Anda di halaman 1dari 8

Frasa2 Menarik

Kumpulan frasa gramatis 1:


-kita perlu mengorak langkah
-kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini
-komitmen menyeluruh agensi yang terlibat
-kongkongan yang selama ini dianggap membelenggu-
-Masalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik
-makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan
-mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu
-manifestasi kesanggupan bangsa
-manusia bukanlah `haiwan robotik yang tidak mempunyai rasa dan jiwa
-masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan
-masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi
-masalah sosial dan susila yang meruncing
-masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit
-masyarakat yang naif dengan mata kebendaan yang melalaikan
-melangkah dengan seribu kekuatan
-melontarkan soalan yang cukup penting
-melupakan cita-cita yang lebih luhur
-membangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu
-membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan
-membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah
-membetulkan ketidaktepatan fakta
-membimbing mereka memenuhi impian
-membina impian masa depan yang lebih gemilang
-membongkar kepincangan
-membuktikan sensitiviti, kepekaan dan keprihatinan mereka
-mempengaruhi minda generasi muda
-mempertahankan perasaan saling bersefahaman
-mempertingkat dan memperteguh kefahaman
-mempraktikkan elemen tolak ansur
-memudaratkan kesejahteraan rakyat
-menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung
-menaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lama
-menagih komitmen dan pengertian serius semua pihak
-menampilkan wajah baru yang disulami tekad
-menangkis tuduhan yang tidak berasas
-mencapai tahap yang mencemaskan
-mencerminkan dengan jelas akan hakikat ini
-mencerminkan generasi yang muflis dan tercabut daripada akar tradisinya
-mendapat perhatian dan liputan media massa
-mendepani masa depan yang tidak menentu
-mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang
-mendukung kebenaran yang kita sepakati
-mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni
-mengambil langkah sederap
-menghirup udara hasil kemerdekaan
-mengikut acuan sendiri
-mengundang kontroversi
-menjadi cerucuk utama pembangunan
-menjulang negara ke puncak jagat
-menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi
-menyambut gamitan menara impian
-menyebabkan imej negara tercalar
-menyediakan kursus dan latihan yang relevan
-menyembunyikan masalah utama masyarakat
-mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran
-mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan
-milineum baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran reformasi
-muafakat merupakan inti kepada perpaduan
-negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat
-nilai keinsanan yang syumul
-nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat
-pandangan pro dan kontra yang dipaparkan
-pelbagai cabaran yang bakal menghambat
-pelbagai masalah sosial sedang menghinggapi masyarakat
-pembentukan masyarakat sakinah
-pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda masa kini
-pendedahan oleh pihak media massa menghangatkan senario ini
-perlu dibaja kembali
-perubahan yang diharap masih belum menjelma
-petanda kehancuran generasi
-pewujudan masyarakat madani-propaganda negatif terhadap negara kita dapat ditepis

Kumpulan 2
kemelut kehidupan - krisis/masalah di dalam kehidupan
mentelah lagi - tambahan lagi (in addition); digunakan sebagai penanda wacana
menjadi ukurtara terhadap kemajuan ekonomi - penanda yang dapat dijadikan bukti kemajuan
ekonomi (an indication)
muat turun dari lelaman - download
taksiran harta - anggaran/jumlah harta yang dipunyai
bersekongkol dengan kumpulan ekstremis - bersubahat/berkomplot dengan orang jahat
menyelongkar rahsia - membongkar/mencari
tinjauan secara rambang - 'survey' secara agak-agak
jaringan kerjasama - 'networking'

Kumpulan 3
hidup di luar kemampuan
-mengundang pelbagai masalah/persoalan
-agensi penguat kuasa
-mencemarkan imej
-amaln x sihat
-berperanan lebih proaktif
-perhatian dan pemantauan
-budaya dan amalan harian
-menyuntik semangat
-wadah berkesan untuk mendidik
-menggembleng tenaga dan sumber
-pengisian jiwa dan minda
-menjadi benteng tenaga dalam memerangi
-platform
-pembentukan insan
-ketulusan dan keazaman
-petanda jelas
-meracuni masa dpn
-era globalisasi
-nadi kehidupan
-komunikasi bermakna
-secara holistik
-pendidikan dan pembangunan moral
-merangsang tenaga intelektual
-usaha membina tamadun bangsa
-merosakkn moral
-menempa kejayaan
-meningkatkan kesedaran masyarakat
-elemen
-relevan
-tuntutan pemodenan
-menjadi cerucuk utama pembangunan
-instrumen perpaduan
-zaman muasir ini (sekarang)
-hamba teknologi

