaskan pendekatan belajar melalui bermain di kalangan guru-guru prasekolah.

1.5 Definisi operasi


1.5.1 Amalan
Satu perbuatan yang biasa dilakukan secara berulang-ulang atau satu kebiasaan.
1.5.2 Pedagogi
Merujuk kepada pendekatan-pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru-guru
permulaan prasekolah dalam slot komponen perkembangan bahasa dan komunikasi
kanak-kanak. Pendekatan yang difokuskan ialah pendekatan belajar melalui bermain.
1.5.3 Pendekatan Belajar melalui bermain
Satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid-
murid belajar dalam suasana yang bebas dan selamat, mengembirakan dan bermakna.
Ia meliputi main sosioemosi (main pondok, afektif), main kognitif (main bongkah /
binaan, manipulatif, bahan maujud), main bebas (psikomotor, permainan luar), dan
main sosiodrama (main peranan / simulasi / hasil ciptaan).
1.5.4 Pengajaran
Merujuk kepada tingkah laku guru mengajar murid-murid prasekolah.
1.5.5 Perkembangan Bahasa
Merujuk kepada komponen Bahasa dan Komunikasi seperti yang terkandung dalam
Huraian Kurikulum Kebangsaan Prasekolah yang meliputi lisan, menulis dan membaca.
1.6.6 Kemahiran Menulis
Merujuk kepada kemahiran mekanis menghasilkan contengan, lakaran dan tulisan yang
kemas melalui aktiviti yang menyeronokkan seperti mengecat menggunakan berus cat,
menconteng, membuat corak, menekap dan membentuk huruf.
1.7.7 Kemahiran Membaca
Merujuk kebolehan mengecam bunyi huruf-huruf, menyebut, membaca perkataan dan
rangkaikata yang bermakna.
1.7.8 Guru-guru Permulaan
Guru-guru yang berkhidmat dalam tempoh masa antara 1 tahun hingga 3 tahun di
sekolah-sekolah kebangsaan di Daerah Sibu.
1.8 Batasan kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap dan kekerapan amalan pedagogi
pengajaran perkembangan bahasa dalam kalangan guru-guru permulaan di sekolah-
sekolah kebangsaan dalam Daerah Sibu, Sarawak sahaja. Selain itu kejituan dapatan
kajian bergantung kepada kejujuran tindak balas respondan kepada soal selidik yang
diberikan. Oleh itu dapatan kajian ini hanya boleh digunapakai oleh semua institusi
yang berkenaan di lokasi lain yang mempunyai situasi, latar belakang dan tahap
penyebatian amalan pedagogi pengajaran perkembangan bahasa yang sama seperti
dalam daerah kajian ini.
Batasan kajian ini boleh dirumuskan sebagai berikut :
1.8.1 amalan pengajaran dan pembelajaran bahasa (perkembangan bahasa dan
komunikasi)
1.8.2 dalam kalangan guru-guru permulaan
1.8.3 di sekolah-sekolah rendah kebangsaan Daerah Sibu,

BAB II

TINJAUAN LITERATUR

2.0 Pengenalan
Bab ini cuba menganalisis masalah kajian secara terperinci dan kemudiannya
menyatakan kerangka teoritis yang dijadikan panduan bagi mengkaji masalah
perkembangan dan pengajaran dan pembelajaran bahasa kanak-kanak prasekolah.

2.1 Pandangan umum tentang kemahiran menulis dan membaca di kalangan kanak-
kanak
Dewasa ini banyak kajian membuktikan bagaimana kemahiran menulis dan kemahiran
membaca dalam kalangan kanak-kanak berumur lima hingga enam tahun dapat
dikembangan secara semulajadi oleh kanak-kanak, bagaimana mereka memberi makna
kepada dunia mereka melalui penerokaan yang menyeronokkan, dan bagaimana
mereka mengggarap maklumat dan membentuk satu peraturan mudah untuk
membantu diri mereka sendiri menggunakannya (Beaty,J.J., 1998;293). Kajian-kajian
tersebut telah mengubah pandangan kita selamanya tentang cara kanak-kanak
mencapai perkembangan mereka dan bagaimana cara terbaik bagi kita membantu
pertumbuhan dan perkembangan mereka.
Walau bagaimanapun masalah ini amat membimbangkan dan mencabar peranan guru
prasekolah kerana mereka keliru dengan tanggapan, harapan dan keperluan seperti
mana yang terungkap dalam kurikulum prasekolah kebangsaan. Melalui bacaan
literatur yang berkaitan dengan perkembangan dan pembelajaran bahasa kanak-kanak
prasekolah dari aspek kemahiran menulis, guru prasekolah telah disogokkan dengan
dapatan mengatakan kanak-kanak membentuk cara mereka sendiri untuk bercakap dan
juga menulis serta membaca (Beaty, J.J.,1998; 293). Dalam satu kajian yang dibuat oleh
Temple et.al (1993;2), beliau mengatakan bahawa kanak-kanak belajar menulis melalui
pengalaman dan penemuan kendiri. Dengan pandangan tersebut kita kini semacam
dihimpit dengan dilema apakah perbuatan mengajar kanak-kanak menulis secara
konvensional sudah tidak relevan lagi.

2.2 Pandangan Ahli Psikolinguistik Berhubung Kemahiran Menulis dan Membaca di


Kalangan Kanak- Kanak
Menurut penemuan psikolinguistik kognitif, pemerolehan bahasa dan keupayaan
membaca seseorang individu bermula sejak ia dilahirkan malah kanak-kanak
sememangnya telah mula belajar menulis sejak dari peringkat awal perkembangan
mereka. Permulaan kanak-kanak belajar menulis boleh diperhatikan melalui tingkah
laku mereka, isyarat (gesture), perbualan, cara mereka bermain dan contengan yang
mereka lakukan membentukkan makna yang tertentu (Vygotsky, 1978). Menurut aliran
ini bahawa apabila seseorang individu itu dilahirkan dia terus berusaha untuk
mempelajari dunia di persekitarannya melalui pancainderanya. Pengetahuannya
tentang dunia di sekelilingnya itulah nanti akan menjadi dasar bagi dirinya untuk
pemerolehan bahasa dan bacaannya. Dengan penemuan ini, jelaslah bahawa pengajaran
bahasa yang agak formal sudah boleh dimulakan pada waktu kanak-kanak mula pandai
bercakap iaitu pada umur antara dua atau tiga tahun (Kamaruddin Husin et.al, 1986,2).

Saracho (1990) mendapati bahawa terdapat beberapa peringkat tulisan kanak-kanak:-


a) Contengan tanpa tujuan (aimless scribbling),
b) Pergerakan secara horizontal (horizontal movement),
c) Simbol unit secara terpisah-pisah (Separated symbol unit),
d) Kesalahan tulisan huruf-huruf (Incorrect written letters), dan
e) Mengeja perkataan pertama dengan tepat (correct spelling of first name).

Memang tidak dapat dinafikan bahawa percubaan pembelajaran bahasa dari aspek
menulis dan membaca yang pertama dilakukan oleh kanak-kanak adalah dalam bentuk
contengan, corengan dan kemudiannya bentuk-bentuk lakaran dan bentuk-bentuk yang
dapat dikenal pasti. Dari satu aspek yang lainnya pula, perkembangan dan
pembelajaran bahasa kanak-kanak juga dikatakan mempunyai perkaitan yang rapat
dengan aspek perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak. Ada di kalangan bijak
pandai mengatakan bahawa mengajar kanak-kanak menulis dan membaca sepatutnya
dilakukan sewaktu kanak-kanak memasuki tahun satu persekolahan. Apakah
pandangan tersebut masih relevan? Jawapan kepada anggapan tersebut adalah jauh
berbeza pada hari ini dengan pengalaman dalam lingkungan lima belas atau dua puluh
tahun yang lampau.

Kemahiran pratulis di kalangan kanak-kanak prasekolah bermula dengan


perkembangan kemahiran motor halus. Kebolehan menulis memerlukan kematangan
urat saraf dan urat daging yang mengawal jari dan tangan. Menurut Allyn dan Bacon
(1997) kemahiran menulis kanak-kanak prasekolah adalah meliputi kebolehan kanak-
kanak menggunakan alat-alat tulis seperti pen, pensil, krayon, marker dan berus cat
untuk membuat sebarang bentuk contengan (scribble). Contengan yang dilakukan oleh
kanak-kanak adalah sebarang bentuk lakaran yang berulang dan sebarang perubahan-
perubahan pada contengan secara mendatar, dan contengan yang bercampur dengan
bentuk-bentuk huruf. Contengan yang dilakukan oleh kanak-kanak juga meliputi
percubaan kanak-kanak menggunakan lakaran gambar untuk membuat ilustrasi cerita.
Kanak-kanak pada peringkat prasekolah boleh menulis nama sendiri, mencipta huruf-
huruf yang mewakili makna tertentu atau mencipta huruf secara rawak (composed of
letters), mencipta ejaan perkataan (invented spelling), dan menulis perkataan yang
bermakna (distinguishable words).
Memang tidak dapat dinafikan bahawa kemahiran membaca bukanlah merupakan satu
perkara yang mudah dipupuk dalam kalangan kanak-kanak yang berusia antara 5
hingga 6 tahun. Ini kerana kemahiran tersebut berlaku secara berperingkat-peringkat
khususnya dalam konteks pengalaman bahasa secara total. Terdapat banyak faktor
perkembangan tertentu yang mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran
bahasa. Antara lain faktor-faktor yang mempengaruhinya ialah faktor fizikal, faktor
persepsi, faktor kognitif, faktor bahasa, faktor afektif dan faktor persekitaran atau
pengalaman seseorang individu .
Menurut Pumfrey (1977) membaca bukanlah hanya setakat bersifat mekanik tetapi
sebagai satu proses pemikiran yang membina. Berdasarkan pandangan Pumfrey
tersebut maka kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak prasekolah haruslah
dapat membina kebolehan menilai, mengulas dan mengkritik apa yang dibaca dengan
tepat dan memahami kehendak situasi.

Ferreiro dan Teberosky dalan buku mereka Literacy Before Schooling (1982) menyebut
In children’s own first spontaneously produced graphic representations, drawing and
writing are undifferentiated. Gradually some lines acquire forms like drawings, while
others evolve towards imitation of the most salient characteristics of written language.
(ms. 52)
Ketika kanak-kanak mencipta satu penemuan baru tentang menulis melalui penerokaan
kendiri dan penglibatan mereka dengan buku-buku bergambar, mereka sebenarnya
telah membina pandangan kendiri tentang tulisan. Menurut Tempel et.al (1993),
pembelajaran menulis di kalangan kanak-kanak adalah satu tindakan mereka melalui
penemuan-penemuan kendiri. Pandangan tersebut diperkukuhkan lagi oleh Schrader
et.al (1987) dengan mengatakan bahawa kanak-kanak membina sendiri peraturan dan
sistem pemerolehan bahasa mereka sama ada bahasa lisan dan bahasa tulisan melalui
pengaruh persekitaran mereka. Daripada pandangan-pandangan tersebut mungkinkah
kita boleh menegaskan di sini bahawa kanak-kanak mengajar diri mereka sendiri untuk
bercakap, menulis dan juga membaca.

