Anda di halaman 1dari 8

ASAS FOTOGRAFI

TP : Media - Kamera (Bukan Digital)

Sebarang kotak kedap cahaya (light proof), mempunyai satu tingkap berkanta.
Kemajuan sains & teknologi - telah meningkatkan keupayaan kamera.

Komponen Asas :

Kanta (B) - untuk membentuk imej di atas filem

Iris atau Diafram (C) - untuk mengawal jumlah cahaya yang sesuai sahaja
boleh masuk ke dalam kamera

Pengatup/Shutter (D) - tingkap khas untukmendedahkan filem kepada


cahaya mengikut jangka masa yang tertentu.

Pemegang filem atau Alur Filem - tempat untuk meletak kepingan atau
gulungan filem peka cahaya

ASAS FOTOGRAFI

Pemidang Tilik / View Finder (E) - untuk menentukan atau melihat


keadaan pemandangan yang bakal dirakamkan ke atas filem.

A - kotak tak lut cahaya


F - Saloran sokong filem
G - Tombol maju filem dan
Tombol mandir filem
Jenis-jenis Kamera :
Kamera boleh dijeniskan mengikut saiz filem yang digunakan :

Kamera kotak / fokus tetap

Kamera fomrat kecil

Kamera format sederhana

Kamera format besar

Kamera segera

ASAS FOTOGRAFI

Saiz filem - 35mm: 60 mm


Kelajuan Pengatup
Jangka masa yang diambil untuk tingkap pengatup terbuka dan tertutup semula.
Jangka masa itu disukat dalam masa persaat.

Kelajuan biasa; 1s, 1/2s 1/4s, 1/8s, 1/15s, 1/30s, 1/500s, 1/4000s.

Subjek pegun 1/60

Subjek berjalan perlahan .. 1/125

Subjek berjalan laju .. 1/250

Subjek berlari 1/250

Kenderaan bergerak laju .. 1/500 .. 1/2000

Iris Diafram
Lubang bukaan dalam kanta, untuk mengawal kadar cahaya masuk. Saiz iris
boleh dibesarkan atau dikecilkan. Saiz iris atau apertur diukur dengan unit f. No2
f yang biasa pada kamera:
F1.4, f1.8, f2, f3.5, f4, f5.6, f8, f11, f16, f22

ASAS FOTOGRAFI

Cahaya terik (matahari) .. f11 atau f16

Cahaya redup (berawan) f5.6 atau f8

Cahaya malap f1.8 atau f2

Fokus
Proses untuk mengubah jarak kanta dari permukaan filem supaya satu imej
subjek yang jelas akan terbentuk di atas permukaan filem.
3 jenis kaedah fokus;

Kaedah Rangefinder :- alat penentuan jarak terbina dalam pemidang tilik.


Ia digabung dengan pergerakan pelaras fokus kanta.

Kaedah mikroprisma :- pemidang dipenuhi oleh mikroprisma2.

Fokus automatik :- proses fokus subjek secara automatik, iaini bila butang
pengatup ditekan separuh, satu isyarat infra merah atau bunyi frekuensi
tinggi akan dipancarkan daripada kamera kepada subjek.

Bidang Fokus :
Kawasan yang kelihatan jelas apabila kanta difokuskan. Kawasan tersebut 1/3
bahagian hadapan subjek dan 2/3 bahagian belakang subjek.

ASAS FOTOGRAFI

Filem
Kepekaan filem dikelaskan berdasarkan kepada kepekaannya kepada cahaya.

Filem Lambat : - kurang peka cahaya, ISO 25 - 64. Sesuai untuk


pembesaran gambarfoto, kerana butiran bahan kimianya amat halus dan
sekata.

Filem Sederhana : - lebih peka cahaya; sesuai pada cahaya siang hari
dan kebanyakan subjek biasa; ISO 80 - 200.

Filem Cepat : - sangat peka cahaya; sesuai untuk gambarfoto sukan


dengan pergerakan pantas/laju/waktu malam/lampu imbas; IsO 400 ke
atas.

Dedahan Dan Teknik Menggambarfoto :


Kadar dedahan cahaya yang tepat amat perlu dalam fotografi untuk :

Membentuk gambarfoto yang baik

Menghasilkan warna-warna yang asli

Memberi nafas kepada gambarfoto

ASAS FOTOGRAFI
Dedahan bererti hubungan yang betul di antara pemilihan apertur, kelajuan
pengatup dan kepekaan filem.
Kaedah-kaedah :
1) Meter Cahaya : untuk meyukat dakar cahaya yang ada.

Kaedah Cahaya Tuju : meter berhampiran dengan subjek dan dihalakan


kepada kamera.

Kaedah Cahaya Pantulan : meter berhampiran dengan kamera dan dihala


kepada subjek.

2) Meter Dedahan Bina Dalam Kamera : jenis automatik mempunyai satu meter
cahaya yang dibina dalam kamera. Antaranya bentuk samakan jarum (matchneedle) dan bentuk LED (light Emiting Diodes)

3) Panduan 'Sunny 16' : digunakan untuk kamera bukan automatik.

Teknik Menggambarfoto:

Ringkas : tumpukan perhatian kepada satu elemen utama dalam sesuatu


situasi.

ASAS FOTOGRAFI

Adakan perbandinan saiz :

Gunakan satu bentukformat persembahan sahaja

Latar belakang : yang ringkas untuk memfokuskan perhatian penonton


kepada subjek.

Komposisi : gunakan kaedah informal agar gambarfoto kelihatan lebih


dinamik.

Gunakan kawasan atau bahagian2 berhamppiran dengan subjek sebagai


rangka untuk membentuk kesan 3D.

Sudut : pelbagaikan sudut kedudukan kamera untuk menggambar subjek

Kontras : terdapat perbezaan kontras yang nyata antara subjek dengan


latar belakang.

Gunakan kebijaksanaan dan kreativiti anda dalam memilih subjek, sudut,


jarak dsbnya.

ASAS FOTOGRAFI

Anda mungkin juga menyukai