Pengenalan
1)Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia
ini tentang isu…
2)Fenomena yang terjadi ini pasti ada sebab munasabahnya kerana kalau angina tidak bertiup,
masakan pokok bergoyang?
3)Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini
menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat.
4)Mendapat perhatian dan liputan media massa
5)Dewasa ini kita diterjah oleh pelbagai masalah.
6)Kes…yang kian meningkat kini ibarat cendawan tumbuh selepas hujan menyebabkan
masyarakat diselubungi kekhuatiran ibarat cacing kepanasan.
7)Dalam kerancakan penduduk jagatraya menari bersama baying-bayang pemodenan, kerajaan
diumpamakan jantung sesebuah negara.

Penutup
1)Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni,
insyaAllah perkara ini akan…
2)Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020 yang sering diaur-aurkan oleh mantan Perdana
Menteri kita, Dr Mahathir Mohamad, marilah kita bersama-sama….
3)Dengan keizinan Tuhan yang Maha Esa, kita yakin dan percaya bahawa…
4)Biarlah matahari terus bersinar, biarlah pepohon terus menghijau dan biarlah Malaysis terus
gemilang.

Langkah
1)Tiada penyakit yang tiada penawarnya, maka langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik
harus dijalankan secara berterusan berpaksikan prinsip 'di mana ada kemahuan, di situlah ada
jalannya' agar masalah ini dapat dibasmi hingga ke akar umbinya
2)Pelbagai uslub dan minhaj perlu dilaksanakan untuk membasmi masalah sosial ini.
3)Nasihat kepada golongan ini biasanya disia-siakan begitu sahaja seperti “mencurah air ke daun
keladi”, “bagai hujan jatuh ke pasir”.
4)Satu bentuk penguatkuasaan yang tegas dan terancang perlu dipercepat pelaksanaanya
sebelum cacing naik ke mata.
5)Langkah yang paling mujarab ialah…
6)Jangan membiarkan masalah ini menjadi duri dalam daging dan terus bernanah dalam
masyarakat.
7)Pelbagai prakarsa yang drastik dan efektif hendaklah diusahakan agar tidak sudah terhantuk
baru terngadah
8)Usaha untuk membasmi kemiskinan yang telah lama membelenggu kehidupan golongan yang
hidup merana ini hendaklah diperhebat kerana berat mata memandang, berat lagi bahu yang
memikul.
9)Untuk membendung masalah ini, segenap lapisan masyarakat sayugialah bersinergi bagai aur
dengan tebing dan janganlah sekali-kali bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-
masing.
10)Untuk merealisasikan matlamat ini, kita hendaklah menggembleng tenaga bagai aur dengan
tebing, dan janganlah sekali-kali bernafsi-nafsi bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing.

Lain-lain
1)Remaja pada hari inilah yang bakal menerajui tampuk pimpinan negara.
2)Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.
3)Selain dapat mencungkil bakat baharu dalam bidang sukan, semangat perpaduan dalam
kalangan peserta berbilang kaum dapat diperkukuh, bak kata pepatah “ sambil menyelam minum
air”
4)Remaja(anak-anak) yang umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang
5)akan mudah tergelincir daripada landasan keimanan( adalah mudah diajar dan mereka akan
mengikut apa sahaja yang diajar oleh ibu bapa mereka)[ mudah terpengaruh oleh rakan sebaya
yang mengheret mereka ke lembah jenayah]
6)Mantan Perdanan Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah mengaskan bahawa sekolah
atau
7)alma mater merupakan kilang yang menghasilkan produk modal insan untuk menghadapi
pasaran kerja yang mencabar. Oleh sebab itu, guru berperanan signifikan memastikan produk
tersebut benar-benar berkualiti dan dapat memenuhi permintaan dalam kitaran ekonomi yang
tidak begitu berpusing ligat.
8)Senario yang semakin keruh ini dapat dijernihkan lagi dengan…..
9)Guru ibarat lilin yang membakar dirinya, tidak pernah mengenal erti penat dan jemu
memberikan ajaran secukupnya kepada anak bangsanya. Tanpa mereka siapalah kita. Guru
turut memainkan peranan yang signifikan….
10)Pendapat hasil diskusi kesan = impak
11)Memandang enteng langkah = inisiatif