Dengan yang demikian kemahiran-kemahiran menulis, membaca, berfikir, emosi, sosial


dan motor diperoleh oleh kanak-kanak pada fasa perkembangan mereka melalui
permainan penerokaan dan eksperimen mereka ke atas bahan-bahan di persekitaran
(Beaty,J.J., 1998, 294). Pandangan tersebut bukanlah sesuatu yang hakiki dan meliputi
untuk semua lapisan kana-kanak. Ini kerana perkembangan menulis dan membaca
dalam kalangan kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Kanak-
kanak memerlukan alat untuk menulis, bahan-bahan di persekitaran yang boleh
digunakan mereka untuk menulis, dan dorongan kepada mereka untuk melakukan
percubaan menulis adalah penting. Kanak-kanak perlu melakukan latihan-latihan
pratulis dan dan prabaca seperti mana mereka melakukan latihan-latihan untuk berlari
dan bercakap dengan bantuan orang dewasa.

Tanpa alat-alat untuk menulis sedia ada di rumah, kanak-kanak prasekolah tidak
mendapat peluang menikmati menggunakannya tetapi hanya melakukan latihan
tersebut melalui menulis di udara dan di atas debu pasir. Tanpa buku untuk
diperhatian, kanak-kanak prasekolah mempunyai kurang daya dorongan untuk
membaca. Peranan ibu bapa dan guru prasekolah dengan menunjukkan satu model
minat membaca buku dan tingkah laku menulis menyebabkan kanak-kanak merasakan
mereka juga ingin melakukan aktiviti bacaan dan tulisan.

Berdasarkan pandangan tersebut di atas maka bukanlah bermakna guru terpaksa duduk
sepanjang hari dan mengajar kanak-kanak prasekolah membaca dan menulis dengan
menggunakan kaedah konvensyenal. Menurut Schrader dan Hoffman (1987,3) kanak-
kanak akan menjadi bosan dan tertekan sekira guru mengajar kanak-kanak menulis dan
membaca. Keadaan tersebut berlaku kerana cara tersebut telah menyebabkan kana-
kanak merasakan mereka kurang mendapat peluang untuk menggunakan pengetahuan
sedia ada yang telah terbentuk (self-constructed knowledge) dengan cara yang
bermakna (meaningful ways).

2.3 Cara-cara dan Aktiviti-aktiviti Yang Menggalakkan Kemahiran Pratulisan dan


Prabacaan di Kalangan Kanak-kanak

Menurut Golden (1984; 4) kanak-kanak pada seawal umur tiga tahun boleh
mengenalpasti perbezaan antara contengan untuk tulisan dan contengan untuk lakaran.
Pandangan beliau menjelaskan bahawa kanak-kanak telah terdedah dengan
pengalaman tulisan (print) dan bacaan pada awal peringkat perkembangannya. Peranan
orang dewasa untuk memupuk minat ke atas tulisan dan bacaan boleh bermula ketika
kanak-kanak berumur tiga tahun.

Di pusat prasekolah kanak-kanak diberi penekankan dengan kemahiran menulis secara


mekanis dengan tujuan kanak-kanak dapat menghasilkan tulisan yang kemas. Pada
peringkat awal pembelajaran menulis dalam kalangan kanak-kanak prasekolah adalah
suatu aktiviti yang menyeronokkan Aktiviti-aktiviti seperti membuat corak, menekap
dan membentuk huruf adalah penting. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah bertujuan untuk
memberi latihan dan pengalaman asas. Melalui aktiviti tersebut ia dapat membantu
kanak-kanak prasekolah menguasai kemahiran menulis yang selanjutnya seperti
menulis huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat.

Menurut Ann Miles Gordon et.al (1995), kebolehan kanak-kanak untuk menulis dan
membaca bukanlah ditentukan oleh faktor tahap umur. Kesediaan kanak-kanak untuk
menulis dan membaca (graphic language) mestilah disuburkan oleh orang dewasa.
Kecekapan bahasa kanak-kanak merupakan penentu ulung kesediaan membaca di
kalangan kanak-kanak. Peranan guru adalah untuk mengenal pasti faktor kesediaan
tersebut melalui sejauhmana kanak-kanak memahami struktur ayat dan penggunaan
perbendaharaan kata dalam interaksi seharian mereka.

Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa kanak-kanak menguasai kemahiran bahasa


apabila wujudnya jalinan antara bahasa yang diungkap (baca) dengan perkataan yang
ditulis. Ini adalah sejajar dengan pandangan sarjana
”..... that sounds are how language is put together”
(Nurss, 1980)

Berdasarkan saranan tersebut guru boleh merancang aktiviti bahasa yang mengaitkan
perkara yang disebut (baca) dengan perkara yang ditulis (Gordon, 1995; 317).

Terdapat beberapa cara atau aktiviti yang dikenal pasti oleh ahli linguistik untuk
memupuk minat kemahiran menulis dan membaca di kalangan kanak-kanak prasekolah
(Beaty, J.J., 1998).
Antara cara-cara tersebut adalah :-
2.3.1 Menyediakan Sudut Tulisan
Apabila matlamat guru prasekolah untuk menggalakkan kanak-kanak meneroka sendiri
kemahiran menulis, kita seharusnya menyediakan satu suasana untuk memungkinkan
perkara tersebut berlaku. Bagi kanak-kanak sudut bacaan mempunya kesan menarik
sama dengan sudut main blok. Alat-alat tulisan seperti meja, kertas, sampul suarat, kad,
pelekat, pita, pembaris, getah pemadam, pad stamp, klip kertas dan sebagainya
disediakan di sudut ini memang mempunyai daya tarikan pada diri kanak-kanak. Selain
dari itu papan tulis kecil atau stand-up chalk board dibekalkan untuk menggalakkan
aktiviti menconteng dan menulis menggunakan kapur. Minat dan keinginan mereka
untuk meniru tingkah laku menulis oleh orang dewasa dapat di penuhi dengan
melakukan cakaran, contengan dan lakaran tertentu di sudut ini.
2.3.2 Melengkapi Bilik Prasekolah Dengan Persekitaran Tulisan
Guru prasekolah bolehlah melengkapkan bilik prasekolahnya dengan bahan-bahan yang
menggambarkan persekitaran tulisan. Bahan-bahan yang perlu disediakan dalam bilik
prasekolah adalah seperti buku-buku, majalah-majalah, katalog, poster, tanda nama
jalan, isyarat-isyarat jalanraya, iklan-iklan, logo-logo restoran seperti KFC dan
sebagainya. Penyediaan persekitaran yang dilengkapi dengan bahan-bahan tulisan
(print) meningkatkan lagi kesedaran (awareness) mereka tentang tulisan dan bacaan.

2.3.3 Menyediakan Sudut Bacaan


Pusat prasekolah perlu dilengkapi dengan sudut bacaan. Bahan-bahan seperti buku-
buku bergambar,buku-buku abjad, poster, majalah dan buku besar ditempatkan di
sudut ini.
2.3.4 Menggunakan Tray Pasir / Garam Untuk Menulis Dengan Jari
Guru boleh mempelbagaikan cara meningkatkan minat murid untuk menulis. Dengan
menyediakan di sudut tulisan dengan tray pasir / garam, kanak-kanak boleh berlatih
menulis menggunakan hujung jari di atas pasir atau garam. Cara ini mudah bagi kanak-
kanak untuk memadam dan menulis semula bentuk-bentuk yang diminatinya. Kanak-
kanak hanya perlu mengoyang (shake) tray jika ingin memadam untuk menulis semula
huruf dan sebaginya.
2.3.5 Menggalakkan Kanak-Kanak Menulis Pesanan
Kanak-kanak pada peringkat memaknakan contengan dalam penerokaan tulisan
mereka boleh menulis pesan dalam aktiviti menulis olok-olok (mock writing) kepada
rakan atau ibu bapa mereka. Galakkan kanak-kanak melakukan aktiviti menulis surat
olok-olok (mock letter writing) kepada ibu bapa mereka. Ketika kanak-kanak
melakukan aktiviti menulis surat olok-olok, guru akan menulis sebenar mesej surat
tersebut dalam mock letter writing tersebut. Apabila ibu bapa mereka bertindak balas
terhadap surat tersebut kanak-kanak akan merasakan bahawa tulisan mereka dapat
dibaca oleh ibu bapa. Dari detik inilah akan timbul motivasi mereka untuk terus belajar
menulis huruf-huruf yang sebenarnya.
2.3.6 Pengesahan Setelah Mendapat Giliran
Kanak-kanak digalakkan menggunakan sebarang bentuk tulisan olok-olok (mock
writing) dalam buku catatan khas yang ditempatkan disetiap sudut pembelajaran
sebagai menunjukkan atau membukti bahawa mereka telah melaksanakan sesuatu
aktiviti. Sebatang pensil atau pen diikat pada buku tersebut supaya kanak-kanak tidak
perlu mengambil masa untuk mendapatkan pensil / pen bagi tujuan tersebut.
2.3.7 Mengenali Nama Dengan Abjad
Kanak-kanak lazimnya belajar dalam cara yang bermakna, menyeronokkan dan berkait
rapat dengan dirinya. Guru prasekolah atau orang dewasa boleh membantu kanak-
kanak mengenal abjad pertama tentang namanya secara yang menyeronokkan.
Misalnya guru boleh membuat rantai leher yang diperbuat dari benang dan kad abjad
pertama namanya digantungkan padanya. Kanak-kanak kemudiannya diminta mencari
rakan-rakannya yang mempunyai abjad nama yang sama dengannya.
2.3.8 Kad-kad Abjad
Galakkan kanak-kanak bermain dengan kad abjad yang mempunyai gambar selari
dengannya. Cara begini dapat membantu kanak-kanak melihat perkaitan abjad dengan
persekitran yang selari dengannya.
2.3.9 Membaca Buku Abjad
Membaca buku abjad adalaah berkesan apabila dibaca oleh guru kepada seorang atau
dua orang kanak-kanak dalam sesuatu masa. Kanak-kanak perlu duduk bersebelahan
dengan guru ketika pembacaan sedang dilakukan oleh guru agar mereka berpeluang
untuk mengenal pasti objek yang sedang disebut dan bentuk huruf yang berkenaan.
2.3.10 Peti Surat Peribadi
Kanak-kanak digalakkan membuat peti surat peribadi dengan menggunakan kotak-
kotak buangan yang sesuai. Kanak-kanak akan menandakan kotak peti surat peribadi
tersebut dengan nama mereka masing-masing. Guru akan membuat pesanan ringkas
setiap hari kepada murid-murid tertentu dan guru akan memberi galakkan kepada
mereka untuk membalas pesanan tersebut.
2.3.11 Permainan Abjad Komputar
Dewasa ini setiap pusat prasekolah ada dibekalkan dengan kemudahan komputer.
Kanak-kanak amat meminati komputer. Guru boleh menggunakan komputer sebagai
media yang menggalakkan mereka untuk minat menulis dan membaca. Program abjad
komputer adalah amat baik untuk satu pengenalan kepada kanak-kanak untuk
mengenali abjad di papan kekunci komputer.

