Anda di halaman 1dari 8

PERANAN SEKOLAH DALAM MENJAYAKAN HASRAT

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Sekolah merupakan institusi penting untuk merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan


Kebangsaan (FPK), iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani dan sahsiah terpuji. Sekolah merupakan institusi formal pertama di
mana murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas. Sekolah juga adalah tempat
pemupukan minat setiap murid untuk terus mencari ilmu dan selanjutnya memberi
sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada. Untuk merealisasikan hasrat FPK,
aspek-aspek kepemimpinan, budaya sekolah, aktiviti ko-kurikulum, peranan guru dan
disiplin murid perlu diberi perhatian dan diaktifkan secara menyeluruh.

Sekolah berperanan dalam menyedia, menyelenggara dan mengurus prasarana


supaya pelajar-pelajar dapat memperolehi pengajaran dan pembelajaran secara licin,
optimum dan selamat. Penyediaan papan tulis, kapur dan pemadam papan tulis adalah
contoh prasarana yanh disediakan oleh sekolah. Selain itu sekolah juga perlu
menyelenggara kemudahan yang telah disediakan seperti perpustakaan dan bilik media
agar sentiasa berkeadaan baik. Pentadbiran yang sempurna dapat mengawal keadaan
sekolah agar lebih terkawal dan berdisiplin
Budaya yang berpusatkan nilai-nilai murni perlu diterapkan di sekolah menerusi
kurikulum formal dan tidak formal. Budaya yang mengandungi idea, norma dan
pemikiran yang postif dan mengembeling modal insan secara bersepadu. Pembudayan
Budaya Membaca Al-Quran, Budaya Berbudi Bahasa dapat dicapai melalui
pelaksanaan aktivti yang berseuaian. Sebagai contoh Budaya Membaca al-Quran dapat
dihidupkan melalui aktiviti seperti Majlis Tadarus al-Quran.
Iklim yang mewarnai alam persekolahan sangat memberi kesan yang besar
dalam pembentukan individu seseorang. Pengaruh sekolah selepas keluarga dalam
pembentukan personality pelajar adalah bersangkut paut dengan kecemerlangan
akademik pelajar. Melalui iklim sekolah yang teratur, terkawal, tenang dan tertib yang
memungkinkan suasan yang kondusif kepada proses pengajaran dan pembelajaran
berkesan dan positif. Hubungan sosial yang baik antara guru, pelajar, warga sekolah
dan masyarakt setempat akan membentuk suatu merupakan menifestasi kepada dasar
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Biasanya organisasi sekolah yang sihat atau sakit akan mewujudkan iklim
persekolahan yang kondusif untuk aktiviti-aktiviti pendidikan. Indeks organisasi sekolah
yang sihat boleh dikenal pasti seperti berikut:
Mempunyai pusat sasaran untuk pencapaian matlamat sekolah
Kesusaian menyebar kebudayaan dan ilmu pengetahuan
Berkongsi kuasa autoriti dalam pengurusan sekolah
Keberkesanan dalam pengurusan sumber
Mempunyai semangat perpaduan di kalangan anggota sekolah
Anggota-anggota sekolah merasa kepuasan serta bercita-cita mengejar
kecemerlangan.
Anggota-anggota sekolah mempunyai kesedaran terhadap keperluan
reformasi pendidikan untuk kemajuan sekolah.
Mempunyai suatu sistem kawalan automatik yang dapat menangani
gangguan dari luar.
Mempunyai daya penyesuaian yang berupaya menghadapi dan menangani
konflik di antara aspirasi sekolah dengan organisasi luar.
Mempunyai organisasi yang baik serta sistem pengurusan yang rapi untuk
menangani konflik dalaman.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak akan dapat dilaksanakan jika tidak ada pihak
yang ingin mainkan peranan masing-masing. Di sekolah setiap individu memainkan
peranan masing-masing untuk melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
ini. Antara pihak yang berkaitan ialah:
Guru Besar
Guru Penolong Kanan
Ketua Panitia

Guru Bilik Darjah


Peranan Guru Besar
Edmond (1977), Sweeney (1982), Hussein Mahmood (1993) dan Leithwood dan
Jantzi (1997) menekankan bahawa Guru Besar perlu mempunyai sesitiviti terhadap
bakat dan kemahiran guru-guru, berkongsi matlamat dan membuat keputusan, memberi
latihan pembangunan profesionalisme kepada guru-guru dan interaksi yang tinggi
terhadap guru-guru. Maksudnya di sini, Guru Besar berperanan penting dalam
meningkatkan tahap profesionalisme seseorang guru untuk mencapai objektif sekolah
yang dengan lebih efektif dan sistematik.
Guru Besar bukan sahaja merancang segala aktiviti dan program di sekolah, namun
perlu turut sama terlibat dengan perlaksanaan aktiviti-aktiviti yang dirancang di sekolah.
Guru Besar yang cemerlang akan sentiasa memberikan sokongan dan galakan kepada
guru-guru untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih baik dan menarik minat
murid-murid untuk belajar. Beliau bukan sahaja pandai memberi arahan, namun perlu
turut serta terlibat dengan program-program serta perlaksanaan yang dijalankan di
sekolah. Penglibatan secara langsung Guru Besar dengan organisasi sekolah amat
penting dalam mewujudkan suasana dan iklim sekolah yang harmonis dan damai
selaras dengan kehendak FPK.

