Anda di halaman 1dari 7

BAB 1: PENGENALAN

1.1 LATAR BELAKANG JABATAN

PENGENALAN JABATAN

Jabatan Penerbangan Awam yang lebih dikenali dengan panggilan D.C.A


telah ditubuhkan mulanya pada tahun 1947 di Singapura, di bawah naungan
Pengarahnya En. S.E Storror. Pada ketika itu, DCA adalah bertanggungjawab bagi
kakitangan Persekutuan Tanah Melayu dan juga Borneo. Sehubungan dengan itu,
Unit Airworthiness yang merupakan cawangan Air Registration Board (UK) telah
ditubuhkan untuk memberikan ‘advisory services’ kepada jabatan. Pada tahun 1948,
DCA telah ditukarkan dan diletakkan di bawah pucuk pimpinan Kementerian, Tanah,
Perlombongan dan Komunikasi.

DCA kemudiannya melangkah lagi dengan perubahan gelaran jawatan dari


Pengarah kepada Ketua Pengarah dan meneruskan perkhidmatannya dengan seramai
136 kakitangan di bawah En. N.A. Oxford. Sekali lagi, DCA berubah dan kali ini
diletakkan di bawah Kementerian Pos dan Telekomunikasi. Selepas tahun 1976
sehingga ke tarikh ini, DCA berada di bawah Kementerian Pengangkutan.

1
Dengan pengisytiharaan Sg. Besi sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa
pada tahun 1956, DCS bergerak dan beroperasi lebih kurang selama 9 tahun
sehinggalah sebuah Lapangan Terbang baru dibina dengan tujuan untuk menampung
pertambahan pergerakan pesawat domestic dan juga antarabangsa. Lapangan terbang
ini diberi nama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Seperti jabatan-jabatan kerajaan yang lainnya iaitu Telekom, Tenaga Nasional


dan lainnya, DCA juga tidak terkecuali dengan amalan penswastaan. Pada tahun
1992, DCA memasuki era baru dengan pembahagiannya kepada 2 bahagian iaitu
DCA dan Malaysia Airport Berhad (M.A.B).

DCA sebagai sebuah badan kawalsedia adalah bertanggungjawab untuk


industry penerbangan awam di Malaysia termasuk aktiviti-aktiviti bagi lapangan
terbang, pesawat, penerbangan dan perlesenan dan perkara yang berkaitan
dengannya. M.A.B
Pula dipertanggungjawab untuk menentukan prosedur-prosedur yang ditetapkan
diguna pakai bagi semua Lapangan Terbang di Malaysia dan dikendalikan dengan
licin dan teratur.

DCA sehingga kini telah mengalami berbagai pembaharuan dan paling


bersejarah adalah pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa KL yang baru dan
serba canggih. Lapangan terbang ini yang lebih terkenal dengan nama KLIA mula
beroperasi secara rasminya pada 27 jun, 1998, dibina dengan mempunyai dua buah
landasan yang bersebelahan.

Jabatan juga telah membeli dua buah LaserJet yang berprestasi tinggi khasnya
untuk memenuhi keperluan kalibrasi bagi peralatan alat panduan-arah. Dengan
pembelian pesawat ini, ianya akan dapat memastikan semua peralatan alat pandu-arah
di dalam Negara adalah selamat demi menjamin keselamatan penerbangan.

Ibu pejabat DCA telah berpindah dari Wisma Gelenggang ke Putrajaya dalam
memenuhi hasrat mewujudkan satu Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

2
MAKLUMAT JABATAN

DEPARTMENT OF CIVIL AVIATION, MALAYSIA


No. 27, Persiaran Perdana,
Level 1 - 4,
Block Podium, Precinct 4,
62618 Putrajaya, MALAYSIA.
Tel: 603 - 8871 4000
Fax: 603 - 8890 1640
Email: webmaster@dca.gov.my

MISI DAN VISI JABATAN

Misi
Mempastikan setiap penerbangan dalam ruang udara negara adalah selamat, cekap
dan teratur.

Visi
Ke arah penerbangan yang lebih selamat.

