Anda di halaman 1dari 10

Objektif

1. Mempelajari fungsi dan kegunaan turbin gas


2. Mengetahui komponen-komponen dalam turbin gas
3. Mengenali perbezaan di antara loji turbin gas kitaran terbuka dan loji turbin gas kitaran
tertutup
4. Memahami prinsip asas dalam loji turbin gas
5. Mengenali turbojet
Sejarah Turbin Gas

Turbin gas telah mula wujud pada zaman revolusi perindustrian eropah lagi. Rekabentuk
pertama turbin gas dibuat oleh John Barker seorang inggeris pada tahun 1791. Sitem turbin gas
digerakkan dengan hasil pembakaran seperti batu api, kayu dan minyak. Pemampat pada masa
itu digerakkan dengan turbin dengan menggunakan rantai roda gigi. Pada masa kini terdapat
pelbagai jenis turbin gas dan amat penting dalam industri dan juga kehidupan seharian. Turbin
gas digunakan sebagai generator, dalam mesin industry, kapal terbang dan lain-lain lagi

Gambarajah menunjukkan jenis-jenis turbin gas pada permulaannya


Loji Turbin Gas

Satu loji tenaga kuasa yang menghasilkan tenaga elektrik dengan menggunakan bahan
bakar cecair atau gas. Hasil pembakaran iaitu gas ekzos yang bertekanan tinggi kemudian
digunakan untuk memusingkan turbin. Komponen utama dalam loji turbin gas ialah
1. Pemampat
2. Rongga pembakaran
3. Turbin gas

Terdapat juga komponen yang digunakan untuk meningkatkan kecekapan loji iaitu
1. Penjana semula
2. Penyejuk antara
3. Pemanas antara

Turbin Gas terbahagi kepada dua kitaran iaitu


1. Kitaran terbuka
2. Kitaran tertutup

Gambarajah menunjukkan Turbin gas dan komponen-komponennya


Kitaran Terbuka

Apabila pendesak pada pemampat berputar, ianya akan menghasilkan vakum dan ini akan
menyebabkan udara kasa masuk ke dalam pemampat. Dengan ini, putaran yang tinggi ini akan
menyebabkan udara tadi dimampat pada satu tekanan yang sangat tinggi di dalam ruang
pembakaran. Apabila ini berlaku maka bahan api akan disemburkan ke dalam ruang pembakaran
yang mempunyai udara yang panas dan bertekanana tinggi. Punca ini boleh jadi bahan api cecair
atau gas. Ini akan menyebabkan campuran udara dan bahan api terbakar. Seperti yang kita sedia
maklum apabila dari pembakaran ini, pengembangan akan berlaku menyebabakan tekanan gas
ekzos yang sangat tingg.

Tekanan gas ini kemudiannya akan keluar kepada turbin di man gas-gas yang bertekanan
tinggi ini akan kena pada bilah-bilah turbin dan seterusnya memutarkan turbin ini dengan
kelajuan yang sangat tinggi. Gas ini kemudiannya akan keluar ke udara kasa dan dibebaskan
begitu sahaja. Oleh kerana aci pemampat dan turbin adalah sama maka gas yang menyebabkan
turbin berputar dan seterusnya menyebabkan proses ini berulang. Kuasa putaran yang
diperlukan ini akan di ambil dari aci keluaran turbin. Disebabkan putaran aci turbin gas ini
terlalu tinggi maka ianya hanya digunakan pada punca yang memerlukan putaran yang tinggi
ataupun gear penurunan atau turbin tekanan rendah digunakan pada sistemnya
Gambarajah menunjukkan aliran udara dalam turbin gas

Gambarajah skematik kitaran terbuka


Kitaran Tertutup

Seperti juga pada system turbin kitaran terbuka, system turbin tertutup mempunyai
komponen yang sama. Perbezaannya adalah dari segi pengembangan udara bagi tujuan turbin
diputarkan. Apabila turbin hendak dihidupkan maka pemampat dan turbin akan berpusing pada
kelajuan yang sama kerana dipasang pegun pada satu aci yang sama. Apabila putaran berlaku
udara yang memasuki pemampat dan seterusnyau dara termampat ini akan melalui satu pemanas.
Di sini apabila udara mengembang secara mendadak dan akan menghasilkan tekanan yang
sangat tinggi. Udara yang bersuhu dan bertekanan tinggi ini tidak terbakar dan boleh digunakan
semula.