1. Bahasa Jiwa Bangsa


2. Bangsa Membaca Bangsa Berjaya
3. Budi Bahasa Budaya Kita
4. Belia Benci Dadah
5. Bersih Cekap Amanah
6. Bersekutu Bertambah Mutu
7. Belilah Barangan Buatan Malaysia
8. Biar Lambat Asalkan Selamat
9. Cegah Sebelum Parah
10. Cemerlang, Gemilang, Terbilang
11. Dadah Musuh Negara
12. Filem Kita Wajah Kita
13. Fikir Dahulu Sebelum Buang
13. Generasi Muda Wawasan Bangsa
14. Generasi Muda Peneraju Wawasan
15. Guru Cemerlang, Pelajar Gemilang, Negara Terbilang
16. Guru Pembina Negara Bangsa
17. Indah Budi Kerana Bahasa
18. Kepimpinan Melalui Teladan
19. Keranamu Malaysia
20. Malaysia Boleh
21. Membaca Jambatan Ilmu
22. Membaca Sepanjang Hayat
23. Rumahku Syurgaku
24. Remaja Penggerak Wawasan
25. Satu Malaysia
26. Semakin Hari Semakin Sayang
27. Sihat Sepanjang Hayat
28. Sayangilah Sungai Kita
29. Tak Nak Merokok
30. Utamakan Kesihatan

All 'm' frasa menarik

* memiliki iltizam yang tinggi


* memiliki jati diri yang unggul
* mempunyai keterampilan sendiri
* mempunyai pegangan agama yang mantap
* memiliki prakarsa untuk melakukan perubahan
* menempuh arus globalisasi
* menjana pertumbuhan ekonomi
* mengasah daya kepimpinan
* mengukuhkan keutuhan perpaduan bangsa Malaysia
* memiliki ketahanan diri yang ampuh untuk menghadapi dugaan dan cabaran
* menerjah kecemerlangan
* menggarap pengetahuan
* memberikan nafas baharu
* membentuk personaliti unggul dan hala tuju kehidupan
* menjana kehebatan bakat dan kreativiti
* menyuburkan amalan nilai murni
* menyemai kesantunan budi pekerti
* menyemai rasa tanggungjawab dalam kalangan generasi muda
* menjalinkan kemesraan dan ikatan kasih sayang
* mengeratkan jalinan semangat kejiranan
* menyimpulkan ikatan sosial
* membina kecemerlangan sahsiah
* menjadi pemangkin kemajuan negara
* menguasai fikiran dan mengawal minda
* mematangkan minda masyarakat
* merealisasikan impian, harapan dan cita-cita
* membicarakan impian dan harapan
* menjayakan misi dan visi
* meneruskan kelangsungan hidup
* mewarisi tampuk kepimpinan
* menjayakan agenda kerajaan
* memerlukan revolusi sikap
* melipatgandakan usaha dan memperlihatkan komitmen berterusan
* media arus perdana
* menguasai dada akhbar
* mengurangkan jurang digital
* mengundang padah
* masih berada di takuk lama
* masih terbelenggu dengan pemikiran negatif
* meniti perjalanan kehidupan yang penuh dengan ranjau dan dugaan
HURUF-HURUF LAIN, SELAIN HURUF "m".

* anjakan paradigma
* akal yang sihat
* bertindak rakus terhadap alam sekitar
* benteng ampuh bagi menghadapi gelombang perubahan
* benteng ampuh bagi menangani cabaran musim remaja
* bergelut dengan pelbagai permasalahan
* didominasi oleh nafsu
* dipandu oleh ajaran agama yang luhur
* formula ampuh membina perpaduan kaum
* hingga ke titisan darah terakhir
* hingga ke akhir hayat
* impak baik dan kesan buruk
* impak sampingan yang tidak terperi
* kemiskinan maklumat
* sesawang negatif
* tepu dengan keghairahan
* teras kemajuan ummah
* teras kemajuan arena pendidikan
* teras pembangunan negara
* tanggungjawab penting untuk dilunaskan, demi melahirkan insan berkualiti

ADA ZAMAN MODEN

* pada era globalisasi


* pada era globalisasi yang semakin mencabar
* pada era dunia tanpa sempadan
* pada era siber
* pada era teknologi maklumat
* pada alaf baharu
* pada alaf baharu yang kian sarat dengan pelbagai cabaran

REMAJA

* anak-anak belasan tahun


* anak-anak belasan tahun yang gigih berjuang di medan ilmu
* pelajar-pelajar
* para belia
* generasi muda
* generasi muda yang masih mentah mengharungi ranjau kehidupan
* generasi pascamerdeka
* generasi pewaris kepimpinan negara
* pemuda pemudi harapan bangsa
* putera puteri harapan bangsa
* putera puteri pewaris kepimpinan negara

