Anda di halaman 1dari 223

AHLI PANEL

GEOGRAFI KERTAS 1 STPM


(Alam Sekitar Fizikal)

PANEL SEKOLAH
PUAN ROSNAH BINTI SMK ALOR AKAR, KUANTAN
SALLEH (K)
ENCIK CHEK ZAINON BIN SMK KUALA LANAR, KUALA
SHAFIE LIPIS
ENCIK SHUKRI BIN SMK JENGKA 2, BANDAR
SULAIMAN JENGKA
PUAN SHAHRIZAN BINTI SMK (A) TAHAP, JERANTUT
KAWI

GEOGRAFI KERTAS 2 STPM


(Alam Sekitar Manusia)

PANEL SEKOLAH
ENCIK RUSLY BIN MUSA SMK JENGKA 21, BANDAR
(K) JENGKA
ENCIK SUKI BIN HASSAN SMK TEMIN, JERANTUT
ENCIK HAMRI BIN SALLEH SMK MUADZAM SHAH, ROMPIN
PUAN SARIMAH BT DARUS SMK SULAIMAN, BENTONG
ISI KANDUNGAN
PERKARA
MUKASURAT

Selayang Pandang i
Format Kertas Peperiksaan Geografi STPM mulai 2007 ii
Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Geografi STPM iii
Cadangan Strategi Pengajaran – Pembelajaran Geografi STPM iv
Skala Perbincangan dan Sumber Pengajaran – Pembelajaran v

GEOGRAFI KERTAS 1 (Alam Sekitar Fizikal)

TEMA/TAJUK DAN SUB TAJUK MUKASU


RAT

TEMA 1: SISTEM BUMI

1.1 Kedudukan bumi dalam sistem suria.


1.2 Tenaga : Konsep, jenis dan punca tenaga.

TEMA 2: SISTEM GEOMORFOLOGI

2.1 Teori Hanyutan Benua


2.2 Jenis, proses dan faktor yang mempengaruhi luluhawa
2.3 Jenis, cara dan faktor yang mempengaruhi hakisan sungai
2.4 Cara, faktor dan bentuk bumi pemendapan di zon pinggir pantai.
2.5 Kemahiran amali sistem geomorfologi : Profil rentas muka bumi.

TEMA 3: SISTEM ATMOSFERA

3.1 Taburan suhu secara menegak dan mendatar serta faktor yang
mempengaruhinya.
3.2 Perubahan iklim: Pemanasan global, faktor yang mempengaruhi
dan kesan-kesanya.
3.3 Mikro iklim bandar: Fenomena jerebu, fakor yang
mempengaruhi dan kesan-kesannya.
3.4 Kemahiran amali sistem atmosfera: Rajah tiupan angin.
3.5 Kemahiran amali sistem atmosfera: Mengira julat suhu, melukis
graf garisan dan mentafsirkanya.

TEMA 4: SISTEM HIDROLOGI

4.1 Proses menegak dan mendatar dalam kitar hidrologi.


4.2 Proses edaran air tanih
4.3 Imbangan air positif dan negatif serta faktor yang
mempengaruhinya
4.4 Kepentingan air dan kesan gangguan imbangan air kepada
manusia.
4.5 Kemahiran amali sistem hidrologi: Melukis dan mentafsir graf
imbangan air.

TEMA 5: SISTEM EKOLOGI

5.1 Ekosistem: Konsep, komponen, dan jenis ekosistem.


5.2 Rantaian dan siratan makanan dalam ekosistem hutan paya bakau
5.3 Kepentingan ekosistem hutan kepada alam sekitar fizikal dan
manusia.

TEMA 6: SALING KEBERGANTUNGAN SISTEM

6.1 Saling bergantung sesama sistem fizikal.


6.2 Pengekalan, pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar fizikal.

TEMA 7: KAJIAN LUAR GEOGRAFI 1 (Alam Sekitar


Fizikal)

7.1 Prosedur menjalankan kajian luar Geografi Kertas 1.


7.2 Skop dan tajuk kajian luar Geografi Kertas 1
7.3 Contoh-contoh kajian luar yang dijalankan.
GEOGRAFI KERTAS 2 (Alam Sekitar Manusia)

TEMA/TAJUK DAN SUB TAJUK MUKASU


RAT

TEMA 1: PENDUDUK

1.1 Taburan penduduk: Faktor yang mempengaruhi


ketidakseimbangan taburan penduduk dan kesan-kesannya.
1.2 Pertumbuhan penduduk: Trend, proses dan faktor yang
mempengaruhinya
1.3 Kesan pertumbuhan dan tumpuan penduduk terhadap alam sekitar.
1.4 Migrasi: Konsep, pola dan faktor yang mempengaruhi migrasi
dalaman.
1.5 Kemahiran amali penduduk: Membina dan mentafsir graf garis
pertumbuhan penduduk.

TEMA 2: PEMBANGUNAN EKONOMI DAN IMPAK


ALAM SEKITAR

2.1 Sektor pertanian: Jenis, faktor, kepentingan dan kesan aktiviti


pertanian terhadap alam sekitar.
2.2 Sektor perindustrian: Jenis, faktor, kepentingan dan kesan aktiviti
perindustrian terhadap alam sekitar.
2.3 Sektor tertier: Sektor pelancongan – faktor, kepentingan dan
langkah memajukan sektor pelancongan.
2.4 Kemahiran amali : Membina dan mentafsir graf bar
kompaun/komponen.
2.5 Kemahiran amali: Membina dan mentafsir carta pai/rajah bulatan
berbahagi.

TEMA 3: TRANSFORMASI DESA DAN


PEMBANDARAN

3.1 Konsep transformasi desa, dasar dan strategi pembangunan desa di


Malaysia.
3.2 Bandar dan pembandaran: Konsep, faktor dan perkembangan
pembandaran.
3.3 Kesan transformasi desa terhadap penduduk dan alam sekitar.
3.4 Kemahiran amali: Membina dan mentafsir peta koroplet.

TEMA 4: GLOBALISASI EKONOMI DAN KERJASAMA


SERANTAU

4.1 Globalisasi ekonomi : Saling bergantung antara kawasan.


4.2 Kerjasama serantau: Pertumbuhan segitiga ASEAN.
4.3 Kemahiran Amali: Membina dan mentafsir graf bar cermin.

TEMA 5: IMPAK ALAM SEKITAR DAN


PENGURUSANNYA.

5.1 Impak aktiviti manusia terhadap alam sekitar – punca dan


kesannya.
5.2 Pengurusan alam sekitar: Prinsip-prinsip pembangunan lestari.

TEMA 6: KAJIAN LUAR GEOGRAFI 2 (Alam Sekitar


Manusia)

7.4 Prosedur menjalankan kajian luar Geografi Kertas 2.


7.5 Skop dan tajuk kajian luar Geografi Kertas 2
7.6 Contoh-contoh kajian luar yang dijalankan.
SELAYANG PANDANG
Syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya kami berjaya menghasilkan
modul ini yang bertajuk “Modul Pengajaran dan Pembelajaran Cemerlang Geografi
STPM ” yang berasaskan kepada sukatan baru yang akan diguna pakai mulai tahun 2006.
Modul ini ditulis khusus untuk panduan guru dan pelajar tingkatan enam yang mengambil
matapelajaran Geografi di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Sebagai panel, kami menyedari bahawa ketiadaan panduan yang khusus untuk ”guru mengajar
dan murid belajar” pasti akan menyukarkan mereka untuk menguasai matapelajaran ini. Justeru
itu kami terpanggil untuk menyambut inisiatif yang digerakan oleh ”Unit Penyeliaan
Sekolah Menengah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Pahang”
yang telah mengabungjalinkan tenaga pakar geografi di peringkat negeri bagi menghasilkan
modul tersebut.

Modul ini dibahagikan mengikut kertas 1 dan 2 yang kandungannya meliputi semua tema di
dalam sukatan baru Geografi STPM yang akan dilaksanakan pada tahun 2006. Geografi kertas 1
dibahagikan kepada 7 tema iaitu; tema 1 ialah berkaitan dengan sistem bumi, tema 2 sistem
geomorfologi, tema 3 sistem atmosfera, tema 4 sistem hidrologi, tema 5 sistem ekologi dan tema
6 ialah saling kebergantungan sistem. Kami meletakkan tema 7 iaitu berkaitan dengan kajian
luar atau kajian lapangan Geografi Kertas 1 sebagai penutupnya.

Geografi kertas 2 pula terdiri daripada 6 tema seperti berikut; Tema 1 ialah Penduduk, tema 2
Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar , tema 3 Transformasi Desa dan Pembandaran,
tema 4 Globalisasi Ekonomi dan Kerjasama Serantau, tema 5 Impak Alam Sekitar dan
Pengurusannya. Tema terakhir ialah tema 6 iaitu berkaitan dengan kajian luar atau kajian
lapangan Geografi Kertas 2. Tema kajian luar ini meliputi dua tajuk penting iaitu pembangunan
ekonomi dan impak alam sekitar serta transformasi desa dan pembandaran.

Penulisan bagi setiap tema berasaskan kepada perkara-perkara berikut; Tajuk dan sub tajuk, hasil
pembelajaran atau objektif pembelajaran, sisipan konsep, isi atau kandungan pembelajaran,
aktiviti pengajaran – pembelajaran, contoh soalan yang relevan berkaitan dengan tajuk berkenaan
serta skema jawapannya. Seterusnya dimasukkan bahagian refleksi sebagai pengukuran
pencapaian objektif pengajaran-pembelajaran, rujukan khusus serta tugasan pelajar sebagai
aktiviti pengukuhan dan pengayaan. Bukan semua tajuk atau sub tajuk bagi setiap tema yang
kami sediakan, ia merupakan pilihan bagi tajuk-tajuk tertentu sebagai contoh atau model
pengajaran-pembelajaran. Bagi tajuk-tajuk yang tidak disentuh perlulah dikembangluaskan oleh
guru-guru disekolah menggunakan format yang telah disediakan. Seboleh mungkin bagi setiap
tema difokuskan kepada aspek pengajaran soalan langsung dan soalan kemahiran amali.

Akhir sekali kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Pelajaran Pahang
khususnya kepada sektor pengurusan sekolah yang julung kalinya mengambil inisiatif menggerak
dan menjayakan pembinan modul ini untuk seluruh anak-anak Geografi Pahang.

Sekian, terima kasih.

PANEL GEOGRAFI STPM


PAHANG
Format Kertas Peperiksaan Geografi STPM MULAI
2007
Peperiksaan bagi mata pelajaran ini terdiri daripada dua kertas, iaitu Geografi Kertas 1 (Alam
Sekitar Fizikal) dan Geografi Kertas 2 (Alam Sekitar Manusia). Soalan yang dikemukakan
merangkumi semua tajuk dalam sukatan pelajaran. Soalan akan menguji kefahaman calon
tentang tajuk yang dihuraikan dalam sukatan pelajaran, dan juga konsep dan kemahiran yang
perlu dalam kajian geografi. Soalan boleh juga menguji pengalaman kajian luar, kajian dan
tafsiran peta topografi, pelbagai data geografi, gambar rajah, dan peta yang berkaitan dengan
tajuk yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Geografi
Mulai tahun 2007 dan seterusnya format kertas peperiksaan adalah seperti
berikut:
Geografi Kertas 1 (942/1) Geografi Kertas 2 (942/2)
Alam Sekitar Fizikal. Alam Sekitar Manusia
Masa : 3 jam Masa : 3 jam
Jenis : Soalan Esei Jenis : Soalan Esei
Bilangan : 8 soalan Bilangan : 8 soalan
Bil soalan wajib dijawab : 4 soalan Bil soalan wajib dijawab : 4 soalan
Markah : 100 Markah : 100
Wajaran : 50% Wajaran : 50%

Nota:

1. Aras soalan yang ditanya akan berdasarkan kepada Taksonomi Bloom iaitu
aras Mudah, Sederhana dan Sukar. Aras mudah (Pengetahuan), aras sederhana
(Pemahaman dan Aplikasi), aras sukar (Analisis, Sintesis dan Penilaian).
2. Soalan no 3 terdiri daripada soalan pilihan SAMADA dan ATAU. Ini bermakna
soalan no 3 sebenarnya mempunyai dua soalan. Oleh itu ia akan menguntungkan
calon daripada segi pilihannya untuk menjawab 9 soalan bukannya 8 soalan
sepertimana tahun-tahun sebelumnya. Bagi Geografi kertas 1, soalan nombor 3
datangnya dari tema sistem geomorfologi manakala Geografi kertas 2, soalan no 3
datangnya dari tema pembangunan ekonomi dan impak alam sekitar.

3. Soalan boleh ditanya dalam bentuk kemahiran amali dan kajian luar. Soalan
kemahiran amali melibatkan pengiraan, persembahan kartografi seperti graf, rajah,
carta dan peta serta menganalisis data, graf, rajah, carta dan peta.

4. Soalan kajian luar Geografi kertas 1 boleh ditanya dari salah satu sistem
berikut; Sistem geomorfologi, sistem atmosfera, sistem hidrologi dan sistem ekologi.
Soalan ini mempunyai banyak pecahan dan tidak terhad kepada tiga pecahan
sepertimana tahun-tahun sebelumnya. Manakala soalan kajian luar Geografi kertas 2
boleh ditanya dari salah satu tema berikut; Pembangunan ekonomi dan impak alam
sekitar atau Transformasi desa dan pembandaran. Soalan ini mempunyai banyak
pecahan dan tidak terhad kepada tiga pecahan sepertimana tahun-tahun
sebelumnya.

5. Setiap tahun adunan soalan langsung, soalan kemahiran amali dan soalan
kajian luar akan dikemukakan untuk dijawab oleh calon. Pelbagai rangsangan soalan
akan diberikan seperti data, rajah, carta, peta lakar dan peta topografi.

OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


GEOGRAFI STPM
Objektif sukatan pelajaran ini adalah untuk membolehkan pelajar

(a) meningkatkan pengetahuan tentang konsep, prinsip, dan proses dalam Geografi
Fizikal dan Geografi Manusia secara bersepadu dan pada pelbagai skala,
(b) meningkatkan kefahaman tentang saling bergantung antara elemen-elemen dan
proses-proses Alam Sekitar Fizikal dan Alam Sekitar Manusia sebagai satu sistem
dan bukannya berasaskan pembahagian aspek-aspek secara berasingan,
(c) menerangkan peranan manusia sebagai agen perubahan kepada sistem-sistem dalam
alam sekitar selain fenomena semula jadi, serta meningkatkan kesedaran yang
mendalam tentang kedinamikan hubungan sesama manusia dan manusia dengan alam
sekitar,
(d) meningkatkan kemahiran mempersembah, mentafsir, dan menganalisis data geografi
dalam bentuk jadual, gambar rajah (graf, carta, dan peta), dan foto,
(e) mencerap dan mengkaji fenomena geografi yang menjadi isu semasa,
(f) membuat sintesis dan penilaian dengan bantuan kaedah-kaedah kemahiran geografi
yang tepat di dalam dan di luar bilik darjah,
(g) berfikir secara kritis dan kreatif dalam mempersembahkan sesuatu penghujahan
secara tersusun, padat, dan jitu dengan menggunakan laras geografi,
(h) memahami kepentingan hubung kait negara Malaysia dengan negara-negara lain di
dunia,
(i) menyedari, menghayati, dan melibatkan diri secara langsung dalam proses
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar secara berterusan,
(j) mensyukuri dan mencintai negara Malaysia dan alam sekitarnya.

CADANGAN STRATEGI PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN GEOGRAFI STPM
Proses pengajaran-pembelajaran masa kini perlu dipelbagaikan sesuai dengan faktor
kemenjadian dan aras kebolehan/pencapaian murid yang berbeza-beza. Pendekatan
bersepadu dalam pemilihan pedagogi dan pandragogi pengajaran-pembelajaran amat
dititikberatkan. Dalam konteks melahirkan pengajaran yang berkesan, mudah difahami
serta menyeronokkan pelajar maka perkara-perkara berikut perlulah diberi penekanan
yang serius oleh guru:

• Menekankan perkembangan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Dalam


konteks kemahiran berfikir secara kritis maka bakat, kebolehan dan kemenjadian
setiap murid mestilah digembelengkan untuk membolehkan ia mampu membuat
perbandingan dan perbezaan, mengumpul dan mengelaskan, membuat urutan dan
keutamaan, membuat analisis, mengesan kecondongan membuat penilaian dan
juga membuat kesimpulan. Manakala kemahiran berfikir secara kreatif pula perlu
dijana untuk membolehkan murid mampu membuat sumbangsaraan/menjana idea,
menghubungkaitkan, membuat inferens, meramalkan masa hadapan, membuat
hipotesis,mensintesiskan, membuat gambaran mental,
menganalogikan,merekacipta serta mengitlak.

• Menekankan perkembangan kemahiran generik. Aspek kemahiran generik pula


menekankan pembinaan skill, kecekapan dan keterampilan pelajar untuk
menguasai suasana persekitaran. Dalam konteks ini elemen-elemen seperti
kemahiran berkomunikasi, kemahiran menggunakan teknologi khususnya ICT,
kemahiran merancang dan mengelolakan aktiviti, kemahiran bekerjasama dan
berkongsi, kemahiran mengakses, mengurus,memilih dan menganalisis maklumat
serta kemahiran menyelesaikan masalah amat perlu ditekankan. Kombinasi antara
kemahiran berfikir dan kemahiran generik akan melahirkan strategi pengajaran-
pembelajaran yang berfikrah.

Justeru itu kepelbagaian jenis kaedah mengajar yang disarankan kepada guru-guru
geografi tingkatan enam ialah seperti berikut:

a) Perbincangan kumpulan dan sumbangsaraan.


b) Simulasi dan main peranan.
c) Kaedah inkuiri – penemuan.
d) Pengajaran-pembelajaran konteksual.
e) Pembelajaran masteri.
f) Kajian masa depan (KMD).
g) Kajian kes dan kajian tindakan.
h) Kajian luar/kajian lapangan.

Selain itu penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai alat bantuan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran kontemparori amat diutamakan. Justeru
kelengkapan komputer dan internet di sekolah seperti kemudahan ”school net” di
makmal komputer sekolah mestilah dimanfaatkan oleh guru. Bagi membolehkan ICT
berguna kepada proses pengajaran dan pembelajaran maka empat mod P&P dicadangkan
iaitu; mod aplikasi, mod tutorial, mod penerokaan dan juga mod komunikasi. Dengan
menggunakan ke empat-empat mod P&P ini pelajar bukan sahaja boleh mengakses
maklumat geografi dengan lebih luas malah menjadikan matapelajaran geografi lebih
seronok dipelajari.

SKALA PERBINCANGAN DAN SUMBER


PENGAJARAN -PEMBELAJARAN

Skala perbincangan bagi setiap tema yang ada di dalam sukatan pelajaran adalah
berbeza-beza. Kita boleh memulakannya dengan skala makro seperti global/dunia,
kawasan Tropika Lembab, Asia Pasifik, Asia Tenggara, atau skala yang lebih kecil
seperti sebuah negara dan juga skala mikro seperti kawasan kajian luar. Skala
perbincangan ini mestilah disesuaikan dengan sub-sub tema yang telah ditetapkan.
Justeru itu ia amat bergantung kepada kebijaksanaan guru untuk memilih dan
menentukannya bagi memperluaskan prespektif pelajar-pelajar geografi. Kajian kes
kepada sebuah Negara khususnya Malaysia amat digalakkan untuk meningkatkan
kefahaman pelajar mengenai keunikan geografi Malaysia seterusnya melahirkan rasa
bersyukur dan berbangga dengan keistimewaan yang dimiliki oleh Malaysia berbanding
dengan Negara-negara lain khususnya Negara serantau Asia Tenggara dan Asia Pasifik.
Sumber pengajaran dan pembelajaran kini perlu dipelbagaikan dan tidak lagi terhad
kepada buku-buku rujukan semata-mata. Ia boleh meliputi pelbagai jenis peta, data, rajah,
bahan bercetak, model dan juga sumber-sumber yang boleh diambil dari teknologi
maklumat dan komunikasi terkini seperti dari internet, laman web, e-mail, CD-ROM, tele
sidang dan sebagainya. Kemudahan ICT ini perlulah dimanfaatkan oleh setiap pelajar
bagi mengakses pelbagai maklumat geografi yang kontemparori.

TEMA 1 : SISTEM BUMI.


KERTAS 1 ( ALAM SEKITAR FIZIKAL)

TAJUK :
Kedudukan bumi dalam sistem suria.

HASIL PEMBELAJARAN :
Setelah mempelajari bab ini pelajar akan dapat :
Menghuraikan :
Putaran dan peredaran bumi dan kesannya.

SISIPAN KONSEP :
Kecondongan paksi bumi.
Peredaran bumi.
Putaran bumi.

ISI-ISI UTAMA :
Memahami kedudukan dan pergerakan bumi dalam system suria.

AKTIVITI PEMBELAJARAN :
Gambar kejadian 4 musim.
Perbincangan kumpulan.
i. Kumpulan 1 – Musim Bunga
ii. Kumpulan 2 – Musim Panas
iii. Kumpulan 3 – Musim Luruh
iv. Kumpulan 4 – Musim Sejuk

CONTOH SOALAN (RELEVAN) :


a) “ Pada musim tertentu sesetengah kawasan mengalami waktu siang yang lebih panjang daripada
waktu malam”. Bincangkan pernyataan ini. (12m)
b) Mengapakah sesetengah tempat mengalami musim sejuk dan musim panas sementara tempat-
tempat lain tidak. (10m)
c) Mengapakah bumi hanya menerima sebahagian kecil sahaja (0.2 x 10 -9) daripada
seluruh tenaga matahari dan jumlahnya berubah-ubah mengikut masa? (5m)
d) Mengapakah jumlah bahang matahari yang diterima berbeza-beza mengikut
bahagian dunia. (10m)

PENILAIAN JAWAPAN :
a) 2 faktor utama :
i. Peredaran bumi mengelilingi matahari.
ii. Putaran bumi pada paksinya yang condong.

+ Ketika solstis musim panas 21 Jun matahari akan berada tegak di atas kepala di kawasan garis
lintang sartan (23 ½ U). Kawasan dalam lingkungan garis lintang yang sama menerima siang dan
malam sama panjang selain kawasan khatulistiwa. Kawasan hemisfera utara waktu siang lebih panjang
daripada malam. Manakala hemisfera selatan waktu malam lebih panjang daripada siang. Hemisfera
utara mengalami musim panas sementara hemisfera selatan mengalami musim sejuk. (4m)

+ Pada 22 Disember iaitu ketika solstis musim sejuk berlaku, Garisan Jadi (23 ½ S) mempunyai sudut
pancaran matahari tegak di atas kepala. Hemisfera Utara mengalami waktu malam yang lebih panjang
daripada waktu siang kerana bahagian bumi ini agak agak terlindung daripada pancaran matahari.
Hemisfera selatan mengalami siang lebih panjang daripada malam.Hemisfera selatan mengalami
musim panas sementara hemisfera utara musim sejuk. (4m)

+ Putaran bumi di atas paksinya yang condong sebanyak 23 ½ daripada satah tegak. Bumi berputar
sebanyak 360 mengambil masa 24 jam atau 15 longitud dalam masa satu jam. Putaran bumi ini akan
menyebabkan bahagian bumi yang menghadap matahari akan mengalami waktu siang sementara
bahagian bumi yang terlindung daripada pancaran matahari akan mengalami waktu malam. Perbezaan
panjang waktu malam dan siang berlaku mengikut garis lintang tertentu di mana garis lintang yang
berada 90 dengan matahari akan mengalami waktu siang dan malam yang sama panjang sementara
kawasan yang terletak pada sudut yang lebih kecil daripada 90 akan mengalami waktu malam dan
siang yang berbeza. (4m)

b)-Peredaran bumi mengelilingi matahari


Konsep peredaran
i. peredaran bumi mengeluiligi matahari 2m
ii. putaran bumi di atas paksinya yang condong 2m
Huraian tentang kejadian ekuinoks dan solstis
i. kedudukan matahari (pada garis lintang : khatulistiwa,
sederhana, kutub) 2m
ii. Jangka masa siang / malam tak sama panjang
Dalam masa satu tahun 2m
Penggunaan gambar rajah yang sesuai empat musim
- kedudukan matahari
- 4 kedudukan bumi
- Garis relevan
- Paksi yang condong
- Garisan khatulistiwa 2m
Jarak bumi daripada matahari ; huraian tentang
Keadaan aphelion (jauh) dan keadaan perihelion (dekat) 2m

c)- Jarak dari matahari dengan bumi (150 juta km) jarak semasa perihelion dan
afehelion.
- Peredaran bumi mengelilingi matahari menyebabkan kejadian solstis dan
ekuinoks.
-Tompok matahari (sunspot) – lebih banyak tenaga electromagnet mengikut kiraan
tompok matahari (tempoh 11 tahun setiap kiraan).
-Pemantulan dilapisan atas atmosfera dan pemantulan oleh awan.
-Penyerakan oleh zarah yang halus seperti molekul gas, udara, wap air, debu, habuk
dan hablur ais. Bahan-bahan tersebut dapat menyerakkan sinaran matahari.
-Penyerapan – zarah wap air, gas-gas, habuk dan debu menyerap kira-kira 15 %
daripada jumlah sinaran
-Albedo – keputihan atau kecerahan sesuatu permukaan (yang lebih cerah akan
memantulkan jumlah sinaran yang lebih tinggi)

*catatan : terima mana-mana 3 sebab (2, 2, 1 markah)


Terima juga jawapan melalui gambarajah yang betul.

d)-Putaran bumi mewujudkan siang dan malam.


-Peredaran bumi mengelilingi matahari yang mewujudkan kejadian musim
mengikut kedudukan garis lintang.
-Kecondongan pancaran matahari.
-Ketebalan atmosfera.
-Perbezaan permukaan dari segi jenis (daratan, air dan tumbuh-tumbuhan) dan
bentuk (topografi).

*catatan : terima mana-mana 3 sebab dengan huraian x 3 markah.


terima gambarajah yang sesuai x 1 markah.

TEMA 1 : SISTEM BUMI

TAJUK : Tenaga : Konsep, jenis dan punca tenaga.

HASIL PEMBELAJARAN :
Di akhir pembelajaran pelajar dapat,
Mengenalpasti dan membezakan jenis-jenis tenaga yang ada dalam sistem bumi.
Memahami proses pemindahan tenaga suria kepada sistem bumi.
Memahami variasi tenaga mengikut ruang dan masa.
Menilai kepentingan tenaga terhadap sistem-sistem bumi.

SISIPAN KONSEP :
Tenaga Suria

ISI-ISI UTAMA :
Jenis-jenis tenaga
Variasi tenaga suria
Peranan tenaga suria kepada sistem dan hidupan bumi.

AKTIVITI PEMBELAJARAN :
Pengetahuan sedia ada pelajar mengenai tenaga suria.
Aktiviti berkumpulan – kumpulan 1 : Jenis-jenis tenaga
kumpulan 2 : Cara-cara pemindahan tenaga suria
kumpulan 3 : Faktor yang mempengaruhi tenaga suria
kumpulan 4 : Peranan tenaga suria kepada sistem bumi dan
hidupan bumi.
Latihan.

CONTOH SOALAN :

a) Huraikan 2 bentuk tenaga. ( 5 markah )

b) Mengapakah kadar penerimaan tenaga suria berbeza antara tempat-tempat di dunia.


( 10 markah )

c) Huraikan peranan tenaga suria terhadap aktiviti manusia. ( 10 markah )

PENILAIAN JAWAPAN

(a) 2 bentuk tenaga


- tenaga keupayaan
- tenaga kinetik ( 5m )

(b) Perbezaan kadar penerimaan tenaga suria


- kedudukan garislintang
- perbezaan siang dan malam
- ketebalan atmosfera
- sudut pancaran sinaran suria
- jarak bumi dari matahari (perihelion dan afelion)
- perbezaan permukaan bumi (daratan, kawasan berair, tumbuh-
tumbuhan)
(5 x 2markah)

(c ) Peranan tenaga suria terhadap aktiviti manusia.


- pertanian
- penternakan
- pelancongan
- perikanan
- perindustrian
- pembalakan
- perlombongan
( 5 x 2 markah )

TEMA 2 : SISTEM GEOMORFOLOGI


KERTAS 1 ( ALAM SEKITAR FIZIKAL )

TEMA : Sistem Geomorfologi

TAJUK : Teori Hanyutan Benua.

HASIL PEMBELAJARAN : Di akhir pembelajaran pelajar dapat,


Memahami Teori Plat Tektonik.
Menghuraikan proses-proses hanyutan benua.
Menghuraikan bukti-bukti teori hanyutan benua.

SISIPAN KONSEP :
Plat-plat dunia

ISI-ISI UTAMA :
Teori Plat Tektonik
Proses-proses hanyutan benua
Bukti-bukti hanyutan benua

AKTIVITI PEMBELAJARAN :
Pengetahuan sedia ada pelajar mengenai benua di dunia.
Power point – teori plat tektonik dan bukti hanyutan benua
Latihan.

CONTOH SOALAN :
a) Apakah yang dimaksudkan dengan plat-plat dunia. ( 5 markah )

b) Jelaskan hipotesis Wegener mengenai hanyutan benua ( 10 markah )

c) Huraikan bukti-bukti hanyutan benua ( 10 markah )

PENILAIAN JAWAPAN

(a) Maksud plat ialah kepingan-kepingan kerak bumi yang membentuk kerak bumi
benua dan kerak bumi lautan. ( 5m )

Hipotesis Wegener
perpecahan pangea kepada laurasia dan gondwanaland
peranan putaran bumi membekalkan tenaga tekanan pemisah plat.
berlaku pergerakan akibat kuasa-kuasa tektonik
pergerakan dari kutub hasilkan tekanan ke atas benua
daya mampatan dan daya tegangan – arus perolakan kuat
(5 x 2markah)

Bukti- bukti teori hanyutan benua


keselanjaran benua
geologi batuan
fosil batuan
Paleomagnet
Oseanik
( 5 x 2 markah )

TEMA : Sistem Geomorfologi

TAJUK : Luluhawa.

HASIL PEMBELAJARAN : Di akhir pembelajaran pelajar dapat,


Memahami maksud luluhawa.
Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi luluhawa.
Menghuraikan kepentingan luluhawa kepada aktiviti manusia.

SISIPAN KONSEP :
Luluhawa kimia
Luluhawa fizikal
Luluhawa Biotik

ISI-ISI UTAMA :
Maksud luluhawa
Faktor yang mempengaruhi luluhawa
Kepentingan luluhawa
AKTIVITI PEMBELAJARAN :
Maujud Geografi – lawatan disekitar sekolah dan mengkaji jenis-jenis batuan.
Pelajar mengumpulkan beberapa jenis batuan.
Pelajar menghuraikan perbezaan jenis-jenis batuan tersebut.
Penjelasan dan rumusan oleh guru.
Latihan.

CONTOH SOALAN :

a) Nyatakan maksud luluhawa. ( 5 markah )

b) Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi luluhawa. ( 10 markah )

c) Jelaskan bagaimana kepelbagaian jenis batuan boleh mempengaruhi aktiviti


manusia. ( 10 markah )

PENILAIAN JAWAPAN

(a) Maksud luluhawa kimia ialah proses pemecahan, pereputan dan penyepaian
batuan secara insitu yang dipengaruhi oleh agen-agen atmosfera seperti pancaran
matahari, suhu, hujan dan lain-lain. ( 5m )

Faktor yang mempengaruhi proses luluhawa.


Iklim
Batuan
Topografi
Pengangkutan
Tumbuh-tumbuhan
Masa
(5 x 2markah)

Pengaruh batuan terhadap aktiviti manusia.


Granit untuk kuari/pembinaan/ jalanraya
Marmar untuk bangunan / alatan hiasan rumah
Batu kapur untuk simen
Batu permata untuk perhiasan
Batuan laterit untuk pertanian
Tanah liat untuk peralatan tembikar
(5 x 2markah)
TEMA : Sistem Geomorfologi

TAJUK : Sungai.

HASIL PEMBELAJARAN : Di akhir pembelajaran pelajar dapat,


Menghuraikan jenis-jenis hakisan sungai.
Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi hakisan sungai.
Menghuraikan sumbangan bentuk mukabumi pemendapan sungai terhadap manusia.

SISIPAN KONSEP :
Hakisan, Pengangkutan dan pemendapan sungai
Tenaga sungai
Bentuk mukabumi sungai.

ISI-ISI UTAMA :
Jenis-jenis hakisan
Faktor yang mempengaruhi hakisan sungai
Kepentingan bentuk-bentuk mukabumi pemendapan sungai.

AKTIVITI PEMBELAJARAN :
Pengetahuan sedia ada pelajar mengenai sungai.
Penerangan dan huraian oleh guru.
Aktiviti Kumpulan :
Kumpulan 1 : Jenis-jenis hakisan sungai
Kumpulan 2 : Faktor yang mempengaruhi hakisan sungai
Kumpulan 3 : Bentuk-bentuk muka bumi hakisan sungai.
Kumpulan 4 : Bentuk-bentuk muka bumi pemendapan sungai.

CONTOH SOALAN :

a) Huraikan jenis-jenis hakisan sungai. ( 5 markah )

b) Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi hakisan sungai. ( 10 markah )

c) Huraikan kepentingan bentuk mukabumi sungai dalam mempengaruhi aktiviti


manusia. ( 10 markah )

PENILAIAN JAWAPAN

Jenis-jenis hakisan sungai


hakisan mendalam
hakisan melebar
hakisan mengundur ( 5m )

(b) Faktor yang mempengaruhi hakisan sungai.


Isipadu air
Kecerunan
Halaju sungai
Batuan
Jumlah beban muatan
Halangan
(5 x 2markah)

(c) Kepentingan bentuk muka bumi sungai

- dataran banjir/ delta / dataran mendap - pertanian


- tasik ladam/ muara sungai – ternakan ikan dalam sangkar / akuakultur
- dataran mendap / tetambak - petempatan
- air terjun – elektrik hidro / rekreasi
- jeram - rekreasi
- beting pasir sungai – perlombongan pasir
- sungai – pengangkutan/ perhubungan
-
(5 x 2markah)

TEMA : Sistem Geomorfologi

TAJUK : Ombak.

HASIL PEMBELAJARAN :
Di akhir pembelajaran pelajar dapat,
Menghuraikan cara-cara hakisan ombak.
Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi hakisan ombak.
Menghuraikan sumbangan bentuk mukabumi pemendapan ombak terhadap
manusia.

SISIPAN KONSEP :
Hakisan, Pengangkutan dan pemendapan ombak
Tenaga ombak
Bentuk mukabumi pemendapan ombak.

ISI-ISI UTAMA :
Jenis-jenis hakisan ombak
Faktor yang mempengaruhi hakisan ombak
Kepentingan bentuk-bentuk mukabumi pemendapan ombak.

AKTIVITI PEMBELAJARAN :
Pengetahuan sedia ada pelajar mengenai laut.
Penerangan dan huraian oleh guru.
Aktiviti Kumpulan :
Kumpulan 1 : Cara-cara hakisan ombak
Kumpulan 2 : Faktor yang mempengaruhi hakisan ombak
Kumpulan 3 : Faktor yang mempengaruhi tenaga ombak
Kumpulan 4 : Bentuk-bentuk muka bumi pemendapan ombak
Latihan.

CONTOH SOALAN :

a) Nyatakan cara-cara hakisan sungai. ( 5 markah )

b) Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi hakisan ombak. ( 10 markah )

c) Jelaskan bagaimana manusia mempengaruhi bentuk mukabumi pinggir pantai.


( 10 markah )

PENILAIAN JAWAPAN

Cara-cara hakisan ombak


tindakan hidrol
tindakan geselan
tindakan lagaan
tindakan larutan ( 5m )

(b) Faktor yang mempengaruhi hakisan ombak.


Jenis dan kekuatan ombak
Kepelbagaian jenis,jumlah dan saiz beban muatan
Kedudukan pantai (terdedah / terlindung )
Pengaruh arus
Aktiviti manusia
(5 x 2markah)

(c) Tindakan manusia terhadap bentuk muka bumi pinggir pantai


1. menyebabkan hakisan bertambah
- eksploitasi hutan bakau
- aktiviti perlombongan pasir laut
- pembinaan struktur / bangunan dipinggir pantai
- aktiviti manusia berasaskan air
2. menyebabkan pemendapan
- pupukan/ timbunan pantai dengan pasir
- menanam semula pokok bakau
- membina pemecah ombak di laut
- struktur binaan pinggir pantai (tembok, gabion, tetrapod, timbunan batu,
dan lain-lain)
(pilihan 4 + 1 atau 3 + 2 / 5 x 2 markah )

TEMA :
Sistem Geomorfologi

TAJUK :
Teori Hanyutan Benua

HASIL PEMBELAJARAN :
Setelah mempelajari bab ini pelajar akan dapat :
1. Menjelaskan definisi Teori Hanyutan Benua
2. Menjelaskan taburan dan bukti-bukti hanyutan benua
3. Menghuraikan kesan-kesan hanyutan benua terhadap konfigurasi bentuk bumi

SISIPAN KONSEP :
1. Teori Awal
2. Teori Perluasan Dasar Lautan
3. Teori Tektonik Plat

ISI-ISI UTAMA :
1. Bukti-bukti Teori Hanyutan Benua:
a. Bukti keselenjaran benua
b. Bukti geologi
c. Bukti iklim purba
d. Bukti fosil
e. Bukti kemagnetan purba
f. Bukti lautan
2. Kesan hanyutan benua terhadap konfigurasi bentuk bumi:
a. Pembentukan jurang lautan dan laut
b. Pembentukana benua yang menentukan sempadan politik dan geografi
c. Taburan tidak sama rata lautan dan daratan
d. Kepelbagaian taburan spesies flora dan fauna
e. Plat tektonik yang berubah-ubah.

AKTIVITI PEMBELAJARAN :

Perbincangan dalam kumpulan. Pembentukan kumpulan antara 4-5 pelajar. Pelajar di beri masa selama 15
minit untuk perbincangan. 15 minit diperuntukan untuk dibentangkan oleh kumpulan yang dipilih secara
rawak. Guru membuat rumusan dan tambahan isi yang perlu.
CONTOH SOALAN (RELEVAN) :
a) Apakah yang dimaksudkan dengan plat tektonik (5m)
b) Huraikan bukti-bukti yang menjadi asas kepada teori hanyutan benua (10m)
c) Terangkan kesan hanyutan benua terhadap konfigurasi bentuk bumi (10m)

PENILAIAN JAWAPAN :

a) Plat tektonik menerangkan tentang lapisan kerak bumi yang boleh dibahagikan kepada kepingan-
kepingan iaitu plat benua dan plat lautan. Plat benua membentuk daratan dan plat lauatan membentuk
dasar laut.
( 5 x 1m =5m)

b) B1-Bukti keselenjaran benua-daratan berasal daripada blok besar dikenali sebagai pangea-
garis pantai dan pentas benua selanjar antara satu sama lain.
B2-Bukti geologi-benua Afrika dan benua Amerika Selatan berpecah daripada satu blok.
B3-Bukti iklim purba-zon iklim dan ciri pengglasieran adalah serupa bagi benua selatan.
B4-Bukti fosil-flora yang serupa pada bahan enapan hampir dengan ais benua selatan.
B5-Bukti kemagnetan purba-magnet utara berubah.
B6-Bukti lautan-lembangan dan dasar laut adalah lebih muda daripada benua.
( 5 x 2m =10m)

c) C1- Pembentukan jurang lautan dan laut


C2- Pembentukan benua-benua yang menentukan sempadan politik dan geografi
C3- Taburan tidak sama rata lautan dan daratan
C4- Kepelbagaian taburan spesies flora dan fauna
C5- Plat tektonik yang berubah-ubah

TAJUK :

• Melukis profil rentas


• Mentafsir peta, guna tanah pertanian.

HASIL PEMBELAJARAN :

Setelah mempelajari bab ini pelajar akan dapat :

• Menyatakan maksud profil rentas.


• Menulis profil rentas
• Menjelaskan pengaruh ketinggian terhadap guna tanah pertanian.

SISIPAN KONSEP :

• Profil rentas
• Guna tanah pertanian.
ISI-ISI UTAMA :

• Konsep profil rentas dan cara melukisnya..


• Pelbagai guna tanah pertanian dan kaitannya dengan ketinggian.

AKTIVITI PEMBELAJARAN :

Kerja amali

CONTOH SOALAN :

Soalan-soalan berikut adalah berdasarkan kepada Peta 1 yang berskala 1 : 50 000.

(a) Apakah maksud, ‘ profil rentas ‘


( 5m )
(b ) Dengan menggunakan skala 1: 10 000, lukiskan profil rentas dari tanda tinggi 525
ke tanda tinggi 475. Labelkan ciri-ciri fizikal dan guna tanah yang terdapat di sepanjang
profil rentas tersebut.
( 10m )
(b) Berdasarkan Peta 1, jelaskan bagaimana perbezaan ketinggian bentuk bumi
mempengaruhi jenis guna tanah pertanian di kawasan lembangan Sungai Mira.
( 10m )

PENILAIAN JAWAPAN

( a) Profil Rentas ialah gambaran yang dibuat antara dua poin untuk menunjukkan ciri
fizikal dan ciri budaya terutama guna tanah yang terdapat di sepanjang keratan itu.
( 5m )

( b ) Melukis Profil Rentas.


( 10m )

( Sila lukis, Profil Rentas yang lengkap )


(c) Pengaruh ketinggian terhadap guna tanah pertanian ialah :

• Pinggir pantai - penanaman kelapa.


• Tanah pamah - penanaman padi sawah.
• Kaki Bukit Beralun – Kelapa sawit dan getah.
( 3m x3 =1 = 10m )

TEMA 3 : SISTEM ATMOSFERA.


KERTAS 1 ( ALAM SEKITAR FIZIKAL )

TAJUK :

Taburan suhu secara menegak dan mendatar serta faktor yang mempengaruhinya.

HASIL PEMBELAJARAN :

Di akhir pembelajaran pelajar dapat,

• Menjelaskan konsep ‘taburan suhu secara menegak’ dan ‘taburan suhu secara
mendatar’.
• Menjelaskan konsep pemanasan global,dan sebab-sebab berlaku keadaan sedemikian
• Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi taburan suhu secara mendatar.

SISIPAN KONSEP :

• Konsep ‘taburan suhu secara menegak’ dan ‘taburan suhu secara mendatar’.
• Pemanasan global.
.
ISI-ISI UTAMA :

• Maksud ‘ taburan suhu secara menegak’ dan taburan suhu secara mendatar’.
• Maksud ‘pemanasan secara global dan sebab-sebab berlaku.
• Faktor yang mempengaruhi taburan suhu secara mendatar .
AKTIVITI PEMBELAJARAN :

• Carta bergambar.
• Melukis Peta Minda.

CONTOH SOALAN :

( a) Apakah maksud, Pemanasan global dan nyatakan sebab-sebab berlakunya


keadaan sedemikian
( 7 markah )
(b ) Apakah maksud, ‘taburan suhu secara mendatar’ dan ‘ taburan suhu secara
menegak’.
( 8 markah )
c) Huraikan faktor yang mempengaruhi suhu mendatar.
( 10 markah )

PENILAIAN JAWAPAN

( a ) Maksudnya ialah,

• Suhu semakin meningkat secara menyeluruh di permukaan bumi.

Sebab-sebabnya.
• Pembakaran terbuka.
• Kegiatan pembakaran hutan secara berleluasa.
• Kegiatan pembalakan secara berlebihan.
• Kegiatan pertanian pindah.
• Pengeluaran asap kenderaan dan kilang.

( 2m + 1m X 5 = 7)

(b ) Maksudnya ialah,

• Taburan Suhu Secara Mendatar ialah,


• Perbezaan suhu yang dilihat secara kedudukan garisan latitud,
semakin jauh dari garisan khatulistiwa suhu semakin kurang arah ke
kutub.
• Taburan Suhu Secara Menegak ialah,
Perbezaan suhu yang dilihat mengikut ketinggian, suhu semakin rendah
mengikut ketinggian.Semakin tinggi sesuatu tempat suhu semakin turun.
( mana-mana 4m/ 4m )

( c) Faktor-faktor yang mempengaruhi ‘taburan suhu secara mendatar’ ialah

• kedudukan latitud.
• Kecondongan paksi bumi.
• Sifat kebenuaan.
• Aspek.
• Badan Air.
• Litupan Awan.
• Litupan tumbuhan.

( 2m x 5 = 10m )

TEMA 3 : SISTEM ATMOSFERA.

TAJUK :

Mikro iklim bandar, Fenomena jerebu, faktor-faktor yang mempengaruhi dan kesan-
kesannya.

HASIL PEMBELAJARAN :

Di akhir pembelajaran pelajar dapat,

• Menjelaskan konsep jerebu.


• Menjelaskan peranan kegiatan manusia yang menyebabkan kejadian jerebu.
• Menghuraikan kesan kejadian jerebu terhadap alam sekitar.

SISIPAN KONSEP :

• Konsep jerebu.
• Kegiatan manusia.
• Kesan kejadian jerebu.
.

ISI-ISI UTAMA :
• Maksud jerebu
• Peranan kegiatan manusia yang menyebabkan kejadian jerebu.
• Kesan kejadian jerebu terhadap alam sekitar .

AKTIVITI PEMBELAJARAN :

• Carta bergambar.
• Melukis Peta Minda.

CONTOH SOALAN :

a) Apakah yang anda faham tentang konsep jerebu.


( 5m )
b) Jelaskan peranan kegiatan manusia yang menyebabkan berlakunya
kejadian jerebu.
( 10 m )
c) Huraikan kesan kejadian jerebu terhadap alam sekitar.
( 10 m )

PENILAIAN JAWAPAN

a) Apakah yang anda faham tentang konsep jerebu.

Partikel terampai di atmosfera / dalam kepekatan yang tinggi/. Partikal terampai ini
terbentuk di dalam keadaan cuaca kering /dan udaranya yang stabil / yang
menghasilkan satu lapisan kabus nipis menyelimuti ruang atmosfera di sesuatu
kawasan.
( 5 markah )

b) Jelaskan peranan kegiatan manusia yang menyebabkan berlakunya


kejadian jerebu.

Pertanian pindah – kaum asli.


Pembukaan ladang – ladang kelapa sawit.
Pembakaran terbuka.
Perindustrian - asap kilang.
Sistem pengangkutan – asap kenderaan.
Aktiviti pembinan – debu-debu/habuk-habuk.
( 5 x 2m = 10m)
c) Jelaskan kesan kejadian jerebu terhadap alam sekitar.

Kesan Alam Sekitar Fizikal

Kejadian hujan asid.


Kadar sejatan kurang.
Kertumbuhan tumbuhan terganggu.

Kesan Alam Sekitar Manusia

Jarak penglihatan terganggu, pengangkutan terjejas.


Penyakit berkaiatan pernafasan seperti batuk, asma dan mata merebak.
Kegiatan ekonomi terganggu.

Sekurang-kurang 1 Faktor fizikal (FF) dan 1 faktor manusia (FM )


Mana-mana 5 x 2 = 10 markah .

TEMA 3 : SISTEM ATMOSFERA

TAJUK :

• Kemahiran amali sistem atmosfera , mengira peratus kekerapan angin, melukis Rajah
Tiupan Angin.
• Pengaruh tiupan angin terhadap kegiatan manusia.

HASIL PEMBELAJARAN :

Di akhir pembelajaran pelajar dapat,


• Mengira peratus kekerapan angin.
• Melukis Rajah Tiupan Angin.
• Menjelaskan pengaruh tiupan angin monsun terhadap kegiatan manusia.

SISIPAN KONSEP :

• Peratus kekerapan tiupan angin.


• Rajah tiupan angin
• Angin monsun.

ISI-ISI UTAMA :

• Peratus kekerapan tiupan angin.


• Melukis Rajah Tiupan Angin.
• Pengaruh tiupan angin terhadap kegiatan manusia.

AKTIVITI PEMBELAJARAN :

Kerja Amali.
CONTOH SOALAN :

Arah Utara Timur Timur Tenggara Selatan Barat Barat Barat Tenang
laut daya laut
Bilangan 2 4 6 3 5 3 0 2 5
Hari

Jadual : Kekerapan Arah Angin Kawasan S pada Bulan April.

(a) Berdasarkan jadual 5, kira peratus kekerapan peratus angin kawasan S bagi bulan
April. ( 5m )
( b) Dengan menggunakan hasil kiraan pada soalan (a), lukis rajah tiupan angin mudah
menunjukkan peratus kekerapan tiupan angin kawasan S pada bulan April. ( 10m )
(C ) Huraikan bagaimana pengaruh angin monsun terhadap kegiatan penduduk di
kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia. ( 10m )

PENILAIAN JAWAPAN :

( a ) Mengira peratus kekerapan tiupan angin:

= Bilangan hari sesuatu arah X 100 %

Bilangan hari dalam 1 bulan

Utara dan barat laut = 2 X 100 %


30

= 6.7 %

Timur laut = 4 X 100 %


30

= 13.3 %

Timur = 6 X 100 %
30

= 20.0 %

Tengara dan barat daya = 3 X 100 %


30

= 10.0 %

Selatan dan Tenang = 5 X 100 %


30

= 16.7 %

( b) Melukis Rajah Tiupan Angin.


( Sila lukis rajah tiupan angin yang lengkap )
( 10m )
( c) Pengaruh tiupan angin monsun terhadap kegiatan manusia ialah :

Kegiatan perikanan – terganggu tidak turun ke laut ketika monsun timur laut.
Kegiatan pelancongan – terganggu akibat hujan lebat dan banjir.
Kegiatan perniagaan - terjejas, kurang sambutan dan kunjungan.
Kegiatan pertanian - terganggu, tumbuhan tenggelam.
Kegiatan ternakan - terganggu, ternakan mati lemas dan hanyut.

( 2m x 5 = 10m )
TEMA 3 : SISTEM ATMOSFERA

TAJUK ;

• Kemahiran amali sistem atmosfera , mengira julat suhu, melukis graf garisan dan
mentafsir.
• Perubahan suhu.

HASIL PEMBELAJARAN :

Di akhir pembelajaran pelajar dapat,

• Mengira julat suhu tahunan.


• Melukis graf garisan.
• Menjelaskan kesan peningkatan suhu terhadap alam sekitar fizikal.

SISIPAN KONSEP :

• Konsep julat suhu.


• Graf Garisan.
• Perubahan iklim.

ISI-ISI UTAMA :

• Julat suhu dan cara pengiraan.


• Melukis graf garisan.

J F M A M J J O S O N D
Bulan

Suhu
Minimum 24 24.3 25 25.6 25 26 26.4 25 25.1 25.4 24 24
(ºC)
Suhu
Maksimum 27 27 28 29 29 30 30 29 28 28 27.5 27.2
(ºC)
• Kesan perubahan iklim ( peningkat suhu ) terhadap alam sekitar.

AKTIVITI PEMBELAJARAN :

Kerja Amali.

CONTOH SOALAN :

Jadual: Suhu Maksimum dan Suhu Minimum Kawasan Y bagi Tahun 2001

. a) Nyatakan maksud Julat Suhu. ( 3 markah )

b) Berdasarkan Jadual di atas,


i . kira Julat Suhu Tahunan Kawasan Y. ( 5 markah)

ii. lukis graf yang sesuai untuk menunjukkan Suhu Maksimum dan Suhu
Minimum bagi kawasan Y tahun 2001. ( 10 markah )

c) Jelaskan kesan peningkatan suhu terhadap alam sekitar fizikal .


( 7 markah )
PENILAIAN JAWAPAN

(a) Perbezaan nilai suhu maksimum dengan suhu minimum ( 3m )

(b) (i) - Suhu Maksimum – Suhu Minimum.

Contoh,
Bulan Januari :
= 27º C - 24º C
= 3º C
(5m )
( ii ) ( Sila lukis graf garisan yang lengkap )

(c) - kenalpasti 3 pengaruh . 1m


- pencemaran udara.
- peningkatan suhu .
- kemarau.
- dll.

TEMA 4 : SISTEM HIDROLOGI.


KERTAS 1 ( GEOGRAFI ALAM SEKITAR FIZIKAL )

HASIL PEMBELAJARAN

Setelah mempelajari bab ini pelajar dapat;

• Memahami proses-proses kitaran hidrologi


• Menjelaskan proses menegak dan mendatar dalam kitaran hidrologi
• Menjelaskan konsep imbangan air positif dan imbangan air negatif
• Menjelaskan kepentingan sumber air kepada manusia
• Memahami konsep air tanah dan sistem akuifer serta pergerakan air tanah
• Menjelaskan gangguan-gangguan manusia terhadap kitar hidrologi

SISIPAN KONSEP

• Proses menegak dalam kitaran hidrologi


• Proses mendatar dalam kitaran hidrologi
• Edaran air tanah
• Imbangan air
ISI-ISI UTAMA

• Proses menegak dan mendatar dalam kitar hidrologi


• Imbangan air
• Edaran air tanah dan sistem akuifer
• Kepentingan sumber air kepada manusia
• Gangguan-gangguan terhadap kitar hidrologi

AKTIVITI PEMBELAJARAN

• Penggunaan ICT
• Rajah Kitar Hidrologi
• Pembentangan Dalam Kumpulan

CONTOH SOALAN

1.a) Apakah yang difahami dengan imbangan air (5m)


b) Dengan bantuan gambar rajah,huraikan proses-proses yang terlibat dalam kitar
hidrologi (10m)
c) Huraikan bagaimana aktiviti manusia mempengaruhi kitar hidrologi di kawasan
tropika lembap (10m)

2.a) Apakah dimaksudkan ketidakseimbangan air positif (5m)


b) Jelaskan bagaimana ketidakseimbangan air positif mempengaruhhi aktiviti
manusia (10m)
c) huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi imbangan air tanih (10m)

PENILAIAN JAWAPAN

1 a) Jumlah kerpasan sama banyaknya dengan jumlah air yang mengalami sejatpeluhan
dan perubahan air yang disimpan dalam tanih dan air larian permukaan. (5m)

ATAU

P = ET + ST + r
P ialah kerpasan
ET ialah sejat peluhan
ST ialah air yang diterima atau hilang daripada lapisan tanah
r ialah air larian permukaan

b) – Rajah kitar hidrologi


- Proses sejatan
- Proses sejat peluhan
- Proses pemeluwapan
- Proses kerpasan
- Proses larian air permukaan
- Aliran air bawah tanah
- Proses resapan
- Alir lintang udara
- Proses pemejalwapan
5 isi X 2m + 2m = 12m

c) - Aktiviti pembalakan/ penyahutan


- Aktiviti pertanian
- Aktiviti perindustrian
- Proses perbandaran / urbanisasi
- Pembinaan empangan
- Aktiviti penghutanan semula
5 isi X 2m = 10m

2.a) Jumlah kerpasan iaitu hujan,salji,dan embun yang turun ke permukaan bumi
melebihi jumlah sejatan iaitu jumlah wap air yang naik ke atmosfera. (5m)

b)- Perindustrian
- Pelancongan dan rekreasi
- Penternakan
- Perikanan dan akuakultur
- Pengangkutan
- Pertanian
- Perniagaan
- Aktiviti harian/ domestik
5 isi X 2m =10m
c) – Bentuk muka bumi
- Tumbuh-tumbuhan
- Ketelapan tanih
- Kejerapan / keporosan tanih
- Jumlah kerpasan
- Kewujudan badan-badan air
- Tindakan manusia
5 isi X 2m = 10m

TAJUK :

• Kemahiran amali sistem hidrologi , mengira lebihan dan kurangan air, melukis graf
bar dan mentafsir.
• Kesan gangguan Imbangan Air kepada manusia

HASIL PEMBELAJARAN :

Di akhir pembelajaran pelajar dapat,

• Mengira lebihan dan kurangan air.


Bulan/
Komponen J F M A M J J O S O N D
ImbanganAir
Kerpasan 87 89 87 74 94 87 122 1O2 56 56 76 89

Sejatpeluhan 12 13 29 63 102 139 160 143 104 65 22 12

• Melukis graf garisan.


• Menjelaskan kesan gangguan imbangan air terhadap manusia.

SISIPAN KONSEP :

• Konsep imbangan air.


• Graf Garisan.
• Gangguan imbangan air.
ISI-ISI UTAMA :

• Imbangan air dan cara pengiraan.


• Melukis graf garisan.
• Kesan gangguan imbangan air terhadap manusia.

AKTIVITI PEMBELAJARAN :

Kerja Amali.

CONTOH SOALAN :

Jadual : Komponen Imbangan Air bagi Stesen Kaji Cuaca Kawasan X


(a) Kira lebihan air dan kurangan air bagi Stesen Kaji Cuaca Kawasan X

(b) Dengan menggunakan maklumat kerpasan dan sejatpeluhan , lukis graf yang sesuai
menunjukan lebihan air dan kurangan air bagi Stesen Kaji Cuaca Kawasan X.

b) Berdasarkan graf yang telah anda dilukis pada (b) , jelaskan bagaimana pola
imbangan air yang sedemikian boleh menganggu kegiatan manusia di kawasan tersebut

PENILAIAN JAWAPAN

(a) Cara Pengiraan :

Lebihan Air dan Kurangan Air ( Penerimaan Air )

= Jumlah Kerpasan – Jumlah Sejat peluhan.

a) Contoh Bulan Januari;

= 87 - 12

= 75 mm

b) Contoh Bulan Jun;

= 87 – 139

= - 52 mm.

c) Contoh Bulan Disember.

= 89 – 12

= 77 mm.

b) ( Sila lukis graf garisan yang lengkap )


c) Kenalpasti bagaimana pola imbangan air yang sedemikian boleh menganggu
kegiatan manusia di kawasan X,
Antara kegiatan manusia ialah :

• Pertanian
• Pelancongan
• Perniagaan.
• Perindustrian.

TEMA 5 : SISTEM EKOLOGI


KERTAS 1 ( ALAM SEKITAR FIZIKAL )

TAJUK :

• Konsep ekosistem dan komponen ekosistem.


• Ekosistem akautik ( hutan paya bakau )
• Kepentingan hutan paya bakau.

