Anda di halaman 1dari 6

Baik buruk guru wanita lebih ramai daripada guru lelaki

Perangkaan Kementerian Pelajaran Malaysia sehingga Januari 2008 menunjukkan


jumlah guru di negara ini ialah 360,795 orang. Kira-kira 243,859 atau 57.6%
daripada jumlah ini merupakan guru wanita. Ketidakseimbangan yang ketara antara
kedua-dua jantina guru ini boleh membawa pelbagai implikasi terhadap sekolah dan
para pelajar.
Dengan bertambahnya bilangan guru wanita, masalah disiplin di sekolah
dikatakan semakin meningkat. Gejala-gejala disiplin seperti berambut panjang,
ponteng sekolah, melawan guru, bergaduh dan sebagainya semakin meningkat.
Masalah ini timbul kerana guru wanita tidak ditakuti dan dianggap kurang berwibawa
serta gayanya yang lembut dan fizikalnya yang lemah. Lantaran itu, mereka gerun
untuk merotan pelajar ataupun mengejar pelajar ponteng seperti mana guru lelaki.
Segala amaran dan dendaan guru wanita dianggap remeh dan tidak lebih daripada
rutin yang mereka hadapi bersama ibu di rumah. Akhirnya, mereka berterusan
melakukan pelbagai gejala disiplin.
Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran di kelas akan terjejas apabila
guru-guru wanita begitu kerap mengandung dan bersalin. Peruntukan cuti enam
puluh hari oleh kerajaan memberi kesan besar kepada pelajar. Apabila cuti, sukatan
pelajaran yang ditetapkan tidak dapat dihabiskan. Lebih malang lagi, apabila pelajar
yang menjadi mangsa ini Bakal menduduki peperiksaan utama seperti Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) dan lain-lain lagi. Hal ini kerana pelajar terpaksa
menghadapi kelas dan subjek berkenaan tanpa panduan dan bimbingan guru.
Natijahnya, mereka akan ketinggalan dalam pelajaran dan gagal dalam peperiksaan.
Di samping itu, masalah juga timbul apabila gerak kerja kokurikulum hendak
diadakan sama ada di peringkat sekolah, daerah ataupun negeri. Ramai guru wanita
yang tidak mahu atau enggan aktif dalam kegiatan ini apabila mereka sudah
bersuami dan berkeluarga. Keadaan mereka yang mengandung atau masih dalam
pantang menyukarkan aktivitiaktiviti kokurikulum dilakukan di sekolah. Kekangankekangan ini boleh menjejaskan kelancaran aktiviti kokurikulum yang dirancang
untuk pelajar. Oleh itu, hasrat melahirkan pelajar yang sihat, berdisiplin dan
mempunyai sahsiah terpuji menjadi sukar.
Namun begitu, bilangan guru wanita yang ramai di sekolah juga boleh
membawa pelbagai kebaikan kepada sekolah. Ramainya guru wanita mencerminkan
mereka merupakan golongan yang pintar dan rajin. Justeru, guru wanita boleh
rnenunjukkan kerajinan dan kesungguhan mereka ketika mengajar. Guru yang rajin
dan berusaha tanpa jemu dalam mendidik akan berjaya juga akhirnya. Bak kata
peribahasa `kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Dengan guru
seperti ini, para pelajar akan mulai berminat dengan pelajaran mereka. Kerajinan
guru telah berjaya mengubah sikap dan semangat pelajar ke arah kejayaan.
Antara kelebihan guru wanita berbanding guru lelaki ialah mereka pandai memujuk
dan menasihati. Kelebihan ini jika dieksploitasikan dengan sempurna akan memberi
sumbangan besar kepada diri pelajar. Pelajar-pelajar perempuan yang bermasalah,
misalnya lebih suka menemui guru wanita daripada guru lelaki. Persamaan jantina
menjadikan mereka lebih mudah berbicara dan saling memahami. Secara tidak
langsung, guru wanita telah berjaya berperanan sebagai kaunselor dalam

menyelesaikan masalah pelajar seperti ponteng atau menagih dadah. Jadi, tidak
dapat dinafikan bahawa guru wanita yang ramai boleh mendatangkan pelbagai
kebaikan kepada para pelajar.
Kesimpulannya, peningkatan jumlah guru wanita berbanding guru lelaki membawa
implikasi buruk baiknya yang tersendiri. Profesion keguruan diakui umum sebagai
amat sesuai dengan perwatakan wanita. Namun, minat golongan lelaki terhadap
kerjaya guru harus dipupuk agar tugas mendidik menjadi lebih senang.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kekurangan guru lelaki di sektor pendidikan


