Anda di halaman 1dari 12

Kaunseling & Kepimpinan

KAUNSELING & KEPIMPINAN


Oleh : Asmawati Baharudin

PERGERTIAN KAUNSELING

Kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris "counselling" yang


boleh difahami oleh semua orang, tetapi mereka mungkin memahaminya
dalam pergertian yang berbeza. Dalam pengertian yang luas, sebenarnya
setiap orang terlibat dalam aktiviti kaunseling baik secara langsung atau tidak
langsung, terutamanya ibu bapa, guru, pemimpin agama, peguam, doktor,
jururawat dan juga semua yang terlibat dengan proses mendidik dan kebajikan
masyarakat.

Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia selalu melakukan aktiviti


rundingcara sesama mereka. Kaunseling merupakan kebolehan seseorang
menolong orang lain untuk mengatasi masalah dan mencapai kesejahteraan
hidup di dunia. Apa yang ketara kaunseling merupakan alat asas bagi
kebanyakan profesional. Secara amnya dapat dikatakan bahawa konsep
kaunseling diamalkan di dalam bidang pendidikan, perubatan, agama,
kemasyarakatan, pemulihan, perkahwinan dan keluarga.

Kaunseling sebagai satu profesion mempunyai asas yang saintifik dan objektif
daripada bidang psikologi, sosiologi, psikiatri, antropologi dan falsafah. Ia
tumbuh dan berkembang hasil daripada dapatan penyelidikan tentang
perkembangan sahsiah manusia serta teori-teori pembelajaran. Di samping itu,
ia juga berkembang daripada situasi, faktor atau keadaan yang kurang saintifik
dan kurang objektif. Ini berdasarkan kepada kepercayaan:

 Bahawa setiap individu dapat menentukan matlamat hidupnya dan


memberi makna kepada kehidupan masing-masing.
 Mengakui hakikat bahawa hidup ini penuh dengan cabaran dan
manusia bertanggungjawab terhadap arah kehidupan masing-masing.
Kaunseling merupakan proses bersemuka di antara kaunselor dan klien,
iaitu orang yang meminta pertolongan sama ada datang sendiri ataupun
dirujuk. Tujuan pertemuan itu adalah untuk mencari alternatif yang
paling sesuai bagi klien membuat keputusan menyelesaikan masalah
dirinya, di samping mengetahui baik buruk dan kekangan yang akan
dihadapi oleh klien atas keputusannya itu.

Kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri


dan situasinya. Proses ini akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan
matlamat dan nilai hidup individu itu hingga dia dapat menentukan tindakan
yang wajar untuk masa depannya. Kaunseling juga ialah proses pertemuan
interaksi bersemuka antara seorang kaunselor dengan klien yang

1
Kaunseling & Kepimpinan

mengakibatkan berlaku perubahan pada klien.

Kaunseling bukanlah bertujuan untuk menolong klien menyesuaikan diri


dengan masyarakat, tetapi ia menolong klien memahami dirinya yang sebenar
– apa kelebihan dan kekurangannya; apa yang boleh dilakukan dengan
mudah; apa yang boleh dilakukan tetapi menghadapi masalah dan apa yang
tidak boleh dilakukannya langsung.

Kaunseling dirujuk sebagai proses apabila seorang klien diberi peluang untuk
meneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan kesusahan atau
masalah baginya. Penerokaan ini akan menimbulkan kesedaran tentang diri
dan situasinya serta pilihan-pilihan yang ada padanya. Proses ini diharap akan
dapat menolong klien itu mengesan halangan-halangan dan mengenal pasti
bakat atau kebolehannya untuk hidup dengan lebih sempurna.

Kesimpulannya, kaunseling merupakan proses pertolongan. Melalui proses ini,


klien dibimbing membuat keputusan sendiri. Asas bagi proses ini ialah
perhubungan antara kaunselor dengan klien atas dasar bahawa kesan
perhubungan itu akan menyebabkan klien berubah.

