Anda di halaman 1dari 24

TAMADUN ISLAM :TAMADUN ISLAM

PENGENALAN :

Slide 2:PENGENALAN Islam mula diperkenalkan kepada manusia pertama


iaitu Adam a.s. Ia merupakan pemberitahuan dan peraturan yang
diwahyukan oleh Allah S.W.T. Kemudian wahyu itu diperkuatkan dengan
perlantikan rasul-rasul yang bermula dengan Nabi Adam a.s dan berakhir
dengan Nabi Muhammad s.a.w. Risalah Islam yang diturunkan kepada rasul-
rasul adalah sesuai dengan zaman, jumlah manusia dan kebudayaan umat
ketika itu. Islam diturunkan kepada manusia untuk membimbing mereka ke
jalan yang benar supaya mereka mencapai kesejahteraan hidup, dunia dan
akhirat.

Slide 3:Penganut Islam wajib beriman kepada Allah Yang Maha Esa selaku
pencipta alam semesta dan mematuhi segala suruhan dan menjauhi
laranganNya. Tanpa petunjuk dari Allah S.W.T, manusia akan sesat kerana
akal fikiran dan pengalaman manusia amat terbatas.

Slide 4:Manusia tidak mempunyai kemampuan untuk memahami masalah


ketuhanan, kehidupan selepas mati, perkara-perkara ghaib seperti malaikat,
syurga dan neraka, pembalasan amal dan sebagainya, kerana itulah Allah
S.W.T mengutus dan mengangkat ratusan ribu nabi dan rasul yang bermula
dengan Nabi Adam a.s dan diakhiri dengan Nabi Muhammad s.a.w. Secara
umumnya tugas rasul-rasul dan nabi-nabi dalam menyampaikan ajaran
keimanan adalah sama walaupun ada perbezaan dari segi syariat dan hukum
di antara mereka selaras dengan keadaan dan zaman masing-masing.

Slide 5:Dalam perjalanan sejarah tamadun manusia yang panjang, ramai


manusia yang terus-menerus menentang serta membantah pengajaran-
pengajaran Allah S.W.T yang dibawa oleh utusan Allah S.W.T, lalu dengan
kasih sayang dan belas kasihan Allah S.W.T, Dia telah menurunkan kitab-
kitab agar manusia dapat membaca, memahami dan melaksanakan segala
arahanNya. Tujuannya untuk menegakkan kepercayaan Tauhid
(kepercayaan kepada Allah Yang Maha Esa), menghindarkan mereka dari
syirik kepada Allah S.W.T, terpengaruh dengan hawa nafsu yang liar dan
mengajar mereka supaya mematuhi segala ajaran Allah S.W.T dan
menjauhkan diri dari laranganNya.

Slide 6:Sejarah Islam telah menunjukkan bahawa keistimewaan yang


terkandung dalam Islam telah mampu membentuk satu tamadun yang
mengangkat tinggi martabat manusia, menuju kesejahteraan hidup, dunia
dan akhirat. Tamadun Islam telah muncul dan menempa kegemilangan yang
tiada tolok bandingnya lantaran kesyumulan dan kesepaduan Islam itu
sendiri yang menjadi intipati kepada Tamadun Islam. Akhirnya Tamadun
Islam telah berjaya mendepani zaman dan menjadi rujukan kepada
pembinaan tamadun manusia sehinggalah ke hari ini.

Slide 7: Rangkuman sejarah tamadun islam dari mula hingga


berakhir khilafah :Rangkuman sejarah tamadun islam dari mula hingga
berakhir khilafah

Slide 8; Jahiliyyah :Jahiliyyah Muhammad SAW Palestin Mesir Kan’an 610


tahun Jahiliah MEKAH

Slide 9:Era Mekah (610 – 623M = 13 Tahun) 300 masuk Islam dari 10,000
penduduk Mekah era dakwah dan tarbiayah.

Slide 10:ERA MADINAH (623-633m = 10 tahun) - Tertubuh Daulah Islam


Pertama Nabi Muhammad ketua Negara Kesatuan Muslim & Non-Muslim di
bawah Perlembagaan Pertama Madinah 124,000 orang masuk Islam
Rasulullah wafat

Slide 11:Era Khulafa’ al-Rasyidin (633-661m) Abu Bakar:Hantar tentera


Usamah memerangi golongan murtad, negara kembali stabil Umar:
Membuka Iran(Parsi), Iraq, Jazirah, Khurasan, Baluchistan, Syira, Palestin,
Mesir ke Armenia, mewujudkan kementerian & jabatan. , Uthman: sebarkan
dakwah Islam sampai ke India & China, salin semula al-Quran dan
perbanyakkan salinan. Ali: dakwah sampai ke Afrika dan berhadapan dgn isu
dalaman

Slide 12:Era Umawiyyah (661-750m) -mengamalkan monarki -Meneruskan


usaha dakwah & peluasan -berjaya menguasai utara Afrika, Sepanyol
(Andalus), dan Khurasan. Mencuba untuk membuka kota Constantinople (Ibu
negeri Bayzantine) Paling cemerlang zaman Umar bin Abdul Aziz: berjaya
basmi kemiskinan.

Slide 13:Bani Umayyah: Senarai Khulafa’

Slide 14:Pemerintahan Islam di Andalus (711 – 1492M) Zaman kemuncak,


iaitu 756 – 1031M: setiap lapisan masyarakat diperkenalkan dengan sistem
pembelajaran yang komprehensif dalam semua bidang. pemerintah telah
menaja pelajar-pelajar untuk mendalami semua bidang ilmu yang boleh
membina masyarakat Khalifah Abdul Rahman al-Ausat membina universiti
dan menaungi ulamak dengan elaun-elaun yang tertentu. Khalifah al-Hakam
telah mengambil iniasiatif dengan mendirikan perpustakaan dan membeli
buku-buku rujukan. Hampir seluruh Andalus mempunyai pusat pengajian dan
universiti, antaranya di Seville, Granada, Toledo, Valencia dan Cordova yang
muncul sebagai pusat intelektual yang terpenting di Eropah. Pemerintah
Andalus juga telah membuka ruang kepada wanita untuk menimba ilmu dan
terlibat dengan urusan intelektual. Sejarah telah mencatatkan tidak kurang
dari 100 orang wanita Andalus telah terlibat dalam penulisan mashaf ketika
itu. khalifah memberi pengiktiran kepada cendikiawan bukan Islam,
antaranya ialah Moses bin Maimon dan Salomón ben Gabirol dari bangsa
Yahudi (ahli falsafah & penterjemah) ANDALUS

Slide 15:Era Abbasiah(750-1453m) (3 Fasa) -Kemuncak ketamadun Islam


khususnya zaman Khalifah Harun al-Rashid & al-Ma’mun. Lahir ilmuan Islam
dlm pelbagai bidang Perundangan Islam: Abu Hanifah,Malik, Syafie, Ahmad
dll. Hadith: Imam Bukhari,Muslim,Turmizi,An-Nasaie, Abu Daud, Ibn Majah.\
Sains & Teknologi:Ibn Sina al-Razi Al-Farabi Khawarizmi, Al Biruni,Omar
Khayyam Ibn Batuttah dll Penubuhan Universiti: Andalus: Universiti Cordoba
968M (begitu juga di Seville, Malaga, Lisbon dan Toledo), Mesir: Universiti Al-
Azhar 988M - (Universiti-universiti di Eropah hanya bermula pada 1088M
Universiti Bologna, 1150M Universiti Paris dan 1167M Oxford University)

Slide 16:Kerajaan Bani Abbasiyah Fasa Pertama (749-847M) Pemerintahan


oleh Khalifah Fasa Kedua (847-1194M) Pemerintahan oleh khalifah Fasa
Ketiga (1194-1258M) Pemerintahan oleh kerajaan kecil Antara Khalifah yang
terkenal Abu Abbas Al-Saffah (750-754M) Abu Jaafar al-Mansur (754-775M)
Harun al-Rasyid (786-809M) Abdullah al-Makmun (813-833M) Turki 847-946M
Bani Buwayh 946-1055M Bani Saljuk 1031-1157M Bani Abbasiah:Fasa-fasa
Pemerintahan(749M-1258M)

Slide 17:Barat bertemu Islam di Andalus. Mrk belajar dr org Islam dlm
pelbagai bidang- terbentuk tamadun baru Zaman al-Mu’tasim: Serangan
Monggol Perang Salib Akhirnya, tentera Mesir kalahkan Hulago dan balanya.
Hulago memeluk Islam(orang menyerang masuk agama orang yang
diserang) Akhirnya Monggol kalah ditangan Sultan Baybar I di dalam
peperangan Ain Jalut (1290M)

Slide 19:Barat bertemu Islam di Andalus. Mrk belajar dr org Islam dlm
pelbagai bidang- terbentuk tamadun baru

Slide 20:Barat bertemu Islam di Andalus. Mrk belajar dr org Islam dlm
pelbagai bidang- terbentuk tamadun baru Solehuddin al-Ayyubi kalahkan
tentera salib dan buka semula Palestin
Slide 21:Barat bertemu Islam di Andalus. Mrk belajar dr org Islam dlm
pelbagai bidang- terbentuk tamadun baru Empayar Othmaniah (1453-
1924m) Fasa pembinaan asas Khilafah Uthmaniah bermula dengan
pemerintahan Othman I (Othman Ghazi) dan berakhir dengan Murad bin
Orkhan menguasai Austria, Hungary, Romania, Bulgaria, Czech, Yugoslavia
dan Albania. Pembukaan Kota Constantinople (Istanbul) oleh Sultan Muhd al-
Fateh, buat meriam besar danmengarahkan 14 buah kapal diangkat melalui
jalan darat dari Selat Bosphorus ke Golden Horn. menguasai Selatan Greek
(kemudiannya, seluruh Kepulauan Greek), Albania dan Crimea (Ukraine).

