Anda di halaman 1dari 13

KEROSAKAN KABEL E3042/ UNIT 12/ 1

OBJEKTIF

Objektif am :
Mengetahui dan memahami kerosakan kabel, langkah-langkah
serta ujian untuk menentukan kerosakan kabel.

Objektif khusus :
Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :

Menerangkan langkah-langkah yang diperlukan untuk


menentukan kerosakan kabel.

Menerangkan ujian-ujian menentukan kerosakan kabel.

Menerangkan ujian untuk mengesan lokasi kerosakan


kabel.

Menerbitkan persamaan untuk ujian gegelung Varley dan


Murray.

Menyenaraikan pengawasan yang perlu semasa mengesan


lokasi kerosakan kabel.
KEROSAKAN KABEL E3042/ UNIT 12/ 2

INPUT

12.0 Pengenalan

Kerosakan kabel adalah merujuk kepada sesuatu yang akan menyebabkan


pengaliran arus tidak dapat mengalir dengan sempurna. Iaitu ianya adalah
disebabkan oleh arus tidak dapat mengalir/tiada pengaliran arus (litar
terbuka) atau litar terpintas iaitu arus akan mengalir dengan nilai yang
sangat besar.

Apa kena dengan


kabel ni? Problem
apalah pula?
Macamana nak buat?

Terdapat tiga jenis kerosakan kabel yang sering berlaku iaitu :

i. Kerosakan litar pintas (pintas di antara teras ‘hidup’ dengan


‘neutral’).
ii. Kerosakan litar buka.
iii. Kerosakan bocor ke bumi (pintas di antara teras ‘hidup/ dengan
‘bumi’).
KEROSAKAN KABEL E3042/ UNIT 12/ 3

12.1 Langkah menentukan kerosakan kabel

Untuk menentukan kerosakan kabel, empat langkah hendaklah


dilakukan terlebih dahulu, iaitu :

1. Membuat pengujian
a) Ujian keterusan - iaitu bagi menentukan kerosakan litar
buka)
b) Ujian penebatan - iaitu untuk menentukan kerosakan litar
pintas.

2. Menjalankan ujian lokasi kerosakan dari terminal kabel.


 Bagi menentukan jarak kerosakan secara kasar dari tempat
berlakunya kerosakan dari stesyen pengujian.

3. Menjalankan ujian pengesahan titik kerosakan.


 Bagi menentukan lokasi sebenar dimana kerosakan telah
berlaku.

4. Membuat pembetulan/baikpulih pada kabel yang berkenaan.

12.1.1Alat serta ujian bagi menentukan kerosakan kabel.

Alatan tangan utama yang digunakan untuk menentukan kerosakan


kabel samada jenis kerosakan litar buka atau litar pintas ialah
meter ohm. Disamping itu beberapa pengujian boleh dijalankan
bagi menentukan kerosakan kabel tersebut. Di antaranya adalah :

1. Ujian Keterusan
2. Ujian Rintangan Penebat.
KEROSAKAN KABEL E3042/ UNIT 12/ 4

AKTIVITI 12a

Uji kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya Sila semak jawapan
anda pada maklumbalas di halaman berikutnya.

12.1 Nyatakan tiga jenis kerosakan kabel yang biasa berlaku.

12.2 Nyatakan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk menentukan


kerosakan kabel.

12.3 Berikan alatan tangan yang sering digunakan bagi menentukan kerosakan
kabel.
KEROSAKAN KABEL E3042/ UNIT 12/ 5

INPUT

Ini bukan ujian


untuk menghadapi
peperiksaan

12.2 Ujian menentukan kerosakan kabel

12.2.1 Ujian Keterusan

Merupakan ujian bagi menentukan kerosakan kabel dari jenis litar


buka. Ujian ini biasanya menggunakan satu set loceng dan bateri
atau dengan menggunakan multimeter. Antara kaedah yang
digunakan adalah seperti pada rajah di bawah :

Rajah 12.1, merupakan satu ujian terhadap kabel dalam konduit di


mana jajarannya adalah pendek. Untuk menguji kabel CC1 , satu
sambungan dibuat dari set loceng tersebut kepada C dan satu
sambungan lagi disambungkan ke hujung kabel C yang satu lagi
(C1). Sekiranya loceng berbunyi, maka kabel yang diuji berada
dalam keadaan baik dan akan ditanda dengan label C. Untuk kabel
A dan B, cara yang sama juga turut dilakukan.

Rajah 12.1 : Ujian Keterusan Kabel, jajaran pendek


KEROSAKAN KABEL E3042/ UNIT 12/ 6

Bagi Rajah 12.2, cara ini digunakan sekiranya penjajaran adalah


terlalu panjang. Bagi ketiga-tiga kabel A, B dan C, pilih satu
pasangan kabel dan katakan kabel A dan B akan disambungkan di
penguji manakala di hujung kabel yang sama (hujung jauh), akan
dipintas. Jika ujian ini menunjukkan satu litar terbuka, litar pintas
di hujung jauh akan ditukarkan kepada pasangan lain dan litar itu
akan diuji semula. Apabila bacaan yang rendah dikesan, maka
kabel akan dilabelkan dengan A1 atau B1. Kemudian, gandingkan
salah satu kabel dengan kabel yang lain (katakan A dan C), dan uji
dengan cara yang sama. Apabila bacaan adalah rendah, maka kabel
A dan C akan dicam dengan sah. Oleh itu, ketiga-tiga kabel dengan
ini dapat dilabelkan dengan jelas. Kaedah yang sama boleh
dilakukan untuk mengenal pasti kabel-kabel lain dalam jajaran
yang serupa.