TUJUAN KAUNSELING

Para profesional di bidang kaunseling dan psikoterapi mempunyai pendapat


yang berbeza tentang kaunseling dan psikoterapi. Kaunseling mempunyai dua
jenis tujuan, iaitu tujuan proses dan tujuan terakhir. Tujuan atau matlamat
proses merupakan yang ingin dicapai dalam masa yang singkat. Tujuan proses
terus melibatkan klien di dalam proses kaunseling sehingga kaunselor dan
klien bersetuju bahawa klien tidak lagi memerlukan perkhidmatan lanjut. Untuk
mencapai tujuan proses ini, pertemuan awal sangatlah penting kerana
sekiranya klien tidak merasa selamat atau tidak percaya dengan kaunselornya,
maka dia tidak akan mahu meneruskan proses dan perhubungan kaunseling
tersebut.

Tujuan terakhir mementingkan hasil atau kesan perkhidmatan kaunseling


dalam jangka masa yang panjang. Tujuan terakhir adalah perubahan atau
perkembangan yang akan dialami oleh klien hasil daripada perkhidmatan
kaunseling. Di antara konsep yang diutamakan ialah kesedaran kendiri,
penyuburan kendiri, individu yang berfungsi sepenuhnya dan kesejahteraan
kendiri. Tujuan terakhir merupakan persoalan yang dihadapi oleh manusia dan
tidak terhad kepada individu yang mempunyai masalah sahaja, bahkan
merupakan tujuan setiap manusia yang ingin hidup dengan lebih bermakna,
berfungsi dengan sepenuhnya bergerak dan dinamik.

Lima tujuan kaunseling iaitu:

2
Kaunseling & Kepimpinan

1. Menolong mengubah tingkah laku klien.


2. Menambahkan kemahiran klien mengendalikan kehidupannya sendiri,
terutama mereka yang terlalu bergantung kepada orang lain atau terlalu
bimbang dan ragu-ragu tentang dirinya.
3. Menambahkan kemahiran klien membuat keputusan pada saat-saat
penting. Klien diharapkan dapat menilai sesuatu situasi, membuat
pemilihan dengan bijaksana, tahu bagaimana dan mengapa keputusan
tertentu mesti dibuat, apakah kemungkinan akibat atau kesannya dan
sedia menghadapi sebarang risiko akibat keputusan tersebut.
4. Membaiki perhubungan klien dengan ahli-ahli masyarakatnya. Ramai
orang menghadapi masalah dalam perhubungan dengan individu-
individu lain. Masalah ini mempunyai hubungan yang rapat dengan
konsep kendiri, sama ada konsep kendiri yang rendah atau sebaliknya.
Diharapkan proses kaunseling dapat menolong klien meningkatkan
kualiti perhubungannya dengan orang lain, misalnya perhubungan
dalam keluarga, perkahwinan, rakan sebaya dan seterusnya dalam
masyarakat. Perhubungan yang berkesan meningkatkan mutu
kesejahteraan kehidupan individu.
5. Membantu perkembangan bakat klien. Kaunselor membantu klien
mengenal pasti kebolehan dan bakatnya supaya dia dapat mengambil
tindakan yang sewajarnya.

Kaunseling mementingkan perubahan yang tertentu tetapi keseluruhan


perubahan pada diri seseorang individu itu hingga menyebabkan dia merasa
sejahtera. Objektif kaunseling yang utama ialah untuk memberi inspirasi
kepada klien bagi menilai, membuat, menerima dan mengambil tindakan
terhadap pilihan atau keputusan yang dibuatnya. Bagi mereka, kaunseling
menolong klien mempelajari proses membuat keputusan, sehingga akhirnya
dia dapat membuat keputusan tanpa sentiasa mengharapkan bantuan orang
lain. Pelbagai tujuan telah diutarakan oleh mereka yang banyak pengalaman,
pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini. Satu hakikat yang nyata ialah
tujuan itu tidak sama pada semua orang. Di dalam perkembangan proses
kaunseling, tujuan bagi seseorang klien itu mungkin diubahsuai dari semasa ke
semasa. Usaha membina tujuan mestilah dianggap sebagai suatu tindakan
yang tidak kaku, statik atau tetap; dan perlu dibuat penilaian bersama oleh
klien dan kaunselor mengikut keperluan klien.