Slide 22:Wasiat Louis IX: - “Tiada jalan untuk mengalahkan dan menguasai
orang-orang Islam melalui jalan perang. Agama mereka mendorong mereka
untuk melawan, berjihad, mengorbankan jiwa …. Kita mesti lakukan jalan
lain; iaitu mengubah pemikiran Islam dan menjinakkan orang-orang Islam
melalui serangan pemikiran. Cendekiawan Eropah harus mengkaji tamadun
Islam dan mencipta senjata untuk merosakkan pemikiran orang-orang
Islam.” - Serangan sosial dgn memasukkan pelbagai jenis hiburan hingga
akhirnya umat Islam terleka dan terlupa dari peranan sebenar mereka.
Serangan pemikiran & sosial

Slide 23:Khalifah Islam Terakhir :Khalifah Islam Terakhir 27 April 1909 –


Sultan Abdul Hamid II digulingkan

Slide 24:3 Mac 1924/ 26 Rejab 1342 H - Bapa sekular Turki Mustafa Kamal
Atartuk isytiharkan pembubaran Khilafah Islamiah dan Turki bertukar
menjadi Sekular (memisahkan agama dari pemerintahan) - Negara-negara
Islam akhirnya dijajah oleh barat dan dibahagi-bahagikan. PENJAJAHAN

Slide 25:Uthmaniah(699H – 1343H / 1301M – 1924M)

Slide 26:Afrika Utara (Maghribi, Algeria dan Tunis)menjadi jajahan Perancis.


Diselang seli dengan Tanger yang berada di bawah kuasa antarabangsa dan
jajahan Sepanyol di kampung-kampung. Libya di jajah oleh Itali. Itali tidak
mahu langsung kesan-kesan Islam kekal wujud di situ. Ia telah memaksa
penduduk di situ menjadi warganegara Itali dan dinamakannya sebagai Itali
selatan. Di situ juga dicampakkan beribu-ribu orang tawanan yang
berkebuluran dan manusia-manusia jahat. Mesir dan Sudan di bawah
naungan Inggeris. Palestin berada di bawah jajahan Inggeris untuk dijualkan
kepada Yahudi bagi mendirikan negara kebangsaan mereka. Syria di bawah
jajahan Perancis. Iraq menjadi tanah jajahan Inggeris. ERA PENJAJAHAN
Slide 27:Hijaz (Mekah dan Madinah) menjadi sebuah kerajaan yang sangat
lemah sentiasa menunggu sedekah dan mengharap kepada janji-janji palsu
dan perjanjian-perjanjian yang tidak laku dari Eropah. Yaman pula sebuah
kerajaan yang tinggal hanya rangka-rangka, rakyatnya papa dan terancam
dengan peperangan di setiap tempat dan masa. Di bahagian lain dari seluruh
semenanjung Arab pula, yang tinggal hanya negeri-negeri yang kecil di
mana amir-amirnya hidup di bawah ketiak konsol-konsol Inggeris. Mereka
berjuang dengan cebisan-cebisan makanan dari meja makan Inggeris.
Sesama mereka penuh menyala hasad dengki dan benci. Kuasa Berikat telah
memberikan janji kemerdekaan kepada bekas Raja Semenanjung Arab; Malik
Husin dengan syarat menolong mereka menghapuskan kuasa khalifah
Othmaniah. Iran dan Afghanistan adalah kerajaan-kerajaan yang sentiasa
bergolak dan menjadi rebutan sesama mereka. India menjadi jajahan
Inggeris. Turkistan dan sekitarnya menjadi jajahan Rusia yang ditekan
dengan dahsyatnya.

Negara-negara di nusantara? :Negara-negara di nusantara? Kejatuhan


negara Islam pertama bermula dengan kejatuhan Kesultanan Islam Melayu
Melaka[1] ke tangan Portugis pada tahun 1511. Selepas lebih kurang 130
tahun kejatuhan Melaka ke atas Portugis, Melaka kemudiannya ditawan dan
diambil alih oleh Belanda pada tahun 1641 dengan bantun kesultanan Johor.
Pada tahun 1786, Francis Light datang membuka dan menjajah Pulau
Pinang. Perselisihan yang berlaku antara Francis Light dan Belanda
(disebabkan oleh persaingan untuk merebut, mengawal dan menguasai
pintu masuk ke Selat Melaka) berakhir dengan termeterainya Perjanjian
Inggeris-Belanda pada tahun 1824 menyebabkan kepulauan Melayu
terbahagi kepada 2 bahagian iaitu: i) Semenanjung Tanah melayu dan
Borneo di bawah pemerintahan Inggeris. ii) Kepulauan Indonesia di bawah
pemerintahan Belanda Kawasan-kawasan Asia Tenggara lain yang dijajah : i)
Portugis – Pulau Timur Timor (Timor Leste) ii) Perancis – Kemboja, Vietnam
iii) Sepanyol – Filipina [1] Kesultanan Islam Melayu Melaka merupakan
kerajaan yang bernaung di bawah Kerjaan Turki ‘Uthmaniyyah. Sistem
perundangan Islam dilaksanakan dan juga sistem perniagaan walaupun agak
terhad.

FAKTOR PEROSAK DLM STRUKTUR NEGARA ISLAM :FAKTOR PEROSAK


DLM STRUKTUR NEGARA ISLAM Percakaran politik & sikap fanatik selain
perebutan kuasa & pangkat. Perselisihan dlm soal furu agama & mazhab dan
suka berdebat Tenggelam dlm pelbagai bentuk kemewahan dan hanyut dlm
keseronokan & syahwat khususnya di klgn pemimpin. Perpindahan kuasa
kpd bukan Arab (Parsi, Dailam, Mamluk, Turki & sbg) Abaikan ilmu berbentuk
praktikal & dunia (sains & teknologi), membazir masa dlm falsafah yg
berbentuk teori & fantasi Para pemimpin leka dgn kuasa dan lupa melihat
perkembangan bangsa. Bangsa lain terkehadapan potensi/kebolehan dan
boleh serang Islam bila2. Terpesona dgn helah musuh, cara hidup musuh
dan seterusnya meniru budaya hidup mereka.

Slide30:PANDANGAN HIDUP ISLAM :PANDANGAN HIDUP ISLAM Islam


adalah Ad-Din yang diturunkan oleh Allah S.W.T melalui perantaraan
al=Rasul s.a.w. Ia merujuk kepada satu cara hidup yang lengkap
merangkumi semua aspek hidup manusia. Islam merangkumi aspek akidah,
syariah dan akhlak. Kesemuanya telah dihuraikan malah dipraktikkan oleh
Rasulullah s.a.w semasa hayat baginda dan diikuti oleh para sahabat serta
umat Islam seluruhnya.

Slide 31:PENGERTIAN ISLAM :PENGERTIAN ISLAM Dari segi bahasa


kalimah Islam mengandungi tiga perkara utama iaitu: Tulin, suci dari
sebarang kecacatan zahir dan batin Damai, aman atau sejahtera Taat dan
menyerah Pengertian Islam dari segi syarak ialah mentauhidkan Allah S.W.T,
patuh dan tunduk kepadaNya serta beriman dengan ajaran yang dibawa oleh
para rasul yang diutuskan oleh Allah S.W.T sejak dari Nabi Adam a.s
hinggalah kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai nabi dan rasul yang
terakhir.

Slide 32:Justeru itu sesiapa yang mengikuti agama selain dari apa yang
dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w sesudah kedatangannya tidak akan
diterima oleh Allah S.W.T. Islam yang dibawa oleh Muhammad s.a.w telah
disempurnakan ajarannya oleh Allah S.W.T dan dia telah meredhaiNya untuk
diikuti. Firman Allah S.W.T dalam Surah Ali Imran ayat 85 yang bermaksud :
”Sesiapa yang mencari din (agama) selain daripada din (agama) Islam maka
dia termasuk dalam golongan mereka yang rugi di akhirat nanti" Allah S.W.T
juga berfirman dalam Surah Al-Maidah ayat 5 yang bermaksud : ”Hari ini Aku
telah sempurnakan bagi kamu agama kamu iaitu Islam dan Aku kurniakan
nikmat kepada kamu dan Aku reda Islam itu agama kamu”.