2.3.12 Buku Besar / Big Books


Walaupun harga sebuah buku besar jauh lebih mahal berbanding dengan buku biasa,
buku besar mempunyai peranan penting dalam meningkatkan minat murid untuk
membaca. Buku besar ini digunakan oleh guru untuk membaca cerita atau ayat mudah
kepada kanak-kanak secara kumpulan. Kanak-kanak berpeluang melihat tulisan huruf
dan gambar yang terdapat pada buku tersebut dengan jelas.
2.3.13 Meletakkan Buku-Buku Di setiap Sudut Pembelajaran
Buku-buku bergambar sesuai ditempatkan pada setiap sudut pembelajaran.Contohnya
di sudut blok diletakkan buku Building a Bridge , sudut permainan dramatik diletakkan
buku If I Ran The Family, sudut Sains diletakkan buku Planting a Rainbow, sudut
matematik / manipulatif diletakkan buku Moving from One to Ten, dan sudut motor
kasar diletakkan buku No Jumping on the Bed dan sebagainya.
2.3.14 Hidangan Sup Abjad
Permainan hidangan sup abjad membantu kanak-kanak untuk mengenal pasti dan
menyebut abjad-abjad yang terdapat dalam hidangan tersebut. Kanak-kanak boleh
membanding dan membuat perbezaan kandungan hidangan sup abjadnya dengan
rakan-rakannya.
2.3.15 Menyediakan Mesin Taip Manual
Guru prasekolah boleh menggunakan mesin taip manual untuk meningkatkan minat
kanak-kanak mengenali abjad dan membaca abjad. Kanak-kanak seronok bermain
dengan hurut-huruf dan perkataan-perkataan yang dapat mereka taipkan dengan mesin
taip manual. Kanak-kanak digalakkan menerokai dan mempelajari secara sendiri
bagaimana mereka menggunakan mesin taip seperti menyiasat sendiri di manakah
papan kekunci untuk menaip huruf yang dikehendaki.

3.0 Rumusan.
Walaupun kanak-kanak membentuk kemahiran pratulisan dan prabacaan pada kadar
masa yang sama seperti mereka menguasai kemahiran lisan, kita sedar bahawa guru
prasekolah semacam tidak memberi tekanan kepada aspek perkembangan semulajadi
mereka dalam aspek tersebut. Oleh yang demikian mungkin terdapat kanak-kanak yang
dapat membuat tulisan olok-olok (mock writing) tetapi tidak pernah melakukannya di
prasekolah. Mungkin juga terdapat dalam kalangan kanak-kanak yang telah menyedari
tentang kewujudaan huruf-huruf (print) dan cuba untuk membacanya tetapi telah
diabaikan oleh guru-guru prasekolah dan orang dewasa.

(i) BAB III

(ii) METODOLOGI

3.0 Pengenalan
Dalam bab ini, penyelidik akan menghuraikan kaedah yang akan digunakan dalam
kajian ini. Antara kaedah tersebut ialah proses pengumpulan data, pemilihan sample,
tempat kajian, kajian rintis, alat pengukuran kajian dan kedah penganalisisan data.
Kajian ini secara umumnya adalah jenis kuantitatif dalam bentuk deskriptif yang
mengukur keberkesanan amalan penggunaan pendekatan belajar melalui bermain,
bersepadu dan bertema dalam pengajaran oleh guru tersebut.

3.1 Reka Bentuk Kajian


Penyelidik menggunakan kaedah tinjauan dan juga pemerhatian yang akan dijalankan
melalui set senarai semak untuk mengumpul dapatan dari maklumat guru-guru
permulaan yang baru berkhidmat sebagai guru pra-sekolah di sekolah-sekolah yang
terlibat. Maklumat-maklumat tersebut terdiri daripada kekerapan amalan pedagogi
pengajaran dalam slot perkembangan bahasa dalam pengajaran harian, perancangan
pengajaran, perlakuan-perlakuan pengajaran dan pemaparan imej dan personaliti guru
terlibat.
(iii) 3.2 Prosedur Pengumpulan Data
(iv) 3.2.1 Penentuan Subjek kajian
Populasi dan responden kajian ini adalah meliputi semua guru permulaan prasekolah di
Daerah Sibu, Sarawak yang telah berkhidmat dalam tempoh masa 1 hingga 3 tahun.
Terdapat seramai 15 orang guru permulaan prasekolah di sekolah-sekolah kebangsaan
di Daerah Sibu, Sarawak. Oleh kerana jumlah populasi di daerah tersebut adalah kecil,
maka semua populasi tersebut telah diambil sebagai sample kajian untuk mendapatkan
data.
(v) 3.2.2. Taburan Responden Mengikut Sekolah Dan Daerah
Seramai 15 orang guru-guru permulaan akan terlibat sebagai responden dalam kajian
ini. Bilangan ini merupakan 100 % daripada keseluruhan populasi. Mereka terdiri
daripada guru-guru prasekolah di sekolah kebangsaan yang terletak di bawah
pentadbiran Jabatan Pendidikan Gabungan Sibu.
(vii) 3.2.3 Metod Yang Digunakan
Untuk memperoleh data bagi menjawab semua soalah kajian, penyelidik menggunakan
2 kaedah iaitu pertama kaedah tinjauan dan kedua ialah kaedah kedua ialah amalan
pemerhatian.

Untuk kaedah tinjauan, penyelidik akan mengedarkan satu set borang soal selidik yang
menggunakan Sekala Likert 5 mata. Ia bertujuan untuk membuat tinjauan terhadap
aspek perancangan dan pelaksanaan amalan pedagogi pengajaran guru permulaan. Soal
selidik yang dihantar kepada subjek kajian mengandungi tiga bahagian iaitu:-
f) Bahagian A : demografi responden ;
g) Bahagian B: Aspek perancangan pengajaran guru yang berkaitan dengan amalan
pendekatan belajar melalui bermain, bersepadu dan bertema
h) Bahagian C: Aspek pelaksanaan pengajaran guru yang berkaitan dengan amalan
pendekatan belajar melalui bermain, bersepadu dan bertema.

Penggunaan soalselidik sebagai alat pengukuran yang sesuai adalah kerana mengikut
Rubin dan Babie (1993), bagi mengukur responden yang besar atau keseluruhan
daripada populasi yang dipilih, penggunaan soalselidik adalah lebih tepat dari segi
kebolehpercayaan. Soalselidik juga memudahkan responden memberikan reaksi
sebenar terhadap apa juga pertanyaan yang dikemukakan. Ia memberikan masa kepada
responden untuk berfikir sebelum menjawabnya. Di samping itu, soalselidik juga dapat
ditujukan kepada banyak responden pada masa yang sama di samping membolehkan
keseragaman dalam situasi pengukuran kerana setiap responden memberi tindakbalas
kepada soalan yang sama. Secara kesimpulannya, data yang diperolehi nanti akan lebih
tekal semasa dianalisis dan ditafsir.

Kajian ini juga menggunakan kaedah pemerhatian secara langsung pengajaran guru
permulaan prasekolah dalam bilik darjah. Satu senarai semak pengajaran slot
pengajaran Bahasa dan Komunikasi akan digunakan untuk mendapat data yang
berkaitan dengan amalan pedagogi pengajaran guru dalam bilik darjah selain dari data-
data yang diperoleh melalui soal selidik yang diberikan kepada subjek kajian. Set
senarai semak ini akan dibina berpandukan kajian-kajian terdahulu dan ditambah
dengan aspek-aspek baru yang difikirkan perlu.

Senarai semak pengajaran di bilik darjah ini meliputi dua bahagian iaitu:-
a) perancangan pengajaran slot Bahasa dan Komunikasi oleh guru permulaan; dan
b) amalan pelaksanaan pedagogi pengajaran slot Bahasa dan Komunikasi oleh guru
permulaan.

3.3 Pentadbiran Alat Kajian


3.3.1 Untuk melicinkan perjalanan kajian ini, penyelidik akan berjumpa terus subjek
kajian yang dipilih dan menerangkan tujuan kajian tersebut dibuat. Perjumpaan secara
langsung dengan semua subjek kajian akan dapat mengurangkan rasa syak wasangka
dan tahap kebimbangan tinggi di kalangan subjek.
3.3.2 Penyelidik juga akan mengamalkan satu prosedur untuk memasuki kawasan
kajian. Oleh kerana subjek kajian adalah di kalangan guru-guru permulaan prasekolah,
maka penyelidik akan membuat satu temu janji untuk membuat satu sesi pertemuan
untuk mengedar borang-borang soal selidik dan untuk menentukan tarikh-tarikh untuk
sesi pemerhatian.
3.3.3 Set soal selidik yang telah tekal kebolehpercayaannya, akan diedarkan kepada
semua responden dan dipungut sendiri oleh penyelidik pada hari berkenaan atau
beberapa hari selepas itu.
3.3.4 Senarai semak pula akan ditadbir sendiri oleh penyelidikan melalui sesi
pemerhatian terhadap pelaksanaan pengajaran guru mengikut slot-slot pilihan dalam
pengajaran-pembelajaran guru-murid.

3.4 Kajian Rintis


Kajian rintis telah dijalankan oleh penyelidik ke atas 28 orang guru permulaan di
sekolah pilihan yang bukan termasuk dalam sample kajian. Sample untuk tujuan kajian
rintis ini mempunyai persamaan dari segi sifat dan cirri daripada sample sebenar.
Penyelidik menggunakan 28 sampel dalam kajian rintis kerana Sarrilla (1998) pernah
menggunakannya terhadap 20 sampel sahaja.

Kajian rintis dibuat adalah untuk menguji tahap kebolehpercayaan / realibiliti


instrument bagi menentukan tahap ketekalan dalaman melalui nilai pekali cronbach
alpha. Hasil kajian rintis tersebut dinyatakan seperti jadual 1 berikut:

Jadual 1: Keputusan Kajian Rintis


No. Item Item Variable
Nilai Alpha (α) Pilot Test
Jumlah

1-6
Demografi var 1 – var 6 - α.9101
B1 – B10
Bahagian B: Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran
var1 – var 10 α .8992
C1 – C8
Bahagian C; Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
var 1 – var 8 α .7926

Berdasarkan Jadual 1 di atas, dari kajian rintis yang dijalankan oleh penyelidik
menunjukkan indeks nilai kebolehpercayaan berada pada cronbach α . 7926(stability
coefficients) dan α .8992 (sufficient realibility) dan ditafsirkan sebagai acceptable
standardised test for internal consistency (Walter R. Borg & Meredith Maien Gall, 1979.
Dari satu aspek yang lainnya pula nilai pekali cronbach keseluruhan item berada pada
nilai α . 91 yang ditafsirkan sebagai very good realibility ( Vierra, A., & Pollock, J., 1992).

