Anda di halaman 1dari 2

Pedagogi ialah kajian mengenai pengajaran, khususnya pengajaran dalam pendidikan

formal. Dengan kata lain, ia adalah sains dan seni mengenai cara mengajar di sekolah.
Secara umumnya pedagogi merupakan mata pelajaran yang wajib bagi mereka yang ingin
menjadi guru di sekolah. Sebagai satu bidang kajian yang luas, pedagogi melibatkkan
kajian mengenai proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi
sekolah dan juga interaksi guru-pelajar.
Dari segi etimologinya, perkataan Pedagogi datangnya daripada bahasa Yunani
paidagogos, hamba yang menghantar dan mengambil budak-budak pergi balik dari
sekolah. (lihat Paideia.) Perkataan paida merujuk kepada kanak-kanak, yang menjadikan
sebab kenapa sebahagian orang cenderung membezakan antara pedagogi (mengajar kanakkanak) dan andragogi (mengajar orang dewasa). Perkataan Yunani untuk pedagogi,
pendidikan, adalah digunakan dengan lebih meluas, dan seringkali kedua-duanya boleh
ditukar guna.
Pedagogi moden selalunya membahagikan fungsi pengajaran kepada tiga bidang, yakni apa
yang dimaksudkan sebagai taksonomi Bloom. Menurut taksonomi bloom, pengajaran boleh
terbahagi kepada:

Bidang Kognitif
Berkenaan dengan aktiviti mental seperti kefahaman, pengetahuan dan analisa.

Bidang Afektif
Berkenaan dengan sikap dan sahsiah diri.

Bidang Psikomotor
Berkenaan dengan aktiviti fizikal seperti kemahiran hidup, pertukangan, dan sukan.

Ketiga-tiga bidang ini nampaknya begitu tersendiri sifatnya, tetapi dalam keadaan
pengajaran-pembelajaran semula jadi, pengasingan ketiga perkara ini selalunya tidak wujud.
Contohnya, apabila seorang guru ingin mengajar seorang pelajar menulis, dia perlu mengajar
pelajar itu cara memegang pencil(bidang psikomotor); bentuk huruf dan maknanya(bidang
kognitif); dan juga harus memupuk minat untuk belajar menulis(bidang afektif).

Anda mungkin juga menyukai