Anda di halaman 1dari 19

SEMESTER 1 SESI 2015/2016

PPP 6144
REKABENTUK KURIKULUM & INSTRUKSIONAL

TUGASAN KUMPULAN:
ISU JANTINA DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA
(NO. MATRIK)
(NO. KAD PENGENALAN)
(NO. TELEFON)

1. SELVARAJA A/L RAHMAN


M20141000261
860322-30-5123
014-9047626
2. YONG FEE SIM
M20142001531
790724-10-6038
016-3109793

KUMPULAN

C (M151)

NAMA PENSYARAH

DR. IBRAHIM BIN TAMBY CHEK

ISI KANDUNGAN

No.

Kandungan

1.0

Abstrak

2.0

Pendahuluan

3.0

Objektif Kajian

1-2

4.0

Pernyataan Masalah

2-8

Muka Surat

Minat pelajar dalam mata pelajaran


Unsur bias
Tiada kesaksamaan dalam mata pelajaran
Kaedah pengajaran guru
Pencapaian akademik pelajar
Hak wanita dalam pendidikan
Bilangan pelajar lelaki dan wanita di IPT
Persepsi pelajar terhadap guru

5.0

Literatur

9 - 10

6.0

Metodologi Kajian

11

7.0

Hasil Dapatan

11 - 12

8.0

Perbincangan

13 - 15

9.0

Kesimpulan

15

Rujukan

16 - 17

1.0

Abstrak

Pendidikan merupakan proses penyampaian ilmu pengetahuan dan kemahiran yang


diperturunkan dari satu generasi kepada satu generasi yang lain. Pendidikan adalah satu
proses di mana seseorang memperoleh banyak ifaedah sosial seperti pekerjaan, gaji yang
mencukupi dan kemungkinan, kuasa politik. sSektor pendidikan adalah kritikal, bukan sahaja
sebagai satu saluran untuk melahirkan modal insan bertaraf dunia dan mewujudkan mobiliti
sosial, tetapi juga sebagai senjin pembangunan di atas kewibawaannya sendiri. Sektor
pendidikan mMalaysia menyokong pengalaman pembelajaran sepanjang hayat bermula dari
penjagaaan kanak-kanak dan ppendidikan awal hinggalah kepada pendidikan tertiari dan
peringkat pendidikan pasca-siswazah selaras dengan apa yang diperuntukkann dalam Akta
Pelajaran, 1961, iaitu:
"Bahawasanya dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957
ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan
Negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan politiknya..."
Kata Kunci: Pendidikan, Jantina, taraf,system, bias, kurikulum,hak wanita, kesamarataan

2.0

Pendahuluan

Dalam pembelajaran, setiap orang mempunyai cara, tahap dan corak yang berbeza-beza dari
segi penerimaan ilmu yang diajar dipengaruhi oleh pelbagai faktor antaranya ialah
persekitaran, bahan bantu mengajar, kaedah guru, persekitaran tempat belajar dan juga jantina
pelajar iaitu perbezaan sama ada pelajar itu lelaki dan perempuan. Terdapat banyak kajian
yang menunjukkan bahawa perbezaan antara lelaki dan perempuan yang jelas dalam
penerimaan pelajaran di sekolah (Coates 1998). Dapatan kajian menunjukkan bahawa jantina
dilihat memainkan sebagai salah satu faktor sosial yang mempengaruhi pencapaian akademik
pelajar iaitu khususnya tahap penerimaan dan penguasaan pelajar akan sesebuah mata
pelajaran bergantung kepada jantina sama ada lelaki atau perempuan guru atau pelajar
tersebut di dalam konteks pendidikan.
Hal ini tidak dapat dielakkan iaitu perbezaan jantina ini tidak dijadikan alasan
keperluan mewujudkan sistem pendidikan yang berteraskan kepada jantina pelajar kerana
masalah lain yang mungkin wujud turut berlaku, maka dengan itu, terdapat langkah
mengatasi yang dicadangkan bagi mengurangkan faktor penyumbang kepada masalah ini
iaitu yang akan dibincangkan pada bahagian dapatan dan cadangan di bawah.

3.0

Objektif Kajian

Jantina adalah satu dimensi teras daripada manusia yang merangkumi perbezaan seksual dan
identiti, orientasi, eroticism, emosi dan pembiakan. Ia dialami atau dinyatakan dalam fikiran,
fantasi, keinginan, keyakinan, sikap, aktiviti-aktiviti, nilai-nilai, amalan, peranan, interaksi
biologi, psikologi, sosio-ekonomi, budaya, dan sebagainya. Dalam Bahasa Inggeris,
perkataan sex merujuk kepada jantina yang ditentukan ciri-ciri fisiologi. Wanita dibezakan
1

daripada lelaki dari segi jenis kemaluan, kewujudan payudara yang membesar setelah baligh
dan hormon yang bertindak balas dengan cara yang berlainan untuk lelaki. Fisiologi wanita
membolehkan mereka hamil dan melahirkan dan menyusukan anak. Bagaimana wanita dan
lelaki diklasifikasikan merujuk kepada ciri-ciri biologi yang ada pada setiap jantina dengan
dipanggil biological determinism. Kebiasaannya, istilah jantina dihuraikan sebagai perbezaan
antara lelaki dan perempuan hasil daripada konstruksi sosio-budaya. Dengan kata lain, ia
merujuk kepada sifat maskulin (masculinity) dan feminin (femininity) yang dipengaruhi
dengan kebudayaan, simbolik, stereotaip dan pengenalan diri (Raymond, 2010)
Pendidikan bermaksud satu proses menyampai dan menimba pengetahuan untuk
membangunkan daya intelek dan keyakinan diri manusia. Oleh hal yang demikian, akan
meningkatkan kematangan untuk memberikan pendapat dan berhujah semasa menjalani
kehidupan sebenar. Pendidikan juga mendidik manusia berfikir secara rasional, bebas dan
baik dan juga dapat menyelesaikan masalah dengan berkesan (Abdul Fatah Hassan, 2003).
Menurut www.Dictionary.com : Education (pendidikan) merujuk kepada :
the act or process of imparting or acquiring general knowledge, developing the powers
of reasoning and judgment, and generally of preparing oneself or others intellectually
for mature life.
Di dalam proses pendidikan ini manusia membangunkan semua potensi yang ada
merangkumi potensi akal (cognitive), jasmani/tingkah laku (psikomotor/behaviour), rohani
dan rohani (spiritual). Terdapat hubungan yang positif antara jantina dan pendidikan baik
sama ada penglibatan, pencapaian, pengajaran, pilihan pendidikan dan sebagainya dan telah
menjadi kajian yang popular sejak sedekad yang lalu. Terdapat faktor lain yang sering dilihat
mempunyai perkaitan dengan pendidikan antaranya, latar belakang keluarga, pekerjaan
ibubapa, emosi pelajar, minat pelajar dan sebagainya.

