Anda di halaman 1dari 31

1

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Kertas BM (011 & 012) Format Baharu UPSR 2016

PEMAHAMAN (BAHAGIAN A)
SKOP PENGUJIAN

JUMLAH SOALAN

BENTUK SOALAN

Morfologi (Tatabahasa)

10 13 soalan

Objektif Aneka Pilihan

Sintaksis (Ayat)

3 6 soalan

Objektif Aneka Pilihan


Objektif Aneka Pilihan Kompleks

Kefahaman (Petikan)

3 5 soalan

Objektif Aneka Pilihan

TABURAN JAWAPAN

ULANGAN / KEKERAPAN

BENTUK JAWAPAN

Skema: (5 / 5 / 5 / 5)
Minimum: 3, Maksimum: 7
(3 / 5 / 5 / 7), (3 / 4 / 6 / 7)

Tiga kali, (jawapan sama)


Contoh 1: (A, A, A, B, C, D)
Contoh 2: (A, B, B, B, D, C)
Contoh 3: (C, A, B, D, D, D)

Pendek panjang
Panjang - pendek
Bentuk cekung
Bentuk cembung

Universiti Pendidikan Sultan Idris menawarkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ________
kepada lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.
A Prasyarat
B Prasarana
C Prasejarah
D Prasekolah

Istana Alam Shah yang terletak di Bandar Diraja Klang ialah tempat ________ Sultan
Selangor sebelum berpindah ke Istana Kayangan, Shah Alam.
A Bersemayam
B Bersiram
C Bertabal
D Beradu

Hanis sedang mengulang kaji pelajarannya pada malam itu, tiba-tiba dia terdengar orang
sedang ________ mancis api dari luar rumahnya.
A Mencalit
B Mencoret
C Mencelup
D Mencalar

Uniform sekolah yang dipakai oleh budak lelaki itu sudah terlalu ________ dan hampir
________ jahitannya.
A comot ... terputus
B pudar ... tertatal
C lusuh ... meretas
D kusam ... mengoyak

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Kertas BM (011 & 012) Format Baharu UPSR 2016

Pohon rambutan di dusun Pak Cik Salem ________ kerana buahnya lebat sungguh.
A Meluyut
B Melabuh
C Merimbun
D Merendang
Taburan
Jawapan

1
D

2
A

3
A

4
C

5
A

6
D

7
B

8
B

9
B

10
C

Taburan
Jawapan

PEMAHAMAN (BAHAGIAN B)
A1 Penggunaan Kata (Morfologi)
Isi tempat kosong
Betulkan kesalahan

Garisi jawapan
Bulatkan jawapan

A2 Skema Pemarkahan
Satu hingga empat markah (1 4)

Senarai perkataan
Pilih: (Betul / Salah)

Membuat Padanan
Simbol: ( ), ( X )

A3 Bentuk Jawapan
Perkataan, kosa kata, frasa, dan ayat
lengkap

Soalan 21
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi.
akan

untuk

kepada

dengan

pada

dalam

tentang

semenjak

Media massa harus memainkan peranan yang penting dalam usaha mewujudkan masyarakat
berilmu pengetahuan. Setiap hari pelbagai maklumat penting disebarkan __________ media
massa __________ rakyat. Secara tidak langsung, sebilangan besar rakyat negara ini didedahkan
__________ maklumat-maklumat terkini. Hal ini sangat penting dalam usaha kerajaan ingin
mewujudkan masyarakat berpengetahuan __________ mencapai Wawasan 2020.
[4 markah]

A4 Sistem Ejaan (perkara yang diberi penekanan) penggunaan kosa kata dalam ayat.

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Kertas BM (011 & 012) Format Baharu UPSR 2016

Perkara yang diberi penekanan serta penggunaan perkataan dalam ayat atau penulisan.
1. Kata Asli Bahasa Melayu
1. Perang / Rendang / Selak / Semak

2. Ejaan Kata Pinjaman


2. structure (struktur), psychology (psikologi)

3. Ejaan Kata Dasar dan Kata Terbitan


1. Had (Mengehad) / Lebar (Memperlebar) / hadiah (Menghadiahi) @ (Menghadiahkan)

Soalan 21
Garisi perkataan yang salah penggunaan imbuhannya bagi ayat-ayat di bawah. Tulis perkataan
yang betul ejaannya dalam ruang disediakan.
Ayat yang mengandungi kesalahan penggunaan kata berimbuhan
a

Pak Ali memperolehi keuntungan perniagaan yang berlipat ganda.

Bas penyiaran yang membawa pelancong itu bertolak ke arah utara.

Majlis perlantikan pengawas sekolah akan diadakan pada hari Isnin.

Guru-guru sedang membincangkan tentang tempat yang menarik


untuk dilawati.

Jawapan

[4 markah]

Soalan 21
a. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan kata kerja yang diberi. Satu daripadanya
telah ditunjukkan sebagai contoh.
Pak Alias menakik batang pokok kelapa itu dengan
sebilah parang yang tajam.
Ibu sedang menyiram pokok bunga di taman mini
supaya hidup subur.

BETUL

Pekerja-pekerja itu memperlebarkan jalan untuk


masuk ke Kampung Damai.

SALAH

Budak-budak prasekolah itu menunggu giliran untuk


memperaga pakaian beragam masing-masing.
[2 markah]

Soalan 21
b. Betulkan kesalahan penggunaan penjodoh bilangan dalam ayat yang diberi.

