Anda di halaman 1dari 13

METER ELEKTRONIK E3042 /UNIT 5/ 1

OBJEKTIF

Objektif am :
Mengetahui dan memahami prinsip
kendalian dan ciri am Meter Elektronik
Analog.

Objektif khusus :

Di akhir unit anda sepatutnya dapat :

Melukis litar skematik sebuah meter


elektronik jenis analog.

Menerangkan kendalian litar sebuah


meter elektronik analog.

Menerangkan secara teperinci mengenai


kaedah untuk mengukur voltan, voltan
puncak ke puncak dan rintangan.

Membezakan VOM jenis BJT dan FET


METER ELEKTRONIK E3042 /UNIT 5/ 2

INPUT

5.0 Pengenalan

Meter Elektronik Analog mempunyai tugas yang sama dengan meter elektrik
lazim iaitu untuk pengukuran arus, voltan dan rintangan.

Dapat digunakan untuk pengukuran yang memerlukan ketepatan yang tinggi

Menggunakan amplifier, rectifier dan litar tambahan untuk menghasilkan arus


yang berkadaran dengan kuantiti yang sedang diukur. Arus ini kemudian akan
memicu pergerakan meter.

Dapat digunakan untuk pengukuran AT dan AU.

Kebaikan meter elektronik jenis analog :

 Peka- boleh mengukur nilai yang kecil

 Galangan masukan yang tinggi

 Kuasa bateri rendah – mudah alih

 Julat yang luas

 Berkeupayaan mengukur voltan sangat rendah

 Tidak membebankan litar yang sedang diuji.


METER ELEKTRONIK E3042 /UNIT 5/ 3

5.1 Litar skematik untuk sebuah meter elektronik analog jenis BJT dan FET
Rajah 5.1 menunjukkan litar skimatik untuk sebuah meter elektronik analog
jenis BJT dan FET.

+ Vcc

Voltan julat pemilih


masukan R1 R1
AT
Q1

R2
R2
Q2 meter

pelaras
R3 kosong R3
Pelaras
ohm

Rajah 5.1 : Litar skimatik meter elektronik analog.

Kendalian litar

 Sebelum voltan yang hendak diukur dikenakan ke gate FET , Q1 dan Q2


sedang bekerja dimana arus dari Vcc mengalir melalui R1 dan tapak Q1.
Arus pengeluar Q1 pula akan melalui R2 dan R3 dan membekalkan arus
tapak Q2.

 Apabila voltan positif dikenakan ke gate FET , arus akan mengalir dan
litar mula bekerja.

 Jika voltan positif yang dikenakan ke gate FET adalah rendah, arus drain
(Id) akan meningkat kerana arus drain berkadar dengan 1/V+.

 Bila arus drain meningkat , arus pengumpul 2 (Ic2) juga akan meningkat
membuatkan arus Ib1 akan berkurang. Arus Ie1 juga berkurang, jadi arus
akan mengalirkan ke meter dan memesung pada nilai yang berkadaran
dengan voltan masukan.
METER ELEKTRONIK E3042 /UNIT 5/ 4

 Jika voltan positif yang dikenakan ke gate FET tinggi, arus drain Id akan
berkurangan, jadi arus Ic2 juga berkurangan membuatkan arus Ib1
bertambah. Arus Ic1 akan bertambah juga. Arus yang mengalir ke meter
meningkat, pesongan semakin besar iaitu berkadaran dengan voltan
masukan.

Contoh

Lakarkan simbol transistor jenis BJT dan FET

Penyelesaian

BJT - Bipolar junction transistor (dikawal oleh arus)

FET- Field effect transistor (dikawal oleh voltan)

D
G
S
METER ELEKTRONIK E3042 /UNIT 5/ 5

5.2 Pengukuran Voltan dengan VOM jenis BJT dan FET

5.2.1 Pengukuran voltan A.U

Voltan AU perlu ditukar menjadi Voltan AT , kemudian voltan AT ini


dimasukkan ke bahagian amplifier AT dan meter penunjuk.

Input AU R Keluaran ke
amplifier AT
dan meter
penunjuk.

Rajah 5.2 : Litar Pengesan voltan A.U

Biasanya meter penunjuk ditentukurkan dalam nilai Vrms.


Pesongan jarum penunjuk adalah berkadaran dengan nilai purata
gelombang masukan.

Skala pada meter penunjuk membaca nilai RMS, tetapi jarum penunjuk
beroperasi pada nilai purata.

5.2.2 Pengukuran Voltan Puncak ke Puncak.

Jika isyarat yang hendak diukur tidak simetri, contohnya isyarat berayun
dari –20 V ke 50 V, Litar pengesan puncak ke puncak diperlukan

Litar pengesan puncak ke puncak diperlukan untuk menukarkan voltan


isyarat yang diukur kepada nilai puncak ke puncak sebelum dihantar ke
bahagian amplifier AT dan meter penunjuk.

Litar pengesan puncak ke puncak

Rajah 5.3 menunjukkan litar pengesan puncak ke puncak


METER ELEKTRONIK E3042 /UNIT 5/ 6

C1 D2

V Ke bah.
D1 C2 R1 amp. AT
dan meter
penunjuk

Rajah 5.3 : Litar pengesan puncak ke puncak

Pengesan ini terdiri dari sebuah litar pencengkam positif iaitu D1 dan C1seperti yang
ditunjukkan oleh rajah 5.4 dan rajah 5.5.

