Anda di halaman 1dari 8

Objektif

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah untuk melatih murid-murid membuat servis


dalam pelbagai jenis teknik. Servis merupakan teknik asas bagi permainan pingpong.
Oleh itu, aktiviti pengukuhan membuat servis amat diperlukan bagi murid-murid yang
baru mendekati permainan pingpong ini. Aktiviti yang dibentuk bukan sahaja dapat
melatih kemahiran murid sahaja, malah ia dapat memberi suatu panduan kepada bakal
guru untuk mengajar anak muridnya apabila mereka menamati pelajaran nanti.

A. Kemahiran membuat servis


Letakkan bola di atas tapak tangan.
Tangan yang memegang raket perlu berada di atas paras meja dan melepasi garisan
hujung meja.
Lambungkan bola sekurang-kurangnya 16 cm dan ke atas.
Memukul bola dengan raket dari belakang bola ke hadapan.
Bola mesti menyentuh bahagian meja di bahagian pemain yang melakukan servis dan
ke arah bahagian meja pihak lawan.

B. Kedudukan berdiri dan bersedia (stance)


Jarakkan kaki dan berdiri mengkangkang lebih luas daripada bahu.
Kaki kiri bertapak di depan sedikit dari kaki kanan (pemain tangan
kanan).
Kaki kanan bertapak di depan sedikit dari kaki kiri (pemain tangan
kidal.)
Lutut bengkok sedikit dan torso congdong ke hadapan supaya pusat
graviti rendah bertujuan kawalan imbangan.

Aktiviti

Gambar rajah

Set 1
Aktiviti1: Servis forehand dilantai
Fokus : Servis forehand
Langkah-langkah :
a. Murid berpasangan.
b. Murid melambung dan melakukan servis
forehand.
c. Rakan sebaya akan menyambut bola
dengan tangannya.
d. Rakan akan melambung dan melakukan
servis forehand kepada murid.
e. Selepas itu, ulang perbuatan servis
forehand.
Aktiviti 2: Servis backhand di lantai
Fokus : Servis backhand
Langkah-langkah :
a. Murid berpasangan.
b. Murid melambung dan melakukan servis
backhand.
c. Rakan sebaya akan menyambut bola
dengan tangannya.
d. Rakan akan melambung dan melakukan
servis forehand kepada murid.
e. Selepas itu, ulang perbuatan servis
backhand.
Permainan : Servis ke bakul
Fokus : Servis Forehand/Backhand
Langkah-langkah :
a. Bahagikan murid kepada 5 orang dalam
satu kumpulan.
b. Letakkan sebuah bakul/kotak kecil 2
meter dari tempat permulaan.
c. Murid melakukan servis memukul bola ke
dalam bakul.
d. Setiap murid memukul bola bergilir-gilir.
e. Peruntukan masa 2 minit. Ulangi
beberapa pusingan.
f. Kemenangan ditentukan berdasarkan

jumlah bola yang dapat dimasukkan ke


dalam bakul/ kotak.

Aktiviti
Set 2
Aktiviti 1: Lambung dan sambut bola ping pong
Fokus: Melambung bola
Langkah-langkah :
a. Berdiri dalam keadaan yang sesuai.
b. Letakkan bola di atas tapak tangan.
c. Lambungkan bola ping pong dengan tahap
ketinggian yang sesuai (sekurangkurangnya 16 cm ke atas)
Aktiviti 2: Melontar ke arah sasaran
Fokus: Melakukan Pra servis tanpa
menggunakan raket
Langkah-langkah :
a. Pelatih diberi 5 biji bola ping pong.
b. Kertas bersaiz A4 terletak di bahagian
meja ping pong tertentu.
c. Bola perlu menyentuh bahagian meja di
bahagian pelatih yang melakukan
servis dan ke arah bahagian meja pihak
lawan dan sentuh pada kertas A4.
Permainan: Servis
Fokus: Melakukan servis forehand dan
backhand dengan menggunakan raket
Langkah-langkah :
a. Pelatih diberi 10 biji bola ping pong.
b. 5 peluang untuk servis forehand dan 5
peluang untuk servis backhand.
c. Service yang dilakukan harus sentuh pada
kertas A4.

