Anda di halaman 1dari 7

PROGRAM HARI 1 MALAYSIA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT BAGI TAHUN 2015


CUE
Penilaian Makanan dan
Pakaian

TEKS

TINDAKAN

Warga dewan yang dimuliakan,


Majlis pada pagi ini dimulai dengan sesi Penilaian Makanan dan Pakaian
yang telah disediakan oleh para pelajar PISMP Ambilan Januari 2013.

Ketibaan En. Doti bin


Asing, Timbalan
Pengarah IPG Kampus
Kent
Nyanyian Lagu
Negaraku, Sabah
Tanah Airku dan IPG
Salutasi

Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Encik Doti bin Asing, Timbalan


Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran.

Nyanyian Lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Institut Pendidikan


Guru.

Hadirin mohon bersedia.


Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillahi rabbil alamin
Wassolatu wassalamu ala asyrafil anbiyai walmursalin
Wa ala alihi wasahbihi ajmain.
Assalamualaikum w.b.t , salam sejahtera, salam 1 Malaysia dan salam 1
Kent.
[Rujuk VIP LIST ]
(C)
Selamat
Datang/welcome/HuanYin/
(G)
Namaste/Selamat
Datai/Sonong Kinorikatan ke :
(R)PROGRAM HARI 1 MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT BAGI TAHUN 2015

PROGRAM HARI 1 MALAYSIA


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT BAGI TAHUN 2015

Aluan Pengerusi

Terlebih dahulu, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi


kerana limpah perkenan dan kurniaNya, kita dapat berhimpun untuk
bersama-sama menjayakan majlis pada pagi ini.
We would like to express our appreciation to our Deputy Director for his
support in our programme today.

Bacaan Doa

Cantik bersulam kebaya nyonya,


Ronanya merah menambat hati,
Tangan ditadah mohon rahmatNya,
Semoga majlis akan diberkati.
Oleh itu, marilah kita bersama-sama menadah tangan memohon doa yang
akan dizahirkan. Bagi tujuan itu, majlis dengan sukacita menjemput
Saudara Muhammad Afifi bin Abu Bakar bagi memimpin bacaan doa.
(BACAAN DOA)

Deskriptif program
Persembahan tarian

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Saudara Muhammad


Afifi bin Abu Bakar atas pimpinan bacaan doa itu sebentar tadi.
(Rujuk Tentatif)
Yang berusaha Timbalan Pengarah, tuan-tuan, puan-puan, saudara dan
saudari,
Majlis pada pagi ini beralih ke persembahan tarian 1 Malaysia yang akan
dipersembahkan oleh tiga Unit PISMP Ambilan Januari 2013.

RGC

PROGRAM HARI 1 MALAYSIA


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT BAGI TAHUN 2015
Oleh itu, tanpa membuang masa majlis menjemput :
1.

PISMP Bahasa Inggeris Ambilan Januari 2013 (R)

2.

PISMP Sejarah Ambilan Januari 2013 (G)

3.

PISMP Bahasa Arab Ambilan Januari 2013 (C)

untuk mempersembahkan tarian 1 Malaysia.


Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.
Demikianlah tadi persembahan hebat yang telah dipersembahkan oleh Unit
PISMP ______________________ Ambilan Januari 2013.

Untuk pengetahuan hadirin sekalian, pameran makanan, pakaian dan


persembahan tarian pada hari ini telah dinilai oleh tiga orang pensyarah
yang terdiri daripada:

Cik Hajah Dayang Mayang binti Awang Abas

Encik Chan Hou Fock

Encik Datu Raiman bin Datu Kauman


Majlis merakamkan ucapkan ribuan terima kasih.