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Kertas BM (011 & 012) Format Baharu UPSR 2016

Ayat yang mengandungi kesalahan penggunaan penjodoh bilangan

Jawapan

Tiap-tiap pagi, ayah saya makan seketul telur ayam kampung


masak separuh sebagai sarapannya.
Buruh-buruh binaan itu sedang mengalihkan beberapa tongkol
batu bata yang ada di tepi jalan itu.
Berat timbangan dua ruas pisang nangka yang baru ayah tebang
itu ialah sepuluh kilogram.
[2 markah]

B1

Sintaksis (Bentuk Ayat)


Respons tertutup
Betulkan kesalahan

B2

Garisi jawapan
Tulis semula jawapan

Simbol jawapan (*A)


Pilih: (Betul / Salah)

Membuat Padanan
Simbol: ( ), ( X )

Pengetahuan tentang ayat, pembinaan dan perluasan mengikut ragam yang sesuai.
1. Ayat Soalan

2. Ayat Jawapan

3. Ayat Sama Maksud

4. Ayat Aktif / Ayat Pasif

5. Struktur / Laras Ayat

6. Cakap Ajuk / Cakap Pindah

7. Ayat yang Betul / Gramatis

8. Ketepatan Kata / Kosa Kata

9. Kesalahan Tatabahasa dalam Ayat

Soalan 22
a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.
Ayat tanya:
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________

Jawapan:
Ya, saya telah terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara di Kem PLKN
Segari, Batu Tiga, Manjung, Perak.
[2 markah]

Soalan 22

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Kertas BM (011 & 012) Format Baharu UPSR 2016

b. Tandakan A pada ayat yang mempunyai satu subjek sahaja dan B pada ayat yang
mempunyai berbilang subjek.
Kuda belang itu mampu berlari pantas sangat.
Lembu dan kambing mempunyai sepasang tanduk.
Burung hantu memburu makanan pada waktu malam.
Unta antara binatang yang boleh hidup di padang pasir.
Monyet dan beruk bergayutan di atas pokok rambutan itu.
Kunang-kunang dapat mengeluarkan cahaya pada waktu malam.
[3 markah]

Soalan 22
c. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.
Tahniah Alif Imran, atas
kejayaan kamu sebagai
murid cemerlang UPSR.

__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
[2 markah]

B3

Peribahasa (Bahan Sastera)


Berasaskan gambar

Membuat Padanan

Padanan Berpandu

Bulatkan jawapan

Bidang Peribahasa (simpulan bahasa dan perumpamaan)


Menghubung kait maksud peribahasa dan penggunaannya dengan grafik yang disediakan.
Mengetahui dan menulis peribahasa yang sesuai/betul dengan maklumat yang
disediakan.

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Kertas BM (011 & 012) Format Baharu UPSR 2016

Soalan 22
a. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.


__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
[2 markah]

Soalan 22
b. Tuliskan simpulan bahasa yang sesuai berdasarkan maksud yang diberi.
orang harapan

________________________

ayam

api

penghasut

________________________

cacing

emas

gelisah

________________________

batu

tambatan

baik hati

________________________

hati

kepanasan

sombong

________________________

naik

tinggi

meradang

________________________

hidung

angin
[3 markah]

Soalan 22
c. Nyatakan perumpamaan yang sesuai berdasarkan pernyataan di bawah ini.
Amirul dan Ismail ________, apabila bertemu pasti bertengkar. Antara mereka amat sukar
untuk mencari persamaan pendapat.
Jawapan:
___________________________________________________________________
[2 markah]

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Kertas BM (011 & 012) Format Baharu UPSR 2016

Soalan 23 / Soalan 24 / Soalan 25


PEMAHAMAN (Bahan Rangsangan)
Petikan / Teks

Bahan Sastera

Jadual / Carta

Iklan / Peta

Bentuk Soalan (Subjektif)


Melengkapkan ayat berdasarkan teks/petikan jawapan tersurat (respons tertutup).
Jawapan berstruktur respons tertutup / respons terbuka (penggunaan laras bahasa).
Menyatakan maksud perkataan, kosa kata dan frasa berdasarkan teks/petikan tertentu.
Penyataan maklumat daripada teks/petikan sama ada; (betul/salah) atau (benar/palsu).
Membuat padanan; (ayat dengan perkataan, frasa) atau sebaliknya, dan (ayat dengan ayat).

Soalan 23
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Menara Condong asalnya tidaklah condong sebagaimana sekarang. Menara ini asalnya dikenali
sebagai Jam Tinggi kerana di bahagian atasnya terdapat sebuah jam. Orang yang bertanggang
jawab membuat Menara Jam Tinggi ini ialah Leong Choon Cheong atau Ah Cheong. Sebagai
arkitek, beliau telah mendapat ilham membina reka bentuk Jam Tinggi sedemikian berdasarkan
bangunan pagoda di Negara China.
Tujuan asal pembinaan menara Jam Tinggi pada tahun 1885 adalah untuk menempatkan
sebuah tangki air. Air daripada tangki ini sebagai kegunaan penduduk setempat apabila musim
kemarau atau sebagai keperluan memadamkan kebakaran. Hal ini kerana pada waktu itu tidak
ada perkhidmatan bomba. Pada tahun 1895 berlaku banjir besar di Teluk Intan menyebabkan
tapak dan tingkat bawah menara ini tenggelam. Banjir yang berlaku serta bebanan air yang berat
dipercayai punca menara ini mula condong ke arah barat.
Pada zaman pemerintahan Jepun (1942 - 1945), bangunan Menara Condong ini dijadikan
pusat kawalan untuk meninjau kedatangan musuh. Bangunan kayu ini yang digunakan sebagai
bangunan ketenteraan oleh pihak Jepun telah menyebabkan kerosakan terutama pada bahagian
atas. Menara Condong mempunyai ketinggian 85 kaki dari aras bumi. Secara umum, bangunan
ini mempunyai tiga tingkat, setiap aras mempunyai ketinggian 15.5 kaki. Menara Condong juga
mempunyai 110 anak tangga yang diperbuat daripada kayu. Namun begitu, pandangan dari luar,
bangunan ini seolah-olah mempunyai tujuh tingkat.

a. Nama lain bagi bangunan Jam Tinggi ialah ______________________________________________


[1 markah]

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Kertas BM (011 & 012) Format Baharu UPSR 2016

b. Apakah punca bangunan Jam Tinggi ini condong ke arah barat?


__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
[2 markah]

c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah ditunjukkan


sebagai contoh.
Menara Condong mempunyai 110 anak tangga yang
diperbuat daripada kayu.
Sepuluh tahun selepas Jam Tinggi siap dibina, banjir
besar telah melanda pekan Teluk Intan.

BETUL

Orang yang bertanggang jawab membuat Menara


Jam Tinggi ini ialah Leong Cheong Choon.

