Anda di halaman 1dari 6

TEMA 4: SEJARAH KULINARI

Cadangan penyelidikan
1. Tajuk
Sejarah asal-usul sate dan perkembanganya di Pulau Pinang dari tahun 1900
hingga tahun 2000.
2. Pengenalan
Sate atau lebih dikenali sebagai satay merupakan suatu hidangan makanan yang
amat popular di Malaysia dan di beberapa negara yang lain di Asia Tenggara seperti
Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand, Filipina dan banyak lagi. Sate juga
terkenal di
Belanda kerana kemasukan masakan daripada Indonesia. Hal yang demikian
kerana
ramai orang Indonesia dibawa oleh penjajah Belanda ke Guyana
untuk menjadi buruh
paksa di sana. Mungkin mereka inilah yang membawa budaya sate
ke benua Amerika
Selatan. Di Malaysia, kebanyakan orang-orang Melayu tidak makan
daging sematamata. Oleh itu, kebiasaannya hidangan ini turut disertakan dengan
nasi dalam bentuk
ketupat. Sate mudah untuk disediakan dan di bawa ke mana-mana
kerana dicucuk
dengan lidi kelapa atau buluh. Di samping itu, hidangan sate ini
juga popular dengan
kuahnya dan ditambah dengan bawang merah serta timun, selain
ketupat nasi atau nasi
impit.
Selain itu, terdapat banyak teori yang mengatakan bahawa
hidangan sate ini

berasal daripada Malaysia dan Thailand. Namun, hidangan sate ini


sebenarnya berasal
daripada Jawa, Indonesia. Pada awalnya, hidangan sate ini ambil
daripada kebab yang
berasal daripada India dan kemudianya dibawa masuk oleh
pedagang-pedagang Islam.
Walaubagaimanapun, India tidak boleh membuat tuntutan mengenai
asal-usul sate
kerana hidangan tersebut merupakan warisan pengaruh dari Timur
Tengah.

Seterusnya, terdapat banyak teori mengenai asal-usul sate


tetapi di Malaysia, sate dipercayai diperkenalkan oleh Haji Tasmin Bin
Sakiban di pusat bandar Kajang sekitar tahun 1900. Beliau
menjualnya dari rumah ke rumah dan di sepanjang jalan kerana
perniagaan ini adalah jenis perniagaan bergerak ataupun peniagaan
kandar. Namun, pada era yang serba moden ini menjadikan teknologi
penghasilan sate menjadi lebih cekap dan pantas. Oleh itu, dalam
kajian ini akan dikupas mengenai pelbagai teori asal-usul sate serta
perkembanganya dalam menjadi hidangan popular.
3. Objektif Kajian
Kajian yang dilaksanakan ini ialah kajian yang berbentuk teroka. Sebelum ini,
telah ada kajian yang dilakukan berkenaan dengan sate. Namun, kajian tersebut
menjurus kepada aspek yang berlainan. Antara mereka yang terlibat dalam kajian
berkenaan adalah C.Y. Cheok dan N.L. Chin. Kedua-dua pelajar ini
merupakan pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan di
Universiti Putra Malaysia (UPM) yang melakukan kajian tentang kesan

perubahan tekstur dan fizikal sate melalui kemasukan air asam jawa
dan garam. Oleh itu, kajian yang saya lakukan ini akan
mengemukakan penelitian yang lebih lanjut mengenai teori asal-usul
sate dan perkembanganya dalam menjadi hidangan makanan yang
popular di Malaysia agar generasi pada masa hadapan akan lebih
mengenali sate dengan lebih mendalam.
4. Persoalan Kajian
Dalam kajian ini, terdapat beberapa persoalan antaranya adalah untuk mengkaji
teori asal-usul sate. Selain itu, dapat diketahui sejauhmanakah perkembangan yang
dialami oleh hidangan sate ini dengan lebih terperinci. Seterusnya, perkembangan
kemajuan teknologi penghasilan sate ini dalam meningkatkan pengeluaran sate akan
dapat diketahui. Akhir sekali, cara-cara pemasaran sate di sekitar Pulau Pinang dalam
meningkatkan ekonomi negara dapat dipertonjolkan dengan lebih berkesan.
5. Skop kajian
Skop kajian diperincikan kepada tiga iaitu skop masa, skop bidang dan skop
tempat. Skop masa adalah dari tahun 1900 hingga tahun 2000. Saya memilih skop
masa ini iaitu tahun 1900 hingga tahun 2000 kerana pada tempoh masa inilah
hidangan sate ini semakin berkembang di sekitar Malaysia.
Skop bidang pula, tertumpu kepada sejarah asal-usul sate. Di samping itu, skop
bidang ini juga akan dikaji daripada aspek teknologi iaitu kemajuan sistem penghasilan
sate pada zaman sekarang berbanding zaman terdahulu. Skop kajian ini juga akan
dikaji daripada aspek ekonomi mengenai pemasaran sate di sekitar Pulau Pinang.

