dan
memulakan
perubahan
dan
kecekapan
kaunselor
pengalaman-pengalaman
peserta
dalam
kelompok
sebagai
penggalak
perkembangan diri peserta kelompok. Fokus Kaunseling Kelompok ialah menolong peserta
menghadapi masalah penyesuaian diri dan perkembangan diri sehari-hari seperti perubahan
kelakuan, memperbaiki kemahiran berhubung, sikap dan nilai atau kerjaya atau membuat
keputusan dalam hidup (Gibson dan Mitchell, 1981, 1999).
Dalam kaunseling kelompok terdapat kaunseling kelompok adalah satu perhubungan
yang menerima, percaya mempercayai dan selamat di mana ahli mempelajari cara-cara
berbincang secara terbuka mengenai perkara-perkara yang merisaukan dan mengganggu
mereka. Tujuan kaunseling kelompok adalah untuk menentukan kelakuan yang hendak
diperbaiki, untuk memperolehi kemahiran sosial, untuk membina kekuatan dan keyakinan
supaya boleh mencuba kelakuan-kelakuan baru yang dipelajari melalui pengalaman kaunseling.
Melalui proses kaunseling kelompok, ahli merancang dan menilai perkembangan mereka,
menangai konflik yang dihadapi demi memperkayakan aspek-aspek hidup mereka seperti
perhubungan mereka dengan keluarga dan rakan-rakan, aspek pekerjaan, aspek kerjaya,
agama dan lain-lain. Kaunseling kelompok merupakan social oasis di mana ahli berinteraksi
dan dapat mencermin diri melalui maklumbalas, melalui memberi dan menerima pertolongan
serta melalui kemahiran interpersonal yang digunakan. Dalam kaunseling kelompok, ahli akan
diberi sokongan serta kekuatan supaya dapat menghadapi orang yang terpenting dalam hidup
mereka supaya mereka tidak merasa putus asa semasa hendak mencuba kelakuan-kelakuan
baru. Dalam kaunseling kelompok, ahli dapat mempercayai kaunselor dan ahli-ahli lain, lalu
menjadi lebih terbuka serta bersikap jujur apabila bercakap tentang dirinya dan masalah yang
dihadapi.
Pesonaliti ketua kelompok amat penting dalam kaunseling kelompok. Perhubungan
kaunseling tidak dapat dipisahkan daripada ciri-ciri personaliti kaunselor, iaitu mesra, jujur,
menerima tanpa syarat dan berempati. Ciri personality mesra amat penting kerana sifat mesra
kaunselor akan dirasakan oleh klien apabila klien menunjukkan tanda-tanda berikut iaitu,tidak
kekok bercaap, relax, selesa dan 'rasa'diterima oleh kaunselor. Justeru itu, kaunselor yang jujur
adalah kaunselor yang tidak berpura-pura dalam perhubungannya dengan klien. Dia bersifat
natural, terbuka, spontan, tidak defensif dan konsisten. Dia mampu berkongsi aksi dan reaksi
dari segi mental dan emosi dan tidak teragak-agak untuk memberi maklum balas. Tamabahan
pula, ciri menerima tanpa syarati ini menunjukkan bahawa kaunselor perlu menerima diri klien
yang sebenarnya. Kaunselor perlu melayan klien sebagai manusia yang bermaruah dan unik
walaupun klien datang dengan cerita yang mengelakkan diri daripada pandangan yang negatif
atau serong terhadap kliennya serta ciri berempati ini merujuk kepada kebolehan kaunselor
untuk memasuki ruang rujuk atau dunia klien dan membenarkan dirinya mengalami proses
mental dan emosi yang dialami oleh klien sambil memahami dan menghayati pengertian
daripada proses ini. Ciri ciri seseoarang kaunselor menurut George & Cristiani (1995)
danOkun (1992) :a. Kesedaran tentang diri dan nilai-nilai
b. Kesedaran tentang perasaan
c. Penolong sebagai model
d. Minat kepada manusia dan perubahan sosial