Anda di halaman 1dari 2

Pengalaman pulang ke kampung pada musim cuti sekolah

Pada masa cuti sekolah yang lalu,saya telah pulang ke kampung bersama keluarga
saya.Kampung saya terletak di Kelantan .Kami bercuti di kampung selama tiga hari.
Sebelum bertolak, kami sekeluarga menyediakan barang-barang yang perlu
dibawa. Kami pun bertolak ke destinasi dengan gembira keesokkan harinya.
Perjalanan ke kampung mengambil masa Sembilan jam. Kami menikmati suasana
kehijauan dan keindahan alam sekitar sepanjang perjalanan kami.
Pada pukul enam petang,saya dan keluarga saya telah tiba di rumah datuk dan
nenek.Datuk dan nenek menyambut kedatangan kami dengan tangan terbuka.
Tergambar kegembiraan di wajah datuk dan nenek saya. Nenek menghidangkan kuihmuih yang dibuat olehnya kepada kami.Kuih-muih yang dibuat oleh nenek enak sekali.
Selepas makan,kami berehat sambil berbual-bual di bawah sebatang pokok yang
terletak di hadapan rumah mereka.Pada waktu senja,kami baru masuk ke rumah
mereka.
Pada hari kedua, bapa saudara saya membawa kami sekeluarga pergi ke kolam
yang berhampiran dengan rumahnya.Kami telah meyediakan joran dan umpan. Beliau
mengajar saya dan kedua-dua adik lelaki saya tentang cara-cara memancing
ikan.Oleh itu,kami dapat memancing banyak ikan yang besar dengan senang. Saya
sangat teruja apabila saya dapat memancing 6 ekor ikan tilapia yang besar.
Selepas itu,kami membawa ikan-ikan yang dipancing ke rumah datuk dan nenek
untuk digoreng gebagai lauk-pauk untuk makan malam. Sememangnya masakan nenek

tiada tandingan. Semua ahli keluarga saya sungguh berselera menikmati hidangan
makan malam tersebut.
Pada hari ketiga,datuk membawa kami pergi ke gerai buah-buahannya.Terdapat
banyak

buah-buahan

yang

durian,anggur,nanas,tembikai,mangga

dijual
dan

oleh

datuk

sebagainya.Kami

membantu

seperti
datuk

menyusun dan menjual buah-buahan. Ramai pelanggan yang dating membeli buahbuahan digerai datuk saya.
Selepas solat Asar, kami bersiap-siap untuk pulang ke rumah kami.Sebelum
pulang,datuk dan nenek sempat membekalkan kami nasi lemak untuk dimakan ketika
di perjalanan.Kami pun mengucapkan terima kasih kepada mereka.
Saya berharap saya boleh pulang ke kampung datuk dan nenek lagi pada cuti
sekolah yang akan datang.