HASIL PEMBELAJARAN :

Setelah mempelajari bab ini pelajar akan dapat :

• Menyatakan maksud ekosistem


• Menyenaraikan komponan asas dalam ekosistem
• Menjelaskan ekosistem akuatik,

SISIPAN KONSEP :

Ekosistem
Aliran tenaga dalam makanan
Hutan bakau

ISI-ISI UTAMA :

• Interaksi utama antara komponen abiotik dan biotik dalam satu persekitaran.
• Komponan biotik ialah benda-benda hidup seperti tumbuhan-tumbuhan haiwan
organisma dan manusia.
• Pengguna pengeluar dan pengurai
• Gambarajh ekosistem.

AKTIVITI PEMBELAJARAN :

Penggunaan ICT.

CONTOH SOALAN :

1 (a) Jelaskan maksud ekosistem (5m)


(b) Dengan merujuk kepada sebuah ekosistem akuatik beri contoh komponan biotik
dan komponan abiotik. ( 10m )
(c ) Huraikan kepentingan ekosistem hutan paya bakau. ( 10m )

PENILAIAN JAWAPAN:

(a) Ekosistem ialah satu interaksi antara benda hidup dan benda bukan hidup dalam satu
alam sekitar.
(1x5m)
(b) Ekosistem akuatik

• Gambarajah
• Komponan biotik terdiri daripada tumbuhan plakton, zooplanton, ikan, udang,
bakteria, kulat,
• Komponan abiotik terdiri daripada tenaga suria,tanah,
• Larutan mineral ,suhu,air,kemasinan dan keasidan air.
( 1+ 3+3=10)
(c) Kepentingan hutan paya bakau,

• Melindungi pinggir pantai


• Tempat perlindungan haiwan dan ikan
• Memerangkap nutrien ,sedimen dan bahan toksid
• Tempat bekalan makanan
• Perikanan
• Hasil kayu
• Sumber makanan dan bahan kegunaan domestik serta ubatan
• Penyelidekan dan pendidikan
• Penyelidekan

( 2x5=10m )

TEMA 5 : SISTEM EKOLOGI

TAJUK :

• Konsep ‘rantaian makanan’ dan siratan makanan’.


• Jenis ekosistem dan contohnya.
• Kepentingan hutan kepada alam sekitar fizikal dan manusia.

HASIL PEMBELAJARAN

• Menjelaskan maksud ‘ Rantaian Makanan’ dan ‘Siratan Makanan’


• Menyatakantan jenis ekosistem dan contohnya.
• Menjelaskan kepentingan hutan kepada alam sekitar fizikal dan manusia.

SISIPAN KONSEP

• Rantaian Makanan.
• Siratan Makanan
• Ekosistem Daratan.
• Ekosistem Lautan

ISI-ISI UTAMA

• Maksud rantaian makanan’ dan‘ siratan makanan ‘


• Jenis ekosistem dan contoh.
• Kepentingan hutan kepada alam sekitar fizikal dan manusia

AKTIVIYI PEMBELAJARAN :

Pembelajaran luar bilik darjah (PLBD).

CONTOH SOALAN :

(a) Apakah maksud ‘ rantaian makanan’ dan ‘ siratan makanan’.


( 9 m)
(b) Nyatakan jenis ekosistem dan berikan contoh setiap jenis tersebut.
(4m)
(c) Huraikan kepentingan ekosistem hutan kepada alam sekitar fizikal dan manusia.
(8 m )

PENILAIAN JAWAPAN :

(a) Apakah maksud, ‘ Rantaian Makanan’ dan ‘Siratan Makanan’.

• Konsep rantaian makanan dapat dijelaskan sebagai hubungan pemakanan


antara pengeluar, pengguna primer, pengguna sekunder dan pengguna tertier
yang melibatkan pemindahan tenaga untuk menjalankan aktiviti tumbesaran
dalam sesuatu ekosistem.

• Konsep siratan makanan mempunyai hubungan kait dengan rantaian


makanan kerana siratan makanan ialah gabungan beberapa rantaian makanan
untuk membentuk satu ekosistem yang rencam dan unik.
( 4m/5m)

(b) Nyatakan jenis ekosistem dan berikan contoh setiap jenis tersebut.

• Jenis ekosistem,
- ekosistem daratan
- ekosistem lautan.
( 2m )
• Contohnya,
- Hutan hujan tropika.
- Hutan pantai.
( 2m )
(c) Huraikan kepentingan ekosistem hutan kepada alam sekitar fizikal dan manusia.

• Kepentingan ekosistem hutan :

• Terhadap alam sekitar fizikal,


- Menghalang berlaku hakisan.
- Merupakan kawasan tadahan.
- Mencegah berlaku kejadian banjir.
- Sederhanakan suhu bumi.
- Membantu pembentukan kerpasan dengan menjalankan proses
sejat peluhan .

• Terhadap alam sekitar manusia,


- Sumber perubatan.
- Sumber makanan.
- Sumber kayu balak.
- Sumber bahan mentah kraf tangan.

TEMA 6 : SALING KEBERGANTUNGAN SISTEM..


( KERTAS 1 : GEOGRAFI ALAM SEKITAR FIZIKAL)

TAJUK :

• Saling kebergantungan Sistem, gangguan terhadap sistem atmosfera.


• Pengekalan, pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar fizikal.

HASIL PEMBELAJARAN :

Di akhir pembelajaran pelajar dapat

• Menjelaskan punca-punca pembakaran hutan.


• Membincangkan bagaimanakah kebakaran hutan boleh menganggu alam sekitar
fizikal.
• Membincangkan langkah-langkah mengatasi kemusnahan hutan.

SISIPAN KONSEP :

• Kebakaran hutan.
• Pengekalan, pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
ISI-ISI UTAMA :

• Punca-punca kebakaran hutan.


• Bagaimana kebakaran hutan boleh menganggu alam sekitar fizikal.
• Langkah-langkah mengatasi kemusnahan hutan.

AKTIVITI PEMBELAJARAN :

• Carta Bergambar.
• Melukis Peta Minda.

CONTOH SOALAN :

. a) Nyatakan punca pembakaran hutan di Malaysia.


( 5m )
b) Huraikan kesan kebakaran hutan terhadap alam sekitar fizikal.
( 10m )
c) Beri cadangan anda tentang cara-cara mengatasi kemusnahan hutan.
( 10 m )

PENILAIAN JAWAPAN

a) Nyatakan punca pembakaran hutan di Malaysia.

kilat.
pertanian pindah.
pembukaan ladang.
kemarau.
kecuaian manusia.
( 5m )

b) Huraikan kesan kebakaran hutan terhadap alam sekitar fizikal .

Peningkatan suhu/ matahari terus memancar ke bumi.


Tanih kering/ tandus.
Pencairan salji/ kenaikan aras laut.
Menganggu keseimbangan kandungan udara.
Memusnah habitat flora dan fauna.
Tupan angin kencang /tiada halangan / tekanan udara rendah.
Kadar hakisan tanah meningkat/ tiada halangan / tiada cengkaman akar.

( Mana-mana 5 x 3m = 10 markah)

c) Beri cadangan anda tentang cara-cara mengatasi kemusnahan hutan.

Kuat kuasa undang-undang- Akta Perhutanan Negara ( Pindaan 1993 )/


Enakmen Industeri Berasas Kayu ( 1985)
Kempen - Media cetak/ media elektoronik
Ladang hutan.
Tanam semula hutan.
Mewartakan hutan simpan dan taman negara.
Rawatan silverkultur.

(Mana-mana 5 x 3m = 10 markah)

TEMA 7: KAJIAN LAPANGAN/KAJIAN LUAR GEOGRAFI


KERTAS 1 (Alam Sekitar Fizikal).

HASIL PEMBELAJARAN

Setelah mempelajari bab ini pelajar akan dapat:


• Memahami prinsip-prinsip kajian luar seperti menyatakan tajuk dan kawasan kajian
secara mikro (kawasan yang kecil), mengemukakan objektif kajian luar dan
menerangkan kaedah-kaedah yang boleh diguna untuk melakukan kajian luar.
• Menjelaskan kaedah dan langkah yang patut dibuat untuk melaksanakan kajian luar
(sebelum, semasa dan selepas di lapangan)
• Mengenalpasti aspek-aspek yang boleh dikaji secara kajian luar bagi setiap sistem
geomorfologi, sistem atmosfera, sistem hidrologi dan juga sistem ekologi.
• Memahami bagaimana menulis laporan kajian luar yang mesti disediakan dan
seterusnya menggunakan format laporan tersebut untuk menulis jawapan soalan
kajian lapangan Geografi Kertas 1 STPM.

SUBTOPIK DAN HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

SUBTOPIK HURAIAN
7.1 Prosedur melaksanakan kajian Memahami prinsip dan kaedah melaksanakan kajian
luar/lapangan luar/lapangan .
7.2 Tema dan skop kajian. Menjelaskan tema dan skop kajian luar/lapangan bagi
setiap sistem: sistem geomorfologi, sistem
atmosfera,sistem hidrologi dan sistem ekologi.
7.3 Contoh-Contoh Kajian luar Contoh laporan kajian luar sistem geomorfologi,
yang dijalankan atmosfera, hidrologi dan ekologi.

7.1 Prosedur Menjalankan Kajian Luar Alam Sekitar Fizikal.

Pengenalan

1. Kajian luar merupakan salah satu komponen penting dalam disiplin geografi.
Kajian luar ini mengandungi dua bahagian, iaitu Alam Sekitar Fizikal dan Alam Sekitar
Manusia yang boleh dijalankan serentak. Teori yang dipelajari di dalam bilik darjah
dimantapkan lagi melalui kerja praktikal di lapangan yang akan meningkatkan lagi
pemahaman pelajar tentang aspek alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia yang
saling berkaitan.

2. Dokumen ini mengandungi langkah-langkah dalam menjalankan kajian luar. Langkah-


langkah yang dicadangkan ini boleh menjadi panduan dan senarai semak kepada guru dan pelajar
sebelum menjalankan kajian luar.

3. Langkah-langkah dalam menjalankan kajian luar ialah menentukan tajuk/isu kajian,


pemilihan kawasan, membuat tinjauan, menentukan kaedah kajian, menyediakan peralatan dan
bahan kajian,menentukan masa yang sesuai untuk menjalankan kajian, persiapan logistik,
menjalankan kajian di lapangan, memproses dan menganalisis data, dan menyediakan laporan.
Langkah-langkah dalam menjalankan kajian luar akan diperincikan di bawah ini.

Langkah-langkah menjalankan kajian luar

Menentukan tajuk/isu kajian

Pemilihan tajuk kajian luar bergantung pada kesesuaiannya dengan tempat yang dipilih
seperti yang terkandung dalam sukatan pelajaran. Tajuk kajian luar Alam Sekitar Fizikal
berdasarkan kepada empat sistem, iaitu sistem geomorfologi, sistem atmosfera, sistem
hidrologi, dan sistem ekologi.

Pemilihan kawasan

1. Lokasi kawasan kajian yang dipilih hendaklah dirujuk pada peta kawasan
berkenaan dan menepati objektif kajian luar yang didasarkan kepada perkara berikut.

(a) unsur fizikal dan manusia yang terdapat di kawasan tersebut


(b) faktor jarak, kos dan masa
(c) aspek keselamatan
(d) keluasan kawasan kajian
(a) merangkumi unsur fizikal dan manusia

Kawasan kajian yang dipilih hendaklah merangkumi unsur fizikal dan manusia. Ini bagi
membolehkan pelajar menjalankan kajian yang merangkumi kedua-dua aspek fizikal dan
manusia serentak. Tajuk kajian yang dipilih hendaklah merangkumi tajuk-tajuk yang
telah dipelajari di bilik darjah. Contohnya, pelajar tingkatan enam rendah boleh
menjalankan kajian luar tentang geomorfologi dan pembangunan ekonomi dan impak
alam sekitar.

(b) faktor jarak, kos dan masa

Faktor jarak, kos dan masa hendaklah juga diambil kira dalam menentukan pemilihan
kawasan kajian. Sekiranya unsur yang hendak dikaji terdapat di kawasan persekitaran
sekolah memadai sekiranya kajian itu dijalankan di kawasan tersebut. Seboleh mungkin
kawasan kajian hendaklah tidak terlalu jauh dari sekolah yang melibatkan perjalanan
masa yang lama serta kos pengangkutan yang tinggi. Jarak kawasan kajian yang dipilih
sebaik-baiknya tidak melebihi 2 jam perjalanan dengan bas.

(c) aspek keselamatan

Dalam menentukan pemilihan kawasan kajian aspek utama yang perlu ditegaskan ialah
keselamatan. Keselamatan ini meliputi keselamatan dalam perjalanan, kawasan kajian
yang dipilih hendaklah bebas dari sebarang ancaman seperti arus sungai yang deras,
cerun curam, haiwan buas, kawasan berisiko tinggi dan kawasan larangan.

(d) keluasan kawasan kajian

1. Keluasan kawasan kajian yang dipilih hendaklah bersifat mikro yang mempunyai
kedua-dua unsur alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia. Kawasan yang dipilih
seeloknya hendaklah mempunyai beberapa ciri fizikal yang boleh dikaji seperti sungai,
cerun, pantai, hutan, bukit, paya, tasik dan stesen kaji cuaca atau kaji iklim.

2. Kawasan yang hendak dikaji mestilah sesuai dengan tajuk yang dipilih. Pada amnya
pemilihan kawasan kajian mestilah memenuhi syarat berikut
(a) Kawasan kajian luar boleh dipilih berdasarkan bentuk muka bumi, fenomena
fizikal, unsur dan proses fizikal yang berlaku.
(b) Kawasan kajian luar hendaklah berskala mikro seperti sebuah lembah sungai,
sebuah cerun, pantai, hutan, dan stesen kaji cuaca atau kaji iklim.

Peralatan dan kegunaannya


Kajian luar bagi bahagian alam sekitar fizikal boleh menggunakan peralatan berikut.
(i) Alat aras Abney atau klinometer Suunto – digunakan untuk merekodkan
ketinggian sesuatu poin yang diukur
(ii) Pancang jajar – digunakan untuk menjajarkan sesuatu pengukur linear semasa
mengukur profil, dan sekiranya yang diukur ialah profil pantai, pancang jajar ini
boleh juga digunakan untuk mengukur ketinggian ombak serta tempohnya
(iii) Pita ukur – digunakan untuk kerja-kerja pengukuran jarak
(iv) Kompas prismatik – digunakan untuk menentukan orientasi profil yang diukur
(v) Alat GPS (Global Positioning System) –digunakan untuk menentukan letakan,
ketinggian, dan arah
(vi) Higrometer putar dan air suling – digunakan untuk merekodkan suhu kering dan
suhu basah, dan mengira kelembapan bandingan
(vii) Termometer Sixes, tolok hujan, anemometer, alat pelindung Stevenson, dan
barometer – digunakan untuk mengukur unsur cuaca
(viii) Peta topografi – digunakan untuk menentukan lokasi dan membuat peta lakar
sesuatu kawasan kajian
(ix) Alat tulis – digunakan untuk merekodkan setiap pencerapan atau pengukuran di
lapangan
(x) Kamera – digunakan untuk merakam gambar sebagai bukti tempat itu dan bahan
sokongan kajian.

Kaedah kajian:

Maklumat boleh diperoleh dari dua sumber iaitu sumber sekunder dan sumber primer. Sumber data
sekunder terdiri daripada laporan seperti laporan dari Jabatan Perangkaan Malaysia, Jabatan
Meteorologi, Jabatan Alam Sekitar, dan agensi awam lain dan swasta. Data primer diperoleh di
lapangan melalui kaedah pemerhatian, pencerapan, pengukuran, senarai semak, temu bual dan kaji
selidik.

Langkah menjalankan kajian luar


(a) Sebelum ke lapangan guru membuat persiapan awal seperti:
(i) Menentukan sistem atau tema kajian, memilih lokasi kajian dan melakukan
tinjauan awal
(ii) Pemilihan tajuk mengikut kumpulan pelajar. Setiap kumpulan diberikan tajuk
yang berlainan supaya semua tajuk dapat dikaji secara kajian luar.
(iii) Pengurusan surat menyurat seperti surat kebenaran penjaga, surat kebenaran
dari sekolah/Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)/Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).
(iv) Menghubungi agensi-agensi yang hendak dikunjungi.
(v) Penyediaan pengangkutan dan guru pengiring,
(vi) Persediaan peralatan dan instrumen yang diperlukan termasuklah borang soal
selidik.
(vii) Taklimat kepada pelajar yang meliputi; tugasan kumpulan, aspek kajian, jumlah
responden yang ingin ditemu bual/soal selidik, taklimat kawalan keselamatan
dan lain-lain yang bersesuaian,
(b) Semasa di lapangan
(i) Pelajar menjalankan pemerhatian, pencerapan, dan pengukuran terhadap
perkara berikut:
• Ciri alam sekitar fizikal dan ciri alam sekitar manusia yang ada di kawasan
kajian.
• Punca yang menyebabkan impak alam sekitar sama ada proses fizikal atau
aktiviti manusia atau kedua-duanya.
• Impak alam sekitar yang dikaji terhadap parameter alam sekitar fizikal dan
kehidupan manusia.
• Langkah yang telah diambil untuk mengurangkan impak alam sekitar.
• Faktor yang mempengaruhi proses fizikal dan aktiviti manusia.
• Kepentingan bentuk muka bumi, fenomena cuaca, dan aktiviti manusia

(c) Sekembali dari lapangan


(i) Menyusun dapatan (data dan maklumat) yang diperoleh mengikut keutamaan
atau mengikut item yang telah dipecahkan dari sesuatu tajuk.
(ii) Memproses maklumat – mentafsir, menganalisis, dan membuat hubung kait
antara dapatan yang diperoleh.
(iii) Mempersembahkan maklumat dan data dalam bentuk jadual, graf, carta, dan
rajah bagi mana item yang relevan dan sesuai.
(iv) Membincangkan dapatan/hasil kajian – menghubungkaitkan dapatan yang
diperoleh dengan teori yang telah dipelajari dalam bilik darjah.
(v) Merumus dan mempersembahkan hasil kajian. Setiap kumpulan mestilah
membentangkan hasil kajian masing-masing.

Penyediaan laporan kajian luar


1. Kajian lapangan dilakukan secara berkumpulan tetapi laporannya mesti disediakan secara
individu. Oleh itu satu laporan kajian luar yang lengkap perlu dibuat setelah kembali daripada kerja
di lapangan. Laporan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara yang berikut.
(a) Pengenalan – Tajuk kajian iaitu penyataan tentang apa yang dikaji.
(b) Tujuan kajian – penyataan tentang objektif kajian dilakukan berkaitan dengan tajuk
kajian yang telah dipilih.
(c) Lokasi kajian – huraian ringkas tentang ciri alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia
yang ada di kawasan kajian dijalankan.
(d) Kaedah kajian – huraian tentang cara kajian dilakukan: pengukuran, pencerapan, soal-
selidik, temu bual, dan pemerhatian
(e) Hasil kajian dan perbincangan – huraian tentang dapatan kajian yang telah dianalisis;
merangkumi punca, proses, dan impak serta membanding, membezakan dan menilai
tentang saling interaksi aspek-aspek fizikal dengan aktiviti manusia atau sebaliknya.
Data tentang hasil kajian boleh dipersembahkan dalam bentuk jadual, rajah, graf dan
peta.
(f) Penutup – rumusan kajian.

7.2 Skop dan Tajuk Kajian Luar Alam Sekitar Fizikal

Tajuk dan Tumpuan Kajian


Pemilihan tajuk kajian luar bergantung pada kesesuaiannya dengan tempat yang dipilih dan
jumlah masa yang diperuntukkan bagi setiap bahagian dalam sukatan pelajaran. Kajian luar
alam sekitar fizikal hendaklah berdasarkan salah satu daripada empat sistem iaitu sistem
geomorfologi, sistem atmosfera, sistem hidrologi, dan sistem ekologi.

7.2.1 (a) Kajian luar sistem geomorfologi boleh dilakukan di salah satu kawasan berikut:

(i) Lembah sungai


(ii) Cerun
(iii) Pinggir pantai
(iv) Tanah tinggi
(v) Tanah pamah

(b) Tumpuan kajian bagi setiap sistem geomorfologi yang dipilih adalah:

(i) Proses geomorfologi


(ii) Faktor yang mempengaruhi
(iii) Kepentingan kepada pembentukan bentuk muka bumi
(iv) Impak kepada alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia
(v) Cadangan mengurangkan impak tersebut

7.2..2 (a) Kajian luar berkaitan sistem atmosfera boleh dilakukan di stesen kaji cuaca atau
kaji iklim.Kajian perlu ditumpukan kepada aktiviti mencerap, merekodkan, dan
menganalisis unsur cuaca dan menjelaskan faktor yang mempengaruhinya. Unsur
cuaca yang dikaji:

(i) Suhu
(ii) Hujan
(iii) Angin
(iv) Kelembapan bandingan
(v) Litupan awan
(vi) Tekanan udara

7.2.3 (a) Kajian luar berkaitan sistem hidrologi boleh dijalankan di salah satu kawasan berikut:

(i) Luar bandar


(ii) Bandar
(iii) Perumahan
(iv) Perindustrian
(v) Pertanian
(vi) Bencana
• Banjir
• Kemarau
• Pencemaran air

(b) Kajian perlu ditumpukan kepada:

(i) Aspek permintaan dan bekalan air serta faktor yang mempengaruhinya (untuk
kawasan (i) hingga (v))
(ii) Kejadian banjir, kemarau, dan pencemaran air serta faktor yang
mempengaruhinya (untuk kawasan (vi)).

7.2.4 (a) Kajian luar berkaitan sistem ekologi boleh dijalankan di salah satu kawasan berikut:

(i) Hutan
(ii) Tasik
(iii) Sungai
(iv) Pinggir pantai
(v) Paya
(vi) Belukar

(b) Kajian perlu ditumpukan kepada:

(i) Komponen asas ekosistem


(ii) Gangguan terhadap keseimbangan ekosistem
(iii) Pemeliharaan dan pemuliharaan ekosistem

Kajian Luar Sistem Geomorfologi

1. Di dalam sistem geomorfologi, penekanan hanya diberikan kepada geomorfologi


lembangan saliran dan geomorfologi pinggir pantai. Setiap bentuk yang terdapat
adalah merupakan hasil ukiran proses-proses yang bertindak di sesuatu kawasan
berkenaan.

2. Kejayaan pengukiran bentuk-bentuk tersebut adalah bergantung pada beberapa


faktor yang mempengaruhinya. Kesemua bentuk dapat diukur, sama ada yang besar,
maupun yang kecil. Bagaimanapun, penentuan sesuatu bentuk yang hendak diukur
adalah bergantung pada kemampuan peralatan, keselamatan dan juga masa yang ada.

Tujuan

1. Tujuan khusus kajian luar bagi sistem geomorfologi ini ialah untuk mengukur
profil cerun. Pengukuran profil cerun, boleh dilakukan sama ada di sebuah kawasan
bercerun yang tidak terdapat terlalu banyak tumbuh-tumbuhan atau di sesebuah pantai,
ialah sebagai suatu ilustrasi untuk mengenali bentuk muka bumi di lapangan,
kemungkinan proses yang bertindak menghasilkannya, dan juga faktor-faktor yang
mempengaruhi proses dan pembentukan bentuk berkenaan.

2. Hasil kajian itu akan membolehkan pelajar memahami dengan lebih baik
tentang proses-proses yang terlibat di dalam pembentukan sesuatu bentuk muka bumi
berkenaan, umpamanya hakisan, pengangkutan atau pemendapan. Kajian di sebuah
kawasan yang kecil ini sepatutnya dapat membantu pelajar secara umumnya untuk
melihat bagaimana sesuatu bentuk muka bumi serta proses-proses yang bertindak
mewujudkannya boleh mempengaruhi manusia, sama ada secara langsung ataupun secara
tidak langsung.

Alat-alat dan Kegunaannya

1. Alat aras Abney atau klinometer Suunto (untuk merekodkan tinggi atau rendah
sesuatu poin yang diukur).
2. Pancang jajar (untuk menjajar sesuatu pengukuran linear semasa mengukur profil;
dan sekiranya profil pantai yang diukur, pancang jajar ini juga boleh digunakan
untuk mengukur ketinggian ombak serta tempohnya, sekiranya diperlukan).

3. Pita ukur (untuk kerja-kerja pengukuran jarak).

4. Kompas prismatik (untuk menentukan orientasi profil yang diukur).

5. Alat tulis (untuk merekodkan setiap pencerapan atau pengukuran di lapangan).

Lokasi Kajian Luar

Pemilihan lokasi kawasan kajian luar ini bergantung pada masa yang terdapat serta kos. Adalah
dicadangkan supaya lokasi kajian luar dipilih berdasarkan tempat yang paling dekat dengan
sekolah. Lokasi kawasan kajian luar ini perlu dikenal-pasti terlebih dahulu berdasarkan peta
topografi, dan seelok-eloknya setelah dibuat tinjauan awal oleh guru untuk menentukan
kesesuaian tempat berkenaan untuk digunakan sebagai kawasan kajian luar.

Aktiviti di Lapangan

1. Membuat peta lakar kawasan yang dikaji. Di dalam peta lakar ini perlu dimasukkan
apa sahaja bentuk serta perubahan bentuk muka bumi yang terdapat. Pada peta
lakar ini juga perlu dimasukkan poin serta garis-garis profil yang bakal diukur.
Pastikan jarak/panjang garis profil yang bakal diukur tidak terlalu panjang dan juga
tidak terlalu pendek (seelok-eloknya tidak melebihi 40 meter).

2. Dengan menggunakan pancang jajar, tentukan garis profil yang bakal diukur.
Pastikan garis profil tersebut terdapat pada suatu garis lurus dan bersudut tepat
kepada garis umum kontur, ataupun garis gigi air sekiranya kajian dijalankan di
pantai.

3. Pengukuran ketinggian bolehlah dilakukan daripada titik atau poin paling tinggi yang
hendak diukur kepada titik yang paling rendah, ataupun sebaliknya. Setiap
perubahan pada cerun profil yang diukur perlu direkodkan melalui pengukuran dan
dilabelkan dengan jelas.

4. Pengukuran ketinggian ini dilakukan dengan menggunakan sama ada alat ukur aras
Abney atau klinometer Suunto dengan seorang memegang pancang jajar pada titik
yang diukur, dan dua orang mengukur jarak daripada titik pengguna alat kepada titik
yang diukur, sementara perlu ada seorang pencatat. Ukuran diteruskan sehingga
habis menggunakan kaedah yang serupa.

5. Untuk mengelakkan melakukan kesilapan, segala rekod pengukuran tersebut bolehlah


dicatatkan juga pada suatu profil lakar yang telah dibuat sebelum kerja-kerja
pengukuran dimulakan dengan menandakan titik-titik yang diukur.

6. Semasa melakukan pengukuran profil, pencatat perlu juga merekodkan segala


perkara yang kelihatan serta lokasinya yang dapat membantu dalam kerja-kerja
analisis, umpamanya jenis-jenis batuan serta keadaan keterdedahannya, tanih
(jenis, struktur serta keterdedahannya), litupan serta jenis tumbuhan atau rumput,
keadaan cuaca semasa kajian dijalankan dan sebagainya.

Mengukur cerun:

1. Dengan menggunakan peta lakar kawasan kajian, pastikan lokasi atau di mana mereka
berada di atas peta.
2. Agihkan kawasan-kawasan kecil yang hendak dikaji kepada kumpulan-kumpulan kecil
yang telah dikenal pasti.
3. Agihkan alat yang diperlukan untuk pengukuran kepada setiap kumpulan.
4. Lantik seorang pelajar untuk mengetuai setiap kumpulan atau boleh juga diminta setiap
kumpulan untuk melantik seorang ketua di kalangan mereka.
5. Pastikan setiap pelajar terlibat dalam kerja yang hendak dijalankan
6 Pastikan dua titik/poin permulaan dan terakhir yang hendak diukur di lapangan dan di
atas peta lakar. Sebaik-baiknya kedua-dua titik yang dipilih adalah saling nampak.
Lukiskan keratan rentas yang hendak diukur di atas peta lakar. Pastikan rentasan pengikat
dalam pengukuran untuk menentukan kontur. Ukur orientasi profil rentas.
7 Pastikan poin/titik untuk dijadikan stesen pengukuran di lapangan. Penentuan poin
sampel perlu didasarkan kepada perubahan yang ketara pada sesuatu cerun yang bakal
diukur. Gunakan sebanyak mungkin poin pengukuran untuk menggambarkan perubahan-
perubahan yang terdapat pada cerun rentasan tersebut. Jarak antara poin pengukuran
mestilah tidak terlalu jauh kerana ini akan menghilangkan cici-ciri morfologi penting
yang terdapat disepanjang cerun yang diukur.
8 Pengukuran boleh dilakukan sama ada dari bawah ke atas cerun, ataupun dari atas
menuruni cerun. Lakukan penjajaran dulu untuk memastikan garis yang diukur itu
terdapat lurus.
9 Bagi mengukur garis rentas dari A ke H (Rajah 1.1), apa yang perlu dilakukan setelah
garis AH dilaraskan ialah mengukur secara berperingkat-peringkat. Pemegang alat aras
Abney berdiri di stesen A yang sebaik-baiknya diketahui ketinggiannya, sementara
pembantunya memegang satu pancang jajar di stesen B. Pemegang alat aras menenang
tepat kepada tinggi aras matanya pada pancang jajar melalui kanta mata alat sambil
memutarkan skru dibahagian tepi alat tersebut bagi mendapatkan buih kecil pengaras
spirit supaya berada benar-benar di tengah, bersetentang dengan dawai rentas halus yang
terdapat di dalam tiub alat tersebut. Apabila ini sudah didapati, jangan lagi putarkan skru
tadi dan bacaan bolehlah dilakukan pada skala vernier untuk mendapatkan bacaan sudut ,
sama ada sudut dongak ataupun sudut tunduk berdasarkan aras 0.
10 Setelah bacaan sudut diperolehi, jarak antara stesen A dan B diukur dengan
menggunakan pita ukur. Bagaimanapun, jarak yang diukur mestilah merupakan jarak
yang terdapat pada satu rataan yang selari dengan rataan penglihatan pencerap, iaitu
rataan mendatar. Cara pengukuran dan pencerapan yang serupa dilakukan bagi stesen-
stesen yang berikutnya sehingga kepada stesen penghabisan untuk rentasan tersebut, iaitu
titik H. Catatan yang diperlukan dapat dilakukan pada rajah kasar rentasan yang diukur.

Rajah 1.1. Contoh catatan pada keratan rentas yang


diukur

Kajian Luar Sistem Atmosfera

1. Seperti juga dalam sistem geomorfologi, unsur-unsur di dalam sistem atmosfera


dapat diukur dan dicerap. Tetapi, dalam keadaan masa yang tidak mengizinkan bagi
kajian luar, pengukuran dan pencerapan tersebut mungkin tidak dapat dilaksanakan untuk
suatu jangka masa yang panjang.

2. Oleh itu pemilihan parameter cuaca yang dapat dicerap dan diperhatikan dalam
suatu jangka masa yang singkat perlu dikenalpasti terlebih dahulu. Di samping itu,
penetapan lokasi kawasan kajian juga perlu dipilih bersesuaian dengan jnagkan masa dan
kos kajian luar yang dilakukan.
Tujuan

Kajian luar ini adalah bertujuan untuk:

1. mencerap pelbagai parameter iklim dan cuaca di beberapa lokasi yang ditentukan
mengikut masa.

2. membanding dan membezakan antara parameter yang dicerap di beberapa lokasi


yang ditetapkan.

3. melihat pola taburan parameter cuaca yang dicerap mengikut lokasi dan masa.

4. menilai pengaruh sesuatu lokasi dan faktor-faktor persekitaran yang menyebabkan


perbezaan parameter yang dicerap mengikut lokasi terpilih.

5. mengaitkan perkara-perkara yang diukur dan dicerap dengan pengaruhnya terhadap


manusia.

Alat-alat Yang Diperlukan

1. Higrometer putar (dengan air suling).

2. Alat aras Abney atau klinometer Suunto.

3. Pita ukur.

4. Cup anemometer.

5. Tolok hujan.

6. Alat tulis, termasuk kertas graf.

7. Barometer

Lokasi Kajian Luar

Kawasan yang hendak digunakan bagi tujuan kajian luar sistem atmosfera ini perlu
mempunyai ciri-ciri yang memenuhi keperluan berikut:

1. Bawah pokok berlainan ketinggian dan berlainan kanopi.

2. Tempat yang mempunyai permukaan yang berbeza, umpamanya kawasan


permukaan berturap; kawasan permukaan berumput; tanah lapang; kawasan
tepubina; taman rekreasi.
3. Kawasan yang mudah menjalankan pencerapan data cuaca.

4. Kedudukan kawasan yang dipilih tidak begitu jauh dari kawasan sekolah.

Aktiviti di Lapangan

1. Membuat peta lakar kawasan yang dikaji. Pada peta lakar tersebut perlu
dimasukkan lokasi titik-titik bagi pengukuran parameter cuaca, iaitu sekurang-
kurangnya satu titik di setiap kawasan yang berlainan persekitaran dan pola guna
tanahnya.

2. Merekodkan parameter cuaca menggunakan alat yang yang telah ditetapkan,


umpamanya suhu basah dan suhu kering dengan menggunakan higrometer putar dan
halaju angin menggunakan cup anemometer. Kerja-kerja tersebut hendaklah
dilakukan untuk setiap titik atau stesen yang telah ditetapkan serta dilakukan
mengikut jarak masa yang sesuai, umpamanya setiap setengah jam atau satu jam
sekali.

3. Semasa mencerap parameter cuaca tersebut, keadaan cuaca semasa (contohnya


litupan awan, tiupan angin dan sebagainya) perlu direkodkan/dicatatkan. Perkara ini
penting untuk membantu penganalisisan untuk penulisan laporan.

4. Sekiranya mencerap suhu di kawasan berpokok, ketinggian pokok serta bahagian


bawah kanopi perlu diukur dengan menggunakan alat aras Abney atau klinometer
Suunto dengan jarak diukur menggunakan pita ukur. Sudut ketinggian serta jarak
daripada titik pengukuran kepada bahagian tengah pangkal pokok akan
membolehkan ketinggian pokok serta bahagian bawah kanopi dicari, dengan
menolak ketinggian aras mata pengukur sudut.

5. Kelembapan bandingan dapat dikira menggunakan data suhu kering dan suhu
basah melalui jadual pertukaran yang dibekalkan bersama higrometer putar.

5. Segala perkara lain yang berkaitan dengan tapak kawasan, umpamanya cerun,
tanih atau batuan, keadaan persekitarannya juga perlu dicatatkan bagi membantu
dalam penganalisisan dan penyediaan laporan.

6. Sebarang faktor yang dianggap mempengaruhi parameter cuaca yang dicerap


hendaklah dicatatkan, umpamanya pengaruh lalu lintas, pengaruh kepadatan
bangunan, pengaruh litupan bumi dan badan air.
Penentuan lokasi, peta kawasan kajian dan peralatan perlu dilakukan dan diselesaikan di
bilik darjah atau di makmal terlebih dahulu sebelum guru dan pelajar-pelajar boleh
melakukan kajian luar. Selain dari tajuk, guru, bila perlu, hendaklah menjelaskan juga
kepada pelajar sebarang teori yang berkaitan dengan tajuk yang dipilih.

Kajian Luar Sistem Hidrologi

Pengenalan

1. Kajian luar sistem hidrologi berkait dengan air. Oleh itu berbagai aspek air dan
sumber air boleh diperhati, diukur, dinilai, ditafsir, dianalisa, dipeta, dan dilaporkan
dalam kajian luar. Misalnya, aspek-aspek hidrologi yang lazim dipertimbangkan ialah
bekalan air, penawaran dan permintaan air, penggunaan air hujan, pengukuran jumlah
hujan, imbangan air, penilaian dan pengukuran sumber-sumber air (sungai, telaga, tasik,
air bawah tanah), pengukuran kualiti air, kajian bencana air (banjir, kemarau,
pencemaran), dan lain-lain.

2. Hidrologi merupakan salah satu komponen penting dalam geografi fizikal. Kajian
luar hidrologi yang berkenaan dengan aspek-aspek hidrologi tersebut lazimnya dijalankan
menurut urutan kerja berikut: penilaian, penafsiran, penganalisan, pengukuran, pemetaan
dan penulisan laporan. Namun, bukan semuanya kerja tersebut harus dilakukan secara
menyeluruh. Guru boleh membahagikan kerja tertentu kepada pelajar tertentu supaya
setengah pelajar berfokus kepada hanya satu atau dua aspek kerja lapangan.

3. Penulisan laporan hidrologi juga boleh berfokus kepada satu atau dua aspek kerja
lapangan tersebut. Tujuan utama dalam kerja lapangan hidrologi ialah bahawa teori-teori
hidrologi yang dipelajari di dalam bilik darjah dimantapkan lagi melalui kerja
praktikal berkenaan.

4. Melalui kerja lapangan, diharapkan bahawa pelajar dapat mengalami secara


langsung aspek-aspek hidrologi dan ini akan meningkatkan lagi pemahaman pelajar
tentang aspek-aspek tersebut dalm alam sekitar geografi fizikal. Namun, kajian
lapangan hidrologi bukan sahaja berfokus kepada aspek-aspek fizikal hidrologi tetapi
juga merangkumi kajian terhadap bagaimana aspek-aspek tersebut saling berkaitan
dengan masyarakat manusia.

Tujuan

Objektif kajian luar hidrologi adalah untuk membolehkan pelajar;

1. membuat perbandingan antara teori-teori hidrologi yang dibelajari di bilik darjah


dengan realiti di alam nyata melalui pemerhatian dan kerja praktikal di lapangan.
2. mendapat pengalaman dan kemahiran untuk mengumpulkan maklumat
hidrologi (primer dan sekunder) melalui pengukuran parameter hidrologi di lapangan
dan mengutip maklumat hidrologi daripada pelbagai sumber,

3. mendapat kemahiran untuk memperoleh data dan maklumat melalui pemerhatian,


pencerapan, pengukuran, soal selidik, dan temu bual di lapangan khasnya dalam bidang
hidrologi.

4. mendapat kemahiran untuk menganalisis data hidrologi dan maklumat hidrologi


yang diperolehi di lapangan, dan menggambarkannya dalam bentuk jadual khas dan
gambar rajah khas dalam bidang hidrologi (graf, carta, dan peta) dan menulis laporan;
dan

5. Untuk mengukur jumlah hujan, jumlah sejatan, keratan rentas, halaju dan luahan
sungai.

6. Untuk meninjau dan mengesan intensiti serta kekerapan kejadian banjir dan
kemarau di sesuatu kawasan yang dipilih.

7. Untuk mengesan kerugian serta kemusnahan yang dialami.

8. Untuk mengaitkan kejadian-kejadian banjir dan kemarau dengan keadaan


curahan hujan serta luahan air sungai berdasarkan maklumat yang diperolehi di
lapangan dengan data yang diperolehi daripada jabatan-jabatan kerajaan.

Lokasi Kajian

1. Pemilihan kawasan dan lokasi kajian luar hendaklah mengambil kira jarak
dari sekolah kerana ini akan melibatkan kos pengangkutan dan masa perjalanan.
Sebaik-baiknya perjalanan pergi dan balik dari lokasi itu tidak memakan masa lebih
daripada 2 jam.

2. Dengan itu, pelajar akan mempunyai masa sekurang-kurangnya 6 jam berada di


lapangan untuk melakukan kajian luar. Semasa melaksanakan kajian luar, pelajar
seharusnya dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil untuk memudahkan mereka
menjalankan kajian, dan memudahkan guru mengawasi dan menjaga keselamatan
mereka.

3. Kajian luar berkaitan sistem hidrologi boleh dijalankan di salah satu kawasan
berikut (walaupun tidak semestinya dihadkan kepada hanya kawasan-kawasan ini
sahaja):

(i) Luar Bandar (kampung, kampung baru, pekan kecil)


(ii) Bandar
(iii) Perumahan
(iv) Sekolah
(v) Industri
(vi) Pertanian
(vii) Kawasan yang mengalami bencana hidrologi seperti banjir, kemarau,
pencemaran air, krisis air, dan lain-lain
(viii) Sungai, tasik, kolam, paya dan badan-badan air yang lain
(ix) Mana-mana kawasan lain yang berkait dengan hidrologi atau air

3. Untuk kajian banjir/kemarau, penentuan kawasan kajian adalah berdasarkan


pengetahuan dan maklumat sedia ada tentang kejadian-kejadian banjir atau kemarau
tempat tersebut. Kawasan yang dipilih mungkin merupakan kawasan petempatan di luar
bandar atau pun kawasan di bandar.

Topik dan tema kajian

1. Kajian luar berkaitan sistemi hidrologi boleh dijalankan di dalam salah satu topik
berikut (walaupun tidak semestinya dihadkan kepada hanya topik-topik yang
disenaraikan di sini sahaja):

(i) Pengukuran ciri-ciri hidrologi sungai


(ii) Bekalan air
(iii) Penawaran and permintaan air
(iv) Penggunaan air hujan dan cara-cara pengutipannya
(v) Penggunaan air alternatif termasuk air hujan, air telaga, air bawah tanah, air
sungai, air kolam dan lain-lain sumber
(vi) Pengukuran jumlah hujan dan keasidan air hujan
(vii) Penilaian dan penganalisan hujan berdasarkan data sekunder
(viii) Penilaian imbangan air
(ix) Penilaian dan pengukuran sumber-sumber air (sungai, telaga, tasik, air bawah
tanah)
(x) Pengukuran dan pengujian kualiti air (sungai, telaga, tasik, air bawah tanah)
(xi) Kajian bencana air (banjir, kemarau, pencemaran) dalam aspek luas kawasan
yang diliputi, penyebab bencana, jenis dan jumlah kerugian, persediaan
menghadapi bencana, dan cara-cara mengawal bencana
(xii) Lain-lain topik hidrologi.

Alat-alat Yang Diperlukan


1. Pengukuran hujan memerlukan tolok hujan. Pengukuran sejatan pula memerlukan
dulang sejatan. Pengukuran keratan rentas sungai memerlukan peralatan ukur rantai dan
ukur kompas. Ukuran halaju arus sungai pula memerlukan meter arus, tetapi jika tiada
alat ini, metod kasar menentukan masa aliran bola ping pong antara dua poin sepanjang
sungai boleh dilakukan.

2. Untuk melaksanakan kajian luar banjir/kemarau pula tidak memerlukan alat yang
hendak digunakan di lapangan. Bagaimanapun, kajian lapangan banjir/kemarau
memerlukan peta topografi kawasan kajian, soal-selidik yang dibentuk sebelum ke
lapangan, dan maklumat-maklumat rasmi tentang kejadian banjir atau kemarau di
kawasan berkenaan serta data tentang hujan.

3. Pengukuran aspek-aspek fizikal untuk sistem hidrologi di lapangan sekiranya


hendak dilakukan memerlukan penggunaan peralatan ukur rantai dan ukur kompas serta
alat-alat yang mahal seperti meter arus untuk mengukur aliran air dalam sungai, tolok
hujan, dulang sejatan dan sebagainya.

4. Bagaimanapun, pengaruh hidrologi terhadap manusia seperti kemarau dan banjir


dapat dikesan melalui penggunaan soal-selidik terhadap responden yang biasa
mengalami masalah tersebut. Untuk memantapkan kajian ini, data-data fizikal hasil
pengukuran serta pencerapan jangka panjang dapat digunakan.

Aktiviti di Lapangan

Untuk mengukur hujan dan sejatan, aktiviti merekodkan jumlah hujan yang turun dan
jumlah sejatan dalam sehari dilakukan pada waktu tertentu setiap hari. Untuk mengukur
keratan rentas, halaju arus dan luahan sungai, kerja-kerja ukur lebar, panjang dan dalam
sungai dijalankan. Untuk kajian luar banjir/kemarau, suatu set soal-selidik yang mudah
perlu disediakan terlebih dahulu sebelum kajian luar dijalankan.

1. Membuat pemerhatian dan pencatatan (mengambil nota dan foto) hujan, sejatan atau
alam sekitar sungai. Mengukur jumlah hujan atau sejatan. Mengukur lebar, panjang
dan dalam sungai. Mengira luas kawasan keratan rentas, halaju arus dan luahan
sungai.

2. Mendapatkan responden yang hendak disoal-selidik dan menyoal-selidik mereka


dalam kajian banjir/kemarau.

3. Membuat pemerhatian tentang kawasan sekitar, terutamanya berkaitan dengan


kewujudan sungai, anak-anak sungai dan sistem perparitan, perigi serta kedalaman
aras air. Lain-lain perkara yang berkaitan dengan persekitaran tempat kajian juga
perlu direkodkan bagi membantu penganalisisan dan penulisan laporan.

Menghasilkan laporan kajian luar


Selepas semua ukuran dan cerapan dilakukan di lapangan, data yang diperolehi perlu
diproses untuk digunakan sebagai asas menulis laporan. Data digunakan untuk memplot
gambarajah, memplot graf, memplot saiz sungai, menjanakan jadual-jadual yang bermakna,
dan akhirnya menulis laporan yang menyeluruh mengikut format yang ditetapkan
hendaklah ditulis oleh setiap pelajar.. Foto-foto dan peta lakar yang diperolehi di lapangan
perlu digunakan sebagai bahan dokumentasi dalam laporan.

Kajian Luar Sistem Ekologi

Di dalam sistem ekologi penekanan diberikan kepada mengenal pasti komponen asas
ekosistem, gangguan terhadap ekosistem dan langkah pemeliharaan dan
pemuliharaannya.

Tujuan

Tujuan kajian luar sistem ekologi ialah untuk mengenal pasti/mengukur:

1. komponen biotik dan abiotik dalam ekosistem daratan dan air.


2. gangguan terhadap ekosistem daratan dan air.
3. langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan ekosistem
daratan dan air.

Alat-alat Yang Diperlukan untuk melakukan pengukuran:

1. Alat aras Abney atau klinometer Suunto.


2. Pita ukur.
3. Termometer
4. Higrometer putar

Lokasi Kajian Luar

1. Di pinggir pantai yang mempunyai hutan.


2. Di pinggir hutan lipor.
3. Sekitar tasik, kolam dan paya.

Aktiviti di Lapangan

1. Menentukan komponen biotik dan abiotik dalam sesebuah ekosistem.


2. Mengukur jarak dengan menggunakan pita ukur.
3. Mengenal pasti jenis spesies, taburan, kepadatan flora dan fauna.
4. Mengenal pasti fungsi setiap spesies terhadap ekosistem berkenaan.
5. Mengukur suhu dan kelembapan udara.
6. Mengenal pasti gangguan terhadap ekosistem.
7.3 Contoh Contoh Kajian Luar Yang Dijalankan.

Kajian Luar Sistem Geomorfologi.

Contoh : Mengkaji Kecerunan dan Bentuk Bumi di Zon Pinggir Pantai.

Tajuk Kajian

Mengkaji Kecerunan dan Bentuk Bumi di Zon Pinggir Pantai di Pulau Pangkor, Perak.

Kawasan Kajian

Kajian luar ini dilakukan di Pulau Pangkor, daerah Manjong, Perak. Tiga lokasi pantai di
sekitar Pulau Pangkor telah dipilih untuk dikaji iaitu Pantai Teluk Nipah, Pantai Teluk
Dalam dan Pantai Sungai Pinang Kecil. Ketiga-tiga kawasan pantai ini terletak
bersebelahan antara satu sama lain.

Objektif Kajian:

Secara khusus kajian ini bertujuan untuk:

• Mengukur kecerunan pantai di stesyen/poin-poin tertentu.


• Mengenalpasti bentuk muka bumi/rupamuka fizikal yang terdapat di kawasan
kajian.
• Menghuraikan proses pembentukan bentuk muka bumi tersebut.
• Menjelaskan kepentingan bentuk muka bumi kepada aktiviti ekonomi penduduk
setempat.

Kaedah Kajian

Kajian luar ini dilaksanakan melalui tiga kaedah berikut:

1. Pengukuran. Mengukur kecerunan pantai di beberapa stesyen dan melukis profil


rentas zon pinggir pantai berkenaan.
2. Pemerhatian dan pencerapan. Pemerhatian dan pencerapan di lapangan dijalankan
bagi mengenalpasti bentuk muka bumi yang tedapat.

3. Temubual dan kaji selidik terhadap pengusaha pelancongan dan para pelancong.

Peralatan yang digunakan:

Antara peralatan yang digunakan ialah:

1. Alat aras automatik yang mempunyai tripod, staf ukur aras atau staf bersenggat
dalam unit meter, pita ukur, pancang jajar yang digunakan untuk mengukur cerun pantai.
(Sila lihat gambar peralatan di bawah) Selain itu kamera digital, kalkulator, alat tulis
dan buku catatan.

Gambar: Peralatan yang digunakan dalam pengukuran cerun pantai.

Kaedah Mengukur Kecerunan Pantai:

Langkah 1: Menentukan poin yang hendak diukur dan melakukan kerja


pengarasan. Setelah poin yang hendak diukur ditetapkan, maka alat aras automatik di
pasang di atas tripod untuk melakukan kerja-kerja pengarasan. Terdapat dua langkah
pengarasan yang penting yang perlu dibuat untuk mendapatkan bacaan yang tepat. Iaitu:

a) Memastikan tiub buih pada alat aras automatik berada pada sudut tepat.
b) Memastikan garis kolimatan (garis penglihatan mendatar) dapat dilihat
dengan jelas dengan cara membetulkan fokus pada alat aras automatik.

Setelah alat ini diaraskan maka ia boleh digunakan untuk mendapatkan bacaan ketinggian
sesuatu tempat pada satu rataan mendatar dari mana-mana sudut atau arah. (Lihat
Gambar di sebelah)

Gambar: Kerja pengarasan dengan menggunakan aras aras automatik.

Langkah 2: Menggunakan staf ukur aras. Letakkan staf ukur aras ke bahagian cerun
yang hendak diukur dan dapatkan bacaan ketinggian cerun tersebut melalui teropong alat
aras automatik. Sila catatkan bacaan ketinggian yang selari dengan garis kolimatan dalam
unit meter. (Lihat gambar di sebelah)
Gambar: Mengukur ketinggian dengan menggunakan staf ukur aras.

Langkah 3: Mengukur jarak sebenar di atas permukaan bumi. Jarak sebenar


diukur antara pusat tripod dengan staf ukur aras. Kerja-kerja mengukur jarak memerlukan
dua langkah berikut;

a) Menyelaraskan pancang jajar pada setiap 20 meter antara tripod dengan


staf ukur aras.
b) Mengukur jarak dengan menggunakan pita ukur antara pusat tripod
dengan staf ukur aras melalui pancang jajar yang telah diselaraskan. Sila
catatkan jarak dalam unit meter.

(Sila lihat gambar di sebelah)


Gambar: Mengukur jarak dan kerja penyelarasan pancang jajar.

Langkah 4: Mengira kecerunan dengan menggunakan salah satu hukum trigonometri.


Nilai kecerunan yang dikira boleh diberikan dalam bentuk sudut, peratus dan nisbah.

Dapatan kajian:

a) Rupamuka fizikal yang terdapat di kawasan kajian dan


menjelaskan proses pembentukannya.

Terdapat tiga bentuk bumi/rupamuka fizikal yang ada di kawasan kajian iaitu;

i) Teluk dan tanjung.


ii) Pantai berpasir.
iii) Beting pasir muka teluk.

i) Teluk dan tanjung.

1. Terdapat dua kawasan teluk yang dikaji yang terletak bersebelahan antara satu
sama lain iaitu Teluk Nipah dan Teluk Dalam. Ke dua-dua bentuk bumi ini terhasil akibat
proses hakisan ombak ke atas geologi yang berlainan yang berkedudukan selang-seli
antara keras dengan lembut.
2. Kadar hakisan ombak samada secara geselan, lagaan, hidraulik dan larutan adalah
lebih tinggi ke atas batuan lembut (batu pasir) yang menyebabkan terbentuknya teluk
manakala kadar hakisan ombak kurang berkesan ke atas batuan keras (batu granit) yang
menyebabkan batuan tersebut berdiri sebagai bonjolan batuan keras menganjur ke laut
yang dinamakan sebagai tanjung.

ii) Pantai berpasir.

1. Sebenarnya di kawasan yang berteluk wujudnya pantai berpasir. Kewujudan


pantai berpasir dikaitkan dengan proses pemendapan ombak yang berlaku semasa
damparan dan lurutan. Semasa damparan tenaga ombak lebih kuat untuk menyerakkan
bahan-bahan yang dibawanya seperti bijian pasir dan kulit-kulit kerang ke pantai
berbanding dengan tenaga ombak semasa lurutan.

2. Dengan itu saiz pantai menjadi semakin lebar. Berdasarkan kepada jenis ombak
limpah yang tiba di pantai Teluk Nipah maka tidak hairanlah lebih banyak bahan yang
dimendapkan untuk menghasilkan pantai yang mempunyai kelebaran antara 25 hingga 30
meter dan berkecerunan sederhana curam.

iii) Beting pasir.

1. Berhadapan dengan muka teluk terdapat timbunan-timbunan pasir yang jelas


kelihatan ketika air surut. Timbunan pasir ini dinamakan sebagai beting muka teluk.
Kewujudannya dikaitkan dengan proses pemendapan oleh ombak. Di hadapan pantai
Teluk nipah terdapat dua buah pulau kecil. Pulau ini menghalang tiupan angin kencang
dari laut, kesannya tenaga ombak semakin berkurangan apabila melepasi pulau tersebut
lalu memendapkan sebahagian bahan muatannnya sebelum tiba ke pantai.

2. Bahan-bahan yang dimendapkan oleh ombak di muka teluk ini pula menjadi
penghalang kepada lurutan ombak dan pada masa yang sama bahan-bahan yang dibawa
oleh lurutan ombak turut dimendapkan di atas timbunan pasir tadi. Lama kelamaan
timbunan pasir menjadi semakin besar sehingga menjadi beting-beting pasir yang jelas
kelihatan ketika air surut. Lihat rajah di sebelah;

b) Kepentingan rupamuka fizikal kepada kegiatan ekonomi


penduduk sekitarnya:

Terdapat beberapa jenis kegiatan ekonomi penduduk setempat yang amat berkait rapat
dengan bentuk bumi fizikal yang terdapat di sekitar kawasan kajian. Antaranya ialah:

i) Kegiatan pelancongan.

1. Keadaan pantainya yang berteluk, bertanjung, pasir pantai yang bersih serta laut
yang jernih menjadi aset utama untuk industri pelancongan tumbuh dengan pesat di
kawasan ini. Misalnya di pantai Teluk Nipah tumbuh pelbagai jenis chalet dan resort
untuk kemudahan pelancong seperti Mizan Resort, R&R Resort serta Teluk Nipah
Resort.

2. Selain daripada tempat penginapan resort-resort ini juga menyediakan pelbagai


aktiviti yang berasaskan pelancongan pantai seperti berkayak, luncur air, jet ski,
snorkling, skuba dan lain-lain lagi. Disamping itu wujudnya kegiatan perniagaan yang
berantaian dengan aktiviti pelancongan seperti gerai-gerai makanan laut (sea food), gerai
cenderamata serta perkhidmatan pengangkutan van.

ii) Kegiatan perikanan.

Keadaan pantainya yang berteluk dan terlindung daripada tiupan angin kencang
membolehkan pelabuhan perikanan di bina. Keadaan ini jelas kelihatan di pantai Teluk
Dalam. Cerun pantai yang curam dan keadaan pantai yang dalam menyebabkan tidak
sesuai untuk aktiviti pelancongan, justeru itu ia diguna sebagai pelabuhan perikanan
dengan dibina jeti pendaratan ikan serta kawasan membina dan membaiki bot-bot
nelayan. Jelas kelihatan bot-bot nelayan dilabuhkan di jeti Teluk Dalam ini. Kegiatan
perikanan di Pulau Pangkor adalah tertumpu kepada perairan selat Melaka.

iii) Aktiviti Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Di kawasan pantai yang lebih rata dan landai banyak didirikan pusat memproses hasil
laut sebagai industri hiliran kepada kegiatan perikanan. Sebagai contoh di kawasan pantai
Sungai Pinang Kecil. Ini kerana di kawasan ini mudah untuk didirikan bangunan untuk
dijadikan tempat memproses, mengering dan membungkus hasil-hasil laut di samping ia
mempunyai darjah ketersampaian yang tinggi. Sememangnya Pulau Pangkor amat
terkenal dengan industri hasil laut ini seperti ikan, sotong, udang yang dikeringkan untuk
dijual dan dipasarkan ke seluruh Malaysia.

Kajian Luar Sistem Hidrologi.

Contoh :kajian luar mengukur lebar, dalam, luas


kawasan keratan rentas, halaju arus dan luahan
sungai

(a) Mengukur Lebar, Dalam dan Luas Kawasan Keratan


Rentas Sungai

1. Lebar sungai dapat diukur dengan menggunakan pita linen sahaja. Guru harus
memilih sungai yang cetek untuk tujuan keselamatan. Sebaiknya bahagian sungai yang
dipilih mempunyai kedalaman tidak melebihi dua kaki. Kawasan sungai yang dikaji itu
juga bersih (tidak tercemar). Oleh itu, adalah amat mustahak untuk guru berkenaan
menjalankan tinjauan awal sebelum menetapkan tapak kajian.
2. Rajah 1 menggambarkan kerja-kerja ukur lebar, dalam dan keratan rentas sungai.
Lebar sungai dapat diukur dengan pita ukur atau rantai (satu ukuran adalah diperlukan).
Kedalaman sungai dapat diukur dengan pancang jajar dan beberapa ukuran sepanjang
lebar sungai perlu dilakukan.

3. Purata kedalaman dapat diperolehi dengan mempuratakan kesemua kedalaman


tersebut. Namun demikian, ukuran lebar dan kesemua ukuran kedalaman adalah
diperlukan semasa memplot keratan rentas alur sungai tersebut. Berdasarkan keratan
rentas, maka luas kawasan keratan rentas dapat dikira jika setiap empat segi dicantumkan
seperti rajah 1 di bawah.

