Anda di halaman 1dari 10

PENULISAN SURAT DAN MEMO

oleh
DR. ZAITUL AZMA ZAINON HAMZAH
(Setiausaha kehormat Persatuan Linguistik Malaysia)
Surat Kiriman Rasmi
Karangan berformat, satu bentuk komunikasi melalui penulisan yang dituju khas . Dihantar
kepada seseorang untuk tujuan-tujuan rasmi seperti memohon kerja, membuat pesanan,
membuat pengaduan secara rasmi, memohon kebenaran dsb.
Bahasa yang digunakan adalah ringkas, tepat, ayat ringkas dan menyentuh tujuan penulisan
surat itu dengan tepat.
Menerapkan nilai kesantunan dalam bahasa surat melalui penggunaan gantinama yang
formal seperti saya, anda, tuan, puan, saudara, saudari, Cik, dan juga lengkap dengan gelarangelaran yang khusus jika surat itu menyentuh nama orang yang bergelar.
Contoh: Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja (Formal)
1. Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja digunakan apabila terdapat sekatan sosial tertentu, sama
ada sekatan pangkat (kedudukan sosial) atau hubungan yang belum rapat.
2. Gelaran-gelaran Pergaulan Tak Bersahaja adalah seperti yang berikut:
(a) Tuan
- digunakan untuk orang lelaki yang lebih tinggi pangkatnya daripada kendiri, dan orang
lelaki yang bergelar Haji, Doktor, Profesor dan Syed seperti Tuan Haji Abdul Rahman, Tuan
Doktor Khoo dan Tuan Profesor Osman.
(b) Encik, Cik
- boleh digunakan untuk orang lelaki yang lebih tinggi pangkatnya daripada kendiri seperti
Encik Ali atau Cik Ali.
(c) Puan
- digunakan untuk orang perempuan yang pangkatnya lebih tinggi daripada kendiri dan
perempuan yang mempunyai gelaran Doktor, Profesor dan sebagainya.
(d) Saudara
- digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang seumur dengan kendiri atau lebih muda,
dan yang seumur dengan kendiri atau lebih muda, dan yang hubungannya belum rapat dengan
kendiri atau digunakan dalam rujukan kepada ahli-ahli dalam mesyuarat, perbahasan dan
sebagainya.
(e) Saudari
- digunakan untuk perempuan sahaja dalam konteks yang sama dengan penggunaan gelaran
saudara.

(f) Tetuan
- hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada para pemilik atau pentadbir
syarikat perniagaan (termasuk syarikat guaman) seperti: Tetuan Syarikat Sinaran Sdn. Bhd.
Gelaran Warisan
1. Juga disebut gelaran keturunan.
2. Gelaran ini diwarisi sejak lahirnya seseorang itu.
3. Gelaran warisan atau keturunan boleh dibahagikan kepada empat jenis:
(a) Gelaran warisan daripada keturanan raja-raja yang memerintah sama ada pada zaman
dahulu atau sekarang.
Contoh: Gelaran Raja terdapat di negeri Perak dan Selangor; Tunku di negeri Johor dan
Negeri Sembilan; Pangeran, Pangeran Anak dan Pangeran Muda di Negara Brunei
Darussalam; Tengku di Kelantan, Pahang, Kedah dan Terengganu.
(b) Gelaran warisan daripada keturunan orang-orang besar.
Contoh: Megat dan Puteri yang terdapat di Perak; Nik di Kelantan; Wan di Kelantan dan
Terengganu; Abang di Sarawak; Datu di Sabah; Awangku, Pangeran dan Dayangku di
Brunei Darussalam; Tan di Kedah dan Tun di Terengganu.
(c) Gelaran warisan daripada keturunan Nabi Muhammad s.a.w. seperti Syed atau Sayid bagi
lelaki dan Syarifah bagi perempuan. Sesetengah pihak mengatakan bahawa gelaran Syarif,
Syekh dan Siti juga digolongkan ke dalam gelaran jenis ini.
(d) Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia seperti gelaran Raden
dari Jawa, Daeng dari Tanah Bugis, Sidi dan Sutan di Minangkabau, Teuku dan Teungku dari
Acheh.
Gelaran Kurniaan
1. Gelaran kurniaan didapati melalui pencapaian atau achievement.
2. Gelaran ini boleh dibahagikan kepada gelaran kurniaan pemerintah dan gelaran kurniaan
akademik atau ikhtisas.
3. Gelaran kurniaan pemerintah ialah gelaran yang dianugerahkan oleh kerajaan kepada
orang-orang yang dianggap berjasa, antaranya termasuklah:
(a) Tun gelaran kurniaan Kerajaan Persekutuan paling tinggi yang dianugerahkan kepada
orang lelaki dan perempuan.
(b) Toh Puan gelaran untuk isteri kepada Tun.
(c) Tan Sri gelaran di bawah Tun, kurniaan Kerajaan Persekutuan kepada orang lelaki dan
perempuan.