4.0

Pernyataan Masalah
4.1 Isu minat pelajar dalam mata pelajaran
Faktor jantina juga memainkan peranan dalam kesaksamaan peluang pendidikan di
Malaysia. Ini kerana, kebanyakan murid perempuan dan lelaki lebih cenderung untuk
memilih mata pelajaran yang bersifat lebih ke arah mereka. Seorang penyelidik,
Aminah Ahmad (2000) menyatakan bahawa penglibatan wanita menggalakkan tetapi
masih wujud segregasi mengikut gender terutamanya dalam pendidikan sekolah
menengah teknik atau vokasional, dan juga institusi pengajian tinggi seperti di
politeknik.
Kajian Dah Ikhwan (2010) yang menjalankan kajian minat pelajar ke atas
mata pelajaran matematik bagi murid tingkatan empat di tiga buah sekolah
menunjukkan bahawa pelajar lelaki lebih cenderung untuk fokus pada subjek
matematik berbanding subjek bahasa melayu yang didominasi oleh pelajar
perempuan. Kajian ini dijalankan dengan kaedah pemerhatian di setiap kelas dan juga
melalui keputusan peperiksaan pelajar tersebut. kajian ini menyimpulkan bahawa
minat kepada subjek adalah bergantung kepada jantina seseorang pelajar.
2

4.2 Isu unsur bias


Jika dikaitkan dengan jantina, isu yang timbul dari segi pendidikan ialah isu-isu yang
melibatkan unsur bias kepada jantina atau dikatakan pilih kasih. Sebagai contoh, guru
perempuan bias kepada murid perempuan dan sebaliknya. Isu ini perlu dielakkan
kerana akan wujudnya jurang di antara murid. Guru sememangnya harus
mengelakkan dari melakukan perkara-perkara begini.
Dr. Zalizan bin Mohd Jelas (2001) dalam kajiannya, mengkaji perbandingan
persepsi guru lelaki dan guru perempuan terhadap pelajar lelaki dan pelajar
perempuan yang mempengaruhi pencapaian kedua-dua jantina pelajar. Hasil kajian
menunjukkan bahawa guru lelaki secara keseluruhannya mempunyai persepsi positif
terhadap pelajar lelaki dan juga pelajar perempuan berbanding guru perempuan.
Dengan lain perkataan, guru lelaki tidak mempunyai persepsi yang berbeza terhadap
pelajar lelaki dan perempuan. Mereka tidak bias dalam melabelkan kebolehan pelajar,
baik pelajar lelaki mahupun pelajar perempuan, berbanding guru perempuan. Keadaan
ini turut dikukuhkan lagi dalam kajian Brophy dan Evertson (1981) dan Bank (1987).
Guru perempuan pula mempunyai pandangan yang kurang positif terhadap pelajar
lelaki. Keadaan ini boleh mempengaruhi tingkah laku dan sikap guru terhadap pelajar.
Menurut, Zalizan, et.al (2005), guru perempuan kurang memberi perhatian kepada
pelajar lelaki yang dianggap bermasalah di dalam kelas. Guru lebih memberi
perhatian kepada pelajar perempuan yang sering mengikut arahan guru dan mudah
untuk dikawal. Pelajar lelaki sering kali dikatakan hilang fokus di dalam kelas,
mengganggu rakan lain serta tidak membuat kerja rumah. Guru perempuan akan
mengambil tindakan untuk mengabaikannya sekiranya segala amaran dan peringatan
yang diberikan tidak dihiraukan. Dengan mengabaikan pelajar lelaki di dalam kelas,
sudah semestinya akan mengganggu pencapaian mereka dalam Matematik kerana
mereka tidak dapat menguasai pelajaran yang diajar. Maka wujudlah perbezaan
pencapaian Matematik di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan.
4.3 Isu tidak ada kesaksamaan peluang dalam mata pelajaran
Selain itu, dalam sesetengah mata pelajaran, wujud jurang tidak ada kesaksamaan
peluang antara pelajar perempuan dan pelajar lelaki. Contohnya, dalam bidang
berkaitan kejuruteraan , pelajar lelaki lebih ramai terlibat berbanding pelajar
perempuan. Begitu juga sebaliknya, contohnya dalam mata pelajaran Ekonomi Rumah
Tangga (ERT) kebanyakan hanya pelajar perempuan sahaja yang banyak diberi
peluang berbanding lelaki. Walaupun, terdapat sesetengah pelajar lelaki yang
mempunyai kecenderungan dalam bidang masakan tetapi tidak diberikan peluang.
Oleh itu guru perlu merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang mengikut
kecenderungan pelajar. Ini dapat membuka peluang untuk pelajar perempuan untuk
berkecimpung dalam bidang yang dimonopoli oleh lelaki dan sebaliknya.

4.4 Isu kaedah pengajaran guru


Isu teknik dan kaedah pengajar guru yang tidak menarik juga menentukan pencapaian
pelajar mengikut jantina. Menurut Dr. Zalizan bin Mohd Jelas (2001), pengajaran
guru meliputi aspek-aspek strategi pengajaran, penggunaan sumber, penerapan
kemahiran berfikir, penerapan nilai, penampilan, pengurusan bilik darjah, penggunaan
ganjaran dan hukuman, keprihatinan dan penilaian.
Menurut Norawati binti Hashim (2004), strategi pengajaran yang biasa
digunakan oleh guru adalah kaedah tradisional yang biasa dilaksanakan oleh guruguru sebelum ini iaitu guru hanya memberi penerangan tanpa melakukan sebarang
aktiviti yang menarik. Kaedah ini tidak sesuai untuk pelajar lelaki kerana mereka akan
mudah hilang fokus dan tidak menumpukan perhatian kepada pembelajaran kerana
berasa jemu. Berlainan dengan pelajar perempuan yang boleh menerima pengajaran
secara tradisional ini. Pelajar perempuan dikatakan lebih bersedia untuk menghadiri
kelas dan mereka akan fokus dengan pengajaran guru. Walau apa kaedah yang
digunakan sekali pun, pelajar perempuan tetap fokus.
Menurut Norawati binti Hashim (2004) dalam kajiannya, beliau menyatakan
bahawa guru seharusnya kreatif dalam pengajaran supaya dapat menarik minat pelajar
terhadap proses pembelajaran. Peranan guru adalah penting untuk mewujudkan
kreativiti di dalam bilik darjah. Leonard M.S et. al. (1996) dalam Norawati binti
Hashim telah menyatakan bahawa kreativiti di dalam bilik darjah boleh dan
seharusnya memimpin murid-murid supaya lebih berminat dan mengambil bahagian
dalam pengalaman dan pengajaran.
4.5 Isu pencapaian akademik pelajar perempuan lebih baik berbanding pelajar
lelaki
Kajian yang dijalankan oleh Ab Manan. et.al (2003) yang mengenal pasti sama ada
jantina mempunyai perkaitan atau tidak dengan pencapaian akademik ke atas para
pelajar yang telah berada di semester akhir program ijazah sarjana muda bagi
pengambilan Jun 2000. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapatnya jurang
antara pelajar lelaki dan wanita di UiTM dari segi pencapaian akademik mereka.
Berhubung soal pencapaian akademik, yang diukur dengan melihat perolehan
Cumulative Grade Points Average (CGPA) dan "on-time performance", pelajar wanita
telah menunjukkan pencapaian akademik yang lebih baik jika dibandingkan dengan
pencapaian pelajar lelaki.
Menurut Zalizan bin Mohd Jelas (2001), pelajar perempuan akan belajar
bersama dan berkongsi pendapat sekiranya terdapat sebarang keraguan. Dengan
aktiviti seperti ini, pelajar perempuan lebih menguasai pelajaran yang dipelajari dan
mendapat pencapaian yang lebih baik. Berbanding pelajar lelaki, mereka lebih gemar
berkawan dengan rakan yang lebih tua. Pergaulan sosial yang melampau seperti
melepak, berlumba haram, dan macam-macam lagi mudah diikut kerana bagi mereka
perkara itu sesuatu yang bebas untuk dilakukan berbanding mengulangi pelajaran.
Menurut Syarifah Alwiah Alsagoff (1988), segala gerak-geri dan tingkah laku akan
ditiru atau diikuti oleh rakan sebaya. Disebabkan pergaulan dengan rakan-rakan yang
tidak minat untuk menimba ilmu, pelajar lelaki tidak menguasai pelajaran yang