Skop kawasan pula adalah tertumpu di kawasan Pulau Pinang. Tambahan itu,
kawasan Pulau Pinang ini juga dipilih oleh saya kerana lokasi berkenaan berdekatan
dengan rumah saya dan jarak yang tidak jauh ini memudahkan saya untuk
menjalankan kajian beberapa kali.
6. Sorotan Kajian Lepas
Berdasarkan daripada maklumat dan kajian yang saya
lakukan mengenai sorotan kajian lepas, terdapat kekurangan ataupun
kekosongan yang perlu diisi. Hal ini kerana, dalam tajuk dan skop
kajian terdahulu iaitu Effect of Tamarind Juice and Salt On Physical
and Textural Changes Of Traditionally Marinated Beef Satay oleh C.Y.
Cheok dan N.L. Chin hanya memfokuskan kepada kajian mengenai
perubahan fizikal dan tekstur yang akan dialami oleh sate kesan
daripada kemasukan air asam jawa dan garam.
Selain itu, ada juga kajian lepas yang terdapat kekurangan
atau kekosongan. Kajian berkenaan dijalankan oleh Nor Khomar
Ishak, Khursiah Abd. Aziz dan Syed Munir Syed Faozi. Ketiga-tiga
pelajar ini merupakan pelajar dari Universiti Pengurusan dan
Teknologi (UMtech) yang melakukan kajian yang bertajuk
Enterprising Nazrul in the Night Market Business. Kajian berkenaan
memfokuskan kepada cara perniagaan sate dijalankan di pasar
malam.
Seterusnya, terdapat kajian terdahulu yang mengalami
kekurangan atau kekosongan. Kajian berkenaan dijalankan oleh
Hassen Lawrence Gyansah. Kajian tersebut bertajuk Design,

Construction and Modeling of a Mechanical Portable Barbecue


Machine. Kajian tersebut menjurus kepada alatan yang boleh
digunakan untuk memasak sate. Oleh itu, saya ingin mengkaji,
menerangkan dan memperjelaskan aspek lain tentang makanan sate
ini berdasarkan pengalaman, rujukan dan kajian yang saya jalankan.
7. Kaedah Kajian
Kaedah pengkajian kepustakaan dijalankan melalui kunjungan ke Perpustakaan
Cawangan Jawi, Pulau Pinang. Sumber daripada buku-buku dan akhbar yang berkaitan
diperoleh untuk pengisian penulisan ini.
Penulis melayari laman sesawang yang mempunyai perkaitan dengan topik
kajian. Laman sesawang yang dimiliki oleh Kerajaan Singapura memberikan maklumat
yang

diperlukan

untuk

penulisan

ini.

Misalnya,

sejarah

asal-usul

sate

dan

perkembanganya. Selain itu, laman sesawang yang dimiliki oleh Sinar Harian
membantu memberikan maklumat mengenai sejarah kedatangan sate ke Malaysia.
Selain itu, penulis juga telah menggunakan kaedah melawat tempat penghasilan
sate. Tambahan pula, penulis menemubual pengusaha yang menjalankan aktiviti
penghasilkan sate di Pulau Pinang ini iaitu Encik Mohamad Radzi Bin Kadim pada 10
Februari 2016. Di samping itu, susulan pertemuan dijalankan beberapa kali untuk
mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk melakukan penulisan ini. Maklumat
tersebut digunakan melalui rumusan yang berkaitan pengkajian.
8. Pembahagian struktur esei
Esei yang akan disiapkan mengandungi empat pembahagian struktur esei.
Pembahagian pertama memuatkan tentang sejarah asal-usul sate dan kedatangannya ke
Malaysia. Bahagian kedua ialah tentang kaitan sate dengan sosialisasi masyarakat.

Bahagian ketiga pula akan mengenengahkan tentang kemajuan teknologi penghasilan


sate. Pembahagian yang keempat pula merangkumi teknik-teknik pemasaran sate di
sekitar Pulau Pinang.
9. Penutup
Makanan sate ini berjaya menarik minat orang ramai sama ada orang tempatan
mahupun orang asing untuk mencubanya. Perubahan yang dilakukan terhadap sate ini
membantu meningkatkan kepelbagaian yang terdapat pada sate. Di samping itu,
terdapat banyak lagi makanan sampingan yang disertakan bersama-sama sate yang
masih tidak dipertonjolkan.
10. Bibliografi
C.Y. Cheok, N.L. Chin. Effect of tamarind juice and salt on physical and textural
changes of traditionally marinated beef satay. Journal of food, Agriculture and
Enviroment, Jilid 10, bil. 1 (2012): 43-48
Nor Khomar Ishak, Khursiah Abd. Aziz, Syed Munir Syed Faozi.
Enterprising Nazrul in the Night Market Business. Journal of Business Studies
Quarterly, Jilid 2, bil. 4 (2011): 62-67
Hassen Lawrence Gyansah. Design, Construction and Modeling of a Mechanical
Portable Barbecue Machine. Global Journal of Researches in Engineering Mechanical
and Mechanics Engineering, Jilid 7, (2012): 43-58
Mohd Hafiz Ismail. Sejarah bermulanya Sate Kajang Sinar Harian
http://www.sinarharian.com.my/nasional/sejarah-bermulanya-sate-kajang1.251411
Robiatuladawiyah Abd Rashad. Asal usul nama kajang Sinar Harian
http://www.sinarharian.com.my/politik/asal-usul-nama-kajang-1.249007
Suchitthra Vasu. Satay. Singapore Government
http://eresources.nlb.gov.sg/infopedia/articles/SIP_888_2005-01-10.html

Anda mungkin juga menyukai