Pancang jajar
Pita ukur
L
M
Q
X P Y
X F
A B C D E
M
M
Q
P
X

Rajah 1 : Metod pengukuran lebar (XY), dalam (LM) dan keratan rentas sungai
(Keluasan A+B+C+D+E+F).
4. Berdasarkan rajah 1, luas kawasan keratan rentas adalah gabungan semua luas kawasan A, B, C, D, E dan F. Luas
kawasan A dan F merupakan segitiga, luas kawasan B, C, D dan E pula menyerupai segi empat. Justeru itu, pengiraan luas
kawasan adalah berdasarkan bentuk poligon yang menggunakan formula berikut:

Luas Kawasan Keratan Rentas = A + B + C + D + E + F = Z meter


persegi (m2)

(b) Mengukur Halaju Sungai (Arus Sungai)

1. Ukuran laju arus lazim dilakukan dengan meter arus. Dalam pasaran terdapat
berbagai jenis meter arus. Meter arus lazim memberikan bacaan dalam meter/saat.
Namun begitu harga meter arus ini amat mahal. Contoh meter arus adalah seperti gambar
di bawah:

Gambar: Meter arus berbentuk tropedo yang


sering diguna untuk mengukur halaju arus sungai.

2. Jika sekolah tidak mempunyai meter arus, pengukuran laju arus masih boleh
dilakukan dengan kos yang minima, iaitu menggunakan kelajuan sebiji bola ping pong
yang mengalir di dalam sungai pada jarak tertentu. Mula-mula ukur jarak sepanjang
sungai antara P (Titik permulaan letak bola ping pong) dan Q (Titik hujung aliran bola
ping pong). Jika PQ = 10 meter dan masa aliran bola ping pong dari P ke Q ialah 100
saat, maka halaju arus aliran sungai ialah kira-kira 0.1 meter/saat.
2. Halaju arus sungai adalah berbeza antara tebing ke tebing sungai yang
bertentangan. Oleh itu, tiga ukuran perlu dibuat (iaitu di tebing kiri, di tengah sungai
dan di tebing kanan). Kemudian, tiga bacaan halaju itu dipuratakan.

3. Tatacara mengukur halaju arus dengan bola ping pong adalah seperti berikut:

(i) Tentukan dua titik di sepanjang sungai yang berjarak 10 meter


(ii) Sediakan jam tangan
(iii) Seorang berada di tempat P dan melepaskan bola
(iv) Seorang melihat jam untuk menentukan masa aliran bola dari P ke Q
(v) Seorang berada di tempat Q untuk menangkap bola dan memberi isyarat
berhenti (untuk penjaga jam)
(vi) Kirakan halaju arus dengan formula berikut:
Jarak PQ (meter)
Halaju arus = _____________________
Masa (saat)

Jika masa yang dicatat ialah 5 saat, maka halaju arus = 10 meter dibahagikan dengan
5 = 2 meter/saat. Ini bermakna bagi setiap dua saat halaju arus sungai tersebut
sebanyak 2 meter.

(c) Mengukur Luahan Sungai

1.
Luahan ditakrifkan sebagai jumlah isipadu air yang mengalir melintasi satu titik rentas
sebatang sungai pada satu unit masa tertentu. Ukuran luahan adalah lazimnya dalam
Meter Padu Sesaat (m3/saat) atau CUMEC. Ukuran luahan adalah penting untuk
menentukan isipadu air yang sedia ada di dalam sebatang sungai pada musim-musim
yang berbeza.

2. Ukuran luahan lazim digunakan untuk perancangan sumber air. Pembinaan


empangan atau loji pengambilan air juga bergantung kepada luahan sungai. Jika luahan
adalah terlalu kecil, sumber air adalah tidak mencukupi dan hal ini akan mengagalkan
pembinaan empangan atau loji air tersebut. Jumlah luahan untuk menentukan pembinaan
empangan adalah berbeza-beza menurut saiz empangan atau loji yang hendak dibina.

3. Sebelum luahan dapat ditentukan, tatacara kerja yang menjadi pra-syarat ialah
pengukuran halaju arus dan keluasan keratan rentas sungai di tempat di mana luahan
hendak ditentukan. Justeru itu, nilai-nilai halaju arus dan keluasan keratan rentas mesti
diperolehi sebelum dapat menentukan luahan. Luahan sungai boleh dikira dengan
menggunakan formula berikut:

Luahan (m3/saat) = Halaju Arus (meter/saat) x Keratan


Rentas Sungai (m2).
Soalan Praktikal:

Soalan 1:

Berdasarkan satu kajian luar yang telah anda lakukan di mana-mana sebuah kawasan
cerun;

a) Namakan kawasan cerun yang anda pilih itu. [1]

b) Terangkan bagaimana anda mengukur kecerunan sesuatu tempat. [6]

c) Tunjukkan bagaimana aktiviti-aktiviti manusia boleh menyebabkan sesebuah


cerun menjadi tidak stabil. [9]

d) Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil untuk menstabilkan sesebuah


cerun. [9]

Soalan 2:

Berdasarkan kajian luar yang anda telah jalankan di sebatang sungai.

(a) (i) Apakah yang difahamkan dengan profil rentas sungai? [3]

(ii) Huraikan bagaimana profil rentas sungai dapat diukur? [3]

(b) (i) Apakah yang difahamkan dengan profil panjang sungai? [3]

(ii) Huraikan bagaimana halaju arus sungai dapat diukur. [3]

(c) Huraikan faktor yang mempengaruhi halaju sungai tersebut. [5]

(d) Jelaskan kesan proses sungai terhadap aktiviti manusia di kawasan tersebut. [8]
TEMA 1: PENDUDUK

TOPIK
Taburan Penduduk

SUB TOPIK

1.1 Taburan Penduduk: Faktor yang mempengaruhi ketidakseimbangan taburan


penduduk dan kesan-kesannya.

MASA
2 Masa (90 minit)

Peta Konsep:

• Konsep taburan penduduk mengikut kepadatan.


• Taburan Penduduk Dunia – Faktor-faktor yang mempengaruhinya.
• Kajian kes: Taburan Penduduk di rantau Asia Tenggara.
• Kajian kes: Taburan penduduk di negara sedang membangun :Malaysia.
• Kajian kes: Taburan penduduk di sebuah negara maju: Kanada – di Lembangan
St. Lawrence.

HASIL PEMBELAJARAN

Setelah selesai mengikuti pelajaran ini pelajar seharusnya dapat:

• Memahami konsep taburan penduduk mengikut kepadatan.


• Menjelaskan mengapa taburan penduduk dunia dan taburan penduduk di rantau
Asia Tenggara tidak sekata.
• Membandingkan faktor-faktor yang mempengaruhi taburan penduduk antara
negara maju dengan negara sedang membangun berdasarkan kajian kes yang
dibincangkan.
• Menghuraikan kesan ketidakseimbangan taburan penduduk terhadap sumber
alam.

SISIPAN KONSEP
Taburan penduduk bermaksud kedudukan penduduk secara rawak yang diukur dlam
sesuatu daerah, negeri atau negara di dunia.
Ketidakseimbangan pula dapat menjelaskan keadaan yang berlaku akibat taburan yang
tidak sekata, berbeza antara pelbagai aspek terdapat tiga jenis ketidak seimbangan yang
menjadi kajian ahli-ahli geografi iaitu ketidakseimbangan jumlah penduduk dari segi
sempadan politik, ekonomi dan sosial. Contoh ketidakseimbangan kawasan, luarbandar
dengan Bandar, ketidakseimbangan kawasan contoh pantai barat dan pantai timur,
ketidakseimbangan ekonomi antara kaum, kawasan dll.

ISI-ISI UTAMA
Ringkasan Pembelajaran.

• Konsep taburan penduduk mengikut kepadatan yang menghasilkan taburan


penduduk yang padat, sederhana dan jarang.
• Ketidakseragaman taburan penduduk dunia mengikut benua, dan kepulauan,
mengikut garis lintang, mengikut ketinggian dan juga mengikut kawasan.
• Faktor-faktor yang mempengaruhi taburan penduduk dunia yang meliputi faktor
fizikal dan kemanusiaan.
• Faktor-faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di Asia Tenggara khususnya
di Malaysia.
• Faktor-faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di negara maju.
• Kesan ketidakseragaman taburan penduduk terhadap sumber alam dan sosio –
ekonomi sesebuah kawasan.
Sukatan taburan.
Taburan Penduduk Dunia.

A. Konsep Taburan dan Kepadatan Penduduk.


B. Taburan Penduduk Dunia Mengikut Kepadatan.
C. Taburan penduduk dunia mengikut benua.
D. Taburan penduduk dunia mengikut garis lintang
E. Taburan penduduk mengikut Kebenuaan dan Kepulauan.
F. Taburan penduduk dunia mengikut ketinggian tempat.
G. Taburan penduduk dunia mengikut kawasan

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Guru
1. Bertanya tentang pengertian taburan penduduk yang pelajar tahu
2. Berbincang dan menerima pendapat idea-idea pelajar dan mencatatkan isi-isi
penting di papan putih.
3. Menerangkan pengertian sebenar taburan penduduk dengan memberikan contoh-
contoh yang senang difahami pelajar
4. Pelajar diminta berada dalam kumpulan serta berbincang tentang sebab-sebab
berlakunya ketidakseimbangan penduduk di Malaysia, Negeri. Daerah serta
tempat tinggal mereka.
5. Meminta pelajar menyenaraikan kesan-kesan ketidakseimbangan penduduk keatas
sumber (negatif dan positif)

Pelajar
1. Menjawab secara lisan tentang pengertian taburan penduduk dengan memberikan
beberapa contoh yang releven. (pengetahuan sedia ada)
2. Memberikan pendapat berdasarkan KBKK dengan bimbingan guru.
3. Mencatatkan pengertian taburan sebenar serta membuat perbandingan nyata.
4. Perbincangan kumpulan mengikut tajuk yang guru beri.
5. Persembahan oleh ketua kumpulan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi
ketidakseimbangan penduduk di kawasan yang mereka kaji.
6. Mencatatkan nota ringkas mengenai isi-isi penting hasil dari perbincangan dengan
guru.

Soalan Latihan

Soalan 1:

Berdasarkan kepada negara-negara di rantau Asia Tenggara yang telah anda kaji secara
khusus;

a) Nilaikan sejauhmanakah faktor migrasi telah menyebabkan perbezaan taburan


kepadatan penduduk di dalam negara -negara yang telah anda kaji itu.
[15 Markah]

b) Huraikan langkah-langkah yang telah dan boleh diambil bagi menyeimbangkan


taburan penduduk di negara-negara berkenaan.
[10 Markah]

Soalan 2:

a) Mengapakah taburan penduduk di Malaysia tidak seimbang?


[10 Markah]

b) Jelaskan kesan-kesan akibat ketidakseimbangan taburan penduduk di Malaysia


terhadap sumber-sumber alamnya.
[9 Markah]

c) Cadangkan langkah-langkah jangka panjang yang boleh diambil untuk


menyeimbangkan taburan penduduk di Malaysia.
.. [6 Markah]
Soalan 3:

a) Tunjukkan bagaimana kepadatan penduduk sesebuah negara dihitung.


[5 Markah]
b) Jelaskan pengaruh faktor-faktor fizikal terhadap taburan penduduk di Asia
Pasifik. [ 10 Markah]
c) Berdasarkan contoh-contoh tertentu, huraikan bagaimana faktor governan boleh
mempengaruhi taburan penduduk di sesebuah negara.
[10 Markah]

Soalan 4:
a) Berdasarkan kepada sebuah negara Asia Pasifik yang telah anda kaji secara
khusus;
i) Nyatakan corak taburan penduduk di negara berkenaan.
[5 Markah]
ii) Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan taburan penduduk di dalam
Negara berkenaan tidak sekata.
[10 Markah]
b) Mengapakah taburan penduduk dunia tidak seimbang?
[10 Markah]

PENILAIAN JAWAPAN
Soalan 1.a
-Calon diminta memilih nama negara (1m)
-Migrasi ke kawasan Bandar-bandar akibat mencari peluang pekerjaan
berlaku kepadatan di Bandar utama contoh adalah mengikut nama negara
- Migrasi-pendidikan berikan contoh pusat pengajian tinggi
- Migrasi ke kawasan felda atau petempatan baru berikan nama lokasi
- Kepadatan kawasan yang pelajar kaji contoh di Malaysia Pantai barat dan
pantai timur.
Soalan 1b- Langkah-langkah
- Menyamakan pembangunan antara kawasan contoh pembukaan kawasan
baru
- Kawasan ekonomi contoh industri-peluang pekerjaan
- Pembukaan Bandar baru
- Kemudahan infrastruktur
- Peluang perniagaan IKS
- Pembukaan kawasan pertanian di kawasan luar Bandar.

Soalan 2a- Penduduk Malaysia tidak seimbang kerana


- Keadaan bentuk muka bumi
- Sumber semulajadi contoh sumber mineral, perikanan dll
- Kemudahan sosial contoh pusat pengajian tinggi,kesihatan, hiburan dll
- Dasar kerajaan yang membanggunkan kawasan Bandar dan desa.
- Faktor sejarah penjajahan barat.
- Pengangkutan terawal dan kepesatan pengangkutan lebuhraya
- Bandar-bandar utama dan pusat pentadbiran
Soalan 2b
- Menyamakan pembangunan antara kawasan contoh pembukaan kawasan
baru contoh penzonan industri
- Kawasan ekonomi contoh industri-peluang pekerjaan
- Pembukaan Bandar baru
- Kemudahan infrastruktur
- Peluang perniagaan IKS
- Pembukaan kawasan pertanian di kawasan luar Bandar.
Soalan 3a –Cara menghitung kepadatan penduduk

a) Hitung kepadatan penduduk negeri-negeri di Malaysia pada tahun 1996.

Jawapan: Lihat penghitungan kepadatan penduduk di dalam jadual di bawah.

Formula Kepadatan: Jumlah Penduduk ÷ Luas Kawasan

Jadual : Kepadatan penduduk negeri-negeri di Malaysia


pada tahun 1996.

Negeri Penduduk Keluasan Kepadatan


(' 000) (KM²) (Orang / KM²)

Johor 2 496.2 18 986 131.5


Kedah 1 505.9 9 426 159.7
Kelantan 1 411.1 14 983 94.2
Melaka 576.5 1 650 349.4
Negeri Sembilan 797.9 6 643 120.1
Pahang 1 213.9 35 965 33.8
Perak 2 083.3 21 005 99.2
Perlis 213.2 795 268.2
Pulau Pinang 1 209.9 1 031 1173.5
Sabah 2 456.8 73 620 33.4
Serawak 1 919.3 124 449 15.4
Selangor 2 909.7 7 956 365.7
Terengganu 948.4 12 955 73.2
WP Kuala Lumpur 1 358.9 243 5592.2
WP Labuan 67.9 91 746.2
3b- Pengaruh Fizikal keatas penduduk asia fasifik – Beri nama Negara yang dipilih
KAWASAN PADAT
- Kemusnahan hutan
- Kepupusan flora dan fauna
- Habitat terjejas
- Hakisan, pengondolan, landskap
- Pencemaran udara, air dan darat
- Suhu meningkat, pulau haba Bandar
- Sumber terjejas dan kekurang
KAWASAN KURANG
- Pembaziran sumber
3c- Faktor dasar kerajaan yg mempengaruhi taburan

- Kemudahan sosial contoh pusat pengajian tinggi,kesihatan, hiburan dll


- Dasar kerajaan yang membanggunkan kawasan Bandar dan desa.
- Pengangkutan terawal dan kepesatan pengangkutan lebuhraya
- Kawasan FELDA, dll
- Bandar-bandar utama dan pusat pentadbiran contoh putrajaya

4a- Sama jawapan soalan 1


TEMA 1: PENDUDUK

TOPIK
Pertumbuhan Penduduk

SUB TOPIK
1.2 Pertumbuhan Penduduk: Trend, Proses dan Faktor yang mempengaruhinya

MASA
2 masa (90minit)

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pembelajaran Pelajar akan dapat
1. Menyatakan Konsep penduduk sebagai sumber manusia
2. Menjelaskan trend pertumbuhan penduduk dunia dan Negara Malaysia.
3. Menjelaskan proses pertumbuhan penduduk secara
(i) Semulajadi (Kelahiran –Kematian)
(ii) Pertumbuhan penduduk (Kelahiran-Kematian + migrasi bersih)
4. Membincangkan faktor yang mempengaruhi pertumbuhan penduduk
(i) Kadar kelahiran
(ii) Kadar Kematian
(ii) Migrasi

SISIPAN KONSEP
Manusia yang mendiami di sesuatu kawasan
Pertumbuhan Penduduk
Pertumbuhan penduduk biasanya dinilai dengan jumlah angka tertentu untuk
menunjukkan suatu arah pertambahan penduduk sama ada pesat, perlahan, statik, atau
berkurangan di sesebuah Negara pada tempoh tertentu.
Kadar Kelahiran
Pengukuran bilangan penduduk yang lahir dalam tempoh setahun. Proses ini akan
menambahkan bilangan penduduk di sesebuah Negara.
Kadar Kematian
Pengukuran yang berasaskan bilangan penduduk yang telah mati. Keadaan ini
menyebabkan bilangan penduduk di sesebuah Negara akan berkurangan.
Kesinambungan 2 kadar (Kelahiran-Kematian)
Pengukuran yang lebih jelas terhadap pertumbuhan penduduk disesebuah Negara dapat
dilihat dengan menilai penduduk yang masih ada.
Migrasi
Perpindah masuk/keluar penduduk di sesebuah Negara berdasarkan pelbagai faktor
releven
ISI-ISI UTAMA
Faktor-faktor pertambahan penduduk
• Sosial – perkahwinan pada usia muda, amalan tradisi dan agama.
• Ekonomi – Kemiskinan dan amalan keluarga (anak-anak perlu mewarisi
pekerjaan tradisi.
• Dasar Kerajaan – Menggalakkan kelahiran bagi menjana sumber yang ada.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Guru
6. Bertanya tentang pengertian penduduk yang pelajar tahu
7. Berbincang dan menerima pendapat idea-idea pelajar dan mencatatkan isi-isi
penting di papan putih.
8. Menerangkan pengertian sebenar penduduk dan Pertumbuhan Penduduk dengan
memberikan contoh-contoh.
9. Pelajar diminta berada dalam kumpulan serta berbincang tentang keadaan
pertumbuhan penduduk di Asia Tenggara, Malaysia, Negeri. Daerah serta tempat
tinggal mereka.

Pelajar
7. Menjawab secara lisan tentang pengertian penduduk. (pengetahuan sedia ada)
8. Memberikan pendapat berdasarkan KBKK dengan bimbingan guru.
9. Mencatatkan pengertian sebenar serta membuat perbandingan nyata.
10. Perbincangan kumpulan mengikut tajuk yang guru beri.
11. Persembahan oleh ketua kumpulan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi
pertumbuhan penduduk di kawasan yang mereka kaji.
12. Mencatatkan nota ringkas mengenai isi-isi penting

Contoh-Contoh Soalan yang Releven

1. Berdasarkan sesetengah Negara di rantau Asia Pasifik yang telah anda kaji;
(a) Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan Negara- negara tersebut
mengalami kadar pertumbuhan penduduk yang pesat.
[13 markah]

(b) Huraikan kesan-kesan pertumbuhan penduduk yang pesat ke atas


sumber- sumber alam di dalam negara berkenaan. [12 markah]
2. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Pertumbuhan Penduduk’
[5 markah]

(b) Dasar Kerajaan penting dalam mempengaruhi pertumbuhan penduduk


di negara-negara Asia Tenggara. Bincangkan pernyataan ini.
[10 markah ]

(c) Pilih sebuah negara di rantau Asia Pasifik yang mengalami kurangan
penduduk, dan jelaskan sebab-sebab mengapakah Negara tersebut perlu
meningkatkan pertumbuhan penduduknya.
[10 markah]

Penilaian Jawapan
Soalan 1 (a)
Negara yang dicadang ialah Indonesia, Thailand, Vietnam, Kemboja dll.
• Kadar kelahiran tinggi dan kadar kematian rendah
• Tahap pendidikan yang rendah
• Kegaggalan perancang keluarga
• Perkhwinan pada usia muda
• Faktor agama dan adat tradisi
• Keperluan keluarga (kerja ladang)

Soalan 1 (b)
Kesan Pertumbuhan penduduk keatas sumber-sumber alam
• Kepupusan sumber flora-fauna, mineral
• Tekanan sumber guna tanah secara giat
Pencemaran sumber contoh air, udara dan tanah
• Kemusnahan sumber hutan, air dan tanah
• Kekurangan sumber makanan
• Merosotnya sumber contoh sumber mineral dan kayu-kayan yang berharga.

Soalan 2 (a)
Maksud Pertumbuhan Penduduk ialah pengukuran yang dapat menunjukkan suatu arah
pertambahan penduduk sama ada pesat, perlahan, statik atau berkurangan di sesebuah
Negara pada satu tempoh tertentu.

Soalan 2 (b)
Dasar kerajaan penting dalam mempengaruhi pertumbuhan penduduk di Asia Tenggara;
Menghadkan bilangan anak dalam sesebuah keluarga contoh Singapura, China,
Sedangkan Negara Malaysia sangat menggalakan bilangan anak yang ramai. Ini
menyebabkan Negara terbabit akan mengikut arus kehendak dasar ini di masa akan
datang.
• Kempen serta motivasi kekeluargan anjuran lembaga kependudukan Malaysia.
• Sistem pendidikan yang lebih tinggi serta memberikan peluang pada kaum wanita
untuk turut terlibat dalam pelbagai sector awam.
• Penambah baikan pelbagai kemudahan bagi memenuhi keperluan rakyat contoh
sekolah, maktab dll ini bagi memastikan tiada pelajar yang tercicir dalam pelbagai
peringkat pendidikan.
• Pertingkatkan tahap kesihatan yang lebih baik serta moden contoh hospital-
hospital yang lengkap dengan pelbagai alatan bantuan kecemasan.

Soalan 2 (c)
Negara di Asia Pasifik yang mengalami kekurangan penduduk ialah Australia, New
Zeland, Singapura dan Hawaii
Sebab-sebab Negara tersebut perlu mempertingkatkan lagi kadar pertumbuhan
penduduk ;
• Bagi memenuhi ruang keperluan guna tenaga kerja secara tak langsung dapat
menarik minat pelabur-pelabur asing untuk membuka industrinya.
• Mengelakkan berlakunya pembaziran sumber
• Membangunkan sesebuah Negara dari segi pelbagai kegiatan ekonomi.
• Kearah memantapkan kawalan keselamatan Negara dari serangan musuh.
• Meluaskan pasaran barangan industri di peringkat tempatan lagi.
• Memajukan sesebuah Negara dengan pelbagai infrastruktur dan pasarana.

Rujukan
Rusly & Nurashikin Abdullah. Teks PRA-U Geografi Manusia STPM. Pearson dan
Longman. Kuala Lumpur. 2005
TEMA: PENDUDUK
TOPIK
Migrasi

SUB TOPIK
1.4 Migrasi: Konsep, pola dan factor yang mempengaruhi migrasi dalaman.

MASA
2 waktu (90 minit)

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pembelajaran pelajar akan dapat;
1. Menerangkan pengertian Migrasi dalaman dan antarabangsa.
2. Menghuraikan pola migrasi dalaman Negara Malaysia
(i) Arah aliran migrasi iaitu Desa ke Bandar, Bandar ke Bandar, Desa ke
desa
(ii) Isipadu aliran
(iii) Komposisi aliran contoh Jantina, Umur dan Taraf pendidikan
3. Membincangkan factor-faktor yang mempengaruhi migrasi serta kesan baik dan
buruk.
4. Mempersembahkan data aliran migrasi dalam bentuk jadual dan peta.

SISIPAN KONSEP
Pengertian Migrasi
Migrasi bermaksud perpindahan masuk atau keluar penduduk yang melibatkan 2 tempat
yang berbeza.
Migrasi Dalaman
Migrasi ini hanya berlaku dalam sesebuah Negara tanpa melibatkan Negara yang
berlainan politik.
Migrasi Antarabangsa
Migrasi yang melibatkan perpindahan penduduk melepasi sempadan antarabangsa
ISI-ISI UTAMA
1. Migrasi adalah satu proses pepindahan penduduk dari dua tempat yang bebeza
atas sebab tertentu.
• Faktor tolakan dari tempat asal
• Faktor tarikan dari tempai yang dituju
3. Terdapat pelbagai jenis dan keadaan berlakunya migrasi kekal, sementara, dan
bermusim
4. Kesan baik dan buruknya migrasi terhadap Negara yang dituju dan yang
ditinggalkan

AKTIVITI PEMBELAJARAN
Guru
1. Bersoaljawab tentang pengertian migrasi yang pelajar faham. (pengetahuan sedia
ada)
2. Memberikan gambaran ringkas migrasi yang berlaku di Malaysia dan kawasan
berhampiran.
3. Menerangkan pengertian migrasi secara terperinci sambil memberikan contoh-
contoh yang mantap dan senang difahami.
4. Memberikan latihan esei, pelajar diberi peruntukan masa untuk pengujian
tersebut.
5. Memberikan jadual migrasi penduduk dalam Malaysia ke bandar-bandar utama.
6. Menerangkan jadual tersebut serta membimbing pelajar mencari skala yang
sesuai untuk peta aliaran.

Pelajar
1. Pelajar menerangkan pengertian migrasi yang mereka tahu.
2. Menjawab secara lisan proses-proses migrasi yang pernah mereka alami atau
lihat.
3. Mencatatkan nota-nota penting yang guru berikan.
4. Menjawab latihan esei mengikut masa yang telah ditetapkan oleh guru.
5. Meneliti Jadual yang telah guru berikan dan berbincang untuk mendapatkan skala
yang idel.
6. Membina peta aliran serta melengkapkan petunjuk, skala, tajuk dan warna.
Contoh Soalan Releven
Berdasarkan mana-mana negara di rantau Asia Pasifik,

(a) Nyatakan pelbagai jenis aliran migrasi dalaman yang berlaku di negara tersebut.
migrasi berkenaan [4 Markah]

(b) Pilih satu jenis aliran migrasi dalaman yang utama di dalam negara berkenaan,
huraikan faktor yang mempengaruhi aliran.

(c) Jelaskan kesan negatif aliran migrasi terhadap negara yang anda pilih terhadap
kawasan asal dan kawasan destinasinya.
[12 Markah]

Penilain Soalan
a) Jenis aliran migrasi dalaman;
1. Bandar ke desa
2. Bandar ke bandar
3. Desa ke desa
4. Desa ke bandar
5. Tranmigrasi

b) Pilihan desa ke bandar dan faktor mempengaruhinya;


1. Peluang pekerjaan – meningkatkan taraf hidup.
2. Peluang pendidikan – peringkat yang lebih tinggi spt. UKM,UM.
3. Kemudahan sosial – Kesihatan, hiburan dll.
4. % ketersampaian tinggi – kemudahan pengangkutan spt lebuh raya dll
c) Kesan negatif aliran migrasi;
1. Tempat destinasi
a) Mewujudkan fenomena setinggan – mencacatkan keindahan bandar.
b) Kesesakan dan kepadatan penduduk yang tinggi – tepu.
c) Pengangguran dan kemiskinan bandar.
d) Kesan sosial – jenayah, merompak, merebaknya penyakit dan masalah sosial.
e) Meluaskan pasaran dan kuasa beli.
f) Kemajuan ekonomi bandar maju dan pesat – industri berkembang pesat dan
bekalan buruh mencukupi.

2. Tempat asal.
a) Kekurangan tenaga kerja.
b) Tanah kawasan pedalaman terbiar.

Rujukan Rusly & Nurashikin Abdullah. Teks PRA-U Geografi Manusia STPM.
Pearson dan Longman. Kuala Lumpur. 2005
TEMA: PENDUDUK

TOPIK
Kemahiran Amali

SUB TOPIK
1.5 Kemahiran Amali penduduk: Membina dan mentafsir graf garisan pertumbuhan
penduduk

MASA
2 Masa (90 Minit)

HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mempelajari tema ini pelajar akan dapat:

• Membina pelbagai jenis graf, rajah/carta dan peta tematik dengan


mengaplikasikan teknik kartografi yang betul.
• Mentafsirkan pola atau corak yang terhasil daripada graf, rajah/carta dan peta
yang dilukiskan.
• Menganalisiskan sebab-sebab sesuatu pola/corak yang terhasil.
• Meramalkan fenomena geografi yang boleh terjadi akibat pola/corak tersebut.

SISIPAN KONSEP

Kemahiran amali penduduk dan sumber menumpukan kepada kemahiran membina,


mentafsir dan menganalisis pelbagai jenis data penduduk seperti kadar kelahiran, kadar
kematian, kepadatan penduduk, data migrasi, data umur dan jantina serta lain-lain ke
dalam bentuk graf, carta, rajah dan peta tematik (peta koroplet, peta titik, peta bulatan
berkadar dan juga peta aliran).

ISI-ISI UTAMA

1. Membina dan mentafsirkan pelbagai bentuk kemahiran amali.


2 Menganalisis data
3 Plotan berdasarkan dasarkan data.
4 Panduan latihan amali iaitu menentukan tajuk, skala, plotan dan petunjuk.
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Guru
1. Menerangkan kepentingan kemahiran amali dalam geografi.
2. Menunjukkan contoh-contoh kemahiran yang terdapat dalam gambarajah.
3. Panduan membaca data dan memindahkannya dalam bentuk kemahiran yang akan
dipelajari
4.Berbincang mengenai petua dan peraturan dalam membina graf pelbagai jenis.
5.Memberikan latihan amali secara berkumpulan dan perseoragan.

Pelajar
1. Mencatatkan isi-isi penting mengenai kemahiran yang guru terangkan.
2. Pelajar membaca data dan meanalisiskan butiran.
3. Melakukan pengiraan secara berkumpulan
4. Membina graf bar, garisan, carta pai serta lain-lain dengan sempurna,

Contoh Soalan yang releven


Jadual 1: Penduduk di wilayah-wilayah terpilih di dunia 1900 –
1990 (Juta orang)

Wilayah Tahun
1900 1930 1950 1970 1990
Afrika 120 155 200 344 648
Amerika Latin 63 109 163 283 448
Amerika Utara 81 135 167 228 276
Asia 915 1072 1376 2056 3108
Eropah 423 532 576 705 786

a) Berdasarkan jadual 1, lukis graf garis untuk menunjukkan pertambahan


penduduk di wilayah-wilayah terpilih di dunia dari tahun 1900 hingga 1990.
1.1.1 b) Menganalisis dan mentafsir Graf Garis.

Menganalisis graf garis memerlukan kemahiran mengadunkan pengentahuan sedia ada


dengan pola atau bentuk graf yang terhasil. Komponen penganalisisan dan pentafsiran
merangkumi pola atau corak graf yang terhasil, sebab-sebab mengapa pola tersebut
bersifat demikian dan juga elemen kajian masa depan (KMD) seperti mencadangkan
langkah, meramalkan kesan jangka panjang dan sebagainya. Terdapat empat jenis
pola atau corak atau trend atau arah alir yang boleh dikenalpasti dari
sesebuah graf garis. Iaitu :

i) Pola atau trend peningkatan atau penurunan secara mendadak.


ii) Pola atau trend peningkatan atau penurunan secara gradual (perlahan-
lahan)
iii) Pola atau trend yang stabil – konstan (garis lurus yang mendatar)
iv) Pola atau trend yang tidak stabil/tidak menentu – mengalami kenaikan dan
penurunan dalam tempoh masa yang tertentu.

Lihat contoh soalan pentafsiran di bawah:

b) Berdasarkan graf garis yang telah anda lukis pada soalan (a)

i) Nyatakan wilayah yang mengalami pertambahan penduduk yang


paling pesat

Jawapannya:

Wilayah yang mengalami pertambahan penduduk yang paling pesat ialah wilayah
ASIA.

ii) Huraikan mengapa berlakunya pertambahan penduduk yang pesat di


wilayah tersebut.

Jawapannya:

Kepesatan pertumbuhan penduduk di Asia berlaku selepas tahun 1950. Ini disebabkan
oleh beberapa faktor. Antaranya:

(1) Peningkatan kadar kelahiran dan pengurangan kadar kematian ekoran daripada
kemajuan taraf kesihatan serta teknologi perubatan yang dapat mengawal pelbagai
penyakit merbahaya serta dapat mengurangkan resiko kematian bayi di samping
meningkatkan jangka hayat penduduk.

(2) Aras kesuburan (Fertiliti) wanita yang tinggi berkaitan dengan peratus penduduk
dalam kumpulan umur subur yang ramai (misalnya 15 hingga 44 tahun) serta amalan
perkahwinan pada usia muda khususnya di negara-negara Asia yang sedang
membangun.

(3) Kegagalan Program Kawalan Penduduk/Perancangan keluarga di sesetengah


negara Asia yang disebabkan oleh taraf pendidikan yang masih rendah, halangan agama,
adat dan status quo masyarakat. Kegagalan program perancangan keluarga boleh juga
dikaitkan dengan keperluan buruh/tenaga kerja oleh sesebuah keluarga khususnya dalam
sektor pertanian tadisional.

(4) Bertambahnya pengeluaran sumber-sumber makanan khususnya pada era revolusi


hijau yang memungkinkan pertumbuhan pesat penduduk Asia dapat ditampung daripada
mengalami krisis makanan dan kebuluran. Kedapatan lebih banyak sumber makanan
berzat/berkhasiat serta amalan pemakanan/diet yang seimbang di kalangan penduduk
telah menjamin kesihatan penduduk bertambah, kadar kematian berkurangan,jangka
hayat meningkat yang seterusnya mendorong peningkatan kelahiran.

(5) Kestabilan politik. Tamatnya perang dunia ke dua (1939 - 1945) mengurangkan
kematian penduduk secara besar-besaran akibat peperangan. Di samping memberi ruang
kepada negara-negara Asia mengubah polisi kependudukan dan sosio-ekonomi negara
masing-masing ke arah pertambahan penduduk, peningkatan tenaga buruh dan kemajuan
ekonomi.

c) Pilih sebuah negara di Asia, jelaskan kesan pertumbuhan penduduk yang


pesat terhadap sumber alam di negara tersebut.

Jawapannya:

Memilih sebuah Negara di Asia yang mengalami pertumbuhan penduduk yang pesat
seperti Indonesia, Filipina, India, Bangladesh dll yang sesuai.

Pertumbuhan penduduk yang pesat memungkinkan sumber-sumber alam sesebuah


negara diteroka dan dieksploitasi sepenuhnya bagi menampung pertumbuhan tersebut.
Ini akan menimbulkan kesan:

(1) Tekanan terhadap sumber alam khususnya terhadap sumber tanah. Persaingan
guna tanah untuk petempatan,pertanian,perindustrian,pembandaran,infrastruktur dan
sebagainya menjadi semakin hebat apabila penduduk bertambah. Kesannya saiz tanah
secara relatifnya menjadi semakin sempit, harganya semakin mahal.

(2) Kepupusan/kehabisan sumber alam khususnya jenis sumber yang tidak boleh
diperbaharui seperti sumber mineral: - sumber bahan api fosil, bijih timah, bijih besi
emas dan lain-lain akibat pengeluaran berlebihan bagi menampung keperluan penduduk
yang bertambah dengan pesat. Dalam keadaan sumber tersebut tidak boleh diganti
maka kesan jangka panjangnya ia diancam kehabisan/kepupusan.
(3) Pencemaran dan kemusnahan/kerosakan sumber seperti sumber udara dan air
akibat pertambahan industri,kenderaan,pembuangan sisa domestik yang biasanya sejajar
dengan pertumbuhan penduduk yang pesat. Termasuk juga kesan hakisan tanih serta
tanah runtuh.

(4) Berkurangnya sumber-sumber makanan khususnya yang berasaskan hasil-hasil


pertanian, sumber perikanan dan penternakan relatif dengan keperluan penduduk yang
bertambah dengan pesat. Pengeluaran sumber-sumber makanan tersebut tidak sepadan
dengan pertambahan penduduk.

(5) Kesan positif. Pembangunan sumber alam meningkat, sumber tidak terbiar
membazir kerana mempunyai tenaga kerja yang cukup untuk menjana dan
membangunkannya.

1.1.2 a) Membina Graf Bar.

Konsep: Graf bar atau graf palang ialah graf yang mempunyai turus-turus secara
menegak. Pada amnya graf bar terdiri daripada tiga jenis iaitu graf bar komponen, graf
bar kompaun dan juga graf bar cermin. Graf bar komponen atau graf bar majmuk
mempunyai turus yang bertingkat-tingkat manakala graf bar kompaun mempunyai turus
yang berbaris-baris. Graf bar cermin pula mempunyai nilai paksi tegak yang positif dan
negatif. Paksi X berada di tengah graf, di sebelah atasnya paksi Y yang bernilai positif
manakala di sebelah bawahnya ialah paksi Y yang bernilai negatif.
Gerakerja Membina Graf Bar:

Langkah 1: Telitikan data yang diberi dalam soalan dan baca soalan dengan teliti.
Kenalpastikan kaedah graf bar yang hendak dibina samada bar kompaun, bar komponen
atau graf bar cermin. Misalnya jika data itu melibatkan perubahan (angka positif dan
negatif) maka graf bar yang sesuai dibina ialah graf bar cermin.

Langkah 2: Kenalpastikan nilai maksima serta nilai minima dalam data tersebut. Pilih
satu skala yang sesuai yang boleh meliputi semua data dan boleh diplotkan di dalam
sehelai kertas graf sahaja. Sebaiknya skala yang dipilih tidak terlalu besar atau terlalu
kecil sehingga mencacatkan kesan nampak (Visual impact) graf bar yang dilukis itu.

Langkah 3: Sediakan paksi X dan paksi Y di atas kertas graf. Paksi X mewakili
tahun/elemen/unsur manakala paksi Y mewakili nilai. Tandakan nilai bagi setiap 1 CM di
atas paksi Y dan nyatakan unitnya dihujung paksi tersebut.

Langkah 4: Tandakan setiap nilai data yang terdapat dalam soalan. Penandaan nilai
mestilah dijarakkan dari paksi Y (sebaik-baiknya berjarak 1 CM). Seterusnya buat plotan
bar atau turus mengikut nilai-nilai data yang terdapat dalam soalan. (Ingat – Plotan bagi
graf bar mestilah dijarakkan antara satu bar dengan bar yang lain. Oleh sebab itu
plotan bar adalah berlawanan dengan plotan graf garis. Jika graf garis perlu rapat dan
bermula di atas paksi Y manakala plotan bar mesti renggang dari paksi Y dan renggang
antara bar-bar yang dibina)

Langkah 5: Lengkapkan graf anda dengan tajuk, skala dan petunjuk. Tajuk mestilah di
tulis di ruang /bahagian atas graf, skala mestilah ditulis di bawah daripada tajuk iaitu
disebelah pepenjuru kiri manakala petunjuk di tulis di ruang bawah graf bar).

Lihat Contoh 2 di bawah:

Contoh 2:

Jadual 2 di bawah menunjukkan bilangan migrasi masuk dan migrasi keluar di beberapa
buah negeri terpilih Semenanjung Malaysia pada tahun 1998.

Jadual 2: Bilangan migrasi masuk dan migrasi keluar


di beberapa buah negeri terpilih Semenanjung Malaysia pada tahun 1998.

Negeri Bil.Migrasi Masuk Bil.Migrasi keluar


(orang) (orang)
Johor 30 838 26 880
Kedah 19 357 16 266
Kelantan 11 069 14 113
Terengganu 14 979 9 361
Pahang 25 957 23 635
Melaka 9 161 11 993
Perak 25 753 35 317
Selangor 61 048 38 536
Pulau Pinang 12 664 16 736

a) Berdasarkan jadual 2, lukis sebuah graf bar yang sesuai untuk menunjukkan
bilangan migrasi bersih mengikut beberapa buah negeri terpilih di Semenanjung
Malaysia pada tahun 1998.

Penyelesaian: Oleh kerana soalan meminta calon melukiskan graf bar yang
menunjukkan Migrasi Bersih, maka calon mestilah dahulu mengira nilai migrasi bersih
bagi setiap negeri dengan menggunakan formula berikut:

Migrasi Bersih = Migrasi Masuk ▬ Migrasi Keluar.

Jika nilai migrasi bersih yang diperolehi mempunyai nilai positif dan negatif maka graf
bar yang perlu dilukis ialah graf bar cermin. Sekiranya nilai yang diperolehi positif
sahaja atau negatif sahaja maka calon boleh memilih untuk melukis graf bar komponen
atau graf bar kompaun bergantunglah kepada kesesuaiannya.

Berdasarkan nilai migrasi bersih yang diperolehi itu, pilih satu skala yang sesuai bagi
mewakili semua data. Bahagikan nilai migrasi bersih dengan skala anda untuk
memperolehi panjang setiap bar yang akan dilukis nanti.

Lihat Jadual nilai migrasi bersih dan panjang setiap bar di sebelah:

Jadual : Nilai Migrasi Bersih dan Panjang Setiap Bar.

Skala yang dipilih: 1 CM = 2000 Orang.

Negeri Bil.Migrasi Bil.Migrasi Migrasi Bersih Panjang bar


Masuk (MM) keluar (MK) (MM – MK) 1cm = 2000
org.
Johor 30 838 26 880 3 958 1.9 cm
Kedah 19 357 16 266 3 091 1.5 cm
Kelantan 11 069 14 113 –3 044 – 1.5cm
Terengganu 14 979 9 361 5 618 2.8cm
Pahang 25 957 23 635 2 322 1.1 cm
Melaka 9 161 11 993 –2 832 – 1.4cm
Perak 25 753 35 317 –9 564 – 4.7cm
Selangor 61 048 38 536 22 512 11.2cm
Pulau Pinang 12 664 16 736 –4 072 – 2.0 cm
1.1.2 b) Menganalisis dan Mentafsir Graf Bar.

Sepertimana graf garis, graf bar juga perlu dianalisis dan ditafsirkan daripada segi
polanya, sebab-sebab, kesan serta cadangan mengatasi hasil daripada sesuatu bentuk bar
yang terhasil. Di peringkat ini calon mestilah berupaya mengadunkan pengentahuan yang
dimilikinya dengan kemahiran amali yang dibuat.

Lihat contoh soalan analisis di bawah.

b) Mengapakah sesetengah negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia mengalami


kadar migrasi masuk yang tinggi berbanding dengan negeri-negeri di pantai timur dan
utara semenanjung.

Jawapannya:

1. Mengenalpasti dengan tepat negeri di pantai barat yang mempunyai kadar migrasi
masuk yang tinggi - Selangor dan Perak.

Sebab-sebab: (Boleh dibincangkan secara perbandingan antara faktor tarikan dan


faktor tolakan - judul isinya masih lagi sama). Antara sebab-sebab yang boleh
dibincangkan ialah:

1. Peluang perkerjaan. Peluang perkerjaan yang luas dan tawaran gaji yang lumayan
terutamanya dalam sektor perindustrian dan perkhidmatan khususnya di bandar-bandar
besar dalam negeri yang berkenaan.- berbanding dengan negeri-negeri pantai timur dan
utara semenanjung.

2. Peluang pendidikan. Peluang pendidikan tinggi juga lebih luas dan terbuka
khususnya di negeri Selangor. Boleh dibuktikan dengan nama-nama IPTA atau IPTS -
boleh dibuat perbandingan dengan negeri-negeri lain.

3. Faktor Urbanisasi. Tarikan kemudahan bandar yang begitu banyak di negeri-


negeri pantai barat berbanding dengan negeri-negeri lain. Bandar yang lebih besar,lebih
maju/pesat membangun yang menawarkan pelbagai kemudahan yang menarik.

4. Faktor sistem pengangkutan. Faktor pemangkin migrasi. Sistem pengangkutan


yang cekap,cepat, canggih dan jaringan yang padat akan memudahkan pergerakan,
meningkatkan darjah ketersampaian antara negeri-negeri pantai barat dengan negeri-
negeri yang lain.
1.1.3 a) Membina Carta Pai (Rajah Bulatan Berbahagi).

Carta pai mempunyai beberapa nama seperti Rajah Bulatan Berbahagi dan juga Simbol
Bulatan Berkadar. Ia terdiri daripada bulatan yang dipecahkan kepada segmen –segmen
atau sektor-sektor mengikut nilai sudut yang telah dikira. Terdapat tiga pengiraan
penting untuk membina sesebuah carta pai iaitu, pengiraan skala jejari bulatan, pengiraan
sudut sektor dan juga pengiraan peratus sudut sektor.

Gerakerja Membina Carta Pai (Rajah Bulatan Berbahagi):

Langkah 1: Telitikan data yang diberi dalam soalan dan kenalpastikan berapa buah
carta pai yang perlu dibina berasaskan kehendak soalan.

Langkah 2: Campurkan semua nilai data mengikut sektor bagi tujuan mencari jejari.
Nilai jejari boleh dikira dengan menggunakan formula berikut:

Jejari = √ jumlah

Apabila sudah dipuncakuasaduakan maka nilai yang diperolehi bukan lagi dalam unit
biasa tetapi bertukar menjadi UNIT PUNCAKUASADUA.

Langkah 3: Berdasarkan nilai puncakuasadua ini, pilih satu skala yang sesuai yang boleh
diguna untuk mengira panjang jejari. Bahagikan nilai puncakuasa dua yang diperolehi
dalam langkah (2) di atas dengan nilai skala yang telah dipilih itu. Sebaiknya panjang
jejari mestilah sesuai untuk menghasilkan bulatan agar tidak terlalu besar atau terlalu
kecil.

Langkah 4: Kirakan sudut sektor bagi setiap elemen yang terdapat dalam jadual
dengan menggunakan formula berikut:

Nilai Bagi Setiap Elemen


x 360°
Jumlah Keseluruhan Elemen

Langkah 5: Membuat plotan. Melukis bulatan dengan menggunakan jangka lukis


berdasarkan panjang jejari yang telah dikira dan juga menandakan bukaan sudut sektor
bagi setiap elemen yang telah dikira dengan menggunakan jangka sudut di dalam bulatan
berkenaan.
Langkah 6: Mengira peratus setiap sudut sektor dengan menggunakan formula berikut:

Nilai Bagi Setiap Elemen


x 100%
Jumlah Keseluruhan Elemen

Nilai peratus ini mestilah dimasukkan ke dalam setiap bukaan sudut sektor bulatan
tersebut. (Ingat !, nilai peratus yang perlu ditulis dalam setiap bukaan sudut sektor dan
bukannya nilai sudut berkenaan)

Langkah 7: Lorekan atau warnakan setiap sudut sektor dengan lorekan atau warna yang
berlainan dan seterusnya lengkapkan carta pai anda dengan tajuk, skala dan petunjuk.
Tajuk mestilah di tulis di ruang /bahagian atas carta, skala mestilah ditulis di bawah
daripada tajuk iaitu disebelah pepenjuru kiri manakala petunjuk boleh ditulis di bahagian
bawah carta pai anda itu.

Lihat Contoh 3 di bawah:

Jadual 3 di bawah menunjukkan jumlah penduduk mengikut kumpulan umur di Malaysia


pada tahun 2000.

Kumpulan Umur
Jumlah Penduduk
(‘000) orang
Bawah 15 tahun 7, 684
15 - 64 tahun 14, 681
Lebih dari 65 tahun 898
Jumlah 23,264

Berdasarkan jadual 3 di atas siapkan sebuah rajah bulatan berbahagi bagi menunjukkan
jumlah penduduk mengikut kumpulan umur di Malaysia pada tahun 2000.

Langkah 1: Mengira skala jejari: Formula: √ JUMLAH

= √ 23,264,000
= 4823.27 unit puncakuasadua

Skala Jejari = 1 CM = 1000 unit puncakuasdua

= 4823.27 ÷ 1000
Panjang jejari = 4.823 CM.

Langkah 2: Mengira sudut sektor dan peratus sudut sektor. (Lihat Jadual di bawah)

Kumpulan umur Jumlah Sudut Sektor : % sudut sektor


Penduduk Formulanya: Formulanya:

Nilai x 360º Nilai sudut sektor x 100%

Jumlah 360º
Bawah 15 tahun 7,684,000 7,684,000
x 360º 118.9º x 100 = 33.02%
23,264,000
=118. 360º

15 – 64 tahun 14,681,000 14,681,000
x 360º 227.2º x 100 = 63.11%
23,264,000
=227. 360º

Lebih 65 tahun 898,000 898,000
x 360º 13.9º x 100 = 3.86%
23,264,000
=13.9º 360º
TEMA 2: PEMBANGUNAN EKONOMI DAN IMPAK ALAM
SEKITAR

Tajuk
Impak Pembangunan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar

Subtajuk
2.1 Sektor pertanian

Masa
2 Jam (80 Minit)

Hasil Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran pelajar akan dapat;

Aras 1
• Membezakan pelbagai jenis dan ciri sistem pertanian di Asia pasifik.

Aras 2
• Menghuraikan pelbagai faktor yang mempengaruhi kegiatan pertanian di Asia
pasifik.

Aras 3
• Menjelaskan kepentingan atau sumbangan sektor pertanian kepada
pembangunan ekonomi dan sosial negara Asia pasifik.

Aras 4
• Menjelaskan kesan negatif aktiviti pertanian terhadap alam sekitar dan
mencadangkan langkah-langkah mengatasinya.

Sisipan Konsep

• Bioteknologi – bermaksud penggunaan teknologi dalam perkembangan pertanian


dan pembuatan seperti pembiakbakaan tisu, pengubahsuian genetik, teknologi
transgenik, dan teknologenik, dan teknologi nano.
• Tanaman monokultur – tanaman sejenis sahaja misalnya padi sawah yang
ditanam di atas tapak yang sama yang hanya berbeza mengikut masa seperti
tanaman padi sawah dalam musim dan luar musim.
• Tanaman multikultur – tanaman pelbagai jenis iaitu campuran tanaman padi
sawah dengan tanaman lain.
Isi-isi Pembelajaran
1.0 Jenis dan ciri sistem pertanian,
1.1 Pertanian pindah
1.2 Pertanian sara diri intensif
1.3 Pertanian kebun kecil
1.4 Perladangan ektensif
2.0 Faktor-faktor mempengaruhi,
2.1 Fizikal,
2.1.1 Iklim
2.1.2 Sistem saliran
2.1.3 Bentuk muka bumi
2.2 Kemanusiaan,
2.2.1 Ekonomi
2.2.2 Sosial
2.2.3 Governan
2.2.4 Teknologi
3.0 Kepentingan atau sumbangan
3.1 membekalkan sumber makanan
3.2 Pendapatan eksport negara
3.3 Peluang pekerjaan
3.4 Membantu ekonomi sampingan
3.5 Menambahkan dana/modal
3.6 Meningkatkan teknologi
3.7 Meluaskan pasaran
3.8 Memajukan infrastruktur dan pembangunan bandar

4.0 Masalah yang dihadapi


4.1 Ancaman fizikal – banjir, kemarau, ancaman makluk perosak.
4.2 Kekurangan tenaga buruh.
4.3 Kekurangan modal.
4.4 Masalah tanah – saiz tanah tidak ekonomik, tanah terbiar.
4.5 Harga pasaran antarabangsa tidak stabil
4.6 Masalah teknologi
4.7 Kekurangan pengetahuan moden
4.8 Kemiskinan

5.0 Langkah-langkah memajukan sektor pertanian


5.1 Memajukan bioteknologi
5.2 Wujudkan semula program pembangunan wilayah
5.3 Projek pertanian berkelompok
5.4 Tingkatkan infrastruktur pertanian
5.5 Memperbaiki sistem pengurusan dan pemasaran
5.6 Mempromosikan produk pertanian.

6.0 Kesan negatif terhadap alam sekitar


6.1 Perubahan landskap
6.2 Hakisan dan gerakan jisim
6.3 Pencemaran air
6.4 Pencemaran udara/jerebu
6.5 Kemusnahan ekosistem/biodiversiti
6.6 Gangguan kitar hidrologi
6.7 Pemanasan setempat.

7.0 Langkah mengatasi kesan negatif


7.1 Langkah perundangan – Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.
7.2 Amalan pengurusan cekap dan strategik.
7.3 Kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran


Aktiviti guru

1. Guru bertanyakan pelajar jenis-jenis pertanian yang terdapat di negara.


2. Guru bahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan memberi alamat halaman web.
• http://www.treasury.gov.my
• http://www.agrolink.moa.my/dof/
• http://www.jas.sains.my.

3. Guru meminta pelajar mencari maklumat yang terdapat di halaman web sistem
pertanian yang terdapat di negara berkaitan dengan;
• Faktor mempengaruhi
• Sumbangan terhadap sosioekonomi
• Masalah-masalah dalam pertanian
• Kesan terhadap alam sekitar dan langkah mengatasi.
4. Guru meminta beberapa kumpulan membentangkan hasil capaian di halaman web
berkenaan.
5. Guru merumus dan memberi soalan latihan yang perlu disiapkan dalam bentuk folio.

Aktiviti murid

1. Pelajar menyatakan jenis-jenis pertanian yang terdapat di Malaysia.


2. Pelajar berada dalam 2 orang 1 kumpulan.
3. Pelajar mendapatkan maklumat dalam halaman web dan mencetak maklumat
berkaitan.
4. Pelajar membentang hasil maklumat yang diperolehi.
5. Pelajar mencatit soalan.
Contoh Soalan

Soalan 1

Pilih mana-mana sebuah negara di rantau Asia Pasifik;

a) Huraikan kelebihan sektor pertanian perladangan berbanding dengan


sektor-sektor pertanian yang lain yang ada di negara tersebut. (9 Markah)

b) Jelaskan masalah-masalah yang dihadapi untuk memajukan sektor pertanian


perladangan di negara itu. (8 Markah)

c) Kaji kesan-kesan negatif pembangunan pertanian perladangan terhadap alam


sekitar fizikal di negara berkenaan.
(8 markah)
Penilaian Jawapan

Soalan ini merupakan soalan langsung dan terdiri daripada tiga bahagian. (a) meminta
pelajar memilih sebuah negara di Asia Pasifik dan memberikan kelebihan sektor
pertanian perladangan berbanding sektor pertanian lain. (b) meminta pelajar menjelaskan
masalah sektor pertanian perladangan. (c) pula meminta pelajar mengkaji kesan negatif
pertanian ladang terhadapa alam sekitar.

a) Negara yang dipilih ialah Malaysia. Antara kelebihan sektor pertanian


perladangan berbanding sektor pertanian lain ialah;
1. Menyumbang kepada pendapatan eksport negara.
2. Menyediakan banyak peluang pekerjaan.
3. Membantu memajukan sektor ekonomi sampingan
4. Memajukan infrastruktur dan pembangunan bandar
2markah x 4 isi = 8m + 1m (cth negara) = 9m

b) Masalah sektor pertanian perladangan.


1. Faktor Fizikal
1.1 Kemarau,banjir.
1.2 Makhluk haiwan perosak.

2. Faktor Kemanusiaan
2.1 Kekurangan tenaga buruh.
2.2 Kekurangan modal.
2.3 Masalah tanah – saiz tanah tidak ekonomik, tanah terbiar.
2.4 Harga pasaran antarabangsa tidak stabil
2.5 Masalah teknologi
2m x4 isi = 8m

c) Kesan-kesan negatif terhadap alam sekitar.

1. Perubahan landskap
2. Hakisan dan gerakan jisim
3. Pencemaran air
4. Pencemaran udara/jerebu
5. Kemusnahan ekosistem/biodiversiti
6. Gangguan kitar hidrologi
7. Pemanasan setempat.

2m x 4 isi = 8m

Rujukan

Rusly Musa dan Nurashikin Abdullah, Teks Pra U Geografi Manusia STPM,
Bab 6 – Sektor Pertanian, m.s. 118 – 156, Penerbit:Pearson dan Longman,
Petaling Jaya, 2005.
TEMA 2: PEMBANGUNAN EKONOMI DAN IMPAK ALAM
SEKITAR

Tajuk
Impak Pembangunan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar

Subtajuk
2.2 Sektor Perindustrian

Masa
2 waktu (80 Minit )

Hasil Pembelajaran

Pada akhir pembelajaran pelajar akan dapat;

Aras 1
• Mengenalpasti sektor ekonomi primer, sekunder dan tertier.

Aras 2
• Menjelaskan pelbagai faktor yang mempengaruhi perkembangan sektor industri.

Aras 3
• Menjelaskan kepentingan atau sumbangan terhadap sosioekonomi.

Aras 4
• Menjelaskan kesan negatif aktiviti perindustrian terhadap alam sekitar dan
mencadangkan langkah-langkah mengatasinya.

Sisipan Konsep

• Industri Primier – Industri peringkat pertama berdasarkan industri pemerosesan


sumber alam seperti pertanian,perlombongan, perhutanan dll.
• Industri sekunder – Industri pembuatan yang menukarkan hasil industri primer
kepada barangan siap atau separa siap.
• Industri Tertier – Industri perkhidmatan yang menyediakan pelbagai
perkhidmatan kepada pelanggan seperti pengangkutan,telekomunikasi,
pelancongan dll.
• Aglomerasi Industri - Pengelompokkan industri di satu kawasan yang khas
seperti di kawasan perdagangan bebas (FTZ)
Isi-isi Pembelajaran

1.0 Jenis dan ciri sektor industri.


1.1 Industri primer
1.2 Industri sekunder
1.3 Industri tertier

2.0 Faktor-faktor mempengaruhi;


2.1 Dasar dan polisi kerajaan
2.2 Keupayaan modal
2.3 Teknologi
2.4 Tenaga buruh
2.5 Pasaran dan permintaan
2.6 Bahan mentah dan sumber kuasa

3.0 Kepentingan atau sumbangan


3.1 Peluang pekerjaan
3.2 Pendapatan negara
3.3 Meluaskan pasaran
3.4 Memajukan industri berkaitan
3.5 Meningkatn pembangunan infrastruktur.

4.0 Kesan ke atas alam sekitar


4.1 Pencemaran udara dan jerebu
4.2 Hujan asid
4.3 Pencemaran air
4.4 Kemusnahan hidupan akuatik
4.5 Pemanasan setempat atau pulau haba bandar.

5.0 Langkah mengatasi kesan negatif


5.1 Langkah perundangan – Akta Kualiti Alam Sekitar 1974
5.2 Amalan pengurusan cekap dan strategik.
Kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Aktiviti guru

1. Guru menunjukkan gambar-gambar yang diambil semasa lawatan di kilang kelapa


sawit Ladang Kota Bahagia.
2. Guru meminta pelajar menyatakan kawasan industri di daerah,bandar, ibu negeri
dan ibu negara.
3. Guru bahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan memberi soalan
perbincangan.
4. Guru meminta pelajar membentangkan hasil perbincangan melalui kaedah forum.
5. Guru merumus topik perbincangan dan memberi soalan latihan.