dipelajari kerana tidak membuat latihan yang diberi dan hilang fokus dalam kelas.
Maka, pencapaian mereka adalah lebih rendah berbanding pelajar perempuan.
Berdasarkan kepada dapatan kajian, didapati terdapat perbezaan kecerdasan
emosi dengan berpandukan kepada faktor jantina. Pelajar lelaki mempunyai
kecerdasan emosi yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar perempuan. Dapatan
ini agak unik dan berbeza dengan kajian-kajian yang dilakukan oleh pengkajipengkaji lepas. Hal ini mungkin disebabkan cara hidup pelajar lelaki di KKBP yang
mudah berpuas hati, sering menerima sesuatu tanpa banyak alasan dan lebih
menumpukan perhatian kepada perkara-perkara analitikal dan teknikal tanpa terlalu
memikirkan mengenai emosi mereka. Perbandingan ini dilihat secara intelek, sama
ada lelaki atau perempuan sewajarnya melihat kelebihan atau kelemahan mereka
sebagai suatu hikmah.
Dapatan ini berbeza dengan Bahyahet all, yang mendapati bahawa perempuan
memiliki kemampuan yang lebih baik dalam mengurus serta memahami emosi
sehingga membolehkan mereka mengenal pasti dan membaca emosi individu di
sekeliling serta mampu dan berkebolehan untuk berinteraksi secara cepat dan tepat.
Hasan et al. (2012) pula mendapati faktor jantina mempunyai hubungan yang positif
dengan tahap kecerdasan emosi dan ini seterusnya memberikan impak kepada
keberkesanan komunikasi. Dapatan beliau menunjukkan perempuan mempunyai tahap
kecerdasan emosi yang tinggi berbanding lelaki. Arthur (1986), dalam Nor Aishah
(2004), mengkaji perbezaan antara jantina bagi tahap kreativiti terhadap 101 orang
pelajar lelaki dan 219 pelajar perempuan dari lapan buah sekolah di kawasan bandar.
Dapatan kajian tersebut menunjukkan perbezaan yang signifikan antara jantina dari
segi kreativiti yang mana pelajar perempuan mengatasi lelaki.
4.6 Isu hak wanita dalam pendidikan
Isu-isu berkaitan dengan hak wanita dalam pendidikan adalah isu-isu yang bersangkut
paut dengan kebebasan, keupayaan dan peluang yang terbuka kepada golongan wanita
untuk mengikuti pendidikan yang terdapat, baik secara formal mahupun tidak formal.
Ia juga merangkumi keupayaan golongan wanita meningkatkan tahap pendidikannya
mengikut potensi atau kebolehan sendiri. Pertimbangkan hak timbul kerana secara
perbandingan ia diberi kepada golongan lelaki. Sebagai contoh, jika seorang
mahasiswa lelaki boleh mengikuti program pengajian teknologi angkasa lepas, dan
naik ke bulan sebagai angkasawan, maka dari segi teorinya perempuan adalah juga
berhak mengikuti program ini. Oleh itu, jika pelajar lelaki lulusan universiti boleh
bekerja sebagai seorang eksekutif kanan di sebuah syarikat, maka prinsipnya, pelajar
perempuan dengan kelulusan yang sama berhak bekerja sebagai seorang eksekutif.
Inilah contoh-contoh pelaksanaan hak-hak dalam pendidikan yang dijamin oleh
undang-undang (Robiah, 1998).
Namum demikian, terdapat pelbagai amalan nilai-nilai, kepercayaan dan sikap
yang menjadi amalan dan panduan tatacara interaksi sosial yang boleh menghalang
wanita daripada merebut peluang-peluang pendidikan. Di Malaysia, boleh dikatakan
tidak terdapat catatan dalam mana-mana dokumen yang membezakan hak pendidikan
bagi kaum lelaki dengan kaum perempuan. Dalam Akta Pendidikan 1961 yang boleh
dianggap sebagai asas kepada segala perundangan dalam pendidikan di Malaysia, ada
5

disebutkan bahawa peluang bersekolah harus disediakan untuk semua kanak-kanak


yang dilahirkan di sini. Dari segi hak, tuntutan ini masih dilaksanakan oleh kerajaan
hingga ke hari ini (Robiah,1998).
Dalam tahun 1970an, apabila Dasar Ekonomi Baru (DEB) diumumkan,
kerajaan menetapkan bahawa adalah perlu diberikan pendidikan dan latihan kepada
semua kanak-kanak dan belian, tanpa di kira gender, supaya lebih ramai lagi tenaga
terlatih dikeluarkan terutama dalam bidang sains dan teknologi (Robiah, 1998).
Isu hak wanita juga dapat dilihat menerusi satu laporan Konferensi UPI-UPSI
Dewi Turgarini, S.S. MM.Par (2012). Siti Komariah, Ph.D mempresentasikan tema
Peranan Wanita Sunda dalam Meningkatkan Kualitas Pendidikan di Lingkungan
Keluarga dan Masyarakat: Studi pada Aktivitas Organisasi Persatuan Islam Istri di
Bandung Jawa Barat Indonesia. Ia memaparkan bahawa pada di awal abad ke-21,
peluang wanita Sunda di Provinsi Jawa Barat, Indonesia untuk aktif di pelbagai
sektor didukung oleh sikap masyarakat Sunda yang berupaya menyesuaikan diri
dengan perubahan zaman (berfikir, bertindak, dan berwawasan sesuai dengan
perkembangan masa). Peranan wanita Sunda saat ini sudah mengalami perubahan
dibandingkan dengan dua puluh atau tiga puluh tahun lalu yang masih diwarnai oleh
adat istiadat yang dapat menghambat aktivitas seorang wanita. Daripada laporan
tersebut telah menunjukkan hak wanita pada masa kini telah dititikberatkan dan
mereka telah mengalami banyak perubahan kerana banyak wanita Sunda yang
berpendidikan tinggi.
4.7 Isu bilangan pelajar lelaki dan pelajar perempuan di Institusi Pengajian
Tinggi
Jurang perbezaan pencapaian akademik pelajar lelaki dan perempuan di peringkat
persekolahan memberi impak kepada enrolmen pelajar di institusi pengajian tinggi
awam (IPTA) dan ia terbukti apabila jumlah kemasukan pelajar perempuan di IPTA
seluruh negara secara umumnya melebihi 70 peratus kebelakangan ini (Zalizan.et.al,
2009).
Prestasi akademik yang kurang memberangsangkan di peringkat persekolahan
menafikan peluang pelajar lelaki melanjutkan pengajian ke IPTA, dan fenomena ini
bakal memberi kesan negatif terhadap perkembangan sosioekonomi negara. Mereka
juga terdedah kepada masalah sosial dan potensi mereka keluar daripada sistem
persekolahan lebih awal daripada yang sepatutnya juga menjadi lebih tinggi. Senario
ini memberikan cabaran kepada pendidik dan sekolah dalam usaha meningkatkan
pencapaian pelajar lelaki di peringkat persekolahan. Faktor yang boleh mengurangkan
jurang perbezaan pencapaian pelajar perlu diberi tumpuan dan kajian mendalam
(Zalizan, et al, 2009).
Justeru, isu pelajar wanita lebih ramai di Institut Pengajian Tinggi (IPT) sama
ada IPTA atau IPTS semakin membimbangkan banyak pihak. Hakikatnya, isu itu
bukanlah perkara baru. Saban tahun, setiap kali tiba sesi kemasukan pelajar baru ke
IPT, isu ketidak seimbangan jantina menjadi antara topik utama yang dibincangkan
atau diutarakan. Kebimbangan terhadap trend pelajar wanita yang menguasai IPT
pernah disuarakan sebelum apabila nisbah menunjukkan pelajar lelaki dan perempuan
ialah 70:30, iaitu 70% bagi pelajar perempuan dan 30% bagi lelaki. Tidak dinafikan
6

