Anda di halaman 1dari 1

Berpinar mata dia, kadangkala berair. Udara musim sejuk memukul laju mukanya.

Ditekan minyak dengan lebih laju. Avanos harus sampai dalam tempoh masa
terdekat. Dia membuka peta yang tersimpan dalam poket kotnya. Jalan ini terasa
lebih jauh kalau dibandingkan dengan yang tertulis di atas peta. Jalan raya
sekeliling mula lengang. Kenderaan menjadi sedikit. Yang banyak kelihatan ialah lori
besar bermaharajalela di jalan. Sekaligus dua tiga lorong dikebas. Dari jauh,
terdapat papan tanda berwarna biru. Dipecut laju skuter itu supaya cepat dekat di
situ. Tertulis AVANOS tapi diblockkan dengan garisan merah. Apakah?
Nalurinya seolah mengatakan mereka sesat. Sudah jauh terbabas ke jalan lain.
Avanos terlepas. Terbayang, aktiviti riang mengukir tanah liat di sana. Tak boleh
jadi. Skuter itu dinaikinya seorang. Bahaya pun rasa, apatah bila pandangan makin
kabur disebabkan angin musim sejuk. Kaca mata yang dipakai tidak mampu
menghalang matanya dari berair.
Aku harus beritahu mereka bahawa kita sesat. Dia memandang skuter di depannya.
Aida dan Mira. Aku harus laju, block die

Anda mungkin juga menyukai