Gambar rajah

d. Setiap sentuhan dikirakan 1 markah.

Aktiviti
Set 3:
Aktiviti 1: Melantun bola
Fokus: Servis
Langkah-langkah :
a. Berdiri dalam keadaan sedia.
b. Tangan pegang bola.
c. Melantun bola ke atas.
d. Menyambut bola dengan tangan.
e. Mengulangi dari langkah pertama

Aktiviti 2: Membuka servis


Fokus: Buka servis
Langkah-langkah :
a. Berdiri dalam keadaan sedia.
b. Sebelah tangan memegang papan ping
pong dan sebelah tangan lain memegang
bola.
c. Melantun bola ke atas.
d. Membuka servis dengan forehand.

Permainan: Melepasi halangan


Fokus: Buka servis
Langkah-langkah :
a. Berdiri dalam keadaan sedia.

Gambar rajah

b. Sebelah tangan memegang papan ping


pong dan sebelah tangan lain memegang
bola.
c. Melantun bola ke atas.
d. Membuka servis dengan forehand.
e. Bola harus elak daripada terkena
halangan yang terletak di atas meja
pingpong.

Aktiviti
Set 4:
Aktiviti 1: Backhand membuka servis
Fokus: Bola tidak boleh tinggi daripada garisan.
Langkah-langkah :
a. Berdiri di sebelah kanan dalam keadaan
sedia.
b. Melantun bola.
c. Menggunakan backhand membuat servis.

Aktiviti 2: Forehand membuka servis


Fokus: Bola tidak boleh tinggi daripada garisan.
Langkah-langkah :
a. Berdiri di sebelah kiri dalam keadaan sedia.
b. Melantun bola.
c. Menggunakan forehand membuat servis.

Permainan: Menjatuhi ke dalam sasaran


Fokus: Ketepatan membuat servis
Langkah-langkah :
a. Berdiri dalam keadaan sedia.

Gambar rajah

b. Melantun bola.
c. Menggunakan forehand atau backhand
membuat servis.
d. Bola yang terjatuh ke dalam sasaran akan
mendapat mata.

Aktiviti
Set 5
Aktiviti 1: Servis Sasaran Kanan
Fokus: Berkebolehan melakukan kemahiran
servis Forehand.
Langkah-langkah:
a. Sediakan sekeping A4 kertas di atas
penjuru kanan meja ping pong.
b. Murid-murid berdiri di garisan belakang
meja untuk melakukan 10 kali servis
Forehand.
c. Setiap servis perlu melepasi jaring dan
kena pada A4 kertas.
Aktiviti 2:Servis Sasaran Kiri
Fokus: Berkebolehan melakukan kemahiran
servis Backhand.
Langkah-langkah:
a. Sediakan sekeping A4 kertas di atas
penjuru kiri meja ping pong.
b. Murid-murid berdiri di garisan belakang
meja untuk melakukan 10 kali servis
Backhand.
c. Setiap servis perlu melepasi jaring dan

Gambar rajah

kena pada SA4 kertas.

Permainan
Nama: Bowling
Fokus: Servis Forehand dan Backhand
Langkah-langkah:
a. Sediakan 6 botol vitagen atau cawan
styrofoam di atas penjuru kanan meja ping
pong.
b. 5 orang dalam satu kumpulan.
c. Setiap murid melakukan 5 kali servis
Forehand ke botol vitagen.
d. Setiap murid melakukan servis bergilir-gilir.
e. Ulang aktiviti dengan melakukan 5 kali
servis Backhand.
f. Kemenangan ditentukan berdasarkan
jumlah botol vitagen yang berjaya jatuh.

Kedudukan botol vitagen.

Rujukan
1. Cheng Hoo Siang, Chee Shin Lian, Soo Yuan Hun, Lee Su Hao, dan Hew Tet Chow.
2011. Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah Sukan
Ping Pong Sekolah Rendah. Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

2. Cheng Hoo Siang, Chee Shin Lian, Soo Yuan Hun, Lee Su Hao, dan Hew Tet Chow.
2011. Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah Sukan
Ping Pong Sekolah Menengah. Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran
Malaysia.

3. Asas Permainan Sukan Ping Pong.


http://www.i sukan.upm.edu.my/pingpong%281%29.pdf