3.5 Prosedur Pemerosesan Dan Analisis Data


(vi) Untuk pepemprosesan data yang diperolehi, bentuk statistik yang akan digunakan
ialah statistik Deskriptif. Data yang dikumpulkan akan dianalisis dengan menggunakan
perisian `Statistical For The Sosial Science ( SPSS ) version 10.0 .

BAB IV
DAPATAN / ANALISIS DAN PERBINCANGAN
AMALAN PEDAGOGI PENGAJARAN SLOT PERKEMBANGAN BAHASA DAN
KOMUNIKASI DALAM KALANGAN GURU-GURU PERMULAAN PRASEKOLAH.

4.0 Pendahuluan
Bab ini bertujuan untuk menentukan amalan pedagogi pengajaran slot perkembangan
bahasa dan komunikasi dalam kalangan guru-guru permulaan prasekolah di Daerah
Sibu, Sarawak . Tumpuan khusus dalam bab ini adalah untuk menjawab soalan-soalan
kajian dalam Bab I.

Hasil kajian akan dinyatakan dalam beberapa iaitu fasal 4.1, fasal 4.2, dan fasal 4.3.
Dalam fasal 4.1 perkara yang akan dihuraikan ialah analisis kajian berhubung
pengaplikasian pendekatan belajar melalui bermain dalam perancangan pengajaran
guru-guru permulaan prasekolah dalam slot perkembangan bahasa dan komunikasi.
Selian dari itu dalam fasal 4.1 juga akan dihuraikan ialah analisis kajian berhubung
pengaplikasian pendekatan belajar melalui bermain dalam pelaksanaan pengajaran
guru-guru permulaan prasekolah dalam slot perkembangan bahasa dan komunikasi.
Fasal 4.2 adalah berhubung perbincangan hasil kajian dan fasal 4.3 ialah mengenai
rumusan dapatan kajian.

4.1 Hasil Kajian


Hasil kajian tentang amalan pedagogi pengajaran slot perkembangan bahasa dan
komunikasi bagi guru-guru permulaan prasekolah di Daerah Sibu, Sarawak akan
dibincangkan dalam fasal-fasal yang berkenaan. Fasal 4.1.1 akan membincangkan
analisis kajian berhubung pengaplikasian pendekatan belajar melalui bermain dalam
perancangan pengajaran slot perkembangan bahasa dan komunikasi. Fasal 4.1.2 akan
membincangkan analisi kajian berhubung pengaplikasian pendekatan belajar melalui
bermain dalam pelaksanaan pengajaran slot perkembangan bahasa dan komunikasi
oleh guru-guru permulaan prasekolah.

4.1.1 Analisis pengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain dalam merancang


pengajaran slot perkembangan bahasa dan komunikasi

Berdasarkan data yang dikutip, terdapat seramai 28 orang respondan telah menyatakan
pandangan mereka melalui soal selidik yang dihantar secara langsung kepada mereka.
Respondad tersebut adalah terdiri daripada 28 orang guru-guru permulaan di pusat
prasekolah di Daerah (Bahagian )Sibu. Jadual 1 berikut menunjukkan latar belakang
respondan.
Jadual 2: Latar belakang Respondan Mengikut Jantina, Pengalaman Mengajar,
Kelulusan Akademik, Pengkhususan Di Maktab / Universiti dan Mata Pelajaran Yang
Diajar Sekarang.

Pembolehubah

Kekerapan
Jantina Lelaki 4 (14.3%)
Perempuan 24 (85.7%)
Pengalaman Mengajar Tahun Pertama 6 (21.4%
Tahun Kedua 9 (32.1%
Tahun Ketiga 13 (46.4%)
Kelulusan Akademik SPM 17 (60.7%)
STPM 10 (35.7%)
Diploma 0 (0.0%)
Ijazah 1 (3.6%)
Pengkhususan Di Maktab / Universiti Pengajian Prasekolah 26 (92.9%)
Pengajian Melayu 0 (0.0%)
Pengajian Inggeris 0 (0.0%)
Am 2 (7.1)
Mata Pelajaran Yang Diajar Sekarang Prasekolah 28 (100.0%)
Jadual 3: Mengaplikasikan Pendekatan Belajar Melalui Bermain Dalam Perancangan
Pengajaran Slot Perkembangan Bahasa Dan Komunikasi.

Item
(N=28) STS TS S SS Min Sisihan Piawai
Sentiasa merancang kategori belajar melalui bermain yang sesuai dalam pendakatan
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. 0
(0.0%) 2
(7.1%) 17
(60.7%) 9
(32.1%) 3.250 .5853
Sentiasa mencatatkan kategori main yang perlu/hendak digunapakai dalam
perancangan pendekatan pengajaran. 0
(0.0%) 4
(14.3) 21
(75.0%) 3
(10.7) 2.964 .5079
Sentiasa merancang aktiviti bermain yang bersesuaian dengan perkembangan murid-
murid 0
(0.0%) 0
(0.0%) 19
(67.9%) 9
(32.1%) 3.321 .4756
Sentiasa merancang penggunaan bahan sumber yang bersesuaian dengan kategori main
yang hendak gunapakai dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran di bilik kelas.
0
(0.0%) 3
(10.7%) 13
(46.4%) 12
(42.9%) 3.321 .6696
Sentiasa merancangan beberapa soalan bertujuan menyuburkan perkembangan bahasa
muird-murid melalui aktiviti bermain. 0
(0.0%) 1
(3.6%) 17
(60.7%) 10
(35.7%) 3.321 .5480
Sentiasa merancang supaya unsur kesepaduan pendekatan main sambil belajar dan
pendekatan bertema dan bersepadu dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 0
(0.0%) 1
(3.6%) 18
(64.3%) 9
(32.1%) 3.285 .5345
Sentiasa merancang untuk menerapkan nilai-nilai kemahiran dan pengetahuan yang
diserapkan melalui pendekatan belajar melalui bermain. 0
(0.0%) 0
(0.0%) 17
(60.7%) 11
(39.3%) 3.392 .4973
Sentiasa merancang untuk menyebatikan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
dalam P & P melalui pendekatan belajar melalui bermain. 0
(0.0%) 2
(7.1%) 14
(50.0%) 12
(42.9%) 3.357 .6215
Sentiasa memilih stretegi bermain yang bersesuaian untuk menyebatikan nilai-nilai
murni. 0
(0.0%) 0
(0.0%) 17
(60.7%) 11
(39.3%) 3.392 .4973
Sentiasa merancang supaya kategori main yang dipilih bersesuaian dengan objektif
pelajaran hendak yang dicapai. 0
(0.0%) 2
(7.1%) 14
(50.0%) 12
(42.9%) 3.357 .6215

Purata
0% 5.35% 59.66% 35.0% 3.296
(Realibility : α .8992)

Dari Jadual 3 di atas, secara keseluruhannya 59.66% dan 35.0% guru-guru permulaan
memberi pandangan bahawa mereka mengambil kira pendekatan belajar melalui
bermain apabila merancang pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Guru-guru
permulaan juga memberi pandangan bahawa aspek menerapkan nilai-nilai kemahiran
dan pengetahuan yang diserapkan melalui pendekatan belajar melalui bermain (60.7%
dan 39.3%) dan memilih strategi bermain yang bersesuaian untuk menyebatikan nilai-
nilai murni (60.7% dan 39.3%) adalah sepenuhnya dibuat dalam menyediakan
perancangan pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi dalam kelas
prasekolah. Selain dari itu guru-guru permulaan prsekolah juga bersetuju bahawa
mereka senitasa merancang aktiviti bermain yang bersesuaian dengan perkembangan
murid.

Walau bagaimanapun, dari Jadual 3 tersebut adalah didapati bahawa aspek mencatat
kategori main yang perlu / hendak digunapakai dalam perancangan pendekatan
pengajaran mendapat skor kurang setuju yang paling tinggi. 14.3% guru-guru
permulaan prasekolah tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. Ini menunjukkan
bahawa guru-guru permulaan hanya merancang aktiviti bermain tanpa
mengkategorikan jenis main yang hendak digunakan dalam pendekatan yang dikenal
pasti. Begitu jugalah terdapat 10.7% guru-guru permulaan kurang bersetuju sentiasa
merancang penggunaan bahan sumber yang bersesuaian dengan kategori main yang
hendak digunapakai dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik kelas
prasekolah. Data ini menunjukkan bahawa guru-guru permulaan ada merancang bahan
sumber untuk pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah tetapi mereka tidak
menitikberatkan kelasifikasi bahan tersebut dengan kategori main yang hendak
digunapaka oleh mereka.

4.1.2: Analisis mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain pelaksanaan


pengajaran dalam slot perkembangan bahasa dan komunikasi.

Analisis berhubung pengaplikasian pendekatan belajar melalui bermain dalam


perancangan pengajaran slot perkembangan bahasa dan komunikasi dapat diperoleh
dari Jadual 4 di bawah.

Jadual 4: Mengaplikasikan Pendekatan Belajar Melalui Bermain Dalam Pelaksanaan


Pengajaran Slot Perkembangan Bahasa Dan Komunikasi

Item
(N=28) STS TS S SS Min Sisihan Piawai
Sentiasa menggunakan pendekatan belajar melalui bermain dalam permulaan
pengajaran 0
(0.0%) 3
(10.7%) 20
(71.4%) 5
(17.9%) 3.071 .5394
Sentiasa menggunakan pendekatan belajar melalui bermain dalam perkembangan
pelajaran. 0
(0.0%) 2
(7.1%) 17
(60.7%) 9
(32.1%) 3.250 .5853
Menggunakan unsur belajar melalui bermain dalam penutup pengajaran 0
(0.0%) 5
(17.9%) 19
(67.9%) 4
(14.3%) 2.964 .5762
Selalu menyebatikan nilai-nilai murni melalui pendekatan belajar melalui bermain. 0
(0.0%) 0
(0.0%) 12
(42.9%) 16
(57.1%) 3.571 .5040
Mengamalkan belajar melalui bermain dalam setiap kali pengajaran dan pembelajaran
perkembangan bahasa. 1
(3.6%) 4
(14.3%) 14
(50.0%) 9
(32.1%) 3.107 .7860
Selalu memberi keutamaan latihan kemahiran motor halus melalui main air dan pasir
bagi membolehkan murid menulis dengan baik. 3
(10.7%) 10
(35.7%) 10
(35.7%) 5
(17.9%) 2.607 .9165

Selalu menggunakan situasi bermain yang bermakna dan menyeronokkan . 0


(0.0%) 2
(7.1%) 18
(64.3%) 8
(28.6%) 3.214 .5681
Selalu menekankan pengamalan pembelajaran yang bermakna di kalangan murid,
seperti permainan bahasa, nyanyian, lakonan, main peranan, bercerita dan lawatan. 0
(0.0%) 3
(10.7%) 15
(53.6%) 10
(35.7%) 3.250 .6455

Purata

0.0%
12.93%
55.81%
29.46%
3.129
(Realibility : α .7926)
Secara keseluruhannya, 55.81% dan 29.46% guru-guru permulaan memberi pandangan
bahawa mereka menggunakan pendekatan belajar melalui bermain dalam pengajaran
dan pembelajaran di bilik darjah. Guru-guru permulaan juga memberi pandangan
bahawa mereka selalu menyebatikan nilai-nilai murni melalui pendekatan belajar
melalui bermain (42.29% dan 57.1%).