SALAH

Hampir lapan tahun Jam Tinggi digunakan oleh


askar Jepun sebagai pusat kawalan ketenteraan.
[2 markah]

Soalan 24
Baca berita di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
KUALA LUMPUR, 11 Julai Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah memaklumkan
perkhidmatan tren elektrik (ETS) dari stesen KL Sentral ke Padang Besar, Perlis dan Ipoh, Perak
ke Padang Besar telah bermula hari ini. KTMB dalam kenyataannya memberitahu, kedua-dua
perkhidmatan tren tersebut dikendalikan oleh KTM Intercity.
Buat permulaan KTMB hanya menyediakan satu perkhidmatan tren untuk setiap arah
bagi dua unit ETS. Kekerapan tren akan ditambah dari semasa ke semasa apabila ETS baharu
mula beroperasi. Perkhidmatan ETS Ekspres ke Padang Besar hanya akan berhenti di 15 buah
stesen atau hentian bermula dari KL Sentral.
Laluan tren dari KL Sentral ke Padang Besar berlepas pada pukul 9:30 pagi dan
dijangka tiba pada pukul 3:00 petang manakala, perjalanan dari Padang Besar ke KL Sentral

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Kertas BM (011 & 012) Format Baharu UPSR 2016

pula bertolak pada pukul 4:00 petang dan sampai 9:15 malam. Harga tiket untuk perjalanan
sehala adalah RM80.00, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak KTMB hari ini.

Dalam pada itu, menurut kenyataan itu lagi, perkhidmatan tren ETS Transit Ipoh ke
Butterworth ke Padang Besar dan sebaliknya telah bermula semalam. Perkhidmatan transit ini
akan berhenti di kesemua 24 stesen dari Ipoh ke Padang Besar.
Tambah kenyataan itu, sebanyak sepuluh stesen atau hentian baharu turut diperkenalkan
iaitu Anak Bukit, Bukit Ketri, Bukit Tengah, Kamunting, Kobah, Kodiang, Padang Rengas,
Simpang Ampat, Tasek dan Tasek Gelugor.
Penumpang boleh membuat pembelian dan tempahan tiket bermula hari ini. Untuk
maklumat lanjut, sila layari laman sesawang KTMB di www.ktmb.com.my atau menghubungi
Pusat Panggilan KTMB di talian 1-300-88-5862, kata kenyataan tersebut.
(Dipetik daripada Utusan Online)

a. Perkataan tren dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan _____________________
[1 markah]

b. Nyatakan laluan yang diperkenalkan oleh KTMB melalui perkhidmatan tren elektrik (ETS)
yang bermula pada 11 Julai.
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
[2 markah]

c. Apakah nama sepuluh stesen atau hentian baharu yang diperkenalkan oleh KTMB melalui
perjalanan ETS dari Ipoh ke Padang Besar?

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

10

Kertas BM (011 & 012) Format Baharu UPSR 2016

__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
[2 markah]

d. Berapakah harga tiket yang dikenakan bagi perjalanan sehala menggunakan perkhidmatan
ETS dari KL Sentral ke Padang Besar? Nyatakan dua cara untuk membeli dan menempah
tiket ETS tersebut?
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
[3 markah]

Soalan 25
Baca puisi di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kelip-kelip disangka api,


Kalau api mana puntungnya;
Hilang ghaib disangka mati,
Kalau mati mana kuburnya?
Orang Rengat menanam betik,
Betik disiram air berlinang;
Hilang semangat penghulu itik,
Melihat ayam lumba berenang.

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

11

Kertas BM (011 & 012) Format Baharu UPSR 2016

Air melurut ke tepian mandi,


Kembang berseri bunga senduduk;
Elok diturut resminya padi,
Semakin berisi semakin tunduk.
Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi darjat kerana bahasa.
Letak bunga di dalam loyang,
Hiasan rumah seindah rasa;
Banyak berdoa selepas sembahyang,
Mohon diampuni segala dosa.

a. Apakah jawapan bagi rangkap pertama pantun di atas dan apakah jenis pantun tersebut?
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
[2 markah]

b. Apakah yang harus kita lakukan selepas menunaikan sembahyang?


__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
[1 markah]

c. Tandakan ( ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang salah
berdasarkan pantun tersebut.
Semakin tinggi ilmunya semakin mantap akhlaknya.
Darjat yang tinggi dapat menghapuskan segala dosa.
[1 markah]

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

12

Kertas BM (011 & 012) Format Baharu UPSR 2016

d. Terangkan maksud baris-baris pantun di bawah ini.


Elok diturut resminya padi,
Semakin berisi semakin tunduk.

__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
[3 markah]

BAHAGIAN A
[20 markah]

Soalan 1 hingga 4
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1

Nakhoda mengarahkan kelasi kapal dagang itu supaya _________sauh bagi meneruskan
pelayaran mereka.
A menarik
B melabuh
C membuka
D membongkar

Pak Cik Dollah terpaksa ________ reban ayamnya kerana anak-anak ayam kampung yang
diternaknya bertambah dari hari ke hari.
A terbesar
B kebesaran
C memperbesar
D memperbesarkan

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

13

Kertas BM (011 & 012) Format Baharu UPSR 2016

Air sungai itu semakin hari semakin ________kerana banyak bahan buangan dan sampah
sarap mendap di dasarnya.
A lesu
B deras
C jernih
D dangkal

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

Se ________ lanun berjaya ditangkap oleh pihak berkuasa di perairan Selat Melaka hasil
maklumat orang ramai.
A kawan
B pasang
C pasukan
D gerombolan

Soalan 5
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
5

I
II
III
IV
A
B
C
D

Murid-murid prasekolah menyertai acara merebut pundi kacang ke dalam bakul.


