Anda di halaman 1dari 4

PENDAHULUAN

(T) Cabaran ketujuh dalam Wawasan 2020 ialah mewujudkan masyarakat


penyayang dan budaya penyayang. Masyarakat penyayang boleh diertikan sebagai
kelompok masyarakat yang hidup dalam suasana saling menghormati, berbakti,
memberi khidmat, menolong, berbuat jasa, menabur budi, melakukan kebajikan,
menunjukkan rasa kasih dan belas kasihan, bertimbang rasa dan pemurah terhadap
mereka yang memerlukan pertolongan dan bantuan. Cara hidup ini juga dikenali
sebagai budaya ikram. Tun Dr Mahathir mentafsirkan masyarakat penyayang dan
budaya penyayang sebagai sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih
daripada diri sendiri. (I) Sayangnya, kehidupan dalam suasana pemuafakatan
antara ahli-ahli keluarga yang terjalin mesra, bertimbang rasa, faham-memahami,
hormat-menghormati sudah semakin terhakis dan telah diganti dengan sikap
individualistik bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing dan
tidak peduli yang menebal. Sama ada kita mahu menerima hakikat ini ataupun
tidak, fenomena inilah merupakan salah satu daripada punca berlakunya gejala
sosial dalam masyarakat seperti yang dihidangkan oleh media massa setiap hari.
Malah boleh dikatakan, hampir setiap hari akhbar-akhbar melaporkan berita
kejadian penyalahgunaan dadah, pembuangan bayi, pergaduhan yang berakhir
dengan kematian, penculikan kanak-kanak, remaja lari dari rumah, murid ponteng
sekolah, sumbang mahram dan bermacam-macam lagi masalah yang melibatkan
setiap lapisan individu dalam masyarakat. (A) Sebelum bisul menjadi nanah, setiap
anggota masyarakat tanpa mengira usia, bangsa, agama dan status harus
memainkan peranan masing-masing untuk menangani masalah ini supaya
masyarakat yang penyayang dapat dilahirkan.

(P1) Peranan masyarakat yang signifikan ialah setiap individu masyarakat haruslah
mempunyai didikan agama yang mantap dan utuh. (M) Membentuk sebuah
masyarakat adalah sama seperti membina sebuah bangunan. Sekiranya dalam
pembinaan bangunan, asasnya disiapkan terlebih dahulu, maka begitu jugalah
dengan pembentukan masyarakat yang mesti dimulakan dengan pembinaan
asasnya iaitu didikan agama. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap agama
mengajar umatnya supaya berkasih sayang sama ada kasih sayang kepada
Pencipta, kasih sayang sesama manusia dan kasih sayang kepada makhluk yang
lain di muka bumi ini. Tanpa didikan agama, sudah pasti kehidupan manusia akan
keberantakan lantaran nipisnya keimanan yang dimiliki senipis kulit
bawang. (B) Sekiranya kita mempunyai keimanan yang tebal sudah pasti kita tidak
akan melakukan kezaliman dan penganiayaan kepada insan lain seperti kes
penganiayaan bayi, kes pembunuhan, perogolan, penindasan dan sebagainya.
Bukan sahaja itu, kemusnahan alam sekitar juga dapat dielakkan. (K) Sejajar
dengan itu, masyarakat yang penyayang dapat mengurangkan kadar jenayah dan
setiap anggota masyarakat dapat hidup dalam keadaan yang harmoni. Lebih-lebih
lagi pembangunan yang lestari dan mapan dapat dipraktikkan disebabkan sifat
penyayang telah mulai membenih dalam jiwa masyarakat kita. (P) Maka jelaslah di
sini bahawa didikan agama yang mantap mampu melahirkan masyarakat yang
penyayang demi kebaikan bersama.

