Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

KELAS KEAGAMAAN
TAFAQQUH ROHANI
KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT
KEM. PENDIDIKAN TINGGI

Unit Psikologi & Kerjaya, Kolej Komuniti SeSegamat

1.0

Pendahuluan

Setiap remaja adalah teras pembanggunan ummah, agama, bangsa


dan Negara. Kewibawaan remaja perlu sentiasa dibentuk dengan ciriciri kecemerlangan dan pengisian nilai-nilai murni dan agama sejak
mereka dibangku sekolah lagi. Mereka merupakan pewaris kepada
generasi yang akan mencorakkan peradaban tamadun pada masa
akan datang. Jesteru itu, remaja sebagai generasi alaf baru harus
mempunyai minda, daya tahan yang kuat dan mampan dalam
menghadapi cabaran pada masa hadapan.
Para Ibu bapa harus menyedari bahawa arus pemodenan yang begitu
pesat ini akan membawa remaja hanyut dan tenggelam di dalam
keruntuhan moral jika tidak dibendung. Menyedari hakikat ini, suatu
program keagamaan Tafaqquh Rohani akan dijalankan untuk
memberikan pendedahan kepada pelajar pelajar Kolej Komuniti
Segamat tentang pentingnya pengisian berbentuk keagamaan kepada
mereka selain mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu kemahiran.
2.0

Objektif

1) Melahirkan generasi yang bertanggungjawab dalam semua


aspek dan boleh bermandiri dalam menghadapi arus modenisasi.
2) Melahirkan generasi yang seimbang dari segi mental, fizikal dan
rohani.
3) Melibatkan diri remaja pada aktiviti aktiviti keagamaan secara
aktif .
4) Salah satu cara untuk mengimarahkan surau al Radzi, Kolej
Komuniti Segamat dengan aktiviti pendidikan seperti ini.
3.0

Peserta
Pelajar pelajar Kolej Komuniti Segamat ( terbuka )

4.0

Anjuran
Unit Psikologi & Kerjaya, Kolej Komuniti Segamat.

5.0

Tarikh & Masa, Tempat


Setiap hari Selasa malam Rabu,
Selepas Maghrib sehingga Isya

Surau al Radzi, Kolej Komuniti Segamat


6.0

Pengisian Program
a) Kelas mengaji al Quran.
b) Kelas Fardhu Ain.

7.0

Anggaran Perbelanjaan
Tiada

8.0

Penceramah
Ust. Mohammad Fahmi bin Abdul Hamid

9.0

Penutup

Akhir kata, adalah diharapkan program ini akan mendatangkan


manafaat kepada para pelajar Kolej Komuniti Segamat dalam mendidik
diri mereka dekat dengan perkara perkara yang baik. Di samping
mengharapkan akan lahir generasi al-quran di celah - celah
kemerosotan akhlak dan nilai di kalangan remaja masa kini
sebagaimana yang berjaya dilahirkan oleh rasulullah s.a.w pada zaman
kebangkitan islam dahulu. semoga usaha kecil ini mendapat sokongan
pelbagai pihak.

DISEDIAKAN OLEH :

(NORHANA BINTI AHAD)


Pegawai Psikologi
Kolej Komuniti Segamat,
Kementerian Pendidikan Tinggi

DISEMAK OLEH :

(AHMAD BIN SULAIMAN)


Pegawai Hal Ehwal Pelajar,
Kolej Komuniti Segamat,
Kementerian Pendidikan Tinggi
DISOKONG / TIDAK DISOKONG

(ASLINDA BINTI MOHD NOOR)


Ketua Jabatan,
Kejuruteraan dan Kemahiran,
Kolej Komuniti Segamat
Kementerian Pendidikan Tinggi
DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN :

(RADZI BIN ABDUL GHANI)


Pengarah,
Kolej Komuniti Segamat,
Kementerian Pendidikan Tinggi

Anda mungkin juga menyukai