Aktiviti murid

1. Pelajar menyatakan lokasi kawasan perindustrian yang mereka tahu.


2. Pelajar berada dalam 5 orang 1 kumpulan.
3. Pelajar membincangkan topik yang berkaitan melalui forum dan sesi soal jawab
di antara pelajar-pelajar.
4. Pelajar mencatat soalan.

Contoh Soalan

Soalan 2

a) Bezakan maksud industri primer dengan industri sekunder.


( 6 Markah)

b) Huraikan faktor-faktor yang boleh menghalang kemajuan industri perkilangan di


sesetengah negara Asia Tenggara .
( 10 Markah)

c) Jelaskan kesan-kesan negatif terhadap alam sekitar fizikal akibat aktiviti


perindustrian yang tidak mengamalkan konsep pembangunan lestari.
( 9 Markah)

Penilaian Jawapan
Terdiri daripada tiga bahagian. (a) meminta pelajar membezakan maksud industri primer
dan industri sekunder (b) meminta pelajar menghuraikan faktor penghalang kemajuan
industri di sebuah negara Asia Tenggara. (c) pula meminta pelajar mengkaji kesan negatif
akibat perindustrian yang tidak mengamalkan konsep pembangunan lestari.

a) Industri tertier – Industri peringkat pertama berdasarkan industri pemerosesan sumber


alam seperti pertanian,perlombongan, perhutanan dll. (3m)
Industri sekunder – Industri pembuatan yang menukarkan hasil industri primer kepada
barangan siap atau separa siap. Cth kilang perabut,papan lapis dll.(3m)

b) Faktor penghalang kemajuan;


1. Masalah kekurangan modal.
2. Kekurangan tenaga buruh mahir.
3. Kekurangan bahan mentah.
4. Harga di pasaran antarabangsa.
3 isi x3m =9m + ( 1m isi terbaik) = 10m

c) Kesan-kesan negatif terhadap alam sekitar;


1. Pencemaran udara
2. Penipisan lapisan ozon dan kesan rumah hijau.
3. Fenomena hujan asid.
4. Pencemaran air
5. Kemusnahan ekosistem akuatik
6. Pemanasan setempat.
4 isi x 2m = 8m + ( 1m isi terbaik) = 9m

Rujukan

Rusly Musa dan Nurashikin Abdullah, Teks Pra U Geografi Manusia STPM,
Bab 11 – Sektor Perkhidmatan, m.s. 267 – 281, Penerbit:Pearson dan
Longman, Petaling Jaya, 2005.
TEMA 2: PEMBANGUNAN EKONOMI DAN IMPAK ALAM
SEKITAR

Tajuk
Impak Pembangunan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar

Subtajuk
2.3 Sektor Pelancongan

Masa
2 waktu (80 Minit )

Hasil Pembelajaran

Pada akhir pembelajaran pelajar akan dapat;

Aras 1
• Mengenalpasti sektor ekonomi tertier.

Aras 2
• Menjelaskan pelbagai faktor yang mempengaruhi perkembangan sektor industri
pelancongan.

Aras 3
• Menjelaskan kepentingan atau sumbangan terhadap sosioekonomi.

Aras 4
• Menjelaskan kesan negatif aktiviti pelancongan terhadap alam sekitar dan
mencadangkan langkah-langkah mengatasinya.

Sisipan Konsep

a) Ekopelancongan (Eco – Tourism)


Aktiviti pelancongan yang berkembang berasaskan sumber semulajadi seperti
pelancongan pantai, pulau, hutan lipur, tanah tinggi, air terjun/jeram, tasik, sungai, gua
batu kapur dan sebagainya. Aktiviti pelancongan yang paling banyak berkembang di
Malaysia. Contohnya di Taman Negara, Hutan Simpan Belum di Perak. Hutan Simpan
Endau – Rompin di Pahang.

b) Pelancongan pertanian ( Agro – Tourism )


Aktiviti pelancongan di kawasan dusun buah-buahan, kawasan perkampungan nelayan,
Akua – tourism seperti di kawasan ternakan akuakultur, konsep “home stay” dan lain-
lain. Contohnya di Kedah dan Perlis seperti di kawasan MADA, Bagang Lalang
Selangor.

c) Pelancongan Kesihatan.
Kedatangan pelancong untuk mendapatkan rawatan perubatan, rawatan pakar,
perkhidmatan hospitality swasta, perubatan tradisional dan lain-lain.

d) Pelancongan Pendidikan.
Mengalakkan aktiviti pelancongan sambil belajar khususnya dikalangan pelajar sekolah.
Contohnya pusat-pusat pengajian tinggi, Pusat Sains Negara, Putrajaya, Pulau Langkawi,
Cameron Highland dan sebagainya

Isi-isi Pembelajaran

a) Faktor-faktor mempengaruhi perkembangan kegiatan pelancongan

i) Faktor alam sekitar fizikal.


- Pulau-pulau dan taman maritim yang cantik.
- Keindahan persekitaran fizikal seperti pantai dan gua.
- Keindahan kawasan tanah tinggi.
- Keindahan flora dan fauna.
- Iklim yang sesuai

ii) Faktor alam sekitar manusia.


- Tempat-tempat bersejarah
- Kemudahan pengangkutan dan perhubungan
- Kemudahan prasarana
- Dasar kerajaan

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Langkah 1: ( Penerangan guru – 10 Minit )


a) Guru Memperkenalkan tajuk dan kandungan pembelajaran yang meliputi isi-isi
pembelajaran di atas.

b) Guru menjelaskan tempat-tempat menarik yang terdapat di Malaysia dan


menyatakan kepentingan kepada ekonomi negara.

Langkah 2: (Diskusi Pelajar – 20 Minit )

a) Pelajar diagehkan kepada beberapa kumpulan untuk membincangkan dua aspek


berikut:

i) Faktor-faktor yang mempengaruhi sektor pelancongan yang terdapat di


Malaysia.
ii) Langkah-langkah memajukan sektor pelancongan di Malaysia.

(Nota: Perbincangan mestilah berasaskan prinsip: FHC – Fakta diikuti oleh


Huraian dan dilengkapi dengan contoh-contoh yang spesifik)

Langkah 3 (Pembentangan Hasil Perbincangan – 40 Minit)

b) Pembentangan hasil perbincangan dan penambahbaikan.

i) Setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan.

ii) Guru bersama dengan kumpulan pelajar lain membuat pembetulan dan
penambahbaikan terhadap hasil pembentangan.

Langkah 4 ( Rumusan Hasil Pembelajaran – 10 minit)

Guru merumuskan setiap langkah pembelajaran di atas dan menyatakan kecapaian


objektifnya.

Contoh Soalan
Pilih sebuah Negara di Asia Tenggara,

a) Huraikan kepentingan sektor pelancongan terhadap pembangunan ekonomi dan


sosial negara berkenaan. [9 Markah]

b) Cadangkan langkah yang boleh diambil untuk memajukan sektor pelancongan di


dalam negara berkenaan. [ 8 Markah]
c) Huraikan kesan negatif sektor pelancongan terhadap penduduk dan alam sekitar
negara berkenaan. [ 8 Markah]

Penilaian Jawapan

Soalan ini merupakan soalan langsung dan terdiri daripada tiga bahagian.
(a) Meminta pelajar memilih sebuah Negara Asia Tenggara dan memberikan kepentingan
sector pelancongan terhadap ekonomi dan social Negara.(b) Meminta pelajar
mencadangkan beberapa langkah bagi memajukan sector berkenaan.(c) Meminta pelajar
memberi kesan negative sector tersebut kepada alam sekitar manusia dan alam sekitar
fizikal.

a) Negara yang dipilih ialah Malaysia.Antara kepentingan sektor pelancongan ialah;

i) Sumber pendapatan negara.


ii) Peluang pekerjaan.
iii) Menggalakkan perkembangan industri berkaitan.
iv) Perkembangan teknologi dan R&D.
v) Pembangunan di kawasan luar Bandar.

2 markah x 4 isi = 8m + 1m(cth negara) =9M

b) Langkah memajukan sektor pelancongan;

i) Mempromosikan produk pelancongan menerusi media, pakej pelancongan


yang menarik melalui TDC(Lembaga Penggalak Pelancongan).
ii) Membangunkan sumber-sumber setempat yang berpotensi berasaskan konsep
agropelancongan,akuapelancongan,arkeopelancongan, dan ecopelancongan.
iii) Memajukan sistm pengangkutan dan perhubungan.
iv) Menyediakan kemudahan asas yang mencukupi.
v) Kempen kesedaran seperti langkah menjaga kebersihan, menguruskan sisa
pelancongan dan memelihara kualiti alam sekitar setempat.

2 markah x 4 isi = 8m

c) Kesan negatif sektor pelancongan.

Masalah Terhadap Persekitaran Fizikal.


i) Hakisan di kawasan tanah tinggi dan pinggir pantai akibat pembinaan hotel,
resort padang golf dan sebagainya.
ii) Pencemaran air laut, sungai dan tasik akibat penyaliran sisa kumbahan.
iii) Gangguan terhadap ekosistem daratan.Fungsi ekosistem hutan seperti habitat,
rantaian makanan pelbagai jenis hidupan, membekalkan oksigen dan
mengimbangi CO2 akan terganggu.
iv) Perubahan ilkim mikro khususnya suhu di kawasan tanah tinggi.

Masalah Terhadap Persekitaran Manusia.

i) Pencemaran budaya di kalangan penduduk tempatan. Pendedahan dan


penyerapan budaya barat.
ii) Masalah kesesakan di pusat pelancongan popular atau di pintu-pintu masuk
utama spt. Tanah Tinggi Genting, Kuala Perlis, Tanah Tinggi Cameron dan
lain-lain.
iii) Masalah wabak penyakit atau penularan penyakit yang cepat berjangkit yang
dibawa oleh pelancong.

2 markah x 4 isi = 8m

Rujukan

Rusly Musa dan Nurashikin Abdullah, Teks Pra U Geografi Manusia STPM,
Bab 11 – Sektor Perkhidmatan, m.s. 267 – 281, Penerbit:Pearson dan
Longman, Petaling Jaya, 2005.
TEMA 2: PEMBANGUNAN EKONOMI DAN IMPAK ALAM
SEKITAR

Tema
Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar

Tajuk
2.4 Kemahiran Amali

Subtajuk
Membina dan mentafsir carta pai/rajah bulatan berbahagi

Masa
2 waktu (80 Minit )

Hasil Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran pelajar akan dapat;

Aras 1
• Mengenalpasti kaedah mendapatkan nilai jejari,peratus dan sudut.

Aras 2
• Membina carta pai mengikut kaedah/format sebenar.

Aras 3
• Mentafsir data dan carta pai.

Isi-isi Pembelajaran

a) Mempersembahkan data pelancongan dalam bentuk carta pai.


b) Mentafsir dan menganalisis data.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Langkah 1: ( Penerangan guru – 20 Minit )


a) Guru memperkenalkan tajuk dan kandungan pembelajaran yang meliputi isi-isi
pembelajaran di atas.

b) Guru menjelaskan kaedah-kaedah pengiraan jejari, sudut, peratus dan format


melukis carta pai.

Langkah 2 ( Mentafsir dan Menganalisis Data Keluaran Dalam


Negara Kasar (KDNK) mengikut sektor ekonomi di Malaysia – 50
Minit)

a) Guru mengedarkan data keluaran dalam negara kasar(KDNK) di Malaysia


mengikut sektor ekonomi dan pelajar dibantu untuk:

i) Mengenalpasti pola dan aliran perdagangan.


ii) Mengira peratus, sudut dan jejari.
vi) Melukis carta pai.
vii) Menganalisis sebab.
viii) Meramalkan kesan jangka panjang sebagai satu kajian masa depan (KMD)

Langkah 3 ( Rumusan Hasil Pembelajaran – 10 minit)

Guru merumuskan setiap langkah pembelajaran di atas dan menyatakan kecapaian


objektifnya.

Contoh Soalan

Jadual 4 menunjukkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mengikut sektor-


sektor ekonomi di Malaysia pada tahun 1990 hingga 2000.

Jadual 4: Keluaran Dalam Negara Kasar (RM: Juta)


mengikut sektor-sektor ekonomi di Malaysia, 1990 - 2000

Sektor Ekonomi Keluaran Dalam Negara Kasar (RM: Juta)


Tahun 1990 Tahun 2000
Sektor Primer 22, 267 27, 337
Sektor Sekunder 23, 830 71, 802
Sektor Tertiar 33, 230 77, 496
Jumlah 79, 329 176, 635
a) Berdasarkan jadual 4, siapkan sebuah Rajah Bulatan berbahagi bagi menunjukkan
perubahan keluaran dalam negara kasar mengikut sektor-sektor ekonomi di Malaysia antara
tahun 1990 hingga 2000.

Penilaian Jawapan

a) Membina Rajah Bulatan Berbahagi.

Konsep: Carta Pai atau Rajah Bulatan Berbahagi dikenali juga sebagai rajah bulatan
berkadar yang merujuk kepada bulatan yang dipecahbahagikan mengikut sektor-sektor
tertentu. Terdapat dua jenis carta pai iaitu carta pai separa bulatan dan carta pai bulatan
penuh. Jika carta pai separa bulatan calon perlu darab dengan 180° manakala carta pai
bulatan penuh calon perlu darab dengan 360°.

Gerakerja Membina Carta Pai (Rajah Bulatan Berbahagi):

Langkah 1: Telitikan data yang diberi dalam soalan dan kenalpastikan berapa buah
carta pai yang perlu dibina berasaskan kehendak soalan.

Langkah 2: Campurkan semua nilai data mengikut sektor bagi tujuan mencari jejari.
Nilai jejari boleh dikira dengan menggunakan formula berikut:

Jejari = √ jumlah
Apabila sudah dipuncakuasaduakan maka nilai yang diperolehi bukan lagi dalam unit
biasa tetapi bertukar menjadi UNIT PUNCAKUASADUA.

Langkah 3: Berdasarkan nilai puncakuasadua ini, pilih satu skala yang sesuai yang boleh
diguna untuk mengira panjang jejari. Bahagikan nilai puncakuasa dua yang diperolehi
dalam langkah (2) di atas dengan nilai skala yang telah dipilih itu. Sebaiknya panjang
jejari mestilah sesuai untuk menghasilkan bulatan agar tidak terlalu besar atau terlalu
kecil.

Langkah 4: Kirakan sudut sektor bagi setiap elemen yang terdapat dalam jadual
dengan menggunakan formula berikut:
Nilai Bagi Setiap Elemen
x 360°
Jumlah Keseluruhan Elemen

Langkah 5: Membuat plotan. Melukis bulatan dengan menggunakan jangka lukis


berdasarkan panjang jejari yang telah dikira dan juga menandakan bukaan sudut sektor
bagi setiap elemen yang telah dikira dengan menggunakan jangka sudut di dalam bulatan
berkenaan.

Langkah 6: Mengira peratus setiap sudut sektor dengan menggunakan formula berikut:

Nilai Bagi Setiap Elemen


x 100%
Jumlah Keseluruhan Elemen

Nilai peratus ini mestilah dimasukkan ke dalam setiap bukaan sudut sektor bulatan
tersebut. (Ingat !, nilai peratus yang perlu ditulis dalam setiap bukaan sudut sektor dan
bukannya nilai sudut berkenaan)

Langkah 7: Lorekan atau warnakan setiap sudut sektor dengan lorekan atau warna yang
berlainan dan seterusnya lengkapkan carta pai anda dengan tajuk, skala dan petunjuk.
Tajuk mestilah di tulis di ruang /bahagian atas carta, skala mestilah ditulis di bawah
daripada tajuk iaitu disebelah pepenjuru kiri manakala petunjuk boleh ditulis di bahagian
bawah carta pai anda itu.

Sila rujuk Rajah Bulatan Berbahagi yang telah disiapkan di sebelah.

Rujukan

Rusly Musa dan Nurashikin Abdullah, Teks Pra U Geografi Manusia STPM,
Bab 11 – Sektor Perkhidmatan, m.s. 267 – 281, Penerbit:Pearson dan
Longman, Petaling Jaya, 2005.
TEMA 3: TRANFORMASI DESA DAN PERBANDARAN

Tema
Tranformasi Desa Dan Perbandaran

Tajuk
Tranformasi Desa

Sub Tajuk
Konsep Transformasi Desa

Hasil Pembelajaran
Diakhir pembelajaran, pelajar akan dapat:

1.Mentakrif konsep transformasi desa


2.Mengetahui dasar dan strategi pembangunan desa

Isi-Isi Pembelajaran

A. Konsep Transformasi Desa

Program pembangunan yang dilaksanakan bagi mengurangkan ketidakseimbangan


pembangunan antara wilayah-wilayah. Di Malaysia, dasar-dasar mengenai pembangunan
wilayah telah dirancang dan dilakasanakan oleh governan (kerajaan) menerusi pelbagai
agensinya.

B. Dasar Dan Strategi Pembangunan Desa

Dasar biasanya dimaksudkan sebagai satu set keputusan tentang matlamat, strategi serta
tindakan atau program pembangunan yang perlu dan boleh dilaksanakan bagi
mengurangkan ketidakseimbangan pembangunan antara wilayah-wilayah. Di Malaysia,
dasar-dasar mengenai pembangunan wilayah telah dirancang dan dilakasanakan oleh
governan (kerajaan) menerusi pelbagai agensinya. Di antara strategi atau program
pembangunan yang telah dan sedang diambil bagi mengurangkan jurang pembangunan
yang tidak seimbang ialah:

1.Program pembangunan insitu.

Menekankan pembangunan fizikal desa seperti penyediaan kemudahan asas yang


lengkap dan sempurna; bekalan elektrik, air, jalan raya, telekomunikasi, penyediaan
rumah rakyat menerusi Program perumahan rakyat termiskin (PPRT) serta menyediakan
pusat-pusat pertumbuhan ekonomi desa dan pasaran hasil desa. Di bawah projek
pembangunan insitu ini sesetengah kawasan desa yang berpotensi dipilih secara khusus
dan dinaik taraf menerusi projek desa wawasan seperti desa tani.
Selain itu kemudahan fizikal pertanian seperti Rancangan Pengairan Muda dan
Kemubu dijadikan sebagai projek asas untuk memajukan sektor pertanian desa
khususnya padi sawah. Dengan adanya kemudahan asas yang cukup ini maka penduduk
desa tidak perlu lagi berhijrah ke tempat lain untuk memperbaiki taraf dan kualiti hidup
mereka.

Strategi pembangunan insitu dibentuk khan untuk membaik pulih serta memodenkan
kampung-kampung tradisional. Agensi kerajaan tertentu telah ditugaskan untuk
membangunkan kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti. Dalam konteks ini
pendekatan bersepadu (Integrated Rural Development – IRD) telah digunakan dan
semua kemudahan asas/infrastruktur yang diperlukan untuk memajukan kawasan desa
berkenaan disediakan oleh kerajaan seperti jaringan pengangkutan, sistem tali air,
rangkaian pemasaran, pusat penyebaran pertanian, bekalan air, elektrik dan lain-lain lagi
yang diselaraskan oleh pelbagai agensi kerajaan yang dibentuk.

Terdapat dua jenis program pembangunan insitu yang dilaksanakan di Malaysia.


Pertama ialah untuk kawasan penanaman padi seperti di kawasan MADA (Kedah) dan
KADA (Kelantan), Projek Tali air dan pertanian daerah Besut, Terengganu serta projek
pertanian Barat Laut, Selangor. Kedua ialah untuk kawasan bukan penanaman padi
seperti projek Pembangunan Integrasi Pertanian Johor Barat, Pahang Barat dan Negeri
Sembilan Timur yang mengusahakan tanaman getah, kelapa sawit, kelapa buah-buahan
serta nanas.

2. Program Pembangunan Pertanian Bersepadu (Integrated Agricultural


Development Programme – IADP).

IADP ialah satu pakej pembangunan yang bersifat “kesepaduan” yang


menggabungjalinkan segala resos, tenaga, sumber berpotensi dan agensi bagi
memajukan sektor pertanian luar bandar dan seterusnya membasmi kemiskinan desa.
Diantara strategi yang terlibat di bawah IADP ialah seperti program pembangunan tanah
pertanian, kepelbagaian tanaman, program penanaman semula dan juga penyatuan saiz
dan skel tani yang tidak ekonomik dibawah rancangan mini estet (pertanian
berkelompok). Satu ciri penting IADP ialah menyelaras dan mengintegrasikan agensi
pembangunan yang selama ini beroperasi secara berasingan dan bertindan lapis. Fungsi
agensi pembangunan seperti RISDA, FAMA, MAJUTERNAK, MAJUIKAN, LPP,
MARDEC, MARDI, MADA, KADA, LKW dan lain-lain telah diselaraskan, disusun
semula dan disepadukan secara menyeluruh agar karenah birokrasi yang boleh
melambatkan program pembangunan untuk petani diminimakan.

Justeru itu bermula dengan Rancangan Malaysia ke 2, IADP telah dijadikan sebagai
strategi utama rancangan pembangunan luar bandar Malaysia di bawah Kementerian
Pembangunan Luar Bandar bagi tujuan mengatasi kemiskinan dan seterusnya
menyeimbangan jurang pembanguna antara bandar dengan luar bandar. Objektif IADP
adalah seperti berikut:

i) Meningkatkan pengeluaran pertanian dan seterusnya pendapatan dikalangan


pekebun kecil.
ii) Memodenkan sektor pertanian luar bandar melalui penggunaan teknologi
moden yang sesuai, sistematik dan efisyen.
iii) Memperbaiki sistem perkhidmatan pengembangan pertanian di luar bandar.
iv) Memodenkan kehidupan petani luar bandar dengan menggalakkan mereka
menceburkan diri dlam sektor perniagaan tani.
v) Membentuk sikap petani supaya mereka berkerja secara berkumpulan,
sistematik, berjadual dan teratur dengan memperbaiki sistem institusi
pertanian dan penyebaran info pertanian yang moden.

Jadual: Projek pembangunan pertanian di bawah IADP Malaysia, 1992.

Nama Projek/ Tahun Keluasan Tanaman utama Sumber


Kawasan terlibat perlaksanaan (Hektar) kewangan
MADA 1 dan 2 1965 - 1987 121 281 Padi Sawah Bank Dunia
KADA 1 1967 - 1973 57 222 Padi sawah Bank Dunia
Besut 1971 - 1978 14 175 Padi sawah,getah,dusun ADB
buah-buahan ,kelapa.
Barat Laut 1978 - 1985 100 073 Padi sawah, Bank Dunia
Selangor kelapa,koko dan kopi
Krian. 1979 - 1987 30 613 Padi sawah, Bank Dunia
getah,kelapa,kelapa
sawit, dusun buahan.
Negeri Sembilan 1981 - 1987 513 000 Padi, getah, dusun ADB
buahan dan kelapa
sawit
Pahang Barat 1983 - 1990 2 270 000 Getah, padi, kelapa ADB
sawit dan dusun buahan
Perak Utara 1986 - 1993 1 218 030 Getah, padi, tanaman Bank Dunia
campuran, kelapa sawit
Terengganu Utara 1986 - 1990 436 600 Padi, Bank Dunia
getah,akuakultur
,ternakan dan
tembakau

Di bawah IADP ini Program reformasi tanah pertanian amat dititikberatkan.


Misalnya projek pertanian berkelompok/mini estet yang dijalankan oleh agensi yang
berkaitan, memajukan sektor kebun kecil yang tidak produktif, mengusahakan tanah
terbiar dengan tanaman komersial yang boleh diuruskan secara sistematik bagi tujuan
menambahkan pendapatan perkapita penduduk luar bandar. Dalam konteks reformasi
tanah pertanian ini agensi-agensi kerajaan tertentu telah diberi tanggungjawab dan
telahpun berjaya menainkan peranannya. Misalnya RISDA yang bertanggungjawab
memajukan pekebun kecil getah serta FELCRA yang bertanggungjawab menyatu dan
memulihkan tanah persekutuan. Kebun-kebun kecil yang berselerak dan tidak produktif
akan disatukan di bawah pengurusan mini estet yang lebih ekonomi dan terurus. Dengan
itu pendapatan perkapita pekebun akan meningkat sekaligus taraf hidup penduduk luar
bandar dapat dipertingkatkan.

3. Penyelerakkan/penyebaran industri ke desa.

Kawasan desa yang berpotensi dikenalpasti dan dibina kilang pembuatan atau
pemerosesan, kerajaan juga menyediakan zon industri bebas cukai (FTZ) di kawasan
luar bandar yang lengkap dengan kemudahan asas dan insentif untuk menarik pelabur
membina cawangan industrinya. Di kawasan FTZ pelabur diberikan taraf perintis antara
5 hingga 10 tahun. Dengan adanya usaha ini maka tumpuan pembangunan industri tidak
di kawasan bandar atau jaluran pantai barat semenanjung sahaja. Kini penyebaran
industri perkilangan sudah memasuki ke koridor industri pantai timur khususnya di
negeri Pahang dan Terengganu di samping di kawasan rancangan pembangunan wilayah
pertanian seperti di wilayah JENGKA sendiri telah didirikan kilang elektronik (ALPS).

Untuk memastikan dasar penyelerakan industri dari bandar ke luar bandar ini berjaya
maka pihak kerajaan telah menyediakan infrastruktur fizikal dan sosial seperti
kemudahan jalanraya, landasan keretapi, bekalan air, bekalan tenaga elektrik,
kemudahan pelabuhan, kemudahan telekomunikasi dan sebagainya khususnya di
kawasan FTZ. Terdapat juga usaha promosi dan kerjasama yang erat antara kerajaan
persekutuan dan kerajaan negeri dalam usaha menempatkan industri perkilangan di
kawasan luar bandar di negeri masing-masing. Dengan adanya penyelerakan industri
berskala besar seperti industri pembuatan, pemerosesan dan pemasangan di wilayah
mundur ini maka secara tidak langsung ia akan dapat mempercepatkan pembangunan di
wilayah mundur/kawasan luar bandar berkenaan. Selain daripada itu pada masa yang
sama peralihan tumpuan industri dari kawasan bandar ke kawasan luar bandar atau
pinggir bandar akan dapat memperlahankan kadar perindustrian di kawasan yang telah
sedia maju. Dengan cara ini keseimbangan pembangunan antara kawasan/wilayah boleh
dicapai pada masa hadapan.

3. Rancangan Pembangunan Wilayah (RPW) secara khusus.

Rancangan Pembangunan Wilayah (RPW) adalah satu strategi pembangunan secara


khusus di wilayah yang dikenalpasti mundur yang diletakkan di bawah agensi
perlaksanaannya yang tersendiri. Di bawah RPW strategi penjanaan sumber alam dan
pembangunan tanah baru merupakan usaha-usaha utama yang telah dilaksanakan oleh
kerajaan disekitar tahun 1970-an. Di antara contoh RPW yang telah diperbadankan dan
mempunyai autonomi secara khusus untuk memajukan wilayah mundur ialah seperti
Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) JENGKA,KETENGAH,KESEDAR,KEJORA,
KEDA,PERDA,DARA dan lain-lain lagi.
Di dalam kawasan RPW ini terdapat tiga sumber alam yang perlu dijanakan
sepenuhnya secara sistematik dan optima iaitu pertama sumber tanah yang subur untuk
ditanam dengan tanaman getah dan kelapa sawit secara perladangan, ke dua sumber
hutan untuk dibalak dan ke tiga sumber galian yang ada yang boleh dilombong.
Daripada ketiga-tiga jenis sumber ini sumber tanah merupakan sumber utama yang telah
dibangunkan dengan sektor pertanian perladangan. Namun begitu sebelum sumber tanah
dibangunkan, sumber hutan terlebih dahulu dibalak. Ini kerana sebahagian besar RPW
melibatkan kawasan hutan dara.

Di antara contoh Rancangan Pembangunan Wilayah (RPW) secara khusus yang


melibatkan pembangunan tanah baru yang telah dilaksanakan antara tempoh 1966
hingga 1994 ialah seperti jadual di bawah:

Program Pembangunan Wilayah secara khusus di Malaysia (1966 – 1994)

Program Rancangan Lokasi mengikut Tahun


Pembangunan Wilayah negeri perlaksanaan
(RPW)
JENGKA Pahang 1972
DARA Pahang Tenggara 1972
KEJORA Johor Tenggara 1972
KETENGAH Terengganu tengah 1973
KESEDAR Kelantan Selatan 1978
KEDA Kedah 1983
PERDA Pulau Pinang. 1983

4. Perindustrian Desa

Dasar kerajaan membandarkan kawasan luar bandar mempunyai tiga matlamat besar
iaitu .Pertama untuk menggiatkan/mencergaskan pembangunan ekonomi di kawasan
yang masih lembab, kedua melegakan kesesakan di kawasan bandar raya yang sudah
padat dan tebu bina dan ke tiga mengimbangi pembangunan antara kawasan khususnya
antara wilayah bandar yang sudah maju dengan luar bandar yang masih mundur.

Strategik membandarkan kawasan luar bandar ini sebenarnya bergabungjalin dengan


strategi penyelerakan industri dan juga program pembangunan wilayah di kawasan
pertanian. Kawasan luar bandar yang dibandarkan ini akan bertindak sebagai pusat
pertumbuhan ekonomi wilayah baru dan pada masa yang sama mampu mengekang
aliran migrasi desa ke bandar-bandar besar sahaja.

Pembandaran Kawasan luar bandar dilaksanakan menerusi strategi-strategi berikut:.

i. Mewujudkan bandar baru di kawasan pembangunan wilayah.

Kawasan-kawasan pembangunan wilayah yang terletak di pedalaman dan jauh daripada


bandar utama dalam sesebuah negeri turut diwujudkan bandar-bandar baru bagi tujuan
memberikan kemudahan-kemudahan pembandaran kepada penduduk sekitarnya yang
agak jauh untuk diperolehi di bandar-bandar utama . Program pembinaan bandar-bandar
baru ini mulai dilaksanakan awal tahun 1970-an serentak dengan penubuhan Lembaga
Kemajuan Wilayah (LKW). Antara bandar-bandar baru yang diwujudkan di kawasan
pembangunan wilayah ialah Bandar Jengka bagi wilayah Jengka, Bandar Muazam Shah
bagi Wilayah Dara dan juga bandar Al-Muktafi Billah Shah bagi wilayah Ketengah.
Walaupun perkembangan dan pembangunan di bandar-bandar baru ini agak perlahan,
tetapi sekurang-kurangnya ia dapat memenuhi beberapa keperluan penduduk sekitar
yang agak sukar diperolehi dari bandar-bandar besar yang lain yang letaknya agak jauh.
Dengan adanya bandar-bandar baru ini juga ia telah menjadi pusat pertumbuhan
ekonomi wilayah berkenaan.

ii. Membandarkan Pekan-Pekan Berpotensi.

Di kawasan luar bandar mungkin terdapatnya pekan-pekan yang berpotensi untuk


dimajukan dan dijadikan sebagai bandar kecil atau bandar bersaiz sederhana. Dengan
memajukan pekan-pekan ini sudah tentunya kawasan desa yang terpinggir juga boleh
menikmati kemudahan pembandaran. Antara pekan-pekan kecil yang dimaju dan
dinaikkan taraf menjadi bandar ialah seperti Bandar Maran di Pahang, Bandar
Permaisuri di Setiu Terengganu dan juga Bandar Jerteh di Besut Terengganu. Di Pahang
misalnya pihak kerajaan negeri telah memperkenalkan konsep “Pembandaran
Simpang”. Pekan-pekan berpotensi yang terletak di persimpangan jalan-jalan utama
akan dimajukan dan dimodenkan dengan industri,perumahan,kemudahan bandar dan
sebagainya. Sebagai contoh di laluan utama Kuantan - Kuala Lumpur akan tumbuh
bandar-bandar industri seperti MEC CITY di persimpangan Gambang - Lebuh Raya
Tun Razak dan juga Bandar Baru Mentakab di persimpangan Mentakab.

iii. Mewujudkan Bandar Industri.

Melalui dasar penyelerakan industri ke luar bandar, kerajaan telah menggalakkan


pelaburan industri ke kawasan-kawasan luar bandar yang berpotensi. Dengan terbinanya
kawasan perindustrian sudah tentu memerlukan kemudahan asas dan prasarana yang
setanding dengan kawasan bandar yang sudah maju.

Oleh itu bandar-bandar baru diwujudkan untuk kemudahan pekerjanya. Misalnya bandar
baru Nilai di Negeri Sembilan. Di Pantai Timur Semenanjung pula, melalui projek
koridor industri yang ke dua di Malaysia yang menyambungkan kawasan industri
Pengkalan Chepa Kelantan hingga ke Mersing Johor diharap akan dapat melahirkan
bandar-bandar baru industri seperti Batu Rakit dan Kerteh di Terengganu, Bandar
Gebeng dan Peramu di Pahang serta Mersing Johor. Dalam hal ini industri dan bandar
memang tidak boleh dipisahkan. Kemajuan industri bergantung kepada kemudahan
pembandaran yang ada di sekitarnya seperti kemudahan pamasaran,kewangan dan
bank,perkhidmatan pengangkutan,kawasan penempatan yang tersusun dan sebagainya.
Begitu juga maju atau mundurnya sesebuah bandar itu amat bergantung kepada
pembangunan perindustrian kawasan tersebut. Melalui perkembangan industrilah
penduduk akan bertambah yang akhirnya menyokong kepada kemajuan bandar.

iv. Kemudahan Sosial

Untuk meningkatkan lagi pembangunan ekonomi wilayah mundur kerajaan juga


membantu memperbaiki taraf sosial penduduk. Seperti kemudahan pendidikan
menengah, IPT di luar bandar, naik taraf kemudahan kesihatan, pengangkutan dan
perhubungan, kemudahan reakreasi dan sebagainya mengikut keperluan penduduk
setempat. Sebagai contoh universiti –universiti tempatan atau cawangan universiti yang
baru dibuka dilokasikan di kawasan luar bandar. Misalnya UUM di letakkan di Sintok,
Utara Kedah, UiTM cawangan Pahang diletakkan di wilayah JENGKA, UiTM
cawangan Kelantan di letakkan di daerah Machang dan UiTM cawangan Terengganu
diletakkan di daerah Dungun. Dengan adanya IPT diluar bandar ini maka faedah ilmu
dan peluang pekerjaan akan dapat dinikmati bersama oleh penduduk luar bandar
berkenaan. Selain itu kerajaan juga sentiasa membantu golongan nelayan, petani,
peniaga kecil serta usahawan IKS yang terpinggir dengan memberikan bantuan
modal/kredit, khidmat nasihat serta bimbingan yang berterusan. Sebagai contoh kerajaan
telah memajukan industri kecil dan sederhana (IKS) di desa di bawah skim kredit
mikro.

Contoh Soalan:
a) Apakah yang dimaksudkan dengan “Pembangunan yang tidak seimbang”?.
( 5 Markah)
b) Pilih sebuah negara di Asia Pasifik;

i) Nyatakan keadaan ketidakseimbangan pembangunan yang berlaku di


dalam negara berkenaan. ( 5 Markah)

ii) Jelaskan langkah-langkah yang telah dan sedang diambil oleh negara
berkenaan bagi memajukan wilayah-wilayahnya yang mundur (15 Markah)

TEMA 3: TRANFORMASI DESA DAN PERBANDARAN

Tema
Tranformasi Desa Dan Perbandaran

Tajuk
Tranformasi Desa

Sub Tajuk
Proses Perubahan Desa

Hasil Pembelajaran
Diakhir pembelajaran, pelajar akan dapat:

1.Proses perubahan desa

A. Proses Perubahan Desa

1. Potensi sumber alam yang ada di sesebuah desa .

Banyak petempatan luar bandar/desa telah berubah menjadi bandar disebabkan oleh
adanya sumber-sumber alam yang berharga di tempat berkenaan. Misalnya bandaraya
Kuala Lumpur,Ipoh, bandar Seremban dan Taiping berkembang berasaskan sumber
bijih timah. Ini kerana apabila adanya sumber alam yang berharga maka manusia akan
meneroka dan mengeksploitasinya. Pada masa yang sama pembangunan
infrastruktur,petempatan,ekonomi dan sosial akan dialirkan ke kawasan desa berkenaan
khususnya oleh penjajah Inggeris. Ini akan menarik penduduk dari luar berhijrah ke
tempat tersebut demi merebut segala peluang yang ada. Sebagai contoh migran-migran
Cina. Perkembangan pesat penduduk dan pembangunan ekonomi moden yang dijalankan
akhirnya beransur-ansur mengubah desa dan petempatan perlombongan berkenaan
menjadi sebuah bandar. Proses transformasi desa ini berlaku sejak abad ke 19 lagi. Pada
masa kini pula terdapat beberapa buah bandar baru yang wujud akibat adanya potensi
sumber alam yang ada di kawasan berkenaan. Sebagai contoh Bandar Kertih di
Terengganu telah berubah dari sebuah kampung nelayan tradisional kepada bandar
industri moden kerana penemuan sumber petroleum dan gas asli di perairan Terengganu
yang menjadikan Kertih sebagai pusat pemerosesan gas asli utama serta adanya beberapa
jenis kilang pemerosesan yang beroperasi di kawasan itu. Bandar Kuah di Langkawi
berkembang kerana potensi pelancongan yang wujud di Kepulauan Langkawi itu. Bandar
Kuah berkembang dari sebuah pengkalan perikanan kepada bandar yang menjadi pintu
masuk pelancong ke Langkawi. Pelbagai kemudahan seperti jeti untuk feri berlabuh dan
hotel bertaraf antarabangsa telah dibina di bandar Kuah.

2. Faktor Perkembangan Ekonomi Moden.

Sesebuah desa boleh berkembang menjadi bandar apabila sektor ekonomi moden yang
ada di desa tersebut berkembang pesat.Misalnya sektor perniagaan,perkhidmatan,
perindustrian dan sebagainya. Boleh dikatakan hampir ke semua bandar-bandar di
Malaysia yang berasal daripada petempatan desa.

Perdagangan dan pelabuhan: Bandar-bandar seperti Pulau Pinang dan Kelang yang
berasal daripada petempatan desa /petempatan nelayan pantai telah berkembang menjadi
bandar pelabuhan yang pesat membangun kerana lokasinya yang strategi di laluan
perdagangan timur dengan barat/perairan Selat Melaka.

Persinggahan/Stesyen: Bandar Gemas (Keretapi), Bandar Gerik (Lebuh-raya timur-


barat),Johor Baharu(Stesyen terakhir di selatan). Pada zaman dahulu ia adalah sebuah
kampung tradisional/pekan yang akhirnya berubah menjadi bandar kerana lokasinya
sebagai tempat persinggahan orang ramai (transit). Keadaan ini akan membuka banyak
peluang ekonomi dan perniagaan yang menjadi rebutan penduduk. Begitu juga dengan
bandar Ayer Keroh, Melaka berkembang pesat kerana kedudukannya di laluan lebuh raya
Utara – Selatan (PLUS).

3. Faktor Polisi kerajaan:


Melalui pelbagai cara dan tujuan kerajaan telah mengubah dan membangunkan kawasan
petempatan luar bandar yang tertentu menjadi bandar. Misalnya:

Tujuan untuk memajukan penduduk luar bandar sekitar. Petempatan luar


bandar/desa yang berpotensi akan dimajukan dan dibangunkan menjadi bandar kecil atau
bandar sederhana yang berfungsi sebagai pusat-pusat pertumbuhan sosio-ekonomi
sokongan/pelengkap kepada bandar-bandar yang sedia ada. Seperti bandar Gua Musang
untuk Ulu Kelantan,Kuala Berang untuk Ulu Terengganu dan bandar Gerik untuk Ulu
Perak.

Tujuan untuk pembangunan wilayah yang baru dibuka: Misalan bandar Pusat Jengka
untuk Wilayah Jengka,bandar Muazam Shah untuk Wilayah Dara dan bandar Muktafi
Billah Shah untuk wilayah Ketengah. Pembinaan bandar-bandar baru ini mungkin
berasal daripada tapak petempatan luar bandar/desa yang ada di situ atau ia juga turut
melibatkan pembangunan petempatan luar bandar yang ada disekitarnya ke arah ciri-ciri
kebandaran.

4. Saling Interaksi Desa – Bandar.

Antara desa sekitar dengan bandar sebenarnya wujud keadaan saling bergantung yang
tidak boleh dipisahkan. Bandar bergantung kepada luar bandar untuk memperolehi
bekalan makanan kepada penduduk bandar dan juga memperolehi bekalan bahan mentah
untuk industri perkilangan yang beroperasi di sesebuah bandar .
Manakala bandar itu pula menjadi pasaran untuk penduduk luar bandar menjual hasil
pertanian dan penternakan mereka. Selain itu sesebuah bandar juga berperanan
membekalkan keperluan barangan dan perkhidmatan kepada penduduk sekitarnya.
Hubungan berfungsi ini begitu kukuh terutama sekali apabila kita mengkaji dalam
konteks bandar kecil atau bandar sederhana yang dikelilingi oleh kawasan desa
sekitarnya sehingga pembangunan ekonomi dan sosial di antara kedua-duanya bergerak
seiringan dan segandingan.

Terdapat beberapa bukti yang boleh dikemukakan berkaitan dengan wujudnya saling
hubungan antara bandar dengan kawasan desa sekitarnya. Antara bukti-bukti yang lazim
ialah:

a) Wujudnya rangkaian kedai runcit di desa-desa yang mana keperluan


barangan pekedai itu dibekalkan oleh pembekal dari bandar yang ada di sekitar mereka.

b) Wujudnya sistem dan jaringan pengangkutan antara bandar dengan


kawasan desa sekitar seperti sistem jalan raya, jalan keretapi, jalan air (sungai ) dan lain-
lain lagi.

c) Wujudnya pergerakan ulang alik penduduk desa ke bandar yang mungkin


terdiri daripada pekerja, peniaga dan juga pembekal barangan dan perkhidmatan.

d) Wujudnya rangkaian pasar malam dan pasar tani yang membuktikan


kawasan bandar menjadi pasaran barangan dan hasil desa samada hasil pertanian,
perikanan dan kraf tangan.

e) Wujudnya beberapa agensi perkhidmatan atau pusat-pusat perkhidmatan


kepada penduduk desa seperti pejabat daerah, pejabat tanah, mahkamah, pejabat agama,
bank, pejabat pos, hospital/pusat kesihatan dan sebagainya.

Contoh Soalan

Berdasarkan kepada sebuah bandar kecil (10 000 – 30 000 orang penduduk) yang telah

anda kaji di lapangan;


a) Nyatakan secara ringkas, fungsi-fungsi utama yang terdapat di bandar itu.( 6 Markah)

b) Terangkan fungsi-fungsi di bandar tersebut yang dapat membantu memajukan


kawasan desa sekitarnya. (8 Markah)

c) Pilih satu sahaja aktiviti manusia yang dijalankan di bandar tersebut dan terangkan
bagaimana aktiviti itu memberikan kesan negatif kepada alam sekitar fizikal kawasan
berkenaan. (11 Markah)

TEMA 3: TRASFORMASI DESA DAN PERBANDARAN

Tema
Transformasi Desa Dan Perbandaran

Tajuk
Bandar dan Perbandaran

Sub Tajuk
Pengertian Bandar dan Perbandaran

Hasil Pembelajaran
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan dapat:

1.Mentakrifkan maksud perbandaran


2.Menghuraikan perkembangan Bandar diMalaysia
3.Menghuraikan faktor-faktor perbandaran
4.Menjelaskan taburan Bandar

Sisipan Konsep

1. Maksud perbandaran

Perbandaran atau Urbanisasi bermaksud proses perubahan sesuatu kawasan daripada


luar Bandar kepada bandar. Ia meliputi 4 aspek berikut:

a.Pertambahan jumlah dan peratusan penduduk bandar


b.Perluasan saiz Bandar
c.Perubahan struktur dan kegiatan ekonomi dari kegiatan ekonomi tradisional kepada
ekonomi moden
d.Perubahan cara hidup dari tradisional kepada nilai dan gaya hidup moden

2. Bandar Primat
Bandar terbesar di sesebuah negara yang saiz penduduk berganda-ganda berbanding
Bandar kedua. Contoh:Bangkok di Thailand, Mexico City di Mexico.

3. Bandar Baru
Petempatan yang bercirikan Bandar yang dirancang dan dibangunkan di kawasan luar
Bandar. Contoh: Bandar Jengka dan Muadzam Shah di Pahang.Termasuk Bandar baru di
pinggir Bandar seperti Bandar baru Ampang, Bandar baru Selayang, Subang Jaya.

4. Metropolis
Perkembangan sesebuah bandaraya sehingga mempunyai penduduk melebihi satu juta.Ia
mempunyai pemusatan dan kepelbagaian fungsi.

5. Megalopolis
Perkembangan metropolis hingga memungkinkan percantuman metropolis-metropolis.
Kawasan Megalopolis biasanya mempunyai penduduk melebihi 10 juta orang

6. Bandar satelit
Bandar baru yang di bina khas tidak jauh dari Bandar utama.Ia masih berhubung secara
langsung dan berada di bawah lingkungan pengaruh Bandar induk. Contoh: Petaling Jaya
bagi Kuala Lumpur, Senawang bagi Seremban, Bayan Baru bagi Pulau Pinang.

7. Konurbasi Bandar
Proses pergabungan dan percantuman pinggir bandar dengan pinggir bandar lain di
kawasan berdekatan.

Isi-Isi Pembelajaran

1.Maksud Perbandaran

2.Perkembangan Bandar di Malaysia


a.Perbandaran awal ( Abad ke-15 )
b.Perbandaran pada zaman penjajah
c.Perbandaran selepas kemerdekaan
d.Perbandaran selepas tahun 1970-an
e.Perbandaran era 1990-an dan abad ke-21

3.Faktor-faktor perbandaran
a.Faktor sejarah
b.Perkembangan ekonomi moden
c.Faktor politik, dasar dan rancangan kerajaan
d.Kemudahan asas
e.Faktor demografi

4.Fenomena Perbandaran
a.Bandar Primat
b.Bandar Satelit
c.Bandar Baru
d.Subbandar
e.Metropolis
f.Megalopolis
g.Konurbasi Bandar

5.Bandar Primat
a.Maksud Bandar Primat
b.Faktor-faktor Pembentukan Bandar Primat
1.Tumpuan pembangunan ekonomi
2.Pemusatan fungsi Bandar
3.Sejarah perbandaran
4.Kemudahan asas
5.Faktor demografi
6.Migrasi

c.Masalah yang timbul dalam bandar raya primat


1.Perumahan
2.Persaingan, pengangguran dan kemiskinan bandar
3.Kekurangan peluang pekerjaan
4.Masalah sosial
5.Kekurangan kemudahan asas
6.Kesesakan lalulintas
7.Pencemaran udara
8.Pencemaran air
9.Pencemaran baud an bunyi
10.Peningkatan suhu mikro

6.Konurbasi Bandar
a.Maksud konurbasi Bandar
Proses percantuman atau penggabungan bagi dua buah Bandar atau lebih yang terletak
berdekatan antara satu sama lain.Berlaku menerusi proses rebakan Bandar dari pusat ke
pinggir atau perkembangan pesat zon pinggir Bandar atau subbandar itu sendiri hingga
sempadan sesebuak Bandar bercantum dengan sempadan Bandar yang lain yang
berdekatan. Contoh Kuala Lumpur dengan Petaling Jaya, Manila dengan Quezon City
dan Bangkok dengan Thonburi.

b.Faktor-faktor konurbasi Bandar


1.Letakan bandar yang berhampiran
2.Kewujudan sistem pengangkutan yang baik dan cekap
3.Perkembangan perindustrian
4.Pertumbuhan penduduk Bandar yang pesat
5.Dasar kerajaan

Contoh Soalan

a) Apakah yang dimaksudkan dengan konurbasi bandar?. (5 Markah)

b) Jelaskan sebab-sebab kewujudan fenomena konurbasi bandar di Asia Tenggara.


( 12 Markah)
c) Huraikan masalah-masalah akibat kewujudan fenomena konurbasi Bandar tersebut.
(8 Markah)
TEMA 3: TRASFORMASI DESA DAN PERBANDARAN

TAJUK
Kesan Tranformasi Desa Dan Perbandaran

SUB TAJUK
Kesan Perbandaran Terhadap Penduduk Dan Alam Sekitar

HASIL PEMBELAJARAN
Diakhir Pembelajaran pelajar akan dapat:
1.Menjelaskan kesan transformasi desa dan perbandaran terhadap penduduk dan ekonomi
2.Menjelaskan kesan transformasi desa dan perbandaran teradap alam sekitar

ISI-ISI PEMBELAJARAN

Kesan Pembandaran Terhadap Penduduk.

Bandar-bandar utama di negara sedang membangun seperti Kuala Lumpur,


Jakarta,Bangkok,Manila dan lain-lain telah dan sedang mengalami kadar urbanisasi yang
pesat adalah disebabkan oleh migrasi masuk penduduk dari luar bandarnya. Justeru itu
proses urbanisasi ini telah menimbulkan pelbagai masalah baik di bandar mahupun di
desanya. Antara masalah tersebut ialah:

A. Masalah di bandar-bandar utama:

1. Masalah pengganguran dan kemiskinan bandar.


Ekonomi bandar tidak mampu menyerap lebihan penduduk yang terlalu ramai akibat
migrasi masuk. Peluang perkerjaan yang ada terhad untuk dipadankan dengan kelulusan,
kelayakan dan kemahiran yang ada pada migran. Sebahagian besar sektor ekonomi
bandar bersifat semi profesional/profesional yang memerlukan kelulusan yang tinggi.
Sedangkan migran yang masuk tidak memiliki kelayakan tersebut. Kebanyakan mereka
berkerja dalam sektor informal, sebagai buruh kasar atau mungkin terlibat dengan aktiviti
pelacuran. Justeru masalah pengganguran dalam bandar akan berlaku, kos hidup yang
tinggi menyebabkan kualiti dan taraf hidup penduduk bandar menjadi rendah,
kemiskinan bandar akan berlaku. Urbanisasi seumpama ini digelar sebagai “Urbanisasi
Palsu”.

2. Masalah perumahan yang akhirnya mewujudkan fenomena persetingganan.


Oleh kerana kegiatan ekonomi migran hanya dalam sektor informal sahaja maka
pendapatan yang diperolehinya adalah kecil. Relatif dengan kos hidup yang tinggi di
bandar menyebabkan migran-migran tidak mampu memiliki atau menyewa rumah yang
kadar sewanya begitu tinggi. Apatah lagi kawasan bandar kekurangan rumah-rumah kos
rendah. Justeru jalan penyelesaian terdekat ialah membina petempatan-petempatan
haram di atas tanah rezab kerajaan/swasta seperti rezab bangunan, rezab sungai,rezab
jalan raya dan sebagainya. Petempatan haram ini dinamakan sebagai petempatan
setinggan.

3. Masalah persekitaran sosial bandar.


Kesan-kesan sosial yang dihadapi penduduk bandar seperti masalah kekurangan
perumahan (nilai hartanah tinggi , tidak mampu dimiliki oleh pekerja yang berpendapatan
rendah – ini akan mewujudkan petempatan setinggan). Selain itu akibat tekanan hidup
dan kos hidup yang tinggi di bandar maka mudah menularnya penyakit sosial seperti
jenayah, pelacuran, penyalahgunaan dadah dan lain-lain yang wujud akibat kadar
pengganguran dan kemiskinan bandar yang tinggi. serta mudah merebaknya penyakit
berjangkit seperti denggi di lokasi-lokasi tertentu khususnya di kawasan setinggan yang
sesak (slum area). Penyakit berjangkit ini mudah merebak kerana di kawasan setinggan
tidak mempunyai sistem pembentungan yang sempurna, sistem perparitan dan longkang
yang tidak terurus, rawatan sisa kumbahan yang tidak memuaskan, bekalan air yang tidak
bersih dan persekitaran tempat tinggal yang kotor serta sesak.

4. Masalah ke atas sumber-sumber alam di bandar.


Meliputi masalah tekanan terhadap sumber tanah, kepupusan dan kemerosotan sumber
hutan serta pencemaran dan kerosakan sumber. Proses urbanisasi yang pesat akan
mewujudkan persaingan guna tanah untuk petempatan,industri,ruang niaga,jaringan jalan
raya dan lain-lain. Kesannya saiz tanah menjadi semakin sempit dan harga tanah menjadi
semakin mahal. Pertambahan penduduk bandar pula menambahkan permintaan terhadap
petempatan. Kawasan perumahan baru akan dibuka yang melibatkan aktiviti
penyahutanan. Selain daripada sumber hutan pupus dan musnah, sumber tanah juga rosak
dengan pelbagai kejadian seperti hakisan tanah dan tanah runtuh. Sumber udara dan air
juga boleh tercemar apabila penduduk,industri,kenderaan semakin bertambah sejajar
dengan peningkatan kadar urbanisasi di bandar-bandar utama.

5. Kesan kesesakan lalu lintas dan traffic jam.


Berpunca daripada pertambahan kenderaan, sistem jalan bandar yang tidak dapat
menampung aliran trafik secara relatifnya saiz jalan semakin sempit. Ini menyebabkan
darjah ketersampaian menjadi rendah walaupun pada jarak yang dekat, pergerakan
penduduk bandar menjadi lambat dan mengambil masa yang lama untuk tiba ke destinasi
seperti ke tempat kerja. Keadaan ini akan merugikan kos masa, resiko kemalangan dan
lain-lain lagi. Kesesakan lalulintas ini akan lebih ketara ketika pergerakan keluar masuk
pekerja ke pejabat atau ke kilang mereka seperti pada sebelah pagi dan petang. Di Kuala
Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Baharu misalnya mengalami masalah kesesakan
lalulintas yang amat teruk . Di Kuala Lumpur kerajaan terpaksa memperkenalkan sistem
pengangkutan awam yang moden dan canggih untuk mengatasi masalah ini seperti
penggunaan KOMUTER, MONORAIL, Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) dan juga
ERL.

6. Kualiti hidup penduduk bandar terjejas.


Taraf kesihatan penduduk bandar terjejas akibat pertambahan pencemaran persekitaran
seperti pencemaran udara, air, bau dan bunyi. Kualiti kesihatan penduduk akan terjejas
dengan pendedahan kepada pelbagai penyakit kulit (akibat hujan asid), penyakit mata dan
lelah (akibat pencemaran udara), bau busuk dan lain-lain lagi. Selain itu ketidakselesaan
hidup di bandar juga dirasai khususnya di kawasan yang mengalami fenomena pulau
haba dan banjir kilat. Sebagai contoh fenomena banjir kilat banyak merosakkan harta
benda dan memerlukan kos yang tinggi untuk mengatasinya. Manakala fenomena pulau
haba pula menyebabkan penduduk sentiasa kepanasan dan kerimasan. Dalam konteks
pencemaran udara dan jerebu di kawasan bandar pula terdapat banyak kesan negatifnya
ke atas kesihatan penduduk bandar. Kesan yang paling besar ialah ke atas sistem
pernafasan. Ini kerana dianggarkan hampir 50% komponen jerebu yang terdiri daripada
partikulat terampai yang bersaiz 0.01 hingga 0.1 mikrometer boleh menembusi sistem
penapisan pernafasan dan didepositkan di dalam paru-paru. Jika ini berlaku kerosakan ke
atas organ pernafasan akan terjadi dan amat berisiko tinggi bagi orang yang mengidap
penyakit astma (lelah), sakit kerongkong,nemomia dan penyakit-penyakit yang berkaitan
dengan jantung.

7. Meningkatkan kadar pengganguran dan kemiskinan bandar.


Proses pembandaran yang pesat menyebabkan aliran migrasi penduduk terarah ke bandar
berkenaan. Migran yang datang dari luar bandar ini memiliki kelulusan dan kemahiran
yang rendah untuk diserapkan dalam sektor ekonomi moden. Justeru itu mereka hanya
terlibat dalam sektor informal seperti buruh binaan dan penjaja. Pendapatan yang
diperolehi adalah kecil dan tidak mencukupi untuk menampung kos hidup yang tinggi di
bandar. Kesannya kemiskinan bandar akan bertambah. Selain itu aliran migrasi yang
terlalu ramai menyebabkan peluang pekerjaan yang wujud tidak sepadan dan tidak dapat
menampung penawaran tenaga kerja yang ada. Kesan daripada fenomena ini ialah
meningkatnya kadar pengganguran di bandar.

8. Kesan-kesan positif -Kemudahan prasarana dan kemudahan bandar.


Kawasan bandar besar dan maju lazimnya terdapat kemudahan bandar yang cukup dan
moden seperti pusat membeli belah, kemudahan pengangkutan awam canggih,
kemudahan hospital moden, kemudahan pendidikan tinggi, kemudahan riadah dan sukan,
kemudahan hiburan dan sebagainya bagi menampung keperluan penduduk yang ramai
itu. Dengan adanya kemudahan – kemudahan ini kualiti hidup dan kesejahteraan
penduduk akan meningkat. Selain itu kewujudan bangunan-bangunan besar seperti Suria
KLCC, Menara Petronas dan Midvalley Megamall akan mencantikkan lagi landskap
bandar yang kelak boleh menjadi daya tarikan pelancong.

9. Kesan-kesan positif –Kepelbagai kegiatan ekonomi


Kewujudan kepelbagaian kegiatan ekonomi bandar yang saling berantaian antara satu
sama lain seperti sektor perindustrian, sektor perkhidmatan seperti bank, hospitaliti,
pengangkutan sektor perniagaan secara besar-besaran telah membuka ruang kepada
penduduk bandar untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Sektor-sektor pekerjaan ini
menawarkan gaji yang lumayan yang membolehkan penduduk memperolehi pendapatan
yang tinggi yang seterusnya akan dapat memperbaiki taraf hidup mereka.
Kesan terhadap persekitaran fizikal bandar akibat proses urbanisasi

A. Kemerosotan Kualiti Alam Sekitar

2. 1. Kesan kenaikan suhu mikro/Pulau haba bandar.