Slide 33: KANDUNGAN ISLAM :KANDUNGAN ISLAM 1) AKIDAH Akidah


merupakan dasar terpenting dalam Islam. Baik atau buruk natijah hidup
seseorang di sisi Allah S.W.T adalah bergantung kepada akidah yang dianuti
oleh mereka. Akidah dalam Islam merupakan kepercayaan atau keimanan
kepada hakikat dan nilai-nilai mutlak, tetap dan kukuh dalam jiwa setiap
Muslim. Berdasarkan maklumat wahyu, Muslim dapat mengenali Allah S.W.T
secara tepat. Allah S.W.T mempunyai kuasa mutlak dalam kehidupan
makhluk. Dialah yang mencipta manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan.
Dialah juga yang mencipta langit dan bumi serta segala isi kandungannya
dan seluruh makhluk di langit dan di bumi memerlukan rahmat dan
pertolonganNya untuk terus hidup. Berasaskan akidah tauhid ini manusia
dapat membebaskan dirinya dari tunduk dan patuh kepada sesuatu yang
bersifat makhluk, sama ada dalam bentuk berjirim ( benda) atau roh yang
telah menguasai diri manusia sepanjang sejarah. Dengan keyakinan ini
manusia meletakkan tempat pergantungan, perlindungan dan pengabdian
hanya kepada Allah S.W.T semata-mata.

Slide 34: Asas-asas akidah Islam ialah: Beriman kepada Allah Beriman
kepada Malaikat Beriman kepada Kitab-Kitab Beriman kepada Rasul-rasul
Beriman kepada Hari Akhirat Beriman kepada Qadha’ dan Qadar Akidah
Islam membebaskan manusia daripada kecelaruan hidup, yang tidak
mempunyai matlamat kehidupan yang jelas. Akidah Islam membimbing
manusia kepada matlamat kehidupan yang benar iaitu keredhaan Allah
S.W.T.

Slide 35:Akidah Islam akan melahirkan tamadun yang mantap. Akidah Islam
yang telah meresap ke dalam jiwa dan lubuk hati seseorang akan
menimbulkan kesan-kesan positif di antaranya dapat kita gariskan seperti
berikut: Akidah Islam melahirkan seorang yang yakin kepada Allah S.W.T
Yang Maha Esa. Keyakinan itulah yang menggerakkan seluruh tingkah-
lakunya, percakapannya dan gerak-gerinya untuk mencari keredhaan Allah
S.W.T. Akidah Islam melahirkan insan yang mempunyai akhlak cemerlang
dan terpuji dan tersisih dari sifat-sifat buruk. Akidah akan melahirkan
seseorang yang optimis dan yakin kepada diri sendiri untuk bekerja bagi
mencapai kejayaan di dunia dan tidak lupa mencari keredhaan Allah S.W.T
supaya mendapat kebahagiaan di akhirat. Akidah Islam melahirkan insan
dan masyarakat yang teguh pendiriannya, mempunyai prinsip dan tidak
mudah terpengaruh dengan persekitaran yang mengancam nilai dan akhlak
manusia terutama dengan pelbagai pengaruh hasil kemajuan teknologi
maklumat di zaman ini. Ia mampu membeza dan memilih nilai-nilai yang
positif dan menolak nilai-nilai yang negatif yang boleh merosakkan
keperibadian insan dan masyarakat. Akidah Islam yang teguh mampu
membawa manusia dan masyarakat maju ke hadapan dalam segala bidang.
Sejarah membuktikan masyarakat Arab telah berubah daripada satu
masyarakat yang tidak dikenali kepada sebuah masyarakat yang digeruni.
Akidah Islam telah mengangkat darjat mereka. Mereka menguasai hampir
separuh dari bumi ini. Mereka menguasai pentadbiran dan maju dalam
pelbagai disiplin ilmu pengetahuan.
Slide 36:Akidah Islam membentuk manusia berlumba-lumba untuk
melakukan kebajikan dan mencegah dari kemungkaran. Ini akan melahirkan
masyarakat yang harmoni dan aman tenteram. Tiada jenayah atau
pencerobohan ke atas sesiapa disebabkan mereka yakin kepada hari
pembalasan. Akidah Islam akan melahirkan manusia yang tidak mudah
putus asa atau hilang harapan. Iman di dalam hati akan memberi
ketenangan yang luar biasa. Akidah Islam akhirnya melahirkan manusia
yang sanggup berjihad ke jalan Allah S.W.T walaupun harta dan nyawa
menjadi taruhan. Bilal bin Rabah sanggup mati kerana mempertahankan
akidahnya begitu juga dengan keluarga Ammar bin Yasir. Demikianlah para
sahabat yang lain, sanggup mengorbankan harta dan nyawa untuk
mempertahan dan menyebarkan Islam ke seluruh dunia. Ini adalah kesan
dari akidah Islam yang meresap di dalam jiwa dan lubuk hati mereka. Akidah
Islam yang ada dalam hati umat Islam kini mungkin tidak begitu mantap
menyebabkan mereka tidak dapat mencapai kegemilangan sebagaimana
umat Islam di zaman Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat. Umat Islam
pada hari ini begitu rapuh akidahnya. Lantaran itu mereka mudah
terpengaruh dengan berbagai-bagai unsur negatif. Kemunduran umat Islam
kini kerana mereka semakin jauh dari menghayati akidah Islam yang
sebenar. Akidah Islam melahirkan insan soleh. Insan yang melakukan apa
yang diperintahkan oleh Allah S.W.T dan meninggalkan segala jenayah dan
kemungkaran.

Slide 37: SYARIAH :SYARIAH syariah ialah segala perintah Allah S.W.T
dalam bentuk hukum atau peraturan yang bersifat menyeluruh dan sangat
luas bidang kuasanya. la merangkumi seluruh titah perintah dan ketentuan
Allah S.W.T yang diwahyukan samada yang ditegaskan di dalam al-Quran
ataupun yang berasaskan kepada al-Sunnah. Di dalamnya terdapat aspek-
aspek i'tiqadiyyah atau batiniyyah (hal-hal yang berkaitan dengan akidah
dan keimanan), 'amaliyyah (hal-hal yang berkaitan dengan ibadat,
muamalat, munakahat dan jenayah iaitu hal-hal yang menyentuh mengenai
perbuatan atau perlakuan lahiriah manusia dalam konteks hubungan atau
interaksi mereka dengan Allah S.W.T, sesama manusia, dan alam lain) dan
juga aspek akhlaqiyyah (yang membahaskan mengenai budi pekerti atau
moral manusia sebagai individu dalam bermasyarakat dan bernegara).

Slide 38:Secara umumnya, keseluruhan isi kandungan syariah Islam dapat


dibahagikan kepada tiga kategori iaitu dari segi skop, perlaksanaan dan
penguatkuasaan. Dari segi skopnya, syariah Islam menaungi perkara-
perkara berikut: i. Hubungan antara manusia dengan Allah S.W.T dan alam
ghaib yang lain. ii. Hubungan antara manusia sesama manusia. iii. Hubungan
antara manusia dengan makhluk-makhluk lain di muka bumi ini sama ada
haiwan, benda-benda atau tumbuh-tumbuhan. Dalam aspek perlaksanaan
kepada perintah dan larangan Allah S.W.T pula, syariah Islam terbahagi
kepada tiga iaitu : i. Kewajipan yang menjadi tanggungjawab individu serta
harus dilaksanakan di peringkat individu. Contohnya ialah perintah-perintah
yang khusus ditujukan kepada individu terutama sekali dalam konteks
hubungan langsung seseorang hamba dengan Penciptanya iaitu ibadah-
ibadah khusus seperti solat, puasa dan lain-lain. ii. Perintah perlaksanaan
yang dianjurkan supaya dilakukan secara kolektif atau berjamaah. Seluruh
perintah dalam al-Quran yang ditujukan secara kolektif dikategorikan
sebagai tanggungjawab bersama setiap umat Islam. Contohnya ialah seperti
perintah melakukan dakwah, jihad, menegakkan amar makruf dan nahi
mungkar serta tuntutan-tuntutan fardhu kifayah yang lain. iii. Perintah yang
tidak mampu atau tidak boleh dilaksana di peringkat individu mahupun
kolektif tetapi ia menjadi tugas serta kewajipan pemerintah. Perintah ini
adalah berkaitan dengan perlaksanaan hukuman bagi kesalahan jenayah
seperti hudud, qisas dan takzir.

Slide39: AKHLAK :AKHLAK Akhlak dalam Islam bukan suatu teori, kerana
konsepnya tidak sama dengan konsep etika yang dibawa oleh Barat. Akhlak
dalam Islam ialah sikap rohaniah yang memuliakan tingkah laku (perbuatan)
manusia terhadap Allah S.W.T, terhadap diri sendiri dan makhluk lain, sesuai
dengan suruhan dan larangan serta petunjuk al-Qur’an dan Hadis. Nilai yang
baik disebut akhlak mahmudah dan nilai yang keji disebut akhlak
mazmumah.

Slide 40:Manusia dicipta dengan penuh keindahan (sebaik-baik kejadian).


