Anda di halaman 1dari 9

Alat-Alat Berfikir

Alat-alat berfikir membantu kita menggunakan minda dengan lebih bijak dan
berkesan. Pemikiran kita menjadi lebihtersusun,luas, jelas dan kita tidak
terburu-buru melakukan sesuatu.Di sini dikemukakan empat alat yang boleh
digunakan untuk meningkatkan ketrampilan berfikir iaitu:

Soalan dan Penyoalan


Peta minda
Pengurusan Grafik
CoRT

Alat-alat berfikir ialah instrumen yang boleh membantu kita membuat


pengurusan lisan , mengurus pemikiran secara visual dan terkawal.

(1) Soalan dan Penyoalan

Soalan penyoalan membantu kita berfikir secara mendalam dan meluas.


Sebagai guru, pengetahuan mengenai soalan dan penyoalan membolehkan kita
membentuk soalan dan menggunakannya secara berkesan dalam situasi
pengajaran
dan pembelajaran. Soalan yang baik harus mengambil kira semua aspek iaitu
aras , skop dan fokus

Soalan mengikut aras Taksonomi Bloom

a)

Soalan bertumpu dan bercapah

Soalan boleh dikategerikan kepada jenis bertumpu dan bercapah

Soalan Bertumpu

Soalan bercapah

Aras rendah

Aras tinggi

Jawapan atau respon terhad

Jawapan atau respon luas

Berbentuk tertutup

Berbentuk terbuka

Sesusi menguji daya ingatan

Sesuai menguji penaakulan dan

penafsiran
Lebih bersifat objektif
b)
Lingkaran soalan

Lebih bersifat subjektif

Soalan jenis ini mula diperkenalkan oleh Christenbury dan Kelly (1983) dan
telah diperkenalkan di Malaysia oleh William W. Wilen pada 1994.
Lingkaran soalan memberi tumpuan kepada tiga skop khusus
iaitu Perkara(P), Individu(I) dan Luar Individu(LI) , kombinasi tiga skop
ini akan menjanakan lebih soalan yang boleh meningkatkan kemahiran berfikir
2) Peta Minda
Menurut Tee et al. (b) (2009), peta minda adalah suatu lakaran yang mempunyai
tajuk atau tema di bahagian tengahnya dan beberapa garisan yang
dikembangkan dari sekelilingnya untuk menggambarkan idea-idea penting serta
dengan cabang-cabang kecil ini sebagai huraiannya.
Tujuan peta minda adalah untuk membolehkan pelajar:
(i) Mencatat nota dengan mudah.
(ii) Merancang sesuatu seperti penulisan karangan, persembahan, ucapan,
projek dan sebagainya.
(iii) Mengingat sesuatu dengan mudah.
(iv) Menggabungkan dan menyeimbangkan kegunaan otak kanan dan otak kiri
semasa belajar.

(i)

Mencatat nota dengan mudah.

(ii) Merancang sesuatu seperti penulisan karangan, persembahan, ucapan,


projek dan sebagainya.
(iii) Mengingat sesuatu dengan mudah.
(iv) Menggabungkan dan menyeimbangkan kegunaan otak kanan dan otak
kiri semasa
(ii)

belajar.

Merancang sesuatu seperti penulisan karangan, persembahan, ucapan,

projek dan sebagainya.


(iii) Mengingat sesuatu dengan mudah.
(iv) Menggabungkan dan menyeimbangkan kegunaan otak kanan dan otak kiri
semasa belajar Mengingat sesuatu dengan mudah.

Untuk maklumat dan informasi yang lebih lanjut sila klik disini

KEPENTINGAN PETA MINDA SEBAGAI ALAT BERIKIR DALAM


MENGAMBIL NOTA KULIAH

(3) PENGURUSAN GRAFIK

DEFINASI : Satu bentuk ilustrasi atau lakaran. Ia digunakan untuk membantu


dan
mengurus cara berfikir yang lebih tersusun dengan tujuan
memantapkan
pemikiran. Pengurusan grafik juga dapat menyedarkan individu
tentang
proses pemikiran yang berlaku. Ia juga menggambarkan secara
mudah
dan jelas sesuatu idea dan erhubungannya dengan aspek yang
berkaitan.

JENIS-JENIS KERANGKA PEMIKIRAN


1.

PG membanding dan membeza

2.

PG membuat kategori

3.

