Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA MAK INSUN,

06720 PENDANG, KEDAH DARUL AMAN


KERTAS KERJA

PROGRAM KELESTARIAN MASA DEPAN


DAN
STUDY SMART
TAHUN 2015 / 2016

TARIKH
21 NOVEMBER 2015
TEMPAT
PERKARANGAN
SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA MAK INSUN, PENDANG.

ANJURAN
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
dengan kerjasama
JAWATANKUASA PENINGKATAN UPSR TAHUN 2016
SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA MAK INSUN,
06720 PENDANG, KEDAH DARUL AMAN

KERTAS KERJA DASAR


PROGRAM KELESTARIAN MASA DEPAN & STUDY SMART
TAHUN 2015 / 2016
1.0

PENDAHULUAN
Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta

peruntukan kewangan dari pihak pentadbiran sekolah bagi Program Kelestarian Masa Depan
& Study Smart Tahun 2015/2016 yang akan diadakan pada bulan November 2015 anjuran
Unit Bimbingan Kaunseling dan Jawatankuasa Peningkatan UPSR Tahun 2016. Program
berbentuk motivasi dan pemantapan jati diri ini di harap dapat mencapai objektif yang
dikehendaki dengan sokongan daripada pihak pentadbiran sekolah khasnya dan seluruh
warga Sekolah Kebangsaan Paya Mak Insun amnya.

2.0

PENGENALAN
Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling merupakan antara jawatankuasa yang

berada di bawah pentadbiran Unit Hal Ehwal Murid Sekolah manakala Jawatankuasa
Peningkatan UPSR tahun 2016 pula berada di bawah pentadbiran Unit Kurikulum dan
Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Paya Mak Insun, Pendang, Kedah. Kedua-dua
jawatankuasa ini telah bekerjasama untuk mengadakan satu program yang dinamakan
Program Kelestarian Masa Depan dan Study Smart bagi tahun 2015/2016.
Program ini dijalankan untuk murid-murid Tahap 2 di Sekolah Kebangsaan Paya Mak
Insun bagi menyuntik semangat dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar dan
seterusnya mampu menguruskan pembelajaran secara yang lebih bijak dan berkesan.
Program ini juga bertujuan untuk melahirkan generasi murid yang berwawasan, seterusnya
melahirkan bakal murid yang berjaya dengan menerapkan nilai-nilai disiplin dalam teknik
pembelajaran dan moral sahsiah untuk pembangunan kendiri. Program ini juga dianjurkan
kesinambungan kepada program-program yang telah dijalankan dan memberi pengalaman
yang berguna kepada murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun
2016 khasnya.
Selain itu program ini juga dijalankan bagi membantu murid terutamanya dalam
membuat persediaan awal bagi menghadapi peperiksaan disamping memotivasikan diri
mereka dengan memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan pelajaran masa ini

serta memotivasikan mereka supaya meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi selepas
tamat sesi persekolahan peringkat sekolah rendah nanti.

3.0

OBJEKTIF
2.1

Membina kepercayaan dan keyakinan pada diri bahawa dengan persediaan


yang mantap serta dapat membantu kearah peningkatan akademik dan sahsiah.

2.2

Mendedahkan pelajar di sekolah kepada strategi pembelajaran yang lebih


efektif dan efisien seterusnya lebih menyeronokkan.

2.3

Memberi peluang kepada pelajar membina kemahiran interpersonal dan


berkomunikasi melalui Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dianjurkan
bersama.

2.4

Melahirkan bakal-bakal murid yang bukan sahaja cemerlang dari segi


akademik sebaliknya pembangunan sahsiah yang tinggi.

4.0

TUJUAN
Kertas kerja ini dimajukan untuk makluman, serta kelulusan daripada pihak Sekolah

Kebangsaan Paya Mak Insun mengenai penganjuran Program Kelestarian Masa Depan &
Study Smart Tahun 2015/2016

5.0

NAMA PROGRAM
Program Kelestarian Masa Depan & Study Smart Tahun 2015/2016

6.0

MOTTO
"KE ARAH KELESTARIAN MASA DEPAN YANG LEBIH CEMERLANG''

7.0

ANJURAN
Unit Hal Ehwal Murid ( HEM ) dengan kerjasama Jawatankuasa Bimbingan

Kaunseling dan Jawatankuasa Peningkatan UPSR Tahun 2016, Sekolah Kebangsaan Paya
Mak Insun, Pendang, Kedah.

8.0

PENCERAMAH/MOTIVATOR
Tuan Haji Jahya bin Haji Mehat.

9.0

TEMPAT
Sekolah Kebangsaan Paya Mak Insun, Pendang, Kedah.

10.0

11.0

TARIKH
Tarikh dan Hari

: 21hb November 2015 ( Sabtu )

Masa

: 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang.

PENYERTAAN
Program ini melibatkan 100 orang murid Tahap 2 tahun 2015 ( Tahun 4 dan Tahun 5 )

yang terdiri daripada murid-murid yang bakal meneruskan sesi persekolahan pada tahun 2016
serta murid cemerlang UPSR bagi tahun 2015 mengikut pecahan berikut :

12.0

Murid Tahun 5 (2015)

50 orang

Murid Tahun 4 (2015 )

40 orang

Murid Cemerlang UPSR 2015

10 orang

Jumlah Peserta

100 orang.