Selain itu, Guru Besar juga dijadikan tempat rujukan organisasi sekolah. Jika
terdapat kakitangan sekolah yang menghadapi masalah, guru besar perlu peka dan
prihatin terhadap mereka. Seorang pemimpin yang baik akan dapat memahami
kesulitan yang dialami oleh kakitangannya. Beliau perlu meringankan tangan dan
bersedia untuk menolong kakitangannya yang mempunyai masalah tersebut. Sifat
empati yang tinggi perlu ada di dalam diri seorang pemimpin agar sentiasa dihormati
dan disenangi oleh semua pihak sekolah. Jika kita berbuat baik kepada orang lain,
orang lain akan senang memberikan pertolongan kepada kita kelak dan begitulah
sebaliknya.
Pemimpin yang tidak mengendahkan keadaan staf-stafnya akan menyebabkan
banyak berlaku implikasi negetif. Contohnya, guru tidak akan memberikan kerjasama

yang baik kepada Guru Besar jika Guru Besar meminta pertolongan dari guru tersebut.
Oleh itu, Guru Besar yang baik dan dihormati oleh semua warga sekolah termasuk
murid-murid perlulah mempunyai keterampilan yang baik dalam melaksanakan tugas
dan tanggungjawab mereka dalam menguruskan pentadbiran sekolah
Guru

Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan (GPK)juga memainkan peranan yang penting di sesebuah

sekolah. Terdapat 3 jenis guru Penolong Kanan di setiap sekolah iaitu GPK 1, GPK
Kokurikulum dan GPK HEM. Tugas-tugas GPK ini adalah untuk melicinkan segala
pengurusan dan pentadbiran di sekolah. Mereka bertanggungjawab kepada Guru
Besar dalam hal pentadbiran, kurikulum, pengurusan guru dan kakitangan bukan guru.
Guru Penolong Kanan 1 (GPK 1) merupakan orang yang paling hampir dengan
guru besar. Beliau akan menggantikan guru besar ketika ketiadaannya. Segala urusan
berkaitan dengan jadual waktu dan guru terletak di bawah tugas GPK 1. Apabila
terdapat guru yang tidak hadir maklumat perlu disampaikan kepada GPK 1 dan beliau
akan mencari guru ganti mengisi kekosongan kelas. GPK 1 merupakan orang kedua
selepas guru besar dan perlu sama-sama memastikan kelancaran pentadbiran
sekolah. Segala masalah berkaitan dengan guru, GPK 1 akan menyelesaikannya. Ini
kerana semua masalah guru terletak di bawah tanggungjawab GPK 1. jadual waktu
yang disediakan hendaklah selaras dan tiada berlaku pertindihan waktu antara guru.
Struktur

organisasi

sekolah

juga

berada

di

bawah

kawalan

GPK

ini.

Kesimpulannya,GPK 1 ini memainkan peranan penting dalam membantu guru besar


untuk melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebanfsaan dengan jayanya.
Guru Penolong Kanan Kokurikulum (GPK Ko) merupakan orang yang
bertanggungjawab dalam bidang kokurikulum di sesebuah sekolah. Kurikulum
merupakan satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu
pengetahuan serta kemahiran, nilai dan norma, unsur kebudayaan dan kepercayaan
yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahlinya. GPK Ko

mempunyai dua bidang iaitu kurikulum dan kokurikulum. Dari segi kurikulum beliau
bertanggungjawab

dalam

pembelajaran

yang

berlaku

di

sekolah.

Beliau

menyelaraskan sistem pembelajaran supaya menepati kehendak dan matlamat


Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dari segi kokurikulum pula beliau melaksanakan
sukan dan persatuan di dalam sekolah. Ini bertepatan dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani. Pelajar di sekolah bukan sahaja pandai dari segi pelajaran
tetapi pandai dari segi sukan dan persatuan. Guru Penolong Kanan Ko yang
bertanggungjawab untuk melaksanakan hasrat Falsafah ini.

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) merupakan guru yang
bertanggungjawab dalam hal kebajikan dan masalah palajar di sekolah. Jika terdapat
pelajar yang sakit, PK HEM yang bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada ibu
bapa pelajar tersebut. Rancangan Makanan Tambahan (RMT) juga berada di bawah
kawalan guru ini. Pelajar yang kurang bernasib baik akan diberikan bantuan RMT dan
guru inilah yang bertanggungjawab mengenalpasti pelajar yang kurang bernasib baik
itu. Selain itu, PK HEM juga bertanggungjawab mengenalpasti murid-murid yang
cemerlang namun dalam golongan miskin untuk diberi biasiswa. Pemberian biasiswa
kecil kerajaan ini adalah bertujuan untuk mengurangkan beban keluarga murid
tersebut. Murid-murid yang mempunyai masalah Masalah disiplin juga terletak di
bawah kawalan guru ini. Jika berlaku pergaduhan pelajar tersebut akan dipanggil oleh
guru ini untuk diberikan sedikit teguran dan ibu bapa akan dipanggil bagi sama-sama
menyelesaikan masalah. Guru ini bertanggungjawab untuk membanteras masalah
disiplin di sekolah dan mengambil berat kebajikan pelajar supaya pelajar yang keluar
dari sekolah nanti akan seimbang dirinya.