(d) Puan Sri gelaran untuk isteri kepada Tan Sri.


(e) Datuk (Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia) gelaran yang dikurniakan oleh kerajaankerajaan negeri kepada orang lelaki dan juga perempuan.
(f) Datuk (Datuk Patinggi atau Datuk Amar) - gelaran yang dikurniakan oleh Kerajaan
Sarawak.
(g) Datin Paduka gelaran yang dikurniakan kepada orang perempuan oleh kerajaan
Selangor.
(h) Toh Puan isteri kepada Datuk di Terengganu.
2. Orang-orang yang menyandang gelaran-gelaran ini tidak perlu lagi diberi rujukan Tuan,
Puan, Cik atau Encik.
3. Gelaran kurniaan ikhtisas diperoleh kerana kejayaan dalam bidang akademik atau ikhtisas.
Gelaran-gelaran ini adalah seperti berikut:
(a) Profesor Diraja untuk profesor lelaki atau perempuan yang sudah mencapai kemuncak
bidang akademik.
(b) Profesor untuk orang lelaki atau perempuan yang sudah mencapai pangkat paling tinggi
dalam bidang akademiknya.
(c) Profesor Madya untuk orang lelaki dan perempuan yang sudah mencapai taraf akademik
satu tingkat di bawah Profesor.
(d) Doktor untuk orang lelaki atau perempuan yang berkelulusan Doktor Falsafah, ilmu
perubatan dan pembedahan, pergigian dan perubatan veterinar (haiwan).
(e) Cikgu untuk orang lelaki atau perempuan yang menjadi guru.
4. Selain gelaran kurniaan pemerintah dan ikhtisas, gelaran kurniaan juga termasuklah
gelaran kurniaan yang diberikan oleh pertubuhan seperti gelaran Pendeta diberikan kepada
Allahyarham Yang Berbahagia Tan Sri Hj. Zainal Abidin bin Ahmad (Zaba) dalam Kongres
Bahasa Melayu Ketiga (1956) dan gelaran Bapa Kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj.
Gelaran Keagamaan
1. Gelaran ini diberikan kepada seseorang yang telah menunaikan rukun Islam yang kelima
iaitu fardu haji.
2. Gelaran Haji untuk orang lelaki dan Hajah untuk perempuan. Kata Tuan boleh digunakan
sebelum Haji dan Puan sebelum Hajah.
Contoh: Tuan Haji Abdul Rahman, Puan Hajah Aishah Ghani.

3. Dalam bahasa lisan, gelaran Cik, Pak dan Mak boleh mendahului gelaran keagamaan.
Contoh: Cik Haji Osman, Pak Haji Omar, Mak Haji Aishah.
Gabungan Gelaran
1. Dalam hal gabungan gelaran, gelaran kurniaan kerajaan mendahului semua gelaran ini.
Kurniaan kerajaan + Akademik/ ikhtisas + Warisan + Keagamaan.
Contoh: Tan Sri Prof. Raja Haji Osman
RUJUKAN HORMAT
Rujukan yang dikenakan kepada sasaran menurut taraf sosial, sama ada mempunyai gelaran
tertentu atau tidak. Antara padanan rujukan hormat adalah seperti yang berikut:
Orang Yang Disapa Rujukan Hormat
1. Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri
Paduka Baginda
2. Sultan, Raja, Sultanah, Tengku Ampuan, Raja Permaisuri Duli Yang Maha Mulia
3. Balu Raja Yang Maha Mulia
4. Raja Muda atau Tengku Mahkota Duli Yang Teramat Mulia atau Yang Teramat Mulia
5. Kerabat Diraja Karib Yang Amat Mulia
6. Bergelaran warisan Yang Mulia
7. Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri Yang Amat
Berhormat
8. Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (wakil rakyat) Yang Berhormat
9. Wakil Rakyat yang mempunyai gelaran Tengku atau Raja Yang Berhormat Mulia
10. Tun, Toh Puan Yang Amat Berbahagia
11. Yang mempunyai gelaran kurniaan kerajaan (selain Tun dan Toh Puan) atau/ dan gelaran
ikhtisas yang formal Yang Berbahagia
12. Ketua Hakim Negara Yang Amat Arif
13. Ketua Polis Negara Yang Amat Setia
14. Hakim, Kadi Yang Arif