3. Suhu adalah salah satu unsur utama yang mengalami perubahan akibat aktiviti
manusia di bandar. Peningkatan terhadap suhu di pusat bandar sehingga beberapa
darjah celcius melebihi daripada suhu sekitaran di pinggir bandarnya
menghasilkan satu fenomena yang dikenali sebagai Pulau Haba. Bangunan-
bangunan konkrit, jalan-jalan berturap, medan letak kereta berbitumen merupakan
bahan-bahan yang menggalakkan proses pengaliran dan simpanan haba pada siang
hari sebagai haba pendam dan dibebaskan pada waktu malam bagi mengimbangi
kehilangan haba di permukaan bumi. Pembebasan haba dari bumi ini sepatutnya
terus dilesapkan ke angkasa. Tetapi di bandar proses ini tidak berlaku. Sebaliknya
haba bumi akan dihalang oleh bahan-bahan pencemar di udara yang kemudian
memantulkan kembali tenaga tersebut ke bumi. Kesannya tenaga haba terus
berkitar pada ruang atmosfera bandar.

Jadual: Keamatan Maksima Pulau Haba Waktu Malam Bagi Beberapa


Buah Bandar di Malaysia 1973 - 1983.

PUSAT BANDAR PULAU HABA MAKSIMA (Darjah


Celcius)
Kuala Lumpur- P/Jaya 6 - 7 darjah celcius lebih tinggi
Bandar Baru Bangi 2 darjah celcius lebih tinggi
Georgetown P.Pinang 4 darjah celcius lebih tinggi
Johor Baharu 3 darjah celcius lebih tinggi
Kota Kinabalu 3 darjah celcius lebih tinggi

a. Suhu yang lebih tinggi atau cuaca yang lebih panas di bandar berbanding dengan
pinggir bandar. Kecerunan suhu adalah tinggi di pusat bandar kemudian semakin
menurun menghala ke pinggirnya.
b. Kelembapan udara yang rendah. Kewujudan udara kering (dry air) di bandar
berbanding dengan pinggirnya yang lebih lembab dan lebih nyaman.
c. Kekerapan kejadian hujan perolakan yang lebih tinggi di bandar yang berpunca
daripada kadar sejatan permukaan yang tinggi dari haba yang lebih banyak tersimpan di
bandar.
d. Wujudnya tekanan udara yang rendah akibat suhu yang tinggi di pusat Bandar.
Kesannya tiupan angin yang lebih kencang bertiup masuk dari luar ke pusat Bandar.
Kejadian ini dinamakan sebagai badai.
e. Komposisi udara atau lapisan udara yang tebal diselimuti jerebu dan bahan
pencemar(pollutions) khususnya dalam keadaan udara yang lebih kering di bandar.

Terdapat pelbagai sebab terjadinya pulau haba di bandar.Antaranya ialah:


a. Kekurangan litupan tumbuhan atau pokok-pokok peneduh yang mampu
bertindak menyederhanakan suhu. Perubahan landskap yang ketara dari hutan
semulajadi bertukar kepada “hutan batu”.
b. Adanya banyak bahan atau sumber yang boleh menyerap dan menyimpan
bahangan matahari sebagai haba pendam seperti bangunan konkrit, tar/bitumen, aspalt,
bahan-bahan pencemar udara dan sebagainya. Bahangan matahari yang tersimpan di
waktu siang akan dibebaskan di waktu malam.
c. Perlepasan banyak gas-gas rumah hijau seperti karbon dioksida, karbon
monoksida dan hidrokarbon-hidrokarbon daripada sumber-sumber kenderaan, industri
dan sebagainya yang juga mampu memerangkap bahangan matahari.
d. Perlepasan banyak tenaga haba di bandar yang berpunca dari sumber janakuasa
kilang, sumber kenderaan bergerak dan juga dari metabolisme badan manusia sendiri
yang ramai tinggal di bandar.

2. Fenomena Banjir Kilat dan Hujan Asid.


Dengan memiliki tenaga haba yang banyak, kesan daripada pulau haba maka kadar
sejatan dalam bandar adalah tinggi. Ini mendorong terbentuknya awan yang akhirnya
turun sebagai hujan. Selain daripada itu suhu yang tinggi di bandar akan menyebabkan
tekanan udaranya menjadi rendah. Ini menyebabkan angin yang lembab dari luar bandar
bertiup masuk ke dalam bandar yang boleh menurunkan hujan yang lebat. Tambahan
pula Lebih 50% permukaan bumi di bandar telah ditutupi dengan bitumen,konkrit dan
aspalt. Keadaan sedemikian telah menghalang proses susupan (infiltrasi) air hujan ke
dalam tanah sebaliknya lebih cepat mengalir sebagai air larian permukaan. Jika sistem
perparitannya tidak cekap, ia tidak dapat menampung aliran air permukaan lalu
mengalir-limpahkannya menyebabkan wujudnya fenomena banjir kilat. Tempoh hayat
sesuatu banjir kilat adalah begitu cepat iaitu antara beberapa jam hingga satu hari sahaja.
Kehilangan air yang cepat berlaku adalah disebabkan oleh proses sejatan yang tinggi di
bandar kesan pulau haba disamping luahan ke dalam sistem saliran seperti sungai dan
terus ke laut. Selain daripada itu perubahan terhadap unsur hujan di dalam bandar juga
melibatkan kualiti air hujan itu sendiri. Partikel-partikel debu,gas-gas seperti
sulfur,karbon monoksida,metana,nitrogen dan lain-lain yang dibebaskan dari kenderaan
dan perindustrian pula bertindak sebagai nukleus kondensasi untuk menarik wap-wap air
ke arahnya membentuk manik-manik hujan yang mengandungi asid seperti asid sulfurik
dan juga asid nitrit. Jika proses kondensasi ini mencapai ke tahap tepu, manik-manik
hujan tersebut akan turun sebagai Hujan Asid. Hujan asid akan melunturkan warna
bangunan, kakisan kepada monumen-monumen bersejarah juga boleh memudaratkan
kesihatan manusia.

3. Masalah hakisan tanah, tanah runtuh dan tanah mendap


Berpunca daripada eksploitasi terhadap tanah-tanah bandar secara berlebihan bagi
menampung keperluan penduduk yang semakin bertambah. Seperti aktiviti peneresan,
pemotongan dan perataan bukit untuk dijadikan pelbagai tapakbina. Runtuhan ialah
pergerakan regolith yang berlaku di cerun-cerun yang sangat curam dan adakalanya
tegak (90 darjah) seperti di tebing-tebing tinggi, bahu-bahu bukit yang telah di tarah dan
dipotong atau di lereng-lereng bukit yang telah di teres dan diratakan untuk didirikan
kondominium dan lain-lain. Di Malaysia fenomena tanah runtuh yang paling dasyat
ialah yang pernah berlaku dalam Tragedi Runtuhan Kondominium Highland Tower,
Kuala Lumpur. Pemotongan lereng dan kaki bukit pula akan meningkatkan tegasan pada
jisim batuan atau regolith di atas permukaan cerun tersebut. Tegasan ini dikenali
sebagai Tegasan Ricih. Peningkatan tegasan ricih boleh menyebabkan keseimbangan
cerun terganggu. Apabila cerun menjadi tidak stabil, aktiviti tanah runtuh di kawasan
cerun berkenaan tidak dapat dielakkan lagi. Di dalam kes runtuhan Highland Tower di
Hulu Kelang pada 11 Disember 1993, tegasan ricih terjadi akibat lampauan berat beban
di atas permukaan cerun. Pembinaan bangunan tinggi di lereng-lereng bukit akan
menyebabkan wujudnya peningkatan beban di atas permukaan cerun berkenaan
berbanding dengan keadaan asalnya. Puluhan hingga ratusan ribu tan metrik
simen,konkrit,besi cerucuk dan batu bata serta bahan domestik yang lain telah
meningkatkan tegasan ricih sesebuah cerun kerana ia boleh menyebabkan lampauan
beban berlaku di atas cerun terbabit.Tegasan ricih boleh meningkat kerana lampauan
beban boleh menyebabkan tekanan air liang pada tanah liat bertambah. Proses ini akan
merendahkan kekuatan cerun dan seterusnya menyebabkan cerun di depan bangunan
Highland Towers mengelangsar manakala cerun belakangnya menolak bangunan
berkenaan. Dengan adanya daya tarikan,tolakan dan graviti bertindak pada masa yang
sama, maka bangunan Highland Towers menjadi tidak seimbang dan akhirnya runtuh
tersungkur secara tiba-tiba memerangkap puluhan nyawa di dalamnya.

4. Kemusnahan ekosistem dan kepelbagaian biologi.


Aktiviti penyahutanan untuk pembinaan tapak bandar-bandar satelit secara langsung
memusnahkan ekosistem yang sedia ada samada ekosistem hutan mahupun ekosistem
akuatik seperti sungai dan paya. Kawasan hutan selama ini menjadi habitat,
membekalkan sumber makanan kepada pelbagai spesis fauna dan flora. Apabila ia
ditebang kepelbagaian biologinya akan turut musnah. Paya-paya yang ditimbus serta
sungai-sungai yang tercemar akibat kelodak dan lumpur pula boleh memusnahkan
rantaian makanan hidupan akuatik.

B. Pencemaran Alam Sekitar

1. Masalah pencemaran udara dan jerebu.


Akibat pertambahan bilangan kenderaan yang seiringan dengan pertambahan penduduk
bandar serta pertambahan kawasan-kawasan perindustrian, kawasan pelupusan sampah
yang menyebabkab kualiti udara terjejas. Pencemaran udara berlaku dengan kehadiran
satu atau lebih daripada bahan cemar (Pollutions) seperti gas-gas, bahan
berbau,habuk,zarah,debu dan sebagainya di dalam atmosfera yang mana ia boleh
mengubah kuantiti,kualiti dan sifat atmosfera tersebut dan akhirnya boleh memberikan
kesan negatif kepada persekitaran fizikal sesuatu kawasan khususnya di bandar.
Manakala Jerebu (Haze) pula boleh ditakrifkan sebagai “Partikel-partikel terampai di
atmosfera dalam kepekatan yang tinggi. Partikel terampai (Partikulat) ini terbentuk di
dalam keadaan cuaca kering (Dry Air) dan udaranya yang stabil yang menghasilkan satu
lapisan kabus nipis menyelimuti ruang atmosfera sesuatu kawasan. Partikel-partikel ini
boleh menyerak dan menyerap cahaya matahari, lantas menyebabkan keadaan
sekelilingnya menjadi kabur dan kurang jelas. Proses penyerakan dan penyerapan cahaya
matahari oleh partikulat-partikulat terampai ini dinamakan sebagai “Serakan Mie (Mie
Scattering)” dan ianya boleh mengurangkan jarak penglihatan. Misalnya oleh partikulat-
partikulat seperti debu halus,asap dan habuk. Partikulat terampai boleh terdiri daripada
pelbagai jenis umpamanya debu halus , habuk gergaji dan simen,asap pembakaran
terbuka dari kawasan pelupusan sampah, asap kenderaan dan lain-lain yang menjadi
penyumbang utama kepada masalah jerebu. Partikulat terampai ini adalah zarah-zarah
pepejal yang amat halus dan ringan sifatnya bersaiz kurang daripada 10 mikrometer serta
boleh terapung dalam udara dalam tempoh waktu yang lama. Daripada sudut sains alam
sekitar, partikulat terampai ini dikenali sebagai PM10 (disebut PM ten).

2. Masalah pencemaran air.


Meliputi pencemaran sungai, muara/pelabuhan, air bawah tanah, air hujan/hujan asid dan
lain-lain yang berpunca daripada sisa domestik/perumahan dari penduduk bandar, sisa
kumbahan dan juga sisa kilang yang menjejaskan kualiti air bersih dari sungai,
tasik,kolam dan takungan semulajadi. Indeks kemerosotan kualiti air bersih (kadar
pencemaran air) dari pelbagai sumber ini boleh diukur melalui pelbagai indikator
seperti kandungan Permintaan Oksigen Biologikal (BOD), kandungan bakteria
Escherichia Coli (E. Coli), kandungan Amoniakal Nitrogen (NH3 - N), kandungan
Pepejal Terampai (SS), Nilai Keasidan ( pH) disamping perubahan warna dan bau yang
ada di dalam sesuatu sumber air tersebut. Contoh-Contoh pencemaran sumber air yang
serius di kawasan bandar ialah seperti kes pencemaran Sungai Gombak dan Sungai
Kelang di bandaraya Kuala Lumpur dan Sungai Pinang di George Town, Pulau Pinang.

3. Pencemaran bunyi dan pencemaran bau.


Bunyi bising akibat kenderaan dan kilang terutama di kawasan bandar yang sesak.
Pencemaran bau khususnya di kawasan pelupusan sampah hasil buangan domestik.

4. Pencemaran Tanih

Pencemaran tanih berlaku akibat proses larut resap sisa-sisa toksik dan bahan –bahan
buangan oleh tanih menyebabkan kesburan tahih terjejas. Ini Menyebabkan tanih hilanh
kesuburan.

5. Pencemaran sampah sarap


Berlaku akibat jumlah penduduk yang meningkat yang membuang sampah merata-rata.
Peningkatan jumlah penduduk juga menyebabkan adalah relatf dengan pembuangan
sampah.

6. Pencemaran sisa toksik.


Pencemaran berlaku akibat pembuangan sisa-sisa toksik daripada kilang-kilang tanpa
melalui proses rawatan atau dibuang ditempat yang tidak sepatutnya. Sisa-sisa toksik
ditanam didalam tanah menyebabkan sumber tanih musnah.

CONTOH SOALAN

a) Mengapakah kadar pembandaran yang dialami oleh negara-negara sedang


membangun pada masa kini lebih pesat berbanding dengan negara-negara maju.
( 10 Markah)
b) Kadar pembandaran yang pesat dialami oleh negara-negara sedang membangun
pada masa kini menimbulkan pelbagai kesan positif dan negatif. Bincangkan pernyataan
ini. (15
Markah) .
TEMA 3: TRASFORMASI DESA DAN PERBANDARAN

TAJUK
Kemahiran Amali

SUB TAJUK
Membina Dan Mentafsir Peta Kloroplet

HASIL PEMBELAJARAN
Diakhir pembelajaran, pelajar akan dapat:

1. Membina peta kloroplet dengan baik


2. Mentafsir pola atau corak peta kloroplet

ISI-ISI PEMBELAJARAN

A. Membina Graf Garis.

Graf garis ialah garisan yang menyambungkan titik-titik (poin) di atas kertas graf yang
mengandungi paksi X dan paksi Y. Terdapat pelbagai jenis graf garis iaitu graf garis
mudah, graf garis majmuk dan juga graf garis banyak. Di peringkat ini graf garis yang
hendak dibina ialah graf garis banyak (poligraf).

Gerak kerja Membina Graf Garis (Poligraf):

Langkah 1: Telitikan data yang diberi dalam soalan dan kenalpastikan nilai maksima
serta nilai minima.

Langkah 2: Pilih satu skala yang sesuai yang boleh meliputi semua data dan boleh
diplotkan di dalam sehelai kertas graf sahaja. Sebaiknya skala yang dipilih tidak terlalu
besar atau terlalu kecil sehingga mencacatkan kesan nampak (Visual impact) graf garis
yang dilukis itu.

Langkah 3: Sediakan paksi X dan paksi Y di atas kertas graf. Paksi X mewakili tahun
manakala paksi Y mewakili nilai. Tandakan nilai bagi setiap 1 CM di atas paksi Y dan
nyatakan unitnya dihujung paksi tersebut.

Langkah 4: Tandakan setiap nilai data yang terdapat dalam soalan. Penandaan nilai
mestilah bermula di atas paksi X. Sambungkan setiap nilai menjadi garisan-garisan.
(Ingat – Plotan bagi graf garis mestilah bermula di atas Paksi X, tidak
boleh sama sekali dijarakkan dari paksi X. Oleh sebab itu bagi nilai
yang pertama di atas paksi Y iaitu 0 dan tahun yang pertama di atas
paksi Y mestilah bermula di persilangan paksi X dan Y tersebut)

Langkah 5: Lengkapkan graf anda dengan tajuk, skala dan petunjuk. Tajuk mestilah di
tulis di ruang /bahagian atas graf, skala mestilah ditulis di bawah daripada tajuk iaitu
disebelah pepenjuru kiri manakala petunjuk boleh ditulis di hujung setiap garisan yang
telah diplot itu).

Lihat Contoh 1 di bawah:

Contoh 1:

Jadual 1 menunjukkan bilangan penduduk bandar mengikut benua-benua di dunia pada


tahun 1950 hingga 2025 (anggaran)

Jadual 1: Menunjukkan Bilangan Penduduk Bandar


Mengikut Benua-Benua di Dunia pada tahun 1950 - 2025
(unit: Juta orang)

Benua Tahun
1950 1970 1990 2025
(Anggaran
)
Afrika 32.9 81.8 228.9 957.9
Amerika Latin 67.7 162.9 325.5 662.1
Amerika Utara 106.1 167.2 206.8 297.8
Asia 230.8 494.5 927.5 2399.9
Eropah 289.9 441.0 577.9 758.6

a) Berdasarkan jadual 1, lukis sebuah graf garis untuk menunjukkan bilangan


penduduk bandar bagi setiap benua antara tahun 1950 hingga 2025.

Menganalisis dan mentafsir Graf Garis.


Menganalisis graf garis memerlukan kemahiran mengadunkan pengentahuan sedia ada
dengan pola atau bentuk graf yang terhasil. Komponen penganalisisan dan pentafsiran
merangkumi pola atau corak graf yang terhasil, sebab-sebab mengapa pola tersebut
bersifat demikian dan juga elemen kajian masa depan (KMD) seperti mencadangkan
langkah, meramalkan kesan jangka panjang dan sebagainya. Terdapat empat jenis pola
atau corak atau trend atau arah alir yang boleh dikenalpasti dari sesebuah graf garis.
Iaitu :

v) Pola atau trend peningkatan atau penurunan secara mendadak.


vi) Pola atau trend peningkatan atau penurunan secara gradual (perlahan-
lahan)
vii) Pola atau trend yang stabil – konstan (garis lurus yang mendatar)
viii) Pola atau trend yang tidak stabil/tidak menentu – mengalami kenaikan dan
penurunan dalam tempoh masa yang tertentu.

Lihat contoh soalan pentafsiran di bawah:

b) Berdasarkan graf yang anda lukis itu, jelaskan mengapa trend kadar urbanisasi
yang dialami oleh benua yang terdiri daripada negara maju dan benua yang terdiri
daripada negara sedang membangun adalah berbeza-beza.

Jawapannya:

Trend Pembandaran di Negara Negara Sedang Membangun

1. Pada keseluruhannya, benua Asia, benua Afrika dan Benua Amerika Latin
menunjukkan trend peningkatan yang tinggi. Paling ketara sekali ialah benua Asia yang
meningkat secara mendadak selepas tahun 1970 dikuti oleh benua Afrika selepas tahun
1990. Benua Amerika Latin pula walaupun meningkat, tetapi agak sederhana dan
trendnya tidak sepantas benua Asia mahupun Afrika. Sebenarnya negara-negara dunia ke
tiga khususnya negara-negara sedang membangun kini sedang mengalami pertambahan
penduduk bandar yang pesat melebihi kadar purata pertambahan penduduk bandar
sedunia. Benua Asia, Afrika dan Amerika Latin mengalami kadar pertambahan purata
penduduk bandar lebih daripada 4% setahun berbanding dengan benua Eropah dan
Amerika Utara yang hanya di sekitar 2% sahaja setahun. Justeru kita boleh merumuskan
ke tiga-tiga benua ini mempunyai sumbangan terbesar dalam mempengaruhi kadar
pembandaran di dunia masa kini. Trend pembandaran yang pesat di Asia dan Afrika
disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah:

2. Pembangunan ekonomi bandar yang pesat selepas tahun 1970.


Pelbagai sektor ekonomi moden seperti perniagaan,perkhidmatan,perindustrian,kewanga
n dan lain-lain telah berkembang dengan begitu pesat di bandar sejajar dengan dasar
kerajaan di negara-negara sedang membangun untuk memajukan negara masing-masing.
Sektor yang paling penting sekali ialah sektor perindustrian. Perkembangan pesat sektor
industri terutama sekali di bandar-bandar besar telah mempercepatkan proses migrasi
desa ke bandar. Ini kerana industri menawarkan peluang perkerjaan yang luas,gaji dan
pendapatan yang lumayan,pakej perkerjaan dan kemudahan/insentif yang menarik.
Justeru ia menjadi tarikan utama golongan muda di desa berhijrah ke bandar-bandar besar
dan akhirnya menambahkan bilangan penduduk bandar dengan begitu cepat. Di
kebanyakan negara sedang membangun perpindahan penduduk dari desa ke bandar telah
menyumbangkan 60% hingga 80% daripada jumlah pertambahan penduduk di bandar.
Oleh itu migrasi menjadi faktor terpenting menyumbangkan kepada proses pembandaran.

3. Kemunduran Sektor Ekonomi Desa Khususnya Sektor Pertanian.

Berlawanan dengan sektor ekonomi moden yang berkembang dengan pesat di bandar,
pada masa yang sama sektor pertanian di desa terus mundur dan ketinggalan. Sektor
pertanian tradisional tidak mampu menampung lebihan buruh di desa. Kawasan desa
mengalami tekanan penduduk, saiz pertanian menjadi semakin sempit relatif dengan
penduduk yang semakin bertambah, sumber-sumber pengeluaran yang ada semakin
terhad dan tidak mencukupi untuk menampung keperluan penduduk. Kesannya buruh-
buruh pertanian terpaksa berhijrah ke bandar demi mengejar keperluan dan kemewahan
hidup. Tegasnya “dualisme ekonomi” yang ketara antara desa dengan bandar telah
menggalakkan migrasi ke bandar yang menjadi penyebab utama mewujudkan trend
pembandaran yang pesat dan mendadak di negara-negara dunia ke tiga.

4. Kestabilan Politik dan Ekonomi.

Tamatnya perang dunia ke dua (1939 - 1945) membolehkan politik dunia menjadi stabil
dalam jangka masa yang panjang. Banyak negara dunia ke tiga sudah merdeka dan bebas
dari belenggu penjajahan dan peperangan. Justeru ini memberikan ruang dan peluang
kepada kebanyakan negara melaksanakan polisi dan program pembandaran negara
masing-masing ke arah pemodenan dan kemajuan sosio-ekonominya. Pada amnya
selepas tahun 1970 dan khususnya era 1990-an pembangunan pembandaran tidak lagi
menumpu kepada bandar-bandar utama sahaja. Program pembandaran yang lebih
sistematik dilaksanakan, pembangunan bandar-bandar bersaiz sederhana dan bandar kecil
difokuskan melalui penyelerakan industri dari pusat ke pinggir bandar atau ke wilayah-
wilayah yang kurang maju. Ini menyebabkan trend pembandaran menjadi lebih pesat
lagi. Era 1990-an menyaksikan banyak negara dunia ke tiga telah muncul sebagai Negara
Industri Baru (NIC) seperti Korea Selatan, Taiwan dan juga Hong Kong. Kemunculan
negara-negara ini pastinya mempercepatkan lagi proses pembandaran di negaranya yang
biasanya bergerak seiringan dengan proses perindustrian.

5. Faktor Demografi

Pertambahan penduduk bandar juga dipengaruhi oleh faktor semulajadi yang berpunca
daripada peningkatan kadar kelahiran dan pengurangan kadar kematian penduduk dalam
bandar itu sendiri. Telah dianggarkan sebelumnya pertambahan penduduk bandar akibat
migrasi dari desa ialah antara 60% hingga 80%. Ini bererti selebihnya bolehlah dikira
sebagai berpunca daripada pertambahan semulajadi. Ada tiga sebab penting mengapa
kadar pertumbuhan penduduk semulajadi di bandar-bandar negara-negara dunia ke tiga
lebih pesat berbanding dengan negara maju. Pertama, bertambahnya kemajuan taraf
kesihatan dan teknologi perubatan yang dapat mengawal pelbagai penyakit merbahaya
seterusnya dapat mengurangkan resiko kematian bayi (meningkatkan kadar kelahiran
sekaligus mengurangkan kadar kematian) disamping meningkatkan jangka hayat
penduduk bandar. Ke dua, kegagalan program kawalan penduduk khususnya
perancangan keluarga akibat taraf pendidikan yang masih rendah, halangan agama dan
adat yang masih kuat dipegang oleh migran-migran yang berhijrah ke bandar. Ke tiga,
amalan perkahwinan pada usia muda dikalangan penduduk bandar yang sebahagian
besarnya berada dalam kumpulan umur subur yang ramai ( 15 hingga 44) tahun.
Perkahwinan di usia muda akan meningkatkan aras kesuburan (fertiliti), sekaligus
meningkatkan kelahiran. Ketiga-tiga sebab ini mempercepatkan lagi pertambahan
penduduk bandar yang sedia ramai itu.

6. Proses urbanisasi di negara-negara dunia ketiga juga memperlihatkan trend


pembandaran yang memusat/menumpu kepada bandar-bandar utama sahaja.
Penumpuan penduduk di bandar-bandar utama yang melebihi 1 juta orang adalah ketara
sekali. Menjelang tahun 2000 hampir 63% daripada jumlah penduduk bandar di negara-
negara sedang membangun tinggal di bandar-bandar utamanya. Di benua Amerika
Selatan, bandar-bandar utama (Melebihi 1 juta orang) yang menjadi tumpuan penduduk
ialah seperti, Lima di Peru, Buenos Aires di Argentina, Mexico City di Mexico, Brasilia
dan Sao Paolo di Brazil, Caracas di Venuzuela dan lain-lain. Manakala di Benua Afrika
pula bandar-bandar seperti Cape Town dan Johanesberg di Afrika Selatan, Addis Ababa
di Habsyah, Kinshaha dan Luanda di Anggola, Dakar di Senegal dan sebagainya. Di Asia
Tenggara bandar-bandar seperti Bangkok di Thailand, Kuala Lumpur di Malaysia,
Jakarta di Indonesia, Manila di Filipina dan lain-lain.

7. Trend pembandaran yang memusat ke sebuah bandar utama sahaja dalam


sesebuah negara itu akhirnya akan mewujudkan “Bandaraya Primat”. Iaitu kewujudan
sebuah sahaja bandar terbesar yang saiznya berpuluh-puluh kali ganda lebih besar
berbanding dengan bandar ke dua dalam negara tersebut serta ia langsung tidak boleh
ditandingi oleh bandar-bandar yang lain. Misalnya Bangkok di Thailand, Manila di
Filipina dan Mexico City di Mexico. Kewujudan bandaraya primat menunjukkan
pembangunan yang dialami oleh negara berkenaan adalah tidak seimbang/tidak
menyeluruh. Manakala penduduk yang terlalu menumpu ke bandar utama sahaja akan
menyebabkan bandar utama menghadapi pelbagai masalah seperti setinggan,
pengganguran dan kemiskinan bandar, masalah sosial, pencemaran,pembentungan dan
juga alam sekitar bandar. Proses pembandaran yang seumpama ini dinamakan sebagai
“Pembandaran Palsu” (False Urbanization) dan ianya amat jelas sekali banyak berlaku
di negara dunia ke tiga (negara sedang membangun).

Trend Pembandaran di Negara-Negara Maju.


Berdasarkan jadual yang diberi, negara maju diwakili oleh Benua Eropah dan Benua
Amerika Utara. Trend pembandaran di kedua-dua benua ini memperlihatkan peningkatan
yang perlahan (gradual) atau stabil. . Proses pembandaran pada masa kini berlaku tetapi
kadarnya sedikit/perlahan sahaja. Misalnya kadar pertumbuhan tahunan penduduk
bandar di Kanada hanyalah 2.0% setahun, di Amerika Syarikat = 1.5% setahun
manakala di United Kingdom = 0.5% setahun. Ada beberapa sebab mengapa trend
pembandaran di negara-negara maju pada masa kini adalah perlahan. Antaranya ialah:

1. Negara-negara maju khususnya di benua Eropah dan Amerika Utara mengalami


sejarah dan proses pembandaran yang lebih awal berbanding dengan benua Asia,Afrika
dan juga Amerika Latin. Proses pembandaran yang pesat di Eropah bermula sejak
Revolusi Perindustrian lagi (awal abad ke 19) sedangkan benua-benua lain khususnya
Asia di penghujung abad ke 19. Perbezaan masa hampir satu abad ini menyebabkan
negara-negara dunia ke tiga begitu jauh tertinggal. Kepesatan urbanisasi di Asia pada
masa kini telahpun berlaku di Eropah 100 tahun yang lalu. Justeru tidak hairanlah jika
negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat mengalami trend yang perlahan pada masa
kini kerana proses urbanisasinya sudah hampir maksima. Misalnya negara-negara seperti
United Kingdom, Perancis, Amerika Syarikat dan Kanada mempunyai jumlah penduduk
yang tinggal di bandar antara 70% hingga 80% daripada jumlah keseluruhan
penduduknya.

2. Pengaruh Revolusi Industri. Kepesatan urbanisasi di Eropah yang berlaku 100


tahun yang lalu sememangnya disebabkan oleh pengaruh revolusi industri. Seperti apa
yang berlaku di Asia pada masa kini, revolusi industri telah menukarkan budaya,
organisasi dan kehidupan masyarakat Eropah pada masa itu ke arah kehidupan moden.
Migrasi beramai-ramai meninggalkan desa menuju ke pusat-pusat perindustrian baru
yang menawarkan pelbagai peluang perkerjaan. Akhirnya pusat-pusat perindustrian
tersebut muncul sebagai bandar-bandar industri yang besar. Misalnya Paris, Colonge,
Benelux-Ruhr, Manchester-Liverpool, London, Stuttgart-Frankfurt dan lain-lain lagi. Di
Amerika Syarikat pula kawasan-kawasan seperti Chicago, Detroit, St.Louis,Boston dan
New York. Perkembangan perindustrian yang begitu pesat akhirnya mencantumkan
bandar-bandar industri di Amerika Syarikat membentuk bandar megalopolis yang
pertama di dunia yang menganjur dari Boston ke Washington yang mempunyai jumlah
penduduk melebihi 40 juta orang. Jadi perkembangan urbanisasi di bandar-bandar ini
sudahpun tepu/maksima. Oleh itu tidak hairanlah jika pada masa kini trend
pertumbuhannya menjadi perlahan.

3. Faktor Pertumbuhan Penduduk Semulajadi Bandar Negara-Negara Maju.


Sejajar dengan kadar pertumbuhan penduduk semulajadi negara-negara maju yang
perlahan maka pertumbuhan penduduk di dalam bandar-bandarnya juga adalah perlahan
sahaja. Misalnya di United Kingdom kadar pertumbuhan penduduk tahunan bandarnya
antara tahun 1993 hingga 1997 ialah antara 0.3% hingga 0.4 % di Amerika Syarikat pula
ialah antara 0.9% hingga 1.0 % setahun berbanding dengan negara-negara di benua Asia
dan Afrika yang melebihi 2.0% setahun. Terdapat pelbagai sebab mengapa kadar
pertumbuhan penduduk bandar-bandar negara maju adalah rendah. Pertama berkait
dengan peningkatan taraf pendidikan dan sosio-ekonomi penduduk yang menyebabkan
program perancangan keluarga berjaya dilaksanakan. Kedua, perubahan sikap dan status
quo masyarakat maju yang lebih mementingkan kerjaya serta kebebasan. Justeru itu
mereka mengamalkan saiz keluarga kecil di samping amalan perkahwinan lewat yang
sudah tentunya mengurangkan aras kesuburan (fertiliti). Kesannya pertambahan
penduduk di dalam bandar-bandar di negara maju adalah sedikit sahaja. Ini sudah tentu
memperlahankan kadar urbanisasinya.

4. Selain daripada pertumbuhan penduduk bandar yang perlahan, trend urbanisasi di


negara-negara maju juga berbeza dengan negara sedang membangun daripada segi arah
aliran pembandaran. Jika di negara sedang membangun pola pembandaran yang memusat
ke bandar-bandar utama tetapi di negara maju pola penyebaran pembandaran dari pusat
ke pinggir berlaku. Bandar-bandar utama sebenarnya sudahpun tepu malah
sesetengahnya membentuk megalopolis. Justeru proses urbnanisasi tersebar ke bandar-
bandar sederhana dan bandar kecil di dalam negara tersebut. Nikmat pembandaran juga
dirasai oleh kawasan-kawasan pedalaman. Trend penyebaran keluar urbanisasi dari pusat
ke pinggir ini membolehkan pembangunan di negara-negara maju lebih seimbang
sifatnya berbanding dengan negara sedang membangun.

Membina Graf Bar.

Konsep: Graf bar atau graf palang ialah graf yang mempunyai turus-turus secara
menegak. Pada amnya graf bar terdiri daripada tiga jenis iaitu graf bar komponen, graf
bar kompaun dan juga graf bar cermin. Graf bar komponen atau graf bar majmuk
mempunyai turus yang bertingkat-tingkat manakala graf bar kompaun mempunyai turus
yang berbaris-baris. Graf bar cermin pula mempunyai nilai paksi tegak yang positif dan
negatif. Paksi X berada di tengah graf, di sebelah atasnya paksi Y yang bernilai positif
manakala di sebelah bawahnya ialah paksi Y yang bernilai negatif.
Gerakerja Membina Graf Bar:

Langkah 1: Telitikan data yang diberi dalam soalan dan baca soalan dengan teliti.
Kenalpastikan kaedah graf bar yang hendak dibina samada bar kompaun, bar komponen
atau graf bar cermin. Misalnya jika data itu melibatkan perubahan (angka positif dan
negatif) maka graf bar yang sesuai dibina ialah graf bar cermin.

Langkah 2: Kenalpastikan nilai maksima serta nilai minima dalam data tersebut. Pilih
satu skala yang sesuai yang boleh meliputi semua data dan boleh diplotkan di dalam
sehelai kertas graf sahaja. Sebaiknya skala yang dipilih tidak terlalu besar atau terlalu
kecil sehingga mencacatkan kesan nampak (Visual impact) graf bar yang dilukis itu.

Langkah 3: Sediakan paksi X dan paksi Y di atas kertas graf. Paksi X mewakili
tahun/elemen/unsur manakala paksi Y mewakili nilai. Tandakan nilai bagi setiap 1 CM di
atas paksi Y dan nyatakan unitnya dihujung paksi tersebut.

Langkah 4: Tandakan setiap nilai data yang terdapat dalam soalan. Penandaan nilai
mestilah dijarakkan dari paksi Y (sebaik-baiknya berjarak 1 CM). Seterusnya buat plotan
bar atau turus mengikut nilai-nilai data yang terdapat dalam soalan. (Ingat – Plotan bagi
graf bar mestilah dijarakkan antara satu bar dengan bar yang lain. Oleh sebab itu
plotan bar adalah berlawanan dengan plotan graf garis. Jika graf garis perlu rapat dan
bermula di atas paksi Y manakala plotan bar mesti renggang dari paksi Y dan renggang
antara bar-bar yang dibina)

Langkah 5: Lengkapkan graf anda dengan tajuk, skala dan petunjuk. Tajuk mestilah di
tulis di ruang /bahagian atas graf, skala mestilah ditulis di bawah daripada tajuk iaitu
disebelah pepenjuru kiri manakala petunjuk di tulis di ruang bawah graf bar).

Lihat Contoh 2 di bawah:

Contoh 2:

Jadual 2 menunjukkan jumlah penduduk mengikut negeri dan jumlah penduduk luar
bandar bagi setiap negeri di Semenanjung Malaysia pada tahun 2000.

Jadual 2: Jumlah Penduduk mengikut negeri dan Jumlah Penduduk Luar Bandar
bagi setiap negeri di Semenanjung Malaysia pada tahun 2000.

Negeri Jumlah Penduduk Jumlah Penduduk Luar


(orang) Bandar (orang)
Johor 2,731,500 1,190,934
Kedah 1,605,200 929,411
Kelantan 1,561,500 946,269
Melaka 598,900 300,648
Negeri Sembilan 849,800 445,295
Pahang 1,319,100 874,563
Perak 2,130,000 685,860
Perlis 230,700 149,263
Pulau Pinang 1,259,400 175,057
Selangor 3,287,800 348,507
Terengganu 1,064,100 577,806
Wil.Per.Kuala Lumpur 1,423,900 -
MALAYSIA 23,263,600 6,624,613

(a) Dengan menggunakan jadual 2, kirakan peratus penduduk bandar di setiap


negeri Semenanjung Malaysia pada tahun 2000 dan tunjukkan peratus penduduk bandar
tersebut melalui sebuah graf bar yang sesuai.
Jadual Menunjukkan Pengiraan Peratus Penduduk
Bandar bagi setiap negeri di Semenanjung Malaysia

Negeri Jumlah Penduduk Bandar = Peratus Penduduk Bandar =


(Jum. Penduduk – Jum. Jum. Penduduk Bandar
Penduduk Luar Bandar) x 100%
Jumlah Penduduk

Penduduk Bandar (Orang) % Penduduk Bandar


Johor 1,540,566 56.4%
Kedah 675,789 42.1%
Kelantan 615,231 39.4%
Melaka 298,252 49.8%
N.Sembilan 404,506 47.6%
Pahang 444,537 33.7%
Perak 1,444,140 67.8%
Perlis 81,437 35.3%
P.Pinang 1,084,343 86.1%
Selangor 2,939,293 89.4%
Terengganu 486,294 45.7%
WP.K.L. 1,423,900 100%

Menganalisis dan mentafsir Graf Bar.


Sepertimana graf garis, graf bar juga perlu dianalisis dan ditafsirkan daripada segi
polanya, sebab-sebab, kesan serta cadangan mengatasi hasil daripada sesuatu bentuk bar
yang terhasil. Di peringkat ini calon mestilah berupaya mengadunkan pengentahuan yang
dimilikinya dengan kemahiran amali yang dibuat.

Lihat contoh soalan analisis di bawah.


(
b) Berdasarkan graf yang telah anda lukis itu, jelaskan mengapakah kadar pembandaran
yang dialami oleh negeri-negeri pantai barat semenanjung lebih tinggi berbanding dengan
negeri-negeri di pantai timurnya.

Sebab-sebab kadar pembandaran di negeri-negeri pantai barat semenanjung lebih tinggi


berbanding dengan negeri-negeri pantai timur:

1. Tumpuan sektor ekonomi moden seperti industri,perkhidmatan dan perniagaan


adalah di bandar-bandar besar di sebelah pantai barat semenanjung. Misalnya tumpuan
industri di bandar-bandar besar telah mencipta banyak peluang pekerjaan dan seterusnya
menggalakkan migrasi masuk - penduduk bandar terus bertambah/kadar pembandaran
meningkat dengan cepat.

2. Peningkatan kadar kelahiran di bandar. Kumpulan umur muda adalah penghijrah


utama dan menetap di bandar-bandar besar pantai barat semenanjung. Komposisi umur
ini adalah subur dan cenderung meningkatkan kelahiran. Disokong dengan faktor-faktor
peningkatan taraf hidup/pendapatan yang lebih tinggi dan mampu menampung saiz
keluarga yang lebih besar serta adanya kemudahan perubatan yang lebih baik dll yang
mendorong kepada pertambahan penduduk bandar.

3. Adanya kemudahan pendidikan dan kemudahan sosial yang lebih baik di sebelah
pantai barat. Meliputi Institusi pendidian tinggi, kemudahan perhubungan,jaringan
pengangkutan, kemudahan reakreasi dan hiburan , kemudahan perumahan dan
kemudahan asas yang menjadi tarikan penduduk dari negeri-negeri lain - meningkatkan
kadar pembandaran (jumlah penduduk badar).

4. Faktor sejarah pembandaran. Negeri-negeri di pantai barat lebih awal mengalami


proses pembandaran moden semenjak zaman penjajah lagi. Justeru itu kemudahan
asas,pusat-pusat perkhidmatan telah sedia wujud. Ini mendorong kemasukan pelaburan -
pertambahan industri dan perkhidmatan dan seterusnya mempercepatkan kadar
pembandaran yang telah sedia
TEMA 4 : GLOBALISASI EKONOMI DAN KERJASAMA
SERANTAU

Tema
Globalisasi Ekonomi dan Kerjasama Serantau.

Tajuk
Globalisasi Ekonomi.

Sub Tajuk
4.1 Saling Kebergantungan Antara Kawasan.

Masa
2 Waktu ( 80 minit)

Hasil Pembelajaran
Setelah selesai mempelajari sub tajuk ini pelajar akan dapat:

Aras 1:
• Menyatakan maksud globalisasi ekonomi.

Aras 2:
• Menghuraikan aspek saling bergantung antara kawasan/negara.
Aras 3:
• Menjelaskan sebab perlunya bekerjasama antara kawasan/negara.
• Kemahiran Amali : Membina, menganalisis dan mentafsir graf bar cermin
berasaskan data imbangan perdagangan.

Sisipan Konsep

a) Globalisasi Ekonomi.
Konsep Dunia tanpa smpadan. Globalisasi ekonomi ialah satu proses dimana sempadan ekonomi
negara-negara di dunia kini semakin runtuh dan seluruh dunia (globe) kini menjadi satu unit yang
boleh dihubungkan dengan cepat, mudah ,pantas dan rapat )

b) Liberalisasi Ekonomi.
(Iaitu dasar pasaran bebas yang memberikan peluang kepada sesiapa sahaja termasuk pemodal-
pemodal asing memasuki seterusnya menguasai pasaran dan ekonomi sesebuah negara tanpa
batas. Persaingan pasaran dan ekonomi akan menjadi terbuka dan bebas )

c) Deregulasi Ekonomi.
Iaitu dasar penghapusan segala peraturan dan sekatan ekonomi yang diamalkan oleh sesebuah
negara yang selama ini menghalang aktiviti perdagangan seperti penghapusan dasar
perlindungan, penghapusan subsidi,penghapusan sekatan tarif,penghapusan skim keutamaan
dagangan (PTA), penghapusan dasar kawalan modal berpilih dll.

Isi-Isi Pembelajaran
(a) Aspek saling kebergantungan antara kawasan:
(i) Pelaburan
(ii) Teknologi
(iii) Pengeluaran
(iv) Pasaran
(v) Bekalan buruh
(b) Sebab-sebab perlunya kerjasama antara kawasan/negara:
(i) Kecekapan ekonomi
(ii) Daya saing
(iii) Pengkhususan
(iv) Penyertaan dalam ekonomi dunia

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Langkah 1: ( Penerangan guru – 10 Minit )

a) Guru Memperkenalkan tajuk dan kandungan pembelajaran yang meliputi isi-isi


pembelajaran di atas.

b) Guru menjelaskan tiga konsep penting – globalisasi ekonomi, liberalisasi ekonomi


dan deregulasi ekonomi.

Langkah 2: (Diskusi Pelajar – 20 Minit )


Pelajar diagehkan kepada beberapa kumpulan untuk membincangkan dua aspek berikut:

ix) Saling kebergantungan antara negara/kawasan daripada segi


pelaburan,teknologi,pengeluaran,pasaran dan bekalan buruh.
x) Sebab-sebab perlunya bekerjasama antara negara/kawasan daripada segi:
kecekapan ekonomi, daya saing,pengkhususan dan penyertaan dalam
ekonomi dunia.

(Nota: Perbincangan mestilah berasaskan prinsip: FHC – Fakta diikuti oleh


Huraian dan dilengkapi dengan contoh-contoh yang spesifik)

Langkah 3 (Pembentangan Hasil Perbincangan – 20 Minit)

Pembentangan hasil perbincangan dan penambahbaikan.

i) Setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan.

ii) Guru bersama dengan kumpulan pelajar lain membuat pembetulan dan
penambahbaikan terhadap hasil pembentangan.

Langkah 4 ( Mentafsir dan Menganalisis Data Import – Eksport


Malaysia mengikut kumpulan negara – 30 Minit)

a) Guru mengedarkan data perdagangan luar Malaysia mengikut kumpulan negara dan
pelajar dibantu untuk:

i) Mengenalpasti pola dan aliran perdagangan.


ii) Mengira imbangan perdagangan (Defisit dan Infisit)
iii) Melukis graf bar cermin.
iv) Menganalisis sebab.
v) Meramalkan kesan jangka panjang sebagai satu kajian masa depan (KMD)

Langkah 5 ( Rumusan Hasil Pembelajaran – 5 minit)


Guru merumuskan setiap langkah pembelajaran di atas dan menyatakan kecapaian
objektifnya.

Contoh Soalan Yang relevan

Jadual 1 di bawah menunjukkan nilai eksport dan import Malaysia dengan beberapa buah
negara Asia Pasifik terpilih pada tahun 2002.

Jadual 1: Nilai Eksport dan Import (RM: Juta) Malaysia dengan


beberapa buah Negara Asia Pasifik terpilih pada tahun 2002.

Negara-negara Asia Pasifik terpilih RM: Juta


Eksport Import
Thailand 3,909.0 3,703.2
Indonesia 1,576.1 2,414.9
Singapura 19,635.5 12,236.9
Jepun 13,978.0 18,559.1
Taiwan 5,203.2 4,988.9
China 3,422.9 3,019.5
JUMLAH 47,724.7 44,923.5

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia.

a) Berdasarkan jadual 1 di atas, kirakan imbangan perdagangan antara Malaysia


dengan setiap negara Asia Pasifik terpilih pada tahun 2002. [6 Markah]

b) Lukis sebuah graf bar yang sesuai untuk menunjukkan imbangan perdagangan
antara Malaysia dengan setiap negara Asia Pasifik terpilih pada tahun 2002.
[10 Markah]

c) Jelaskan mengapa Malaysia perlu berkerjasama dengan negara-negara serantau.


[ 9 Markah]

Penilaian Jawapan

a) Mengira imbangan perdagangan antara Malaysia dengan setiap negara Asia


Pasifik terpilih pada tahun 2002.
[ 6 Markah ]
Formula Mengira Imbangan Perdagangan

(EKSPORT ▬ IMPORT)

Pemarkahan:
Negara Asia Pasifik Imbangan Perdagangan Markah
Terpilih (EKSPORT ▬ IMPORT)
(RM: Juta)

Thailand 205.8 1
Indonesia - 838.8 1
Singapura 7,398.6 1
Jepun - 4,581.1 1
Taiwan 213.3 1
China 403.4 1
Pemarkahan: 1 Negara = 1 Markah. MAX 6 Markah
b) Lukis sebuah graf bar yang sesuai untuk menunjukkan imbangan perdagangan
antara Malaysia dengan setiap negara Asia Pasifik terpilih pada tahun 2002.
[10 Markah]

Melukis Graf Bar Cermin

Item Pemarkahan Markah


Tajuk/Kaedah yang betul 1
Skala yang sesuai 1
Petunjuk 1
Plotan (1 negara = 1 markah). 6
Kebersihan dan kesempurnaan 1
MAX 10

c) Jelaskan mengapa Malaysia perlu berkerjasama dengan negara-negara serantau.


[9 Markah]

Sebab-sebab Malaysia perlu bekerjasama dengan negara-negara serantau ialah untuk:

(1) Memperolehi keuntungan dalam konteks meningkatkan aliran perdagangan antara


negara. Misalnya perdagangan intra-ASEAN. Hal ini dicapai menerusi Perjanjian
Keutamaan Perdagangan (PTA).

(2) Memperolehi keuntungan daripada segi perluasan saiz pasaran. Kesan-kesan


positif perluasan pasaran diperoleh melalui pertambahan penduduk, peningkatan kuasa
beli yang menyebabkan barangan dan perkhidmatan boleh dijual ke serata negara.
Contohnya di dalam AFTA.

(3) Memperolehi keuntungan dalam konteks perkongsian teknologi , R & D dan


inovasi baru dalam pelbagai bidang; perindustrian, tenaga, pertanian,
perhutanan,pengangkutan,telekomunikasi, kewangan dan lain-lain.

(4) Memperolehi keuntungan daripada segi perkongsian pelaburan modal/kewangan


menerusi perlaksanaan konsep dan kaedah pelaburan silang (cross invesment) serta
pelaburan bersama.

(5) Memperolehi keuntungan daripada keadaan saling melengkapi (Complementary)


khususnya dalam konteks pengkhususan pengeluaran barangan industri pembuatan dan
perkhidmatan serta sumber dan tenaga.
(6) Memperolehi keuntungan dalam konteks pengaliran buruh dan kepakaran.
Kekurangan buruh dan tenaga pakar dalam Malaysia boleh di tampung oleh lebihan
buruh dari negara lain.

(7) Keuntungan dalam konteks penjagaan alam sekitar secara bersama khususnya
dalam menangani permasalahan alam sekitar. Sebagai contoh adalah menjadi
tanggungjawab bersama antara Malaysia, Indonesia dan singapura menjaga perairan
Selat Melaka. Justeru ke tiga-tiga negara menjalankan usaha bersama membuat
pengesanan, rondaan,kawal selia/pengawasan dan pemuliharaan jika berlaku kes-kes
pembuangan enap cemar oleh kapal-kapal dagang yang melalui selat Melaka. Selain itu
di atas semangat ASEAN semua negara telah membantu Indonesia menangani masalah
jerebu yang berlaku pada tahun 1997 dan 2005.

(Pemarkahan: Mana-mana 5 isi x 2 Markah = MAX 10 Markah)

Refleksi.

Di ukur berdasarkan pencapaian hasil pembelajaran dalam gerakerja pelajar.

Rujukan Khusus

1. Rusly Musa dan Nurashikin Abdullah, Teks Pra U Geografi


Manusia STPM, Bab 13 – Interaksi Antara Kawasan, m.s. 366 –
375, Penerbit:Pearson dan Longman, Petaling Jaya, 2005.

2. Perangkaan Malaysia, Import dan Eksport Malaysia


Mengikut Sektor Ekonomi, Jabatan Statistik Malaysia.

Tugasan Pelajar : Pembelajaran Akses Kendiri (PAK)

ICT – Mengakses maklumat berkaitan dengan perdagangan luar Malaysia meliputi:

i) Kawasan pasaran baru.


ii) Penglibatan Malaysia dalam AFTA, APEC, EAEC dan Segitiga Pertumbuhan.

Maklumat boleh diakses dari laman web berikut: (http:/www.


Statistics.gov.my)
Tema
Kerjasama serantau:

Tajuk
Kerjasama serantau ASEAN

Sub Tajuk
4.2 Pertumbuhan segitiga ASEAN

Masa
2 Waktu ( 80 minit)

Hasil Pembelajaran
Setelah selesai mempelajari sub tajuk ini pelajar akan dapat:

Aras 1:
• Mengenalpasti kawasan pertumbuhan segitiga ASEAN

Aras 2:
• Menyatakan aktiviti ekonomi yang telah, sedang dan akan dilaksanakan di bawah
segitiga pertumbuhan ASEAN
Aras 3:
• Membincangkan kepentingan dan masalah dalam segitiga pertumbuhan ASEAN
Sisipan Konsep

a) Segitiga Pertumbuhan ASEAN.

Segitiga pertumbuhan merupakan lanjutan daripada kerjasama serantau ASEAN. Ia


merujuk kepada kerjasama ekonomi pada kawasan yang lebih kecil di dalam wilayah
ASEAN yang melibatkan 3 atau 4 buah negara berjiran. Teras kerjasama ini ialah saling
memperolehi keuntungan apabila negara-negara yang berjiran saling membantu dan
melengkapi antara satu sama lain untuk memajukan kawasan yang telah dipilih.

b) Pelaburan bersama

Di bawah konsep pelaburan bersama, projek-projek yang telah dikenalpasti untuk


dimajukan maka modalnya akan dikongsi bersama-sama oleh pihak swasta dari ketiga-
tiga negara yang terbabit mengikut ekuiti yang dipersetujui.

c) Pelaburan silang.

Manakala konsep pelaburan silang pula menggalakkan pihak swasta dari sesebuah negara
melabur di kawasan negara lain dalam segi tiga pertumbuhan tersebut. Misalnya firma-
firma dari Singapura melabur modal di Selatan Johor.

Isi-Isi Pembelajaran

a) Mengenalpasti kawasan Segi Tiga Pertumbuhan ASEAN:

1. IMS-GT (Indonesia, Malaysia, Singapura – Growth Triangle


2. IMT-GT (Indonesia, Malaysia, Thailand – Growth Triangle
3. EAGA-BIMP (East Asean Growth Area – Berunai, Indonesia, Malaysia, Filipina)

b) Mengenalpasti Rancangan Pembangunan Ekonomi Yang


Telah, Sedang dan Akan Dilaksanakan di Kawasan Segi Tiga
Pertumbuhan.

1. Pembangunan sektor pelancongan


2. Pembangunan Sektor Pengangkutan
3. Pembangunan Sektor Pembandaran:
4. Pembangunan Sektor Perkhidmatan tertier
5. Pembangunan Sektor Telekomunikasi
6. Pembangunan Sektor Pertanian dan Perikanan
7. Pembangunan Sektor Perhutanan
8. Pembangunan infrastruktur
9. Pembangunan sektor perindustrian.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Langkah 1: ( Penerangan guru – 10 Minit )

a) Guru Memperkenalkan tajuk dan kandungan pembelajaran yang meliputi isi-isi


pembelajaran di atas.

b) Guru menjelaskan tiga konsep penting – segitiga pertumbuhan, pelaburan bersama


dan pelaburan silang.

Langkah 2: (Diskusi Pelajar – 30 Minit )

Pelajar diagehkan kepada beberapa kumpulan untuk membincangkan dua aspek berikut:

a) Mengenalpasti kawasan yang terlbat dalam setiap segitiga pertumbuhan dan juga
rancangan yang telah, sedang serta yang akan dijalankan bagi setiap kawasan segitiga
pertumbuhan.

b) Membincangkan kepentingan segitiga pertumbuhan ASEAN dan masalah yang


dihadapi.

(Nota: Perbincangan mestilah berasaskan prinsip: FHC – Fakta diikuti oleh


Huraian dan dilengkapi dengan contoh-contoh yang spesifik)

Langkah 3 (Pembentangan Hasil Perbincangan – 35 Minit)

Pembentangan hasil perbincangan dan penambahbaikan.

i) Setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan.

ii) Guru bersama dengan kumpulan pelajar lain membuat pembetulan dan
penambahbaikan terhadap hasil pembentangan.

Langkah 5 ( Rumusan Hasil Pembelajaran – 5 minit)


Guru merumuskan setiap langkah pembelajaran di atas dan menyatakan kecapaian
objektifnya.

Contoh Soalan Yang relevan

a) Namakan lima kawasan yang berada di bawah segitiga pertumbuhan IMS – GT


[ 5 Markah ]

b) Terangkan rancangan pembangunan ekonomi yang telah, sedang dan akan


dilaksanakan di kawasan Segi Tiga Pertumbuhan ASEAN [ 10 Markah]

c) Jelaskan mengapa pakatan segi tiga pertumbuhan di tubuhkan di rantau Asia


Tenggara [ 10 Markah]

Penilaian Jawapan

a) Kawasan Segi Tiga Pertumbuhan IMS - GT:

1. IMS-GT (Indonesia, Malaysia, Singapura – Growth Triangle) yang melibatkan kawasan :


Kepulauan Riau, Bangkahulu,Jambi,Sumatera Barat, Kalimantan Barat bagi Indonesia, Selatan Johor
bagi Malaysia dan Utara Singapura bagi Singapura.

(Pemarkahan: 5 kawasan x 1 markah = MAX 5 Markah)

b) Rancangan Pembangunan Ekonomi Yang Telah, Sedang


dan Akan Dilaksanakan di Kawasan Segi Tiga Pertumbuhan.
[ 10 Markah]

1. Pembangunan sektor pelancongan: Memajukan industri perhotelan/resort atau


memajukan sumber-sumber maritim untuk tujuan pelancongan seperti menjadikan
kepulauan Riau sebagai pusat pelancongan baru di bawah IMS-GT,Langkawi, Phuket dan
Acheh “Pintu Masuk Pelancong Asean” di bawah IMT-GT disamping mewujudkan
kawaan bebas cukai.

2. Pembangunan Sektor Pengangkutan: Khususnya laluan darat udara dan


air/perkapalan seperti: Jalan Keretapi Trans-Borneo di bawah EAGA-BIMP, Projek Line
ke 2 Johor dengan Singapura di bawah IMS-GT, perkhidmatan feri Langkawi-Phuket-
Acheh di bawah IMT-GT. Perkembangan sistem dan jaringan pengangkutan ini menjadi
pemangkin utama untuk memajukan sektor-sektor ekonomi yang lain.

3. Pembangunan Sektor Pembandaran: Mewujudkan bandar-bandar baru


melalui pendekatan pelaburan bersama seperti projek bandar Nusa Jaya sebagai bandar
terapung di Tanjung Pelepas Johor di bawah rancangan IMS-GT. Perkhidmatan
pembandaran akan menguntungkan banyak pihak.

4. Pembangunan Sektor Perkhidmatan tertier : Khususnya kewangan dan bank


misalnya Labuan sebagai pusat Kewangan luar pesisir di bawah EAGA. Disamping
Perkongsian modal berasaskan konsep pelaburan silang (Cross Invesment) dan pelaburan
bersama yang akan dapat dinikmati oleh semua pihak swasta yang terbabit di dalam
wilayah tersebut.

5. Pembangunan Sektor Telekomunikasi :Sektor ini juga amat berpotensi untuk


berkembang dengan pesat misalnya projek Internet Asean dengan Thailand sebagai
pusatnya di bawah program IMT-GT. Program pertukaran siaran Radio & TV dan lain-
lain maklumat budaya membolehkan intraksi sosial antara negara akan jadi lebih rapat.

6. Pembangunan Sektor Pertanian dan Perikanan : Khususnya berkaitan dengan


sektor perladangan kelapa sawit dan getah di bawah EAGA dan juga pertanian
makanan/padi di bawah IMT-GT. Termasuk juga perikanan pingir pantai,laut dalam dan
akuakultur. Kerjasama modal,kepakaran dan pengurusan akan diutamakan bemi
memajukan sektor ini.

7. Pembangunan Sektor Perhutanan. Meliputi sumber-sumber pembalakan


khususnya di kawasan EAGA yang amat kaya dengan hutan disamping program
pemeliharaan dan pemuliharaan hutan.

8. Pembangunan infrastruktur fizikal seperti jaringan jalan raya, bekalan tenaga,


sumber air, sistem perhubungan dan lain-lain terutamanya di wilayah-wilayah yang baru
berkembang misalnya di lembah Mindano.