Kesimpulannya, Guru Penolong Kanan ini adalah pendokong kepada


kelancaran perlaksanaan pengurusan dan pentadbiran sekolah. GPK bukan sahaja
untuk melicinkan pentadbiran sekolah tetapi turut merupakan penasihat kepada Guru
Besar. Guru Besar dapat meminta pertolongan dan pandangan dari GPK agar segala
pengurusan yang dijalankan itu selaras dengan matlamat FPK yang ingin melahirkan
warganegara yang menyeluruh dan seimbang dari pelbagai aspek
Ketua

Panitia
Guru yang dilantik menjadi ketua panitia kebiasaannya dipilih berdasarkan

kecemerlangannya dalam mata pelajaran tertentu. Setiap mata pelajaran mempunyai


seorang ketua panitia masing-masing. Sebagai contoh panitia Bahasa Melayu akan
diketuai oleh seorang ketua iaitu ketua panitia bahasa Melayu. Namun terdapat mata
pelajaran yang tidak mempunyai ketua panitia iaitu mata pelajaran prasekolah, J-Qaf
dan pendidikan khas.
Ketua panitia bertanggungjawab untuk memastikan kecemerlangan panitia yang
diketuainya. Menyediakan rancangan mengajar bagi panitia dan setiap guru akan
merujuk kepada rancangan mengajar tersebut. Rancangan mengajar yang disediakan
hendaklah selaras di semua sekolah demi untuk mencapai matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Ketua panitia merancang untuk meningkatkan kecemerlangan
pelajar dalam bidang yang diuruskannya. Maksudnya jika panitia matematik maka ketua
panitia matematik merancang satu kem untuk meningkatkan kecemerlangan dalam
matematik. Ketua panitia ini memainkan peranan yang besar untuk memajukan subjeksubjek di sekolah bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Jika seseorang guru mempunyai masalah berhubung dengan kurikulum dan


pengajaran, mereka perlu berjumpa dengan ketua panitia masing -masing sebelum
dirujuk kepada Guru Besar atau Guru-guru Penolong Kanan sekolah. Jadi ketua panitia
hendaklah sentiasa peka terhadap keperluan guru-guru di bawah naungannya. Jadi,
peranan ketua panitia ini amat penting dalam memperbaiki kelemahan pengajaran
selain dapat meningkatkan prestasi dan mutu semasa proses pengajaran dan
pembelajaran yang selaras dengan hasrat FPK yang ingin melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan serta berkeupayaan memberi sumbangan kepada kemajuan
negara.
Guru

Bilik Darjah
Guru bilik darjah memainkan peranan yang amat penting dalam keseimbangan

murid-murid di sekolah. Tugas guru bukan sahaja untuk mengajar semata-mata namun
mereka telah diberikan tugas untuk menjaga dan memegang kelas yang terdapat di
sekolah. Guru kelas bertindak menggantikan bapa atau ibu ketika murid-murid di
sekolah. Setiap masalah pelajar guru harus mengetahui supaya tidak mengganggu sesi
pembelajaran. Kehadiran pelajar guru harus mengambil berat dan menanyakan sebab
jika tidak hadir ke sekolah. Setiap masalah yang berlaku guru kelas harus
menyelesaikannya supaya pelajar minat untuk hadir di sekolah. Guru bilik darjah juga
bertanggungjawab untuk menghias kelas masing-masing kerana terdapat program
keceriaan yang dijalankan di sekolah. Penyusunan organisasi di dalam kelas dan jadual
bertugas juga dilakukan oleh guru bilik darjah. Bilik darjah yang ceria dan menarik dapat
menarik minat murid-murid untuk datang ke sekolah.

Guru bilik darjah juga perlu membimbing murid-murid mereka cara belajar yang
baik. Sebagai contoh, guru perlu memberi sokongan dan dorongan yang tinggi kepada
murid kelas mereka supaya rajin belajar agar mendapat keputusan yang cemerlang.
Guru bilik darjah yang baik bertanggungjawab dalam mendisiplinkan murid-murid di
dalam kelasnya. Nasihat yang diberikan haruslah dapat membina keyakinan mereka
untuk belajar dan mengamalkan nilai-nilai murni. Kata-kata nasihat yang baik dapat
membentuk peribadi dan sahsiah murid-murid agar sejajar dengan nilai dan norma
dalam masyarakat pada hari ini.
Tuntasnya, guru bilik darjah ini merupakan tempat bergantung murid-murid ketika di
sekolah. Hal ini kerana, guru bilik darjahlah merupakan orang yang paling rapat
dengan murid-murid .Oleh itu, peranan guru bilk darjah amat penting dalam melahirkan
murid-murid yang seimbang dan berpekerti mulia.