Rajah 12.2 : Ujian Keterusan Kabel, jajaran panjang

12.2.2 Ujian Rintangan Penebat.

Rintangan penebatan merupakan rintangan yang diukur dalam unit


ohm antara bahagian-bahagian hidup bagi pemasangan dengan
bumi. Rintangan akan disukat menerusi penebatan yang menutupi
konduktor.

Ujian rintangan penebat pula digunakan untuk menguji samada


terdapat litar pintas serta untuk menguji ketebalan penebat pada
kabel. Antara alat untuk menguji litar pintas adalah penguji
rintangan penebatan.Dalam ujian rintangan penebatan, beberapa
ujian ke atas pemasangan perlu dibuat sebelum pemasangan
disambungkan kepada bekalan.

Menguji Voltan diperlukan bagi menguji voltan yang digunakan


untuk ujian rintangan penebatan. Sekiranya voltan yang digunakan
merupakan voltan arus terus, ia perlulah tidak kurang daripada dua
kali voltan arus terus normal dan sekiranya ia merupakan voltan
arus ulang alik, tidak kurang daripada dua kali voltan p.m.k.d
KEROSAKAN KABEL E3042/ UNIT 12/ 7

normal; tetapi tidak perlu melebihi 500 V bagi litar voltan


sederhana.

Menguji pemasangan kepada bumi merupakan ujian yang dibuat


dengan semua fius berada di tempatnya. Semua suis termasuk suis
utama ditutup. Jika diperlukan, semua lampu dan alat boleh
dikeluarkan dan boleh diuji secara berasingan. Penebatan yang
disukat ke bumi hendaklah tidak kurang daripada 1 MΩ manakala
sukatan bagi alat yang dibuat secara berasingan hendaklah tidak
kurang daripada 0.5 MΩ ke bumi dan 0.5 MΩ antara kutub atau
fasa.

Rajah 12.3 menunjukkan sambungan untuk menguji rintangan


penebatan ke bumi bagi suatu pemasangan 2-dawai yang telah siap
dengan lampu serta alatan lain yang ditanggalkan. Kabel-kabel
bagi kedua-dua kutub ke suis utama dipintalkan bersama dan
disambungkan kepada terminal ‘talian’ pada ohmmeter. Terminal
‘bumi’ bagi ohmmeter pula disambungkan kepada terminal
pembumian pengguna. Ketiga-tiga terminal bagi suis-suis dua hala
hendaklah disambungkan bersama untuk sementara waktu. Alat-
alat pemanas hendaklah diuji secara berasingan dan Rajah 12.4
menunjukkan contoh ujian yang di buat ke atas cerek elektrik.

Rajah 12.3 : Ujian Rintangan Penebatan Bagi Pemasangan Yang


Telah siap.
KEROSAKAN KABEL E3042/ UNIT 12/ 8

Rajah 12.4 : Ujian Rintangan Penebatan terhadap Cerek Elektrik

Menguji antara konduktor dibuat di antara semua konduktor yang


disambungkan kepada mana-mana satu kutub atau fasa bekalan
dan di antara semua konduktor kepada mana-mana satu kutub atau
fasa lain pada bekalan. Rintangan penebatan hendaklah tidak
kurang daripada 1 MΩ. Rajah 12.5 merupakan satu contoh ujian
rintangan penebatan antara konduktor.
KEROSAKAN KABEL E3042/ UNIT 12/ 9

Rajah 12.5 : Menguji di antara konduktor-konduktor bagi


satu pemasangan 2-dawai
KEROSAKAN KABEL E3042/ UNIT 12/ 10

AKTIVITI 12b

12.1 Dengan bantuan gambarajah, jelaskan bagaimana ujian keterusan


dijalankan bagi menentukan kerosakan kabel.

12.2 Lukiskan gambarajah litar skimetik bagi ujian rintangan penebat


bagi menentukan kerosakan kabel dan jelaskan kendaliannya.

12.3 Nyatakan ujian-ujian yang sering dijalankan bagi menentukan


kerosakan kabel.
KEROSAKAN KABEL E3042/ UNIT 12/ 11

MAKLUMBALAS 12a

12.1 Rujuk input 12.0

12.2 Rujuk imput 12.1

12.3 Rujuk input 12.1.1

MAKLUMBALAS 12b

12.1 Rujuk input 12.2.1

12.2 Rujuk input 12.2.2

12.2 Rujuk input 12.1.1

SEMOGA BERJAYA
KEROSAKAN KABEL E3042/ UNIT 12/ 12

PENILAIAN KENDIRI

SELAMAT MENCUBA

12.1 Dengan bantuan gambarajah terangkan ujian untuk menentukan kerosakan


kabel (ujian rintangan penebat).

12.2 Nyatakan perbezaan di antara ujian keterusan dengan ujian rintangan


penebat untuk menentukan kerosakan kabel.

12.3 Nyatakan alat yang sering digunakan bagi menentukan kerosakan kabel.

12.4 Terangkan jenis-jenis kerosakan yang sering berlaku terhadap kerosakan


kabel.
KEROSAKAN KABEL E3042/ UNIT 12/ 13

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

12.1 Rujuk input 12.2.2

12.2 Perbezaan - Ujian keterusan – ujian litar buka


Ujian rintangan penebat – ujian litar pintas.

12.2 Rujuk input 12.1.1

12.3 Rujuk input 12.0

Anda mungkin juga menyukai