(P2) Jika kita kaji dari dimensi yang lain, peranan masyarakat yang lain adalah
dengan menjadi suri teladan kepada golongan yang masih hijau atau separa
matang. Dalam hal ini, ibu bapalah yang memainkan peranan utama. (M) Hal ini
disebabkan setiap individu yang dilahirkan dalam negara kita dilahirkan oleh
kesemua ibu bapa dan ibu bapa sepatutnya berusaha membentuk seorang anak
yang memiliki sifat-sifat penyayang. Jika setiap ibu bapa terlibat dalam usaha ini
dan penggabungan kesemua anak di Malaysia sudah mampu melahirkan sebuah
masyarakat yang penyayang. (B) Oleh itu, ibu bapa perlu menjadi contoh yang
terbaik kepada anak-anak bak kata pepatah, bapa borek, anak rintik. Pepatah ini
membuktikan bahawa ibu bapa sendiri perlu bersifat penyayang supaya jejak
langkah meraka akan diikuti oleh anak mereka. Dalam pada itu, ibu bapa sendiri
perlu mencurahkan kasih sayang kepada anak mereka supaya anak-anak yang
membesar tidak akan rasa kekurangan kasih sayang. (K) Keadaan ini secara tidak
langsung akan menjadikan seseorang anak yang membesar itu untuk mempunyai
sifat kasih sayang kerana mereka mengetahui perasaan kebahagiaan kasih sayang.
Akhirnya, masyarakat yang penyayang yang lahir daripada insititusi keluarga yang
penyayang dapat dilahirkan. (P) Tegasnya, sebagai sebahagian daripada anggota
masyarakat ibu bapa perlu memainkan peranan mereka untuk melahirkan
masyarakat yang penyayang.

(P3) Selain itu, sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab pihak sekolah
juga haruslah memikul obligasi untuk melahirkan masyarakt yang
penyayang. (M) Hal ini dikatakan demikian kerana pihak sekolah juga merupakan
salah satu ejen yang penting dalam membentuk masyarakat yang penyayang.
Lagipun, golongan kanak-kanak dan remaja banyak menghabiskan masa mereka di
sekolah selain rumah dan sekolah dianggap sebagai rumah kedua
mereka. (B)Pendedahan nilai-nilai murni harus didedahkan dan seterusnya disemai
ke dalam jiwa setiap pelajar. Oleh itu, pihak sekolah tidak seharusnya hanya
mendedahkan nilai-nilai murni kepada para pelajar dalam subjek Pendidikan Moral
dan Agama Islam sahaja tetapi nilai-nilai ini perlu diterapkan pada setiap masa
walaupun di luar waktu dua subjek tersebut. Guru-guru pula mesti menyemai sifat
penyayang kepada para pelajar sejak mereka kecil lagi seperti kata peribahasa
Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Seterusnya pendekatanpendekatan yang bersifat penyayang semasa proses pembelajaran dan pengajaran
seharusnya dikreatifkan. (K)Dengan ini, para pelajar dapat membesar dengan
persekitaran yang penyayang dan harmoni sekali gus impian untuk melahirkan
masyarakat penyayang dapat direalisasikan. Bukan itu sahaja, impian negara untuk
melahirkan modal insan bermentaliti kelas pertama dapat dilahirkan. (P)Jadi,
peranan masyarakat pendidik untuk melahirkan masyarakat penyayang tidak dapat
dipertikaikan lagi.

(P4) Peranan masyarakat yang seterusnya ialah aktiviti-aktiviti kemasyarakatan


diperbanyakkan.(M) Melalui aktiviti kemasyarakatan yang diadakan, setiap anggota

masyarakat akan bersatu kudrat dan sebulat suara untuk menjayakan aktiviti yang
dijalankan persis kata orang tua-tua,bulat air kerana pembetung, bulat manusia
kerana muafakat. Bukan itu sahaja, sifat penyayang akan terserlah melalui amalan
tolong-menolong dan bertoleransi dalam aktivti-aktiviti tersebut. (B) Sebagai
tamsilannya, amalan rumah terbuka akan menggalakkan aktiviti ziarah-menziarahi
jiran tetangga, saudara-mara dan rumah-rumah kebajikan pada hari-hari perayaan.
Manakala penyertaan masyarakat setempat dalam aktiviti gotong-royong dan kerja
sukarela juga perlulah diperbanyakkan. (K) Aktiviti-aktiviti sosial ini sudah pasti
dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain di samping
memupuk sikap pemurah, ikhlas, sentiasa sanggup membantu dan menghulurkan
tenaga untuk golongan yang tidak berkemampuan ibarat yang berat sama dipikul,
yang ringan sama dijinjing. Akhirnya, masyarakat yang berjiwa penyayang dapat
dilahirkan untuk membentuk sebuah negara yang harmoni dan bertaraf kelas
pertama. (P)Deduksinya, penganjuran aktiviti-aktiviti masyarakat setempat yang
banyak merupakan antara elemen yang penting bagi melahirkan masyarakat
penyayang.