Dia gagal merebut undi terbanyak bagi pemilihan pengerusi belia di kampungnya.
Penulis itu berjaya merebut hati para pembaca dengan gaya bahasanya yang indah.
Anuar ingin merebut kembali gelaran Raja Pecut Asia yang pernah dimenangi dahulu.
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV

Soalan 6
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
6

Delegasi Korea itu amat terpegun melihat hasil kraf tangan tradisional orang Melayu seperti
wau, tikar mengkuang, dan labu sayung.
A Aduh, kraf tangan tradisional Melayu seperti wau, tikar mengkuang, dan labu sayung
sangat asli sekali! kata delegasi Korea itu.
B Wah, kraf tangan tradisional orang Melayu seperti wau, tikar mengkuang, dan labu

14

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

C
D

Kertas BM (011 & 012) Format Baharu UPSR 2016

sayung amat hebat! kata delegasi Korea itu.


Aduhai, kraf tangan tradisional orang Melayu seperti wau, tikar mengkuang, dan labu
sayung baik sungguh! kata delegasi Korea itu.
Eh, keaslian kraf tangan tradisional Melayu seperti wau, tikar mengkuang, dan labu
sayung sukar dihasilkan! kata delegasi Korea itu.

Soalan 7
Pilih ayat yang betul.
7

I
II
III
IV
A
B
C
D

Arisha menerima sejambak bunga-bungaan daripada tunangnya yang tersayang.


Harga ikan bawal putih betul mahal berbanding dengan harga ikan-ikan yang lain.
Di negara kita tidak dibenarkan memperjualbelikan barangan terlarang seperti candu.
Majlis kenduri selamat ini adalah bagi menyambut kepulangan kakak dari luar negara.
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV

BAHAGIAN B
[30 markah]

Soalan 21
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi.
ketika
dalam

apabila
sewaktu

semenjak
tentang

walaupun
sementara

Dhia Idrina, Mei Mei dan Rita Mary berlari-lari anak menuju ke perhentian bas. __________
Sementara
menunggu bas tiba, mereka membaca buku cerita. __________
Sewaktu mereka sedang asyik membaca
buku cerita, muncul Sumit Kaur seraya menegur mereka.
Kamu bertiga sangat menghargai masa. __________
menunggu bas pun masih sempat
Ketika
Walaupun sekejap, pencarian ilmu mesti diteruskan, ujarnya.
menimba ilmu. __________
[4 markah]

Soalan 22
a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.
Ayat tanya:
Apakah
pekerjaan utama penduduk berketurunan Banjar di Kampung Sungai Manik?
__________________________________________________________________________________________

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

15

Kertas BM (011 & 012) Format Baharu UPSR 2016

__________________________________________________________________________________________

Jawapan: Bersawah padi adalah pekerjaan utama kaum Banjar di Kampung Sungai Manik.
[2 markah]

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.


Baiklah Tuah, hamba akan
pastikan laluan di Perairan
Selat Melaka ini selamat
daripada ancaman lanun.

Jebat,
pastikan Perairan Selat Melaka bebas daripada ancaman lanun durjana.
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
[2 markah]

c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

16

Kertas BM (011 & 012) Format Baharu UPSR 2016

Berat
sama dipikul, ringan sama dijinjing.
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
[2 markah]

Soalan 23
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Kuih baulu merupakan kuih tradisional orang Melayu dari zaman dahulu. Masa dahulu untuk
membuat kuih baulu mengambil masa yang lama dari kerja penyediaan adunan hingga proses
pembakaran. Kuih baulu telah menjadi menu utama dalam hidangan masyarakat Melayu pada
hari-hari perayaan atau pada majlis-majlis kebesaran, seperti Hari Raya dan Majlis Perkahwinan.
Kemampuan menyediakan kuih baulu yang baik dari segi rupa dan cita rasa menjadi
kebanggaan seseorang individu atau pengusaha makanan kerana produk tersebut akan menjadi
tumpuan atau pilihan kepada penggemar kuih baulu.
Sekarang ini, pembuatan kuih baulu lebih mudah dan hanya memerlukan bahan-bahan
yang mudah dan senang didapati di kedai-kedai runcit seperti tepung gandum, telur ayam, dan
gula pasir. Namun, perbezaan bagi setiap kuih baulu yang dihasilkan adalah pada sukatan dan
teknik pembakaran bahan-bahan asas dan pembuatan kuih baulu tersebut.
Dengan keadaan dunia yang semakin moden, teknik pemuatan kuih baulu juga sudah
berbeza berbanding zaman dahulu. Jika dahulu, orang perlu berpenat lelah bagi menggaulkan
bahan-bahan asas seperti tepung gandum, telur dan gula. Selain itu, mereka juga turut membakar
adunan di atas bara api dan diselubungi asap yang menyesakkan.
Namun kini tidak lagi, segala-galanya sudah berubah. Melalui penggunaan alat-alat yang
berteknologi moden seperti oven dan mixer, pembuatan kuih baulu lebih cepat dan ringkas. Para
pengusaha makanan tradisional seperti kuih baulu ini tidak lagi memerlukan masa yang lama
untuk menghasilkannya, malahan turut dapat menghasilkan produk dengan jumlah yang lebih
banyak bagi memenuhi permintaan para pelanggan.

a. Pada masa sekarang, kuih baulu dibakar menggunakan ___________________________________


oven.
[1 markah]

b. Apakah tiga bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan kuih baulu?
Tiga bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan kuih baulu ialah tepung gandum,
____________________________________________________telur ayam dan gula pasir.
______________________________________
__________________________________________________________________________________________

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

17

Kertas BM (011 & 012) Format Baharu UPSR 2016

__________________________________________________________________________________________
[2 markah]

c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah ditunjukkan


sebagai contoh.
Kuih baulu ialah kuih tradisional orang Melayu dari
zaman dahulu hingga sekarang ini.
Kuih baulu masih menjadi hidangan penting dalam
majlis perkahwinan dan sambutan Hari Raya.

BETUL

Kuih baulu tidak dapat dihasilkan pada masa dahulu


kerana masalah asap yang menyesakkan nafas.