Keindahan tersebut meliputi lahiriah (fizikal) dan batiniah (spiritual –
dalaman) diri manusia. Keindahan ciptaan fizikal diistilahkan sebagai al-
khalq seperti raut muka, warna kulit, tinggi rendah tubuhnya dan
sebagainya. Sementara keindahan dalaman diri manusia terangkum dalam
istilah al-khuluq yang menggambarkan keindahan jiwa, meliputi kehendak,
inspirasi dan sebagainya. Oleh itu apabila seseorang dikatakan baik khuluq
dan khalqnya, ia bermaksud orang tersebut baik sifat lahiriah dan batiniah
nya. Dari sudut istilah, Imam al-Ghazali mendefinisikan akhlak sebagai sifat
yang tertanam dalam jiwa seseorang dan darinya terbentuk perbuatan
dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu.
Apabila keadaan jiwa tersebut terbit perbuatan yang baik dan terpuji
menurut akal dan syariah, ia dinamakan akhlak yang baik. Sekiranya yang
keluar itu perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk.
Slide 41: CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN ISLAM :CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN
ISLAM Islam adalah al-din yang diturunkan oleh Allah S.W.T yang bersifat
Maha Sempurna, sunyi dari sebarang bentuk kekurangan dan kelemahan.
Justeru peraturan yang diturunkanNya mempunyai ciri-ciri keistimewaannya
yang tersendiri yang membezakannya dengan peraturan dan agama ciptaan
manusia. Antara ciri-ciri keistimewaannya ialah : Rabbani. Islam adalah
agama yang diturunkan oleh Allah S.W.T. Syari’at yang ada didalamnya
adalah wahyu, bukan ciptaan manusia bahkan bukan juga rekaan Nabi
(Yunus:15). Ini bermakna Islam adalah agama untuk seluruh ummat manusia
di mana juga mereka berada dan hingga ke akhir zaman (al-Anbiya’:107).

Slide 42:Sesuai dengan fitrah dan akal manusia. Segala hukum yang telah
diturunkan oleh Allah S.W.T tidak bertentangan dengan akal manusia,
bahkan akal tersebut jika betul-betul digunakan ia akan menemukan
keagungan dan keesaan Allah S.W.T. Adapun yang nampak bertentangan
ialah kerana akal manusia (kerana keterbatasannya) tidak dapat memahami
dan mentafsirkan apa yang dikehendaki dan dimaksudkan oleh Allah S.W.T.
Segala apa yang disyari’atkan itu pada hakikatnya sesuai dan menepati
fitrah manusia, kerana Allah S.W.T sajalah yang amat mengetahui hakikat
dan kejadian manusia (al-Rum:30,al-Baqarah:164). Tidak Membebankan
Allah tidak mensyari’atkan sesuatu perintah yang diluar kemampuan
manusia, disamping itu juga Allah S.W.T telah memberikan keringanan
(rukhsah) pada keadaan-keadaan tertentu. Di dalam Islam tidak ada sesuatu
yang sulit difahami kerana kerumitannya. Asas tauhid Islam jelas kerana
segalanya telah diterangkan oleh al-Qur’an, tidak ditokok-tambahkan oleh
golongan tertentu, sebagaimana yang terjadi pada sebahagian agama.
Seseorang itu mempunyai akses langsung kepada Allah S.W.T tanpa perlu
adanya perantara, semua orang sama taraf disisi Allah S.W.T.

Slide 43:Menyeluruh Ini bermakna bahwa Islam memberikan teori yang


lengkap dan mendalam tentang alam semesta bagaimana ia diciptakan, ciri-
cirinya dan bagaimana ia berjalan mengikuti ketetapan Allah S.W.T. Begitu
juga tentang penciptaan manusia dan kehidupan. Sederhana dan seimbang.
Posisi Islam tidak terlalu menumpukan pada ruhaniyyah sehingga melupakan
material, Islam merangkumi dunia dan akhirat tidak menumpukan pada
akhirat sehingga melupakan dunia dan Islam juga tidak menghinakan dunia,
akan tetapi menempatkannya pada tempat yang betul. Positif Islam adalah
agama yang positif. Islam memberikan kesan yang positif dalam kehidupan
manusia, hubungannya dengan sesama manusia dan hubungannya dengan
Allah S.W.T akan semakin erat. Ini dapat dibuktikan dengan kehidupan
seorang muslim yang lebih tenang dan bahagia dibanding dengan orang
tidak beragama atau yang beragama lain. Seorang muslim tahu akan
kebahagiaan sebenar yang jauh dari materialistik, ia selalu merasa adanya
perlindungan dan rahmat Allah S.W.T.

Slide 44:Sesuai untuk sepanjang zaman. Setiap hukum dalam Islam


mengambil kira keadaan manusia dan memberikan keringanan bila
berhalangan. Oleh kerana itu tidak boleh dikatakan tidak sesuai dengan
perkembangan zaman, kerana fiqih Islam sebenarnya dapat menjawab
segala masalah/perkembangan baru dalam kehidupan manusia, selama
pintu ijtihad masih terbuka kepada mujtahid. Tetap dan Anjal Syari’at yang
Allah tetapkan tidak akan berubah, ini berbeza dengan undang-undang
manusia yang selalu berubah dan dipinda. Tidak ada yang kurang lengkap
atau yang salah dalam Syariat Allah, adapun yang berkembang dalam fiqih
Islam itu adalah Ijtihad, masing-masing ulama berijtihad sesuai dengan
keadaan dan perkembangan semasa, dengan syarat tidak bercanggah
dengan nas yang telah ada dalam Qur’an dan Sunnah.

Slide 45: PRINSIP DAN MATLAMAT TAMADUN ISLAM :PRINSIP DAN


MATLAMAT TAMADUN ISLAM Tamadun Islam dibina berdasarkan kepada
prinsip-prinsipnya yang luhur yang merangkumi matlamat yang jelas. Ia
menekankan kepada pembangunan hidup manusia di dunia dan
kesejahteraan hidup di akhirat. Pada umumya prinsip dan matlamat
Tamadun Islam merangkumi Pengabdian diri kepada Allah S.W.T di dalam
seluruh kegiatan hidup Berorganisasi atas asas akidah yang menjamin dari
sifat menyeleweng dan kezaliman Keagungan dan keluhuran nilai
kemanusiaan berbanding dengan nilai kebendaan Berfungsinya nilai-nilai
kemanusiaan yang menyebabkan berkembangnya sifat kemanusiaan
”manusiawi” bukan sifat ”kebinatangan” Kesucian dan keharmonian hidup
keluarga Melaksanakan tugas khilafah di bumi Allah dengan mengikut
panduan Allah S.W.T dan sentiasa memegang janji dan amanah Allah
Matlamat Tamadun Islam juga ialah untuk memartabatkan Islam sebagai AI-
Din iaitu satu cara hidup yang yang lengkap selaras dengan fitrah manusia.
Manusialah pemacu dan penggerak kepada tamadun.

Slide 46: Tamadun Islam pelihara 3 hubungan: :Tamadun Islam


pelihara 3 hubungan: Hubungan Manusia Dengan Allah Hubungan manusia
dengan Pencipta iaitu Allah S.W.T ialah beribadat mengikut prosedur yang
ditetapkan oleh Allah S,W.T dan Rasulnya Nabi Muhammad s.a.w. Ia
melibatkan hubungan antara hamba dengan Penciptanya. Hubungan
tersebut merupakan hubungan paling tinggi dan mulia dalam kehidupan
manusia, mengatasi hubungan yang wujud antara manusia sesama manusia
atau makhluk lain. Hubungan Manusia Sesama Manusia Manusia dijadikan
oleh Allah S.W.T dari asal keturunan yang satu iaitu Adam a.s. Oleh yang
demikian hubungan manusia dengan manusia yang lain adalah sebagai
sebuah keluarga yang berasal dari jiwa yang satu. Justeru dalam
perhubungan mereka seharian perlulah mengikut aturan yang telah
ditentukan oleh Allah S.W.T dalam menjamin agar tidak timbul kezaliman,
perseteruan malah hubungan yang wujud dalam setiap lapangan kehidupan
samada yang bersifat peribadi mahupun kemasyarakatan berasaskan tolong
menolong dan hormat menghormati. Ini adalah kerana masyarakat muslim
adalah masyarakat yang terbentuk berdasarkan konsep kesatuan ummah.
Ini menjadikan masyarakat Islam sebuah masyarakat yang berbentuk
sejagat, tidak bersifat perkauman, tidak bersifat kebangsaan serta tidak
terbatas dalam lingkungan sempadan geografi dan politik.