Secara umumnya, bolehlah disimpulkan bahawa kaunseling menolong


seorang klien:

 Memahami diri dan situasinya;


 Mengenal pasti keperluannya;
 Menerima realiti hidupnya;
 Membuat rancangan yang realistik untuk mengendalikan hidupnya;
 Bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya;

3
Kaunseling & Kepimpinan

 Dan seterusnya menjadi individu yang berfungsi dengan sepenuhnya.

Tujuan terakhir supaya klien bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya


sehingga menjadi individu yang berfungsi sepenuhnya tidak mungkin dapat
dicapai dalam masa yang singkat. Ia merupakan tujuan hidup setiap insan
yang inginkan kesejahteraan hidup di dunia. Walaubagaimana pun tidaklah
dapat dinafikan bahawa setiap klien dan kaunselor mempunyai tujuan-tujuan
jangka pendek yang lebih khusus yang ingin dicapai dalam masa yang singkat.

Setiap manusia mesti dilihat menurut konteks sesuatu situasi di antara diri dan
situasi yang menimbulkan masalah-masalah berkenaan, difahami bagaimana,
mengapa dan kenapa, supaya dapat diterima hakikat yang sebenar dan dapat
dibina tujuan-tujuan hidup yang lebih realistik dan lebih bermakna. Jika dilihat
dari segi ini, tujuan juga merupakan suatu proses yang dinamik, di dalam
perjalanan hidup di dunia ini yang penuh dengan cabaran dan ketidakpastian.
Masalah individu yang berhubung dengan kerunsingan, psikologi, peribadi dan
ketidaksejahteraan, kebanyakannya berpunca dari dalam diri individu itu
sendiri kerana tidak memahami diri dan situasi serta tidak mempunyai
jangkaan atau harapan yang realistik terhadap hidup. Persoalan-persoalan
asas seperti siapakah aku, dari manakah asalku, apakah tujuan hidupku,
siapakah yang menjadikan aku, untuk apakah aku dihidupkan dan
seumpamanya sepatutnya diberi perhatian yang wajar.

Diharapkan klien dapat belajar mengendalikan hidupnya sendiri daripada


pengalaman dalam proses dan perhubungan kaunseling. Dalam proses
kaunseling, klien belajar tetapi kaunselor tidak mengajar. Fungsi kaunselor
adalah sebagai ‘pemandu’ yang pada mulanya diperlukan untuk menunjuk
jalan dan menemani klien dalam perjalanannya, memahami diri dan situasinya
serta mengenal pasti keperluannya. Setelah tujuan ini tercapai, barulah fungsi
dan peranan kaunselor tercapai dengan sempurnanya. Semakin berkurangan
sehingga sampai klien tidak lagi memerlukannya kerana dia sudah dapat
meneruskan perjalanannya sendiri tanpa bantuan daripada kaunselor lagi.

PRINSIP KAUNSELING

Dalam bidang kaunseling, prinsip-prinsip harus diamalkan untuk mencapai


tujuan kaunseling. Prinsip dan ciri kaunseling adalah seperti berikut:

1. Kaunseling berkaitan dengan mempengaruhi perubahan tingkah laku


secara sukarela dengan kehendak hati klien sendiri. Klien ingin
mengubah dan berusaha mendapatkan pertolongan kaunselor untuk
mengubah tingkah lakunya.
2. Kaunselor menyediakan keadaan yang memudahkan perubahan klien.
Ini termasuklah hak individu membuat pilihan, menjadi bebas dan
berautonomi.
3. Seperti dalam semua perhubungan, terdapat batasan pada klien dalam

4
Kaunseling & Kepimpinan

kaunseling. Batasan ini ditetapkan oleh tujuan kaunseling yang


dipengaruhi oleh nilai dan falsafah kaunselor.
4. Keadaan yang memudahkan perubahan tingkah laku akan disediakan
melalui temu bual. Bukan semua jenis temu bual merupakan
kaunseling, tetapi kaunseling selalunya melibatkan temu bual.
5. Aktiviti mendengar berlaku di dalam kaunseling, tetapi bukan semua
aktiviti mendengar merupakan kaunseling.
6. Kaunselor memahami kliennya.
7. Kaunseling dijalankan dalam keadaan yang sulit dan bersendirian di
antara kaunselor dan klien. Apa yang dibincangkan di antara kaunselor
dan klien mesti dirahsiakan.
8. Klien mempunyai masalah psikologi dan kaunselor mahir bekerja
dengan klien yang mempunyai masalah psikologi.