Walau bagaimanapun, dari Jadual 3 tersebut adalah didapati bahawa guru-guru


permulaan kurang bersetuju bahawa mereka selalu memberi keutamaan latihan
kemahiran motor halus melalui bermain air dan pasir bagi membolehkan murid
menulis dengan baik (10.7% sangat tidak bersetuju dan 35.7% tidak bersetuju). Ini
menunjukkan bahawa penggunaan sudut main pasir dan main air kurang dimanfaatkan
oleh guru-guru permulaan untuk menyubur perkembangan fizikal (motor halus) bagi
membolehkan murid-murid prasekolah menulis dengan baik.

4.2 Perbincangan Hasil /Analisis Kajian


Hasil kajian tentang amalan pedagogi pengajaran dan pembelajaran guru-guru
permulaan prasekolah seperti yang dinyatakan dalam fasal 4.1.1, dan fasal 4.1.2, akan
dibincangkan dalam bahagian ini dalam fasal-fasal berikut:-

4.2.1 Mengaplikasikan Pendekatan Belajar Melalui Bermain Dalam Perancangan


Pengajaran Perkembangan Bahasa Dan Komunikasi

Berdasarkan maklumat yang diperolehi dan hasil kajian ini telah mendapati bahawa
hampir semua semua guru permulaan (71.4% dan 17.9%) sentiasa menyediaan
rancangan kategori bermain yang sesuai dalam pendekatan pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Daripada 28 orang respondan hanya 3 orang respondan
(10.7%) yang tidak bersetuju mengatakan bahawa mereka menyediakan rancangan
kategori bermain yang sesuai dengan pendekatan pengajaran dan pembelajaran.
Dapatan ini mengukuhkan lagi pandangan Spodek & Saracho (1988) bahawa guru perlu
membuat perancangan yang rapi sebelum memulakan pengajarannya di bilik darjah.
Perancangan yang teliti adalah satu rancangan yang mengambilkira antara kategori
main yang bersifat kependidikan (educational play) dan kategori main yang bukan
bersifat kependidikan (noneducational play).

Bukti-bukti daripada kajian ini juga memberi satu gambaran kepada kita bahawa guru-
guru permulaan prasekolah sentiasa merancang aktiviti yang bersesuaian dengan
perkembangan kanak-kanak (67.9% dan 32.1%). Menurut Doris Bergen (1988, 169-180)
sesuatu aktiviti yang dirancang oleh guru adalah perlu menitik beratkan kesesuaian
antara kategori dan jenis main dengan aspek pembelajaran atau perkembangan kanak-
kanak.

Dariapada soal selidik kajian ini ia juga jelas menunjukkan bahawa guru-guru
permulaan prasekolah sentiasa merancang penggunaan bahan sumber yang bersesuaian
dengan kategori main yang hendak diguna pakai dalam pendekatan pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah (46.4 % dan 42.9%). Maklum balas ini mengukuhkan lagi
pandangan yang dibuat oleh Margaret Lay-Dopyera dan John Dopyera (1993) bahawa
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah menuntut guru
merancang sumber yang sesuai dengan perkembangan kanak-kanak.

Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa guru-guru permulaan sentiasa merancang
soalan-soalan bertujuan menyuburkan perkembangan bahasa murid-murid melalui
aktiviti bermain. 60.7% dan 35.7% respondan memberi pandangan bahawa mereka
merancang soalan-soalan yang berkaitan dalam persediaan mengajar mereka. Kajian
Margaret Lay-Dopyera dan John Dopyera (1993) ke atas pengajaran guru yang bernama
Kate membuktikan bahawa guru tersebut menggunakan persediaan mengajar dan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang. Guru yang dikaji (Kate) oleh
Margaret Lay-Dopyera dan John Dopyera melakukan soalan dan penyoalan dalam bilik
darjah berlandaskan soalan-soalan yang telah dirancangkannya. Dengan adanya satu
rancangan soalan-soalan bertujuan untuk menyuburkan perkembangan bahasa kanak-
kanak, seseorang guru berupaya untuk membawa murid-muridnya melepasi tahap
perkembangan proximal(Vygotsky, 1988).

Berdasarkan soal selidik dari respondan, adalah didapati bahawa guru-guru


permulaaan sentiasa merancang untuk memasukkan unsur-unsur kesepaduan dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah (64.3% dan 32.1%). Data ini
menjelaskan bahawa amalan pedekatan bersepadu dalam kalangan guru-guru
permulaan di Daerah Sibu amat menggalakkan. Dapatan kajian yang dibuat oleh Shatz
dan Gelman (1977, 189-198) ke atas murid-murid prasekolah menunjukkan bahawa
unsur kesepaduan kemahiran dalam perkembangan bahasa perlu dirancang sama ada
kemahiran mendengar dan kemahiran bercakap atau kemahiran menulis dan
kemahiran membaca. Sehubungan dengan itu Morrison (1995, 367), menyarankan
unsur kesepaduan dalam pelaksanaan kurikulum adalah bertujuan untuk membantu
murid-murid membuat perkaitan antara mata pelajaran yang dipelajari mereka di bilik
darjah.

Dari soal selidik adalah didapti bahawa guru-guru permulaan prasekolah sentiasa
merancang untuk menerapkan nilai-nilai kemahiran dan pengetahuan yang diserapkan
melalui belajar melalui bermain. Dapatan dari soal selidik ini selaras dengan satu kajian
yang dibuat oleh Warren-Leubecker dan Bohannon (1989) berhubung nilai dalam
berkomunikasi. Nilai dalam komunikasi perlu dibimbing (rancang) untuk membantu
kanak-kanak menyedari tentang perbezaan nilai dalam komunikasi. Terdapatnya
perbezaan nilai semasa berkomunikasi dengan rakan sebaya dan dengan orang lebih
dewasa. Pernyataan yang diperoleh dari soal selidik ini mengukuhkan amalan pedagogi
pengajaran dan pembelajaran yang diharapkan dalam kandungan Kurikulum
Kebangsaan Prasekolah.

Unsur kemahiran berfikir adalah satu keperluan dalam pengajaran dan pembelajaran di
pusat prasekolah. Data yang diperoleh dari soal selidik menunjukkan bahawa guru-guru
permulaan prasekolah sentiasa merancang unsur penyebatian kemahiran berfikir dalam
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah (50.0% dan 42.1%). Hanya 2 (7.1%) dari 28
orang respondan menyatakan mereka kurang bersetuju ada merancang penyebatikan
kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut Seifert dan Hoffnung
(1991), perkembangan kognitif kanak-kanak amat mempengaruhi pemikiran kanak-
kanak, perasaan dan juga tingkah laku mereka. Memandangkan bacaan adalah satu
tingkah laku berfikir dan memahami, dan belajar membaca adalah satu proses
konstrukif dalam penyelesaian masalah, Mason (1986, 48-66), mencadangkan mengajar
bacaan hendaklah dirancang dan difokuskan kepada cara kanak-kanak berfikir. Hal
yang sama pernah diingatkan oleh Marrison (1995, 357) agar guru-guru pendidikan
prasekolah perlu memasukkan kemahiran berfikir melalui soalan dan penyoalan dalam
bilik darjah. Dengan adanya membuat rancangan secara sistematik ini kanak-kanak
dapat dibantu untuk membuat perkaitan antara makna dan fungsi dengan baik.
Dari data soal selidik adalah didapati bahawa 60.7% dan 39.3% guru-guru permulaan
prasekolah sentiasa memilih strategi yang sesuai untuk menyebatikan nilai-nilai murni.
50.0% dan 42.9% respondan memberi pandangan bahawa mereka sentiasa merancang
kategori main yang dipilih sesuai dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai. Data
ini memberi makluman bahawa guru-guru permulaan prasekolah masih mengamalkan
nsur-unsur yang ditekankan semasa dalam latihan di maktab perguruan.

Dapatan kajian ini diperkukuhkan lagi melalui pemerhatian yang dilakukan oleh
penyelidik secara langsung ke atas persediaan mengajar guru semasa kunjungan untuk
mentadbir soal selidik di sekolah-sekolah yang terbabit. Satu senarai semak
pemerhatian digunakan oleh penyelidik untuk mendapat maklumat yang berkaitan.
Dapatan pemerhatian dirumuskan oleh penyelidik seperti dalam Jadual 6 .
Jadual 6: Rumusan Senarai Semak Pemerhatian Perancangan Pengajaran dan
Pembelajaran Slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi Dari Aspek Tulisan

Kategori Main
Aktiviti-aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Min
Main Sosioemosi / Main Pondok dll Menulis Huruf Objek Menulis Nama Objek 2.20
16
(57.1% 4
(14.3%)
Main Kognitif / Manipulatif dll Membentu Huruf Dari Bongkah Membentuk Huruf Dari
Doh 1.75
1
(3.6%) 3
(10.7%)
Main Sosiodrama / Main Peranan dll Tulis Huruf Kpd Ibu / Bapa 4.0
1
(3.6%)
Permainan Luar / Bebas dll Menconteng Atas Pasir Menulis Dalam Air 2.0
2
(7.1%) 1
(3.6%)

Berdasar Jadual 6 di atas, guru-guru permulaan lebih gemar memilih kategori Main
Sosioemosi / Main Pondok / Afektif lebih kerap (57.1% dan 14.3%) untuk
mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain dalam menyediakan rancangan
pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi. Dari pemerhatian ini juga
dapat dirumuskan bahawa guru-guru permulaan kurang menggunakan kategori Main
Sosiodrama / Main Peranan dalam merancangan pengajaran mereka.

Walau bagaimanapun dapatan dari pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik secara
langsung ini menunjukkan bahawa guru-guru permulaan prasekolah mengaplikasikan
pendekatan belajar melalui bermain ketika merancang pengajaran slot Perkembangan
Bahasa dan Komunikasi dalam bilik darjah.
4.2.2 Mengaplikasikan Pendekatan Belajar Melalui Bermain Dalam Pelaksanaan
Pengajaran Perkembangan Bahasa Dan Komunikasi

Berdasar Jadual 4, secara keseluruhannya respondan bersetuju memberi pandangan


bahawa mereka mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain dalam
pelaksanaan pengajaran perkembangan Bahasa dan Komunikasi (55.81% bersetuju dan
29.46% sangat bersetuju). Skor yang paling tinggi dari segi pandangan mengenai
pelaksanaan pendekatan belajar melalui bermain ialah penyebatian nilai murni melalui
pendekatan belajar melalui bermain. Semua respondan memberi pandangan bahawa
mereka menerapan nilai murni melalui aktiviti belajar melalui bermain. 42.9%
respondan bersetuju dan 57.1% respondan sangat bersetuju dengan pernyataan
tersebut.

