Anda di halaman 1dari 19

Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi Persediaan Menghadapi Peperiksaan UPSR

SOALAN : Anda akan menghadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Tulis surat kepada rakan
anda untuk menceritakan tentang persediaan yang anda lakukan untuk menghadapi
peperiksaan UPSR tersebut.

123, Jalan Besar,


30010 Ipoh,
Perak

26 April 2016.

Menemui sahabatku Syamimi yang kini berada di Alor Setar, Kedah. Semoga dalam keadaan
sihat sejahtera di samping keluarga. Saya dan keluarga di sini sihat-sihat sahaja.

Sahabatku,

Apa khabar saudari sekarang? Saya harap saudari dan keluarga dalam keadaan sihat.
Sudah agak lama kita tidak berjumpa. Surat saudari telah saya terima seminggu yang lau.
Terima kasih kerana saudari masih mengingati saya di sini.

Dalam surat saudari yang lalu, saudari ada bertanyakan tentang persediaan saya
menghadapi peperiksaan UPSR. Untuk pengetahuan saudari, saya telah membuat beberapa
persediaan bagi menghadapi peperiksaan tersebut. Langkah pertama saya saya ialah dengan
mengubahsuai jadual waktu belajar. Saya akan menyiapkan kerja sekolah dan mengulang kaji
pelajaran dari pukul 9.00 malam hingga pukul 11.00 malam setiap hari.

https://www.facebook.com/ShareBM/

Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Selain mengikuti kelas tambahan di sekolah, saya juga ada mengikuti kelas tambahan
Pusat Tuisyen. Ibu bapa saya telah menghantar saya belajar ke kelas tambahan sebanyak tiga
kali seminggu untuk memastikan saya cemerlang dalam pelajaran. Saya berazam akan belajar
bersungguh-sungguh untuk tidak menghampakan harapan kedua-dua ibu bapa saya.

Semasa belajar di kelas pula, saya akan menumpukan perhatian yang sepenuhnya
terhadap pengajaran guru. Saya akan segera bertanya guru sekiranya saya tidak faham
supaya saya terus dapat mengikuti pengajarannya dengan berkesan. Program gerak gempur
yang diadakan di sekolah amat membantu saya. Hampir setiap hari, saya dan rakan-rakan di
kelas akan menjawab soalan latih tubi yang disediakan oleh guru-guru.

Di samping itu, saya juga selalu pergi ke perpustakaan sekolah dan Perpustakaan Awam
Simpang Empat untuk meminjam buku-buku rujukan. Biasanya saya akan pergi ke Perpustakaan
Awam Simpang Empat pada hujung minggu sekiranya ada kelapangan masa. Di situ juga saya
boleh berbincang dengan kawan-kawan tentang topik-topik yang agak sukar dan bertukartukar nota.

Itulah antara persediaan saya untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Saya berharap kita
akan dapat menjawab soalan dengan mudah dalam peperiksaan itu nanti. Setakat ini sahaja
yang dapat saya coretkan buat tatapan saudari kali ini. Akhir sekali, sambutlah salam ingatan
saya untuk saudari serta keluarga.

Yang benar,
Salmah

Sumber : http://panitiabmskbt.blogspot.my/2013/07/karangan-upsr-surat-kiriman-tidak-rasmi.html

https://www.facebook.com/ShareBM/

Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi : Musim buah-buahan

SOALAN : Tulis surat kepada kakak anda yang sedang belajar di luar negara untuk
menceritakan musim buah-buahan di kampung anda.
123, Jalan Besar,
30010 Ipoh,
Perak

26 April 2016.

Menemui kakandaku yang disayangi dan dirindui yang kini berada di Kota London dengan
selamatnya.

Kakandaku,

Apa khabar kakanda di sana ? Adinda dan keluarga di sini sihat walafiat. Diharap,
keadaan kakanda juga begitu.