PROGRAM HARI 1 MALAYSIA


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT BAGI TAHUN 2015
Tayangan multimedia

Ladies and gentlemen,

Next, let us all focus on the main screen to watch a video in conjuction with
Program Hari 1 Malaysia Kent Teacher Trainees Institute 2015.
Let us watch it together.
(TAYANGAN MULTIMEDIA)

Ucapan pengerusi

Ladies and gentlemen,


For your information, the video was prepared by the Multimedia Committee.
Hadirin yang dimuliakan,

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Saudari Rozzarieca Jamieus,


Pengerusi Program Hari 1 Malaysia Institut Pendidikan Guru Kampus
Kent 2015 untuk menyampaikan ucapan aluan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
(UCAPAN)

Penyampaian sijil dan


cenderahati penilai

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Saudari Rozzarieca


Jamieus atas ucapan aluan sebentar tadi.
Mudik ke hulu sungai diredah,
Singgah dermaga bertemu taulan,
Bertanding sudah, Persembahanpun sudah,
Kini penghargaan kita serahkan.

PROGRAM HARI 1 MALAYSIA


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT BAGI TAHUN 2015

Ladies and gentlemen,


G
Now, todays programme will proceed on to the certificate and prize giving
ceremony to the judges and the participants.
Untuk tujuan itu, majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha
Encik Doti bin Asing, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru
Kampus Kent diiringi oleh Yang Dihormati Puan Juliana Dumpil, Ketua
Jabatan, Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan untuk naik ke pentas bagi
menyempurnakan majlis.
Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.
Dipersilakan, barisan penilai pameran dan persembahan

Cik Hajah Dayang Mayang

Encik Chan Hou Fock

Encik Datu Raiman bin Datu Kauman

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Timbalan


Pengarah atas kesudian menyempurnakan majlis penyampaian sijil dan
cenderahati itu tadi.
Ucapan perasmian
penutupan

Warga dewan yang dimuliakan


Seterusnya, Majlis dengan penuh takzim dan sukacitanya menjemput
Yang Berusaha Encik Doti bin Asing, Timbalan Pengarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Kent untuk menyampaikan ucapan seterusnya

PROGRAM HARI 1 MALAYSIA


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT BAGI TAHUN 2015
menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Program Hari 1
Malaysia Institut Pendidikan Guru Kampus Kent Tahun 2015.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
(UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN)

Lagu 1 Malaysia

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Timbalan


Pengarah di atas ucapan perasmian penutupan itu tadi.
Hadirin,
C
Majlis pada pagi ini dimeriahkan lagi dengan Nyanyian 1 Malaysia sebagai
simbolik Program Hari 1 Malaysia Insititut Pendidikan Guru Kampus
Kent bagi tahun 2015.

Penutup

Hadirin mohon bersedia.


Hadirin dan hadirat,

Dengan berakhirnya nyanyian lagu 1 Malaysia sebentar tadi, maka


tamatlah sudah majlis kita pada hari ini.
Rakaman setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih Yang Berusaha
Timbalan Pengarah kerana sudi bersama-sama kita menjayakan majlis
pada hari ini.
Congratulations to the committees for their hard work, effort and
cooperation in making this programme a success.
Sebagai juruacara majlis pada hari ini, kami ingin memohon maaf sekiranya

PROGRAM HARI 1 MALAYSIA


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT BAGI TAHUN 2015
terdapat kesulitan sepanjang berlangsungnya majlis ini. Sesungguhnya
segala yang baik datangnya dari Allah SWT dan segala kelemahan yang
ada berpunca dari kelemahan diri kami. Semoga kita berjumpa lagi pada
masa akan datang.
Daun pegaga bebunga kantan,
Ulaman sihat penuh rahsia,
Berkobar warga pertahankan watan,
Semarak semangat 1 Malaysia.
Sekian,
Wabillahi taufik walhidayah,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sesi Fotografi

Jamuan Makan

Terima kasih/Thank You/Xie Xie/Pounsikou


Majlis menjemput Yang Berusaha Timbalan Pengarah bersama tetamu
jemputan yang lain untuk sesi fotografi bersama PISMP Ambilan Januari
2013.
Majlis menjemput Yang Berusaha Timbalan Pengarah bersama tetamu
jemputan yang lain untuk menikmati jamuan yang telah disediakan.

Anda mungkin juga menyukai