SALAH

Kuih baulu yang disediakan dengan baik dari segi


rupa dan cita rasa menjadi kebanggaan seseorang.
[2 markah]

c. Garisi kata kerja yang terdapat dalam ayat atau petikan yang disediakan.
Kita perlu menggaulkan bahan-bahan asas seperti tepung gandum, telur, dan gula.
Pada masa dahulu untuk membuat kuih baulu terpaksa mengambil masa yang lama.
Selain itu, mereka juga turut membakar adunan di atas bara api yang diselubungi asap.
[2 markah]

Soalan 24
Baca berita di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

SHAH ALAM, 19 Oktober 2015 Rapid Bus Sendirian Berhad, pengendali bus Rapid KL
hari ini memperkenalkan perkhidmatan bas dua tingkat bagi laluan U64 iaitu dari Taman Sri
Muda, Seksyen 25 Shah Alam ke Pasar Seni, Kuala Lumpur.

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

18

Kertas BM (011 & 012) Format Baharu UPSR 2016

Pengurus Zon Tiga, Sarifudin bin Saidin berkata, perkhidmatan itu adalah untuk laluan
keempat menggunakan kemudahan bas dua tingkat selepas laluan U80 dari Seksyen Dua, Shah
Alam ke Pasar Seni, U30 dari Ampang ke KLCC dan dari Kajang ke Jalan Silang di ibu kota.

Bagi laluan U64 ini, kami memperuntukkan empat buah bas dua tingkat kerana jumlah
pengguna di sini mencatat hampir 5,000 penumpang sehari pada hari bekerja dan meningkat
kepada 6,000 penumpang pada hari cuti, kata beliau dalam sidang akhbar pagi tadi.

Tiada bayaran tambahan akan dikenakan kepada para pengguna yang menaiki bas dua
tingkat ini, kadar tambangnya tetap sama seperti bas Rapid KL yang lain, katanya kepada
pemberita selepas memperkenalkan perkhidmatan bas berkenaan di sini hari ini.

Kadar tambang yang dikenakan bagi perjalanan sehala dari Taman Sri Muda ke Pasar
Seni ialah RM3.00 bagi setiap penumpang. Menurutnya lagi, sejak perkhidmatan bas dua tingkat
ini dilancarkan September lepas, perkhidmatan berkenaan telah mendapat sambutan yang amat
baik dan memberangsangkan daripada para pengguna.

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

19

Kertas BM (011 & 012) Format Baharu UPSR 2016

Ada pengguna yang mahu perkhidmatan bas itu disediakan di semua laluan Rapid KL
tetapi perkhidmatan ini masih tertakluk kepada kesesuaian laluan memandangkan bas berkenaan
adalah setinggi 4.2 meter, katanya, semasa mengulas permintaan pelanggan.

Sehingga kini 14 daripada 40 buah bas dua tingkat telah beroperasi di sekitar Lembah
Klang. Bas berkenaan yang mampu membawa sehingga 108 orang penumpang pada setiap masa
dilengkapi pelbagai kemudahan antaranya tandas dan kemudahan rangkaian kawasan setempat
(Wifi) secara percuma. Selain itu, perkhidmatan bas dua tingkat Rapid KL ini juga sangat mesra
pelanggan. Bas ini amat istimewa kerana mesra untuk orang kurang upaya (OKU).

(Dipetik daripada sumber; Bernama)

pantas / cepat
a. Perkataan Rapid KL, rapid merujuk kepada perhidmatan bas yang ______________________
[1 markah]

b. Nyatakan laluan yang diperkenalkan oleh Rapid KL melalui perkhidmatan bas dua tingkat
yang bermula pada 19 Oktober 2015.
Laluan yang diperkenalkan oleh Rapid KL melalui perkhidmatan bas dua tingkat, bermula
____________________________________________________pada 19 Oktober 2015 adalah antara Taman Sri Muda, ke Pasar Seni, Kuala Lumpur.
______________________________________
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
[2 markah]

c. Mengapakan perkhidmatan bas dua tingkat Rapid KL tidak dapat disediakan bagi kesemua
laluan yang meliputi Shah Alam dan Kuala Lumpur?
Perkhidmatan bas dua tingkat Rapid KL tidak dapat disediakan bagi kesemua laluan Shah
____________________________________________________Alam Kuala Lumpur kerana faktor kesesuaian laluan dan ketinggian bas tersebut yang
______________________________________
mencecah
4.2 meter.
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
[2 markah]

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

20

Kertas BM (011 & 012) Format Baharu UPSR 2016

d. Berapakah anggaran penumpang perkhidmatan bas dua tingkat Rapid KL bagi hari-hari
bekerja dan hari-hari cuti umum? Nyatakan anggaran lebihan penumpang bagi hari cuti
umum dengan hari bekerja?
Anggaran penumpang untuk perkhidmatan bas dua tingkat Rapid KL bagi hari-hari
____________________________________________________bekerja adalah sebanyak 5,000 penumpang sehari, manakala bagi hari-hari cuti pula
______________________________________
meningkat
kepada 6,000 penumpang. Anggaran lebihan penumpang bagi hari cuti umum
__________________________________________________________________________________________
dengan hari bekerja adalah sebanyak 1,000 penumpang.
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
[3 markah]

a. Tandakan ( ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang salah.
Kebanyakan perkhidmatan Rapid KL menurunkan penumpangnya di Medan Pasar.

Dua belas buah bas Rapid KL disediakan untuk orang ramai ke Bangkok Bank.

X
[1 markah]

Soalan 25
Baca puisi di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Payah kami menanam padi,


Nanas juga ditanam orang;
Payah kami menabur budi,
Emas juga dipandang orang.
Tinggi bukit gilang-gemilang,
Air laut tenang-tenangan;
Budi sedikit tidakkan hilang,
Bekal menjadi kenang-kenangan.
Jentayu burung jentayu,
Hinggap di balik pokok mayang;
Bunga kembang akan layu,
Budi baik tidakkan hilang.

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

21

Kertas BM (011 & 012) Format Baharu UPSR 2016

Biarlah orang bertanam buluh,


Mari kita bertanam padi;
Biarlah orang mencari musuh,
Marilah kita menyemai budi.
Jikalau kita bertanam padi,
Senanglah makan adik-beradik;
Jikalau kita menyemai budi,
Orang yang jahat menjadi baik.

a. Apakah maksud yang hendak disampaikan bagi rangkap ketiga pantun di atas?
Rangkap ketiga pantun di atas menceritakan tentang perbandingan bunga dengan budi,
____________________________________________________bunga cantik tatkala sedang kembang dan hilang serinya apabila layu manakala budi tidak
______________________________________
akan
hilang serta akan dikenang sepanjang hayat.
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
[2 markah]

b. Apakah harta yang paling berharga yang dinyatakan dalam pantun di atas?
Harta yang paling berharga yang dinyatakan dalam pantun di atas adalah emas.