bahawa pelbagai punca telah menyebabkan fenomena ini berlaku dan langkahlangkah yang sepatutnya harus diambil untuk mengatasinya.
Menurut laporan Kementerian Pendidikan Malaysia (2011) menyatakan
bahawa disebabkan sistem pendidikan di Malaysia lebih mengutamakan
kecemerlangan akademik akhirnya telah menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan
gender di universiti dan dalam struktur pekerjaan. Bilangan pelajar di universiti awam
dan swasta turut dikuasai oleh 70 peratus wanita dan ini merupakan hasil dari cara kita
mendidik para pelajar yang mementingkan pencapaian pengetahuan berbanding
keperluan sebenar pendidikan sebagai memenuhi tuntutan hidup yang dapat
menguasai ilmu. Dalam laporan tersebut, mengatakan bahawa faktor gender telah
memberikan kelebihan semula jadi kepada wanita kerana menurut kajian kadar
ingatan mereka adalah lebih tinggi berbanding dengan lelaki. Disebabkan bentuk
sistem pendidikan yang mementingkan ingatan, yakni melontarkan kembali apa yang
diajar di sekolah, maka lelaki didapati kurang cemerlang dalam setiap peperiksaan
yang bersifat demikian.
Menurut kajian Dah Ikhwan (2010), menyatakan bahawa proses pengambilan
nisbah jantina pelajar universiti ke IPTA kian menjadi perhatian umum. Seperti
dijangka setiap tahun nisbah jantina semakin tidak seimbang. Kemasukan pelajar
perempuan ke dalam Universiti awam bagi tahun 2010 ialah 64.8%, iaitu 26,229
daripada 46,506 tempat yang ditawarkan untuk program ijazah pertama, berbanding
pelajar lelaki hanya 35.2%. Wanita juga mendominasi program lepasan spm dengan
58.4% berbanding lelaki 41.44% daripada keseluruhan 36,900 tempat ditawarkan.
Menurut Dra Siti Zumrotun Mag dalam berita (2011) mengatakan bahawa bias
gender telah menjadi sebagai masalah sosial bukan hanya terjadi di wilayah politik,
budaya, dunia dan agama saja, melainkan juga di dunia pendidikan. Sebagai contoh
kebijakan bias gender terjadi di tingkat SMA. Di mana, terdapat kebijakan anak
perempuan yang hamil (akibat kecelakaan/ di luar nikah) dikeluarkan dari sekolah,
sedangkan laki-laki yang menghamilinya tidak dikena sebarang sanksi.
Antara faktor yang menyebabkan fenomena ini berlaku adalah masalah
kekeluargaan. Pada masa sekarang, kos hidup masyarakat semakin meningkat. Hal ini
menyebabkan kebanyakan keluarga kekurangan kemampuan untuk membiayai
pengajian anak mereka di universiti. Oleh itu, kebanyakan pelajar lelaki terpaksa
berdikari untuk mencari peluang pekerjaan bagi menanggung kos hidup keluarga.
Selain itu, ibu bapa yang berfikiran bahawa anak perempuan wajar
mempunyai kerjaya yang boleh memperuntukkan lebih banyak masa dengan keluarga
juga turut menyumbang kepada jurang perbezaan ini. Menurut kajian Zalizan e.al
(2005) bahawa pelajar perempuan mempunyai persepsi bahawa keluarga mempunyai
kawalan yang tinggi ke atas mereka dalam aspek pendidikan berbanding pelajar lelaki.
Keputusan ini menjelaskan bahawa pelajar perempuan lebih mendapat galakan
keluarga, sokongan moral dan material, dan lebih diharapkan oleh keluarga untuk
cemerlang dalam pendidikan berbanding pelajar lelaki. Kawalan keluarga yang lebih
ke atas pelajar perempuan memberikan ruang dan peluang yang lebih kepada pelajar
perempuan untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran. Secara tidak langsung,
mereka mempunyai lebih semangat dan peluang untuk menumpukan perhatian
terhadap pelajaran. Keadaan ini turut dilaporkan oleh Eisenberg, Martin & Fabes
7