Slide 47:Bagi masyarakat muslim, hanya satu ukuran yang mendapat


tempat di sisi Allah Yang Maha Mencipta iaitu ketakwaan kepadaNya, di
samping berbuat baik kepada sesama manusia. Firman Allah dalam surah al-
Hujurat ayat 13 bermaksud : ” Wahai umat manusia, sesungguhnya Kami
telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan kami telah
menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku (puak) supaya kamu
berkenal-kenalan (dan beramah mesra anatara satu sama lain.
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih
takwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).
Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi maha mendalam
pengetahuanNya” Hubungan Manusia Dengan Alam Allah S.W.T telah
mencipta alam semesta ini untuk dinikmati oleh makhluk ciptaanNya
Manusia sebagai khalifah Allah S.W.T di muka bumi ini telah
dipertanggungjawabkan untuk memelihara alam ini. Allah S.W.T telah
memberikan panduanNya kepada manusia berhubung dengan hubungan
yang sepatutnya dengan alam. Firman Allah S.W.T dalam Surah al-A’raf ayat
56 yang bermaksud : ”Janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi setelah
Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah
kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima).
Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang berbuat
kebajikan.” Menurut Islam, manusia dan alam adalah makhluk ciptaan Allah
S.W.T namun manusia diberikan taraf lebih tinggi berbanding dengan
makhluk lain lantaran kelebihan akal dan tanggungjawab sebagai khalifah.
Manusia perlu memelihara dan memulihara alam sekitar mengikut
peraturan-peraturan Allah S.W.T atau sunnatullah.
Slide 48: MANIFESTASI DAN SIFAT-SIFAT TAMADUN ISLAM
:MANIFESTASI DAN SIFAT-SIFAT TAMADUN ISLAM Manifestasi Tamadun Islam
adalah untuk melindungi dan memelihara lima perkara yang dianggap
darurat dalam tamadun manusia iaitu :

Slide 49: Memelihara Agama :Memelihara Agama Sikap Islam;


memberikan kebebasan beragama dan tidak memaksa org lain untuk
menerima Islam. Firman Allah: “Tidak ada paksaan dalam (memasuki)
ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran dari kesesatan.
Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada
Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama)
yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar,
lagi Maha Mengetahui.: (al-Baqarah: 256) Namun apabila telah Islam, ia tidak
boleh keluar (murtad) dari agama Islam. Itu satu pengkhianatan dan jenayah
yg besar: Firman Allah: “dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling
tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir,
maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang
baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di
dalamnya (selama-lamanya). (al-Baqarah:217)

Slide 50:Islam jg memberikan kebebasan berfikir, memberi pendapat &


lain2 dan tertakluk kpd keizinan Allah dan ia boleh ditarik balik andainya ia
menggugat hak dan kepentingan manusia lain. Islam juga melalui akidahnya
membebaskan manusia dari pengabdian dan penyembahan kpd sesuatu yg
berbentuk manusia, benda, hawa nafsu, syaitan, iblis, jin, ruh dan
sebagainya.

Slide 51: Memelihara Nyawa :Memelihara Nyawa Hak menghidup dan


mematikan adalah hak Allah. Hanya Allah yg sebenar-benarnya berkuasa
menentukan hidup dan mati seseorang. Tiada sesiapa berhak mencabar hak
tersebut. Islam mengharamkan pembunuhan orang lain kecuali melalui jalan
yang hak; contoh; mempertahankan diri & hukum bunuh. Firman Allah swt: “
“Sesiapa yang membunuh orang tanpa kesalahan atau berbuat kerosakan di
bumi, maka seolah-olah ia membunuh manusia seluruhnya” (Surah al-
Maaidah: 32) Juga haram bunuh diri sendiri. Firman Allah:“ “Jangan kamu
membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah itu amat pengasih kepada kamu.
Sesiapa yang melakukan demikian itu secara ceroboh dan zalim, maka kami
(Allah) akan membakarnya dengan api neraka, yang demikian itu amat
mudah bagi Allah” (Surah al-Nisa’ : 29 &30)
Slide 52:Cara-cara Islam dalam menjaga hak-hak hidup: Kawalan kesihatan
& melawan penyakit Pengharaman perkara yg memudharatkan (dadah, arak
dll) Pengharusan setiap perkara yang bermatlamatkan kehidupan spt.
makan, minum, pakaian & sebagainya. Firman Allah swt: “Makan dan
minumlah kamu, tetapi jangan melampaui batas” (Surah al-Al-Araaf: 31).
Mengharuskan makan dan minum sesuatu yang asalnya haram dalam
keadaan dharurat.

Slide 53: Memelihara Akal Fikiran :Memelihara Akal Fikiran Pemeliharaan


akal wajib; kerana akal lambang kesempurnaan manusia berbanding
makhluk yg lain. Antara cara memelihara akal: Islam mewajibkan umatnya
menuntut ilmu bagi membentuk pemikiran.Sabda Nabi Muhammad saw:
“Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad” (HR Muslim).
Pemeliharaan Akal: Islam mengharamkan makanan & minuman yang
memabuk dan mengkhayalkan; mabuk menukarkan manusia menjadi seperti
binatang.

Slide 54: Memelihara keturunan dan kehormatan. :Memelihara


keturunan dan kehormatan. Nabi Muhammad menerangkan: “Wahai Manusia
sesungguhnya tuhan kamu satu (tunggal) dan kamu berasal daripada Adam
dan Adam berasal dari tanah”. (HR al-Bukhari & Muslim) Sabda Nabi
Muhammad saw dalam pidato terakhirnya di Padang Arafah: “Sesungguhnya
nyawa, harta dan kehormatan kamu adalah suci…”(HR Bukhari). Islam
memelihara keturunan manusia: Kawalan: Islam mensyariatkan perkahwinan
& meletakkan Undang-undangnya yg terperinci. Pencegahan: Islam
haramkan Khalwat, zina, seks bebas, luar tabii dsb.

Slide 55: Memelihara Harta Benda :Memelihara Harta Benda Kekayaan


bumi bukan milik tertentu, setiap orang berhak menurut usaha dan
kemampuannya. Firman Allah: “Allah yang telah memudahkan bagi kamu
lautan, supaya ?kamu boleh belayar padanya dengan kapal-kapal dengan ?
izinnya, dan supaya kamu mencari daripadanya ?kekayaannya, dan supaya
kamu berterima kasih, dan ia ?memudahkan bagi kamu apa-apa yang di
langit dan apa-?apa yang di bumi semuanya” (Surah al-Jaathiyah:12-13)?
Hak pegangan dipelihara dalam Islam; Rasulullah saw bersabda: Sesiapa
yang terbunuh kerana mempertahankan hartanya, maka ia mati syahid”(HR
Bukhari). Islam juga mengiktiraf hak pegangan harta org bukan Islam dlm
negara Islam dan memberi mrk kebebasan dlm bidang ekonomi sama spt hal
org Islam. Penjagaan Islam terhadap hak harta: Kawalan: Undang-undang
Ekonomi & Muamalat Islam. Pencegahan: Pengharaman Jenayah Curi &
rompak.
Slide 56: SIFAT2 TAMADUN ISLAM :SIFAT2 TAMADUN ISLAM Tamadun
Islam yg berasaskan wahyu memiliki sifat2 khusus yg menjadikan ia mampu
bertahan tanpa mengira sempadan masa dan geografi. Antara sifat tersebut:

Slide 57: 1) kesejagatan :1) kesejagatan Maksud: Tamadun Islam dapat


dikesan di mana sahaja di muka bumi tanpa sempadan geografi asalkan
menjadikan Islam sebagai al-din. Ia juga tidak terikat dengan bangsa
tertentu.

Slide 58: 2) Keterbukaan :2) Keterbukaan Maksud; Tamadun Islam dapat


menerima malah menggalakkan penerusan unsur2 baik yg terdapat pd
tamadun lain selagi tidak bertentangan dgn syariat Islam. Keterbukaan
Tamadun Islam membolehkan ia mudah diterima oleh kebanyakan manusia.

Slide 59: 3) Sepanjang Zaman :3) Sepanjang Zaman Tamadun Islam


bermula dgn turun wahyu pertama (surah al-’Alaq) kpd nabi terakhir, Nabi
Muhammad di Gua Hira’ pada 17 Ramadhan/ 6 ogos 610M. Satu2nya
tamadun yg dpt ditentukan dgn tepat tarikh kelahirannya dgn terbentuknya
Negara Islam pertama di Madinah selepas Hijrah pd tahun 622 M.Tamadun
Islam terus wujud tanpa sempadan masa. Tamadun Islam sesuai hingga Hari
Kiamat.

Slide 60: 4) Toleransi :4) Toleransi Salah satu elemen yang membolehkan
Tamadun Islam berkembang tanpa sempadan masa dan geografi adalah
sifat toleransi serta keterbukaannnya terhadap agama dan budaya lain.
Tamadun Islam berkembang ke luar dari Semenanjung Tanah Arab dan
dapat diterima dengan mudah oleh masyarakat tempatan. Ini kerana Islam
menjamin hak-hak asasi masyarakat tempatan, sama ada beragama Islam
ataupun bukan Islam. Bagi masyarakat tempatan yang menganut Islam,
mereka masih boleh terus mengamalkan budaya serta adat resam mereka
selagi tidak bertentangan dengan batasan syarak. Manakala bagi
masyarakat bukan Islam, hak-hak kemanusiaan mereka terus terpelihara,
sama ada dari sudut kebebasan beragama, berbudaya, keselamatan dan
sebagainya. Melalui sifat toleransi tersebut, keharmonian serta keamanan
dapat dikekalkan dalam masyarakat setempat.

Slide 61: 5) Kesatuan Dlm Kepelbagaian :5) Kesatuan Dlm Kepelbagaian


Akidah (keimanan kpd Allah) adalah titik tolak yg mendasari tamadun Islam.
Pelbagai penemuan, pencapaian dan perkembangan kemajuan yg sentiasa
berlaku dlm Tamadun Islam merupakan manifestasi keinginan umat Islam
memperolehi redha Allah
Slide 62: 6) Keseimbangan antara rohani & jasmani. :6) Keseimbangan
antara rohani & jasmani. Islam sentiasa mengajar umatnya agar sentiasa
wujudkan keseimbangan antara rohani & jasmani, spiritual & fizikal krn Islam
mengiktiraf kewujudan manusia dlm 2 entiti utama (roh dan jasad). Kejayaan
tamadun manusia tercapai apabila kedua entiti dpt diseimbang dan
disepadukan.