Kekurangan guru lelaki di sektor pendidikan sudah lama mencetuskan kebimbangan
sekali gus memberi mesej bahawa tindakan wajar perlu diambil bagi menangani
kemelut ini.
Biarpun pelbagai insentif menarik ditawarkan, ia belum mampu menarik minat
golongan Adam bergelar warga pendidik yang ramai didominasi wanita.
Apakah kerana melihat ia kerjaya bersifat feminin menjadikan mereka menolak
untuk bergelar guru atau tanggapan bidang ini tidak sesuai kerana kurang
mencerminkan ciri lelaki maskulin?
Jikalau berterusan ditolak, apakah kesudahan masa depan lelaki dalam bidang
perguruan di negara ini?
Pensyarah Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Profesor Dr Othman Lebar berkata, isu yang
perlu diperhalusi bukanlah jumlah tapi bagaimana menarik minat golongan lelaki
menjadi guru.
Beliau berkata, kekurangan minat itu memang jelas dibelenggu persepsi bahawa jika
lelaki menjadi guru, ia akan menghilangkan sifat maskulin.
Kekurangan jumlah itu perlu dilihat daripada kemerosotan bilangan penyertaan
golongan lelaki ketika melanjutkan pengajian di maktab atau universiti.

Apabila kurang yang memohon, ia memberi kesan kepada jumlah yang


menamatkan pengajian untuk menjadi guru.
Justeru, isu asas yang harus diselesaikan ialah bagaimana menarik minat golongan
itu menjadi guru.
Jika penyelesaian itu ada, jumlah lelaki yang mahu menjadi guru pasti akan
meningkat, katanya.
Statistik Kementerian Pendidikan sehingga akhir tahun lalu mendapati, terdapat
127,744 guru lelaki dan 287,723 guru wanita di sekolah seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 72,399 guru lelaki dan 165,485 guru wanita mengajar di sekolah
rendah manakala 55,345 guru lelaki dan 122,238 wanita di sekolah menengah.
Jumlah itu membenarkan andaian bahawa lelaki memang tidak suka menjadi guru
kerana pelbagai sebab, antaranya sifat maskulin.
Namun, beliau kurang bersetuju faktor maskulin menjadi faktor utama mengapa
golongan lelaki tidak berminat menjadi guru.
Masyarakat kita memang suka membuat persepsi yang bukan-bukan. Siapa kata
lelaki jadi guru akan hilang sifat macho?
Cuba lihat sekolah waktu dulu, siapa paling ramai, paling tegas dan paling
berwibawa menjadi guru jika bukan lelaki?
Sampai tua pun, generasi dulu ingat betapa garangnya guru lelaki yang cukup
sinonim dengan rotan. Mereka jadi guru tapi sifat lelaki tidak hilang malah boleh
menjadi guru terbaik dan diingati pelajar walaupun selepas menamatkan pengajian,
katanya.
Tidak menafikan persepsi itu timbul rentetan banyaknya guru wanita mendominasi
bidang perguruan hingga tenggelam golongan lelaki.
Senario ini tidak boleh dielak kerana mereka (wanita) adalah golongan yang

mendominasi kemasukan di institusi termasuk bidang pendidikan.


Jadi, kita akan lihat guru wanita lebih ketara berbanding kelibat lelaki. Tapi ini bukan
sebab untuk menafikan atau memperlekehkan kehadiran guru lelaki kerana
keperluan mereka penting.
Lelaki yang mahu jadi guru kurang dan lebih suka memohon kerjaya lain. Kita tidak
boleh menyekat keinginan mereka.
Justeru, jika ramai memohon adalah wanita, berilah laluan itu kepada mereka
biarpun jurang populasi akan meningkat, katanya.
Kehadiran guru lelaki di sekolah mampu mengimbangkan perjalanan sistem tugasan
guru terutama pelarasan tugas yang kurang mampu ditangani guru wanita.
Contohnya aspek disiplin, guru lelaki lebih sesuai menangani masalah pelajar
bermasalah.
Jadi, jika berterusan kekurangan guru lelaki, lama-kelamaan aspek ini akan menjadi
kurang kawalan dan boleh menimbulkan masalah lain.
Sebab itu, peranan guru lelaki dalam mengendali dan mentadbir sistem
persekolahan perlu ada supaya keseimbangan, katanya.
Kecenderungan lelaki memilih bidang pekerjaan lain juga, katanya, bertitik tolak dari
pandangan buruk diberikan masyarakat yang gemar melabelkan pekerjaan guru
sebagai terlalu mencabar, tertekan dan terlalu sibuk.
Melihat kesengsaraan guru hari ini, memanglah boleh memadamkan minat lelaki
ke arah itu tapi saya tegaskan mana-mana pekerjaan pun pasti ada cabaran.
Bezanya, cara kita menangani cabaran itu, katanya.
Dilema yang dihadapi guru hari ini turut menjadi bidang perguruan semakin jauh
daripada golongan lelaki.