64.3% dan 28.6% respondan menyatakan bahawa mereka selalu menggunakan situasi
bermain yang bermakna dan menyeronokkan dalam pelaksanaan pengajaran di bilik
darjah. Bermain yang bermakna dan menyeronokkan dalam pelaksanaan pengajaran di
bilik darjah adalah yang merujuk kepada educational play (Spodek & Saracho, 1988, 9-
22). Permainan yang bersifat kependidikan dalam konteks pengajaran bagi murid-
murid prasekolah memerlukan satu perancangan strategi yang sesuai dan rapi.

Dari aspek menggunakan pendekatan belajar melalui bermain dalam perkembangan


pelajaran 60.7% dan 32.1% respondan memberi pandangan bahawa mereka
melaksanakannya dalam amalan pengajaran di bilik darjah. Jenis main yang
digunapakai dalam pelaksanaan amalan pengajaran dan pembelajaran adalah yang
meliputi permainan yang dirancang dengan teliti dan memasukkan beberapa unsur
berkaitan dengan peraturan-peraturan dalam pelaksanaanya. Murid-murid hendaklah
diajar tentang strategi permainan terlebih dahulu bagi memungkinkan pelaksanaannya
berjalan dengan baik. Kajian Hawkin (1965) mendapati permainan dramatik adalah
amat berguna dalam perkembangan sosial dan sekali gus membantu pembelajaran
bahasa dalam kalangan murid-murid prasekolah.

53.6% dan 35.7% respondan memberi pandangan bahawa mereka selalu menekankan
pengamalan pembelajaran yang bermakna di kalangan murid, seperti permainan
bahasa, nyanyian, lakonan, main peranan, bercerita dan lawatan. Memang tidak dapat
dinafikan bahawa pengamal pusat prasekolah menerima secara positif bahawa
pendekatan belajar melalui bermain adalah suatu pendekatan teras. Aktiviti menulis
dan membaca di pusat prasekolah dapat dicapai dengan berkesan apabila murid-murid
menerokanya sendiri melalui penerokaan yang menyeronokkan (main) dengan bahan-
bahan dipersekitarannya mereka (Janice J.Beaty, 1998,294). Dapatan ini juga sejajar
dengan dapatan kajian-kajian yang dibuat oleh Gentile & Hoot, 1983; Pellegrini, 1980;
Wofgang & Sanders, 1981 yang mengatakan bahawa permainan dramatik adalah aktiviti
simbolik yang menyeronokkan seperti dalam tulisan dan bacaan yang ada unsur-unsur
yang bersifat simbolik.

71.4% dan 17.9% respondan memberi pandangan bahawa mereka sentiasa


menggunakan pendekatan belajar melalui bermain dalam permulaan pengajaran.
Pandangan yang diberikan oleh respondan seperti ini memperlihatkan kepekaan
mereka tentang peri pentingnya permulaan pengajaran yang menyeronokkan. Menurut
J. Piaget bahawa murid-murid prasekolah yang berumur 5 hingga 6 tahun masih berada
dalam peringkat perkembangan praoperasi konkrit. Unsur bermain sebagai pencetus
berfikir adalah sesuai dan berkesan.

67.9% dan 14.3% respondan memberi pandangan mereka sentiasa menggunakan unsur
belajar melalui bermain dalam penutup pengajaran. Dari data yang dikutip ia jelas
menunjukkan bahawa guru-guru permulaan bersetuju bahawa penutup bagi setiap
aktiviti di bilik kelas prasekolah akan lebih menarik dengan adanya penutup yang
menyeronokkan. Penggunaann teknik nyanyian dan pergerakan kreatif selalunya
mengakhiri sesuatu sesi slot pengajaran di bilik prasekolah. Dapatan dari data ini ada
kaitannya dengan kajian yang dibuat oleh M.Greenberg (1979, 110-111) ke atas Jimmy,
seorang murid prasekolah. Kajiannya memperlihatkan bahawa nyanyian yang dipilih
oleh guru perlulah mengambil kira nyanyian yang pernah dalam pengalaman murid.
Nyanyian-nyanyian yang di luar pengalaman murid atau di luar konteks budaya murid
akan menyebabkan ia tidak diminati oleh mereka.

50.0% dan 32.1% respondan memberi pandangan mereka mengamalkan belajar melalui
bermain dalam setiap kali pengajaran dan pembelajaran slot perkembangan bahasa dan
komunikasi. 35.7% dan 17.9% respondan memberi pandangan bahawa mereka selalu
memberi keutamaan latihan kemahiran motor halus melalui main air dan pasir bagi
membolehkan murid menulis dengan baik. Latihan motor halus dengan menggunakan
unsur bermain air memang dianggap sesuai dijalankan oleh guru-guru dalam bilik
darjah. Dapatan dari maklum balas soal selidik mendapati hanya sebilangan kecil sahaja
guru-guru permulaan menggunakan unsur main air dalam membantu perkembangan
bahasa murid-murid walaupun permainan air adalah merupakan salah satu permainan
manipulatif dan juga boleh diklasifikasikan sebagai main bebas membantu
perkembangan motor dan perkembangan afektif bagi murid-murid prasekolah.
Menurut Dorothy Cohen (1972) dengan menyediakan permainan air dan pasir, murid-
murid prasekolah dapat berpeluang untuk meneroka dan membentuk makna mereka
sendiri.

Dapatan kajian ini diperkukuhkan lagi melalui pemerhatian yang dilakukan oleh
penyelidik secara langsung ke atas persediaan mengajar guru semasa kunjungan untuk
mentadbir soal selidik di sekolah-sekolah yang terbabit. Satu senarai semak
pemerhatian digunakan oleh penyelidik untuk mendapat maklumat yang berkaitan.
Dapatan pemerhatian dirumuskan oleh penyelidik seperti dalam Jadual 7 .
Jadual 7: Rumusan Senarai Semak Pemerhatian Pelaksanaan Pengajaran dan
Pembelajaran Slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi Dari Aspek Tulisan

Kategori Main
Aktiviti-aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Min
Main Sosioemosi / Main Pondok dll Menulis Huruf Objek Menulis Nama Objek 2.20
16
(57.1% 4
(14.3%)
Main Kognitif / Manipulatif dll Membentu Huruf Dari Bongkah Membentuk Huruf Dari
Doh 1.75
1
(3.6%) 3
(10.7%)
Main Sosiodrama / Main Peranan dll Tulis Huruf Kpd Ibu / Bapa 4.0
1
(3.6%)
Permainan Luar / Bebas dll Menconteng Atas Pasir Baca dan Tulis Dalam Air 2.0
2
(7.1%) 1
(3.6%)

Berdasar Jadual 7 di atas, guru-guru permulaan lebih memilih kategori Main


Sosioemosi / Main Pondok / Afektif lebih kerap (57.1% dan 14.3%) untuk dilaksanakan
dalam pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi. Menurut Beaty, J.J
( 1998,268), bahawa kanak-kanak pada peringkat prasekolah apabila disediakan dengan
persekitaran yang kondusif contohnya melalui suasana yang menyeronokkan, akan
memberi galakkan kepada mereka untuk meneroka dan menulis huruf secara bebas.
Cara yang dilakukan oleh guru-guru permulaan ini adalah sejajar dengan pandangan
Goodman (1986)
......if both teacher and children attempt to understand written language. In this way, the
children will greater reading power.

Selain dari itu pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik juga menunjukkan bahawa
kategori Main Sosiodrama / Main Peranan kurang dilaksanakan oleh guru-guru
permula dalam pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi.

Walau bagaimanapun secara keseluruhannya hasil dari pemerhatian yang dilakukan


oleh penyelidik semasa pelaksanaan pengajaran dilakukan oleh guru, ia dapat
mengukuhkan dapatan kajian ini bahawa guru-guru permulaan prasekolah
mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain dalam aktiviti pengajaran slot
perkembangan bahasa dan komunikasi.

Berdasarkan analisis data dari soal selidik dan senarai semak pemerhatian yang
dijalankan oleh penyelidik, maka bolehlah disimpulkan bahawa guru-guru permulaan
prasekolah di Daerah Sibu mahir mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain
dalam perancangan dan pelaksanaan pengajaran slot perkembangan Bahasa dan
Komunikasi. Rumusan ini adalah bersandar kepada maklumat yang diberikan oleh
guru-guru permulaan melalui soal selidik (Jadual 3, dan Jadual 4) serta pemerhatian
secara langsung pengajaran guru dalam bilik darjah oleh kumpulan penyelidik (Jadual 6
dan Jadual 7).

4.2.3 Kekangan dalam kajian


Secara amnya penyelidik menghadapi beberapa kekangan untuk menganalisiskan data
dalam bentuk kuantitatif secara deskriptif. Masalah menyebatikan prinsip triangulation
dalam kajian deskriptif mengalami satu kesukaran. Penyelidik sedar tentang keperluan
membuat triangulation dalam kajian bercorak deskriptif. Namun unsur yang dikaji ialah
amalan pedagogi pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru permulaan
prasekolah. Perkara utama yang menjadi kekangan penyelidik ialah apabila penyelidik
tiada keupayaan melaksanakan triangulation melalui sesi temu bual untuk
mengesahkan antara data yang ditulis sendiri oleh respondan dan perkara yang
diperhatikan oleh penyelidik. Faktor kesuntukan masa dan kewangan yang ketat
menyebabkan penyelidik mengambil keputusan untuk mengabaikan sesi temu bual
dengan respondan.
Perkara yang kedua menjadi kekangan penyelidik ialah dari segi masa kajian ini dibuat.
Kajian ini hanya melalui masa yang agak pendek yakni hanya dalam tempoh dua bulan
sahaja. Kekangan masa yang dialami oleh penyelidik adalah ekoran dari kebenaran
bertulis daripada pihak-pihak yang berwajib agak lewat diterima.

Kekangan yang ketiga ialah kajian ini tidak melihat pemerolehan sintaksis dan semantik
dari faktor sosio - psikologi. Pengkaji memang sedar bahawa faktor sosio-psikologi
mempunyai kaitan yang amat erat dalam mempengaruhi pengajaran slot
Perkembangan Bahasa dan Komunikasi. Faktor -faktor budaya, politik, dan ekonomi
dalam persekitaran individu itu memang mempunyai pengaruh ke atas perkembangan
bahasa. Bukti-bukti daripada kajian yang dibuat oleh Basil Bernstein (1962) dan Frank
Riessman (1962) yang mendapati bahawa faktor persekitaran seperti budaya, politik
dan ekonomi mempengaruhi pembelajaran bahasa dalam kalangan kanak-kanak
golongan pertengahan dan golongan buruh di England dan kanak-kanak di kawasan
setinggan atau ghetto di Amerika Syarikat. Kajian-kajian lain seperti yang dibuat oleh
Well ( 1981 ; 1985), Snow (1972), Newport dan Gleitman (1979) dan Ringler (1978) telah
membuktikan bahawa proses pembelajaran bahasa adalah akibat daripada interaksi
orang dewasa dengan kanak-kanak.