Slide 63: SUMBER TAMADUN ISLAM :SUMBER TAMADUN ISLAM Tamadun


Islam mempunyai sumber-sumbernya tersendiri yang memungkinkan ia
berkembang dan mampu memenuhi keperluan manusia.

Slide 64: (1) Al-Quran :(1) Al-Quran Sumber utama Tamadun Islam ialah
al-Quran. Kitab yang diturunkan oleh Allah S.W.T adalah suci mengandungi
nilai mukjizat yang tinggi samada dari sudut akidah, syariah, akhlak dan
moral, bahasa, persejarahan, pemikiran dan intelektual, ketamadunan,
rahsia alam semesta dan sebagainya. Ia sesuai sepanjang zaman dan
lengkap, sesuai dengan tahap manusia dan ketamadunan. Kandungannya
menggalakkan manusia berfikir untuk mencapai kesejahteraan hidup,
memberi dorongan dan semangat mereka untuk meneroka alam di segenap
bidang. Segala kegiatan dan kemajuan yang dicipta dikehendaki mengikuti
lunas-lunas yang telah ditetapkan. Merupakan kitab samawi terakhir bagi
manusia selepas turunnya Taurat, Zabur dan Injil. Merupakan wahyu dari
Allah swt. Ianya terpelihara semenjak diturunkan: Ditulis semenjak
diwahyukan; penulis-penulis Wahyu Rasulullah saw- Zaid bin Thabit, Ubai b.
Kaab, Muaz bin Jabal, Muawiyyah b. Abi Sufyan dan 4 Khulafa’ al-Rasyidin.
Dihafaz oleh para sahabat, generasi seterusnya dan hingga kini.

Slide 65: PENDEKATAN ALQURAN DLM MERUBAH M’KAT :PENDEKATAN


ALQURAN DLM MERUBAH M’KAT Al-Quran turun berperingkat selama 22
tahun -ikut keperluan -keadaan -peristiwa Dasar2 perubahan m’kat: (1)
Rabbani (2) angkat martabat manusia (3) hari pembalasan (4) persaudaraan
seluruh manusia (5) ajak lelaki wanita bangkit bersama, kerjasama &
kesaksamaan. (6) kawal 2 naluri: nyawa & zuriat, atur 2 keperluan: mulut &
seks (7) perangi jenayah (8)perpaduan Islam (ukhuwwah) (9)kewajipan jihad
(10) Negara wakil kpd gagasan menyebar fikrah ke seluruh manusia.

Slide 67: (2) Al-Sunnah :(2) Al-Sunnah Maksud: Segala yang disandarkan
kpd Rasulullah saw sama ada perkataan, perbuatan dan pengakuan(taqrir)
serta sifat kejadian, akhlak dan riwayat hidup baginda, sebelum dan sesudah
baginda dilantik menjadi Rasul. Cuma sunnah yg menjadi sandaran hukum;
sesudah menjadi rasul. Al-Quran menggariskan prinsip-prinsip asas,
kemudian dihurai dan diperincikan oleh al-Sunnah. Ia merupakan sumber
inspirasi umat Islam untuk membentuk, membangun dan mengembangkan
tamadun mereka. Sesuatu pembaharuan yang dibuat, boleh dikatakan
tamadun, tetapi tidak boleh digolongkan sebagai Tamadun Islam kalau
bertentangan dengan sumber-sumber ini. Ringkasnya, semua sudut
tamadun Islam dicorakkan di atas acuan al-Quran dan al-Sunnah. Daripada
al-Quran dan al-Sunnah dicerakinkan akidah, syariah dan akhlak untuk
dilaksanakan dalam kehidupan manusia. Pelaksanaannya ditunjukkan oleh
Rasulullah s.a.w. dan para ulama selepas baginda.

Slide 68: (3) Ijtihad :(3) Ijtihad Dalam tamadun manusia banyak
perkembangan baru berlaku . Sebahagian daripada pembaharuan itu tidak
jelas dari segi hukumnya, kerana tidak terdapat secara nyata dalam Al-
Quran dan Al-Sunnah. Oleh itu menjadi peranan ulama atau cendikiawan
Muslim untuk mengolah hukum terhadap perkara-perkara baru berdasarkan
keilmuan yang mereka miliki dengan merujuk kepada sumber Al-Quran dan
al-Sunnah.

Slide 69: SUMBANGAN TAMADUN ISLAM KEPADA PERADABAN DUNIA


:SUMBANGAN TAMADUN ISLAM KEPADA PERADABAN DUNIA Selama lapan
abad (897M-1492M) orang-orang Islam menjadi perintis dan pelopor
tamadun di Andalus (Sepanyol). Faktor-Faktor Kecemerlangan mereka di
Andalus adalah: Gesaan al-Quran dan al-Sunnah Ajaran al-Quran dan al-
Sunnah yang tertanam kukuh di jiwa umat Islam ketika itu menjadikan
mereka orang-orang yang cintakan ilmu dan berusaha mengembangkannya
kepada penduduk Andalus. Dengan kerjasama dari pemerintah telah
membina sekolah dan bandar. Kanak-kanak dari keluarga miskin diberikan
pendidikan secara percuma. Ini membangkitkan kesedaran yang tinggi
mengenai pentingnya ilmu pengetahuan kepada masyarakat Andalus yang
selama ini diabaikan dari aspek pendidikan. Umat Islam telah
mengembangkan ilmu tradisi seperti tafsir, hadis, fekah, ilmu-ilmu moden
yang mencakupi matematik, astronomi, geografi dan lain-lain. Sejarah telah
mencatatkan bahawa di bawah pemerintahan dan pentadbiran Islam, hampir
tidak ada rakyat Andalus yang buta huruf.

Slide 70:ii. Galakan Pemerintah Sepanjang pemerintahan Islam di Andalus


(711 – 1492M) fenomena naungan politik para pemerintah terhadap kegiatan
intelektual menjadi sebahagian daripada pencapaian Umat Islam di Eropah.
zaman kemuncak, iaitu 756 – 1031M setiap lapisan masyarakat
diperkenalkan dengan sistem pembelajaran yang itensif dan komprehensif
dalam semua bidang. Buku-buku dan guru-guru serta sarjana islam telah
dibawa masuk ke Andalus dan di masa yang sama pemerintah telah menaja
pelajar-pelajar untuk mendalami semua bidang ilmu yang boleh membina
masyarakat. Khalifah Abdul Rahman al-Ausat - telah membina universiti dan
menaungi ulamak dengan ganjaran yang sewajarnya dengan elaun-elaun
yang tertentu. Khalifah al-Hakam telah mengambil iniasiatif dengan
mendirikan perpustakaan dan membeli buku-buku rujukan serta
mengumpulnya dengan tujuan mempercepatkan lagi usaha pendemokrasian
ilmu di kalangan masyarakat. Beliau turut mengundang para cendikiawan
dari setiap pelusuk negara seperti Baghdad, Damsyik dan Iskandariah.
Masjid dan istana turut dijadikan tempat menyebarkan ilmu. Hampir seluruh
Andalus mempunyai pusat pengajian dan universiti, antaranya di Seville,
Granada, Toledo, Valencia dan Cordova yang muncul sebagai pusat
intelektual yang terpenting di Eropah

Slide 71:iii. Kestabilan Andalus Kestabilan politik, ekonomi dan social di


Andalus turut menjadi penyumbang kepada perkembangan ilmu
pengetahuan. Keistimewaan masyarakat Andalus yang bersifat majmuk
seperti Islam, Yahudi dan Kristian telah mewujudkan daya saing dan budaya
ilmu yang memberangsangkan. Ia juga melahirkan ulama dan ahli fekah dari
pelbagai bangsa. Pemerintah Andalus juga telah membuka ruang kepada
wanita untuk menimba ilmu dan terlibat dengan urusan intelektual. Sejarah
telah mencatatkan tidak kurang dari 100 orang wanita Andalus telah terlibat
dalam penulisan mashaf ketika itu. Selain dari orang Islam, khalifah telah
memberi pengiktiran kepada cendikiawan bukan Islam, antaranya ialah
Moses bin Maimon dan Salomón ben Gabirol dari bangsa Yahudi. Kedua-dua
mereka terdiri dari ahli falsafah dan banyak mencurahkan tenaga dalam
aktiviti penterjemahan. iv Kerjasama Para Ulama dan Cendikiawan Faktor
yang mempercepatkan perkembangan ilmu pengetahuan di Andalus ialah
kerjasama dan usaha tanpa mengenal jemu oleh para ulama dan
cendikiawan. Semasa pembukaan Andalus, para cendikiawan dan ulama
telah bersama-sama ke Andalus sebagai tentera. Mereka datang ke Andalus
bersama ilmu dan pengetahuan yang disebarkan kepada penduduk Andalus
dengan meyebarkan akidah Islam dan menyelesaikan permasalahan
mengenai syariah dan fekah.