Tekanan gas atau udara yang keluar akan menghentam bilah-bilah turbin dan seterusnya
menyebabkan turbin berputar. Setelah memutarkan turbin gas yang terkembang itu akan
memasuki penyejuk antara yang mana akan menyejukkan udara itu sebelum masuk kembali ke
dalam pemampat untuk prose ulangan. Dengan ini udara tidak akan dibebaskan ke udara kasa
dan dapat menjimatkan penggunaan bahan api. Untuk system ini terdapat juga bahan api dan
ruang pembakaran yang digunakan sekali bagi membolehkan sistemnya mudah dihidupkan dan
kemuadiaanya bekalan ini diputuskan. Gas yang terbakar pada peringkat awal itu akan
dibebaskan ke udara kasa. Ini lah yang dikatakan sebagai system tertutup yang mana system
terbuka membebaskan gas ekzos ke udara kasa manakal sistem tertutp pula tidak membebaskan
udara yang telah dikembangkan ke udara kasa.
Gambarajah skematik kitaran tertutup
Turbojet

Teknologi enjin jet boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu turbojet, turbofan,
turboprop dan turboshaft. Semua jenis enjin ini mempunyai komponen teras yang sama iaitu
enjin jet atau turbin gas. Tambahan komponen tertentu telah menjadikannya berbeza. Tambahan
komponen ini akan membezakan kuasa yang dihasilkan oleh enjin yang dipanggil daya tujahan
atau thrust.

Enjin turbojet menggunakan komponen turbin gas. Ia digunakan bagi pesawat pejuang
kerana kuasa yang dihasilkannya tinggi. Masalah bunyi bising yang dihasilkan oleh turbojet dan
juga kuasanya bergantung kepada saiz fizikal turbin gas menyebabkan para jurutera terpaksa
mengubah suai enjin turbojet kepada turbofan. Turbofan adalah enjin turbojet yang dipasang
bilah kipas lebih besar di hadapannya. Bilah kipas ini menyamai bilah-bilah lain yang terdapat
pada komponen utama turbin gas ini. Ia berada dalam sarang enjin (nacelle) apabila dipasang
pada pesawat. Enjin ini digunakan untuk pesawat komersial yang besar pada hari ini.
Di samping menghasilkan daya tujahan yang lebih besar oleh kipas di hadapannya, ia
dapat mengurangkan bunyi bising yang dihasilkan oleh enjin. Perbezaan utama antara turbojet
dan turbofan adalah bergantung kepada kuantiti udara yang disedut memasuki ke ruang turbin
gas. Jika 100 peratus udara yang disedut memasuki turbin gas, maka ia dipanggil turbojet dan
jika tidak sampai 100 peratus udara memasuki turbin gas, ia akan dipanggil turbofan. Bagi
menghasilkan enjin yang mempunyai daya tujahan yang lebih besar seperti pesawat pengangkut
tentera yang digunakan bagi mengangkut kereta kebal dan helikopter, enjin turbofan tidak boleh
digunakan lagi. Kuasa yang dihasilkan oleh enjin turbofan mungkin tidak mencukupi bagi
menerbangkan pesawat tersebut.

Untuk meningkatkan lagi daya tujahan ini, bilah kipas yang lebih panjang perlu dipasang
pada turbin gas. Bilah kipas yang dipanggil propeller ini berada di luar dari sarang enjin. Enjin
jenis ini dipanggil turboprop. Ia banyak digunakan bagi pesawat tentera seperti C-130 Hercules
dan pesawat pengangkut yang sedang dibina oleh Airbus iaitu Airbus A400M. Pesawat
penumpang kecil yang membawa kurang dari 100 penumpang juga banyak menggunakan jenis
enjin ini. Enjin jenis ini menjanjikan penjimatan bahan api dan juga tidak menghasilkan bunyi
bising. Namun kelemahan utama pesawat yang mengunakan enjin turboprop adalah ianya
terbang lebih perlahan jika dibandingkan dengan pesawat yang menggunakan turbofan. Enjin
turboshaft sering digunakan pada helikopter dan lazimnya kecil. Ia dipanggil turboshaft kerana
beberapa aci digunakan untuk menyalurkan kuasa kepada bilah helikopter.

Justeru, jenis enjin pesawat sama ada turbofan atau turboprop tidak akan menentukan
mutu keselamatan dan keselesaan pada sesuatu pesawat. Ciri-ciri ini hanya ditentukan oleh saiz
pesawat dan jenis pesawat yang digunakan. Langkah kerajaan membuka semula Lapangan
Terbang Subang bagi pesawat yang menggunakan enjin turboprop amat dialu-alukan. Dengan
cara ini ia akan dapat meningkatkan lagi mutu pengangkutan di negara kita serta mengurangkan
unsur pencemaran bunyi bagi warga yang tinggal di sekitar lapangan terbang tersebut.
Kesimpulan

Fungsi dan kegunaan turbin gas telah dipelajari. Komponen-komponen dalam turbin gas
juga telah di ketahui. Perbandingan di antara turbin gas kitaran terbuka dan loji gas kitaran
tertutup juga telah diketahui . Prinsip asas untuk kendalian turbin gas turut difahami. Secara
keseluruhannya kami dapat mengenali turbin gas dengan lebih terperinci. Kami juga dapat
mengenali prinsip turbojet dengan lebih dekat lagi. Enjin turbojet merupakan teknologi yang
menggunakan prinsip turbin gas dan menjadi tulang belakang pesawat pada hari ini.

Anda mungkin juga menyukai