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

[1 markah]

c. Tandakan ( ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang salah
berdasarkan pantun tersebut.
Nilai budi sangat tinggi dalam kehidupan bermasyarakat.

Orang jahat diibaratkan seperti bunga yang sudah layu.

X
[1 markah]

d. Terangkan maksud baris-baris pantun di bawah ini.

22

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Kertas BM (011 & 012) Format Baharu UPSR 2016

Biarlah orang mencari musuh,


Marilah kita menyemai budi.

Baris-baris pantun di atas bermaksud kita hendaklah menjauhi sikap suka bermusuhan atau
____________________________________________________tidak bermusuhan dengan sesiapa pun sebaliknya, kita amat digalakkan untuk menabur budi
______________________________________
kepada
insan yang memerlukan atau insan yang kurang bernasib baik.
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
[3 markah]

d. Tuliskan (Betul) bagi pernyataan yang betul dan (Salah) bagi pernyataan yang salah.
Sedikit kebaikan yang kita lakukan tetap dikenang orang sepanjang zaman.

Betul

Masyarakat melabelkan budi lebih tinggi nilainya berbanding dengan emas.

Salah

Suka bermusuhan merupakan amalan keji yang perlu dijauhi oleh setiap orang.

Betul

Budi baik seseorang mampu membawa insan malang kembali ke pangkal jalan.

Betul
[3 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

TIP MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN (PETIKAN ATAU TEKS DALAM UPSR)


1. Soalan pemahaman (petikan), hanya menguji aspek pengetahuan tentang teks yang dibaca.
Murid membaca dan memahami kandungan teks lalu mencari maklumat yang disoal.
2. Baca petikan dengan teliti supaya segala isi dalam petikan dapat anda/calon fahami.
3. Baca setiap soalan serta pilihan jawapan yang dikemukakan dengan teliti.
4. Cari kata kunci soalan kemudian cari dan padankan maklumat dalam petikan. Seterusnya,
menanda / menggaris isi dalam teks.

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

23

Kertas BM (011 & 012) Format Baharu UPSR 2016

5. Garisi jawapan sekiranya jawapan yang dikehendaki itu dapat ditemukan dalam petikan.
6. Telitilah jawapan pilihan yang lain juga. Pastikan bahawa jawapan yang anda/calon pilih itu
benar-benar menepati kehendak soalan.
7. Bagi soalan yang menanyakan, Pilih pernyataan yang benar atau tidak benar atau kecuali,
murid/calon mesti memahami jalan cerita yang ada dalam petikan sebelum membuat pilihan
jawapan dengan mengaras maklumat yang terdapat dalam petikan berkenaan.
8. Bagi soalan yang menanyakan maksud perkataan, frasa atau rangkai kata yang terkandung
dalam petikan, murid/calon mesti dapat membuat padanan maksud sama erti atau sinonim.
9. Kata tugas dalam soalan. Kata tugas (jenis-jenis kata tanya), membayangkan kerencaman
(kepelbagaian) tugasan dalam buku soalan. Antara contoh kata tugas:
BIL

KATA TUGAS

1
2

Apakah
Bagaimanakah

3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13

Berapakah
Beri Ulasan
Bezakan
Bilakah
Bincangkan
Catatkan
Di manakah
Isikan
Manakah
Mengapakah
Nyatakan

14
15
16

Pilih
Siapakah
Tuliskan

RESPONS YANG DIHARAPKAN


Memberikan maklumat yang khusus atau spesifik
Memerihalkan atau memberi penerangan tentang sesuatu ciri, cara,
keadaan, langkah atau kejadian
Menyatakan jumlah / kuantiti
Memberi pandangan / pendapat / komen / kritik
Menyatakan kelainan, ketidaksamaan antara dua atau lebih perkara
Menyatakan masa atau waktu urutan sesuatu peristiwa
Memberikan penerangan / pandangan daripada pelbagai aspek
Merakam sesuatu maklumat / pandangan / pendapat
Menyatakan tempat, kedudukan atau lokasi sesuatu peristiwa
Memasukkan jawapan yang sesuai / logik / munasabah
Menyatakan pilihan / membuat keputusan
Memberi sebab yang logik / konkrit
Memberi jawapan yang spesifik tanpa memerlukan huraian lanjut,
huraian atau sokongan
Membuat pilihan jawapan yang terbaik / tepat
Mengenal pasti individu dalam konteks tertentu
Menulis maklumat berdasarkan respons yang diharapkan

BAHAGIAN BAHASA MELAYU PENULISAN (012)


BAHAGIAN A (MEMINDAHKAN MAKLUMAT)
Bahan Rangsangan
Gambar tunggal
Peta Minda
Graf
Poster

Gambar bersiri
Peta i-Think
Jadual
Iklan

Gambar berpusat
Atur Cara
Peta

Intisari Rancangan
Carta
Pelan

24

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Kertas BM (011 & 012) Format Baharu UPSR 2016

KAEDAH TETINGKAP MAKLUMAT : SATU PEMUDAH CARA LESTARI DAN BERKESAN


Siapa ? / Apa ?

Buat Apa ? / Kenapa ?

Peluasan Ayat {Keterangan / Tempat / Masa}

{Mengapa / Di mana / Bila}

KAEDAH TETINGKAP MAKLUMAT : SATU PEMUDAH CARA LESTARI DAN BERKESAN


Siapa ? / Apa ?

Buat Apa ? / Kenapa ?

Kata Hubung {dan / lalu / sambil / serta}

{kerana / ketika / semasa / tatkala / untuk}

Gambar di bawah menunjukkan suasana sambutan Hari Kemerdekaan.


Tulis lima ayat yang lengkap tentang sambutan Hari Kemerdekaan berdasarkan gambar.