Slide 72: PENGALIRAN ILMU KE BARAT & KEMUNCULAN TAMADUN


EROPAH :PENGALIRAN ILMU KE BARAT & KEMUNCULAN TAMADUN EROPAH
i. Peranan Orang-Orang Mozarrab Mozarrab adalah panggilan kepada
masyarakat Kristian, ia diambil dari bahasa Arab, ‘Musta’ribun’ (Orang-orang
yang diarabkan), iaitu orang-orang Kristian yang tertarik dan mengamalkan
beberapa aspek kebudayaan Arab dan Islam.
Slide 73:ii. Hubungan Diplomatik Sejarah telah mencatatkan bahawa telah
wujud hubungan diplomatik di antara negara-negara Eropah dan Andalus
lantaran sikap mereka yang berhasrat memajukan Eropah setanding dengan
Andalus, antaranya England, Perancis, Jerman dan Belanda. Mereka telah
menghantar delegasi yang terdiri dari pelajar-pelajar ke Andalus untuk
menuntut ilmu seperti sains, kesenian, pertukangan dan lain-lain. Mereka
juga telah menghantar pembesar dan putera raja mereka untuk melanjutkan
pelajaran di Andalus bagi mendalami dan mempelajari setiap aspek
kemajuan yang dimiliki oleh orang-orang Islam. Ketika itu Universiti Cordova
yang diasaskan oleh Abdul Rahman sebagai universiti yang terkemuka ketika
itu. Ia menampung bukan sahaja pelajar-pelajar Islam, malah pelajarnya juga
terdiri dari orang-orang Kristian dan Yahudi dari seluruh dunia termasuk dari
Eropah, Afrika dan Asia.

Slide 74:Aktiviti Penterjemahan Seiringan dengan kemasukan pelajar-


pelajar dari seluruh dunia, aktiviti penterjemahan semakin giat dilakukan.
Antara pusat penterjemahan yang masyhur ketika itu ialahToledo yang telah
berjaya melahirkan cendikiawan yang pakar dalam pelbagai bidang. Buku-
buku yang sering diterjemahkan meliputi bidang matematik, astronomi,
mantik, perubatan, kimia dan botani. Penterjemahan berlaku dari bahasa
Arab ke Bahasa Latin dan sebaliknya. Dengan aktiviti penterjemahan ini,
berlaku pemindahan ilmu secara aktif dan meluas.

Slide 75:Pembukaan Sicily Setelah berada di bawah kekuasaan Islam


selama 800 tahun, Sicily berperanan secara langsung dalam pemindahan
ilmu ke Eropah. Kedudukannya yang strategik, ditengah-tengah perjalanan
antara Eropah dan Afrika, mendorong ia menjadi pusat intelektual yang
penting ketika itu. Ulama Islam telah muncul di Sicily antaranya ialah
Hamzah al-Basri, seorang ahli filologi dan sasterawan dan Muhammad bin
Khurasan, seorang yang mahir dalam bidang qira’at. Tokoh-tokoh lain ialah
Abdul Haq bin Muhammad dan Ibnu Zaraf yang pakar dalam bidang llmu
Kalam, Asad bin al-Furut dalam bidang ilmu fekah.

Slide 76: TAMADUN ISLAM ERA PASCA PENJAJAHAN :TAMADUN ISLAM


ERA PASCA PENJAJAHAN Pada era kolonial Barat, banyak negara-negara
Islam yang dijajah mula mengalami kemunduran dan keruntuhan akibat
serangan dan kongkongan dari kuasa-kuasa besar dunia seperti Eropah,
Rusia, Amerika dan sebagainya. Kejatuhan dan kelemahan masyarakat Islam
adalah disebabkan oleh serangan yang kuat dari pihak kolonial di samping
ketiadaan semangat jihad di dalam jiwa masyarakat Islam serta pemimpin-
pemimpinnya. Dr. Yusuf al-Qardhawi, sarjana Islam kontemporari telah
merumuskan empat medium utama ke arah penguasaan Barat ke atas umat
Islam melalui :

Slide 77: i. Sistem Pengajaran dan Pendidikan :i. Sistem Pengajaran


dan Pendidikan Kolonial Barat menggunakan sistem pendidikan dengan
membina sekolah dan institusi pendidikan yang mengguna pakai sistem
pendidikan Barat yang menekankan kepada aspek kebudayaan Barat
dengan matlamat menjauhkan umat Islam yang dijajah, dari ajaran Islam
yang sebenar. Ziya Gokalp (1875 -1924) Bapa Nasionalisme Turki.
merupakan seorang pemuja Tamadun Barat. Berlandaskan pemikiran
sekular, beliau mengganggap agama hanya merupakan satu kepercayaan
atau ritual sahaja. Dengan itu, ilmu pengetahuan seperti psaikologi,
sosiologi, biologi, fizik, matematik tidak ada hubungan sama sekali dengan
agama.

Slide 88: ii. Akhbar dan Media Massa :ii. Akhbar dan Media Massa
Akhbar dan media massa memainkan peranan yang besar dalam penerapan
ideologi dan gaya hidup Barat kepada masyarakat Islam di negara yang
dijajah. . H. A. R. Gibb dalam bukunya yang berjudul Modern Trends In Islam
menyatakan bahawa institusi sekolah dan kolej sahaja belum cukup untuk
menyebarkan fahaman Barat, malah ia juga perlu disampaikan kepada
masyarakat umum melalui media massa

Slide 79: iii. Serangan sosial :iii. Serangan sosial Serangan sosial berlaku
secara langsung dan tidak langsung yang menyerap dalam masyarakat
Islam dan mengakibatkan rasa kekaguman yang melampau kepada cara
hidup Barat dengan mengenepikan sistem hidup Islam yang dipandang kolot
dan ketinggalan zaman. Menurut Malik Ben Nabi, aliran pengkaguman Barat
yang disebut modernist ini merupakan tiruan tanpa keaslian. Rentetan
daripada pengaruh Amerikanisasi serta Zionisasi dalam sosial, hasilnya
berleluasa budaya hedonistik di kalangan generasi Muslim. Budaya
hedonistik ialah budaya seronok di mana mereka berpegang kepada falsafah
hidup untuk menikmati keseronokan dan mereka akan memburu
keseronokan hidup dengan apa jua cara. Budaya ini berkait rapat dengan
hiburan, pornografi, dadah, seks bebas dan lain-lain.

Slide 80: iv. Pengaruh Sekularisme :iv. Pengaruh Sekularisme


Menurut sejarah, sekularisme bermula pada zaman Renaisans ketika
memuncaknya pergerakan sosial humanisme yang menonjolkan kehebatan
manusia .Pergerakan sosial ini timbul ekoran bantahan dan tentangan
terhadap fahaman keagamaan pada era zaman pertengahan. Dengan
meresapnya unsur sekularisme dalam peradaban Barat, maka wujudlah
pemisahan antara alam tabii dengan alam ghaib. Dalam hal ini, sekularisme
dikaitkan dengan pemisahan antara agama dengan kehidupan secara
keseluruhannya. Melalui proses penjajahan, sekularisme diterap masuk ke
dalam negara umat Islam dalam semua aspek hidup terutama sistem
pentadbiran dan ianya berterusan sehingga ke hari ini walaupun negara
umat Islam telahpun mencapai kemerdekaan.

Slide 81: KEBANGKITAN BARU UMAT ISLAM :KEBANGKITAN BARU UMAT


ISLAM Hasil dari penjajahan kolonial Barat, umat Islam mula menyedari
kepentingan untuk mereka kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Era
ini disebut sebagai era kebangkitan semula Islam dari seluruh aspek meliputi
aspek politik, intelektual, pendidikan, ekonomi, media dan sosial. Dalam
dunia Islam, bibit-bibit yang telah disemai oleh mujaddid dakwah dan juru
islah klasik telah memberi sumber inspirasi kepada generasi Islam di abad ke
20. Natijahnya muncullah gerakan tajdid di Asia Barat, Benua India dan
tersebar ke Afrika dan Asia Tenggara, terutamanya di Tanah Melayu.
Fenimena ini merupakan kebangkitan semula Islam untuk memperbaharui
kefahaman dan amalan Islam secara menyeluruh. Kebangkitan Islam
sehingga kini sudah menghampiri satu kurun lamanya. Ia masih jauh untuk
sampai kepada matlamatnya, iaitu menerajui kepimpinan tamadun manusia
walaupun ia mempunyai segala potensi. Menurut Sayyid Qutb, ia hanya akan
berjaya bila ia digerakkan oleh kumpulan yang penuh dengan keimanan dan
terus istiqamah. Dalam konteks ini, pentingnya arus kebangkitan Islam pada
hari ini berusaha untuk menemukan metodologi yang sesuai dan
menggabungkan seluruh potensi yang ada untuk mengajak umat Islam
untuk terus bangkit memperkasakan diri dan masyarakat dari segenap
aspek. Di samping itu arus kebangkitan ini perlulah dijalankan melalui
institusi yang mengajak kepimpinan umat Islam supaya kembali kepada
ajaran Islam dan memperkukuhkan diri untuk menghadapi cabaran semasa.
Ia juga harus mengambil kira perubahan kualiti dan kuantiti dalam
kehidupan umat islam secara menyeluruh, mendalam, teliti, kepakaran dan
analisis.