_
A
Vp C1 Pada setengah kitar negatif, arus
D1 akan melalui D1 dan C1, jadi C1
akan mengecas hingga Vp
+ B

Rajah 5.4 :

A
+ C1 Pada setengah kitar positif voltan
D1 yang merentasi AB adalah 2Vp
Vp dimana C1 dan bekalan seolah-olah 2
_ bateri diletakkan sesiri.
B

Rajah 5.6 :

Oleh itu Vp akan diterusuai oleh D2. C2 akan mengecas sehingga 2Vp.
Syarat litar berfungsi adalah tempoh buang cas R1 C2 mestilah > masa isyarat
voltan masukan melengkapkan satu tempoh pusingan T (1 cycle)

5.3 Pengukuran rintangan


METER ELEKTRONIK E3042 /UNIT 5/ 7

Apabila suis fungsi diletakkan pada skala ohm, perintang yang hendak diukur ini
disambungkan sesiri dengan bateri dalaman, jadi meter ini sebenarnya mengukur
voltan susut rintangan tersebut.

Rajah 5.7 adalah litar yang berasingan , digunakan hanya untuk pengukuran
rintangan dengan julat-julat yang dikehendaki.

X100k  terminal

X10k
Ke bahagian
1.5 V X1k Vx RX amp. AT dan
meter penunjuk
X

Rajah 5.7 : Litar pengukuran rintangan dengan julat-julat yang berasingan

Kendalian litar:

 Bila perintang yang hendak diukur disambungkan ke ohm terminal, bateri


1.5 V akan mengalirkan arus melalui perintang julat yang dipilih dan
melalui perintang Rx ke bumi.

 Voltan susut Vx yang merentasi Rx akan dikenakan ke bahagian amplifier


AT dan meter penunjuk.

 Voltan susut Vx pada Rx adalah berkadaran terus dengan Rx, jadi meter
dapat ditentukurkan dalam nilai-nilai rintangan.

AKTIVITI 5a
METER ELEKTRONIK E3042 /UNIT 5/ 8

Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya. Sila semak


jawapan anda pada maklumbalas di halaman berikutnya.

5.1 Apakah yang dimaksudkan dengan meter.

5.2 Nyatakan 4 kebaikan meter elektronik analog.

5.3 Nyatakan fungsi asas amplifier

AKTIVITI 5b
METER ELEKTRONIK E3042 /UNIT 5/ 9

Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya. Sila semak


jawapan anda pada maklumbalas di halaman berikutnya

5.1 Dengan bantuan gambarajah terangkan perbezaan di antara pengukuran


voltan a.u dengan pengukuran voltan puncak ke puncak.

5.2 Lukiskan litar pencengkam positif yang diperolehi daripada litar


pengukuran voltan puncak ke puncak. Nyatakan perbezaan keluaran di
antara setengah kitar positif dan setengah kitar negatif.

MAKLUM BALAS 5a

5.1 Sesuatu instrumen yang boleh digunakan untuk mengukur

5.2 Kebaikan meter elektronik jenis analog


METER ELEKTRONIK E3042 /UNIT 5/ 10

 Peka- boleh mengukur nilai yang kecil

 Galangan masukan yang tinggi

 Kuasa bateri rendah – mudah alih

 Julat yang luas

 Berkeupayaan mengukur voltan sangat rendah

 Tidak membebankan litar yang sedang diuji.

5.3 Fungsi asas amplifier

 Meningkatkan kepekaan untuk mengerakkan arus

 Menaikkan galangan masukan meter supaya mengambil sedikit


arus daripada litar yang di uji.

 Menghadkan arus maksima yang diamplifier ke pergerakan meter

MAKLUM BALAS 5b

5.1 Rujuk rajah 5.3 dan rajah 5.4

5.2 Rujuk rajah 5.2.2a dan rajah 5.2.2b

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian
Kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.
METER ELEKTRONIK E3042 /UNIT 5/ 11

5.1 Lukiskan litar ringkas untuk pengukuran voltan puncak ke puncak.

5.2 Terangkan teknik yang digunakan untuk mengukur rintangan

5.3 Nyatakan bahagian utama meter elektronik analog

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

5.1 Litar pengesan puncak ke puncak

C1 D2
METER ELEKTRONIK E3042 /UNIT 5/ 12

Ke bah.
V amp. AT
D1 C2 R1 dan meter
penunjuk

5.2 Teknik pengukuran rintangan

 terminal
X100k
X10k
Ke bahagian
1.5 V X1k Vx RX amp. AT dan
meter penunjuk
X

Bila perintang yang hendak diukur disambungkan ke ohm terminal, bateri 1.5 V
akan mengalirkan arus melalui perintang julat yang dipilih dan melalui perintang
Rx ke bumi.

Voltan susut Vx yang merentasi Rx akan dikenakan ke bahagian amplifier AT


dan meter penunjuk.

Voltan susut Vx pada Rx adalah berkadaran terus dengan Rx, jadi meter dapat
ditentukurkan dalam nilai-nilai rintangan.

5.3. Bahagian utama

 Penguat AT
 Suis yang menghadkan nilai masukan
 Penerus
 Suis fungsi yang digunakan untuk memilih jenis pengukuran yang
dikehendaki
 Bateri dalaman.
METER ELEKTRONIK E3042 /UNIT 5/ 13