Anda di halaman 1dari 12

Tarian Mak Yong

ASAL-USUL MAK YONG

Asal usul mak yong dipercayai mengandungi unsur-unsur ketuhanan dan


inspirasi. suatu teori berpendapat dari segi etimologi. Istilah mak yong
berasal dari nama mak hiang iaitu nama semangat padi dan mempunyai
persamaam dengan dewi seri, dewi hindu-jawa. mak yong dianggap
sebagai suatu pemujaan terhadap alam dan gejala alam, seperti yang
terdapat dalam lirik lagu mengadap rebab, Lagu yang mengiringi tarian
pembukaan dalam sebarang pertunjukan mak yong. Tarian ini berasal
dari Kelantan.

CARA PERSEMBAHAN
Persembahan Mak Yong biasanya dibuka dengan lagu "Mengadap
Rebab" diikuti dengan tarian, lakonan dan muzik. Setiap satu cerita
mampu dipersembahkan merentasi beberapa amalam dalam siri
pertunjukkan tiga jam. Dalam persembahan tradisi di kampung, ia
dilakukan dipanggung terbuka yang berlatarkan daun kelapa. Penonton
akan duduk di tiga sisi panggung, sisi yang ke empat dikhaskan bagi
orkestra yang terdiri dari pemain rebab, gendang kepala dua dan
tetawak. Kebanyakan peranan dilakukan oleh wanita dan ceritanya
berasaskan cerita rakyat tradisi dengan watak raja, dewa dan pelawak.
Mak Yong di kaitkan dengan upacara di mana pawang cuba
menyembuhkan pesakit yang dirasuk melalui nyanyian, tarian bersawai
dan menurun.
PAKAIAN TARIAN MAK YONG
Pakaian Mak Yong dan Pak Yong adalah sama iaitu memakai tanjak
atau mahkota yang diperbuat daripada kain baldu khas dan dihias
dengan manikam. Di bahagianatas tanjak dihias dengan beberapa
kuntum bunga Melor.
ALAT MUZIK
Alat-alat muzik yang mengiringi tarian ialah rebab, sepasang gong,
gendang dan serunai.

Tarian Kuda Kepang


ASAL- USUL KUDA KEPANG
Tarian Kuda Kepang merupakan sejenis tarian
rakyat Melayu traditional. Tarian ini ialah tarian warisan budaya Jawa
dengan pengaruh Islam. Ciri Jawa itu jelas pada pakaian penari-penari
dan unsur Islam jelas pada jalan cerita itu semasa ditarikan iaitu
mengisahkan peperperangan Rasulallah dan para sahabat. Dikatakan
bahawa tarian ini diperkenalkan oleh pendakwah Islam sebagai cara
menarik penduduk setempat agar datang beramai-ramai menyaksikan
persembahan mereka. Pendakwah akan menyampaikan dakwah mereka
sebelum atau selepas persembahan. Tarian Kuda kepang amat digemari
oleh penduduk Johor, terutamanya darik berketurunan Jawa. Kuda
kepang ini biasanya dibuat dari anyaman yang dibentuk seperti seekor
kuda tanpa kaki. Ia diperbuat daripada buluh yang dianyam atau kulit
binatang yang diwarnakan untuk menjadi lebih menarik.

CARA PERSEMBAHAN
Kuda kepang biasanya dipersembahkan di tempat terbuka atau di
atas pentas yang besar. Sebelum tarian bermula, Tok Bomoh akan
membakar kemenyan dan membaca jampi untuk memberikan tenaga
kepada kuda-kuda. Beliau menggunakan telur mentah, bunga, rumput,
dan air untuk persembahan.Dikawali oleh seorang "danyang" yang
melecutkan pecut untuk menentukan rentak tarian, setiap penari akan
naik ke atas kuda masing-masing.
PAKAIAN TARIAN KUDA KEPANG
Pakaian penari menggunakan pakaian tradisional Jawa kuno seperti
lengkap memakai ketopang.

ALAT MUZIK
Alat muzik yang digunakan ialah gong, gamelan, rebana, gendang dan
bonang.

TARIAN ZAPIN
ASAL –USUL TARIAN ZAPIN

Tarian ini berunsurkan 'Timur Tengah' dan diiringi muzik berirama


Padang Pasir. Berkaitan rapat dengan Islam yang berkembang di
persisiran Pantai Barat Semenanjung. Oleh kerana itu Tarian Zapin
Lenga ini ditarikan oleh Penari-penari Lelaki sahaja. Tarian ini juga
terkenal di Kampung Baru Lenga, Batu 28, Lenga di Daerah Muar.
Tarian ini ditarikan di majlis-majlis keramaian dan di majlis
perkahwinan bagi menyerikan lagi suasana. Ditarikan oleh 4 - 8 orang
penari lelaki.

CARA PERSEMBAHAN
Cara persembahan tarian ini terbahagi kepada tiga peringkat. Peringkat
pertama merupakan permulaan tarian atau pembukaan tari. Peringkat
kedua ialah pecahan atau gerak serta lenggang tari dan peringkat ketiga
merupakan penutup tarian. Gerak tari Zapin lebih tertumpu kepada
langkahan kaki dengan posisi tertutup serta tidah merendah

PAKAIAN TARIAN ZAPIN


Penari-penari memakai pakaian Melayu selengkapnya iaitu bagi lelaki
berkain sampin dan bersongkok. Penari-penari wanita memakai baju
kurung beserta kain sarung. 