Slide 82: JIHAD DALAM ISLAM :JIHAD DALAM ISLAM Kalimah jihad secara
umumnya bermaksud setiap usaha yang memerlukan curahan tenaga dan
kekuatan demi untuk mencapai matlamat dan cita-cita mulia dan ideal untuk
menegakkan kebenaran dan kebaikan demi untuk memartabatkan Islam di
bumi Allah serta mengharapkan ganjaran dan keampunannya.
Slide 83:Jihad Nafsu (al-Jihad al-Akbar) Manusia dicipta dari dua unsur iaitu
jasmani dan rohani. Jin, iblis dan syaitan adalah musuh asli dan abadi
manusia yang pernah berlaku dalam sejarah kehidupan manusia
sebagaimana Adam a.s dan Hawa pernah termakan pujukan syaitan. Al-
Quran menerangkan secara jelas dan terperinci segala tektik dan teknik tipu
daya syaitan untuk menyesatkan manusia. Perang kemusnahan iblis dan
syaitan terhadap manusia bermatlamatkan merosakkan ketulinan akidah
dan tauhid terhadap Allah, keikhlasan ibadah dan ubudiah dan kejernihan
dan kesucian akhlak muslim. Oleh itu jihad nafsu ialah segala usaha dan
kesungguhan untuk membersihkan jiwa dan menyucikan hati dan sifat-
sifatnya yang rendah dan keji untuk diisi dengan sifat-sifat yang mulia dan
terpuji, membersihkan dan menyucikan jiwa dari kegelapan dan kekotoran
syirik untuk diisi dengan kejernihan dan sinar tauhid, membina keikhlasan
hati nurani dalam beribadah kepada Allah.

Slide 84:Jihad Ilmu dan pendidikan Umat Islam harus melihat kepentingan
ilmu dan teknologi sebagai amat releven untuk mengangkat martabatnya.
Umat Islam perlu mengarahkan maksud jihad kepada pembangunan ilmu
dan pendidikan, hidupkan budaya penyelidikan dan penerokaan kepada
bidang-bidang baru dalam dunia intelektual kini. Dalam masa yang sama
kita mampu menampilkan keunggulan ilmu-ilmu dan proses pendidikan yang
Islami supaya akhirnya umat Islam mampu bangun dengan acuannya
sendiri. Al Quran sering memaparkan tentang tradisi membaca atau ‘iqra’
bahkan ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W
menjelaskan konsep ini. Begitu juga konsep’ulul albab’ yang memberikan
fokus kepentingan ilmu dan peranan para ilmuan dalam Membangunkan
tamadun. Al Quran memberikan keutamaan berfikir berasaskan kekuatan
akal dan menginsafi berasaskan peristiwa-peristiwa dan musibah yang
terjadi dan keutamaan merenung, mengkaji dan menyelidik mengenai
hakikat kejadian alam dan hubungan dengan manusia berasaskan prinsip Al-
Quran.

Slide 85:Jihad Mempertahankan Kesucian Islam Jihad mempertahan kan


Islam dan Ummahnya dari pencerobohan musuh-musuh Islam sebagaimana
yang berlaku kepada umat Islam di Palestin yang ditindas oleh rejim Yahudi.
Isu Palestin adalah isu pencerobohan zionis terhadap kesucian Islam bumi
Palestin dan masjid al Aqsa yang di muliakan oleh Allah. Rakyat Palestin
telah mencuba berbagai cara dalam usaha untuk membebaskan bumi
Palestin dan untuk mendapatkan semula hak mereka yang telah dirampas
oleh tentera zionis Yahudi: antaranya melalui perjanjian damai, persidangan,
perundingan dengan mengikut pelan damai yang dianjurkan oleh
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Begitu juga Amerika Syarikat yang
menjadi sekutu Israel telah menabur janji untuk memberikan kekuasaan dan
sebuah negara Palestin yang merdeka juga melalui jalan buntu. Rakyat
Palestin yang telah muak dengan janji-janji kosong ini telah bangkit memilih
jalan lain untuk merungkai permasalahan yang menimpa mereka dengan
bangkit menentang, berjuang menerusi jihad memerangi tentera Israel yang
telah mencabuli hak-hak mereka, membunuh, merampas tanah orang Islam
menyeksa dan membunuh kanak-kanak, memerangi kaum lelaki,
menganyayai wanita melailui ugutan dan berbagai-bagai penderaan yang
dilakukan oleh tentera zionis tersebut. Dalam situasi begini Jihad dalam
artikata memerangi musuh Islam adalah amat wajar dan tidak boleh
dipinggirkan dengan begitu sahaja terutama dalam konsep membina
kekuatan persenjataan dan ketenteraan yang maju dan canggih.

Slide 86: KEBANGKITAN SEMULA ISLAM DAN PENERAPANNYA DI


MALAYSIA :KEBANGKITAN SEMULA ISLAM DAN PENERAPANNYA DI
MALAYSIA Gerakan kebangkitan semula Islam bertujuan mengatasi
kelemahan dalaman masyarakat Islam yang didominasi oleh kuasa penjajah
Barat sekular. Ia bermula di akhir abad ke-18 dan menjadi semakin hebat di
akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Pada tahun 70-an dan 80-an wujud
dua fenomena utama iaitu gerakan dakwah sama ada kumpulan NGO
mahupun badan-badan kerajaan juga program penerapan nilai Islam oleh
kerajaan dalam pentadbiran, perbankan, pendidikan, perundangan dan
kepenggunaan.

Slide 87: Penerapan Nilai-Nilai Islam Dalam Pentadbiran :Penerapan


Nilai-Nilai Islam Dalam Pentadbiran Penerapan nilai-nilai Islam dalam
pentadbiran di Malaysia ialah segala usaha untuk mempertingkatkan daya
produktiviti negara melalui amalan nilai-nilai amanah, rajin, bersih, tekun
serta usaha untuk menegakkan masyarakat di jalankan dengan lancar,
teratur dan efisyen sesuai dengan kehendak Islam. Pembentukan budaya
kerja yang berasaskan nilai-nilai tersebut adalah tidak bercanggah dengan
budaya bukan Islam kerana ia adalah nilai-nilai universal yang boleh diterima
oleh manusia sejagat.

Slide 88: Aplikasi Prinsip Islam Dalam Aspek Ekonomi :Aplikasi Prinsip
Islam Dalam Aspek Ekonomi Sebagai sebuah negara Islam, Malaysia telah
mengambil langkah yang wajar untuk memastikan sistem kewangan Islam
berfungsi selaras dengan prinsip-prinsip syariah yang telah digariskan oleh
al-Quran dan al-Sunnah dari segi matlamat dan operasinya. Tujuan utama
ialah untuk memenuhi keperluan umat Islam terhadap satu sistem yang
benar-benar menepati lunas syariah sebagai satu sistem kewangan yang
komprehensif serta mampu bersaing dengan sistem konvensional yang telah
wujud sekian lama.

Slide 89: Pendekatan Islam Hadhari :Pendekatan Islam Hadhari Konsep


Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Y. A. B. Perdana Menteri, Dato’ seri
Abdullah Hj. Ahmad Badawi, malah telah dijadikan dasar dalam
pembangunan negara adalah satu usaha untuk mengenengahkan Islam
sebagai satu cara hidup yang lengkap dan menyeluruh meliputi seluruh
ruang lingkup kehidupan manusia di samping mengembalikan semula
kegemilangan Islam di persada dunia. Sesungguhnya Islam berkemampuan
untuk menyelesaikan bukan hanya permasalahah di peringkat peribadi,
tetapi juga menggarap persoalan keluarga, masyarakat, negara dan ummah.
Sebab itu, semua agenda pembangunan ummah, peradaban negara dan
keutuhan bangsa perlu digarap untuk sama-sama bangkit bersama
keterbilangan Islam sebagai al-Din yang diredai Allah.

Slide 90: Visi, Misi dan Objektif Islam Hadhari :Visi, Misi dan Objektif
Islam Hadhari Visi Islam Hadhari adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara Islam contoh, iaitu sebuah negara maju mengikut acuan
sendiri. Konsepnya ialah negara yang mempunyai masyarakat membangun
dan memiliki ilmu, berkemahiran dan berketrampilan serta tergambar
sebagai golongan yang berakhlak, berbudi dan berbudaya yang berpaksikan
kepada kepercayaan agama. Misi Islam Hadhari pula ialah melaksanakan
agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan Islam
yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang. Objektif
Islam Hadhari ialah bagi melahirkan individu dan masyarakat Islam yang
mempunyai kekuatan spiritual (rohani), akhlak, intelektual, material, mampu
berdikari, berdaya saing, melihat kehadapan, inovatif serta cekap
menangani cabaran semasa serta bijaksana, rasional, praktikal dan damai.

Slide 91: PRINSIP-PRINSIP :PRINSIP-PRINSIP Keimanan Dan Ketakwaan


Kepada Allah Kerajaan Adil Dan Beramanah Rakyat Berjiwa Merdeka
Penguasaan Ilmu Pengetahuan Pembangunan Ekonomi Seimbang Dan
Komprehensif Kehidupan Berkualiti Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti Dan
Wanita Keutuhan Budaya Dan Moral Pemeliharaan Alam Semulajadi
Kekuatan Pertahanan

Anda mungkin juga menyukai