9. Pembangunan sektor perindustrian. Tumpuan diberikan kepada sektor industri


berasaskan sumber seperti industri pemprosesan pertanian (agro base industry)
terutamanya di IMT-GT dan EAGA serta industri berintensif buruh di IMS-GT dan IMT-
GT.

(Pemarkahan: Mana-mana 5 isi x 2 Markah = MAX 10 Markah)

b) Sebab-sebab pakatan segi tiga pertumbuhan di tubuhkan


di rantau Asia Tenggara

[ 10 Markah]

Antara sebab-sebab mengapa pakatan segi tiga pertumbuhan tersebut ditubuhkan ialah:
1. Untuk mempercepatkan lagi/memangkinkan lagi pertumbuhan ekonomi dalam
pelbagai sektor di antara negara-negara ASEAN yang berjiran yang termasuk dalam
kawasan segitiga pertumbuhan berkenaan. Misalnya di bawah IMT –GT kawasan-
kawasan seperti Pulau Langkawi, Utara Kedah-Perlis seperti Bukit Kayu Hitam, Utara
Acheh dan Selatan Thai pastinya mengalami pertumbuhan ekonomi yang lebih cepat.
Segitiga pertumbuhan menjadi pusat pertumbuhan ekonomi ASEAN yang baru.

2. Untuk saling memperolehi keuntungan dalam konteks pembangunan sumber alam .


Kawasan segitiga sememangnya kaya dengan sumber-sumber alam yang belum
dimanfaatkan sepenuhnya seperti sumber hutan, sumber maritim,sumber tenaga,sumber
air dan sebagainya. Dengan adanya pakatan ini sumber-sumber tersebut boleh
dibangunkan tanpa terbiar membazir sebagai stok sumber sahaja. Ini kerana
pembangunan sumber dilakukan menerusi pelbagai perkongsian bijak yang diamalkan.

3. Untuk saling memperolehi keuntungan dalam konteks perluasan pasaran dan


perdagangan antara kawasan/intra-ASEAN. Kesan-kesan positif daripada perluasan
pasaran setempat akan dinikmati bersama. Misalnya melalui kewujudan kawasan bebas
cukai. Kawasan-kawasan seperti Bukit Kayu hitam, Langkawi, Pengkalan Kubor sudah
tentunya memberikan manfaat pasaran kepada semua negara. Kerana barangan di
kawasan-kawasan bebas cukai tersebut lebih laris/dijual dengan harga yang murah.

4. Untuk saling memperolehi keuntungan dalam konteks perkongsian pelaburan


modal/kewangan berdasarkan prinsip perkongsian bijak yang dilakukan menerusi
pelaburan bersama ataupun pelaburan silang oleh pihak swasta. Pihak swasta akan
berkongsi modal melaksanakan sesuatu projek. Misalnya projek Line ke 2
menghubungkan Malaysia dengan Singapura di bawah IMS-GT telah dilaksanakan
dengan jayanya dan memberi keuntungan kepada ke dua-dua negara daripada segi aliran
barangan,perkhidmatan dan pergerakan penduduk.

5. Untuk saling memperolehi keuntungan dalam konteks perkongsian teknologi, R&D


dan inovasi baru dari negara jiran yang lebih maju ke kawasan segitiga terbabit.
Pemindahan teknologi membolehkan sumber-sumber yang ada dapat dibangunkan
dengan cepat. Dalam konteks ini wujud suasana saling melengkapi. Kekurangan
teknologi sesebuah negara ditampung oleh kelebihan teknologi negara lain yang sama-
sama melabur di kawasan segi tiga terbabit.

6. Untuk saling memperolehi keuntungan dalam konteks pengaliran buruh dan tenaga
pakar. Kekurangan buruh dan kepakaran di sesuatu kawasan segitiga akan dapat
ditampung oleh buruh dan tenaga pakar dari negara jiran. Kekurangan buruh di Malaysia
ditampung oleh kemasukan buruh dari Indonesia.

(Pemarkahan: Mana-mana 5 isi x 2 Markah = MAX 10 Markah)


Refleksi.

Di ukur berdasarkan pencapaian hasil pembelajaran dalam gerakerja pelajar.

Rujukan Khusus

1. Rusly Musa dan Nurashikin Abdullah, Teks Pra U Geografi


Manusia STPM, Bab 13 – Interaksi Antara Kawasan, m.s. 391 –
399, Penerbit:Pearson dan Longman, Petaling Jaya, 2005.

Tugasan Pelajar : Pembelajaran Akses Kendiri (PAK)

ICT – Mengakses maklumat berkaitan dengan perdagangan luar Malaysia meliputi

i) Penglibatan Malaysia dalam Segitiga Pertumbuhan ASEAN

Maklumat boleh diakses dari laman web berikut: (http:/www.


MITI. gov.my)

Tema
Kerjasama serantau:

Tajuk
Kemahiran Amali Kerjasama Serantau

Sub Tajuk
4.3 Membina dan mentafsir peta Aliran.

Masa
2 Waktu ( 80 minit)

HASIL PEMBELAJARAN

Setelah mempelajari tema ini pelajar akan dapat:

• Membina peta aliran dengan mengaplikasikan teknik kartografi yang betul.


• Mentafsirkan pola atau corak yang terhasil daripada peta aliran yang dilukiskan.
• Menganalisiskan sebab-sebab sesuatu pola/corak yang terhasil.
Sisipan Konsep:

Konsep: Peta aliran adalah sejenis peta statistik yang diguna untuk menunjukkan arah
dan isipadu (jumlah) pergerakan sesuatu barangan, perkhidmatan dan juga pergerakan
manusia. Misalnya pergerakan import-eksport, migrasi antarabangsa, ketibaan pelancong
asing ke sesebuah negara, aliran masuk modal ke sesebuah negara dan sebagainya.
Terdapat dua elemen penting di dalam peta aliran iaitu, ketebalan garis aliran
yang mewakili jumlah yang bergerak ke sesuatu destinasi dan juga
anak panah (arrow) yang menunjukkan ke mana sesuatu
barangan,perkhidmatan dan penduduk itu bergerak.

Isi-Isi Pembelajaran

• Membina peta aliran.


• Mentafsir peta aliran.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Langkah 1: ( Penerangan guru – 20 Minit )

Gerakerja Membina Peta Aliran:

Langkah 1: Telitikan data yang diberi dalam soalan dan kenalpastikan di mana dan ke
arah mana garis aliran perlu dibuat berasaskan kehendak soalan dan peta yang diberikan.

Langkah 2: Mencari skala ketebalan garis aliran. Terdapat dua kaedah yang boleh
diguna untuk mencari skala ketebalan garisan iaitu:

a) Skala aritmetik. Skala dalam unit biasa yang digunakan seperti 1CM =
RM Juta : 10,000, 1CM = 20,000 orang dan sebagainya. Skala aritmetik digunakan
sekiranya tidak terdapat perbezaan yang terlalu besar antara nilai maksima dengan nilai
minima di dalam data soalan yang diberi.

b) Skala geometri. Skala dalam unit puncakuasadua. Skala ini diguna


sekiranya terdapat perbezaan data yang terlalu besar antara nilai maksima dengan nilai
minima. Justeru untuk menyelaraskan data-data tersebut maka semua data perlu
dipuncakuasaduakan agar tidak terlalu ketara perbezaannya. Apabila semua data sudah
dipuncakuasaduakan maka nilai yang diperolehi bukan lagi dalam unit biasa tetapi
bertukar menjadi UNIT PUNCAKUASADUA.

Langkah 3: Berdasarkan nilai puncakuasadua ini, pilih satu skala yang sesuai yang boleh
diguna untuk mengira ketebalan garis aliran. Bahagikan nilai puncakuasa dua yang
diperolehi dalam langkah (2 b) di atas dengan nilai skala yang telah dipilih itu. Sebaiknya
ketebalan garisan janganlah terlalu besar atau terlalu kecil untuk menghasilkan kesan
nampak yang baik.

Langkah 4: Membuat plotan. Berdasarkan nilai ketebalan garisan yang telah dikira
dalam langkah 3 di atas calon boleh membuat plotan garis aliran di atas peta yang
diberikan. Plotan mestilah mengikut syarat-syarat berikut:

a) Garis aliran mestilah sama tebal dari permulaan hingga ke destinasinya.


b) Arah aliran (arrow) bagi setiap garis aliran mesti ditunjukkan.
c) Antara garis aliran tidak boleh bertindih dan tidak boleh bersilang.
d) Untuk mengelakkan pertindihan garis aliran boleh dibuat melengkung atau
bergabung.

Langkah 5: Lorekan atau warnakan setiap garis aliran yang dibuat dan seterusnya
lengkapkan peta aliran anda dengan tajuk, skala dan petunjuk. Tajuk mestilah di tulis di
ruang /bahagian atas carta, skala mestilah ditulis di bawah daripada tajuk iaitu disebelah
pepenjuru kiri manakala petunjuk boleh ditulis di bahagian bawah peta aliran anda itu.
Petunjuk yang dibuat mestilah bertangga bentuknya mewakili tiga nilai yang berbeza.

Langkah 2: ( Latihan Dalam Kelas Membina peta aliran– 30


Minit )

Lihat Contoh di sebelah:

Jadual 1 di bawah menunjukkan nilai import dan eksport Malaysia dari dan ke beberapa
buah negara Asia Pasifik terpilih pada tahun 1999.

Negara Asia Pasifik Terpilih Nilai Import dan Eksport (RM: Juta)
Import Eksport
Jepun 51,803.8 37,290.1
China 8,127.0 8,808.0
Hong Kong 6,250.0 14,345.9
Australia 5,670.7 7,710.8

Berdasarkan jadual 1 di atas,

a) Lukis sebuah peta aliran di atas peta kosong yang disediakan bagi menunjukkan
nilai import dan eksport Malaysia dari dan ke beberapa buah negara Asia Pasifik terpilih
pada tahun 1999.
Sila lukis peta aliran berdasarkan jadual di atas

Langkah 3 : Menganalisis dan mentafsir Peta Aliran (30 Minit)

Contoh soalan

Berdasarkan peta aliran yang telah anda lukis itu, nyatakan pola import dan eksport
Malaysia dengan beberapa buah Negara Asia Pasifik terpilih pada tahun 1999.

Dimensi analisis: Pola Import - Eksport

i) Pola import dan eksport Malaysia dengan Jepun menunjukkan defisit sebanyak
RM Juta: – 14,513.7. Ini menunjukkan Malaysia banyak mengimport barangan dari
negara Jepun berbanding dengan barangan yang dieksport oleh Malaysia ke Jepun.
Imbangan perdagangan ini amat merugikan Malaysia.

ii) Pola import Malaysia dengan negara China, Hong Kong dan Australia pula
mengalami infisit iaitu nilai eksport melebihi import. Misalnya dengan Hong Kong nilai
infisitnya sebanyak RM: Juta: 8,095.9. Imbangan perdagangan ini amat menguntungkan
Malaysia.

Dimensi analisis: Sebab-sebab:

c) Mengapakah negara-negara Asia Pasifik perlu menjalinkan kerjasama


perdagangan yang kukuh antara satu sama lain?.

Sebab-sebab negara Asia Pasifik perlu menjalinkan kerjasama perdagangan yang kukuh
antara satu sama lain;

i) Untuk saling memperolehi keuntungan dalam konteks perluasan pasaran


antara negara. Misalnya melalui penubuhan zon perdagangan bebas.
ii) Untuk mengelakkan monopoli perdagangan dari negara-negara barat.
Mengurangkan penguasaan pasaran dan ancaman perdagangan dari
kumpulan negara maju yang lain seperti dari Kesatuan Eropah (EU),
NAFTA, dan juga Amerika syarikat
iii) Untuk mewujudkan aliran perdagangan yang lebih adil dan telus – serta
saling memperolehi keuntungan menerusi konsep ”Liberalisasi
perdagangan” dengan cara menghapuskan sekatan tarif dan dasar
perlindungan yang diamalkan oleh sesebuah negara. Dengan itu perluasan
pasaran boleh dilakukan secara lebih adil berdasarkan prinsip yang
ditetapkan oleh Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO).
iv) Mewujudkan keadaan saling melengkapi dan perkongsian pintar antara
negara. Misalnya perkongsian teknologi dan kepakaran, kemudahan
logistik, perkongsian sumber, perkongsian data dan maklumat dan
sebagainya.
v) Membantu negara-negara Asia Pasifik yang miskin dan kecil kuasa
perdagangannya.

Refleksi.

Di ukur berdasarkan pencapaian hasil gerakerja dan perbincangan pelajar.

Rujukan Khusus

1. Rusly Musa , Lembaran Praktis Geografi Kertas 2 STPM,


Penerbit: Federal Publications Sdn.Bhd, Shah Alam, 2002.

Soalan Latihan
Latihan 1:

Jadual 1 di bawah menunjukkan import dan eksport antara Malaysia dengan rakan
seperdagangan ASEAN pada tahun 2000.

Rakan Seperdagangan ASEAN Import (US $) Eksport (US $)


Brunei Darussalam 318.4 3.8
Indonesia 939.0 1 064.0
Filipina 639.0 325.0
Singapura 19 250.0 22 665.0
Thailand 3 234.0 1 553.0
Jumlah 24 380.4 25 610.0

Berdasarkan jadual 1 di atas;

a) Kirakan peratusan import dan eksport Malaysia dengan setiap rakan


seperdagangan ASEAN pada tahun 2000. [5 Markah].

b) Berasaskan nilai peratusan yang telah dikira, lukis sebuah graf bar yang sesuai
untuk menunjukkan import dan eksport Malaysia dengan setiap rakan seperdagangan
ASEAN pada tahun 1995. [10 Markah].

c) Huraikan faktor-faktor yang boleh meningkatkan perdagangan intra-ASEAN.


[10 Markah].

Latihan 2

Jadual 2 di bawah menunjukkan nilai eksport dan import Malaysia dengan beberapa buah
negara Asia Pasifik terpilih pada tahun 2002.
Jadual 2: Nilai Eksport dan Import (RM: Juta) Malaysia dengan
beberapa buah Negara Asia Pasifik terpilih pada tahun 2002.

Negara-negara Asia Pasifik terpilih RM: Juta


Eksport Import
Thailand 3,909.0 3,703.2
Indonesia 1,576.1 2,414.9
Singapura 19,635.5 12,236.9
Jepun 13,978.0 18,559.1
Taiwan 5,203.2 4,988.9
China 3,422.9 3,019.5
JUMLAH 47,724.7 44,923.5

a) Berdasarkan jadual 2 di atas, kirakan imbangan perdagangan antara Malaysia


dengan setiap negara Asia Pasifik terpilih pada tahun 2002. [ 6 Markah]

b) Lukis sebuah graf bar yang sesuai untuk menunjukkan imbangan perdagangan
antara Malaysia dengan setiap negara Asia Pasifik terpilih pada tahun 2002. [11 Markah]

c) Huraikan kerjasama ekonomi serantau dan antarabangsa yang disertai oleh


Malaysia bagi tujuan meningkatkan aliran perdagangannya. [8 Markah]

TEMA 5 : IMPAK ALAM SEKITAR DAN PENGURUSANYA

Tema
Impak alam sekitar dan pengurusannya.

Tajuk
Impak aktiviti manusia terhadap alam sekitar

Sub Tajuk
5.1 Impak aktiviti pertanian terhadap alam sekitar: Kesan dan langkah mengatasinya –
Kajian kes di Cameron Highland.

Masa
2 Waktu ( 80 minit)
Hasil Pembelajaran
Setelah selesai mempelajari sub tajuk ini pelajar akan dapat:

Aras 1:
• Mengenalpasti pelbagai jenis aktiviti pertanian di Cameron Highland

Aras 2:
• Menghuraikan kesan aktiviti pertanian di Cameron Highland terhadap alam
sekitar fizikal setempat.
Aras 3:
• Membincangkan langkah mengatasi kesan negatif akibat aktiviti pertanian
terhadap alam sekitar fizikal setempat.

Isi-Isi Pembelajaran

1. Ciri-ciri fizikal kawasan Cameron Highland


2. Aktiviti pertanian di kawasan Cameron Highland.
3. Kesan-kesan negatif terhadap alam sekitar fizikal setempat.
4. Langkah perundangan dan bukan perundangan untuk mengatasinya.

1. Ciri-ciri fizikal di Cameron Highland.

a) Daerah Cameron Highland terletak di dalam negeri Pahang. Wilayah Cameron


Highland merupakan satu-satunya kawasan terpenting dan tertua di Malaysia yang
terlibat dalam aktiviti pertanian di kawasan tanah tinggi. Keluasannya ialah sebanyak
71,255 hektar dan dari jumlah ini terdapat lebih kurang 5, 256 hektar telah digunakan
sebagai kawasan pertanian iaitu kira-kira 24%.

b) Sebahagian besar kawasan ini masih lagi diliputi hutan tebal. Namun begitu sejak
akhir-akhir ini kadar penerokaan tanah secara haram untuk pertanian di Cameron
Highland semakin meningkat terutama sekali yang melibatkan kawasan bercerun dan
lereng-lereng bukit.

c) Topografi kawasan ini ialah bergunung-ganang, berbukit-bukau dan juga


berlembah dengan kecerunannya antara 10º hingga 35º. Daripada segi tanihnya pula
terbentuk oleh campuran granit yang berasid serta bewarna gelap. Ia memiliki tanih
gembur berpasir. Iklim di Cameron Highland adalah amat sesuai untuk tanaman sub
tropika dan temperat yang meliputi tanaman seperti teh, sayuran, bungaan dan buahan
sitrus. Ini kerana suhunya yang lebih sejuk kira-kira 24ºC berbanding dengan kawasan
lain di Malaysia. Suhu yang rendah ini disebabkan oleh pengaruh faktor ketinggian
tempatnya. Purata hujan tahunannya pula ialah antara 104 mm hingga 317 mm.

2) Jenis aktiviti pertanian di Cameron Highland.


a) Jenis-jenis tanaman yang ditanam. Terdapat empat jenis tanaman yang
diusahakan secara komersial di Cameron highland iaitu tanaman teh yang diusahakan
secara sistem perladangan, tanaman sayuran yang lebih bersifat sistem pertanian
pasar/angkut, tanaman buah-buahan sitrus khususnya strawberry dan juga tanaman
bunga-bungaan.

i) Tanaman teh. Kawasan perladangan teh merupakan kawasan penanaman


yang terluas di Cameron Highland meliputi hampir 2,500 hektar. Tanaman ini diusahakan
secara perladangan oleh syarikat swasta terkenal iaitu BOH Plantations. Namun begitu
terdapat juga pekebun-pekebun kecil yang mengusahakan tanaman teh hijau secara
kecil-kecilan. Walaubagaimanapun tanaman teh oleh pekebun kecil ini telah berkurangan
dan digantikan dengan tanaman sayuran serta bungaan. Daripada segi pemuliharaan
tanah, pengusaha ladang teh secara perladangan ini telah mengambil langkah yang
sewajarnya bagi mengurangkan kadar hakisan tanah berbanding dengan sistem
pertanian/tanaman lain. Justeru itu walaupun teh merupakan tanaman yang paling luas di
Cameron Highland tetapi kadar hakisannya tanih yang dialami oleh kawasan ladang teh
amat kecil berbanding dengan kawasan tanaman sayuran, buahan dan bungaan.

ii) Penanaman sayur-sayuran pula merupakan aktiviti pertanian yang ke dua


penting selepas tanaman teh. Ia meliputi kawasan seluas 2,140 hektar dan mampu
menghasilkan sumber pendapatan kepada hampir 1, 580 keluarga pekebun sayur di
Cameron Highland. Sistem pertanian yang dijalankan ialah bersifat pertanian pasar
dengan tanah digunakan secara intensif. Terdapat hampir 25 jenis sayuran yang
diusahakan. Antara yang popular ialah seperti kobis, kobis bunga,salad,tomato dan juga
kacang buncis. Sistem tanaman selingan dan tanaman bercampur amat popular dijalankan
di kawasan ini. Misalnya tanaman tomato dan kacang buncis diselingkan atau
dicampurkan dengan tanaman lain seperti kobis, salad, asparagus dan juga daun sadri di
atas tapak tani yang sama. Penanaman sayur-sayuran merupakan aktiviti pertanian yang
paling besar memberikan impak negatif ke atas persekitaran fizikal di Cameron Highland
khususnya dalam konteks meningkatkan kadar hakisan tanih, kejadian tanah runtuh dan
juga pencemaran sumber air sungai dan tasik. Ini kerana kesedaran pemuliharaan tanah
dikalangan pekebun di kawasan ini adalah amat rendah sekali. Misalnya pekebun masih
berdegil menggunakan jentera berat bagi meratakan kawasan curam dan lereng bukit di
samping penggunaan racun serangga yang berleluasa tanpa pengurusan yang sistematik
seperti membuang botol-botol racun ke sungai serta tasik yang berdekatan.

iii) Tanaman bunga-bungaan juga ditanam secara giat dan berkembang maju
di Cameron Highland. Kawasan ladang bunga biasanya terdapat di kawasan
rendah/lembah atau di kawasan kaki bukit yang telah di teres. Antara yang popular ialah
seperti “Cactus Valley”. Pada masa ini keluasan tanaman bunga di Cameron Highland
ialah sebanyak 300 hektar dan terdapat lebih daripada 40 buah pusat penyemaian bunga
(nursery) di kawasan ini. Kebanyakan para penanam bunga ialah bekas pekebun –
pekebun sayur yang telah beralih kepada industri penanaman bunga setelah harga sayuran
menjadi tidak stabil (mudah mengalami tutun-naik) berbanding dengan harga bunga yang
lebih konsisten. Antara jenis bunga yang popular di tanam ialah seperti kekwa, mawar,
bunga turki, dan juga bunga matahari. Sepertimana dalam tanaman sayuran, tanaman
bunga juga banyak menjejaskan kualiti alam sekitar setempat kerana kebanyakan
pengusahanya menggunakan jentera berat untuk meratakan tanah di kawasan cerun
curam.

iv) Tanaman buahan sitrus. Tanaman ini tidak dijalankan secara meluas
sebaliknya lebih bersifat tanaman di dalam” rumah hijau”. Ini kerana tanaman buahan
sitrus khususnya strawberry tidak ekonomik untuk dijalankan di tapak pertanian yang
luas serta bersifat jangka pendek. Keluasannya di sekitar 250 hektar sahaja. Justeru itu
kegiatan pertanian ini tidak begitu menjejaskan kualiti alam sekitar setempat.

3) Kesan Negatif Aktiviti Pertanian Terhadap alam Sekitar


Fizikal di Cameron Highland.

a. Perubahan landskap fizikal yang ketara - Seperti hutan semulajadi bertukar kepada
“hutan tanaman”, permukaan tanah menjadi tergondol dan sebagainya. Dalam konteks
ini proses penyahutanan bagi tujuan mewujudkan kawasan pertanian ladang teh,sayuran
dan bungaan telah menyebabkan berlakunya perubahan landskap yang ketara di Cameron
Highland. Berdasarkan gambar foto udara jelas kelihatan kawasan –kawasan gondolan
terutamanya di cerun atau lereng-lereng bukit.

b. Pendedahan permukaan bumi secara terus kepada pelbagai proses geomorfologi seperti
hakisan tanah dan tanah runtuh. Permukaan bumi kehilangan pelindung, kehilangan daya
pengikat dan cengkaman akar terhadap butiran tanah yang menyebabkan cerun-cerun
menjadi tidak stabil. Dalam konteks geomorfologi pelbagai proses akan berlaku apabila
permukaan tanah dibajak, digembur, diteres dan diratakan untuk kegiatan pertanian
khususnya di kawasan lereng-lereng bukit yang bercerun curam. Di Cameron Highland
fenomena hakisan dan tanah runtuh merupakan kesan yang paling besar kelihatan
terutamanya di sekitar Ringlet, Tanah Rata dan Brinchang. Permukaan cerun yang
terdedah akan mengalami tindakan air larian permukaan yang akan menghakis-angkut
regolit atau tanih dari atas cerun ke bawah cerun. Kesannya permukaan lereng-lereng
bukit akan mengalami hakisan yang ketara seperti wujudnya gegalur dan tanah tergondol.
Satu kajian yang telah dilakukan oleh Fuad Omar pada tahun 1988 mendapati bahawa
hampir 2.383 juta meter padu tanah di Cameron Highland telah terhakis dan dengan
mengambil kira kadar kehilangan tanah sebanyak 16.8 tan/hektar setahun maka kadar
hakisan yang akan dialami oleh tanah-tanah pertanian di Cameron Highland menjelang
tahun 2000 akan menjadi lebih serius lagi. Dalam jangka masa panjang cerun-cerun yang
terhakis itu menjadi tidak stabil dan boleh mengalami pelbagai jenis gerakan jisim
seperti kesotan tanah, gelangsaran tanah dan juga tanah runtuh .

c. Pencemaran air sungai dan peningkatan kadar pemendapan sungai. Larian air
permukaan akan membawa regolith dari atas cerun ke bawah cerun dan seterusnya masuk
ke sistem sungai yang ada di kawasan pertanian berkenaan. Justeru itu kadar pencemaran
sungai meningkat, sistem sungai biasanya menjadi keruh, berkelodak dan berlumpur serta
mengalami kadar enapan yang tinggi sehingga dasarnya menjadi lebih cetek. Satu
pengukuran yang telah dilakukan oleh Dr. Wan Ruslan Ismail mendapati bahawa terdapat
beberapa batang sungai di Cameron Highland mengalami kadar enapan yang tinggi.
Misalnya Sungai Bertam sebanyak 67.8 tan/Km²/tahun, sungai Tringkap sebanyak 758.6
tan/Km²/tahun dan sungai Terla sebanyak 454.0 tan/Km²/tahun. (Sumber Wan Ruslan
Ismail, Pengurusan Sumber Alam Tropika, DBP, Kuala Lumpur, 1999, m.s. 96). Selain
daripada pencemaran kelodak, kualiti air sungai juga terjejas akibat pengggunaan baja
kimia dan racun serangga/perosak. Racun serangga seperti DDT dan juga pelbagai jenis
baja kimia yang digunakan ke atas tanaman sayuran akan mengalami larut resap ke dalam
tanah atau di bawa bersama oleh larian air permukaan. Jika larut resap berlaku maka
sebatian kimia dari baja dan racun serangga tadi akan dibawa oleh aliran air bawah tanah
(sistem akuifer) menuju ke sungai, tasik, kolam, paya dan sebagainya. Begitu juga
dengan pergerakan larian air permukaan akan menuju ke sumber-sumber air yang ada di
permukaan. Kesannya sumber-sumber air tersebut akan mengalami pencemaran bahan
kimia yang tinggi yang akan memberikan impak negatif terhadap ekosistem akuatik. Di
Cameron Highland pencemaran air di Tasik Ringlet merupakan satu contoh yang nyata.

d. Kemusnahan ekosistem dan kepelbagaian biologi (biodiversiti) seperti pelbagai spesis


fauna dan flora yang diancam kepupusan. Termasuklah juga kemusnahan ekosistem
seperti rantaian makanan dan habitat khususnya hutan yang telah dijadikan tapak
pertanian. Dalam konteks kepelbagaian biologi akibat pemusnahan hutan untuk aktiviti
perladangan teh dan sayuran akan menyebabkan kesan-kesan negatif berikut:

i) Pelbagai spesis fauna dan flora diancam kepupusan/kemusnahan akibat


kehilangan sumber-sumber makanan. Apabila hutan dimusnahkan/dinyahkan maka
fungsi pokok sebagai pengeluar utama akan musnah sama sekali. Dengan itu hidupan lain
yang bergantung kepada tumbuhan seperti herbivor (kancil, rusa) akan kehilangan
sumber-sumber makanan. Apabila hal ini berlaku ia memberi kesan kepada hidupan-
hidupan lain yang sememangnya saling bergantung di dalam sesebuah hutan itu.

ii) Penghijrahan spesis akibat pemusnahan habitat .Hutan berfungsi sebagai


satu habitat. Proses penyahutanan memusnahkan sama sekali habitat. Kemusnahan
habitat mengambil masa yang lama untuk dipulihkan. Justeru itu haiwan-haiwan akan
berhijrah ke hutan/habitat lain untuk mencari perlindungan atau tempat baru. Di tempat
baru ini mereka terpaksa bersaing dengan koloni lain. Persaingan intra dan interspesis
akan berlaku dan mana-mana spesis yang kalah akan musnah dan pupus.

iii) Kerosakan ekosistem seperti kemusnahan rantaian makanan, kitar tenaga,


komponen biotik dan abiotik yang kelak menggangu keseimbangan ekologi setempat.
Gangguan ekologi secara menyeluruh akan berlaku apabila hutan-hutan dimusnahkan
secara lebih meluas. Ketidakseimbangan ekologi mikro dan makro akan menimbulkan
pelbagai kesan terhadap unsur-unsur lain seperti cuaca, hakisan, banjir dan sebagainya.

e.. Menggangu kestabilan kitar hidrologi. Penyahutanan untuk dijadikan tapak


pertanian biasanya melibatkan kawasan hutan primer/hutan dara seperti dalam sistem
perladangan teh. Kawasan hutan primer pada asalnya merupakan kawasan tadahan air
yang amat penting kepada sistem hidrologi khususnya sungai. Oleh itu apabila hutan-
hutan tersebut di hapus dan dimusnahkan maka fungsinya sebagai kawasan tadahan air
akan terjejas/hilang. Terdapat beberapa sebab yang boleh dikaitkan dengan gangguan ke
atas kestabilan kitar hidrologi ini. Pertama, penyahutanan telah mengurangkan proses
transpirasi tumbuhan untuk membebaskan wap-wap air ke udara sebagai penyumbang
kepada sejat-peluhan bagi membentuk awan, ke dua menyebabkan kelembapan udara
menurun (pembentukan udara kering) dan ke tiga mengurangkan kadar susupan, storan
dan edaran air tanah (gangguan kepada sistem akuifer) yang seterusnya boleh
menjejaskan sumber dan bekalan air kepada sungai, paya,tasik,kolam dan sebagainya.
Sebagai contoh empangan mengalami penurunan paras airnya.

f. Perubahan suhu mikro/pemanasan setempat. Hutan semulajadi sebenarnya berfungsi


sebagai ”menyederhanakan suhu sekitar” dengan cara mengekalkan peratus kelembapan
udaranya. Tetapi apabila ia dimusnahkan untuk tujuan pertanian maka gangguan terhadap
proses sejat-peluhan (evopotraspiration) pokok-pokok akan terjadi. Daun dan kanopi
tumbuhan tidak boleh lagi membebaskan wap-wap air ke udara. Kesannya peratus
kelembapan udara akan menurun, udara menjadi lebih kering (dry air) dan persekitaran
fizikal terdedah kepada bahangan matahari secara langsung tanpa ditapis dan diserap oleh
kanopi tumbuhan. Keadaan ini akan menyebabkan indeks suhu sekitar meningkat
menjadi lebih panas berbanding dengan sebelumnya. Fenomena ini dinamakan sebagai
pemanasan setempat. Pada masa kini Cameron Highland tidak lagi sesejuk masa lalu.

4) Cadangan angkah yang wajar diambil untuk


mengurangkan kesan kerosakan persekitaran fizikal akibat
aktiviti pertanian di Cameron Highland.

a. Langkah perundangan: Melipatgandakan usaha pemantauan oleh pihak berkuasa,


mengenakan denda yang berat iaitu menaikkan kadar kompaun, penjara, menarik balik
lesen operasi kepada pengusaha pertanian dan pekebun sayur yang melanggar akta
kualiti alam sekitar 1974 dan akta pemuliharaan kawasan tanah tinggi. Selain itu pihak
kerajaan juga mestilah menghukum pegawai kerajaan yang rasuah dalam konteks
pemberian lesen dan kebenaran menggunakan tanah di kawasan tanah tinggi termasuk
juga langkah menyediakan laporan EIA yang lengkap sebelum sesuatu projek
pembangunan pertanian di kawasan tanah tinggi dijalankan.

b. Amalan pengurusan yang cekap: Memberbaiki tatacara/prosedur pemberian dan


penggunaan oleh pejabat tanah dan daerah, mengharamkan penggunaan jentera berat,
memotong cerun mengikut spesifikasi yang dibenarkan, menanam tanaman tutup bumi,
sungkupan plastik, membina benteng untuk menstabilkan cerun, merawat atau
membersihkan sungai yang tercemar dan sebagainya. Secara khusus amalan pengurusan
yang cekap boleh dilaksanakan seperti berikut:

i) Membenarkan aktiviti pertanian dijalankan hanya di kawasan yang mempunyai


kesan yang paling minima kepada persekitaran fizikal. Kawasan yang mempunyai
resiko yang tinggi yang boleh menyebabkan hakisan dan tanah runtuh seperti di lereng –
lereng bukit yang bercerun curam hendaklan diistiharkan sebagai kawasan rezab
pertanian yang kekal.

ii) Menggalakkan aktiviti penanaman sayur-sayuran dan bungaan dengan


menggunakan kaedah hidroponik dan kaedah rumah hijau di kawasan tanah pamah
bukannya menanam sayuran di lereng-lereng bukit atau kawasan bercerun curam yang
boleh menyebabkan hakisan tanah dan ketidakstabilan cerun.

iii) Menggunakan baja kimia dan racun serangga dengan kadar yang minima
dan menguruskannya secara berhemah iaitu tidak membuang sisa racun dan baja kimia
sewenang-wenangnya ke dalam sistem saliran seperti sungai dan tasik sebaliknya
menyediakan kawasan pelupusan yang khusus.

iv) Bagi kawasan cerun yang dibenarkan untuk pertanian maka pekebun sayur
mestilah membina teres-teres yang sesuai dan lebar bagi mengurangkan halaju larian air
permukaan. Cadangan yang dibuat oleh Jabatan Pertanian Malaysia berkaitan dengan
kelebaran teres –teres pertanian di kawasan bercerun/lereng-lereng bukit ialah antara 1
hingga 2 meter bagi setiap teres.

v) Menggabungkan kaedah dan amalan pengurusan tanah pertanian melalui tiga


cara iaitu:

• Kaedah agronomi seperti menutup permukaan tanah dengan sungkupan daun dan
plastik dan juga meningkatkan kadar larut resap tanah dengan tanaman
pelindung/tutup bumi seperti pokok kekacang,kaedah tanaman berjalur, tanaman
selingan dan lain-lain lagi.

• Kaedah mekanika seperti pembinaan kontur/teres, zon perlindungan (hutan yang


dikekalkan dalam keadaan semulajadi), mewujudkan sistem perparitan dan
saliran di kawasan pertanian, membina benteng dan sebagainya.

• Kaedah penyuburan tanah seperti pembajaan kimia/organin untuk mengekalkan


keseimbangan nutrien tanah, merehatkan tanah, giliran kawasan penanaman dan
sebagainya.

c. Menjalankan kempen kesedaran kepada pekebun sayur dan pengusaha pertanian


tentang masalah hakisan dan kesannya kepada persekitaran fizikal menerusi risalah, sesi
penerangan/dialog, seminar,program gotong-royong termasuk pendidikan alam sekitar.
Satu kajian yang telah dilakukan oleh AVRDC dan Mardi pada tahun 1992 terhadap 252
pekebun sayur di Cameron Hinghand mendapati bahawa “petani/pekebun tidak
merasakan masalah hakisan tanah sebagai suatu ancaman yang serius kepada tanaman
mereka sebaliknya ketidakstabilan harga sayuran merupakan satu ancaman besar ”. Ini
menunjukkan bahawa kesedaran petani/pekebun terhadap kesejahteraan alam sekitar
terlalu rendah. Justeru agensi kerajaan khususnya Jabatan Pertanian, pihak swasta dan
badan bukan kerajaan (NGO) perlu mengambil langkah menyedarkan dan memberikan
kefahaman kepada pekebun menerusi risalah, seminar, dialog,program gotong-royong
dan sebagainya bagi menghasilkan pembangunan pertanian yang lestari untuk masa
depan Cameron Highland.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Langkah 1: ( Penerangan guru/Kuliah – 40 Minit )

a) Guru Memperkenalkan tajuk dan kandungan pembelajaran yang meliputi isi-isi


pembelajaran di atas.

b) Guru menjelaskan ciri fizikal, jenis aktiviti pertanian, kesan dan langkah
mengatasinya di Cameron Highland.

Langkah 2: (Diskusi Pelajar – 30 Minit )

Pelajar diagehkan kepada beberapa kumpulan untuk merangka jawapan berkaitan dengan
tugasan soalan yang diberikan seperti di bawah:

Soalan

Dengan merujuk kepada kawasan pembangunan tanah tinggi di Malaysia,

a) Nyatakan EMPAT jenis aktiviti ekonomi yang dijalankan [5 Markah]

b) Jelaskan kesan negatif aktiviti ekonomi tersebut terhadap persekitaran fizikal


kawasan setempat, [ 10 Markah]

c) Huraikan langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasi kesan negatif


tersebut. [10 Markah]
(Tugasan pelajar Sila rangkakan jawapan bagi soalan di atas berasaskan
prinsip: FHC – Fakta diikuti oleh Huraian dan dilengkapi dengan contoh-
contoh yang spesifik)

Langkah 3 ( Penutup dan Rumusan – 10 Minit)

Guru menyenaraikan isi-isi penting berkaitan dengan soalan yang diberikan di atas

Rangka dan Skema Jawapan:

Dengan merujuk kepada kawasan pembangunan tanah tinggi di Malaysia,

a) Nyatakan EMPAT jenis aktiviti ekonomi yang dijalankan [5 Markah]

Judul Isi Jawapan Markah


Menamakan kawasan pembangunan tanah tinggi di Malaysia. Contohnya: 1
Cameron Highland, Genting Highland, Bukit Fraser,Tanah Tinggi Kundasang
dll.

Menyatakan jenis aktiviti ekonomi yang dijalankan di kawasan tanah tinggi. Di


antaranya ialah:

 Aktiviti pertanian seperti tanaman teh,sayuran dan bungaan. 1


 Aktiviti penternakan termasuk akuakultur. 1
 Aktiviti pelancongan. 1
 Aktiviti pembinaan – pembinaan perumahan,infrastruktur, jaringan 1
pengangkutan, projek hidroelektrik dll
 Aktiviti pembalakan / penyahutanan untuk pelbagai tujuan. 1
1
 Aktiviti perniagaan.
1
 Aktiviti perkhidmatan

Pemarkahan:
= 1 Markah
1. Menamakan kawasan tanah tinggi (sekurang-kurangnya satu kawasan)
= 4 Markah
2. Menyatakan empat jenis aktiviti ekonomi (1 jenis = 1 markah)

b) Jelaskan kesan negatif aktiviti ekonomi tersebut terhadap persekitaran


fizikal kawasan setempat, [ 10 Markah]

Judul Isi Jawapan Markah

Diantara kesan negatif aktiviti ekonomi terhadap persekitaran fizikal di


kawasan tanah tinggi ialah:

1. Perubahan landskap fizikal secara besar-besaran – penggondolan bukit, 2


hutan primer bertukar kepada hutan sekunder, tanaman perladangan, padang
golf, bangunan dll.

2. Kesan hakisan tanih dan tanah runtuh – kewujudan gegalur di cerun-


cerun bukit atau tanah runtuh/batu runtuh di kaki bukit yang sudah di potong 2
dan diteres oleh jentera berat untuk aktiviti pembinaan,pertanian dll.

3. Menjejaskan kesuburan tanih/lapisan top soil semakin nipis – menggangu


keseimbangan nutrien tanih apabila tumbuhan yang melindungi permukaan 2
tanih di tebang/dimusnahkan.

4. Pencemaran sumber air (tasik,kolam,paya) termasuk sungai – Sungai


menjadi keruh dan berkelodak atau pencemaran sumber air akibat 2
penggunaan racun serangga dan baja kimia dalam pertanian serta penyaliran
sisa kumbahan dari sektor pelancongan yang menjejaskan ekosistem akuatik.

5 Memusnahkan kawasan tadahan air – menjejaskan sumber air kepada


sungai, tasik, kolam, paya dan empangan akibat aktiviti pembalahan dan 2
penyahutanan.

6. Peningkatan suhu mikro – kawasan sekitar tidak lagi sesejuk atau


nyaman daripada keadaan sebelumnya akibat penyahutanan untuk pelbagai 2
tujuan.

7. Kerosakan ekosistem hutan – kemusnahan habitat dan 2


spesis/kepelbagaian biologi, rantaian makanan dll yang berkaitan dengan
ekologi hutan

(Pemarkahan: Mana-mana 5 isi x 2 Markah = MAX 10 Markah)

c) Huraikan langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasi kesan


negatif tersebut. [10 Markah]

Judul Isi Jawapan Markah

Langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasi kesan negatif di atas


ialah:

Langkah perundangan: Melipatgandakan usaha pemantauan oleh pihak


berkuasa, mengenakan denda yang berat – menaikkan kadar kompaun, 2
penjara, menarik balik lesen operasi, menghukum pegawai yang rasuah dll
termasuk langkah EIA sebelum sesuatu projek pembangunan di kawasan
tanah tinggi dijalankan.

Amalan pengurusan yang cekap: Meliputi:


1. Memberbaiki tatacara/prosedur penggunaan tanah di kawasan tanah 2
tinggi.
2. Mengharamkan penggunaan jentera berat di kawasan tanah tinggi. 2
3. Memotong cerun bukit mengikut spesifikasi yang dibenarkan. 2
4. Menanam tanaman tutup bumi di tapak pertanian atau tanaman rumput 2
dan tumbuhan pelindung di kawasan bercerun.
5. Langkah kestrukturan seperti membina benteng konkrit, groin dan 2
gabion,tembok penahan (retainning wall) serta sungkupan plastik untuk
menstabilkan cerun.
6. Menanam semula hutan yang sudah ditebang/penghutanan semula. 2
7. Membina sistem saliran – parit dan longkang yang sistematik untuk 2
penyaliran air yang lebih sempurna.
8. Merawat atau membersihkan sungai yang tercemar. 2
9. Amalan pertanian yang mesra alam seperti kaedah hidroponik, 2
menggunakan baja organik, kawalan biologi agar tidak terlalu
bergantung kepada baja kimia serta racun serangga.
10. Amalan pertanian berteres/mengikut kontor. 2

Kempen dan Pendidikan Alam Sekitar: Kempen kesedaran kepada


penduduk setempat dan pengusaha – menerusi risalah, sesi 2
penerangan/dialog, seminar,program gotong-royong termasuk pendidikan
alam sekitar.

Pemarkahan:
Langkah perundangan : MAX 2 markah.
Amalan pengurusan : MAX 6 markah.
Kempen dan PAS : MAX 2 markah

Refleksi.

Di ukur berdasarkan pencapaian hasil pembelajaran dalam gerakerja pelajar


membincangkan isi-isi penting bagi menjawab tugasan soalan yang diberikan..

Rujukan Khusus

1. Rusly Musa dan Nurashikin Abdullah, Teks Pra U Geografi


Manusia STPM, Bab 6 – Pembangunan Ekonomi dan Alam
Sekitar, m.s. 149 – 155, Penerbit:Pearson dan Longman,
Petaling Jaya, 2005.
Tema
Impak alam sekitar dan pengurusannya.

Tajuk
Pengurusan Alam Sekitar

Sub Tajuk
5.2 Prinsip-prinsip pembangunan lestari (berterusan)

Masa
2 Waktu ( 80 minit)
Hasil Pembelajaran
Setelah selesai mempelajari sub tajuk ini pelajar akan dapat:

Aras 1:
• Mentakrifkan konsep pembangunan lestari (berterusan)

Aras 2:
• Mengenalpasti lapan prinsip pembangunan lestari (berterusan)
Aras 3:
• Menghuraikan prinsip-prinsip pembangunan berterusan.

Sisipan Konsep:

Konsep Pembangunan Lestari

Pembangunan lestari berteraskan kepada konsep pembangunan berterusan yang boleh


difahami dari dua sudut. Pertama nikmat pembangunan sesebuah negara hendaklah
berterusan dan boleh menjamin kesejahteraan hidup generasi kini dan akan datang.
Kedua prinsip pembangunan yang mengadunkan dengan usaha pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar agar kesejahteraan hidup boleh dinikmati oleh semua
penduduk. Kemajuan sosio-ekonomi dalam sesebuah negara itu amat dituntut, tetapi ia
tidak seharusnya mengorbankan aspek alam sekitar. Dalam hal ini antara pembangunan
dengan alam sekitar seharusnya bergerak seiringan dan segandingan . Ia bukanlah dua
titik pemisah yang bergerak ke kiri dan ke kanan di atas satu garis lurus.

Isi-Isi Pembelajaran

a) Konsep Pembangunan Lestari

(b) Menghuraikan lapan prinsip pembangunan berterusan (lestari)

(i) Menjana atau menggalakkan semula pertumbuhan ekonomi


(ii) Mengubah kualiti pertumbuhan ekonomi bagi menjamin kesejahteraan hidup
(iii) Memulihara dan mempertingkatkan asas sumber
(iv) Memastikan aras penduduk yang boleh ditampung
(v) Mengorientasikan semula teknologi dan kaedah pengurusan risiko
(vi) Mengintegrasikan alam sekitar dan ekonomi dalam membuat keputusan
(vii) Memperbaharui hubungan ekonomi antarabangsa
(viii) Memperkukuhkan kerjasama antarabangsa

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Langkah 1: ( Penerangan guru/Kuliah – 20 Minit )

a) Guru Memperkenalkan tajuk dan kandungan pembelajaran yang meliputi isi-isi


pembelajaran di atas.

b) Guru menjelaskan lapan prinsip pembangunan lestari.

Langkah 2: (Diskusi Pelajar di dalam kelas – 40 Minit )

Pelajar diagehkan kepada beberapa kumpulan untuk merangka jawapan berkaitan dengan
tugasan soalan yang diberikan seperti di bawah:

Soalan Aplikasi Prinsip Pembangunan Lestari dalam Sektor


Perhutanan di Malaysia.

Soalan Perbincangan:
Jelaskan bagaimana Prinsip Pembangunan Lestari
Telah diterapkan dalam Sektor Perhutanan di Malaysia.

Dapatan Hasil Perbincangan Kelas

Terdapat tiga aspek penting yang mesti digabungjalinkan dalam melaksanakan


pembangunan lestari dalam sektor perhutanan di Malaysia iaitu langkah perundangan,
langkah pengurusan yang strategik dan juga langkah kempen kesedaran dan
pendidikan alam sekitar.

Langkah Perundangan:

Di Malaysia kelestarian dalam pembangunan sektor perhutanan boleh ditinjau melalui


dua aspek iaitu melalui langkah perundangan dan bukan perundangan. Kedua-duanya
terangkum dalam DASAR PERHUTANAN NEGARA 1978. Dasar ini menjadi asas
yang kukuh untuk memastikan pengekalan sumber-sumber hutan dan keberterusannya
agar sentiasa dapat memberikan sumbangan yang bermakna kepada pembangunan sosio-
ekonomi negara.

Dasar Perhutanan Negara 1978:

1. Bagi menjamin pengurusan hutan yang teratur,cekap optimun dan lestari maka
Dasar Perhutanan Negara (1978) telah mengistiharkan langkah-langkah berikut:

a) Mengisytiharkan sebagai Hutan Simpan Kekal tanah-tanah yang cukup luasnya


serta bersesuaian kedudukannya di seluruh negara mengikut cara penggunaan yang
sempurna bagi menjamin:

i. Iklim dan rupa bumi yang sempurna, bekalan air bersih, kesuburan tanah
dan keadaan alam sekeliling yang memuaskan supaya kesan banjir dan ha-
kisan kepada sungai dan tanah pertanian dapat dikurangkan . Kawasan-
kawasan hutan seperti ini dinamakan sebagai HUTAN PERLINDUNGAN.

ii. Pengeluaran semua jenis keluaran hutan dalam negara akan berkekalan ser-
ta pada kadar yang berpatutan untuk pertanian,kegunaan tempatan dan
eksport. Kawasan hutan seperti ini dinamakan HUTAN BERHASIL.

iii. Kawasan-kawasan hutan yang cukup bagi tujuan beristirehat, menjalankan


penyelidikan serta pendidikan dan memelihara tumbuh-tumbuan dan mar-
gastua. Kawasan hutan seperti ini dinamakan HUTAN LIPUR.

b) Menguruskan kawasan hutan simpan kekal dengan sempurna supaya dapat


memberikan faedah sosio-ekonomi dan keselesaan alam sekeliling dengan sepenuhnya
kepada penduduk dan negara.

c) Melaksanakan usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D), pemulihan


dan menghutan semula melalui satu program yang tegas berpandukan kepada amalan
SILVILKULTURE yang sempurna serta berpatutan supaya dapat mengeluarkan hasil
yang tinggi.

d) Menjamin supaya pengusahasilan hasil hutan dari kawasan-kawasan yang diluar


hutan simpan kekal itu dilaksanakan dengan cara mengadakan rancangan yang seimbang
dengan kadar pembangunan tanah bagi tujuan mendapatkan faedah-faedah paling tinggi
untuk rakyat, sebelum hak milik tanah diberi dan juga mengikut cara mengusahasilan dan
pemerosesan hasil yang sempurna mengikut kadar keperluan daya pemerosesan tempatan
yang optimun.

e) Menggalakkan usaha mengeluar dan menggunakan kayu bagi semua jenis


keluaran hutan dengan sepenuhnya dan penubuhan perusahaan kilang berasaskan kayu-
kayan dengan kadar keperluannya ditentukan supaya seimbang dengan kadar pengeluaran
balak bukan sahaja untuk meninggikan mutu penggunaan tetapi juga membuka peluang
perkerjaan serta mendapatkan pertukaran mata wang asing.
f) Melaksanakan program latihan perhutanan yang lengkap di semua peringkat
dalam sektor awam atau swasta bukan sahaja untuk menjamin bekalan tenaga manusia
yang cukup bagi industri perkayuan tetapi juga meliputi menjaga dan melindungi hutan
serta aspek-aspek sains perhutanan.

g) Memupuk kefahaman yang meluas kepada umum tentang peri pentingnya hutan
serta faedah-faedahnya kepada generasi akan datang melalui saluran-saluran media
sekaligus mewujudkan semangat kerjasama dalam menjaga khazanah perhutanan negara.

2. Dengan perlaksanaan Dasar Perhutanan Negara sebanyak 4.8 juta hektar atau
77% dari 6.2 juta hektar kawasan hutan di Semenanjung Malaysia telah digazetkan
sebagai Hutan Simpan Kekal. Dari jumlah hutan simpan kekal ini 2.9 juta hektar
diuruskan sebagai hutan produktif dan 1.9 juta hektar sebagai hutan perlindungan. Kita
juga mempunyai 0.6 juta hektar taman negara dan kawasan hidupan liar. Untuk
menghasilkan langkah yang lebih tegas melalui sistem perundangan maka pihak kerajaan
telah meluluskan Akta Perhutanan Negara dan Akta Industri Berasaskan Kayu pada
tahun 1984. Akta perhutanan negara ini telah menggariskan beberapa larangan yang
berkaitan dengan kawasan hutan simpan kekal. Larangan-larangan tersebut ialah:

a. Memasuki Hutan Simpan Kekal.


b. Menebang,memetong,menggelang,menanda atau menoreh
pokok.
c. Mencari,mengambil dan mendedahkan kepada sebarang proses
pengilangan
atau memindahkan sebarang hasil hutan atau mineral.
d. Membersih atau membajak mana-mana tanah untuk tanaman
atau
Sebarang maksud lain.
e. Menggunakan bahan beracun atau bahan letupan di dalam
sungai atau
tasik
bagi maksud menangkap ikan,memburu,menembak memasang
jerat dan
menjebak.
f. Menceroboh dengan apa jua cara.

Akta ini juga menetapkan bahawa sesiapa yang didapati melanggar larangan-larangan
tersebut boleh didakwa di mahkamah dan boleh di denda maksima sehingga RM:50.000
atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

3. Dalam konteks pemeliharaan hidupan liar pula akta perlindungan hidupan liar
1976 telah dihasilkan bertujuan untuk memastikan spesis hidupan liar di Negara kita
tidak pupus dan terus memberikan faedah kepada generasi akan datang. Oleh itu Jabatan
PERHILITAN diberi kuasa sepenuhnya untuk melaksanakan akta tersebut dan pindaan-
pindaannya. Jabatan PERHILITAN mengawal aktiviti perburuan melalui sistem
perlesenan. Sesiapa yang memburu atau menyimpan atau memperniagakan hidupan liar
yang tidak dibenarkan akan dikenakan denda atau dipenjara.
4. Bagi memantapkan lagi langkah perundangan ini kerajaan telah mewartakan
hutan rezab atau Taman Negara yang juga menjadi Kawasan Perlindungan Hidupan Liar
(KPHL). Peraturan-peraturan yang mengawal pengurusan Taman Negara dan kawasan
perlindungan hidupan liar sekali lagi diletakkan di bawah pengawasan Jabatan
PERHILITAN.

Langkah Pengurusan Hutan

1. Selaras dengan Dasar Perhutanan Negara, pengurusan hutan dan pemeliharaan


sumber hutan yang berkekalan terus diberikan penekanan. Dalam konteks penebangan
hutan, Malaysia memberi tumpuan kepada dua sistem penebangan berikut iaitu Sistem
Sebaya Malaya (MUS) dan Sistem Pengurusan Tebangan Memilih (SMS). Kedua-dua
sistem ini menitikberatkan kepada kaedah penebangan hutan secara sistematik dan
berjadual. Dalam Sistem Sebaya Malaya kesemua pokok-pokok yang mempunyai nilai
dagangan ditebang dalam satu operasi dan tempoh pusingan tebangannya adalah antara
60 hingga 80 tahun. Ini bermakna tempoh penebangan kali ke dua adalah seusia dengan
kitar hidup pokok tersebut. Bagi Sistem Tebangan Memilih pula satu inventori dibuat di
sesuatu kawasan yang hendak ditebang. Berdasarkan maklumat daripda inventori ini
maka dua kaedah penebangan diamalkan. Pertama, sekiranya sesuatu kawasan itu kaya
dengan pokok dagangan yang muda maka kaedah Polikitar diamalkan. Iaitu sebilangan
kecil sahaja pokok yang telah dipilih dan ditandakan untuk ditebang. Pokok-pokok
tersebut mestilah cukup umurnya dan mempunyai diameter minimum 45 hingga 50
centimeter. Pusingan tebangan yang diamalkan dalam kaedah polikitar ialah 30 tahun di
Semenanjung Malaysia dan 25 tahun di Sabah serta Serawak. Kedua, bagi kawasan yang
tidak mempunyai pokok dagangan muda penebangan secara Sistem Sebaya Malaya
digunakan. Sistem ini menetapkan dirian baki 32 pokok sehektar selepas penebangan
pokok dilakukan.

2. Selain daripada kaedah penebangan hutan di atas, terdapat satu lagi cara
pengurusan hutan yang lestari dan berkekalan di amalkan di Malaysia, iaitu kaedah
SILVILKULTUR. Silvilkultur ialah satu cara pemulihan hutan yang melibatkan
penubuhan ladang hutan,pertumbesaran,penjagaan dan penggantian sesuatu dirian hutan
dengan teratur. Antara program yang popular di bawah silvilkultur ialah projek Ladang
Hutan Kompensatori (CFPP) yang telah dilancarkan dalam tahun 1982. Projek ini
bertujuan untuk membekalkan bahan kayu industri dan memenuhi keperluan tempatan.
Seluas 98,000 hektar kawasan hutan miskin telah dikenalpasti dan dirancang
penubuhannya di beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia.

3. Setakat ini spesis-spesis yang ditanam adalah daripada spesis kayu keras tropika
seperti Acacia Mangium, Yamane dan Batai yang cepat tumbesarannya dan jangkaan
pusingan hidup selama 15 tahun. Projek ini dilaksanakan di 7 buah negeri iaitu Johor,
Pahang,Negeri Sembilan, Selangor,Perak,Kelantan dan Terengganu. Sehingga 31 Ogos
1993 seluas 51,748 hektar telah siap ditanam di negeri-negeri berkenaan. Pahang
(18,125.0 Hektar), Johor (17,586.0 hektar), Selangor (8,706.0 hektar), Negeri Sembilan
(4,079.00 hektar), Perak (2,889.00 hektar), Terengganu (200.00 hektar) dan Kelantan
(163.00 hektar).Di samping tanaman cepat tumbuh, program ladang hutan bermutu tinggi
dengan spesis Pokok Jati mula dilaksanakan di Kedah pada tahun 1988. Matlamat
keluasan tanaman bagi Rancangan Malaysia Ke Lima dan Ke Enam adalah masing-
masing 750 dan 1,250 hektar iaitu dengan keluasan tanaman 250 hektar setahun yang
dibiayai melalui pinjaman daripada kerajaan persekutuan.

4. Sementara itu perladangan hutan di Sabah telah bermula dari tahun 1922 lagi
dengan tertubuhnya percubaan tanaman pokok Jati untuk pengeluaran kayu keras di Kota
Marudu. Perladangan hutan secara komersial bermula pada tahun 1974 dengan rancangan
penubuhan seluas 60,000 hektar oleh Syarikat Sabah Softwood Sdn.Bhd (SSSB) di
Brumas, Tawau. Penubuhan SSSB iaitu sebuah syarikat kerjasama antara North Borneo
Timbers Bhd (40% pegangan saham) dan Yayasan Sabah (60% pegangan saham)
bertujuan untuk menghutan semula kawasan-kawasan yang telah dibalak dengan spesis-
spesis yang cepat membesar seperti Pinus Caribaea dan Pinus Oocarpa. Susulan
daripada itu Lembaga Kemajuan Perhutanan Sabah (SAFODA) telah ditubuhkan pada
tahun 1976. Objektif penubuhannya aalah untuk menjalankan kerja-kerja penghutanan
semula seluas 200,000 hektar kawasan terbiar akibat daripada aktiviti pertanian pindah
dengan spesis seperti Acacia Mangium,Yamane,Eucalyptus Deglupta,Pinus Caribaea
dan Pinus Oocarpa. Di bawah Rancangan Malaysia ke Enam (1991 - 1995) Jabatan
Perhutanan Negeri Sabah telah mengenalpasti kawasan seluas 62,000 hektar boleh
ditanami dengan pokok jenis tempatan seperti pokok Sentang dan Exotic.