ALAT MUZIK
Alat muzik utama yang digunakan bagi mengiringi tarian Zapin ialah
gambus, rebana, gendang dan maracas. Petikan gambus untuk

mengiringi lagu, Manakala rentak gendang atau rebana menentukan


rentak dan pecahan tari.

TARIAN JOGET
ASAL-USUL TARIAN JOGET
Tarian Joget berasal daripada Tarian Portugis iaitu
Branyo. Tarian Joget ini dapat diterima oleh semua kaum
sebagai tarian sosial. Dahulu ianya ditarikan dengan lagu
Jingkling Nona. Sekarang Joget menjadi tarian Melayu. 
CARA PERSEMBAHAN
Tarian Joget ditarikan secara berpasangan antara lelaki dengan
perempuan. Tarian Joget lebih mementingkan gerak kaki.
PAKAIAN TARIAN JOGET
Pakaian penari joget lelaki ialah sepasang baju Melayu lengkap dengan
songkok dan samping.Sementara pakaian wanita ialah kebaya labuh
serta sanggul atau bunga diatas kepalanya.Warna-warna pakaian lelaki
dan wanita biasanya seragam untuk menimbulkan keserasian dan
kesenian tarian joget.

ALAT MUZIK
Tarian Joget dipercayai berasal daripada tarian kaum Portugis iaitu
Branyo.Ketika itu Joget diiringi lagu-lagu seperti Jingklng Nona tetapi
sekarang banyak lagu-lagu dihasilkan seperti Jget Serampang Laut,Joget
106,Joget Johore Sport Club dan lain-lain.Joget juga dikenali sebagai
ronggeng asal daripada “wrong geng” kerana ditarikan secara
berpasangan lelaki dan wanita.

TARIAN CANGGUNG
ASAL-USUL TARIAN CANGGUNG
Tarian Canggung merupakan sejenis tarian rakyat Melayu traditional.
Perkataan tanggung berasal dari bahasa Thai yang bererti menari. Tarian
Canggung berasal dari negeri Perlis dan menjadi popular di
negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Tarian ini dicipta oleh seorang
ahli tarian dari Kangar selepas perang dunia.

CARA PERSEMBAHAN
Tarian Canggung biasanya ditarikan pada musim-musim keramaian
seperti selepas musim menuai. Tarian ini bertujuan meghiburkan para
petani. Tarian ini disertakan dengan berbalas-balas pantun oleh pemuda
dan pemudi yang menarikannya.

PAKAIAN TARIAN CANGGUNG


Penari puteri memakai kain batik,baju kebaya labuh dan bunga-bungaan
tersunting disanggul. Penari putera memakai baju melayu dan
bersongkok berjenaka dan sebagainya.
ALAT MUZIK
Canggung akan diiringi oleh kumpulan muzik dengan
menggunakan peralatan seperti anak rebana, gong, gendang dan
gesekan biola yang dibawa masuk dari negara Siam.
TARIAN SUMAZAU
ASAL USUL TARIAN SUMAZAU
Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang
amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian
tradisi suku kaum Kadazandusun yang sering dipersembahkan
pada Tadau Kaamatan yang bermaksud Hari Penuaian yang dirayakan
di negeri Sabah pada setiap bulan Mei.
CARA PERSEMBAHAN
Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu
dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan
rentak yang dimainkan dengan perlahan-lahan dan lemah lembut.
Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadap hadapan dan mereka
menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara tumit kaki
diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu. Ketika menari tangan
dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang.

PAKAIAN TARIAN SUMAZAU


Penari-penari Sumazau yang terdiri daripada kaum lelaki dan perempuan
biasanya memakai pakaian serba hitam yang dihiasi dengan corak-corak
menarik menggunakan benang berwarna emas. Penari perempuan dihiasi
dengan selendang serta talipinggang (tangkong) yang diperbuat daripada
duit syiling perak (trade dollars). Penari lelaki biasanya akan memaki
tanjak di samping pakaian serba hitam serta menyendang daun silad
kering.

ALAT MUZIK
Tarian ini dimainkan dengan iringan paluan gong, biasanya 6 buah gong
yang berbagai ukuran dan satu gendang dengan rentak yang khusus.
Tempo dan rentak pukulan gong Sumazau adalah berbeza-beza
mengikut daerah dan desa.

TARIAN GAMELAN
ASAL USUL TARIAN GAMELAN
 Tarian ini mula di kesan di empayar Riau dan Lingga dalam kurun ke-
17.
mula di persembahkan buat pertama kali di khalayak ramai di Pekan
Pahang dalam tahun 1811 dalam upacara persandingan Tengku Hussain.

CARA PERSEMBAHAN
Tarian ini yang mana di persembahkan secara eksklusif oleh penari
wanita boleh di pentaskan secara dalaman ataupun persembahan
terbuka.Elemen Jawa boleh di lihat dari segi seni tarian tersebut. Secara
estetikanya, tarian ini adalah sangat cantik dan merupakan bentuk tarian
yang paling kaya .