15. Mufti dan pemimpin Islam Sahibul Samahah


16. Ketua jabatan tanpa gelaran Yang Berusaha
Nilai santun dalam bahasa surat rasmi
Memasukkan unsur penyampaian hajat atau tujuan menulis surat, mengemukakan permintaan
menggunakan bahasa yang hormat dan santun
A KEPALA SURAT
a. Nama dan alamat pengirim
b. Garisan melintang
c. Nama dan alamat penerima
d. Tarikh
e. Hala surat/ Panggilan hormat
f. Perkara/ tajuk
g. Isi surat
h. Penutup nyatakan harapan kita
i. Tandatangan pengirim
Semua butir di atas hendklah ditulis mengikut ketetapan yang diterima oleh sesebuah
organisasi tertentu.
Butir 1 : Nama dan Alamat Pengirim:
Ditulis di tepi, iaitu pada bahagian lipatan di sudut atas sebelah kiri surat
Butir 2 : Garisan Panjang Pengirim:
Dibuat selepas menulis nama dan alamat pengirim. Garisan ini dibuat memanjang dari kiri ke
kanan.
Sekiranya menggunakan kepala surat, garisan ini tidak diperlukan.
Butir 3 : Nama dan Alamat Penerima
a. Ditulis di bawah daripada garisan melintang, iaitu di sudut sebelah kiri surat.
b. Ditulis di tepi, iaitu pada bahagian lipatan sama seperti nama dan alamat pengirim.

c. Baris akhir pada alamat ini mesti digariskan (Negeri) dan ditulis dengan huruf besar.
Butir 4 : Tarikh:
a. Ditulis di sudut sebelah kanan ( tertakluk juga kepada ketetapan sesebuah organisasi) pada
baris yang sama dengan baris khir alamat penerima (Negeri)
b. Ditulis dengan tiga perkataan sahaja, iaitu tarikh, bulan dan tahun. Bulan mesti ditulis
dengan huruf besar. Contoh:
2 JANUARI 2009.
Perkataan hari bulan yang mewakili hari bulan tidak perlu ditulis.
Misalnya 2 hb JANUARI 2009
Butir 5 : Hala Surat / Panggilan Hormat Penerima
Ditulis di tepi sebelah kiri, iaitu seturut ke bawah dalam jarak satu baris dengan nama dan
alamat penerima (Butir 3). Misalnya Tuan, Puan, Datuk, Datin, Tan Sri, Puan Sri, Yang
Berhormat, Yang Amat Berhormat dan lain-lain.
B TENGAH SURAT
Perkara/ tajuk :
Dalam surat kiriman rasmi mesti ditulis perkara/ tajuk surat.
Perkara hendaklah ditulis melangkaui dua jarak barisan di bawah hala surat.
Setiap huruf awal dan perkataan hendaklah ditulis dalam huruf besar
Jangan bubuh tanda noktah selepas itu.
Kemudian garis atau hitamkan perkara tersebut.
Perkara atau tajuk harus ditulis dengan seberapa yang ringkas, tepat dan padat. Hal ini
penting kerana penerima akan dapat meramalkan isi surat tersebut dan menjimatkan masa
penerima untuk membacanya.
Butir 7 : Isi kandungan:
Isi kandungan surat hendaklah dimulakan dengan memberikan serba sedikit pengenalan dan
latar belakang yang berkaitan dengan perkara surat
Isi pertama dimulakan di bahagian tepi sekali tanpa nombor, dan dalam jarak dua langkau
dari perkara.
Perenggan kedua dan seterusnya, penulis harus memulainya dengan nombor di tepid an
kemudian ayat dimulakan dalam jarak satu inci dari tepi nombor.

Penulis tidak digalakkan menulis panjang-panjang, oleh itu maklumat lain yang penting
dijadikan sebagai lampiran bagi isi.
Jika penulis ingin menulis isi yang sama, penulis boleh menggunakan pecahan-pecahan
nombor seperti 2.1, 2.2, dan seterusnya.
Bagi menyatakan sub-sub perkara dalam 2.1, 2.2 dan sebagainya, gunakan pula (a), (b) dan
bagi mengembangkan (a), bolehlah gunakan (i), (ii) dan seterusnya.
Walau bagaimanapun penulis tidak digalakkan terlalu banyak menggunakan nombor kerana
hal ini akan memeningkan pembaca malah tidak menepati kehendak surat yang memerlukan
padat, ringkas dan tepat
(iii) Penutup
Surat kiriman rasmi hendaklah diakhiri dengan kata-kata penutup yang jelas dan kemas.
Harus ditulis di sebelah kiri sekali selepas perenggan akhir dalam dua langkau dari baris
perenggan akhir.
Penutup tidak perlu dinomborkan kerana penutup bukan sebahagian daripada isi kandungan
pembaca
Penutup penting sebagai mengakhiri surat dengan kemas, sempurna dan sopan.
Butir 9 : Tandatangan:
Sebelum menurunkan tandatangan, dua atau langkau di bawah penutup, hendaklah ditulis
dengan slogan yang sesuai dan juga rangkai kata bagi menjelaskan identiti penulis.
Rangkai kata yang dimaksudkan terbahagi kepada dua, iaitu;
(a) daripada orang biasa kepada pejabat atau urusan rasmi:
Contohnya, Yang benar, Yang ikhlas, Yang berharap
(b) Urusan rasmi penjabat. Contohnya :
Yang menurut perintah, Yang menjalankan tugas.
Sekiranya penulis memegang sesuatu jawatan ataupun menulis bagi pihak sesuatu
organisasi, maka nama jawatan itu hendaklah ditulis di bawah nama tadi dan nyatakan bagi
pihak jawatan tertentu.
PENULISAN MEMORANDUM (MEMO)
Memo- idea ringkas tentang sesuatu perkara dari satu pihak kepada satu pihak yang lain.
Ditulis oleh seseorang dalam sesebuah organisasi dan ditujukan kepada orang yang bertugas
dalam organisasi itu juga.