Kaunseling harus berasaskan prinsip-prinsip berikut:

1. Pada asasnya, manusia membuat penentuan kendiri.


2. Klien harus maju ke tahap penerimaan kendiri dan pemahaman kendiri
yang lebih tinggi.
3. Klien harus mengembangkan tahap kebenaran yang lebih tinggi lagi,
khasnya kebenaran tentang dirinya sendiri.
4. Objektif-objektif kaunseling harus berdasarkan keperluan klien dan
bukan keperluan kaunselor.

Secara amnya, prinsip-prinsip kaunseling dapat diuruskan seperti berikut:

1. Kaunseling diberi kepada individu-individu normal yang sedang


menghadapi masalah atau kerunsingan.
2. Kaunseling merupakan interaksi dan perhubungan di antara kaunselor
dan klien berdasarkan kemesraan dan kepercayaan. Kepercayaan
adalah faktor penting kerahsiaan dalam kaunseling.
3. Dalam sesi kaunseling, kaunselor menolong klien membuat keputusan
dengan mempercepatkan proses membuat keputusan itu. Kaunselor
tidak membuat pilihan atau keputusan untuk klien. Hal ini akan
menimbulkan perkembangan kebolehan klien untuk membuat pilihan
atau keputusan tanpa bergantung pada kaunselor. Kaunselor menolong
klien supaya klien dapat melihat segala faktor dalam sesuatu situasi,
mengetahui kekuatan dan kelemahan sendiri, serta menjelaskan fikiran
yang kabur dan tidak rasional.
4. Orientasi kaunseling haruslah ke arah bekerjasama dan bukannya
paksaan. Kaunseling dilakukan dengan cara persetujuan bersama di
antara individu yang terlibat. Orang yang dipaksa untuk menerima
khidmat kaunseling akan memberontak dan kurang percaya pada orang
lain.
5. Kaunselor haruslah sentiasa percaya bahawa setiap individu
mempunyai kemampuan bagi kesejahteraan diri sendiri.

5
Kaunseling & Kepimpinan

6. Kaunseling hendaklah berdasarkan perlakuan, menyedari kehormatan


dan harga diri seseorang.
7. Kaunselor percaya bahawa seseorang individu itu haruslah mempunyai
peluang yang maksimum untuk memilih matlamat hidupnya masing-
masing dan cara untuk mencapai matlamat itu.
8. Kaunseling mestilah berdasarkan etika kaunseling yang baik.

KETRAMPILAN PEMIMPIN BERWIBAWA

Membentuk Kejayaan Diri

 Menganalisa mengenali diri sendiri


 Menyediakan matlamat hidup
 Mempunyai wawasan sendiri
 Mengenalpasti nilai dan prinsip dalam hidup
 Sasaran – Perancangan dan matlamat untuk menjayakan sasaran bagi
membolehkan berjaya dalam kerjaya

Mengenal diri sendiri

 Anggapan kita mengenal diri sendiri


 Diri kita dari kaca mata orang lain
 Diri kita sebenar

Tiga jenis manusia

 Mereka yang menjadikan sesuatu berlaku


 Mereka yang melihat sahaja apa yang berlaku
 Mereka yang bertanya apa yang berlaku

Penilaian diri

 Memahami diri sendiri – kekuatan/kelemahan


 Motivasi – kemahuan, semangat membara, keyakinan
 Disiplin diri – menggunakan kekuatan diri dalam mengawal diri
 Keimanan – Pedoman dan Pegangan hidup
 Keyakinan – mempercayai kebolehan sendiri
 Daya tarikan – personaliti dan imej diri
 Perasaan – kebolehan mengawal perasaan
 Sikap – Positif atau Negatif
 Tenaga- tenaga yang berterusan
 Semangat, kecergasan, kesungguhan
 Berfikir kreatif – idea/strategi baru
 Sasaran – sasaran dan standart diri sendiri
 Matlamat – Matlamat dan perancangan sebagai kompas ke arah

6
Kaunseling & Kepimpinan

kejayaan
 Pengurusan masa – Keupayaan membezakan antara keutamaan ,
segera, kepentingan, tidak penting segera.