PAKAIAN TARIAN GAMELAN


Peralatan kepala kelihatan seperti makhota yang mengandungi tiga
bahagian, 'gandek', 'gerak gempa' and 'tajok asoka'.Pakaian tarian yang
dipakaikan mereka adalah blous lengan pendek yang dibuat daripada
sutera dan dilengkapi dengan sehelai sarong.Sehelai kain yang dipanggil
'saboh' juga dipakai di pinggang.

ALAT MUZIK
Gamelan adalah himpunan alat muzik yang biasanya menonjolkan
metalofon, gambang, gendang, dan gong. Orkes gamelan kebanyakan
terdapat di pulau Jawa, Madura, Bali, dan Lombok di Indonesia dalam
pelbagai jenis ukuran dan bentuk ensembel.
TARIAN ASYIK
ASAL USUL TARIAN ASYIK
Tarian Asyik merupakan sejenis tarian Melayu klasik dari daerah -
daerah di Kelantan yang ditarikan di istana raja - raja Kelantan
dan Patani.Asyik bererti kekasih, oleh itu tarian ini bersesuaian dengan
gerak - geri bersifat lemah lembut dan penuh dengan ketertiban.Tarian
ini dimulai dengan sepuluh orang penari masuk ke dewan tarian terlebih
dahulu , lalu duduk bersimpuh dengan tertibnya. Kemudian tampillah
Puteri Asyik dan mereka pun mula menari.
CARA PERSEMBAHAN
Tarian Asyik mempunyai rentak perlahan dan gemalai, kerana ia
ditarikan dihadapan raja dan permaisuri.

PAKAIAN TARIAN ASYIK


Penari asalnya dalam pakaian berkemban, dengan tali pinggang dan
mahkota kecil. Bahagian utama tarian Asyik terdiri dari duduk
bersimpuh dengan gerakan membayangkan haiwan dan persekitarannya;
alunan ombak laut, burung melayang, ikan berenang, gajah berarak, dan
sebagainya. Sesetengah pergerakan menyerupai tarian pementasan Mak
Yong. Tarian Asyik biasanya ditarikan oleh inang remaja di istana.

ALAT MUZIK
Tiga alat muzik penting yang digunakan
ialah rebab, gambang dan gedombak.
TARIAN NGAJAT
ASAL USUL TARIAN NGAJAT
Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari
Gawai orang-orang Iban sebelum berperang dan selepas musim menuai.
Pada zaman dahulu tarian tersebut ditarikan selepas mereka kembali dari
berperang.

CARA PERSEMBAHAN
Tarian ini ditarikan dengan berdiri atas bulatan langsaran ke atas dan ke
bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang
dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Bagi Gawai Sandau
Ari, gendang Rayah dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang yang
menyambut gawai untuk ber'Rayah' sambil
membawa tengkorak musuh.Satu lagi jenis tarian ini ialah penari akan
memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu
menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya
ke kiri dan ke kanan.
PAKAIAN TARIAN NGAJAT
Penari akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju
burung. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung.
Gagung merupakan sejenis baju yang tebal dan keras yang diperbuat
daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan
kanannya.
ALAT MUZIK
Lagu iringan dibunyikan daripada alat-alat seperti gong besar dan
kecil, gendang, tawak, bebendai, engkurumong dan sapeh, iaitu alat
bertali seperti gitar.

TARIAN CERACAP INAI


ASAL USUL TARIAN CERACAP INAI
Tarian Ceracap Inai ini dikaitkan dengan sejarah Kesultanan Melayu
Melaka, semasa baginda mudik ke hulu Sungai Muar. Tarian Ceracap
Inai ini dikatakan berasal dari tarian istana dan ditarikan di hadapan
Sultan dan Pembesar-pembesar negeri di dalam sesuatu keramaian. Oleh
kerana itu, Tarian Ceracap Inai ada unsur-unsur 'menyembah duli'
(sembah/ampun), merendahkan diri dan ditarikan pula kebiasaannya di
hadapan 'Raja Sehari'/Pengantin.

CARA PERSEMBAHAN
Tarian Ceracap Inai dipersembahkan dengan hiasan seperti 'Bunga-
bungaan Emas' dan bercahayakan api lilin yang memberikan erti
membawa kepada sinaran kebahagiaan dan kesejahteraan. Tarian ini
asalnya ditarikan oleh bilangan penari yang ganjil atau ditarikan
berpasangan oleh penari lelaki dan wanita dan boleh juga ditarikan oleh
penari-penari wanita sahaja, Bilangan penari biasanya terdiri dari 5 - 8
orang. Tarian ini amat terkenal di Kampung Baru Lenga, Batu 28, Lenga
di Daerah Muar.
PAKAIAN TARIAN CERACAP INAI
Baju kurung yang ditenun sebagai pakaian yang sesuai untuk
tarian ceracap inai.
ALAT MUZIK
Alat muzik yang mengiringi tarian ini adalah seperti tambur.