Anda di halaman 1dari 11

METER UPAYA E 3042 / UNIT 3 / 1

OBJEKTIF

Objektif am :
Mengetahui dan memahami litar asas, prinsip
kerja dan penggunaan meter upaya jenis dawai
gelangsar .

Objektif Khusus :
Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :

Menerangkan prinsip meter upaya jenis


dawai gelangsar.

Menerangkan prinsip kerja serta cara


penentukuran bagi meter upaya jenis
dawai gelangsar.

Menyelesaikan masalah dengan


menggunakan persamaan yang berkaitan
untuk keadaan seimbang dan tidak
seimbang.
METER UPAYA E 3042 / UNIT 3 / 2

INPUT

3.0 Pengenalan

Meter upaya adalah suatu alat untuk mengukur voltan(d.g.e) dengan cara
membandingkan dengan satu nilai piawai. Pengukuran dibuat dengan
melaraskan sesentuh sehingga mencatatkan sifar. Keadaan ini dipanggil keadaan
seimbang kerana voltan susut pada dawai gelangsar adalah sama dengan voltan
piawai yang dibekalkan.

3.1 Meter Upaya Dawai Gelangsar

Meter upaya dawai gelangsar asas menggunakan konsep voltan susut pada dawai
pengalir adalah berkadar terus dengan panjang dawai pengalir yang digunakan.
Voltan susut maksima pada keseluruhan dawai pengalir berkenaan adalah
bersamaan dengan voltan bekalan yang digunakan.

Bateri kerja Reostat

Dawai gelangsar x y

K
Ex G
OP

Es

CAL
Rajah 3.1: Litar meter upaya dawai gelangsar asas.
METER UPAYA E 3042 / UNIT 3 / 3

3.2 Prinsip kendalian meter upaya dawai gelangsar asas.

Sebelum membuat sesuatu pengukuran, potentiometer hendaklah ditentukurkan


terlebih dahulu dengan satu sel piawai. Di dalam proses tentukur ini, apabila suis
litar ditutup, arus kerja akan mengalir melalui dawai gelangsar (iaitu dawai
pengalir) dan reostat. Arus ini boleh diubahkan nilainya dengan melaras reostat.

3.2.1 Cara penentukuran

a) Letak suis S pada punca CAL


b) Tekan kekunci K
c) Letakkan sesentuh pada titik X , iaitu l1 cm jauhnya dari hujung
dawai gelongsor.
d) Laraskan reostat sehingga galvanometer menunjukkan 0.Ini bermakna
voltan susut Ax ( l1 ) adalah sama dengan sel piawai ( Ex = Es ).
Dengan itu , skil voltan piawai = Es /l1 .

3.2.2 Cara mengukur Ex

a. Letakkan suis S ke punca voltan yang hendak diukur , iaitu pada


punca OP ( OPERATE ).
b. Laraskan sesentuh sehingga galvanometer menunjukkan sifar.
Andaikan sesentuh terletak pada punca y , di mana panjang dawai
gelangsar Ay = l2 .
c. Nilai voltan , Ex = Es / l1 X l2 .

3.3 Kegunaan Potentiometer

a. Mengukur voltan secara bandingan dengan nilai piawai .


b. Mengukur rintangan dengan cara perbandingan dengan perintang piawai.
c. Mengukur arus melalui pengukuran voltan pada perintang yang diketahui
nilainya.
d. Menentukur meter volt.
e. Menentukur meter ampiar.
f. Menentukur meter watt.
METER UPAYA E 3042 / UNIT 3 / 4

Contoh Pengiraan

Contoh 3.1 :

Satu potentiometer mempunyai dawai gelangsar yang panjangnya 200


cm dan rintangan keseluruhan 100 ohm. Bateri kerja ialah 3 volt dan
rintangan dalamannya boleh diabaikan. Alat ini dipiawaikan dengan
sumber voltan rujukan bernilai 1.019 volt dan sesentuh disetkan pada
101.9 cm semasa penentukuran dibuat. Kirakan:

a) Arus kerja
b) Julat pengukuran
c) Nilai pelarasan reostat.

Penyelesaian :

3V R

a b

Ex

Es

1.019 V
Rajah 3.2 :
METER UPAYA E 3042 / UNIT 3 / 5

a. Sesentuh diletakkan pada 101.9 cm.