BAB V
RUMUSAN
5.0. Pendahuluan
Bab ini akan membincangkan pandangan keseluruhan tentang rumusan kajian yang
dijalankan dan kesimpulan yang dapat dibuat daripada dapatan kajian. Rumusan
tentang tujuan, soalan kajian, sampel, prosedur dan instrumen kajian akan
dibincangkan dalam fasal 5.1. Fasal 5.2 adalah yang berkaitan dengan kesimpulan
dapatan kajian mana kala fasal 5.3 akan membicarakan implikasi dapatan kajian ini.

5.1 Rumusan Kajian


Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji amalan pedagogi pengajaran
slot perkembangan Bahasa dan Komunikasi dalam kalangan guru-guru permulaan
prasekolah dari aspek kemahiran menulis dan membaca. Secara spesifiknya tumpuan
kajian ialah kepada pendekatan pengajaran belajar melalui bermain di kelas prasekolah.
Di samping itu kajian ini juga ingin melihat amalan pedagogi pengajaran slot
perkembangan bahasa dan komunikasi dalam kalangan guru-guru permulaan.

Selain daripada tujuan utama di atas kajian ini juga bertujuan untuk meninjau amalan
pedagogi pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi di pusat prasekolah
dalam kalangan guru-guru permulaan.
. Soalan-soalan kajian ini adalah seperti berikut:-
1. Sejauh manakah guru-guru permulaan mengaplikasikan pendekatan belajar melalui
bermain dalam perancangan pengajaran perkembangan bahasa dan komunikasi?, dan;

2. Sejauh manakah guru-guru permulaan mengaplikasikan pendekatan belajar melalui


bermain dalam pelaksanaan pengajaran perkembangan bahasa dan komunikasi?

Sample kajian ini meliputi 28 orang guru permulaan prasekolah di Daerah Sibu,
Sarawak. Jumlah sample tersebut mewakili lebih dari 70% (tujuh puluh peratus) dari 40
buah pusat prasekolah di sekolah kebangsaan di Daerah Sibu.

Prosedur pengumpulan data yang dijalankan oleh penyelidik meliputi aspek-aspek


penentuan subjek, taburan respondan, metod pengumpulan data dan pentadbiran
kajian. Secara keseluruhannya penentuan subjek kajian adalah secara rawak dengan
mengambil kira kemudahcapaian respondan. Sekolah-sekolah yang sukar dihubungi
dengan jalan raya dikecualikan. Oleh yang demikian tiada data yang mewakili
maklumat amalan pedagogi pengajaran di pusat prasekolah di kawasan pesisiran pantai
dan kawasan pedalaman di Daerah Sibu.

Taburan respondan dilakukan secara rawak. Seramai 28 orang guru permulaan


prasekolah digunakan sebagai sample. Ia meliputi 70% dari populasi guru prasekolah di
Daerah Sibu. Jumlah ini dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi kerana
hampir semua guru prasekolah diambil sebagai sample.

Dengan menggunakan metod tinjauan dan pemerhatian, pengkaji dapat membuat


triangulation. Data yang diperoleh dari tinjuan melalui soal selidik kemudiannya dibuat
tringulation melalui pemerhatian secara langsung oleh penyelidik di sekolah-sekolah
yang berkenaan. Dengan cara ini segala maklumat dari tinjauan akan dapat disemak
kebolehpercayaanya melalui data-data yang dikutip melalui pemerhatian. Walau
bagaimanapun masih terdapat kelemahan dengan cara yang sedia ada. Penyelidikan
bersifat desriptif akan lebih tinggi kebolehpercayaannya apabila triangulation secara
temu bual dapat dilakukan oleh penyelidik. Triangulation melalui temubual tidak dapat
dijalankan oleh penyelidik akibat faktor masa dan kewangan.

Dari aspek pentadbiran alat kajian terdapat beberapa kekuatan yang dilakukan oleh
penyelidik. Data tinjauan dijalankan semasa lawatan ke sekolah. Setelah data dilengkap
isi oleh respondan penyelidik mengutip semua soal selidik pada ketika itu. Pada ketika
yang sama penyelidik terus membuat pemerhatian ke atas rancangan mengajar dan
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran guru. Data-data yang diperoleh adalah
secara langsung oleh penyelidik sendiri.

5.2 Kesimpulan Kajian


Pada keseluruhannya kajian ini telah memberi jawapan kepada dua perkara pokok
dalam amalan pedagogi pengajaran slot perkembangan bahasa dan komunikasi di bilik
darjah prasekolah dari aspek kemahiran membaca dan kemahiran menulis iaitu;

1. Sejauh manakah guru-guru permulaan mengaplikasikan pendekatan belajar melalui


bermain dalam perancangan pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi?

2. Sejauh manakah guru-guru permulaan mengaplikasikan pendekatan belajar melalui


bermain dalam pelaksanaan pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi?

Tegasnya daripada bukti-bukti yang terdapat dalam penyelidikan ini menunjukkan


bahawa guru-guru permulaan prasekolah di Daerah Sibu mahir mengaplikasikan
perancangan pengajaran slot perkembangan bahasa dan komunikasi. 59.66% dan
35.0% respondan memberi pandangan mereka bahawa mereka mengaplikasikan
pendekatan belajar melalui bermain dalam perancangan pengajaran slot Perkembangan
Bahasa dan Komunikasi. Dapatan ini diperkukuhkan lagi melalui rumusan data
pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik iaitu 57.1% dan 14.3% respondan
merancang memilih kategori Main Sosioemosi / Main Pondok, 3.6% dan 10.7% memilih
kategori Main Kognitif / Manipulatif, 7.1% dan 3.6% memilih kategori Permainan
Luar / Bebas dan 3.6% memilih kategori Main Sosiodrama / Main Peranan.

Guru-guru permulaan prasekolah di Daerah Sibu adalah juga mahir mengaplikasikan


pendekatan belajar melalui bermain dalam pelaksanaan pengajaran slot perkembangan
Bahasa dan Komunikasi. Iaitu 58.81% dan 29.46% respondan bersetuju memberi
pandangan bahawa mereka mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain
dalam pelaksanaan pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi. Dapatan
ini diperkukuhkan lagi melalui rumusan data pemerhatian yang dilakukan oleh
penyelidik. Dapatan ini diperkukuhkan lagi melalui rumusan data pemerhatian yang
dilakukan oleh penyelidik. Terdapat 57.1% dan 14.3% respondan telah melaksanakan
aktiviti kategori Main Sosioemosi / Main Pondok, 3.6% dan 10.7% memilih aktiviti
kategori Main Kognitif / Manipulatif, 7.1% dan 3.6% memilih aktiviti kategori
Permainan Luar / Bebas dan 3.6% memilih aktiviti kategori Main Sosiodrama / Main
Peranan dalam pengajaran dan pembelajaran slot Perkembangan Bahasa dan
Komunikasi.

5.4 Implikasi Dapatan


Dapatan-dapatan kajian yang disimpulkan di atas mempunyai beberapa implikasi
terhadap pendidikan bahasa, khususnya terhadap teori pembelajaran bahasa dan proses
pengajaran dan pembelajaran bahasa dalam kalangan kanak-kanak di peringkat
prasekolah.

Pertama, dapatan-dapatan kajian ini memberi natijah bahawa perancangan program


atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah vital dalam menentukan
keberkesanan pembelajaran bahasa. Menurut Cazden (1972) dan Krashen (1981)
bahawa proses pembelajaran bahasa kedua sewajarnya mesti selari dengan proses
pemerolehan bahasa ibunda kanak-kanak.

Kedua, dapatan-dapatan kajian ini mengukuhkan lagi pandangan Morrison (1995)


bahawa penyediaan program atau aktiviti yang berkualiti di pusat prasekolah
memerlukan suatu perancangan yang teliti. Walau bagaimanapun, dapatan dari kajian
ini juga memberi gambaran kepada kita bahawa guru prasekolah perlulah mempunyai
orientasi linguistik dan psikologi untuk membantu mereka menghadapi kanak-kanak
yang baru melangkah ke alam persekolahan di peringkat prasekolah.

Dapatan kajian ini juga menyokong bentuk Sukatan Prasekolah Kebangsaan bagi
Pendidikan Prasekolah Kebangsaan sekarang (Kementerian Pelajaran Malaysia,1993)
kerana sukatan ini selari dengan teori bahasa dan psikologi mutakhir. Tegasnya,
sukatan pelajaran ini mempunyai unsur pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan
Komunikasi yang berasaskan pendekatan belajar melalui bermain adalah sesuai dengan
perkembangan kanak-kanak peringkat praoperasi.

Hakikat ini menggambarkan bahawa guru-guru permulaan prasekolah perlulah


mempunyai orientasi linguistik dan psikologi tertentu yang dapat membantu mereka
mentafsir sukatan pelajaran serta memilih strategi, membina dan menyusun bahan
pengajaran secara berkesan. Di samping itu pembelajaran bahasa di kelas prasekolah
merupakan lanjutan dari pemerolehan bahasa di rumah (Lindfors, 1980) iaitu melalui
penerokaan.(exploratory play).

Hakikat yang ternyata di atas mempunyai implikasi tertentu terhadap pengajaran


bahasa di bilik kelas prasekolah. Ia membayangkan bahawa angkubah guru sebagai
“model bahasa” dan pengajar bahasa mempunyai hubungan yang rapat. Dari sudut yang
lainnya bahawa amalan pendekatan, prosedur dan teknik mengajar serta bahan
pengajaran yang digunakan oleh guru juga mempunyai hubungan dengan keberkesanan
pembelajaran bahasa di bilik kelas prasekolah.