Oleh pihak tertentu kepada pihak yang berkenaan di luar organisasi


Format
Identiti pengirim
Identiti penerima
Tarikh
Tajuk memo
Penyataan
Usul
Penutup
Tandatangan
Aspek bahasa
Ringkas
Tepat
Tiada kekaburan makna
Bahasa yang meleret atau berbunga-bunga
KESANTUNAN BERBAHASA DALAM SURAT
A KEPALA SURAT
Nama dan Alamat pengirim
Menulis nama dan alamat yang lengkap, Pastikan tiada kesalahan ejaan nama penerima.
Sekiranya menggunakan kepala surat bercetak, tiada masalah di bahagian ini.
Nama dan alamat penerima Gunakan kata gelaran yang betul untuk penerima surat.
Contoh
Y. Bhg Prof. Dr. Salina Ahmad,
Jabatan Bahasa Melayu,
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,
Universiti Putra Malaysia,
43400 SERDANG, SELANGOR.

Hala surat Tuan (jika pasti penerimanya) Tuan/Puan (jika tidak pasti atau merujuk kepada
senarai penerima yang banyak, lelaki dan perempuan
Sauadara, Saudari, Saudara/Saudari
Tajuk surat Memohon Peruntukan Menganjurkan Seminar
Borang Maklum Balas untuk Menjalankan Kajian Soal Selidik
Hadiah Fellowship Naib Cancelor
Tempahan Hotel
dsb
Perkara / Isi surat pertama Merujuk perkara di atas, saya.
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas, dan dengan sukacitanya saya
memaklumkan bahawa . ( daripada seseorang yang berjawatan lebih tinggi daripada
penerima surat. Contoh Majikan kepada pekerja)
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas, dan memaklumkan bahawa
mesyuarat jawatankuasa persidangan yang dijadualkan pada hari Khamis, 11 Jun 2009
ditunda mengikut butiran yang berikut: ( daripada pengirim yang berjawatan lebih rendah
daripada penerima. Contoh pekerja kepada majikan.)
Isi surat Bersama-sama ini saya lampirkan .( jika surat memerlukan butiran tertentu,
contoh memohon pekerjaan, tempahan, dsb)
Sehubungan dengan itu / Sehubungan itu, bersama-sama ini dikemukakan borang
.sekiranya surat memerlukan pengirim mengedarkan borang untuk diisi.
Untuk surat penganjuran seminar atau kursus, nyatakan tujuan (objektif) penganjuran
sesuatu aktiviti itu. Contoh:
(a) Untuk pengetahuan tuan tujuan seminar ini adalah untuk
(b) Antara tujuan seminar ini diadakan adalah
untuk .
Surat Penolakan atau surat yang menyatakan tidak berjaya, penulis digalakkan
menggunakan bahasa yang tidak terlalu langsung atau berlapik. Contoh:
(a) Permohonan tuan telah kami terima, namun dukacita dimaklumkan bahawa pihak kami
tidak dapat memenuhi . (nyatakan alasannya)
(b) Dukacita dimaklumakan permohonan saudara tidak memenuhi syarat yang ditetapkan
oleh Oleh itu.. Justeru kami dengan berat hati terpaksa menolak
(Isi surat akhir)
Nyatakan harapan penulis
Contoh:
Saya berharap tuan atau penerima tidak berputus asa untuk mencuba pada masa yang akan
datang..

Kami berharap permohonan kami mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya
daripada ..
Pihak kami mengucapkan tahniah atas kejayaan saudara dan kami berharap saudara dapat
menampilkan prestasi
Penutup Masukkan kata-kata penutup yang halus dan sesuai dengan jenis surat.
Sekian.
Sekiranya ada pertanyaan sila hubungi saya menggunakan e-mel atau hp saya,

Anda mungkin juga menyukai