200 cm ---------------- 100 


Oleh itu 101.9 cm -------------- Rdx = 101.9 cm X 100 
200 cm
= 50.95 
di mana , Arus kerja , I= Es
R dx
= 1.019 V = 20 mA
50.95 

b. Julat pengukuran
V ab = I kerja X R dx
= 20 mA X 100 
= 2.0 V

c. Nilai pelarasan Reostat, R


Bateri kerja = Vreos + Vab
Vreos = Bateri kerja – V ab
= 3V 2V
= 1V

Oleh itu R reos = V reos


I kerja

= 1V
20 mA
= 50 
METER UPAYA E 3042 / UNIT 3 / 6

3.4 Perlindungan Galvanometer

Berlainan dengan tetimbang wheatstone, Galvanometer disambung sesiri dengan


sel piawai di dalam potentiometer. Jika arus yang besar mengalir melalui sel
piawai (terjadi bila kutub bateri salah) galvanometer ini akan rosak. Dengan ini
satu perintang sesiri yang tinggi nilainya dipanggil perintang perlindungan
disambung untuk melindungi galvanometer dan sel piawai.

Dengan menggunakan potentiometer untuk mengukur voltan, beberapa perkara


perlu diberi perhatian :

a. Tentukan polariti mestilah betul .


b. Galvanometer mesti dilindungi dengan rintangan siri yang tinggi supaya
tidak terdedah pada arus yang tinggi.
METER UPAYA E 3042 / UNIT 3 / 7

AKTIVITI 3a

Uji kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya. Sila semak jawapan
anda pada maklumbalas di halaman berikutnya.

3.1 Lakarkan litar potentiometer asas dan terangkan cara ia


ditentukurkan.

3.2 Nyatakan dua perkara yang perlu diberi perhatian sebelum


menggunakan galvanometer.
METER UPAYA E 3042 / UNIT 3 / 8

AKTIVITI 3b

Uji kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya. Sila semak


jawapan anda pada maklumbalas di halaman berikutnya.

3.1 Suatu meter upaya asas jenis dawai gelangsar menggunakan bateri kerja
yang bernilai 6.0V. Panjang dawai gelangsar yang digunakan ialah 200
cm dan rintangan keseluruhan ialah 450 ohm. Voltan piawai di dalam
litar meter upaya ialah 1.017 V dan sesentuh berada pada skala 101.7 cm
pada dawai gelangsar semasa seimbang. Kirakan :

a. Arus kerja
b. Julat pengukuran meter upaya
c. Nilai pelarasan reostat
METER UPAYA E 3042 / UNIT 3 / 9

MAKLUM BALAS 3a

3.1 Rujuk rajah 3.1 dan input 3.1.2.

3.2 Rujuk input 3.3.

MAKLUM BALAS 3b

3.2 a. Arus kerja = 4.44 mA

b. Julat pengukuran meter upaya = 2V

c. Nilai pelarasan reostat = 900 ohm

SEMOGA
BERJAYA
METER UPAYA E 3042 / UNIT 3 / 10

PENILAIAN KENDIRI

SELAMAT MENCUBA

3.1 Terangkan penggunaan perintang perlindungan di dalam litar meter


upaya dawai gelongsor asas.

3.2 Senaraikan lima kegunaan meter upaya .

3.3 Suatu meter upaya dawai gelangsar asas menggunakan dawai


pengalir sepanjang 150 cm dan rintangan keseluruhannya 300
ohm.Bateri kerja yang digunakan bernial 4V manakala sel piawainya
bernilai 1.015V . Semasa penentukuran dilakukan sesentuh disetkan
pada skil 101.5 cm pada dawai gelangsar. Kirakan

a. Arus kerja
b. Julat pengukuran meter upaya
c. Nilai pelarasan reostat
METER UPAYA E 3042 / UNIT 3 / 11

MAKLUM BALAS PENILAIAN KENDIRI

3.1 Bertindak untuk melindungi galvanometer sekiranya berlaku lebihan


arus yang akan merosakkan galvanometer tersebut .

3.2 Rujuk input 3.2.

3.3 a. Arus kerja = 5 mA


b. Julat pengukuran meter upaya = 1.5 V
c. Nilai pelarasan reostat = 500 ohm.