5. Di Serawak, program pemulihan hutan secara ladang telah bermula semenjak


1920 dengan penubuhan seluas 19 hektar tanamam pokok Engkabang di dalam kawasan
hutan Simpan Semenggoh. Projek tanaman ini kurang mendapat sambutan sehinggalah
pada tahun 1965 satu program yang dinamakan “PROGRAM PENYELIDIKAN
PENGHUTANAN” dilancarkan di dalam Rancangan Malaysia Pertama (1966 - 1970).
Program ini antara lain bertujuan untuk mengenalpasti spesis-spesis tempatan dan Exotic
untuk pembangunan ladang hutan dengan tumpuan menghutan semula kawasan-kawasan
yang ditinggalkan oleh petani-petani pindah. Spesis-spesis yang ditanam termasuklah
Engkabang, Durian,Mahogani,Acacia Mangium,Yamane dan Batai. Program
perladangan hutan secara komersial telah dilancarkan pada tahun 1979 dan diperkembang
luas dalam rancangan Malaysia Ke Empat (1981-1985). Sehingga 1993, Jabatan Hutan
Negeri Serawak telah berjaya menubuhkan seluas 6,613.4 hektar ladang hutan di dalam
kawasan yang ditinggalkan oleh petani pindah dan di beberapa kawasan hutan simpan.

6. Bidang Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). Kejayaan program Silvilkultur di


Malaysia banyak dibantu oleh perkembangan pesat bidang R&D khususnya yang
berkaitan dengan pengurusan,penjagaan dan perawatan hutan. Menyedari hakikat ini
pihak kerajaan telah menubuhkan satu Jawatan Kuasa Penyelaras Penyelidikan dan
Pembangunan Ladang Hutan Malaysia pada 18 November 1988. Jawatan kuasa
tersebut terdiri daripda tenaga-tenaga pakar dan penyelidik dari Jabatan Perhutanan
Semenanjung Malaysia (JPSM), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan
Universiti Pertanian Malaysia kini Universiti Putra Malaysia (UPM). Sebagai institusi
yang berasaskan penyelidikan dan pembangunan hutan, FRIM dan UPM berkerjasa erat
dan bertanggungjawab menjalankan penyelidikan demi menjamin kejayaan program
perladangan hutan terutamanya dalam bidang seperti pengurusan, biakbaik pokok serta
sifat dan penggunaan kayu. Program penyelidikan dan pembangunan akan terus
berkembang dengan bidang-bidang penyelidikan yang sedia ada disamping memberikan
penekanan kepada penyelidikan pemilihan spesis,kesesuaian spesis dengan tapak
tanaman, bekalan stok tanaman,silvilkulture,kajian ekonomik spesis ladang serta kawalan
serangga dan penyakit.

Langkah Kempen dan Pendidikan Alam Sekitar.

1. Pencegahan adalah lebih baik daripada pemulihan. Justeru itu perancangan


untuk menguruskan ekosistem hutan dalam jangka masa panjang mestilah melibatkan
unsure kededaran kepada orang ramai. Untuk menanam unsur kesedaran ini maka
pentingnya diadakan kempen dan pendidikan alam sekitar secara berterusan. Pendidikan
alam sekitar boleh dilaksanakan pada dua peringkat. Pertama peringkat sekolah sebagai
kurikulum formal yang diajar dalam matapelajaran geografi dan juga interdisiplin seperti
dalam matapelajaran sains. Peringkat ke dua ditujukan kepada orang ramai dalam konteks
kempen kesedaran seperti kempen cintailah hutan kita, kempen the green world dan lain-
lain lagi. Selain itu langkah kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar ini juga
dilakukan oleh badan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Pencinta Alam Sekitar
Malaysia dan juga Sahabat Alam Sekitar (SAM). Usaha yang berterusan khususnya
kepada generasi muda diharap akan dapat mewujudkan masyarakat yang boleh hidup
dengan harmoni dengan persekitaran hutan.

2. Dalam konteks kerajaan pula usaha untuk berkerjasama dengan Negara-negara


serantau dan dengan pertubuhan Pertubuhan alam sekitar dunia yang lain sentiasa
dilakukan. Dengan Negara ASEAN, Malaysia turut menyertai Program Alam Sekitar
ASEAN. Selain itu Jabatan Perhutanan juga berkerjasama rapat dengan banyak
pertubuhan antarabangsa. Misalnya Hari Perhutanan Sedunia disambut setiap tahun oleh
Malaysia dengan melaksanakan program menanam pokok-pokok, pameran ceramah dan
sebagainya. Dana sedunia alam semulajadi Malaysia (WWF) mempunyai pejabat dan
wakil-wakilnya di Kuala Lumpur dan Kucing untuk membantu usaha-usaha perancangan
dan pengurusan tumbuh-tumbuhan semulajadi dan hidupan liar dari segi bimbingan,
perkhidmatan teknikal, kewangan dan pendidikan.

Langkah 3 ( Penutup dan Rumusan – 10 Minit)

Guru menyenaraikan isi-isi penting berkaitan dengan soalan yang diberikan di atas

Refleksi.

Di ukur berdasarkan pencapaian hasil pembelajaran dalam gerakerja pelajar.

Rujukan Khusus
1. Rusly Musa dan Nurashikin Abdullah, Teks Pra U Geografi
Manusia STPM, Tema 5 Bab ,14, m.s 423 - 473
Penerbit:Pearson dan Longman, Petaling Jaya, 2005.

Tugasan Pelajar : Latihan Menjawab Soalan

Sila Jawab Semua soalan yang diberikan:

Soalan 1.

Berdasarkan kepada Malaysia,

a) Terangkan langkah-langkah perundangan yang boleh diambil bagi memelihara


dan memulihara alam sekitar fizikal. ( 12 Markah)

b) Cadangkan langkah bukan perundangan yang boleh diambil bagi mengatasi


masalah kemerosotan kualiti sumber udara dan sumber air di Negara itu. (13 Markah)

Soalan 2.

a) Dengan merujuk kepada contoh-contoh tertentu, jelaskan punca-punca utama


yang menyebabkan berlakunya pencemaran dan kemusnahan sumber-sumber marin.
(13 Markah)
b) Huraikan langkah-langkah yang wajar diambil untuk memelihara dan memulihara
sumber-sumber marin ini. ( 12 Markah)

Soalan 3.

a) Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan sumber air yang lestari?. (5 Markah)

b) Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil untuk menjamin sumber air di Malaysia
agar sentiasa bersih dan berterusan. (10 Markah)

c) Jelaskan kesan-kesan pembandaran terhadap sistem hidrologi bandar. (10 Markah)

TEMA 6: KAJIAN LAPANGAN/KAJIAN LUAR GEOGRAFI


KERTAS 2 (Alam Sekitar Manusia).

HASIL PEMBELAJARAN

• Memahami prinsip-prinsip kajian luar seperti menyatakan tajuk dan kawasan kajian
secara mikro (kawasan yang kecil), mengemukakan objektif kajian luar dan
menerangkan kaedah-kaedah yang boleh diguna untuk melakukan kajian luar.
• Menjelaskan kaedah dan langkah yang patut dibuat untuk melaksanakan kajian luar
(sebelum, semasa dan selepas di lapangan)
• Memahami faktor, ciri, kepentingan, kesan terhadap alam sekitar dan langkah
mengatasinya daripada sesuatu kegiatan ekonomi setempat (local activities) terhadap
kawasan yang dikaji sahaja.
• Menjelaskan dapatan kajian terhadap sebuah bandar kecil yang meliputi kepelbagaian
fungsi bandar (perkhidmatan, perniagaan, dan perindustrian),kawasan pengaruh
bandar, perkembangan bandar (guna tanah, prasarana, dan kemudahan sosial) dan
impak pembandaran terhadap alam sekitar fizikal

• Menjelaskan dapatan kajian di sebuah kawasan luar bandar yang meliputi: Interaksi
desa bandar (pemasaran, penggunaan perkhidmatan, dan pengangkutan), pemodenan
desa (perubahan guna tanah, prasarana, dan kemudahan sosial) dan impak
transformasi desa terhadap alam sekitar fizikal

SUBTOPIK DAN HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

SUBTOPIK HURAIAN
15.1 Prosedur melaksanakan kajian Memahami prinsip dan kaedah melaksanakan kajian
luar/lapangan luar/lapangan .
15.2 Tema dan skop kajian. Menjelaskan tema dan skop kajian luar/lapangan
15.2 Kajian luar pembangunan ekonomi Menyediakan laporan dan membincangkan setiap aktiviti
dan impak alam sekitar. ekonomi yang dikaji secara kajian luar daripada segi;
ciri, faktor, kepentingan, kesan ke atas alam sekitar dan
langkah mengatasinya.
15.3 Kajian luar transformasi desa dan Menjelaskan kepelbagaian fungsi desa dan bandar,
pembandaran. perkembangan, pemodenan dan kesan terhadap alam
sekitar.

6.1 PROSEDUR MENJALANKAN KAJIAN LUAR

Pengenalan

1. Kajian luar merupakan salah satu komponen penting dalam Geografi kertas 2
STPM. Kajian luar ini bertujuan untuk membolehkan teori yang dipelajari di dalam bilik
darjah dimantapkan lagi melalui kerja praktikal di lapangan yang akan meningkatkan
lagi pemahaman pelajar tentang aspek alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia yang
saling berkaitan.
2. Langkah-langkah dalam menjalankan kajian luar meliputi beberapa perkara iaitu;
Menentukan tajuk/isu kajian, pemilihan kawasan, membuat tinjauan, menentukan kaedah
kajian, menyediakan peralatan dan bahan kajian,menentukan masa yang sesuai untuk
menjalankan kajian, persiapan logistik, menjalankan kajian di lapangan, memproses dan
menganalisis data, dan menyediakan laporan.

Langkah-langkah menjalankan kajian luar

Menentukan tajuk/isu kajian

Pemilihan tajuk kajian luar bergantung pada kesesuaiannya dengan tempat yang dipilih
seperti yang terkandung dalam sukatan pelajaran. Kajian luar Alam Sekitar Manusia
berdasarkan kepada dua tema iaitu pembangunan ekonomi dan impak alam sekitar
tempatan serta transformasi desa dan pembandaran

Pemilihan lokasi kawasan


1. Kawasan yang hendak dikaji mestilah sesuai dengan tajuk yang dipilih. Pada amnya pemilihan
kawasan kajian mestilah memenuhi syarat berikut
(a) Berskala mikro – seperti di sebuah kampung, sebuah estet, sebuah rancangan FELDA,
sebuah kawasan pertanian,perikanan, perindustrian, sebuah pekan atau sebuah bandar
kecil. Paling luas kawasan kajian yang boleh diterima ialah di sebuah daerah kecil.
(b) Bersifat spesifik dan in-situ – khusus di kawasan yang dikaji sahaja. Bagi setiap satu tajuk
yang dipilih, lokasi kajian luar memadai dengan hanya sebuah kawasan sahaja.

2. Lokasi kawasan kajian yang dipilih hendaklah dirujuk pada peta kawasan
berkenaan dan menepati objektif kajian luar yang didasarkan kepada perkara berikut.

(e) unsur fizikal dan manusia yang terdapat di kawasan tersebut


(f) faktor jarak, kos dan masa
(g) aspek keselamatan
(h) keluasan kawasan kajian

(a) Merangkumi unsur fizikal dan manusia

Kawasan kajian yang dipilih hendaklah merangkumi unsur fizikal dan manusia.
Ini bagi membolehkan pelajar menjalankan kajian yang merangkumi kedua-dua
aspek fizikal dan manusia serentak. Tajuk kajian yang dipilih hendaklah
merangkumi tajuk-tajuk yang telah dipelajari di bilik darjah. Contohnya, pelajar
tingkatan enam rendah boleh menjalankan kajian luar tentang geomorfologi dan
pembangunan ekonomi dan impak alam sekitar.

(b) Faktor jarak, kos dan masa


Faktor jarak, kos dan masa hendaklah juga diambil kira dalam menentukan
pemilihan kawasan kajian. Sekiranya unsur yang hendak dikaji terdapat di
kawasan persekitaran sekolah memadai sekiranya kajian itu dijalankan di
kawasan tersebut. Seboleh mungkin kawasan kajian hendaklah tidak terlalu jauh
dari sekolah yang melibatkan perjalanan masa yang lama serta kos pengangkutan
yang tinggi. Jarak kawasan kajian yang dipilih sebaik-baiknya tidak melebihi 2
jam perjalanan dengan bas.

(c) Aspek keselamatan

Dalam menentukan pemilihan kawasan kajian aspek utama yang perlu ditegaskan
ialah keselamatan. Keselamatan ini meliputi keselamatan dalam perjalanan,
kawasan kajian yang dipilih hendaklah bebas dari sebarang ancaman seperti arus
sungai yang deras, cerun curam, haiwan buas, kawasan berisiko tinggi dan
kawasan larangan.

(d) Keluasan kawasan kajian

Keluasan kawasan kajian yang dipilih hendaklah bersifat mikro yang mempunyai
kedua-dua unsur alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia. Contohnya, kajian
di sebuah kampung, kawasan pertanian, perikanan, perindustrian, pelancongan,
sebuah pekan atau sebuah bandar kecil, daerah kecil, estet, serta rancangan FELDA
atau FELCRA. Kawasan yang dipilih seeloknya hendaklah mempunyai beberapa
ciri fizikal yang boleh dikaji seperti sungai, cerun, pantai, hutan, bukit, paya, tasik
dan stesen kaji cuaca atau kaji iklim.

Menjalankan tinjauan

Sebelum menjalankan kajian luar guru hendaklah terlebih dahulu membuat tinjauan awal
ke kawasan yang hendak dikaji. Tujuannya untuk melihat kesesuaian kawasan kajian
dengan objektif kajian yang hendak dijalankan, menentukan faktor keselamatan, jarak
dan kos perjalanan.

Menentukan kaedah kajian

Di lapangan, data atau maklumat primer diperolehi melalui kaedah pemerhatian, pencerapan,
pengukuran, senarai semak, temu bual dan kaji selidik. Manakala data/maklumat sekunder
boleh diperolehi melalui kajian di perpustakaan, sumber internet, penelitian rekod dan
statistik serta laporan yang sedia ada yang berkaitan di kawasan kajian. Misalnya laporan
dari Jabatan Perangkaan Malaysia, Jabatan Meteorologi, Jabatan Alam Sekitar, dan agensi
awam lain dan swasta.
Memperolehi maklumat Primer dan Sekunder

1. Maklumat primer boleh diperolehi melalui kaedah pemerhatian, temubual


responden menggunakan soalselidik atau tanpa soalselidik, rekod melalui gambar foto
atau video. Melalui pemerhatian, pelajar perlu ada buku catatan untuk mencatat apa yang
perlu. Soalselidik perlu disediakan sebelum ke lapangan dan dibawa secukupnya untuk
menemubual sebilangan responden yang munasabah (30 hingga 40 orang).

2. Soalselidik perlu mengandungi soalan-soalan yang memberi jawapan kepada


tujuan kajian yang telah ditentukan. Tidak perlu panjang, tetapi jangan terlalu ringkas
hingga tidak menjawab soalan kajian. Temubual tanpa soalselidik boleh juga dilakukan,
tetapi pelajar mesti menyediakan soalan secara ringkas sebagai panduan menemubual
responden. Soalan dan jawapan responden penting untuk di analisis.

3. Carian data dan maklumat sekunder ( misalnya dari jabatan kerajaan setempat
dan agensi yang berkaitan) mestilah mendapat pertolongan guru mata pelajaran geografi,
supaya sebelum ke lapangan atau ke kawasan berkenaan, pelajar sudah tahu sedikit
tentang latar belakang kawasan kajian.

4 Pengentahuan sedia ada tentang penduduk, keluasan kawasan, letakan kawasan,


(melalui peta lakar), ciri kegiatan ekonomi yang terdapat dan juga latar belakang fizikal
seperti keadaan bentuk muka bumi/topografi, ciri iklim dan cuaca dan sebagainya perlu
diketahui sebelum ke lapangan.

Menyediakan peralatan dan bahan kajian

1. Peralatan dan bahan kajian yang diperlukan mestilah disediakan lebih awal. Peralatan
ini mestilah disediakan oleh guru dan pelajar sebelum menjalankan kajian luar. Peralatan
yang akan digunakan hendaklah:

(a) mencukupi dan lengkap serta menepati tujuan kajian


(b) berfungsi dengan baik
(c) diperkenal dan didedahkan penggunaannya kepada pelajar

2. Bagi kertas alam sekitar manusia kebanyakan instrumen yang diperlukan adalah
berbentuk borang soal-selidik dan borang temu bual. Borang soal selidik dan borang
temu bual berhubung dengan tajuk kajian hendaklah disediakan oleh guru bersama
pelajar semasa merancang kajian luar. Antara item yang pelu disediakan dalam borang
soal-selidik ialah:

a. Pengenalan diri dan tujuan kajian


b. Arahan soal selidik
c. Setiap borang soal selidik diberi nombor siri
d. Setiap soalan diberi nombor
e. Soalan boleh dalam bentuk terbuka dan tertutup
f. Soalan boleh juga menggunakan skala yang sesuai
g. Latar belakang responden (seperti umur, jantina, kaum, pekerjaan,
pendapatan, saiz isi rumah, dan tempat tinggal)
h. Isu-isu kajian (seperti interaksi desa bandar dan pembandaran: tempat
pemasaran barangan, migrasi, dan tempat mendapatkan barangan dan
perkhidmatan; impak alam sekitar: persepsi tentang masalah alam
sekitar, langkah-langkah mengurangkan masalah alam sekitar)
i. Soalan hendaklah ringkas, jelas dan elakkan daripada isu sensitif
j. Bilangan soalan hendaklah tidak melebihi 15 soalan.
k. Menuliskan ‘Terima kasih’ pada muka surat akhir borang soal
selidik

3. Panduan menyediakan bahan temu bual adalah seperti berikut:

(i) Buku catatan temu bual


(ii) Alat perakam (jika ada/perlu)
(iii) Catatan yang mengandungi soalan temu bual berasaskan isu-isu kajian
seperti kaitan antara pembangunan dengan sumber di kawasan kajian,
kesan kepada kehidupan penduduk di kawasan kajian, kesan kepada
alam sekitar.
4. Selain itu, kajian luar juga boleh menggunakan peralatan berikut.
(i) Kompas prismatik – digunakan untuk menentukan kedudukan dan arah
kawasan/point yang dikaji.
(ii) Peta kawasan – digunakan untuk menentukan lokasi dan membuat peta lakar
sesuatu kawasan kajian.
(iii) Kamera – digunakan untuk merakam gambar sebagai bukti tempat itu dan bahan
sokongan kajian.
(iv) Borang soal-selidik yang telah disediakan sebelum ke lokasi kajian.
(v) Alat GPS (Global Positioning System) – digunakan untuk menentukan letakan,
ketinggian, dan arah
(vi) Alat perakam suara
(vii) Alat tulis – digunakan untuk merekodkan setiap pemerhatian, soal selidik, temu
bual atau pengukuran yang dibuat di lapangan.

Menentukan masa yang sesuai untuk menjalankan kajian

Kajian luar boleh dijalankan pada waktu persekolahan, pada cuti hujung minggu atau
pada cuti penggal persekolahan. Kajian luar bagi pelajar tingkatan enam hendaklah
dijalankan selepas mempelajari topik kegiatan ekonomi dan impak alam sekitar. Ia
hendaklah dijalankan selewat-lewatnya pada bulan Julai. Kajian luar hendaklah
diselesaikan pada hari yang sama.

Langkah-Langkah menjalankan kajian luar


1. Persiapan logistik. Sebelum ke lapangan guru membuat persiapan awal seperti:
(i) Menentukan sistem atau tema kajian, memilih lokasi kajian dan melakukan
tinjauan awal
(ii) Pemilihan tajuk mengikut kumpulan pelajar. Setiap kumpulan diberikan tajuk
yang berlainan supaya semua tajuk dapat dikaji secara kajian luar.
(iii) Pengurusan surat menyurat seperti surat kebenaran penjaga, surat kebenaran
dari sekolah/Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)/Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).
(iv) Menghubungi agensi-agensi yang hendak dikunjungi.
(v) Penyediaan pengangkutan dan guru pengiring,
(vi) Persediaan peralatan dan instrumen yang diperlukan termasuklah borang soal
selidik.
(vii) Taklimat kepada pelajar yang meliputi; tugasan kumpulan, aspek kajian, jumlah
responden yang ingin ditemu bual/soal selidik, taklimat kawalan keselamatan
dan lain-lain yang bersesuaian,
2. Menjalankan aktiviti . Semasa di lapangan pelajar menjalankan pemerhatian,
pencerapan, dan pengukuran terhadap perkara berikut:
• Ciri alam sekitar fizikal dan ciri alam sekitar manusia yang ada di
kawasan kajian.
• Punca yang menyebabkan impak alam sekitar sama ada proses fizikal
atau aktiviti manusia atau kedua-duanya.
• Impak alam sekitar yang dikaji terhadap parameter alam sekitar fizikal
dan kehidupan manusia.
• Langkah yang telah diambil untuk mengurangkan impak alam sekitar.
• Faktor yang mempengaruhi proses fizikal dan aktiviti manusia.
• Kepentingan bentuk muka bumi, fenomena cuaca, dan aktiviti
manusia
• Kepentingan aktiviti ekonomi kepada penduduk sekitar.
• Ciri-ciri aktiviti ekonomi, perkembangan dan masalah semasa yang
dihadapi.

3. Jika pelajar menalankan kaji selidik maka ia perlu menyoal selidik responden
sebagai sampel dengan menggunakan borang soal selidik. Kaedah pemilihan sampel
adalah seperti berikut:
• Sampel boleh dipilih secara rawak atau sistematik daripada
populasi di kawasan kajian.
• Saiz sampel antara 30 hingga 40 responden.
4. Aktiviti bilik darjah atau kerja makmal. Sekembali dari lapangan pelajar perlu
melakukan perkara-perkara berikut:
(i) Menyusun dapatan (data dan maklumat) yang diperoleh mengikut
keutamaan atau mengikut item yang telah dipecahkan dari sesuatu tajuk.
(ii) Memproses maklumat – mentafsir, menganalisis, dan membuat hubung
kait antara dapatan yang diperoleh.
(iii) Mempersembahkan maklumat dan data dalam bentuk jadual, graf, carta,
dan rajah bagi mana item yang relevan dan sesuai.
(iv) Membincangkan dapatan/hasil kajian – menghubungkaitkan dapatan yang
diperoleh dengan teori yang telah dipelajari dalam bilik darjah.
(v) Merumus dan mempersembahkan hasil kajian. Setiap kumpulan mestilah
membentangkan hasil kajian masing-masing.

Menyediakan laporan mengikut format berikut:


Kajian lapangan dilakukan secara berkumpulan tetapi laporannya mesti disediakan secara
individu. Oleh itu satu laporan kajian luar yang lengkap perlu dibuat setelah kembali
daripada kerja di lapangan. Laporan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara yang
berikut.
(a) Pengenalan – Tajuk kajian iaitu penyataan tentang apa yang dikaji.
(b) Tujuan kajian – penyataan tentang objektif kajian dilakukan berkaitan dengan
tajuk kajian yang telah dipilih.
(c) Lokasi kajian – huraian ringkas tentang ciri alam sekitar fizikal dan alam sekitar
manusia yang ada di kawasan kajian dijalankan.
(d) Kaedah kajian – huraian tentang cara kajian dilakukan: pengukuran, pencerapan,
soal-selidik, temu bual, dan pemerhatian
(e) Hasil kajian dan perbincangan – huraian tentang dapatan kajian yang telah
dianalisis; merangkumi punca, proses, dan impak serta membanding,
membezakan dan menilai tentang saling interaksi aspek-aspek fizikal dengan
aktiviti manusia atau sebaliknya. Data tentang hasil kajian boleh dipersembahkan
dalam bentuk jadual, rajah, graf dan peta.
(f) Penutup – rumusan kajian.

Membentangkan laporan mengikut kumpulan di dalam kelas.

Setelah kembali dari lapangan dan setelah siap menyediakan laporan, pelajar akan
membentangkan hasil dapatan kumpulan masing-masing di dalam kelas.

Mempamerkan laporan di dalam kelas

Guru akan mempamerkan laporan kajian luar tersebut di dalam kelas sebagai rujukan
bagi kumpulan yang lain.
Menyimpan laporan kajian luar di Pusat Sumber

Semua laporan kajian luar bagi setiap kumpulan dibukukan dan disimpan di Pusat
Sumber. Ini bertujuan untuk membolehkan pelajar-pelajar membuat rujukan.

6.2 TEMA DAN SKOP KAJIAN LUAR GEOGRAFI ALAM


SEKITAR MANUSIA

1. Kajian luar alam sekitar manusia dikhususkan kepada dua tema utama sahaja iaitu,
(a) Pembangunan ekonomi dan impak alam sekitar tempatan
(b) Transformasi desa dan pembandaran.

2. Pemilihan kedua-dua tema ini dibuat setelah mengambil kira masa, kos, logistik, dan
kesesuaian tema dengan keupayaan dan keperluan pelajar tingkatan enam.

3. Kajian luar berkaitan dengan pembangunan ekonomi dan impak alam sekitar dilakukan
terhadap salah satu aktiviti ekonomi berikut:
(i) Pertanian
(ii) Penternakan
(iii) Perikanan
(iv) Pembalakan
(v) Perlombongan dan kuari
(vi) Perindustrian
(vii) Pengangkutan
(viii) Pelancongan
(ix) Perniagaan

4. Tumpuan dan skop kajian bagi setiap aktiviti ekonomi di atas meliputi perkara
berikut:

(i) Ciri aktiviti ekonomi dalam kawasan yang dipilih


(ii) Faktor mempengaruhi letakan dan perkembangan
(iii) Kepentingan aktiviti tersebut kepada penduduk dan ekonomi setempat
(iv) Impak alam sekitar yang ditimbulkan oleh aktiviti ekonomi yang dikaji
(v) Langkah pengurusan alam sekitar

5. Kajian luar berkaitan dengan transformasi desa dan pembandaran boleh dijalankan
terhadap
(a) Sebuah bandar kecil (anggaran saiz penduduk 10 000 orang) atau pekan yang
meliputi perkara berikut.

(i) Kepelbagaian fungsi bandar (perkhidmatan, perniagaan, dan


perindustrian)
(ii) Kawasan pengaruh bandar
(iii) Perkembangan bandar (guna tanah, prasarana, dan kemudahan sosial)
(iv) Impak pembandaran terhadap alam sekitar fizikal

ATAU

(b) Sebuah kawasan luar bandar yang meliputi perkara berikut

(i) Kepelbagaian aktiviti ekonomi desa yang dipilih,


(ii) Interaksi desa bandar (pemasaran, penggunaan perkhidmatan, dan
pengangkutan)
(iii) Pemodenan desa (perubahan guna tanah, prasarana, dan kemudahan
sosial)
(iv) Impak transformasi desa terhadap alam sekitar fizikal

Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar

a) Pertanian

Pilih satu kawasan kecil (misalnya: rancangan Felda/Felcra/Risda, sebuah perkampungan


atau mukim atau sub-daerah atau daerah kecil. Kawasan yang dipilih mestilah dinamakan
secara spesifik dan lengkap. Kawasan kebun kecil atau estet getah, kelapa sawit, koko,
lada hitam, padi, nenas, pisang, sayur-sayuran, buah-buahan sesuai dipilih terutama yang
berdekatan dengan sekolah atau tempat kediaman pelajar. Dalam jawapan, nama kawasan
dan jenis tanaman mesti disebut.

Dimensi kajian di lapangan.

1. Semasa berada dilapangan maklumat-maklumat mengenai aktiviti pertanian


berikut mestilah dikumpul khususnya melalui pemerhatian dan pencerapan, temubual
serta soal selidik. Antara maklumat yang perlu dikumpul ialah:

i) Ciri aktiviti pertanian seperti; Jenis pertanian yang dijalankan, taburannya (berpusat,
berkelompok atau berselerak), skala operasi (besar atau kecil), pemilikan (individu,
swasta, kerajaan), orientasi pengeluarannya, penggunaan modal (sendiri atau pinjaman),
penggunaan tenaga buruh dan juga ciri teknologi yang digunakan.

ii) Faktor yang mempengaruhi letakan dan perkembangan aktiviti pertanian yang
meliputi faktor fizikal dan kemanusiaan. Faktor fizikal seperti bentuk muka bumi dan
topografi sekitar serta faktor saliran khususnya sungai. Faktor kemanusiaan pula adalah
seperti adanya kemudahan asas yang cukup, penawaran tenaga buruh dari penduduk
sekitar, keupayaan modal, teknologi, adanya jaringan pengangkutan dan perhubungan
dan lain-lain lagi.

iii) Kepentingan aktiviti pertanian kepada penduduk dan ekonomi setempat.


Kepentingan aktiviti pertanian kepada penduduk dan ekonomi sekitar mestilah dikaji
dengan teliti. Item ini boleh diperolehi dengan menggunakan borang soal selidik. Antara
kepentingannya termasuklah menyediakan pekerjaan kepada penduduk yang dapat
meningkatkan pendapatan perkapita dan taraf hidup penduduk setempat,
memperkembangkan rantaian ekonomi yang berkaitan dan mungkin juga menjadi asas
kepada pembangunan infrastruktur dan petempatan.

iv) Impak alam sekitar yang boleh ditimbulkan oleh aktiviti pertanian. Misalnya
pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara dan pencemaran air serta kemerosotan
kualiti alam sekitar seperti hakisan tanah, tanah runtuh, dan tanih tandus, banjir dan
ancaman kepupusan kepelbagaian biologi, kemusnahan habitat dan rantaian makanan.
Kesemua kesan ini mestilah diteliti dan boleh dibuktikan kewujudannya.

v) Langkah pengurusan alam sekitar. Bagi mengatasi kesan negatif di atas, pelajar
boleh memperolehinya dengan cara mengemukakan borang soal selidik atau menemubual
pihak pengurusan ladang, pekerja ladang atau petani/pesawah. Disamping itu pelajar juga
digalakkan untuk berfikir dan mencadangkan langkah-langkah yang sesuai yang meliputi
langkah perundangan, amalan pengurusan yang strategik serta kempen kesedaran dan
pendidikan alam sekitar.

b) Penternakan

Di Malaysia ternakan yang diusahakan secara komersil terdiri daripada lembu, kerbau,
kambing, biri-biri, rusa, burung unta, ayam, itik, arnab, burung puyuh, dan khinzir.
Mungkin tidak sukar untuk mencari kawasan ternakan komersil di sekitar atau tidak jauh
dari sekolah atau tempat kediaman pelajar. Penternakan dijalankan oleh syarikat-syarikat
swasta atau pun oleh individu yang mengusahakan secara sendiri atau mendapat bantuan
dari pihak kerajaan iaitu Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Kaji kawasan, tempat atau
perusahaan sedemikian. Namakan kawasan penternakan dan jenis ternakan yang dikaji
secara spesifik seperti di kawasan estet atau kebun kecil kelapa sawit, atau mana-mana
kawasan yang ada ternakan komersil

Dimensi kajian di lapangan.

1. Kajian boleh difokuskan kepada beberapa aspek penternakan: Misalnya ciri-ciri


penternakan seperti jenis ternakan yang dijalankan, saiz ladang ternakan (bilangan
haiwan), operasi pengeluaran, sumber modal, penggunaan teknologi dan sebagainya.
2. Faktor-faktor yang mempengaruhi aktiviti penternakan di kawasan itu yang
meliputi faktor fizikal dan kemanusiaan seperti bentuk muka bumi/topografi sekitar,
punca/sumber air, bekalan buruh/pekerja, kemudahan pengangkutan, pemasaran dan
pemprosesan hasil ternakan.

3. Kepentingan aktiviti penternakan kepada penduduk dan ekonomi setempat. Item


ini boleh diperolehi dengan menggunakan borang soal selidik. Antara kepentingannya
termasuklah menyediakan pekerjaan kepada penduduk yang dapat meningkatkan
pendapatan perkapita dan taraf hidup penduduk setempat serta memperkembangkan
rantaian ekonomi yang berkaitan

4 Kesan aktiviti penternakan terhadap alam sekitar fizikal seperti pencemaran air
dan bau busuk pandangan masyarakat tempatan terhadap penternakan itu, langkah-
langkah pengurusan alam sekitar yang diambil oleh masyarakat dan pihak berkuasa
tempatan untuk mengurangkan kesan alam sekitar tersebut.

c) Perikanan

1. Aktiviti perikanan terbahagi kepada dua, iaitu perikanan marin/laut dan perikanan
air tawar atau akuakultur. Kawasan perikanan marin/laut banyak terdapat di sepanjang
pantai/pinggir laut negara Malaysia. Untuk memilih salah satu kawasan atau
perkampungan nelayan sebagai kawasan kajian tidak sukar. Banyak yang terkenal seperti
Sedili, Pantai Remis, Pulau Ketam, Kuala Kemaman, dan sebagainya. Kawasan
perikanan yang spesifik inilah perlu dikaji secara mendalam oleh pelajar.

2. Perikanan pinggir pantai dan juga laut dalam giat diusahakan oleh para nelayan
serta syarikat-syarikat tertentu yang berpengkalan di tempat-tempat tersebut. Perikanan
air tawar atau akuakultur pula sedang dimajukan dengan galakan serta bantuan kerajaan.
Akuakultur dijalankan oleh individu secara kecilan dan syarikat secara besar-besaran di
kawasan pinggir pantai yang berpaya bakau, kawasan-kawasan pedalaman berpaya atau
lembah sungai serta di sungai-sungai tertentu. (Sila namakan secara spesifik kawasan
yang dipilih oleh pelajar untuk dikaji secara khusus).

Dimensi kajian di lapangan.

1. Kajian boleh difokuskan kepada beberapa aspek perikanan: Misalnya ciri-ciri


perikanan seperti jenis perikanan yang dijalankan (pinggir pantai, laut dalam atau
akuakultur), skala operasi pengeluaran (kecil atau besar) sumber modal, penggunaan
teknologi dan sebagainya.

2. Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan aktiviti perikanan di kawasan


itu yang meliputi faktor fizikal dan kemanusiaan seperti bentuk muka bumi/topografi
sekitar, bekalan buruh/pekerja, kemudahan pengangkutan, pemasaran dan pemprosesan
hasil perikanan.

3. Kepentingan aktiviti perikanan kepada penduduk dan ekonomi setempat. Item ini
boleh diperolehi dengan menggunakan borang soal selidik. Antara kepentingannya
termasuklah menyediakan pekerjaan kepada penduduk yang dapat meningkatkan
pendapatan perkapita dan taraf hidup penduduk setempat serta memperkembangkan
rantaian ekonomi yang berkaitan termasuk industri hiliran.

4 Kesan aktiviti perikanan terhadap alam sekitar fizikal seperti pencemaran air dan
bau kepupusan sumber termasuk langkah-langkah pengurusan alam sekitar yang diambil
oleh nelayan/pengusaha dan pihak berkuasa tempatan untuk mengurangkan kesan alam
sekitar tersebut.

d) Pembalakan

1. Pembalakan biasanya dijalankan di kawasan/daerah pedalaman yang ada sumber


hutan seperti Lipis, Jerantut, Rompin, Maran, Temerloh, Kubang Pasu, Gerik, Gua
Musang, Hulu Terengganu/Besut/Dungun/Kemaman, Hulu Langat, Hulu Selangor,
Jelebu, Kuala Pilah, Tampin, Segamat, Keluang, Batang Padang dan daerah-daerah di
pedalaman Sabah dan Sarawak.

2. Di dalam daerah-daerah berkenaan, pembalakan diusahakan di lokasi-lokasi atau


tempat-tempat tertentu sahaja. Nama lokasi atau tempat itu penting disebut kerana
pembalakan berlaku bukan di seluruh daerah itu. Justeru itu kawasan pembalakan
mestilah dinamakan secara khusus.

3. Kajian luar di tempat pembalakan sukar dilakukan oleh pelajar kerana mungkin
terlalu jauh di pedalaman, atau kerana merbahaya dari segi perjalanan dan operasi di situ,
atau mungkin tidak dibenarkan masuk. Akan tetapi kajian masih boleh dilakukan di
tempat-tempat tertentu yang berkaitan dengan pembalakan, iaitu di pos-pos renjer hutan
yang memeriksa lori-lori balak, di kilang-kilang papan yang agak besar biasanya terletak
berdekatan dengan kawasan pembalakan, atau di syarikat-syarikat pembalakan yang ada
di bandar atau di pekan berdekatan.

Dimensi kajian di lapangan.

1. Kajian boleh difokuskan kepada beberapa aspek pembalakan: Misalnya jenis


pokok yang dibalak, keluasan kawasan yang terlibat, skala operasi pengeluaran (kecil
atau besar) sumber modal, penggunaan teknologi dan sebagainya.

2. Faktor-faktor yang mempengaruhi aktiviti pembalakan di kawasan itu yang


meliputi faktor fizikal dan kemanusiaan seperti bentuk muka bumi/topografi sekitar,
kebenaran/lesen membalak, konsesi yang diberikan, bekalan buruh/pekerja, kemudahan
pengangkutan, pemasaran dan pemprosesan hasil kayu balak.

3. Kepentingan aktiviti pembalakan kepada penduduk dan ekonomi setempat. Item


ini boleh diperolehi dengan menggunakan borang soal selidik. Antara kepentingannya
termasuklah menyediakan pekerjaan kepada penduduk yang dapat meningkatkan
pendapatan perkapita dan taraf hidup penduduk setempat serta memperkembangkan
rantaian ekonomi yang berkaitan termasuk industri hiliran.

4. Impak alam sekitar yang boleh ditimbulkan oleh aktiviti pembalakan. Misalnya
pencemaran alam sekitar seperti pencemaran air serta kemerosotan kualiti alam sekitar
seperti hakisan tanah, tanah runtuh, dan tanih tandus, banjir dan ancaman kepupusan
kepelbagaian biologi, kemusnahan habitat dan rantaian makanan. Kesemua kesan ini
mestilah diteliti dan boleh dibuktikan kewujudannya.

5. Langkah pengurusan alam sekitar. Bagi mengatasi kesan negatif di atas, pelajar
boleh memperolehinya dengan cara mengemukakan borang soal selidik atau menemubual
pihak pengurusan konsesi balak, jabatan perhutanan dan sebagainya Disamping itu
pelajar juga digalakkan untuk berfikir dan mencadangkan langkah-langkah yang sesuai
yang meliputi langkah perundangan, amalan pengurusan yang strategik serta kempen
kesedaran dan pendidikan alam sekitar.

e) Perlombongan

Di Malaysia, kajian luar terhadap aktiviti perlombongan petroleum dan gas asli sukar
dilakukan kerana lokasi perlombongan ini terletak di laut. Oleh sebab itu kajian luar
boleh dilakukan terhadap aktiviti perlombongan di daratan seperti perlombongan kuari
dan pecah batu, perlombongan bijih timah (kawasan bekas lombong bijih timah),
perlombongan emas, arang batu, tembaga dan sebagainya yang masih ada dan
bersesuaian dengan kawasan setempat yang dikaji. Kawasan perlombongan yang dipilih
mestilah dinyatakan secara spesifik.

Dimensi kajian di lapangan.

1. Semasa berada dilapangan maklumat-maklumat mengenai aktiviti perlombongan


berikut mestilah dikumpul khususnya melalui pemerhatian dan pencerapan. Antara
maklumat yang perlu dikumpul ialah:

i) Ciri aktiviti perlombongan seperti; Jenis perlombongan yang dijalankan,


taburannya (berpusat, berkelompok atau berselerak), skala operasi (besar atau
kecil), pemilikan (individu, swasta, kerajaan), orientasi pengeluarannya,
penggunaan modal (pelaburan asing atau tempatan), penggunaan tenaga buruh
dan juga ciri teknologi yang digunakan.

ii) Faktor yang mempengaruhi letakan dan perkembangan aktiviti


perlombongan yang meliputi faktor fizikal dan kemanusiaan. Faktor fizikal
seperti adanya sumber mineral, bentuk muka bumi dan topografi sekitar, jenis
geologi yang ada dan juga faktor saliran khususnya sungai. Faktor kemanusiaan
pula adalah seperti adanya kemudahan asas yang cukup, penawaran tenaga buruh
dari penduduk sekitar, kemudahan pembandaran yang berdekatan, keupayaan
modal, teknologi, adanya jaringan pengangkutan dan perhubungan dan lain-lain
lagi.

iii) Kepentingan aktiviti perlombongan kepada penduduk dan ekonomi setempat.


Kepentingan aktiviti perlombongan kepada penduduk dan ekonomi sekitar
mestilah dikaji dengan teliti. Item ini boleh diperolehi dengan menggunakan
borang soal selidik. Antara kepentingannya termasuklah menyediakan pekerjaan
kepada penduduk yang dapat meningkatkan pendapatan perkapita dan taraf hidup
penduduk setempat, memperkembangkan rantaian ekonomi yang berkaitan dan
mungkin juga menjadi asas kepada pembangunan infrastruktur dan petempatan
seperti pembangunan bandar.

iv) Impak alam sekitar yang boleh ditimbulkan oleh aktiviti perlombongan.
Misalnya; kemerosotan dan kepupusan sumber mineral, pencemaran alam sekitar
seperti pencemaran udara dan pencemaran air serta kemerosotan kualiti alam
sekitar seperti hakisan tanah, tanah runtuh, dan tanih tandus, banjir dan ancaman
kepupusan kepelbagaian biologi, kemusnahan habitat dan rantaian makanan.
Kesemua kesan ini mestilah diteliti dan boleh dibuktikan kewujudannya.

v) Langkah pengurusan alam sekitar. Bagi mengatasi kesan negatif di atas,


pelajar boleh memperolehinya dengan cara mengemukakan borang soal selidik
atau menemubual pihak pengurusan dan pekerja yang terlibat dengan sektor
perlombongan berkenaan. Disamping itu pelajar juga digalakkan untuk berfikir
dan mencadangkan langkah-langkah yang sesuai yang meliputi langkah
perundangan, amalan pengurusan yang strategik serta kempen kesedaran dan
pendidikan alam sekitar. Sebagai contoh jika kajian dilakukan di kawasan
perlombongan bijih timah pelajar boleh mencadangkan langkah untuk
meningkatkan kebergunaan kawasan lombong dengan cara menebusguna untuk
dijadikan kawasan pertanian, kolam akuakultur atau dibangunkan sebagai
kawasan pelancongan setempat.

f) Perindustrian

1. Kajian luar terhadap aktiviti perindustrian boleh dilakukan terhadap industri


primer dan juga sekunder. Industri primer meliputi kilang memproses seperti kilang
memproses getah dan kelapa sawit, kayu balak, memproses hasil perikanan dan
perlombongan serta industri petrokimia. Industri sekunder pula terdiri daripada pelbagai
jenis industri pembuatan, pemasangan dan juga industri elektrik dan elektronik.
2. Di kawasan-kawasan tertentu industri kecil dan sederhana (IKS) juga boleh dikaji
secara kajian luar. Apa yang penting kawasan industri yang dipilih mestilah dinamakan
secara khusus dan tidak boleh terlalu luas seperti di sebuah negeri atau negara yang
mencerminkan ketidakmampuan pelajar mengkajinya secara kajian luar. Untuk
menjimatkan kos dan masa pelajar boleh mengkaji kawasan industri yang berdekatan
dengan tempat kediaman atau sekolah masing-masing.

Dimensi kajian di lapangan.

Semasa berada di lapangan maklumat-maklumat mengenai aktiviti perindustrian berikut


mestilah dikumpul dengan teliti. Antara maklumat yang perlu dikumpul ialah:

i) Ciri aktiviti perindustrian seperti; Jenis industri yang dijalankan (nyatakan


samada kilang memproses, pembuatan,pemasangan dan lain-lain), lokasi dan
taburannya (di kawasan sumber, di bandar, pinggir bandar, di kawasan FTZ dll),
skala operasi (besar atau kecil), pemilikan (individu, swasta, agensi kerajaan),
orientasi pengeluarannya, penggunaan modal (pelaburan asing atau tempatan),
penggunaan tenaga buruh (berintensif buruh), penggunaan sumber bahan mentah
dan sumber kuasa serta ciri teknologi yang digunakan (industri giat jentera yang
kurang bergantung kepada tenaga buruh). Setiap ciri di atas mestilah dikenalpasti
oleh pelajar semasa berada di lapangan.

ii) Faktor yang mempengaruhi letakan dan perkembangan aktiviti perindustrian


yang meliputi faktor fizikal dan kemanusiaan. Faktor fizikal seperti adanya
sumber bahan mentah dan sumber kuasa, bentuk muka bumi dan topografi sekitar
yang menjadi tapakbina kilang ( seperti kawasan yang selamat dari banjir). Faktor
kemanusiaan pula adalah seperti adanya kemudahan asas yang cukup, polisi
governan mewujudkan kawasan perdagangan bebas (FTZ), penawaran tenaga
buruh dari penduduk sekitar, kemudahan pembandaran yang berdekatan,
keupayaan modal, teknologi, adanya jaringan pengangkutan dan perhubungan dan
lain-lain lagi. Faktor-faktor ini perlulah ditelitikan secara mikro oleh para pelajar.

iii) Kepentingan aktiviti perindustrian kepada penduduk dan ekonomi setempat.


Item ini boleh diperolehi dengan menggunakan borang soal selidik atau kaedah
temubual. Antara kepentingannya termasuklah menyediakan pekerjaan kepada
penduduk yang dapat meningkatkan pendapatan perkapita dan taraf hidup
penduduk setempat, peningkatan kuasa beli dan saiz pasaran, peningkatan jumlah
penduduk akibat migrasi masuk, memperkembangkan rantaian ekonomi yang
berkaitan samada di peringkat huluan dan hiliran, meningkatkan pembangunan
infrastruktur khususnya jaringan pengangkutan dan perhubungan, pembangunan
petempatan dan bandar, pusat-pusat perkhidmatan penduduk dan sebagainya.

iv) Impak alam sekitar yang boleh ditimbulkan oleh aktiviti perindustrian. Impak
alam sekitar boleh dikaji terhadap parameter alam sekitar fizikal dan juga
kehidupan manusia. Kesan negatif terhadap alam sekitar fizikal termasuklah
kemerosotan dan kepupusan sumber alam, pencemaran alam sekitar seperti
pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran bunyi dan bau, pencemaran sisa
toksid yang berbahaya serta kemerosotan kualiti alam sekitar seperti peningkatan
suhu sekitar (pemanasan setempat) dan kemusnahan ekosistem akuatik. Impak
sosial pula termasuklah menjejaskan kesihatan penduduk akibat pencemaran
udara dan air, gangguan bunyi bising, gangguan kepada aktiviti sosial dan
ekonomi yang lain. Item impak ini mestilah dikaji dengan teliti dan boleh
dibuktikan secara lokaliti.

v) Langkah pengurusan alam sekitar. Bagi mengatasi kesan negatif di atas,


pelajar boleh memperolehinya dengan cara mengemukakan borang soal selidik
atau menemubual pihak pengurusan dan pekerja kilang. Disamping itu pelajar
juga digalakkan untuk berfikir dan mencadangkan langkah-langkah yang sesuai
yang meliputi langkah perundangan, amalan pengurusan yang strategik serta
kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar. Apa yang penting setiap langkah
yang dicadangkan mestilah logik, relevan dan sesuai dengan persekitaran yang
dikaji.

g) Pengangkutan

1. Kajian luar terhadap aktiviti pengangkutan boleh dilakukan terhadap jenis dan
rangkaian pengangkutan. Misalnya pengangkutan darat (keretapi, bas, teksi, LRT, ERL,
Komuter), pengangkutan air (kapal, feri, bot) dan pengangkutan udara (kapalterbang).
Justeru itu kawasan kajian boleh terdiri daripada sebuah stesyen (misalnya stesyen
keretapi, bas, teksi, LRT, ERL, Komuter) atau sebuah pelabuhan/pengkalan dan juga
sebuah lapangan terbang.

2. Selain itu kajian juga boleh dilakukan terhadap jaringan pengangkutan seperti
lebuh raya dan jalan raya, laluan keretapi, LRT, ERL, Komuter dan sebagainya yang
bersesuaian dengan objektif kajian pelajar.

Dimensi kajian di lapangan.

Semasa berada di lapangan maklumat-maklumat mengenai aktiviti pengangkutan berikut


mestilah dikumpul dengan teliti. Antara maklumat yang perlu dikumpul ialah:

i) Ciri aktiviti pengangkutan seperti; Jenis pengangkutan yang dijalankan


(keretapi, Komuter, LRT, ERL, Bas, Teksi, Feri, Kapalterbang dan lain-lain),
jaringan pengangkutan – lebuh raya, jalan raya, jalan keretapi dan sebagainya
(dari mana dan ke mana), skala operasi (besar atau kecil), mod dan isipadu
pengangkutan mengikut masa, ciri pemilikan (individu, swasta, agensi kerajaan),
penggunaan modal (pelaburan asing atau tempatan), penggunaan tenaga buruh
(berintensif buruh), penggunaan sumber kuasa serta ciri teknologi yang
digunakan. Setiap ciri di atas mestilah dikenalpasti oleh pelajar semasa berada di
lapangan.
ii) Faktor yang mempengaruhi letakan dan perkembangan aktiviti pengangkutan
yang meliputi faktor fizikal dan kemanusiaan. Faktor fizikal seperti bentuk muka
bumi dan topografi sekitar yang menjadi tapakbina jaringan pengangkutan
( kawasan tanah rata, lereng bukit, tanah tinggi, kawasan yang selamat dari banjir
dan sebagainya). Faktor kemanusiaan pula adalah seperti polisi governan untuk
mengurangkan kesesakan, mempercepatkan pembangunan di sesebuah kawasan,
meningkatkan ketersampaian serta mempercepatkan perjalanan. Selain itu untuk
memenuhi permintaan dari pengguna yang tinggi, faktor keupayaan modal,
teknologi, dan lain-lain lagi. Faktor-faktor ini perlulah ditelitikan secara mikro
oleh para pelajar.

iii) Kepentingan aktiviti pengangkutan kepada penduduk dan ekonomi setempat.


Item ini boleh diperolehi dengan menggunakan borang soal selidik atau kaedah
temubual. Antara kepentingannya termasuklah menyediakan pekerjaan kepada
penduduk setempat seperti di plaza tol, mengatasi kesesakan, meningkatkan
ketersampaian, mempercepatkan masa perjalanan, menjana pembangunan
ekonomi setempat (nyatakan jenis kegiatan ekonomi yang berkembang misalnya
perniagaan makanan, kraf tangan, buahan dll), mengurangkan pencemaran udara
dan pencemaran bunyi, mendorong kepada pembangunan infrastruktur yang lain
seperti kemudahan perhubungan, pembangunan petempatan dan bandar dan lain-
lain lagi. Kesemua item di atas mestilah dibuktikan secara lokaliti.

iv) Impak alam sekitar yang boleh ditimbulkan oleh aktiviti pengangkutan.
Impak alam sekitar boleh dikaji terhadap parameter alam sekitar fizikal dan juga
kehidupan manusia. Kesan terhadap alam sekitar fizikal termasuklah perubahan
landskap fizikal seperti landskap fizikal bandar akibat pembinaan laluan LRT,
kesan pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara dan bunyi, kemerosotan
kualiti alam sekitar seperti peningkatan suhu sekitar (pemanasan setempat). Jika
sistem lebuh raya dikaji mungkin terdapat kesan-kesan seperti hakisan tanih,
tanah runtuh/tanah mendap. Impak sosial pula termasuklah menjejaskan kesihatan
penduduk akibat pencemaran udara, gangguan bunyi bising serta resiko
kemalangan. Item impak ini juga mestilah dikaji dengan teliti dan boleh
dibuktikan secara lokaliti.

v) Langkah pengurusan alam sekitar. Bagi mengatasi kesan negatif di atas,


pelajar boleh memperolehinya dengan cara mengemukakan borang soal selidik
atau menemubual pihak berkuasa tempatan, pengurusan dan pekerja. . Disamping
itu pelajar juga digalakkan untuk berfikir dan mencadangkan langkah-langkah
yang sesuai yang meliputi langkah perundangan, amalan pengurusan yang
strategik serta kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar. Apa yang penting
setiap langkah yang dicadangkan mestilah logik, relevan dan sesuai dengan
persekitaran yang dikaji.
h) Pelancongan.

1. Kajian luar terhadap aktiviti pelancongan boleh dilakukan di sebuah kawasan


yang kecil seperti sebuah pulau, kawasan pantai, kawasan tanah tinggi, kawasan hutan
lipur, kawasan jeram dan air terjun atau mana-mana sebuah kawasan yang sesuai yang
mampu dikaji secara kajian luar.

2. Untuk menjimatkan kos dan masa, pelajar boleh mengkaji kawasan pelancongan
yang berdekatan dengan tempat kediaman, sekolah atau daerah masing-masing. Namun
begitu lokasi kajian luar boleh melampaui sempadan daerah atau negeri bergantung
kepada kebijaksanaan guru yang mengendalikannya. Sebagai contoh lokasi kajian luar
boleh diselaraskan dengan destinasi program lawatan sambil belajar yang seringkali
diadakan oleh pihak sekolah.

Dimensi kajian di lapangan.

Semasa berada di lapangan maklumat-maklumat mengenai aktiviti pelancongan berikut


mestilah dikumpul dengan teliti. Antara maklumat yang perlu dikumpul ialah:

i) Ciri aktiviti pelancongan seperti; Jenis aktiviti pelancongan yang dijalankan


(nyatakan samada pelancongan pantai, air, tanah tinggi, hutan lipur dll), ciri lokasi
dan daya tarikan pelancongan yang terdapat (ciri fizikal dan buatan manusia),
produk pelancongan yang disediakan, skala operasi (besar atau kecil), pemilikan
(individu, swasta, agensi kerajaan), penggunaan modal (pelaburan asing atau
tempatan), penggunaan tenaga kerja dan sebagainya.

ii) Faktor yang mempengaruhi letakan dan perkembangan aktiviti


pelancongan yang meliputi faktor tarikan fizikal dan kemanusiaan. Faktor fizikal
atau tarikan semulajadi seperti (pantai berair jernih, kewujudan batu karang dan
taman-taman laut/maritim di sekitarnya. Ciri tarikan semulajadi di kawasan tanah
tinggi seperti pemandangan yang cantik, suhu yang sejuk dll. Ciri tarikan hutan
seperti hutan lipur dan hutan bakau. Adanya kepelbagaian jenis fauna dan flora,
udara yang nyaman, segar dan lain-lain tarikan fizikal yang khusus yang ada di
kawasan kajian seperti adanya gua batu kapur, jeram dan air terjun, sungai, tasik
semulajadi – sila nyatakan secara terperinci) Faktor kemanusiaan pula adalah
seperti adanya kemudahan asas pelancongan yang lengkap. Misalnya kemudahan
pengangkutan dan perhubungan, kemudahan penginapan -hotel, resort dan chalet
serta kemudahan reakreasi untuk pelancong. keupayaan modal, teknologi, dan
lain-lain lagi. Faktor-faktor ini perlulah ditelitikan secara mikro oleh para pelajar.

iii) Kepentingan aktiviti pelancongan kepada penduduk dan ekonomi


setempat. Antara kepentingan/sumbangan yang boleh dikaji ialah seperti
menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat – mengurangkan
pengganguran, meingkatkan pendapatan dan taraf hidup penduduk.
Menggalakkan pertumbuhan/perkembangan ekonomi yang berkaitan seperti
perniagaan kraf tangan, perniagaan makanan, pengangkutan dan telekomunikasi
Membangunkan kawasan mundur – pembangunan sumber alam lebih cepat,
menukarkan struktur ekonomi setempat dan menggalakkan pertumbuhan pusat-
pusat ekonomi yang baru. Sumbangan sektor pelancongan terhadap kawasan
sekitar boleh diperolehi melalui aktiviti pemerhatian, temubual dan kaji selidik.

iv) Impak alam sekitar yang boleh ditimbulkan oleh aktiviti pelancongan.
Impak alam sekitar boleh dikaji terhadap parameter alam sekitar fizikal dan juga
kehidupan manusia. Kesan negatif terhadap alam sekitar fizikal termasuklah
kesan hakisan di kawasan tanah tinggi dan pantai akibat pembinaan hotel, resort,
padang golf, jalan pengangkutan dll . Kesan pencemaran air – seperti air laut,
sungai dan tasik akibat penyaliran sisa kumbahan dari hotel dan resort atau sisa
makanan dari restoran dan gerai.Gangguan kepada ekosistem daratan akibat
pemusnahan hutan untuk dibina hotel/resort dan padang golf serta ekosistem
akuatik kesan pencemaran air laut, sungai dan tasik. Kesan pencemaran
persekitaran seperti sampah sarap, sisa makanan di kawasan perkelahan pantai
dan hutan lipur yang membawa kepada pencemaran bau. Kesan perubahan iklim
mikro khususnya suhu di kawasan tanah tinggi. Fenomena pemanasan setempat.
Kawasan tanah tinggi tidak sesejuk sebelumnya akibat pemusnahan hutan secara
berleluasa untuk dibina pusat-pusat pelancongan. Selain itu masalah pencemaran
budaya setempat juga boleh dikenalpasti melalui pemerhatian dalam kajian luar
ini. Misalnya penyerapan budaya kuning /budaya barat terhadap sosio-budaya
tempatan yang mengubah cara berpakaian dan pergaulan penduduk setempat.

v) Langkah pengurusan alam sekitar. Bagi mengatasi kesan negatif di atas,


pelajar boleh memperolehinya dengan cara mengemukakan borang soal selidik
atau menemubual para pelancong tempatan dan luar negara. Disamping itu pelajar
juga digalakkan untuk berfikir dan mencadangkan langkah-langkah yang sesuai
yang meliputi langkah perundangan, amalan pengurusan yang strategik serta
kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar. Apa yang penting setiap langkah
yang dicadangkan mestilah logik, relevan dan sesuai dengan persekitaran yang
dikaji.

i) Perniagaan

Kajian luar terhadap aktiviti perniagaan boleh dilakukan terhadap sebuah kawasan yang
kecil dan khusus sifatnya di sebuah pekan, sebuah bandar kecil atau sebuah kawasan
perniagaan tertentu di sebuah bandar besar Untuk menjimatkan kos dan masa pelajar
boleh mengkaji kawasan perniagaan di pekan atau bandar yang berdekatan dengan
tempat kediaman atau daerah masing-masing.