STRUKTUR JAWATANKUASA
Rujuk Lampiran

13.0

ANGGARAN KEWANGAN
Rujuk Lampiran

14.0

PENUTUP
Sesungguhnya kita hanya merancang, namun perancangan Allah swt itu lebih baik

dan mengatasi segala perancangan hamba-Nya. Harapan kami agar segala program yang
dirancangkan dan disusun akan mencapai objektif yang telah digariskan serta dapat dihayati
juga diaplikasi di dalam kehidupan peserta. Akhir kata, kami merakam setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung
dalam menjayakan program ini.

"KE ARAH KELESTARIAN MASA DEPAN YANG LEBIH CEMERLANG''

Disediakan oleh:

Disemak oleh :

(SYED NAZMI BIN SYED NOH)


Setiuasaha Program,
Sekolah Kebangsaan Paya Mak Insun,
06720 Pendang, Kedah Darul Aman.

(MOHD NASIR BIN YAACOB)


Penolong Kanan Kokurikulum,
Sek. Keb. Paya Mak Insun,
06720 Pendang, Kedah

Disah dan diluluskan oleh:


(HJ MD AYOB BIN YAACOB)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Paya Mak Insun,
06720 Pendang, Kedah Darul Aman.

LAMPIRAN 2

ANGGARAN KEWANGAN
1.

Anggaran Perbelanjaan
i.

Kos Makan
Minum Pagi :
RM2.00 x 100 orang murid
( Bihun Goreng + Teh O panas )
Makan Tengahari :
RM3.50 x 100 orang murid
( Nasi tomato + Ayam Masak Merah +
Limau Sunkist + Sirap )

ii.

: RM200.00

: RM350.00

Minum Petang :
RM1.50 x 100 orang murid
( Teh O + karipap )

: RM150.00

Jumlah Keseluruhan Kos Makan Murid

RM 700.00

Kos Bahan dan Alatulis


Fail Poket
: RM1.50 x 100 murid
Buku Nota
: RM0.60 x 100 murid
Sijil Penyertaan

: RM150.00
: RM 60.00
: RM 50.00

Jumlah Keseluruhan Kos Bahan/Alatulis

RM 260.00

iii.

Banner Program

RM

iv.

Saguhati Penceramah

RM 150.00

Jumlah Perbelanjaan Keseluruhan

RM1180.00

STRUKTUR JAWATANKUASA

70.00

PROG. KELESTARIAN MASA DEPAN & STUDY SMART TAHUN 2015/2016


SK PAYA MAK INSUN, 06720 PENDANG, KEDAH DARUL AMAN.
PENASIHAT
Tuan Haji Md Ayob bin Yaacob
Guru Besar, SK Paya Mak Insun
PENGERUSI
Encik Mohd Nasir bin Yaacob
Penolong Kanan Kokurikulum
NAIB PENGERUSI
Encik Mansor bin Kasa
Penolong Kanan Pentadbiran
Encik Khairul Nizam bin Abd Rahman
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SETIAUSAHA
Tuan Haji Syed Nazmi bin Syed Noh
BENDAHARI
Encik Zamri bin Mohd Ghazali

AHLI JAWATANKUASA
PENDAFTARAN
Encik Mat Jalani bin Bakar
Puan Norwahida binti Din
PENGURUS PESERTA
Ketua Pemimpim Unit Beruniform dan Kelab / Persatuan
PERSEDIAN TEMPAT DAN SIARAYA
Tuan Haji Syed Nazmi bin Syed Noh
Encik Azmi bin Saad
PERSIAPAN ALATAN DAN BAHAN

Encik Mohd Asri bin Hj Daud


Puan Khairani binti Abd Razak
Encik Mohd Nizaruddin bin Mohd Zaini
KEROHANIAN
Encik Mohd Alias bin Abd Razak
Puan Hajah Rosnah binti Din
Encik Zamri bin Mohd Ghazali
DISIPLIN & PROTOKOL
Tuan Haji Mua`ad bin Sharani
Puan Normazita binti Hashim
PENGURUSAN PENCERAMAH & FASILITATOR
Puan Norhayati binti Abd Hamid
Encik Bukhori bin Md Desa
Encik Shahrol Hazaromi bin Hashim
Encik Abdul Ghani Bin Ghazali
AKTIVITI
Encik Yahaya bin Mat Rashid
Encik Ismail bin Md. Saad
Puan Nurul Huda binti Mohamad
Puan Siti Najihah binti Bedun
Puan Nurul Izzatie binti Mohd Safar
DOKUMENTASI DAN DAN PAMPLET
Encik Mohd Yusri bin Md Nayan
Puan Hamidah binti Md Zain
JAMUAN MURID
Puan Wan Siti Khadijah binti Wan Hussein
Puan Sabariah binti Abdullah
Puan Nor Azian binti Ahmad
Puan Nor Azwin Natasya binti Mustafa
Encik Mat Jalani bin Bakar
Puan Atikoh binti Mustafa
JURU ACARA MAJLIS
Puan Nor Bahiyah binti Ali Zaman

Anda mungkin juga menyukai