Jenis-jenis matlamat

 Matlamat jangka panjang


Matlamat yang memerlukan beberapa bulan atau tahun untuk dicapai

 Matlamat jangka pendek


Matlamat jangka pendek yang membawa kepada implementasi
matlamat jangka panjang

Matlamat : Pendekatan "Smarter"

- Specific Spesifik
S
- Measuarable Boleh diukur
M
- Attainable Boleh dicapai
A
- Reasonable Berpatutan
R
- Time bound Jangkamasa
T
- Exciting Seronok / mengembirakan
E
- Rewarding Ganjaran
R
Prinsip pembentukan matlamat

 Matlamat mestilah matlamat anda sendiri


 Matlamat mestilah positif
 Matlamat mestilah boleh di capai dan nyata
 Matlamat mestilah ditulis
 Matlamat mestilah specifik

Mengapa tidak mempunyai matlamat

 Boleh dijangkakan
 Telah ditetapkan
 Takut kehilangan / kekalahan
 Takut kemenangan
 Pengharapan yang terlalu tinggi

7
Kaunseling & Kepimpinan

9 Fakta penting dalam mencapai matlamat anda

1. Kuasai masa anda


"Kegagalan merancang adalah Perancangan untuk gagal"
2. Keputusan di tangan anda..Jangan biarkan orang lain menghalang
anda.
"Orang lain boleh menghalang anda buat sementara TAPI hanya ada
seorang sahaja yang boleh melakukannya untuk selama-lamanya".
3. Hapuskan ketakutan.
"Jika anda takut mencuba, anda tidak akan pernah gagal. Tetapi takut
untuk mencuba membuat anda tidak akan berjaya".
4. Praktikan sikap positif
5. Gambaran minda
"Kejayaan bukan destinasi, ianya adalah perjalanan, anda perlu
gambarkan arah kemana tujuan perjalanan tersebut".
6. Bina imej diri positif
7. Capai sebarang peluang yang mendatang
"Peluang hanya datang sekali"
8. Tuliskan matlamat anda dan semaklah ia selalu
9. Ambil tindakan sekarang – Jangan cakap-cakap kosong sahaja.
"Action speak louder than words"
"1 % dari kejayaan adalah kerana bernasib baik. 99% lain adalah hasil
usaha"

Keputusan ditangan anda, jangan biarkan sesiapa menghalang anda

Langkah 1

 Jelaskan kenapa anda membuat keputusan tersebut.


 Fikirkan berapa banyak masa yang anda ada.
 Tuliskan matlamat anda dan bila ia patut dicapai.

Langkah 2

 Fikirkan tindakan yang akan diambil


 Cari maklumat yang berkaitan dengan situasi tersebut
 Senaraikan pilihan yang terbuka untuk anda

Langkah 3

 Senaraikan implikasi dan akibat dari setiap pilihan


 Hapuskan pilihan yang tidak munasabah atau tidak anda perlukan

Langkah 4

8
Kaunseling & Kepimpinan

 Ikut setiap pilihan sampai tamat


 Anda boleh mengikut lebih dari satu pilihan
 Jangan membuang masa jika anda menamui jalan buntu.

Langkah 5

 Tambah pilihan atau matlamat baru didalam tindakan anda

Langkah 6

 Bila anda telah mencapai matlamat anda tuliskan matlamat baru dan
had masa baru. Ikut langkah 2.

Langkah 7

 Bila anda telah mencapai matlamat yang terakhir, anda juga adalah
kearah mencapai kejayaan yang jitu.

Hilangkan ketakutan

Bagaimana untuk mendapatkan keyakinan diri.