BAHAGIAN B (MENULIS ULASAN)


Bahan Rangsangan
Teks (Cara-cara)
Teks (Situasi)
Poster / Iklan
Peta Minda

Teks (Kegunaan)
Teks (Aktiviti)
Resipi / Menu
Peta i-Think

Teks (Faedah)
Petikan (NM)
Peta / Carta
Bahan Sastera

Teks (Kebaikan)
Petikan (Pengajaran)
Carta Alir

Lima Panduan Asas (PW)

Ulasan {Maklumat Soalan / Bahan Rangsangan}

(Anda Mesti Hafal)

(Cari dan Tulis Semula)

25

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

SATU (Pendahuluan)
(Soalan; Apakah Topik
Ulasan)
Isi Satu

: Misalnya,

Isi Dua

: Manakala,

Isi Tiga

: Selain itu,

Isi Empat : Seterusnya,


Isi Kelima : Justeru,
Penutup

: Kesimpulannya,

Kertas BM (011 & 012) Format Baharu UPSR 2016

Buah-buahan tempatan ada yang bermusim dan ada yang tidak


bermusim. Misalnya, durian, cempedak, dan manggis adalah
antara buah-buahan yang bermusim. Manakala, tembikai, betik
dan, belimbing pula merupakan buah-buahan tidak bermusim
dan boleh didapati sepanjang tahun. Selain itu, buah-buahan
tempatan ini mudah didapati sama ada di gerai-gerai tepi
jalan, warung buah-buahan atau di pasar raya. Seterusnya,
harga yang ditawarkan bagi buah-buahan ini amat berpatutan.
Justeru, buah-buahan ini juga boleh dijadikan perasa makanan
dan jus minuman yang enak dan menyegarkan. Kesimpulannya,
buah-buahan tempatan setanding dengan buah-buahan yang
diimport. Oleh itu, makanlah buah-buahan tempatan.

Gambar di bawah menunjukkan poster tentang buah-buahan tempatan.


Tulis ulasan tentang buah-buahan tempatan dan produk yang dihasilkan daripada buah-buahan
tersebut dalam bentuk perenggan.
Panjang ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

BAHAGIAN B (MENULIS ULASAN)


Bahan Rangsangan (Imaginatif dan Deskriptif)
Berformat Khusus
Bahan Rangsangan

Fakta / Rencana
Cerita Keperihalan

Bahan Sastera

Berdasarkan Situasi

Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja.


Panjang karangan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.

Soalan 1

26

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Kertas BM (011 & 012) Format Baharu UPSR 2016

Anda berpeluang mewakili sekolah anda dalam pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh
pejabat pelajaran daerah. Tajuk syarahan anda ialah, Cara-cara Menjaga Kesihatan.
Tuliskan teks syarahan kamu itu selengkapnya.
ATAU
Soalan 2
Bangsa Malaysia berhemah tinggi
Ramah dan mesra elok pekerti
Yang tiada dibantu, yang lemah
dilindungi
Bertimbang rasa hormat
menghormati
Kita berkhidmat jujur dan ikhlas
Mencurah bakti tak minta dibalas
Harapan rakyat satu amanah
Budi bahasa budaya kita
Dua rangkap di atas merupakan korus daripada lirik lagu Budi Bahasa Budaya Kita yang
dinyanyikan oleh Datuk Siti Nurhaliza. Lirik tersebut menggambarkan pentingnya budi bahasa
demi memperkasa budaya bangsa.
Berdasarkan maksud lirik lagu tersebut. Tuliskan cerita berpandukan situasi yang diberi.
Semasa kamu dan kawan-kawan kamu sedang menunggu bas, tiba-tiba kamu ternampak seorang
warga emas terjatuh di atas jalan raya, semua barang yang dibawanya bertaburan.
Ceritakan tindakan yang kamu ambil untuk membantunya.
BAHAGIAN A
[10 markah]
[Masa dicadangkan : 15 minit]

Gambar di bawah menunjukkan amalan dan aktiviti bagi mengisi masa lapang.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang cara-cara mengisi masa lapang berdasarkan gambar.

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

27

Kertas BM (011 & 012) Format Baharu UPSR 2016

AKTIVITI
MASA LAPANG

BAHAGIAN A (MEMINDAHKAN MAKLUMAT)


1 Kita dapat mengisi masa lapang dengan bermain gasing bersama-sama rakan.
2 Kita akan dapat menaikkan wau di udara apabila angin bertiup pada ketika itu.
3 Bermain congkak dapat menghiburkan hati di samping mencerdaskan minda kita.
4 Permainan sepak raga bulatan menguji kebolehan menimang dan mengawal bola.
5 Permainan catur memerlukan strategi yang bijak supaya mudah menumpaskan lawan.

BAHAGIAN B
[15 markah]
[Masa dicadangkan : 25 minit]

Gambar di bawah menunjukkan poster produk hasilan lembu.


Tulis ulasan tentang produk hasilan lembu tersebut dalam bentuk perenggan.
Panjang ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

28

Kertas BM (011 & 012) Format Baharu UPSR 2016

PRODUK HASILAN LEMBU

BAHAGIAN B (MENULIS ULASAN)


Lembu adalah antara binatang ternakan yang amat banyak memberi manfaat kepada manusia.
Misalnya, tulang lembu sangat enak dimasak sup. Manakala, daging lembu yang diproses dapat
dijadikan daging burger dan boleh disimpan berbulan-bulan di dalam peti sejuk. Selain itu, kulit lembu
pula dapat dijadikan pakaian atau barangan tertentu seperti baju kulit, tali pinggang, kasut dan beg
tangan. Seterusnya, alat muzik seperti kompang dan rebana adalah berasaskan kulit lembu yang
dikeringkan. Justeru, daripada lembu kita juga boleh memperoleh susunya, susu lembu dalam bentuk
cecair dan susu tepung amat berkhasiat dan baik untuk kesihatan kita. Kesimpulannya, semua bahagian
daripada anggota lembu kita boleh gunakan untuk tujuan makanan, minuman, pakaian dan peralatan
muzik.
BAHAGIAN C
[25 markah]
[Masa dicadangkan : 35 minit]

Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja.


Panjang karangan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.