(1996). Dapatan ini juga selaras dengan dapatan kajian Hutson (1983) yang
menyimpulkan bahawa ibu bapa memberi layanan yang berbeza ke atas anak lelaki
dan perempuan. Ringkasnya, kekurangan bilangan lelaki di IPT adalah disebabkan
oleh faktor kekeluargaan.
Sistem meritokrasi yang diamalkan sejak beberapa tahun lalu juga menjadi
punca kekurangan bilangan pelajar lelaki di IPT. Walaupun ada saranan supaya sistem
kuota diguna pakai bagi membendung fenomena ini, namun ia bukanlah langkah
terbaik. Kebanyakan IPT membenarkan pelajar lelaki masuk ke IPT atas alasan
menyempitkan jurang dengan mengorbankan aspek kualiti dan minat. Keadaan ini
akan meruntuhkan imej universiti sebagai penjana graduan cemerlang dan berkualiti.
4.8 Isu persepsi pelajar lelaki dan perempuan terhadap guru lelaki dan
perempuan
Perbezaan persepsi pelajar terhadap pengajaran guru meliputi aspek-aspek strategi
pengajaran, penggunaan sumber, penerapan kemahiran berfikir, penerapan nilai,
penampilan, pengurusan bilik darjah, penggunaan ganjaran dan hukuman,
keperihatinan dan cara penilaian (Zalizan, et.al 2005). Kajian Zalizan dan rakanrakannya mendapati pelajar lelaki dan perempuan tiada masalah dengan guru lelaki,
tetapi pelajar lelaki bermasalah dengan guru perempuan. Keadaan ini mungkin
disebabkan ketidakserasian antara gaya pengajaran guru dengan gaya pembelajaran
pelajar lelaki. Tinjauan literatur oleh Dunn (1983) melaporkan banyak kajian yang
menunjukkan bahawa gaya pengajaran yang serasi dengan gaya pembelajaran pelajar
meningkatkan pencapaian akademik. Oleh sebab itu, perkara ini memerlukan
penelitian dan perhatian yang lebih mendalam agar implikasi ini dapat ditangani
dengan berkesan.
Dalam kajian Abdul Muhsien Bin Sulaiman (2014), menyatakan bahawa
peranan guru secara umum telahpun dijalankan seumpama penyelidikan peranan guru
di sekolah (Suzana Khamis, 2010; Zuridah Hanim Md. Akhir2006). Leithwood et. al.
(2002) dalam kajian Abdul Muhsien Bin Sulaiman (2014) pula menyatakan, guru
yang bermotivasi rendah tidak akan memberi respon yang baik terhadap bidang tugas
masing-masing dan mereka selalu bersikap pesimis terhadap apa yang perlu mereka
lakukan. Menurutnya lagi guru harus memiliki daya motivasi kendiri yang tinggi
kerana ia merupakan unsur dalaman yang menjadi pendorong utama dalam menyuntik
semangat menjalankan bidang tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin.
Dengan itu, masalah tidak akan timbul terhadap hubungan antara pelajar dengan guru
tanpa mengira gender.
Dalam perspektif lain, Lunenburg (2009) yang mengkaji tentang kawalan
perilaku guru dan murid menyatakan hubungan yang erat antara guru murid hanya
akan berlaku secara spontan apabila timbulnya konflik antara kedua-dua pihak. Dari
itu beliau menerima teori konflik sebagai antara perkara asas yang membentuk dan
melestarikan hubungan guru murid dan sebaliknya. Interaksi guru-murid dari segi
perbezaan jantina perlu juga diberikan tumpuan. Felelsenthal (1970) mendapati
hubungan dan penekanan guru lebih tertumpu kepada murid lelaki walaupun bilangan
beberapa kelompok sampel berbeza antara satu tempat kajian dengan tempat yang
lain. Wadham (1975) telah menjalankan pemerhatian dalam kes interaksi guru-murid
terhadap kemampuan pengajaran guru berdasarkan respon murid. Dalam kajian
8

tersebut, Wadham (1975) mencatatkan dapatan kajian iaitu setiap pengajaran akan
hanya berlaku dalam keadaan baik sekiranya murid memberi respon yang baik.
Daripada kajian-kajian tersebut, disimpulkan tidak mempunyai isu jantina ke atas
pelajar mahupun guru.
5.0

Literatur

Hubungan antara jantina dengan pendidikan telah mendapat tumpuan ramai pengkajipengkaji lepas. Dalam konteks pendidikan, perbezaan jantina yang berkaitan dengan prestasi
akademik masih menjadi salah satu isu yang menarik untuk dikaji. Bernadin.S (2011)
melaporkan bahawa kajian mengenai gender banyak berkisar mengenai isu kecekapan kendiri
pelajar dalam mata pelajaran sains dan matematik dan juga dari segi penggunaan komputer
yang menunjukkan perbezaan antara gender yang agak ketara. Boleh dikatakan kajian-kajian
tersebut merumuskan bahawa pelajar lelaki mempunyai kecekapan kendiri yang lebih tinggi
berbanding pelajar perempuan dalam bidang berkenaan. Bagaimanapun terdapat juga kajian
yang menunjukkan prestasi pelajar perempuan lebih tinggi (Bridgement &Wendler 1995).
Kajian Xu dan Farell (1992) ke atas pelajar Cina pula tidak menunjukkan keputusan yang
konklusif dari segi jantina dalam dapatan kajian mereka.
Kajian Arnot, David dan Weiner (2009) misalnya telah melaporkan bahawa pelajar
perempuan yang berusia 7, 11 dan 14 tahun memperoleh pencapaian yang lebih baik dalam
mata pelajaran Bahasa Inggeris berbanding dengan pelajar lelaki dalam usia yang sama. Hal
ini selaras dengan dapatan kajian Hugo Nap (2012) yang mendapati bahawa pelajar
perempuan lebih dominan dalam mata pelajaran sastera manakala pelajar lelaki pula lebih
berprestasi tinggi dalam mata pelajaran seperti Matematik dan Fizik, kecuali Bahasa Inggeris
dan Kesusasteraan.
Data daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (2013) mengenai keputusan
peperiksaan awam dari tahun 2007-2012 menunjukkan pelajar perempuan memperoleh
prestasi akademik yang lebih baik berbanding pelajar lelaki dalam peperiksaan awam di
peringkat sekolah rendah (UPSR), menengah rendah (PMR) dan menengah (SPM) dalam
kebanyakan mata pelajaran terutamanya Sains, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan
Matematik.
Antara faktor yang dikaitkan dengan isu mengapa pelajar perempuan lebih baik
berbanding pelajar lelaki termasuklah dakwaan bahawa stail pengajaran dan pengujian yang
lebih berpihak kepada pelajar perempuan. Dapatan kajian yang ditinjau juga mendapati
pelajar perempuan lebih positif dan memberi perhatian yang lebih serius kepada kerja-kerja
sekolah berbanding pelajar lelaki (Maccoby, Eleanor.E (2014). Mereka juga menunjukkan
minat membaca yang lebih baik (McKenna 1997). Pelajar lelaki dan perempuan juga
dikatakan menggunakan stail pembelajaran yang berbeza (Picou, Gatlin-Watts & Packer
1998).

5.1 Teori-teori Yang Berkaitan


Terdapat banyak teori yang melihat bagaimana jantina menentukan proses
pembelajaran seseorang kerana kebolehan deria setiap individu berbeza dari segi
konteks sosial seseorang yg mempengaruhi perkembangan dalam pendidikan untuk
9

menjadi maskulin atau feminin. Teori di bawah menerangkan bagaimana faktor jantina
mempengaruhi pendidikan seseorang dari pelbagai bidang penyelidikan.
5.1.1

Teori Pembelajaran Sosial

Teori yang menekankan individu belajar untuk menjadi maskulin atau feminin melalui
komunikasi dan pemerhatian. Teori pembelajaran sosial mendedahkan bahawa
komunikasi dan interaksi orang lain mengajar kanak-kanak perlakuan jantina yang
sesuai. Kanak-kanak akan meninjau bagaimana ibu bapa, rakan sebaya dan
masyarakat sekelilingnya berinteraksi dan berkomunikasi, kemudian meniru
perlakuan mereka. Mereka belajar mengenali mana satu kelakuan itu positif dan
negatif berdasarkan rangsangan yang diberi ibu bapa dan rakan. Dengan erti kata lain,
perlakuan pelajar atau minat dalam belajar dipengaruhi oleh rangsangan luar yang
dimulakan pada usia yang awal, sekiranya pelajar pada awal meminati dan suka
berada di samping berjantina wanita, maka dia akan selesa dalam belajar dengan
kewujudan jantina tersebut.
5.1.2