PG meneliti bahagian dan keseluruhan

4.

PG membuat sekuen

5.

PG menerangkan sebab

6.

PG membuat ramalan

7.

PG menyusul periksa andaian

8.

PG membuat inferen

9.

PG mengesahkan sumber maklumat

10. PG menjana idea

11. PG mencipta analogi


12. PG mencipta metafora
13. PG membuat keputusan
14. PG menyelesaikan masalah

KOMPONEN PENGURUSAN GRAFIK


(I) GARIS
(II) BULATAN
(III) GAMBAR
(IV) PERKATAAN

CARA MENGGUNAKAN PENGURUSAN GRAFIK


(I) Merancang dan menyusun idea
(II) Memahami proses pemikiran kendiri
(III) Menterjemah pemikiran tersirat kepada bentuk tersurat
(IV) Menghubungkan semua maklumat dan memvariasikan cara
penghubungan

maklumat tersebut

(4) ALAT CoRT

10 alat pemikiran yang terkandung dalam CoRT, telah diperkenalkan oleh


Edward de Bono dan
tambahan dua alat pemikiran yang lain, iaitu:
1. PMI Plus, Minus, Interesting: setiap perkara dapat difikirkan dari
segi aspek kekuatan dan positif di samping aspek negatif dan
kelemahannya, begitu juga aspek yang menarik tentangnya.
2. CAF consider all factors: sebelum membuat keputusan atau sebelum
faham akan sesuatu, pertimbangkan semua factor yang berkaitan
dengannya.
3. C&S Consequence and Sequel: sesuatu berlaku dengan ada sebab
dan akibatnya, justeru apabila memikirkannya sebagai fenomena,
hendaklah dicari kemungkinan ini.
4. AGO Aims, Goals, Objectives: perkara yang difikirkan lazimnya ada
matlamat, objektif, maka perkara ini hendaklah dipekai dalam
pencarian proses kognitif.
5. FIP First Important Priorities: apabila membuat pengasingan atau
pengkelasan, malah pengkategorian, ada satu susunan yang menurut
peraturan, maka dalam proses berfikir, perkara ini hendaklah
diamalkan.

6. APC Alternatives, Possibilities, Choices: fenomena di sekeliling


seseorang insan lazimnya wujud dalam banyak kemungkinan, justeru
apabila memikirkannya hendaklah mempertimbangkan alternative,
kemungkinan-kemungkinan dan pilihan yang lumayan.
7. OPV Other Peoples View: ketika sedang berfikir, pendapat orang
yang diperoleh hendaklah dipertimbangkan dan digunakan juga.
8. Rules seseorang yang sedang berfikir hendaklah mengatur fikiran
kita supaya patuh kepada peraturan-peraturan tertentu seperti formula
matematik. Dia hendaklah patuh kepada sikuen dan proses berlakunya
sesuatu dalam peraturan itu.
9. Planning ketika berfikir dengan menggunakan alat perancangan,
seseorang hendaklah melibatkan alat-alat yang lain seperti AGO,
C&S, CAF, dan PMI. Alat-alat ini akan meningkatkan kemahiran
pemikir membuat perancangan
10.Decision apabila berfikir untuk memnbuat kesimpulan atau
keputusan, kesemua alat berfikir yang lain hendaklah digunakan, iaitu:
Ketika membuat keputusan, ambil kira semua fakta (CAF)
Anda hendaklah jelas tentang matlamat dan objektif (AGO)
Mengenal pasti keutamaan (FIP)
Kenal akan kesan dan akibat (C & S)
Ada alternatif (APC)
Menilai semua alternatif yang dipertimbangkan (PMI)
Pandangan orang lain juyga sudah diambil kira (OPV)
11.Siabidibam perkara yang wajar difikirkan tentang satu-satu
fenomena ialah siapa, apa, bila, di mana, yang mana, mengapa sesuatu
terjadi, wujud atau berlaku.

12.Perspektif fenomena yang wujud dapat juga difikirkan dari


perspektif social, pendidikan, ekonomi, jantina, usia, bangsa, geografi,
jarak, jisim, bentuk dan sebagainya.
Kesemua alat berfikir dapat digunakan secara bersepadu atau secara asingasing, Namun, perkara yang penting ialah insan yang berfikir mempunyai alat
berfikir yang asli dan sesuai

(bahan dipetik dari SMK BATUKAWAN.COM)