Fasa 1 Kenalpasti diri anda

Langkah 1 : Bina fail kejayaan anda

Langkah 2 : Mempunyai sikap optimistik

Langkah 3 : Tukar sikap anda terhadap kegagalan

Langkah 4 : Berhenti dari menganggap kegagalan dimana-mana

Fasa 2 Ketegasan diri anda

Langkah 1 : Belajar menyatakan "TIDAK"

Langkah 2 : Bertanya

Bersikap positif

9
Kaunseling & Kepimpinan

Apa itu SIKAP

 Sikap adalah tingkahlaku yang lahir dari emosi. Ia adalah kumpulan


keterlaluan/perangagi yang ditunjukan oleh seseorang terhadap orang
lain.

 Ia merupakan komponen emosi dan salah satu perkara yang sukar di


fahami dan diurus.

Bagaimana Sikap di Perlihatkan

Perkataan yang - "Boleh saya tolong……."


digunakan "Maaf,……"

Air muka - senyum

Budi bahasa - Bersopan santun


Kurang sopan

Nada bahasa - Lembut, marah

Pembawaan diri (Imej) - Kemas, bersih

Pakaian - Kotor, bersih

Cara berjalan - Bertenaga, tak bermaya

Posture - Tegap, Bongkok


Sikap dan perhubungan manusia

Apa fungsi sikap terhadap persekitaran?

Sikap positif akan menghasilkan 3 matlamat:

 Ia akan melahirkan emosi yang positif/baik terhadap kerja dan rakan-


rakan di sekitar anda

 Ia menambahkan sifat kreatif bagi menambah produktiviti anda

 Ia memperbaiki personaliti anda dalam berhubung dengan persekitaran

10
Kaunseling & Kepimpinan

 Sikap dan sifat positif dalam pembentukan seseorang. Anda adalah apa
yang anda fikirkan. Jika anda positif kerja di anggap mustahil boleh
berjaya.

Kaedah mengubah sikap

 Tentukan dahulu samada sesuatu masalah itu berpunca dari sikap atau
faktor persekitaran. Jika berpunca dari faktor lain, usaha mengubah
sikap tidak perlu dilakukan.
 Apakah diri sendiri orang yang paling sesuai untuk melakukannya dan
apakah pengaruh yang membawa kepada perubahan?Apakah kerana
pengaruh ganjaran, kepakaran, paksaan, tauladan atau simpati?
 Nilai diri apakah komponen yang paling mempengaruhi sikap untuk
berubah? Apakah dengan mengubah persekitaran, pemikiran,
pandangan dunia, perasaan, sistem nilai, tingkah laku, dan persekitaran
untuk bertindak?
 Tentukan pendekatan yang diperlukan untuk mengubah diri samada
dengan secara langsung negatif; mengancam; mengkritik; menghina;
mengenakan dendaan dan paksaan atau secara tidak langsung;
menunjukkan tauladan silaturrahim dan perlakuan.
 Mengenal pasti rintangan rintangan yang mungkin dihadapi serta cara
mengatasinya, menentukan cara pengukuhan setelah berlaku
perubahan; galakan atau dorongan dan mengubah suai pendekatan
berasaskan kejayaan atau kegagalan.

17. Sikap

Sikap orang yang gagal


Sikap orang yang berjaya
 Cuba mengubah kelakuan orang
 Mengubah kelakuan sendiri lain
 Bekerja keras dan punya masa  Terlalu sibuk membuat apa yang
 Tahu bila mahu bersikap tegas dan patut
mengalah  Mengalah bila disoal dan
 Menghormati orang lain dan mempertahankan perkara yang
sanggup belajar dari orang lain tidak penting
 Menggunakan masa untuk maju  Tidak mahu melihat kelebihan
 Penekanan terhadap kemungkinan / orang lain cuma terhadap
(peluang) kelemahan mereka
 Menerima pendapat orang lain  Gunakan masa untuk
mengelakkan kritikan
 Penekanan terhadap masalah
 Tidak mahu menerima pendapat

11
Kaunseling & Kepimpinan

orang lain

12

Anda mungkin juga menyukai