Teori Perkembangan Kognitif

Teori memfokuskan bagaimana individu belajar dari berinteraksi dengan orang lain
dalam pembentukan identiti. Ini mengandaikan kanak-kanak boleh memainkan
peranan penting dalam perkembangan identiti mereka. Berdasarkan desakan dalaman
untuk bersaing, pengkaji teori itu berpendapat kanak-kanak telah menggunakan orang
lain sebagai pedoman untuk berkelakuan maskulin atau feminin. Teori ini,
menjelaskan bahawa kanak-kanak melihat bagaimana orang yang sama jantina
dengannya dan berinteraksi dan meniru perlakuan ini. Jadi, kanak-kanak belajar
mengenali kelakuan yang sesuai untuk jantinanya berdasarkan preskripsi sosial yang
diperhatikannya.
5.1.3

Teori Psikologi

Satu lagi perspektif bagaimana jantina mengikut berdasarkan apa yang mereka
pelajari, kanak-kanak akan berkelakuan sejajar dengan tuntutan ciri feminin atau
maskulin. Tetapi, perspektif budaya adalah satu lagi input bagaimana identiti jantina
dibentuk. Disiplin antropologi membongkar keadaan budaya yang berbeza-beza yang
mempengaruhi konsep maskuliniti dan femininiti. Maka, seseorang pelajar itu
mengikuti tuntutan ciri jantina dalam sistem pembelajarannya berasaskan tahap
keselesaan dan budayanya.
Setiap perspektif itu ada kebenarannya oleh sebab setiap manusia dilahirkan
dengan jantina yang tersendiri, maka tidaklah keterlaluan jika dikatakan biologi
memainkan peranan bagaimana kita membesar termasuklah cara pembelajaran.
Namun, sebahagian besar pembentukan identiti itu berdasarkan pembelajaran,
peniruan serta tuntutan adat dan agama yang ditetapkan masyarakat.

10

6.0

Metodologi Kajian

Untuk mengkaji perbezaan prestasi akademik di kalangan pelajar lelaki dan perempuan
dalam sistem pendidikan di Malaysia. Kajian ini merupakan kajian eksploratori
menggunakan data sekunder berasaskan keputusan peperiksaan awam di Sekolah
Kebangsaan Paya Redang , Daerah Pagoh , Muar bagi tempoh lima tahun (2010-2014).
Selain itu soal selidik digunakan ke atas sampel 30 orang pelajar sekolah menengah dan 10
orang guru. Tujuan soal selidik pelajar adalah untuk meninjau gaya pembelajaran, kemahiran
belajar dan perasaan mereka terhadap guru dan sekolah; manakala soal selidik guru meninjau
persepsi mereka terhadap gaya belajar pelajar lelaki dan perempuan, dan interpretasi serta
implementasi kurikulum.
Data kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Statistik
deskriptif iaitu carta graf digunakan untuk melihat perbezaan prestasi antara pelajar lelaki dan
perempuan dalam peperiksaan awam. Manakala, statistic inferensi iaitu ujian t dan analisis
varians multivariate (MANOVA) digunakan untuk mengenal pasti sama ada terdapat
perbezaan yang signifikan dalam faktor-faktor yang dijangkakan boleh mempengaruhi
prestasi akademik di kalangan pelajar lelaki dan perempuan.

7.0

Hasil Dapatan

Keputusan peperiksaan awam (UPSR) pada tahun 2010-2014 menunjukkan pelajar


perempuan memperoleh prestasi yang lebih baik berbanding pelajar lelaki dalam hampir
kesemua mata pelajaran. Perbezaan pencapaian antara pelajar lelaki dan perempuan diteliti
dari segi faktor-faktor yang dijangkakan mempengaruhi perbezaan tersebut. Dapatan kajian
mendapati pelajar perempuan lebih baik dalam tugasan yang memerlukan penghafalan fakta
dan peraturan yang jelas manakala pelajar lelaki lebih cenderung kepada tugasan berbentuk
terbuka yang berkaitan dengan situasi yang realistik dan praktikal. Pelajar perempuan juga
didapati mempunyai ciri-ciri positif yang menyumbang kepada pencapaian prestasi akademik
yang lebih baik berbanding pelajar lelaki.
Berdasarkan analisis prestasi pelajar lelaki dan perempuan dalam peperiksaan awam,
iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSRbeberapa kesimpulan dapat dibuat. Secara
keseluruhan, pelajar perempuan memperoleh keputusan yang lebih baik berbanding pelajar
lelaki dalam hampir kesemua mata pelajaran dalam peperiksaan tersebut, terutamanya bagi
peperiksaan UPSR Keputusan peperiksaan bagi kedua-dua peperiksaan bagi tahun 2010-2014
menunjukkan bahawa pelajar perempuan mengatasi pelajar lelaki dalam semua mata
pelajaran. Sebagai contoh, perbezaan peratus kelulusan bagi peperiksaan UPSR bagi mata
pelajaran matematik dan bahasa Inggeris, masing-masing adalah antara 5.93 10.51 peratus
dan 9.08 25.61 peratus (Rajah 1 dan 2).

11

Selain daripada itu, menurut kajian beliau tentang penempatan kemasukan pelajar
selepas SPM dan STPM ke Universiti Dah Ikhwan (2010) nisbah jantina tidak seimbang ke
Universiti/IPTA, didapati bahawa kemasukan pelajar perempuan ke dalam Universiti awam
bagi tahun 2010 ialah 64.8%, ia itu 26,229 daripada 46,506 tempat yang ditawarkan untuk
program ijazah pertama, berbanding pelajar lelaki hanya 35.2%. Wanita juga mendominasi
program lepasan spm dengan 58.4% berbanding lelaki 41.44% daripada keseluruhan 36,900
t3mpat ditawarkan. Dengan nisbah kemasukan pelajar lelaki hanya 35.2% berbanding 64.8%
untuk pelajar perempuan, ternyata keadaan di Malaysia lebih runcing daripada di negara
negara maju.
Majalah Economist bertarikh 13 September 2011, dalam satu kajian menyatakan
nisbah jantina di negara negara maju (OECD) pada purata semua jurusan menunjukkan
graduan perempuan melebihi lelaki dengan kadar 58% berbanding lelaki 42% .Sungguhpun
demikian nisbah graduan lelaki mendahului perempuan dalam jurusan sains dengan nisbah
60% graduan lelaki berbanding 40% perempuan.