3
1.2 PROFILE BAHAGIAN

KOMITMEN JABATAN

 Menyelaras dan memantau aktiviti di semua bahagian dan unit.


 Merancang, melaksana dan mengurus bahagian sumber manusia.
 Merancang dan melaksana pengurusan yang berkaitan kewangan.
 Menyelaras, mengatur dan memantau rancangan pembangunan.
 Bahagian perkhidmatan merancang, melaksana dan mengurus sistem
maklumat untuk rujukan dan juga penyelidikan.
 Melaksana dan mengurus semua dokumen yang berkaitan dengan industri
penerbangan untuk rujukan.

PROGRAM DAN AKTIVITI BAHAGIAN

Pengurusan Sumber Manusia dan Seksyen Pengurusan


1. Mengurus perkara yang berkaitan temujanji, perletakan jawatan, pengesahan
jawatan dan pencen.
2. Merancang dan menyelaras alat perkakasan keahlian jabatan.
3. Merancang dan melaksana kursus dalam dan luar negeri termasuk latihan
wajib seperti kursus induksi dan BTN.
4. Merancang dan melaksana temujanji daripada pegawai kontrak dan juga
pembaharuan kontrak.
5. Memperbaharui dan merekod maklumat dan juga buku perkhidmatan bagi
semua kakitangan dan pegawai.
6. Mengurus dan memperbaharui sistem maklumat kakitangan.
7. Mengurus pentadbiran pejabat di semua bahagian.
8. Merancang dan mengurus tatar hias tempat bertugas di semua tingkat dan
bahagian dalam jabatan.
9. Mengurus bahagian perpustakaan.
10. Merancang dan mengurus kenaikan pangkat atau pertukaran tempat kerja
kakitangan dan juga pegawai.

4
Seksyen Kewangan dan Akaun
1. Untuk merancang dan bersedia untuk perlaksanaan bajet tahunan.
2. Untuk mengawal perlaksanaan dan pemberian belanja.
3. Melaksana dan mengolah surat kira-kira/invois/hak tuntutan, gaji dan elaun.
4. Menyediakan laporan kewangan dan kenyataan audit.
5. Menguruskan pendaatan melalui kutipan penawaran.
6. Memantau pengurusan kewangan dan penyelidikan audit.
7. Mengurus permohonan pinjaman kenderaan dan komputer.
8. Mengurus pambayaran gaji pendahuluan dan tiket penerbangan untuk
pegawai dan kakitangan yang melakukan tugas rasmi.
9. Mengurus bahagian kutipan hasil.

Seksyen Pemantauan Projek


1. Memantau perlaksanaan bagi pembangunan projek untuk sektor penerbangan
mengikut aspek kewangan dan tempoh masa dibawah rancangan Malaysia
dan membuat laporan mengenai perkembangan perlaksanaan dari masa ke
semasa kepada kementerian.
2. Menyediakan laporan dan maklum balas berkaitan keadaan projek kepada
kementerian dan perwakilan pada setiap minggu dan bulan.
3. Mengurus dan menyelaras kewangan berkaitan peralatan pembangunan projek
dalam sektor penerbangan.
4. Menyelaras semua yang berkaitan tanah yang digunakan oleh Jabatan
Penerbangan Awam.

Seksyen Teknologi Maklumat


1. Menjaga dan memantau bagi perlaksanaan sistem aplikasi dan menentukan
cara untuk pembaikan.
2. Menyelaras dan melaksana bagi ‘EG programmes’ dalam aras jabatan.
3. Menyelaras berkaitan hal pendtadbiran dalam Seksyen Teknologi Maklumat.
4. Memantau dan mengawal sumber teknologi maklumat termasuk perkakasan,
perisian dan rangkaian bagi memastikan system computer bagi setiap aras
berjalan dengan baik sepenuhnya.

5
5. Memantau dan mengawasi keselamatan ICT dalam Jabatan Penerbangan
Awam termasuk keselamatan fizikal, keselamatan network (rangkaian) dan
makmal komputer.
6. Menerima laporan kerosakan dan turut membantu dari segi teknikal kepada
semua pengguna di Jabatan Penerbangan Awam.

6
7