Anda di halaman 1dari 9

LITAR TETIMBANG E 3042 /UNIT 10/ 1

OBJEKTIF

Objektif am :

Mengetahui dan memahami prinsip bagi


pengukuran menggunakan tetimbang a.t.

Objektif khusus :
Diakhir unit ini anda sepatutnya dapat :

Melakar litar tetimbang mudah bagi


memperolehi persamaan

Menerangkan cara kerja titi Wheatstone.

Menerangkan penggunaan litar titi


wheatstone.

Mengira nilai galangan satu lengan yang tidak


diketahui.
LITAR TETIMBANG E 3042 /UNIT 10/ 2

INPUT

Ia bukan alat timbang dan bukan juga titi


atau jambatan. Nama sahaja yang sama
tapi alatnya berbeza.

10.0 Pengenalan

Tetimbang a.t mengandungi empat lengan rintangan iaitu R1, R2


perintang yang mempunyai nilai tetap (lengan nisbah), R3 perintang
bolehubah (lengan piawai) dan RX perintang yang tidak di ketahui
nilainya yang disambung dengan satu sel bateri dan meter Galvano yang
sensitif seperti yang ditunjukkan pada rajah 10.1.

10.1 Cara kerja Titi Wheatstone

A
I1 I2

E R1 R2

B G C
R3 RX

I3 I4
D

Rajah 10.1 : Titi Wheatstone


LITAR TETIMBANG E 3042 /UNIT 10/ 3

Dari Rajah 10.1 :

RX - Rintangan yang tidak diketahui nilainya.


R1, R2 - Perintang yang mempunyai nilai yang tetap (lengan nisbah)
R3 - Perintang bolehubah (lengan piawai)
G - Meter galvano yang berkepekaan tinggi
E - Sel bateri

Cara kerja Titi Wheatstone adalah bergantung kepada pengaliran arus


pada meter galvano. Ia dikatakan dalam keadaan seimbang apabila tidak
ada arus yang mengalir melalui meter galvano (Ig = 0) iaitu apabila :

VAC = VAB atau VDC = VDB

VDB = VDC

RX X E = R3 X E
RX + R 2 R3 + R 1

R3 ( R X + R 2 ) = RX ( R3 + R1)

R3 RX + R 3 R2 = R X R3 + R X R1

R3 R2 = R X R1

RX = R 3 R2
R1

RX = R3 X R2
R1

lengan piawai lengan nisbah


LITAR TETIMBANG E 3042 /UNIT 10/ 4

Ketepatan dan kepekaan adalah maksima apabila R1 = R2 iaitu nisbah


R2 /R1 = 1. Untuk keadaan tersebut RX = R3. Jika R3 adalah kotak
rintangan “decade” yang amat tepat, nilai RX = R3 boleh dibaca terus dari
skala kotak rintangan apabila litar dalam keadaan seimbang.

Tetapi syarat R2 / R1 = 1 akan menghadkan julat ukuran RX hanya


kepada nilai ukuran R3 sahaja. Untuk mengatasi masalah ini suis julat
digunakan. Untuk memilih nilai lengan yang berlainan. Sebagai contoh,
jika nisbah R2 / R1 = 3 nilai maksima RX yang boleh diukur adalah
RX = 3 X R3.

10.2 Kegunaan Titi Wheatstone

1. Mengukur nilai rintangan :


i. Rintangan rendah iaitu kurang dari 1
ii. Rintangan sederhana iaitu 1 < RX < 100K
iii. Rintangan tinggi iaitu lebih besar dari 100K

*Paling sesuai digunakan untuk mengukur rintangan sederhana.

2. Mengesan kerosakan litar pintas.

3. Mengesan kerosakan litar bumi.

Contoh pengiraan

Contoh 1 :
Merujuk kepada Rajah 10.1 litar tetimbang wheatstone, diberi nilai
R1 = 1.5K, R2 = 1K, R3 = 3K dan RX = 2K.
Buktikan bahawa tetimbang ini didalam keadaan seimbang.

Penyelesaian :

R1 RX = R 2 R3
1.5K (2K) = 1K (3K)
3M = 3M

Jawapan bagi kedua-dua belah persamaan adalah sama. Ini


menunjukkan tetimbang berada didalam keadaan seimbang.
LITAR TETIMBANG E 3042 /UNIT 10/ 5

Contoh 2 : Rajah 10.2 merupakan satu litar tetimbang wheatstone, dapatkan nilai
RX apabila tetimbang seimbang.

200 800

G E

750 RX

Rajah 10.2

Penyelesaian :

RX (200) = 800 (750)


RX = 800 (750)
200
= 3K
LITAR TETIMBANG E 3042 /UNIT 10/ 6

AKTIVITI 10

Uji kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya. Sila semak jawapan
anda pada maklumbalas di halaman berikutnya.

10.1 Lakarkan rajah litar


Titi Wheatstone.

10.2 Merujuk kepada litar pada rajah 10.3 , terbitkan persamaan bagi R
apabila tetimbang dalam keadaan seimbang.

P Q
E
G
R S

Rajah 10.3

10.3 Dari rajah soalan 1.2 sekiranya P = 500, Q = 750 dan


S = 1K, dapatkan nilai bagi perintang R apabila tetimbang dalam
keadaan seimbang.
LITAR TETIMBANG E 3042 /UNIT 10/ 7

MAKLUM BALAS 10

10.1 Rujuk input Rajah 10.1

10.2 Rujuk input 10.1

10.3 R = 666.67

SEMOGA BERJAYA
LITAR TETIMBANG E 3042 /UNIT 10/ 8

PENILAIAN KENDIRI

SELAMAT MENCUBA

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba soalan dalam penilaian kendiri ini
dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.

10.1 Dengan bantuan gambarajah tetimbang Wheatstone, terangkan cara


kerja
bagi tetimbang wheatstone apabila ia dalam keadaan seimbang.

10.2 Nyatakan dua syarat ketika tetimbang wheatstone seimbang.

10.3 Senaraikan tiga kegunaan tetimbang wheatstone.

10.4

X Y

Z
W

Dari rajah di atas sekiranya W = 650, Y = 250 dan


Z = 1.5K, dapatkan nilai bagi perintang X apabila tetimbang dalam
keadaan seimbang.
LITAR TETIMBANG E 3042 /UNIT 10/ 9

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

10.1 Rujuk input rajah litar 10.1 dan input 10.1.

10.2 Rujuk input 10.1.

10.3 Rujuk input 10.2

10.4 X = 108.33

Anda mungkin juga menyukai