12

8.0

Perbincangan
8.1 Kursus pendidikan guru perlu memberi fokus dalam perbezaan jantina
Kursus pendidikan guru dan latihan dalam perkhidmatan yang dijalankan sekolah,
pejabat pendidikan daerah dan jabatan pelajaran negeri perlu memberi fokus terhadap
perbezaan jenis sekolah dan gaya pembelajaran mengikut jantina bagi meningkatkan
kualiti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Pendidikan guru juga
dicadangkan untuk memberi penekanan kepada kurikulum pendidikan yang lebih
sensitif kepada jantina dan kepelbagaian pelajar. Keprihatinan mengenai
kepelbagaian gaya pembelajaran anak lelaki dan perempuan ini juga membolehkan
ibu bapa menyediakan persekitaran lebih sesuai serta memberi motivasi dan galakan
pembelajaran bersesuaian.
8.2 Kaedah dan pendekatan pengajaran yang lebih kreatif, berinovasi dan sesuai
Guru perlu mempelbagaikan strategi, kaedah dan pendekatan pengajaran yang lebih
kreatif, berinovasi serta disesuaikan dengan gaya pembelajaran pelajar lelaki dan
perempuan. Maklumat persepsi pelajar lelaki dan perempuan terhadap gaya
pembelajaran mereka lebih gemari diharap menjana perspektif dbaru dalam kalangan
pendidik. Mereka perlu membangunkan kaedah pengajaran dan pembelajaran, sumber
dan aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan pelajar serta menghapuskan halangan
pembelajaran. Guru boleh mengubahsuai suasana di dalam bilik darjah seperti
mobiliti,
bunyi
dan
persekitaran
bilik
darjah
tersebut
memenuhi
profil gaya pembelajaran yang lebih digemari pelajar lelaki dan juga pelajar
perempuan. Justeru, guru perlu mengambil kira keadaan serta ruang belajar di dalam
bilik darjah yang lebih kondusif serta selesa dengan keperluan pembelajaran pelbagai
pelajar mereka.
Dapatan kajian Zalizan dan rakan-rakannya (2010) menunjukkan bahawa
keperluan dan gaya pembelajaran pelajar lelaki adalah berbeza dengan pelajar
perempuan. Pelajar perempuan lebih mengamalkan gaya pembelajaran yang bersifat
abstract sequential dan concrete sequential. Besarnya bilangan guru perempuan dan
gaya pengajaran mereka yang lengkap dengan gaya pembelajaran pelajar perempuan
menyebabkan pelajar perempuan memperoleh kelebihan secara kebetulan. Dengan
kata lain, pelajar lelaki mengalami diskriminasi yang tidak disengajakan.
Justeru itu, guru perlu sedar tentang perbezaan gaya pembelajaran antara
pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Guru juga perlu mempelbagaikan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran supaya lebih sesuai dengan gaya pembelajaran pelajar
lelaki dan pelajar perempuan.
8.3 Penggubalan dan Pengisytiharan Dasar National Policy on Women (NPW)
Hak-hak wanita dapat dilihat dengan lahirnya Dasar mengenai Wanita atau National
Policy on Women (NPW) digubal dan diisytiharkan pada tahun 1989. Tujuan utama
dasar ini ialah untuk menentukan bahawa sumber-sumber negara, maklumat yang
diedarkan dan peluang, merebut kemajuan adalah diberikan secara sama rata antara
lelaki dan wanita. NPW memastikan bahawa semua wanita, daripada pelbagai sektor
pekerjaan, di satu padukan dan menyumbang mengikut kebolehan, keupayaan dan
13

keperluan ke arah memajukan kaum wanita keseluruhan. Aspek-aspek yang dikenal


pasti yang perlu diatasi adalah kemiskinan, gejala buta huruf (literasi), cetek
pengetahuan dan kurang pendedahan dan lain-lain. Jadi dari segi undang-undang hak
wanita untuk mendapatkan pendidikan dan menggunakan peluang-peluang pendidikan
sepenuhnya adalah terjamin.
8.4 Peranan pihak Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan Kerajaan
Pihak IPT haruslah menawarkan lebih banyak kursus yang digemari oleh pelajar
lelaki. Pada masa sekarang, kebanyakan lelaki tidak minat belajar. Oleh itu, pihak IPT
harus menawarkan lebih banyak kursus yang istimewa dan dapat menarik minat
pelajar lelaki untuk melanjutkan pelajaran ke IPT. Selain itu, pihak IPT tidak harus
hanya menerima pelajar perempuan yang lebih mahir daripada pelajar lelaki. Pihak
IPT juga harus memberi peluang kepada pelajar lelaki yang ingin melanjutkan
pelajaran ke IPT.
Kerajaan juga harus mengadakan ceramah di sekolah untuk menggalakkan
pelajar lelaki melanjutkan pelajaran ke IPT. Melalui cara ini kita dapat memupuk
semangat belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh dalam kalangan pelajar
lelaki. Dengan ini, pelajar lelaki dapat bersaing secara sihat dengan pelajar perempuan
di IPT. Pelajar lelaki harus sedar bahawa mereka akan dipandang rendah apabila taraf
pendidikan mereka lebih rendah daripada kaum wanita.
Bukan itu sahaja, .tawaran khas seperti membekalkan biasiswa, pinjaman dan
tempat tinggal harus ditawarkan khusus kepada pelajar lelaki. Keadaan ini dapat
menarik minat pelajar lelaki melanjutkan pelajaran ke IPT. Penawaran biasiswa dan
pinjaman kepada keluarga mereka pasti dapat membantu pelajar lelaki tersebut
membiayai pengajian semasa belajar di universiti. Mereka tidak perlu risau mengenai
masalah kewangan yang dihadapi oleh keluarga mereka. Dengan ini, keadaan
kekurangan pelajar di IPT dapat diatasi. Oleh itu, strategi ini merupakan salah satu
langkah yang berkesan untuk mengatasi masalah
kekurangan bilangan pelajar di
IPT.
8.5 Memberi fokus terhadap Akta Pendidikan Kesamarataan Jantina
Akta Pendidikan Kesamarataan Jantina yang telah diumumkan pada 23 Jun 2004 telah
mengisystiharkan banyak perkara ke atas kesamarataan jantina. Antara salah satu ialah
mempertingkatkan kesamarataan kedudukan jantina secara substantif, penghapusan
diskriminasi jantina, pemeliharaan martabat manusia, memupuk dan membentuk
sumber pendidikan dan persekitaran kesamarataan jantina. Pendidikan kesamarataan
jantina adalah merujuk kepada penghapusan diskriminasi jantina melalui pendidikan
dan peningkatan kesamarataan kedudukan jantina secara substantif.
Dalam akta tersebut, pihak berkuasa pusat harus menetapkan Jawatankuasa
Pendidikan Kesamarataan Jantina dan kewajipannya dalam merancang peraturan,
dasar dan rancangan pelaksanaan tahunan berkaitan kesamarataan jantina
kebangsaan. Selain itu, pihak berkuasa patut membuat penyelarasan dan integrasi
sumber yang berkaitan untuk membantu dan melengkapi pemerintahan daerah dan
sekolah-sekolah, lembaga pendidikan sosial yang diawasi olehnya untuk
melaksanakan pendidikan kesamarataan jantina dalam pelaksanaan dan
14

pembangunan. Pengawasan dan penilaian kerja-kerja berkaitan dengan pendidikan


kesamarataan jantina yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan dan sekolahsekolah, lembaga pendidikan sosial yang diawasinya. Mempromosikan kurikulum,
pengajaran, penilaian dan isu-isu yang berkaitan dengan kajian dan pembangunan
pendidikan kesamarataan jantina. aPerancangan dan pelaksanaan latihan untuk
anggota-anggota pendidikan kesamarataan jantina. Menyediakan perkhidmatan
perundingan berkaitan dengan pendidikan kesamarataan jantina dan penyiasatan serta
pengendalian kes-kes yang berkaitan dengan akta ini. aMempromosikan
kesamarataan jantina dalam pendidikan keluarga dan pendidikan sosial secara
kebangsaan. Hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan kesamarataan jantina secara
kebangsaan. Dengan itu, isu jantina dalam pendidikan dapat ditangani dengan
sepenuhnya dengan akta dan usaha pihak berkuasa.