Dulu, kebanyakan guru disiplin diberi tanggung jawab kepada guru lelaki dan
mereka bebas melakukan hukuman bagi membentuk disiplin pelajar.
Tapi guru hari ini terlalu banyak sekatannya menyebabkan penghormatan sebagai
guru semakin diperkecilkan.
Justeru, tidak boleh salahkan mereka andai kata enggan memilih pekerjaan ini
sebab setiap orang ada keinginan berbeza, katanya.
Beliau bagaimanapun berharap agar tanggapan mengenai bidang perguruan
diperbetulkan.
Masa depan guru sangat luas, bukan menjadi guru sampai pencen kerana banyak
pilihan pekerjaan seperti pensyarah.
Bergelar guru adalah satu penghormatan, bukan diukur dengan wang ringgit. Tanpa
mereka, kita mungkin tidak berada seperti apa yang dikecapi hari ini, katanya.
- HARIAN METRO
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------(Masalah) Kekurangan Guru Lelaki di Malaysia

Baru-baru ini, Lebih 80 peratus atau 54,400 daripada kira-kira 68,000 permohonan
untuk mengikuti Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI) yang diterima
Kementerian Pelajaran bagi pengambilan Jun depan membabitkan golongan wanita.
Persolaannya, di manakah golongan lelaki? Adakah masalah kekurangan guru
lelaki di Malaysia akan berterusan dan bertambah serius? Sehinggakan ada
mengatakan kekurangan guru lelaki di sekolah hari ini menjadi faktor utama
peningkatan masalah disiplin kebelakangan ini
Dahlapelajar lelaki menjadi golongan minoriti di IPTA, ditambah pula kekurangan
guru lelaki di sekolah. Tidak dinafikan bidang perguruan, kedoktoran, kejururawatan
memang menjadi pilihan golongan wanita.
Kalau di sekolah, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan, baik guru lelaki
mahupun guru wanita. Kebiasaannya, hasil kerja guru lelaki tidak akan sama
dengan guru wanita begitu juga impak guru wanita tidak akan sama dengan guru
lelaki. Itu sebabnya apabila mereka mampu bersatu dan berganding bahu dengan

baik, institusi pendidikan di sekolah mampu dipertingkat. Tetapi jikalau bilangan


atara guru lelaki dan guru wanita tampak tempang? Apa kesannya?
Memang betul ibubapa sekarang banyak yang lepas tangan, yang laksanakan
tanggungjawab mereka sebagai ibubapa dengan baik saya ucapkan tahniah dan
syabas. Itu yang remaja sekarang jadi rosak. Kemudian apabila di sekolah, pelajar
yang bermasalah inilah yang buat perangai. Jadi suka atau tidak, memang guru
lelaki memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah disiplin di
sekolah. Takkan mahu dibiarkan begitu sahaja bukan? Akhirnya pelajar naik
kepala..

Kepada golongan lelaki jika anda berminat tetapi dalam pada masa yang sama
kurang berkeyakinan untuk menjadi guru bolehlah mencuba untuk jadi guru
sandaran, guru kontra atau guru ganti. Rasai dahulu pengalaman bergelar guru,
kemungkinan minat yang sepenuh hati akan datang kemudiannya. Kalau berminat,
apa salahnya diteruskan. Sekurang-kurangnya bebanan kekurangan guru
lelaki dapat diatasi sedikit demi sedikit.
Dalam apa juga kerja sekalipun mesti datang MINAT. Minat juga datang daripada
pendedahan dan peluang. Tidak dinafikan ramai golongan lelaki yang ingin menjadi
guru sebenarnya ditambah pula lambakan golongan graduan mengangur di luar
sana terutama graduan lelaki yang sebenarnya ramai berkeinginan untuk menjadi
guru. Betul tak? Mungkin Kementerian Pelajaran Malaysia kurang-kurangkanlah
birokrasi. Bagi saya, kehadiran guru lelaki dan perempuan adalah saling melengkapi
dalam institusi pendidikan.
Kalau mengikut kepada Future Studies yang diketuai oleh Prof Abu
Hassan, kekurangan guru lelaki boleh mempengaruhi pelajar-pelajar lelaki untuk
jadi lembut kerana ramainya ramainya guru-guru wanita di sekolah
Jadi cikgu umpama lilin membakar diri. Dulu mungkin kita biasa mendengar.
Sekarang saya nak ingatkan diri saya sendiri dan juga pembaca sekalian. Ingat,
manfaat seorang guru adalah, ilmunya tak akan putus sepanjang zaman. Ia akan
dikongsi, diperturunkan dari anak muridnya sampai ke generasi berikutnya. Pahala
mendidik ilmu pengetahuan akan terus mengalir walaupun seorang guru menjadi
penghuni alam barzakh. Ilmunya ibarat sedekah, yang pahalanya berterusan
sepanjang masa.

Anda mungkin juga menyukai