MASALAH SOSIAL

* kes-kes jenayah
* gejala negatif
* gejala maksiat yang kian berleluasa
* perangkap maksiat
* perangkap maksiat yang tidak mengenal mangsa
* perlakuan antisosial
* perlakuan yang batil
* perlakuan yang bertentangan dengan ajaran agama
* terjebak dalam kegiatan negatif yang menjejaskan kejayaan masa hadapan
* terjebak dalam kegiatan negatif yang menjatuhkan maruah keluarga

MASALAH YANG KIAN MENINGKAT

* masalah yang semakin meningkat tahun demi tahun


* masalah yang semakin berleluasa saban tahun
* masalah yang kian kronik
* masalah yang kian serius
* masalah yang membimbangkan pelbagai pihak
* masalah yang mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pemimpin dan masyarakat
* masalah yang menggusarkan pemikiran ibu bapa
* masalah yang menggusarkan pemikiran pelbagai pihak
* masalah yang menuntut penyelesaian segera

BEKERJASAMA

* bekerjasama "bagai aur dengan tebing" untuk ....


* bekerjasama untuk mengatasi masalah yang kian membimbangkan
* berganding bahu mencari jalan penyelesaian bagi menangani masalah ....
* bergabung tenaga untuk mengatasi ....
* melipatgandakan usaha untuk ....
* pelbagai langkah perlu diambil untuk ....
* pelbagai langkah proaktif perlu digerakkan dengan berkesan demi ....
* pelbagai tindakan drastik perlu diambil untuk ....
* situasi ..... perlu ditangani dengan bijak agar ....

Frasa2 menarik

1.Memanifestasikan fikiran - Menggunakan idea dengan sebaik-baiknya


2.Menukilkan kata-kata - Menulis / bercakap sesuatu
3.Memberikan impak - Mengakibatkan / menyebabkan
4.Rentetan senario itu - Selepas fenomena itu
5.Jika ditelusuri - Jika dikaji secara mendalam
6.Penyalur ilmu - Pemberi banyak pengetahuan
7.Alaf baharu - Masa terkini
8.Mutakhir ini - Pada masa kini
9.Seantero dunia - Seluruh dunia
10.Menikam sanubari - Merosakkan perasaan
11.Meluaskan horizon pemikiran - Meluaskan pandangan / pemikiran
12.Menggabungjalinkan elemen - Menggunakan pelbagai aspek
13.Merangsang ekonomi - Mengaktifkan proses jual beli
14.Lebih intelektual dan berketerampilan - Lebih bijak dan berkebolehan
15.Bitara - Tiada tandingan / eksklusif / hanya satu-satunya
16.Simbiosis - Dua benda yang saling berkaitan
17.Masih bermain dengan fantasi - Berkhayal / bermenung / tidak berfikiran matang
18.Mendabik dada - Kesombongan akibat kejayaan / keangkuhan
19.Mengkodifikasikan undang-undang - Menyelaras undang-undang / peraturan
20.Kestabilan spiritual dan fizikal - Keseimbangan rohani dan jasmani
21.Mekanisme kawalan - Alat / aspek yang mengawal sesuatu
22.Pandangan sarwa - Pemikiran biasa / umum
23.Anjakan paradigma - Perubahan demi kemajuan atau kebaikan
24.Relevan dengan kehendak zaman - Diterima dengan perubahan dari semasa ke semasa
25.Landasan berfikir - Cara berfikir
26.Masyarakat konvensional - Masyarakat umum / biasa
27.Mengaibkan diri - Memalukan diri
28.Alma mater - Sekolah / universiti / tempat pelajar
29.Kemapanan fikiran - Keteguhan cara berfikir
30.Alpukah - Daya usaha / inisiatif
31.Bacul - Tidak bersemangat
32.Badai kehidupan - Cabaran hidup
33.Inteligensia - Kumpulan manusia yang pandai
34.Berkongkalikung - Bersepakat
35.Bukti yang konklusif - Bukti yang kukuh
36.Praja - Kota / negeri
37.Prakarsa - Inisiatif / daya usaha
38.pramusaji - Pelayan tetamu di restoran
39.Rutin harian - Kerja yang biasa dilakukan dan sehari-hari
40.Nawaitu diri - Keinginan diri
41.Narsisistik - Terlalu memuji diri sendiri
42.privasi - Keadaan atau suasana bersendiri tanpa sebarang gangguan
43.Portfolio menteri - Tugas menteri
44.Pentas siasah - Dunia politik
45.Polemik - Bahas / debat / konflik
46.Melikwidasikan - Membubarkan / memansuhkan
47.Linglung - Hilang ingatan
48.Falah - Kejayaan / kemenangan
49.interpretasi - Tafsiran / penjelasan
50.bersilengah - Bersikap tidak tahu