(P5) Meninjau dari skop yang berbeza, masyarakat yang penyayang juga dapat
dilahirkan melalui kempen kesedaran yang efektif. Usaha ini dapat dilaksanakan
oleh golongan masyarakat media sama ada media elektronik atau media
cetak. (M) Seperti yang diketahui umum bahawa media merupakan wahana yang
berkesan untuk menyedarkan masyarakat umum tentang kepentingan amalan
penyayang dalam menjalani kehidupan harian kita. Pihak media lebih
menitikberatkan aspek sosial iaitu hubungan sesama manusia untuk didedahkan
tatapan umum. (B) Oleh itu, pihak media yang merupakan sebahagian daripada
anggota masyarakat yang prihatin haruslah menggiatkan pelaksanaan kempen
Keluarga Bahagia, Penerapan Nilai-nilai Murni dan Cintai Sungai Kita untuk
menerapkan budaya penyayang dalam kalangan masyarakat kita. Kempen-kempen
ini haruslah diadakan secara berterusan dan bukannya bermusim atau hangathangat tahi ayam. (K) Sehubungan dengan itu, masyarakat sedar akan kepentingan
amalan penyayang dalam konteks kehidupan bermasyarakat. Sikap menganiayai,
menindas dan memusnahkan kepentingan orang lain dapat dihindarkan sekali gus
dapat menyemai sikap prihatin dalam kalbu masyarakat kita hari ini. (P) Izharlah
bahawa peranan masyarakat media melalui kempen-kempen yang diadakan dapat
membentuk masyarakat yang penyayang.

PENUTUP
(K) Bulan semakin terang bahawa peranan setiap anggota masyarakat amat
penting untuk melahirkan masyarakat yang penyayang. Kasih sayang merupakan
suatu fitrah yang amat bernilai dalam diri manusia. Kasih sayang sangat penting
untuk menjamin kesejahteraan masyarakat. Pernyataan ini disokong oleh sabda
Rasulullah S.A.W dalam memupuk amalan kasih sayang yang bermaksud, Tidak
beriman seseorang itu selagi dia tidak kasihkan saudaranya sebagaimana dia
kasihkan dirinya sendiri. (C) Oleh itu, setiap individu dalam kalangan masyarakat

harusnya mengambil inisiatif untuk melakukan anjakan paradigma


bagi merealisasikan pembentukan masyarakat penyayang dalam kalangan rakyat
Malaysia. Kita tidak seharusnya mengharapkan pihak berkuasa sahaja untuk
menjayakan matlamat ini keranabertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Ibu
bapa seyogianya memainkan peranan penting untuk melahirkan generasi muda
yang bermoral, berakhlak baik dan bersifat suka menbantu orang lain. Sebagai
rakyat Malaysia, kita harus bekerjasama dan saling membantu serta saling
menyayangi ibarat yang tua dihormati, yang muda disayangi. Kita juga harus
mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh
kerajaan. (H) Dengan cara ini, masyarakat kita akan dipandang tinggi sebagai
sebuah bangsa yang bukan sahaja maju dari aspek kebendaannya justeru kaya
dengan budaya penyayang. Secara tidak langsung juga imej negara akan harum di
persada dunia dan masyarakat Malaysia akan dianggap sebagai masyarakat kelas
pertama kerana ketinggian akhlaknya. Tokoh pujangga yang bernama Ahmad
Shauqi Bey berkata, Sesungguhnya bangsa akan kekal utuh selagi akhlaknya
masih utuh. Jika akhlaknya sudah lumpuh, mereka pun akan lenyap. Diharapkan
pembentukan masyarakat penyayang dapat merealisasikan visi kudsi negara iaitu
Wawasan 2020 dengan mudahnya.

Anda mungkin juga menyukai