Soalan 1

29

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Kertas BM (011 & 012) Format Baharu UPSR 2016

Anda berpeluang mewakili sekolah anda dalam pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh
pejabat pelajaran daerah. Tajuk syarahan anda ialah, Cara-cara Menjaga Kesihatan.
Tuliskan teks syarahan kamu itu selengkapnya.
ATAU
Soalan 2
Bangsa Malaysia berhemah tinggi
Ramah dan mesra elok pekerti
Yang tiada dibantu, yang lemah
dilindungi
Bertimbang rasa hormat
menghormati
Kita berkhidmat jujur dan ikhlas
Mencurah bakti tak minta dibalas
Harapan rakyat satu amanah
Budi bahasa budaya kita
Dua rangkap di atas merupakan korus daripada lirik lagu Budi Bahasa Budaya Kita yang
dinyanyikan oleh Datuk Siti Nurhaliza. Lirik tersebut menggambarkan pentingnya budi bahasa
demi memperkasa budaya bangsa.
Berdasarkan maksud lirik lagu tersebut. Tuliskan cerita berpandukan situasi yang diberi.
Semasa kamu dan kawan-kawan kamu sedang menunggu bas, tiba-tiba kamu ternampak seorang
warga emas terjatuh di atas jalan raya, semua barang yang dibawanya bertaburan.
Ceritakan tindakan yang kamu ambil untuk membantunya.

BAHAGIAN C (1) SYARAHAN (KERANGKA)

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

30

Kertas BM (011 & 012) Format Baharu UPSR 2016

CARA-CARA MENJAGA KESIHATAN


Assalamualaikum, selamat sejahtera saya ucapkan. Yang saya hormati Saudara Pengacara
Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar, barisan Penolong Kanan, Guru Cemerlang, panel
hakim yang arif lagi bijaksana, serta rakan-rakan yang disenangi. Tajuk syarahan yang telah
diamanahkan kepada saya berbunyi Cara-cara Menjaga Kesihatan.
Kesihatan merupakan aset atau anugerah yang terlalu tinggi nilainya kepada setiap
individu. Amalan pemakanan yang sihat dapat mengelakkan penyakit yang berbahaya seperti
sakit jantung, darah tinggi, angin ahmar, strok, kencing manis dan lain-lain lagi. Kesihatan
dapat dijaga dan dikawal melalui pengambilan makanan yang seimbang.
Hadirin yang saya muliakan,
Selain itu, kita juga hendaklah bersenam dalam masa setengah jam, sekurangkurangnya tiga kali seminggu. Semasa bersenam, lemak akan dibakar dan peluh daripada
badan kita akan keluar bersama-sama kotoran yang boleh menyebabkan penyakit. Amalan
bersenam dan berjoging juga dapat memberikan kesihatan yang lebih baik kepada kita.
Di samping itu, kebersihan tubuh badan merupakan satu daripada punca kesihatan
seseorang individu. Kita hendaklah menjaga kebersihan kulit, rambut, kuku, gigi dan pakaian.
Tubuh badan yang bersih dapat mengelakkan serangan kuman serta jangkitan penyakit.
Hadirin yang saya hormati,
Kita sewajarnya mengamalkan gaya hidup sihat sepanjang masa. Kurangkan
pengambilan gula, lemak, garam dan minyak dalam sajian makanan harian kita. Kita tidak
boleh merokok, minum arak, mengambil dadah jika mahu hidup yang sempurna dan bahagia.
Kesimpulannya, kita mestilah menjaga tempat tinggal kita agar sentiasa bersih. Oleh
sebab itu, kita wajarlah menghindarkan pembiakan lalat, tikus dan lipas yang boleh membawa
pelbagai penyakit sekali gus boleh mengancam kesihatan dan aktiviti seharian kita. Justeru,
wujudkanlah persekitaran rumahku mahligaiku. Sekian, terima kasih.
BAHAGIAN C (2) CERITA (KERANGKA)

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

31

Kertas BM (011 & 012) Format Baharu UPSR 2016

MENGHULURKAN BANTUAN KEPADA WARGA EMAS


Saya dan beberapa orang kawan menuju ke pondok perhentian bas. Kami bercadang hendak
pergi ke kedai buku yang terletak di bandar Batu Pahat. Saya berhasrat untuk membeli alat tulis
dan barang keperluan sekolah serta buku-buku rujukan UPSR.
Semasa saya dan rakan-rakan sedang berjalan menuju pondok perhentian bas, saya
terpandang akan seorang warga emas yang sedang terkial-kial membawa beg plastik berisi
barangan. Dengan tidak semena-mena, warga emas itu terjatuh. Semua barang yang dibawanya
dalam karung plastik itu bertaburan di atas jalan raya.
Saya dan rakan-rakan saya segera membantu, saya mengutip barang yang bertaburan
di atas jalan raya. Saya memimpin warga emas itu ke pondok perhentian bas. Namun demikian,
warga emas tersebut bernasib baik kerana mengalami luka kecil sahaja. Dia hanya mengalami
luka di bahagian tapak tangan dan siku tangan sebelah kirinya.
Warga emas itu memberitahu kami bahawa dia dalam perjalanan pulang ke rumah
anaknya di Taman Perumahan Parit Raja, Batu Pahat. Saya berjanji untuk menghantarnya
pulang ke rumah anaknya itu. Saya menahan sebuah teksi yang kebetulan lalu pada masa itu.
Setelah saya dan Pak Cik Jamaluddin tiba di rumah anaknya, dia mempelawa saya
masuk ke dalam rumah anaknya itu. Dia menghidangkan segelas minuman sejuk dan beberapa
keping kek untuk saya. Kami minum dan makan kek bersama-sama. Dia mengucapkan terima
kasih atas pertolongan saya dan rakan-rakan saya terhadapnya.
Sungguhpun rancangan saya untuk membeli peralatan sekolah dan buku rujukan tidak
kesampaian, namun saya berasa amat gembira sekali kerana dapat membantu orang yang
dalam kesusahan. Saya pun beredar meninggalkan Pak Cik Jamaluddin ke pondok perhentian
bas untuk menunggu bas dan pulang semula ke rumah.

Anda mungkin juga menyukai