Anda di halaman 1dari 2

Dari tahun 1999 sehingga Januari tahun 2005, jumlah kes yang melibatkan cetak rompak yang telah

didakwa ialah 33 260 kes dan nilai barangan yang telah disita ialah RM265 juta. Statistik tersebut hanya
merujuk cetak rompak cakera padat video (VCD) dan cakera video digital (DVD) tanpa mengambil kira kes
cetak rompak barangan lain seperti cetak rompak buku, hak cipta, dan sebagainya. Sekiranya diteliti
masalah ini secara mendalam, kita akan sedar bahawa fenomena cetak rompak bukanlah satu masalah
yang mudah diatasi.
berleluasa. Kegiatan cetak rompak tidak berhenti sebaliknya semakin bertambah. Mereka yang terlibat
dalam kegiatan cetak rompak mempunyai sikap tamak dan hanya mementingkan keuntungan sematamata. Tambahan pula mereka mengetahui kelemahan penguatkuasaan dalam membanteras gejala ini.
Misalnya, di bawah Akta Hak Cipta 1987, seseorang pesalah boleh dikenakan denda minimum RM2 000
dan maksimum RM20 000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit
kesalahan. Biasanya mereka tahu jika disabitkan kesalahan mereka hanya akan didenda. Oleh itu, mereka
terus mencari keuntungan dengan cara yang pantas tanpa memperdulikan pekara-pekara yang lain.
Selain itu, cetak rompak sukar dikawal kerana perbezaan harga yang tinggi antara barang tulen dengan
barang tiruan. Sebagai contoh, harga sekeping cakera padat audio tulen berharga RM39 manakala harga
cakera padat tiruan hanya berharga RM5. Perbezaan harga sebanyak 800% akan mendorong orang ramai
memilih cakera padat tiruan selain mudah didapati. Semasa membuat pilihan, harga biasanya menjadi
faktor penentu dan barangan yang murah akan menjadi pilihan. Hal ini menyukarkan usaha untuk
menangani masalah cetak rompak.
Apakah tindakan selanjutnya untuk membanteras gejala ini supaya tidak terus berleluasa? Salah satu
langkah untuk mengurangkan masalah ini adalah dengan membina pusat percetakan di dalam Negara.
Proses mencetak di dalam Negara akan menurunkan harga barangan tulen. Harga yang berpatutan akan
menggalakkan pembeli memilih barangan tulen berbanding dengan barangan tiruan. Walaupun para
pengeluar mengatakan bahawa mereka akan mengalami kerugian kerana harga yang rendah tetapi dalam
jangka masa panjang, langkah ini tetap tidak merugikan. Hal ini demikian kerana jumlah penjualan akan
meningkat dan keuntungan akan meningkat juga makala kegiatan cetak rompak akan semakin berkurang.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan perlu melaksanakan hukuman
penjara mandatori terhadap pengedar dan penjual cakera padat video (VCD) dan cakera padat digital
(DVD) cetak rompak. Langkah yang tegas ini adalah untuk membanteras gejala cetak rompak. Hal ini
demikian kerana salah satu alasan kegiatan ini berterusan adalah kerana mereka tidak takut akan pihak
penguat kuasa atau undang-undang. Hukuman yang terlalu ringan adalah faktor utama kegiatan menjual
barangan atau produk haram itu masih berleluasa di Negara ini. Dengan itu, langkah mengenakan
hukuman penjara mandatory mungkin akan lebih berhasil berbanding dengan hanya mengenakan hukuman
denda.
Penguatkuasaan hendaklah dijalankan dengan lebih efektif. Barangan rampasan seperti mesin pencetak
cakera padat video dan cakera padat digital hendaklah dihapuskan dengan serta-merta. Hal ini adalah

untuk mengelakkan mesin-mesin tersebut jatuh ke tangan individu yang tidak bertanggungjawab. Selain
itu, pihak penguat kuasa juga hendaklah memastikan bahawa mesin-mesin pencetak untuk kegiatan cetak
rompak tidak dapat dibawa masuk ke Negara kita. Hal ini secara tidak langsung dapat mengurangkan
gejala ini daripada terus berleluasa.
Sememangnya sukar untuk menyelesaikan masalah cetak rompak. Sekiranya semua pihak ingin
menghapuskan kegiatan ini, kerjasama antara pihak-pihak yang terlibat mesti menjadi keutamaan.
Pengeluar, pembeli, pihak penguat kuasa, dan pihak yang melaksanakan undang-undang harus bertindak
tegas dan tidak teragak-agak semasa menjatuhkan hukuman kepada mereka yang terlibat dalam kegiatan
cetak rompak.

Anda mungkin juga menyukai