5.5 Cadangan Untuk Penyelidikan Lain Pada Masa Akan Datang.


Penyelidik memang menyedari tentang beberapa batasan penyelidikan ini. Pertama
penyelidikan ini dijalankan terhadap kanak-kanak peringkat prasekolah di pusat
prasekolah Daerah dan respondannya adalah terdiri daripada kanak-kanak yang
mempunyai sosioekonomi yang pelbagai. Kanak-kanak prasekolah di luar bandar dan
dalam bandar , dan kanak-kanak pada peringkat umur yang sama dan umur yang
berbeza-beza. Ketiga adalah pemerhatian pengajaran slot bahasa dan komunikasi
terhadap kanak-kanak prasekolah dibuat dalam satu tempoh masa yang amat singkat.
Memandangkan pemilihan sampel dibuat oleh pengkaji dengan mengambil kira jangka
masa untuk pemerhatian agak singkat berbanding beberapa kajian yang pernah dibuat
oleh Brown (1973) dan Wells (1981) yang memakan masa selama satu tahun, maka
sudah pastilah kajian ini hanya mampu membuktikan beberapa ciri umum amalan
peadagogi pengajaran bahasa dan komunikasi dari bacaan dan tulisan. Penyelidikan
jangka panjang mungkin lebih memberi input yang lebih banyak . Banyak unsur lain
yang akan dicungkilkan untuk menjadi renungan kita bersama.
Walau bagaimanapun, hasil penyelidikan ini amat menggalakkan dan perlu
diperkemaskan lagi kaedah kajian atau penyelidiakan yang sedia ada ini agar dapat
pola-pola pengajaran slot perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak dapat
dijalankan dengan lebih berkesan. Penyelidikan ini yang dijalankan secara deskriptif
mungkin akan diperkemasakan menjadi kajian yang bercorak kuantitatif yang lebih
mantap.
Dengan pembatasan dan implikasi kajian ini maka pastilah ia dapat dijadikan sebagai
landasan baru untuk kajian-kajian bahasa kanak-kanak yang selanjutnya, khususnya
tentang perkara-perkara seperti berikut:-
5.5.1 Penyelidikan jangka panjang (longitudinal) terhadap amalan pedagogi pengajaran
bahasa dan komunikasi dalam kalangan guru-guru permulaan di sekolah-sekolah
bandar atau luar bandar.
5.5.2 Penyelidikan terhadap faktor-faktor sosio-psikologi dalam pengajaran slot
perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak prasekolah.

Bibliografi

Bergen, D. (1988). Using a schema for play and learning. In D. Bergen (Ed.), Play as a
medium for learning and development. Portmouth, NH: Heinemann.

Bernstein, B. (1962). “Social Class, Linguistics Codesw and Grammatical Elements”.


Language and Speech, 5, hlm 221-240.

Cazden, C. (1972). Child Language and Education. New York: Holt, Rinehart dan
Winston.

Cohen,D.H. (1972). The Learning Child. New York: Pantheon.

Ferreiro, E., & Teberosky, a. (1982). Literacy before schooling. Portsmouth, NH:
Heinemann.

Janice, J. Beaty, (1998). Observing Development of the Young Child.New Jersey:


Prentice-Hall Inc.

Gentile, L.M., & Hoot, J.L. (1983). Kindergarten play: The foundation of reading.
Reading Teacher, 36, 436-439.
Goodman, Y, (1986). Children coming to know literacy. In W.H.Teale & E. Sulzby (Eds.),
Emergent literacy: Writing and reading. Norwood, NJ: Ablex

Gordon, A.M., & Browne, K.W. (1995). Beginning and Beyond: Foundation in Early
Childhood Education: Delmar Publishers Inc.

Greenberg, M. (1979), Young Children need music. Englewood Cliff, NJ: Prentice Hall.

Hawkins, D. (1965). Messing about in science. Science and Children, 2(5).

Kamaruddin Hussin, (1986). Kaedah Pengajaran dan Pemelajaran Bahasa. Subang Jaya,
Kuala Lumpur: Fajar Bakti

Krashen, S.D. (1981). Second Language Acquisition and Secong Language Learning in
the Classroom. Oxford: Pergamon Press.

Lay-Dopyera, M. & Dopyera, J. (1993). Becoming a Teacher of Young Children. USA:


McGraw-Hill, inc.

Linfors, J.W. (1980). Children’s Language and Learning. Englewood Cliffs: Prentice
Hall, Inc.

Mason, J. (1986). Kindergaten reading: A proposal for a problem-solving approach. In


Spodek (Ed.), Today’s kindergarten: Exploring the knowledge base, expanding the
curriculum. New York: Teachers College Press.

Morrison, G.S. (1995). Early Childhood Education Today. Englewood Cliffs, New Jersy:
Prentice Hall.

Newport, E.L., Gleitmann, H dan Gleitman, L.R. (1979). ”Mother, I’d rather Do It
Myself: Some Effects and Non-Effects of Maternal Speech Acts”. Dalam P. Fletcher dan
M. Garman, Language Acquisition-Studies in First Language Development. Cambridge:
Cambridge University Press.

Nurss, J.R. “Research in Review: Linguistic Awareness and Learning to Read.” Young
Children,March 1980.

Pellegrini, A.D. (1980). The relationship between kindergarten’s play and achievement
in pre-reading, language and writing. Psychology in the schools, 17, 530-535.

Ringler, N. (1978). “A Longitudinal Study of Mother’s Language”. Dalam N. Waterson


dan C. Snow (Eds). The Development of Communication. Chichester: John Wiley and
Sons.

Shazts, M. dan Gelman, R. (1977). ”Beyond Syntax: The Influence of Coversational


Constrains on Speech Modification”. Dalam Talking to Children: Language Input &
Acquisition, ed.C.E. Snow dan C.A Ferguson. Cambridge: Cambridge University Press.

Saracho, O.N. (1990). Developmental sequences in three-year-old children’s writing.


Eraly Child Development and Care.

Schrader, C.T., & Hoffman, S. (1987). Encouraging children’s early writing efforts. Day
Care and Early Education.

Seifert, K.L, & Hoffnung, R.J. (1991). Child and adolescent development. (2nd ed).
Boston: Houghton Mifflin.

Snow, C. (1972). “Mother’s Speech to Children Learning Language”. Journal Child


Developent. 43 (1972) hlm. 549-65.

Spodek, B., & Saracho, O.N. (1988). The Challenge of education play. In D.Bergen (Ed.),
Play as a medium for learning and development. Portsmouth, NH: Heinemann.

Temple, C.A., Nathan, R.G., & Burris, N.A. (1993). The beginnings of writing. Boston:
Allyn and Bacon.

Vierra, A. & Pollock,J. (1992). Readingf Education Research. Scottsdale: Gorsuch


Sewishirch.

Vygotsky, L. (1978). Mind and society. Cambridge: Havard University Press.

Walter, R. Borg & Meredith Damien Gall. (1979), Educational Research : An


Introduction. 3rd Edition, New York, London: Longman.

Wells, G. (1985). Language and Development in the Pre-School Years. Cambridge:


Cambridge University Press.

______ . 1981Learning through interaction: A Study of Language Development.


Cambridge: Cambridge University Press.

Wolfgang, C.H., & Sanders, T.S. (1981. Defending young children’s play as the ladder to
literacy. Theory into Practice, 20, 116-120.

POSTED BY MOHD NOR IZWAN SULAIMAN AT 4:49 PM

LABELS: A MA LA N P EDA G OG I P EN GA J A RA N P ERK EM BAN G AN

1 COMMENTS:

syahrulnizam said...
Belajar Bahasa dengan Komputer:

http://www.syahrulnizam.com/2009/06/belajar-bahasa-dengan-komputer.html

JU NE 6 , 20 0 9 5: 51 AM

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Subscribe to: Post Comments (Atom)

FOLLOWERS

COMMENTS

BLOG ARCHIVE

 ► 2010 (6)
o ► March (2)
 dapatkan pelajaran hoki dari aki tom secara percum...
 mohd nor izwan sulaiman menyayangi ainul basirah
o ► January (4)
 rancangan pengajaran harian
 KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN DI SEKOLAH
 KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN DI SEKOLAH
 Memohon Kebenaran untuk Tinggal di Luar.

 ▼ 2009 (178)
o ► November (10)
 spot kpk dari shahidan
 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN
J...
 PERANCANGAN PENGAJARAN
 pengajaran mikro
 METODE MENGAJAR PENDIDIKAN JASMANI
 KERTAS KONSEP GAYA PENGAJARAN MOSSTON AND
ASHWORTH...
 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI
 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI
 kamera
 refleksi bina insan guru
o ► October (27)
 PENGENALAN PENDIDIKAN LUAR
 KAEDAH LATIHAN SUAIAN FIZIKAL WHAT IS FITNESS ?
 permainan tradisional
 jalan raya
 ETIKA DAN NILAI
 gaya hidup sihat
 sejarah pengakap
 Pengakap Kanak-kanak
 REFLEKSI
 bola jaring PERGERAKAN – PERGERAKAN GERAK KAKI MEN...
 Bola jaring
 MENGAPA PERLU BERMAIN?
 Laporan Amali Pendidikan Luar 2009 Di Pulau Perhen...
 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI
 Punca keracunan makanan oleh mohd nor izwan sulai...
 RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN
 BELAJAR CARA BELAJAR (BCB)
 RUJUKAN
 Keinginan untuk bersaing
 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI
 belajar cara belajar
 kemahiran mendengar
 kemahiran menulis
 Bola baling pada Sukan Olimpik Beijing 2008
 TEKNIK BALINGAN BOLA BALING
 LAN TUKA GAMBAR BLOG AKU BAGI GANAS SIKIT
 BINA INSAN GURU
o ► August (28)
 THE LUCKY LAKI - SUPERMAN
 asas fotografi
 amalan sains dalam pendidikan kesihatan
 aspek sains dalam kesihatan
 KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH; KEMAHIRAN BERFIKIR,
KEM...
 senam aerobik
 senam aerobik
o ► July (32)
o ► June (26)
o ▼ May (38)
 KUAK LENTANG
 AKTIVITI REGANGAN
 REGANGAN
 senaman aerobik
 anatomi fisiologi 2009
 SISTEM RANGKA
 PENGENALAN KEPADA SISTEM OTOT RANGKA
 BAB 8: RESPIRASI
 Soalan spot af
 REFLEKSI
 ANATOMI DAN FASIOLOGI
 mekanis
 PERINGKAT-PERINGKAT PENGAJARAN MEMBACA
 3.1 PRATULISAN
 AMALAN PEDAGOGI PENGAJARAN PERKEMBANGAN
 Aktiviti Pemulihan Tulisan
 5.0 PEMULIHAN TULISAN
 pengenalan l.b.
 prabacaan
 ORIENTEERING
 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI
 lompat kangkang
 Summary
 PARAPHRASE
KAJIAN SOSIAL

STRUKTUR QUESTION.EXAM HUBUNGAN ETNIK 4 MEI

2009.....
 APPRECIATION
 PROSEDUR MENJALANKAN KAWAD KEBAKARAN DAN
KECEMASAN...
 PROSIDUR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
 TENTATIF PROGRAM
 Garis Panduan Tugas-tugas Jawatankuasa Pengelolaan...
 kertas kerja pl 2009
 alat pemadam api
 laporan aktiviti kayak
 pendahuluan gymnastik
 pendahuluan gymnastik
 memanaskan badan
 sejarah gymnastik
o ► February (14)
o ► January (3)

 ► 2008 (113)
o ► November (12)
o ► October (92)
o ► September (9)

ABOUT ME

AKI TOM

i like to try my best in making my own web site...

V IEW MY COM P LETE P ROF ILE

Anda mungkin juga menyukai