Dimensi kajian di lapangan.


Semasa berada di lapangan maklumat-maklumat mengenai aktiviti perniagaan berikut
mestilah dikumpul dengan teliti. Antara maklumat yang perlu dikumpul ialah:

i) Ciri aktiviti perniagaan seperti; Jenis perniagaan yang dijalankan (


Perniagaan borong, runcit, perniagaan makanan, perniagaan perkhidmatan dsb).
Skala operasi perniagaan: (skala kecil, sederhana atau besar-besaran). Pemilikan
dan pengurusan (individu, keluarga atau syarikat/usahsama). Ciri modal yang
digunakan – keupayaan modal kecil atau besar, modal sendiri atau pinjaman
bank, dana kerajaan misalnya di bawah skim kredit mikro dll. Ciri buruh/pekerja
– penggunaan tenaga buruh/tenaga kerja asing atau tempatan, terlatih atau tidak
terlatih, kontrak atau tetap, gaji/upah buruh dll. Orientasi pasaran – kepada
penduduk sekitar atau luar kawasan/luar bandar, ke bandar lain, daerah lain dsb.
Penggunaan bahan mentah/barangan perniagaan – dari kawasan sekitar atau
diambil dari luar.

ii) Faktor yang mempengaruhi letakan dan perkembangan aktiviti perniagaan


yang meliputi faktor fizikal dan kemanusiaan. Faktor fizikal seperti adanya
sumber bahan mentah yang diniagakan, bentuk muka bumi dan topografi sekitar
yang menjadi tapakbina kedai/ruang niaga ( seperti kawasan yang selamat dari
banjir). Faktor kemanusiaan pula adalah seperti adanya kemudahan asas yang
cukup, faktor pasaran – adanya permintaan dari penduduk sekitar, penawaran
tenaga kerja, kemudahan pembandaran yang berdekatan dan juga keupayaan
modal. Faktor-faktor ini perlulah ditelitikan secara mikro oleh para pelajar.

iii) Kepentingan aktiviti periniagaan kepada penduduk dan ekonomi setempat.


Item ini boleh diperolehi dengan menggunakan borang soal selidik atau kaedah
temubual. Antara kepentingannya termasuklah menyediakan pekerjaan kepada
penduduk, peningkatan kuasa beli dan saiz pasaran setempat,
memperkembangkan rantaian ekonomi yang berkaitan, meningkatkan
pembangunan infrastruktur khususnya jaringan pengangkutan dan perhubungan,
pembangunan petempatan dan bandar, pusat-pusat perkhidmatan penduduk dan
sebagainya yang berkaitan dengan perniagaan.

iv) Impak alam sekitar yang boleh ditimbulkan oleh aktiviti perniagaan. Impak
alam sekitar boleh dikaji terhadap persekitaran sekitar fizikal dan juga kehidupan
manusia. Kesan negatif terhadap persekitaran sekitar fizikal ialah pencemaran
persekitaran seperti – pencemaran sampah sarap, sisa pepejal dan pencemaran
bau. Pencemaran air – pencemaran sungai, longkang, parit, dan takungan air yang
lain. Selain itu status kebersihan di premis-premis perniagaan juga boleh
diperhatikan khususnya premis perniagaan makanan seperti gerai dan restoran.
Impak ke atas manusia pula ialah menjejaskan kesihatan/menimbulkan pelbagai
penyakit seperti taun, kepialu yang berpunca daripada premis perniagaan yang
kotor. Item impak ini mestilah dikaji dengan teliti dan boleh dibuktikan secara
lokaliti.

v) Langkah pengurusan alam sekitar. Bagi mengatasi kesan negatif di atas, pelajar
boleh memperolehinya dengan cara mengemukakan borang soal selidik atau
menemubual pihak pengusaha premis perniagaan,pekerja,pelanggan dan dan juga
pihak berkuasa tempatan. Disamping itu pelajar juga digalakkan untuk berfikir
dan mencadangkan langkah-langkah yang sesuai yang meliputi langkah
perundangan, amalan pengurusan yang strategik serta kempen kesedaran dan
pendidikan alam sekitar.

Transformasi Desa dan Pembandaran

Pengenalan

1. Secara keseluruhannya kajian luar tentang transformasi desa dan pembandaran ini
telah ditetapkan supaya ditumpukan kepada dua isu. Pertama, isu transformasi desa
yang meliputi perubahan berbagai-bagai aktiviti ekonomi desa, misalnya daripada
pertanian dan perikanan kepada perindustrian dan perkhidmatan; interaksi desa-bandar
melalui aktiviti pemasaran hasil keluaran desa dan penggunaan barangan atau
perkhidmatan bandar yang berdekatan, juga melalui pengangkutan barangan, penumpang
atau maklumat; dan pemodenan desa melalui pembangunan tanah, penyediaan prasarana
dan kemudahan sosial; dan akhirnya impak perubahan desa tersebut terhadap alam sekitar
fizikal.

2. Kedua, isu yang berkaitan dengan pembandaran. Ini meliputi perubahan


berbagai-bagai fungsi dan peranan bandar misalnya daripada pertanian dan
perlombongan kepada perindustrian dan perkhidmatan; perubahan kawasan pengaruh
perkhidmatan bandar; perkembangan bandar seperti yang boleh diperhatikan berdasarkan
perubahan guna tanah, penyediaan prasarana dan kemudahan sosial; dan akhirnya impak
pembandaran terhadap alam sekitar fizikal.

Menentukan Tujuan/Objektif Kajian


Berdasarkan kedua-dua isu iaitu transformasi desa dan pembandaran, pelajar boleh
merangka tujuan kajian. Hal ini boleh dinyatakan, seperti berikut:
Isu Transformasi Desa:
1. Pelajar sepatutnya menentukan bahawa kajian luar ini bertujuan untuk mengesan
atau mengenal pasti, menjelaskan, mengemukakan, menunjukkan bukti-bukti dsb.
perubahan yang berlaku di kawasan kajian.
2. Kawasan kajian dipilih oleh pelajar dan mestilah dinyatakan dengan jelas nama
dan letakannya. Skala dan unit kawasan kajian telah ditentukan dalam sukatan pelajaran
iaitu sebuah kampung (desa) atau ladang, Rancangan Tanah FELDA, FELCRA, RISDA,
mukim dan lazimnya tidak boleh lebih daripada sebuah daerah kecil. Ini kerana secara
logistiknya, kawasan yang lebih besar memerlukan masa dan belanja yang besar untuk
dikaji. Ini tidak mungkin dilakukan oleh pelajar Tingkatan Enam.
Isu Pembandaran:
1. Pelajar perlu menyatakan bahawa kajian luar ini bertujuan untuk memeriksa (atau
mengenal pasti, menjelaskan, menunjukkan bukti-bukti dsb.) perubahan yang berlaku
di bandar yang dikaji.

2. Kawasan kajian yang dipilih oleh pelajar mestilah dinyatakan dengan spesifik
nama dan letakannya. Bagaimanapun, unit dan skala kawasan kajian telah ditetapkan
dalam sukatan pelajaran iaitu sebuah bandar kecil (atau pekan, pusat mukim atau daerah
kecil yang penduduknya seramai kira-kira 10,000 orang.

3. Pelajar sepatutnya tidak memilih bandar yang besar (misalnya melebihi 30,000
orang) kerana bandar yang besar memerlukan masa dan perbelanjaan yang besar untuk
dikaji. Ini tidak sesuai kepada pelajar Tingkatan Enam. Saiz penduduk sesebuah bandar
boleh disemak berdasarkan Laporan Banci Penduduk dan Perumahan, Pihak Berkuasa
Tempatan. Atau boleh juga mendapatkan maklumat dengan mengunjungi pejabat Majlis
Daerah di mana bandar itu terletak

Dimensi Kajian di Lapangan


1. Persoalan atau isu yang hendak dikaji selidik ialah perubahan. Bagi tema
transformasi desa, perkara yang hendak dikaji adalah : “corak perubahan yang penting
(signifikan) dan menarik untuk diketahui”. Jadi pelajar boleh bertanya kepada diri sendiri
‘apakah corak perubahan tersebut? (daripada segi aktiviti ekonomi, interaksi desa-
bandar, pembangunan dan pemodenan guna tanah, penyediaan kemudahan prasarana dan
kemudahan komuniti, juga impak persekitaran fizikal); juga bagaimanakah perubahan
itu boleh berlaku dan apakah faktor-faktor yang mempengaruhinya’.

2. Bagi tema pembandaran (bandar kecil) pula persoalan yang hendak diperiksa
adalah “apakah corak pembandaran (perubahan menjadi bandar) yang telah atau
sedang berlaku di bandar kecil tersebut”. Perubahan dilihat daripada segi fungsi dan
peranan bandar kecil, kawasan pengaruh, perkembangan guna tanah dan impak
persekitaran fizikal, yang menarik dan penting di samping itu juga apakah faktor-faktor
yang mempengaruhinya.

Kaedah/Metodologi Kajian
1. Kaedah kajian melibatkan cara atau teknik yang diguna untuk mengumpul
maklumat, menyusun, meringkas, menganalisis data dan melaporkan hasil kajian.
Berdasarkan jenis maklumat yang hendak dikumpul, maka pelajar disarankan
menggunakan kaedah berkut:

Pengumpulan maklumat Primer

a) Maklumat primer boleh diperolehi melalui kaedah pemerhatian, temubual


responden menggunakan soalselidik atau tanpa soalselidik, rekod melalui gambar foto
atau video. Melalui pemerhatian, pelajar perlu ada buku catatan untuk mencatat apa yang
perlu. Soalselidik perlu disediakan sebelum ke lapangan dan dibawa secukupnya untuk
menemubual sebilangan responden yang munasabah (30 hingga 40 orang).

b) Soalselidik perlu mengandungi soalan-soalan yang memberi jawapan kepada


tujuan kajian yang telah ditentukan. Tidak perlu panjang, tetapi jangan terlalu ringkas
hingga tidak menjawab soalan kajian. Temubual tanpa soalselidik boleh juga dilakukan,
tetapi pelajar mesti menyediakan soalan secara ringkas sebagai panduan menemubual
responden. Soalan dan jawapan responden penting untuk di analisis.

Pengumpulan maklumat Sekunder

a) Maklumat sekunder boleh diperolehi dari kajian di perpustakaan, sumber internet,


laporan dan rekod ( misalnya dari jabatan kerajaan setempat dan agensi swasta yang
berkaitan). Namun begitu ia mestilah mendapat pertolongan guru mata pelajaran geografi
untuk mendapat kebenaran pegawai yang terbabit.

b) Hal ini supaya sebelum ke lapangan pelajar sudah tahu sedikit tentang latar
belakang kawasan kajian. Pengentahuan sedia ada tentang penduduk, keluasan kawasan,
letakan kawasan, (melalui peta lakar), ciri kegiatan ekonomi yang terdapat dan juga latar
belakang fizikal seperti keadaan bentuk muka bumi/topografi, ciri iklim dan cuaca dan
sebagainya perlu diketahui sebelum ke lapangan.

2. Sebelum menentukan kaedah, kita perlu mengenal pasti penunjuk atau disebut
juga sebagai pemboleh ubah tentang isu yang hendak diikaji tadi. Penunjuk yang
digunakan dapat membantu pelajar mengenal pasti jenis maklumat dan seterusnya data
yang perlu dikumpulkan. Dalam kajian tentang transformasi desa penunjuk dan
seterusnya maklumat berikut perlu dikumpulkan. Lihat jadual 1 di sebelah:

Jadual 1: Penunjuk, maklumat dan contoh data yang perlu diperolehi bagi tema transformasi desa

Penunjuk Contoh Maklumat yang Contoh data


Penunjuk diperlukan
Perubahan Aktiviti ekonomi 1. Fungsi desa 1. 40% pekebun
ekonomi 2. Pekerjaan penduduk kecil
3. Guna tanah utama 2. 30% peniaga
3. 100 hektar.
Kebun kecil
getah/kelapa sawit
Perubahan 1. C 1. Cara ke bandar 1. Naik bas/kereta
interaksi orak pengangkutan 2. Tempat membeli belah 2. 5 kali seminggu ke
2. P 3. Tempat guna bandar
enggunaan kemudahan sosial 3.Tempat anak bersekolah
perkhidmatan
Pemodenan 1. Kemudahan 1. Jenis jalan raya 1. 15 km Jalan berturap
infrastruktur dan kesihatan 2. Kelinik kesihatan 2. Ada Pusat kesihatan.
kemudahan sosial 2. Jalan raya 3. Jenis telekomunikasi 3. Kemudahan internet.
3. Telekomunikasi yang disediakan
Perubahan sosial Peningkatan taraf Pencapaian pendidikan di 80% isi rumah tamat
penduduk hidup (pendidikan) kalangan penduduk Tingkatan 5
Perubahan Peningkatan kadar 1. Pencemaran air 1. Contoh longkang
persekitaran fizikal pencemaran 2. Pencemaran udara berair yang
tercemar
2. Contoh tempat
berdebu

3. Manakala bagi mengkaji tema pembandaran bandar kecil pula, penunjuk dan
maklumat yang berikut perlu dikumpulkan . Lihat Jadual 2 di sebelah.

Jadual 2. Penunjuk, maklumat dan contoh data yang perlu dikumpulkan


berkaitan dengan tema pembandaran (bandar kecil)

Penunjuk Contoh Maklumat yang Contoh data


Penunjuk diperlukan
Pembandaran Penduduk bandar Bilangan penduduk bandar Tahun 2000 - 12,500 orang
Fungsi bandar Aktiviti ekonomi spt. 1. Bilangan kedai ikut 1. 40 kedai runcit
- pern jenis 2. 3 kilang pembuatan
iagaan 2. Bilangan kilang 3. Ada stesen/
- peri 3. Stesen bas dan perkhidmatan bas
ndustrian kekerapan perkhidmatan 4. 3 buah hotel 3 bintang
- pela bas 5. 1 Pusat peranginan
ncongan 4. Bilangan hotel &
- perk pusat pelancongan
hidmatan awam
- pen
gangkutan
Pengaruh bandar 1. Tempat beli 1. Tempat tinggal pembeli % pengguna daripada
pelbagai jenis barangan jumlah pembeli yang
barangan 2. Tempat tinggal datang dari tempat sekitar
2. Tempat dapatkan pengguna perkhidmatan bandar yang dikaji
rawatan
Perkembangan 1. Guna tanah 1. Keluasan guna tanah 1. Komersil 1.3 hektar
bandar bandar bandar 2. Perumahan 5 hektar
2. Kemudahan 2. Bilangan 3. Jalan raya 19 km
prasarana dan kemudahan sosial moden
sosial ikut jenis

Perubahan Peningkatan kadar 1. Pencemaran air 1. Contoh longkang berair


persekitaran fizikal pencemaran 2. Pencemaran udara yang tercemar
3. Perncemaran 2. Contoh tempat berdebu
sampah dan bau
4. Setelah mengenal pasti penunjuk yang boleh digunakan dan menentukan maklumat serta
jenis data yang hendak dikumpulkan, pelajar boleh memilih kaedah kajian yang sesuai. Semua
maklumat lazimnya boleh dikumpulkan sama ada di perpustakaan, pejabat atau lapangan.
Misalnya bagi mendapatkan maklumat asas tentang keadaan kawasan kajian, pelajar boleh
menanyakan ketua kampung, penghulu atau ketua kampung yang dikaji. Kaedah ini dikenali
sebagai temu bual .

5. Bagi mengumpulkan data tentang jumlah penduduk dan guna tanah bandar, pelajar perlu
pergi ke perpustakaan dan membuat rujukan kepada peta (jika ada) dan Laporan Banci Penduduk
dan Perumahan tahun terkini. Atau mengunjungi Pejabat Penghulu atau Pejabat Daerah/Majlis
Daerah yang berkenaan. Kaedah ini dinamakan sebagai rujukan data sekunder.

6. Sementara bagi mengumpulkan maklumat tentang fungsi desa dan bandar, pelajar perlu
melakukan pemerhatian atau cerapan. Pemerhatian melibatkan aktiviti membuat catatan atau
semakan senarai (senarai yang hendak dibanci disediakan sebelum turun ke lapangan) di
lapangan. Kaedah ini memerlukan pelajar menghitung ruang niaga (kedai, pejabat atau bengkel)
serta aktiviti perniagaan atau perkhidmatan lain yang dijalankan dari satu jalan ke satu jalan yang
lain sehingga seluruh kawasan perniagaan dan perkhidmatan dicerap. Fotograf boleh dirakam
untuk merekodkan perkara yang menarik dan perlu huraian lanjut.

7. Manakala data tentang kawasan pengaruh bandar dan interaksi desa-bandar pula perlu
dikumpulkan melalui kaedah kaji selidik menggunakan soal selidik yang telah disediakan
sebelum turun ke lapangan. Kaji selidik dilakukan menggunakan borang soal selidik ringkas yang
dibentuk secara berstruktur. Panjang soal selidik adalah kira-kira dua muka surat.

8. Soalan yang yang dikemukakan termasuklah latar belakang isi rumah yang dikaji
(umumnya digelar responden) dan penunjuk (pemboleh ubah) yang hendak dikaji, dalam kes ini
kawasan pengaruh bandar, dalam bentuk soalan pendek sama ada secara tertutup (pilihan jawapan
disediakan - misalnya bagi soalan tentang tempat tinggal, kenderaan yang dimiliki dan jenis
barangan yang dibeli) atau secara terbuka (misalnya soalan tentang umur, pendapatan dan saiz
keluarga). Bagi kajian tentang kawasan pengaruh bandar pelajar perlu menanyakan dari mana
mereka datang dan senaraikan barangan yang mereka beli dan perkhidmatan yang mereka
gunakan.

9. Bagi mengkaji interaksi desa-bandar pula data perlu dikumpulkan dari sebuah kampung
tertentu yang dipilih. Selain soalan tentang latar belakang isi rumah, soalan lain yang ditanyakan,
sama ada secara tertutup atau terbuka, meliputi tempat-tempat yang dikunjungi oleh responden,
jenis barangan yang dibeli atau perkhidmatan yang digunakan dan cara ke tempat membeli
belah/guna perkhidmatan.

10. Sampel lazimnya dipetik secara rawak (random) atau sistematik asalkan tidak memihak
kepada sesiapa sehingga semua isi rumah atau pengguna/responden di pusat perniagaan atau
kampung yang dipilih berpeluang untuk dikaji. Misalnya jika dipilih secara sistematik sampel
dipilih satu bagi setiap lima (5) orang pengguna yang datang berkunjung ke suatu
perkhidmatan/barangan (kedai/klinik/pejabat pos/sekolah dsb.) di bandar yang dikaji dalam
tempoh tertentu. Atau jika di kampung, sampel yang dipilih satu daripada lima (5) buah rumah
yang terdapat di kampung berkenaan.

11. Jumlah sampel adalah berbeza dari satu kajian ke suatu kajian yang lain. Lazimnya pada
peringkat STPM 30 - 40 sampel adalah memadai bagi mewakili pengguna atau isi rumah
kampung yang jumlahnya boleh dianggarkan (jumlah penduduk bandar dan kawasan sekitarnya
atau kampung yang dikaji digelar populasi).

12. Setelah data dikutip di lapangan, pelajar perlu meringkaskannya dengan membentuk
jadual tertentu mengikut keperluan tujuan kajian. Mesin kira atau komputer boleh digunakan
untuk memudahkan kerja-kerja pengiraan. Statistik mudah seperti peratus dan purata selain graf
dan carta pai boleh dihasilkan. Peta lakar juga perlu dibuat untuk menunjukkan letakan kawasan
kajian atau taburan fenomena yang dikaji.

13. Setelah data dianalisa proses menulis laporan boleh dimulakan. Panjang laporan kira-kira
10 halaman. Tiada format laporan tertentu yang boleh digunakan untuk semua kajian. Lazimnya
tajuk-tajuk kecil boleh diigunakan untuk memudahkan penulisan laporan, dimulakan dengan
pengenalan, tujuan kajian, kawasan kajian, kaedah kajian, hasil kajian termasuk analisis dan
perbincangan, dan akhirnya kesimpulan. Jika ada rujukan, senarai rujukan hendaklah dituliskan di
hujung laporan.

Komponen Pelaporan Kajian Luar

Setelah selesai menjalankan kajian luar di lapangan, pelajar perlu menulis laporan.
Laporan kajian luar perlu mengandungi perkara berikut:

1. Pengenalan yang memuatkan tajuk kajian, nama tempat dan letakan kawasan
yang dikaji, tujuan kajian, dan kaedah yang dipilih. Peta lakar kawasan yang dikaji wajar
disertakan.

2. Hasil kajian yang di dalamnya mengandungi maklumat asas tentang isu iaitu
perubahan yang berlaku terhadap desa atau bandar kecil. Antara yang boleh dikemukakan
adalah anggaran jumlah dan pekerjaan penduduk, ciri-ciri guna tanah semasa, fungsi
desa atau bandar kecil dan status alam sekitar. Maklumat yang hendak dinyatakan perlu
dipersembahkan dalam bentuk jadual dan rajah (carta, graf, peta dsb.).

3. Analisis kajian adalah bahagian yang menjelaskan, membincang serta memberi


bukti tentang isu iaitu perubahan yang berlaku. Pelajar perlu membincangkan bagaimana
perubahan itu boleh berlaku dan apakah faktor yang mempengaruhinya.

.4. Kesimpulan dan cadangan. Akhirnya pelajar perlu menyimpulkan iaitu menjawab
sama ada apa yang dinyatakan dalam tujuan kajian tercapai atau sebaliknya. Seterusnya
mencadangkan langkah-langkah yang sesuai untuk mengatasi sesuatu masalah yang
timbul dari sesuatu isu/fenomena yang terdapat.

6.3 CONTOH KAJIAN LUAR YANG TELAH DILAKUKAN.


Pembangunan Ekonomi dan Alam Sekitar.

Contoh : Sektor Primer: Sektor Pertanian.


Tajuk Kajian:

Mengkaji Kegiatan Pertanian di Sekitar Tanah Rata, Cameron Highland, Pahang.

Objektif Kajian:

Secara khusus kajian ini bertujuan untuk:

• Mengenalpasti jenis dan ciri kegiatan pertanian di sekitar Tanah Rata, Cameron
Highland.
• Menjelaskan faktor fizikal dan kemanusiaan yang mempengaruhi kegiatan
pertanian tersebut.
• Menjelaskan kepentingan aktiviti pertanian kepada penduduk dan kegiatan
ekonomi setempat.
• Mengenalpasti kesan negatif aktiviti pertanian terhadap persekitaran fizikal
setempat.

Kaedah Kajian:

Kajian luar ini dilaksanakan melalui tiga kaedah berikut:

1. Pemerhatian dan pencerapan. Pemerhatian dan pencerapan di lapangan dijalankan


bagi mengenalpasti jenis-jenis tanaman yang di tanam di sekitar Tanah Rata serta kesan
yang terjadi terhadap alam sekitar fizikal akibat aktiviti pertanian tersebut. Di antara
kesan yang telah diperhatikan adalah seperti perubahan landskap yang ketara, hakisan
cerun dan juga pencemaran air.

2. Temu bual. Temubual dijalankan kepada 30 orang responden yang terdiri


daripada petani/pekebun sayur, strawberi, penjual, pekerja hotel dan juga penduduk
tempatan. Soalan temubual berkisar kepada pendapatan bulanan yang diperolehi, tempat
pemasaran hasil, amalan/kaedah pertanian yang dijalankan dan juga kesan yang timbul
akibat kegiatan pertanian tersebut.

3. Rujukan sumber sekunder. Rekod utama diperolehi adalah berkaitan dengan suhu
dan hujan yang dikeluarkan oleh Stesyen Kaji Cuaca Tanah Rata. Di samping itu peta
topo juga dirujuk untuk mendapatkan maklumat keadaan topografi sekitar.

Kawasan Kajian.

1. Tanah Rata terletak di daerah Cameron Highland. Ketinggiannya dari paras laut
ialh kira-kira 1500 meter. Sebagai kawasan tanah tinggi, ia bersuhu sederhana sejuk
dengan purata suhu tahunan 17ºC. Keadaan topografi tanah rata merupakan ”sebuah
lembah di kawasan tanah tinggi” yang dikelilinggi oleh gunung ganang yang dilitupi
hutan hujan khatulistiwa.

2. Ciri fizikal yang istimewa di kawasan ini ialah keadaan suhunya yang sejuk yang
amat mempengaruhi kegiatan pertanian khususnya tanaman teh, sayur-sayuran, bunga-
bungaan dan buahan sitrus khususnya strawberry. Keadaan suhu yang sejuk serta adanya
tanaman hawa sederhana inilah yang menjadi tarikan utama pelancong ke Cameron
Highland.

3. Terdapat tiga kawasan penempatan utama di Cameron Highland iaitu, Ringlet,


Tanah Rata dan Brinchang. Kawasan Tanah Rata terletak di pertengahan antara Ringlet
di sebelah bawah dengan Brinchang di sebelah atas. Tanah Rata merupakan penempatan
terbesar yang berstatus bandar kecil yang lengkap dengan kemudahan bandar seperti
kawasan perniagaan, perkhidmatan bank, perkhidmatan kerajaan, hotel, institusi sosial
dan sebagainya. Sebenarnya Tanah Rata menjadi pusat pentadbiran bagi daerah Cameron
Highland.

Dapatan/Hasil Kajian:

a) Jenis dan Ciri Kegiatan Pertanian di sekitar Tanah Rata,


Cameron Highland.

1. Jenis tanaman dan taburannya. Tanaman utamanya ialah teh yang merupakan
identiti kawasan ini malah identiti ekonomi Cameron Highland. Terdapat dua kawasan
ladang teh utama di sekitar Tanah Rata iaitu Ladang Teh Boh yang terletak di sebelah
tengara dan ladang teh Bharat Cameron yang terletak di sebelah barat tanah Rata. Menuju
ke sebelah tenggara dari Tanah Rata, sebelum memasuki kawasan ladang teh Boh
terdapat tanaman sayuran seperti kobis bunga, tomato, salad dan sebagainya yang
ditanam secara kebun kecil. Manakala ke utara Tanah Rata terdapat pula tanaman
buahan sitrus khususnya strawberry. Kawasan tersebut dikenali sebagai Kebun
Strawberry Kasimanis dan Kebun Strawberry Healthy. Selain itu tanaman bunga-bungan
juga ditanam. Di antara jenis bunga yang ditanam ialah seperti maar, kaktus,orkid dan
kekwa. Lihat peta 2 di bawah yang menunjukkan taburan kawasan tanamam berkenaan.

2. Skala dan orientasi pengeluaran. Tanaman teh ditanam secara perladangan. Justeru
itu skala operasinya luas (beratus-ratus hektar luasnya) dan berorientasikan eksport.
Sebagai contoh teh Boh sangat terkenal di negara kita dan dipasarkan keluar negara.
Manakala tanaman sayuran pula diusahakan pada skala kebun kecil ( purata saiz kebun
antara 0.5 hingga 1 hektar) bagi setiap pekebun yang diusahakan secara intensif (giat
setempat). Hasil tanaman sayuran juga berorientasikan jualan dalam negara seperti di
sekitar Cameron Highland dan juga di bandar-bandar besar di Semenanjung Malaysia
seperti Kuala Lumpur, Ipoh dan Georgetown. Namun begitu terdapat juga sayuran yang
dieksport ke negara jiran khususnya Singapura. Bagi tanaman strawberry dan bunga pula
ditanam secara kecil-kecilan oleh pekebun sayur, tetapi ia diuruskan secara sistematik.
3. Pemilikan dan pengurusannya. Perladangan teh dimiliki oleh syarikat swasta iaitu
BOH Plantation yang diuruskan oleh sebuah Keluarga Inggeris semenjak 70 tahun
dahulu. Manakala tanaman sayuran dan bungaan banyak diuruskan oleh penduduk
tempatan yang sebahagian besarnya terdiri daripada kaum Cina.

4. Teknologi dan input yang digunakan. Menggunakan teknologi moden sepenuhnya


seperti penggunaan baja kimia, benih,racun serangga, kaedah pengairan sistematik,
mementingkan R&D dan sebagainya. Terdapat sebuah stesyen penyelidikan MARDI
yang bertanggungjawab menjalankan R&D khususnya daripada segi penghasilan baka
sayuran dan bungaan. Penyelidikan teh dijalankan oleh syarikat swasta berkenaan. Selain
itu buahan strawberry dan bungaan banyak menggunakan kaedah “rumah hijau” dan
tanaman hidrophonik.

5. Penggunaan buruh. Perladangan teh sepenuhnya menggunakan buruh upahan/bergaji


tetap atau kontrak yang beratus-ratus orang jumlahnya. Misalnya ladang teh Boh banyak
menggunakan tenaga buruh dari kaum India. Sebagai contoh kaum India perempuan
terlibat dalam kerja-kerja pengutipan dan pengumpulan daun teh. Manakala tanaman
sayuran banyak menggunakan tenaga buruh keluarga dan juga buruh asing dari Indonesia
sebagai pekerja upahan. Sebahagian besar daripada pengusaha kebun juga merupakan
penjual sayuran, bungaan dan buahan strawberry di sekitar kawasan ini.

6. Modal dan kos. Pertanian berskala besar khususnya tanaman teh menggunakan
modal yang besar dari syarikat yang sudah teguh dan berjenama. Sebagai contoh Ladang
teh Bharat dan Ladang teh Boh merupakan syarikat perladangan yang sudah terkenal
mempunyai keupayaan modal untuk membuka ladang, kilang pemprosesan serta kedai
menjual hasil teh mereka. Namun begitu bagi kebun kecil sayuran dan bungaan
mempunyai keupayaan modal yang kecil/modal individu atau keluarga dan mendapat
pinjaman bank.

b) Faktor-Faktor yang mempengaruhi Kegiatan Pertanian di


sekitar Tanah Rata, Cameron Highland.

Terdapat dua kumpulan faktor yang mempengaruhi kegiatan pertanian di kaasan


ini. Faktor-faktor tersebut ialah faktor fizikal dan kemanusiaan:

Faktor Fizikal

1. Bentuk muka bumi/relief. Kawasan ini merupakan kawasan tanah tinggi. Tanaman
teh dan sayuran biasanya ditanam di lereng-lereng bukit kawasan tanah tinggi atau bukit-
bukit sekitarnya. Satu ciri yang istimewa bagi topografi kawasan ini ialah terdapatnya
”Lembah di kawasan tanah tinggi”. Justeru itu ia merupakan kawasan yang subur yang
disaliri oleh beberapa batang sungai seperti Sungai Habu sungai Palas yang mengalir
turun dari Gunung Berinchang mengairi kawasan Tanah Rata. Justeru itu kawasan Tanah
Rata dikategorikan sebagai kawasan yang subur untuk pertanian. Daripada segi jenis
tanah pula kawasan ini terdiri daripada tanah laterit yang bersaliran baik iaitu tidak
menakung air.
2. Faktor iklim/cuaca – seperti keadaan suhu, hujan, kelembapan udara dan
sebagainya. Faktor yang paling penting yang membolehkan tanaman teh, sayuran dan
bungaan boleh ditanam dan hidup subur di kawasan Tanah Rata ialah kerana suhunya
yang sejuk yang amat sesuai untuk tanaman tersebut. Sepanjang tahun suhunya tidak
pernah melebihi 20ºC dan tidak pernah turun bawah dari 15ºC. Purata suhu tahunan kira-
kira 17ºC dengan julat suhu tahunan yang sangat kecil (1.1º). Selain itu kawasan ini juga
menerima jumlah hujan yang tinggi kira-kira 2644 mm setahun yang menjamin bekalan
air yang cukup untuk aktiviti penanaman berjalan dengan lancar. Kelembapan udara juga
tinggi untuk menjamin persekitaran yang sentiasa sejuk bagi membolehkan tanaman teh,
sayuran, buahan sitrus dan bunga-bungaan sentiasa segar.

Faktor Kemanusiaan

3. Kemudahan asas/prasarana yang ada – seperti jalan pengangkutan, sistem pengairan


yang disediakan dan kemudahan fizikal yang lain. Di kawasan ini terdapatnya jaringan
jalan raya yang baik yang menghubungkannya dengan bandar-bandar besar seperti Kuala
Lumpur dan Ipoh melalui lebuh raya PLUS. Ke utara dari Tanah Rata terdapat jalan raya
yang menghubungkannya dengan Kampung Raja dan boleh terus ke Simpang Pulai
seterusnya ke Ipoh dan Gua Musang, Kelantan. Justeru itu hasil sayuran dan bunga-
bungaan boleh dipasarkan dengan mudah ke bandar-bandar utama di Semenanjung
Malaysia. Darjah kebolehsampaian ke Cameron Highland pada maa ini adalah tinggi.

4. Faktor modal. Keupayaan modal yang besar oleh syarikat BOH Plantation yang
mengusahakan tanaman teh di kawasan ini, apatah lagi BOH merupakan syarikat
pengeluaran teh yang amat terkenal dan teguh kewangannya. Selain itu bagi pengusaha
tempatan yang menanam sayur dan bunga mendapat pinjaman kredit daripada institusi
kewangan seperti Bank Pertanian, Bank Pembangunan dan sebagainya yang terdapat di
sekitar Tanah Rata.

5. Faktor teknologi. Penggunaan teknologi moden sepenuhnya seperti penggunaan


jentera, baja kimia, racun serangga dan lain-lain membolehkan tanaman teh,sayuran,
bungan dan strawberry di usahakan secara komersial sepenuhnya. Program R&D yang
berdaya maju telah diusahakan oleh BOH Plantation bagi mengekalkan kualiti
produknya. Di samping adanya pejabat MARDI yang banyak menjalankan penyelidikan
mengenai baka dan kaedah penanaman yang sesuai untuk menghasilkan produk yang
berkualiti dan berkuantiti tinggi.

6. Faktor pengurusan pertanian yang sistematik yang diamalkan oleh syarikat besar
seperti BOH Plantation. Pengurusan yang cekap dipengaruhi oleh tahap pendidikan dan
kemahiran tinggi serta terlatih yang dimiliki oleh pekerja syarikat ini berasaskan konsep
pengkhususan dan saling melengkapi.

c) Sumbangan kegiatan pertanian terhadap penduduk serta


pembangunan ekonomi dan sosial kawasan Tanah Rata,
Cameron Highland.
1. Menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Aktiviti pertanian
menjadi sumber pekerjaan dan pendapatan utama penduduk kawasan ini. Hasil
penjualan sayuran, bunga-bungaan dan buahan sitrus telah berupaya meningkatkan
pendapatan perkapita penduduk melepasi daripada garis kemiskinan. Berdasarkan
temubual yang dijalankan pendapatan purata bulanan pekebun dan penjual sayur-sayuran
adalah di sekitar RM: 1,500 hingga RM: 2,000 sebulan.

2. Kesan pengganda daripada aktiviti pertanian juga jelas kelihatan. Antaranya ia


menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi yang berrantaian dengannya
atau mewujudkan kepelbagaian ekonomi khususnya sektor pelancongan. Jelas sekali
tarikan utama pelancong ke Tanah Tinggi Cameron ialah kerana adanya ladang teh,
tanaman strawberry serta produk bunga-bungaan. Dengan adanya ladang teh juga kilang
memproses daun teh telah di bina di kawasan tersebut. Misalnya kilang memproses daun
teh kepunyaan BOH Plantation dan juga Bharat Teh Plantation.

3. Memperluaskan pasaran setempat serta kesan-kesan positif daripada perluasan


pasaran seperti kewujudan pasar borong dan pusat jualan sayuran, bungaan dan buahan
strawberry seperti di Kea Farm. Dengan adanya pusat-pusat jualan ini maka pekebun
boleh menjual terus hasil tanaman mereka dan ini akan menambahkan pendapatan
perkapita mereka. Seterusnya menggalakkan perkembangan perniagaan runcit untuk
membekalkan keperluan penduduk sekitar.

4. Memajukan infrastuktur seperti rangkaian jalan raya, sistem perhubungan, bekalan


air, elektrik, sekolah, klinik desa dan lain-lain lagi. Perkembangan pesat kegiatan
pertanian telah mempercepatkan pembangunan infrastruktur Tanah Rata sehingga
menjadi bandar kecil yang berfungsi sebagai pusat pengumpul dan pengedar hasil
tanaman penduduk. Dengan itu perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti kemudahan
kewangan/bank, restoran dan kedai tumbuh dengan pesat di sekitar Tanah Rata ini.

d) Kesan Kegiatan pertanian terhadap alam sekitar


setempat.

1. Hakisan tanah dan kekerapan kejadian tanah runtuh. Ini berlaku di peringkat kerja
pembukaan dan pembersihan tapak pertanian khususnya di kawasan bercerun
curam/lereng-lereng bukit. Pada masa kini kegiatan ini banyak dilakukan oleh pekebun
sayur secara haram yang menarah, memotong, meneres lereng-lereng bukit dengan
menggunakan jentera berat untuk dijadikan kawasan penanaman sayuran mereka. Kesan-
kesan bukit tergondol, kewujudan gegalur serta kesan cerun runtuh jelas ketara di
kawasan tanah yang baru dibuka. Walaupun pekebun sayur membina teres, namun
hakisan tetap berlaku kerana kawasan ini menerima hujan lebat sepanjang tahun.

2. Kehilangan nutrien tanah atau kehilangan kesuburan tanah. Selain itu aktiviti
penyahutanan untuk dijadikan tapak tanaman sayuran ini juga telah menyebabkan tanih
kehilangan top soil dengan cepat apabila aktiviti pertanian tersebut dilakukan tanpa
tanaman tutup bumi, tanpa sungkupan yang mendedahkan permukaan tanih secara
langsung kepada agen hakisan khususnya larian air permukaan.
3. Pencemaran air dan kemusnahan hidupan akuatik akibat penggunaan racun serangga
dan baja kimia yang berlebihan khususnya dalam penanaman sayuran di kawasan ini.
Keseluruhan penanaman sayuran di atas tanah cerun-cerun bukit menggunakan baja
kimia dan racun serangga. Terdapat dua bentuk pencemaran air yang dikesan. Pertama
pencemaran kelodak dalam sungai akibat larian air permukaan yang membawa masuk
regolit tanih di kawasan cerun yang terdedah dan ke dua keracunan air sungai dan tasik
akibat penggunaan racun serangga yang berleluasa dalam tanaman sayuran. Pencemaran
ini banyak terdapat di sekitar Tasik Ringlet yang terletak di selatan Tanah Rata. Begitu
juga dengan pencemaran kelodak dan lumpur telah mencetekkan Empangan Sultan Abu
Bakar yang menjadi stesyen janakuasa hidroelektrik di Cameron Highland.

4. Kemusnahan ekosistem hutan berkait dengan kerja-kerja


penyahutanan/pembangunan tanah untuk dijadikan sebagai tapak tanaman sayuran dan
juga kemusnahan ekosistem akuatik akibat penggunaan racun serangga dalam pertanian.
Hutan yang dimusnahkan dan tasik yang tercemar akan kehilangan habitat, sumber
kepelbagaian biologi/spesis dan juga rantaian makanan dalam ekosistemnya.

5. Kesan pemanasan setempat/kenaikan suhu mikro. Berdasarkan temubual dengan


penduduk setempat, didapati suhu di sini telah meningkat sedikit. Suhu di kawasan ini
tidak lagi sedingan seperti tahun-tahun 1970-an. Walaupun peningkatan suhu sangat kecil
(disekitar 0.3ºC) tetapi kesan pemanasannya dapat dirasai oleh penduduk sekitar.
Peningkatan suhu ini disebabkan oleh aktiviti penyahutanan yang sangat ketara berlaku
untuk tujuan pertanian dan juga pembinaan hotel.

Transformasi Desa dan Pembandaran

Contoh Kajian Luar Transformasi Desa.

Tajuk Kajian : Transformasi Desa FELCRA Sri Makmur, Pekan, Pahang

Tujuan Kajian

1. Persoalan kajian ini adalah perubahan sosial dan ekonomi melalui proses
pembangunan desa dan pemodenan di sebuah petempatan yang dirancang melalui
FELCRA.. Kajian ini bertujuan untuk memeriksa dan menjelaskan proses transformasi
Desa Sri Makmur, Pahang.

2. Aspek yang akan diberi tumpuan adalah pemodenan infrastruktur, perubahan


aktiviti ekonomi, corak interaksi desa-bandar melalui pemasaran, penggunaan barangan
dan perkhidmatan, kemudahan sosial dan keadaan alam sekitar.

Kaedah Kajian
1. Maklumat tentang kajian ini diperolehi daripada berbagai-bagai sumber. Data
sekunder seperti jumlah penduduk, bilangan rumah kediaman, kemudahan infrastruktur
dan sosial, keluasan tanah, keluasan kawasan pertanian dan jenis tanaman, dikumpulkan
melalui Pejabat FELCRA Sri Makmur.

2. Manakala corak taburan petempatan, keadaan muka bumi, guna tanah, aktiviti
perniagaan dan keadaan alam sekitar diperolehi melalui pemerhatian, hitungan dan
cerapan di lapangan. Bagi mengetahui keadaan sosio-ekonomi isi rumah dan pola
interaksi desa-bandar, satu kaji selidik telah dijalankan. Seramai 30 ketua isi rumah
(kira-kira 7.5% daripada jumlah ketua isi rumah yang berjumlah 405 orang) telah dikaji
selidik. Maklumat dan data yang dikumpul telah diringkaskan (ditukar kepada jadual) dan
dianalisa.

Pengenalan

Desa Sri Makmur adalah sebuah petempatan luar bandar yang terancang terletak di
daerah Pekan, Pahang. Kedudukan desa ini adalah di tebing kiri Sungai Pahang iaitu
kira-kira 60 km ke barat bandar Kuantan dan 35 km ke timur bandar Maran. Walaupun
desa ini agak terasing daripada jaluran pembangunan utama, petempatan ini tidak tersisih
daripada pembangunan sosial dan ekonomi. Proses perubahan turut berlaku di desa ini.
Pelan Desa Sri Makmur ditunjukkan dalam peta 4 di sebelah.

Ke Pekan Dusun

Ladang
Kelapa
Dewan Sawit
Ladang
Ladang Kelapa
Getah Sekolah Sawit
Ladang
Ladang Setor Kelapa
Getah Sawit
Kedai
Koperasi

Ke Maran/Kuantan
U

Peta 4. Pelan Desa Sri Makmur Pekan, Pahang.

Latar Belakang Desa Sri Makmur


1. Desa Sri Makmur adalah sebuah petempatan FELCRA (Lembaga Penyatuan dan
Pemulihan Tanah Persekutuan). Petempatan luar bandar ini pada mulanya adalah sebuah
kampung yang menempatkan semula penduduk kampung-kampung tradisional di tepi
Sungai Pahang yang dilanda banjir besar tahun 1971.

2. Setelah beberapa petempatan ini dibuka, FELCRA telah membuka tanah baru, di
samping menyatukan dan memulihkan tanah terbiar untuk diusahakan secara
berkelompok. Berasaskan pengurusan secara moden. FELCRA dengan kerjasama
kerajaan negeri Pahang telah membina rumah-rumah kediaman baru. Kini kampung ini
mempunyai keluasan kira-kira 600 hektar.

3. Secara umumnya, bentuk muka bumi petempatan desa ini adalah beralun. Anak
sungai mengalir melalui tengah-tengah kampung tersebut. Rumah-rumah kediaman
didirikan di kawasan tanah yang lebih tinggi. Manakala kawasan pertanian terdapat di
bahagian tanah yang lebih rendah.

4. Desa Sri Makmur ditadbir oleh seorang Pengurus yang dibantu oleh beberapa
orang pegawai serta ketua kampung (Tok Empat) yang melalui satu badan yang dikenali
sebagai Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK). Kawasan
pertanian dimajukan secara berkelompok. Pengurus dan pegawai FELCRA yang lain
mengendalikan urusan memajukan tanah pertanian secara sistem ladang.

Hasil Kajian

Secara umumnya, kajian ini mendapati beberapa perkara menarik. Bukti-bukti yang
dikumpulkan di lapangan menunjukkan bahawa Desa Sri Makmur telah mengalami
transformasi, iaitu berubah menjadi sebuah petempatan luar bandar yang moden.

a) Pemodenan Kemudahan Infrastruktur dan Sosial

1. Program pembangunan desa melalui Felcra telah memajukan pelbagai kemudahan


infrastruktur dan sosial. Selain kemudahan jalan raya, bekalan elektrik dan air bersih
(paip) turut dibekalkan ke kampung ini. Terdapat sebuah sekolah rendah dan sebuah
sekolah agama di kampung tersebut.

2. Selain itu, terdapat juga sebuah klinik desa, dewan serba guna, balai raya, pondok
polis, masjid, 5 buah kedai koperasi yang menjalankan perniagaan pasar mini dan
restoran. Disamping itu terdapat 10 buah kedai runcit untuk memenuhi keperluan
penduduk di kampung tersebut serta sebuah stesen pam minyak Kemudahan ini telah
memudahkan penduduk untuk membeli keperluan harian dan mendapatkan kemudahan
perkhidmatan keperluan asas mereka.

3. Penyediaan kemudahan sosial bukan sahaja memajukan taraf pendidikan dan


kesihatan tetapi juga memodenkan minda dan keterbukaan penduduk. Pelbagai persatuan
dan kelab ditubuhkan di kampung tersebut. Ini termasuklah Persatuan Belia, Wanita
Dinamis Felcra (WADIRA), Persatuan Khairat Kematian, Cawangan UMNO dan
Koperasi. Kewujudan persatuan dan kelab yang bergiat cergas membuktikan bahawa
masyarakat kampung tersebut dinamis dan maju.

b) Perubahan Ekonomi

1. Perubahan ekonomi yang ketara dapat dikesan di Desa Makmur adalah


pemodenan aktiviti ekonomi khususnya pertanian. Pemodenan tersebut dapat dibuktikan
melalui beberapa perkara seperti jenis tanaman, penjagaan, pengurusan ladang,
penggunaan teknik penananam dan penuaian hasil, dan hasil keluaran.

2. Desa Sri Makmur yang luasnya kira-kira 600 hektar telah dimajukan dengan
pelbagai tanaman. Kira-kira 65 peratus daripada keluasan tanah ditanami dengan kelapa
sawit, 30 peratus getah dan selebihnya dusun buah-buahan, kayu sentang dan jati. Baka
kelapa sawit dan getah yang ditanam adalah jenis yang bermutu tinggi yang dibekalkan
oleh Jabatan Pertanian. Pada peringkat awal tanaman anak-anak kelapa sawit dan getah
dijaga dengan rapi. Baja sebatian digunakan untuk menyuburkan anak pokok. Racun
serangga dan kulat digunakan secara terkawal untuk mengawal serangan serangga dan
kulat ke atas anak pokok. Ini penting untuk memastikan hasil yang tinggi.

3. Bagi memastikan ladang dimajukan secara moden pihak pengurusan FELCRA,


sebuah agensi pembangunan luar bandar yang telah di korporatkan, telah melantik
seorang Pengurus Rancangan dan dibantu oleh lima orang pekerja pejabat dan teknikal
serta tiga orang pemandu kenderaan. Pihak FELCRA juga telah mengupah buruh yang
dibawa masuk dari Indonesia secara kontrak untuk mengendalikan tugas menanam,
menjaga dan menuai buah kelapa sawit atau menoreh pokok getah. Hanya sebahagian
kecil peserta FELCRA yang turut terlibat dengan kerja-kerja ladang (Hasil Temu bual
dengan Encik Abd Rahman Mat, Pengurus Felcra Sri Makmur, 2005). Jadual pengurusan
ladang yang ketat disusun untuk memastikan kerja-kerja ladang dijalankan dengan
sempurna dan mengikut masa yang telah ditetapkan. Ini penting untuk memastikan hasil
keluaran yang optimum.

3. Penanaman, penjagaan ladang dan penuaian hasil dijalankan secara moden.


Jentera moden seperti jentolak dan pembajak digunakan untuk membersihkan tanah baru
yang berhutan serta tanah terbiar milik penduduk kampung. Begitu juga semasa
penjagaan pokok banyak peralatan moden seperti penyembur racun dan penabur baja
digunakan. Bagi mencantas pelepah kelapa tua dan menuai buah kelapa sawit, galah
bersabit moden yang diperbuat daripada aluminium moden digunakan menggantikan
batang buluh, terutamanya bagi pokok yang telah matang. Pisau toreh dan bekas pelastik
pula digunakan untuk menoreh getah.

4. Penggunaan baka yang baik, penjagaan yang sempurna dan pengurusan ladang
yang sistematik telah membolehkan ladang mengeluarkan hasil yang tinggi. Bagi pokok
kelapa sawit yang telah matang, setiap hektar pokok kelapa sawit mampu menghasilkan
hingga purata kira-kira 10 tan buah kelapa sawit yang bermutu. Biasanya, kelapa sawit
dituai dua kali sebulan. Bagi getah pula sebanyak 250 kg/hektar getah beku dapat dikutip
bagi setiap bulan. Pada keseluruhannya, hasil keluaran pertanian Felcra Sri Makmur telah
dapat ditingkatkan. Lihat Jadual di bawah.
Jadual . Peningkatan hasil keluaran pertania Desa Sri Makmur

Jenis Tanaman Tahun


1999 2005
Kelapa sawit (purata tan/hektar/bulan) 14 18.2
Getah beku (purata kg/hektar/bulan) 235 258

Sumber: Pejabat FELCRA Sri Makmur 2005.

c) Perubahan Pekerjaan dan Peningkatan Pendapatan Isi Rumah

1. Rata-rata para peserta FELCRA telah mengalami perubahan ekonomi melalui


perubahan pekerjaan dan peningkatan pendapatan. Sebelum penduduk kampung ini
menyertai Felcra, mereka adalah pekebun kecil getah dan buruh tani yang hidup dalam
keadaan miskin. Kini selain menjalankan aktiviti pertanian di kebun asal atau menjadi
buruh di tempat-tempat lain, mereka juga memperoleh pendapatan tambahan daripada
skim Felcra.
2. Purata pendapatan bulanan peserta telah meningkat dari RM350.00 kepada
RM850.00 (Hasil Temu bual dengan Pegawai Luar Pembangunan Felcra 2005 ). Bagi peserta
yang masih muda, ada juga yang menjalankan aktiviti tambahan seperti berniaga,
membuat kueh bahulu untuk dipasarkan, menjadi tukang kayu dan menjadi pemandu. Isi
rumah yang mempunyai pekerjaan tambahan lazimnya mempunyai pendapatan yang
lebih tinggi.
d) Corak Interaksi Desa-Bandar

1. Penduduk Desa Sri Makmur juga berinteraksi dengan bandar-bandar yang berdekatan
seperti Sri Jaya, Maran, Pekan dan Kuantan. Bagi memeriksa corak interaksi antara Desa Sri
Makmur dan bandar-bandar di sekitarnya, satu kaji selidik telah dijalankan. Aspek yang ditanya
adalah tempat membeli dan jarak dari rumah kediaman di Sri Makmur ke pusat membeli
barangan dan perkhidmatan lainnya serta kekerapannya dalam setahun.

2. Berdasarkan jawapan soalan kaji selidik, penduduk kampung tersebut mempunyai darjah
interaksi yang tinggi dengan pekan Sri Jaya yang jaraknya hanya 16 km. Isi rumah lazimnya
membeli barangan keperluan asas harian lkususnya makanan (seperti beras, gula, ikan, roti,
minyak petrol, gas memasak dll.) di kedai-kedai yang terletak dalam kampung tersebut sendiri.
Begitu juga bagi penggunaan perkhidmatan seperti pendidikan rendah, kesihatan (klinik), wakil
pos dan masjid.

3. Walaubagaimanapun bagi mendapatkan barangan yang lebih tinggi nilainya atau jarang
digunakan seperti pakaian, perkakas elektrik, peralatan rumah tangga, perabut ataupun
perkhidmatan bank, sekolah menengah, pejabat daerah dan peguam, isi rumah Desa Sri Makmur
perlu berkunjung ke pekan dan bandar yang lebih jauh. Bagi membeli pakaian, perkakas lektrik,
peralatan rumah tangga ataupun perkhidmatan sekolah menengah dan bank, mereka ke pekan Sri
jaya atau bandar Maran. Manakala bagi membeli kenderaan seperti motosikal dan mendapatkan
rawatan kesihatan mereka berkunjung ke Sri Jaya, Maran atau Kuantan. Jadual 2 menjelaskan
pola tersebut.
Jadual . Pola Interaksi Penduduk Desa Sri Makmur dengan Pekan dan Bandar di Sekitarnya
bagi Tujuan Membeli Barangan dan Menggunakan Perkhidmatan (Saiz sampel 35)

Purata Jarak dan Kekerapan Berkunjung ke Pekan dan Bandar


Jenis Terdekat
barangan Sri Makmur Sri Jaya Maran Kuantan Pekan
dibeli dan Jarak (0.1 km) Jarak (16 km) Jarak (30 km) Jarak (48km) Jarak (70 km)
% Kekerap- % Kekerap- % Kekerap- % Kekerap- % Kekerap-
perkhidmatan Peng- an/tahun Peng- an /tahun Peng- an /tahun Peng- an/tahun Peng- an/tahun
yang guna guna guna guna guna
digunakan
Barangan makanan 90 300 8.0 18 2.0 6 0.0 0 0.0 0
Sekolah rendah 100 280 0.0 0 0.0 0 0.0 0 0.0 0
Klinik/hospital 60.0 12 10.0 12 20.0 6 10.0 3 0.0 0
Pakaian 10.0 2 60.0 18 22.0 6 8.0 6 0.0 0
Perkakas elektrik 0.0 0 66.6 12 28.4 6 5.0 2 0.0 0
Sekolah menengah 0.0 0 90.0 280 3.4 52 3.3 12 3.3 6
Kenderaan 0.0 0 87.0 6 6.7 12 6.3 6 0.0 0
Bank 0.0 0 55.0 12 45.0 12 0.0 0 0.0 0
Pejabat/wakil pos 70.0 12 30.0 12 0.0 0 0.0 0 0.0 0
Jual hasil pertanian 90.0 52 10.0 52 0.0 0 0.0 0 0.0 0
Pejabat tanah 0.0 0 0.0 0 0.0 0 0.0 0 100 1

Sumber: Kaji selidik 2005

4. Secara keseluruhannya, penduduk berinteraksi dengan pekan dan bandar yang


berdekatan selain dengan pusat perkhidmatan desa di Desa Sri Makmur sendiri. Pekan
yang paling kerap mereka kunjungi adalah Sri Jaya. Mereka ke pekan tersebut untuk
membeli barangan asas seperti pakaian dan perkhidmatan asas seperti sekolah menengah
dan perkhidmatan pos. Bagaimanapun, penduduk menjual hasil keluaran pertanian
mereka kepada peraih atau kepada pihak Felcra sendiri di kampung tersebut. Interaksi
dengan pekan dan bandar berdekatan membolehkan penduduk menikmati barangan dan
kemudahan perkhidmatan moden yang penting bagi perubahan kehidupan penduduk
desa.

e) Perubahan Alam Sekitar

Di sebalik kemajuan yang dicapai, proses transfomasi desa sedikit sebanyak telah
mempengaruhi kualiti alam sekitar. Bagaimanapun, kemerosotan kualiti alam sekitar di
Desa Sri Makmur terkawal dan tidak berbahaya. Antara keadaan persekitaran fizikal
yang terjejas akibat perubahan dan pemodenan ekonomi desa termasuklah hakisan cerun
yang berlaku di beberapa bahagian ladang dan perumahan kampung tersebut akibat
penggondolan bukit sehingga mewujudkan lurah dan fenomena tanah runtuh. Air sungai
juga agak berkelodak terutamanya selepas berlaku hujan lebat. Pencemaran sampah
sarap domestik khususnya di kawasan perniagaan juga dapat dikesan.
Kesimpulan

Kajian ini telah dapat menunjukkan bahawa Desa Sri Makmur telah mengalami
pemodenan dan perubahan ekonomi yang agak pesat. Penyediaan kemudahan
infrastruktur dan kemudahan sosial telah memudahkan berlakunya proses pemodenan.
Pembangunan sektor pertanian dengan kaedah penanaman dan pengurusan moden telah
berjaya meningkatkan taraf hidup penduduk desa.

LATIHAN BAB 6
Soalan 1:

Berdasarkan kajian luar yang telah anda jalankan di suatu kawasan pelancongan,

a) Namakan kawasan kajian anda itu. [ 1 Markah]

b) Terangkan bagaimana anda menjalankan kajian luar tersebut. [ 4 Markah]

c) Berdasarkan bukti-bukti yang ada dilapangan, terangkan faktor yang


menyebabkan kawasan tersebut menjadi daya tarikan pelancong. [ 8 Markah]

d) Jelaskan kesan aktiviti pelancongan terhadap alam sekitar fizikal di kawasan


tersebut dan [6 Markah]

e) Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak berkuasa untuk


mengatasi masalah pencemaran kawasan tersebut. [6 Markah]

Soalan 2:

Berdasarkan kajian luar yang telah anda jalankan di satu kawasan pertanian,

a) Nyatakan ciri-ciri kegiatan pertanian yang dijalankan di kawasan tersebut.


[ 7 Markah]
b) Jelaskan bagaimana faktor-faktor fizikal dan kemanusiaan mempengaruhi
kegiatan pertanian di kawasan tersebut. [8 Markah ]
c) Bagaimanakah kegiatan pertanian yang anda kaji itu menyebabkan berlakunya
hakisan cerun di kawasan berkenaan. [6 Markah]
d) Kenalpastikan langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kesan hakisan di
kawasan yang anda kaji itu. [ 4 Markah ]
Soalan 3:
Berdasarkan kajian lapangan yang telah anda lakukan terhadap mana-mana satu jenis
aktiviti ekonomi sekunder ;

a) Kenalpastikan faktor-faktor yang menyebabkan aktiviti ekonomi tersebut


dijalankan di kawasan itu. [7 Markah]

b) Terangkan sumbangan kegiatan ekonomi yang anda kaji itu terhadap


pembangunan sosio-ekonomi kawasan perkenaan. [10 Markah]

c) Jelaskan bagaimana aktiviti ekonomi yang anda kaji telah menjejaskan alam
sekitar fizikal setempat. [8 Markah]