9.0

Kesimpulan

Kesamarataan dalam gender dalam konteks Pendidikan semakin diperkatakan dalam arus
pemodenan ini. Perempuan dan lelaki harus mendapatkan kesamarataan dalam
akses pendidikan. Semua orang, baik perempuan maupun lelaki mempunyai hak atau
kesempatan untuk diberi pendidikan samarata tanpa mengira jantina, kaum mahupun bangsa.
Di Malaysia tidak terdapat sebarang catatan dalam mana-mana dokumen yang membezakan
hak pendidikan kaum lelaki dan perempuan. Dalam Perlembagaan Malaysia, artikel 8,
disebutkan juga bahawa semua warganegara adalah sama dari segi undang-undang dan
mereka berhak diberi perlindungan undang-undang yang sama. Gender di era global
berkaitan dengan kesadaran, tanggungjawab lelaki, pemberdayaan perempuan, hak-hak
perempuan termasuk hak dalam pendidikan.Selain itu, guru akan menjadi agen perubahan
yang sangat menentukan bagi terciptanya kesetaraan gender dalam pendidikan melalui proses
pembelajaran yang peka gender. Hal ini seterusnya dapat melahirkan modal insan berminda
kelas pertama yang memang diperlukan negara untuk merealisasikan Wawasan 2020.

15

Rujukan
Abdul Muhsien B. Sulaiman. (2014). Peranan Guru Pendidikan Islam Dalam Pembentukan
Akhlak Murid Dari Aspek Hubungan Guru-Murid Berasaskan Abu Talib Al-Makki.
Tesis Institut Pengajian Siswazah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Arnot, M., David, M. dan Weiner, G. (2015). Educational reforms and gender equality in
schools. Dalam Gaine, G. dan George, R. "Gender, 'race' and class in schooling: A
new introduction". London: Falmer Press.
Aysit Tansel Nil Gungor , (2013),"Gender effects of education on economic development in
Turkey", Journal of Economic Studies, Vol. 40 Iss 6 pp. 794 821
Barbara Orser, Joanne Leck, (2010),"Gender influences on career success outcomes",
Gender in Management: An International Journal, Vol. 25 Iss 5 pp. 386-407
Brophy, J. E. (2013). Research on the self-fulfilling prophecy and teacher expectations.
Journal of Educational Psychology, 75, 631-661.
Dah Ikhwan. (2010). Nisbah Jantina Tidak Seimbang Ke Universiti/IPTA. Dilayari pada 15
Oktober 2015 menerusi https://dahalmi.wordpress.com/2010/07/11/nisbah-jantinatidak-seimbang-ke-universitiipta/.
Dewi Turgarini, S.S. MM.Par. (2012). Penelitian Tentang Wanita Sunda Bergema Di
Negara
Malaysia. Dilayari pada 18 Oktober 2015 menerusi
http://fpips.upi.edu/berita-573-penelitian-tentang-wanita-sunda-bergema-dinegara-malaysia.html
Dra Siti Zumrotun Mag. (2011). Ketidakadilan Gender Terjadi dalam Pendidikan.
Dilayari
pada
16
Oktober
2015
menerusi
http://suaramerdeka.com/v1/index.php/pendidikan/newsdetail/48637/Ketidakadi
lan- Gender-Terjadi-dalam-Pendidikan
Elaine Berkery, Michael Morley, Siobhan Tiernan, (2013),"Beyond gender role stereotypes
and requisite managerial characteristics: From communal to androgynous, the
changing views of women",Gender in Management: An International Journal, Vol. 28
Iss 5 pp. 278-298
Hassan Jorfi, Hashim Fauzy Yaccob & Ishak Md Shah. (2012). Role of gender in emotional
intelligence: relationship among emotional intelligence, communication effectiveness
and job satisfaction international. Journal of Management. 29 (4): 590-587.
Harding, Jan. (1979). Sex differences in examination performance at 16+. Physics Education,
14, 280288.
Hugo opo, Nancy Daza, Johanna Ramos, (2012),"Gender earning gaps around the world:
a study of 64 countries", International Journal of Manpower, Vol. 33 Iss 5 pp. 464513

16

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2011). Sistem Pendidikan Lahirkan Ketidakseimbangan


Gender.
Dilayari
pada
15
Oktober
2015
menerusi
http://buletinkpm.blogspot.my/2011/05/sistem-pendidikan-lahirkan.html.
Langone, K. G., & Glickman, R. M. (2013). Common functions of school problem. Child
Study Center, 7(2), 1-5
Ilias Livanos Konstantinos Pouliakas, (2012),"Educational segregation and the gender wage
gap in Greece", Journal of Economic Studies, Vol. 39 Iss 5 pp. 554 575
Maccoby, Eleanor E., and Jacklin, Carol N. (2014). The psychology of sex differences.
Stanford, CA: Stanford University Press
Mihaela Enache, Jose M. Sallan, Pep Simo, Vicen Fernandez, (2011),"Career attitudes and
subjectivecareer success: tackling gender differences", Gender in Management: An
International Journal, Vol. 26 Iss
3 pp. 234-250
Nan S. Langowitz I. Elaine Allen Mary Godwyn, (2013),"Early-career outcomes and gender:
can
Nurciana Nasaruddin, Zalizan Mohd Jelas & Saemah Rahman. (2010). Jurang pencapaian
akademik mengikut gender dan jenis sekolah di Sekolah Menengah Agama
Negeri. International Journal of Learner Diversity, 2 (1). pp. 135-146. ISSN 21801630
Siti Khaidah Bt Ab Manan. et.al (2003). Kajian Mengenai Pencapaian Akademik PelajarPelajar Di Uitm Shah Alam: Satu Analisa Perbandingan Antara Jantina. Institut
Penyelidikan, Pembangunan & Komersialisasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Thomas Couppi, Arnaud Dupray, Stphanie Moullet, (2014),"Education-based occupational
segregation and the gender wage gap: evidence from France", International Journal
of Manpower, Vol. 35 Iss 3 pp. 368-391
Violetta Khoreva, (2011),"Gender pay gap and its perceptions", Equality, Diversity and
Inclusion: An International Journal, Vol. 30 Iss 3 pp. 233-248
Zalizan Mohd Jelas, Saemah Rahman, Roselan Baki & Jamil Ahmad. (2005). Prestasi
Akademik Mengikut Gender. Jurnal Pendidikan 30:93 111.

17

Anda mungkin juga menyukai