Untuk pengetahuan kakanda, warkah yang kakanda kirimkan telah selamat adinda
terima tempoh hari dan faham akan isi kandungannya. Tujuan adinda menulis warkah ini adalah
untuk menceritakan mengenai musim buah-buahan seperti yang kakanda tanyakan dalam
warkah tersebut.

Syukurlah, musim buah-buahan pada kali ini sungguh menjadi. Pokok buah-buahan di
dusun datuk berbuah lebat. Buahnya juga elok dan bermutu tinggi. Durian, manggis, mangga,
rambutan dan langsat sudah mulai masak.

https://www.facebook.com/ShareBM/

Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Datuk mengambil kesempatan menjual sebahagian daripada buah-buahan tersebut di


pasar malam. Datuk mendapat hasil yang lumayan. Ada juga kenalan-kenalan datuk dari
pelbagai tempat memesan pelbagai jenis buah untuk dibeli daripada datuk.

Adinda juga berpeluang membantu datuk mengutip buah-buahan di dusunnya selepas


pulang dari sekolah. kadang-kadang geli hati juga adinda mendengar omelan datuk yang terlalu
bimbang apabila adinda memanjat pokok rambutannya yang rendang untuk memetik buah
rambutan. Tentu suasana di sini menjadi lebih meriah jika kakanda ada bersama.

Sampai di sini sahaja warkah adinda untuk kali ini. Waktu pun sudah hampir menjelang
tengah malam. Adinda mendoakan agar kakanda berjaya dengan cemerlangnya dalam pelajaran
kakanda. Semoga kita berjumpa lagi dalam lembaran yang lain pula.

Sekian, terima kasih. Adinda sudah mengantuk. Adinda berharap kakanda pulang
segera. Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Salmah

Sumber : http://panitiabmskbt.blogspot.my/2012/06/surat-tidak-rasmi-musim-buah-buahan.html

https://www.facebook.com/ShareBM/

Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi : Ingin mengucapkan tahniah atas kejayaan sahabat lama.
Soalan : Sahabat lama kamu telah menyertai satu pertandingan bercerita di sekolah. Dia telah
berjaya menga!ahkan peserta-peserta lain dengan mendapat tempat pertama. Tuliskan
sepucuk surat kepadanya untuk mengucapkan tahniah di atas kejayaan itu.

123, Jalan Besar,


30010 Ipoh,
Perak

26 April 2016.
Menemui sahabatku Ramu yang berada di Kuala Lumpur, semoga berada dalam keadaan sihat
sejahtera selalu. Syukur, saya serta keluarga di sini sihat walafiat.

Saudara,

Sudah lama saya tidak mendengar berita daripada saudari semenjak saya bertukar ke
Mentakab. Masih ingatkah saudara kapada saya?

Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk mengucapkan tahniah atas kejayaan saudara
dalam pertandingan bercerita baru-baru ini. Saya mendapat berita tersebut daripada salah
seorang sahabat kita iaitu Amirul yang kebetulan kami bertemu dalam satu majlis perkahwinan
yang kami hadiri baru-baru ini.

Tahniah atas kejayaan saudara itu! Saya merasa amat gembira atas kejayaan saudara
itu kerana saya memang berharap saudari menyertai pertandingan bercerita semasa kita
sama-sama satu sekolah dahulu lagi. Ini kerana saya yakin saudara boleh memenangi
pertandingan bercerita berdasarkan kepetahan saudara bercerita di kelas dahulu.

https://www.facebook.com/ShareBM/

Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Kejayaan saudara ini memang tidak menghairankan kerana saudara memang pandai
bercerita. Saudarai sangat berbakat dalam bercerita. Sebab itulah kawan-kawan amat suka
mendengar cerita saudari apabila saudara bercerita di dalam kelas dahulu. Antara cerita
menarik saudara yang masih saya ingat ialah Kisah "Sesat di Pulau Tioman".

Untuk memperoleh kemenangan tersebut bukanlah sesuatu perkara yang mudah tanpa
bakat dan usaha yang bersungguh-sungguh. Saya amat menghargai usaha yang telah saudara
buat dan berharap saudara teruskan usaha tersebut dengan lebih giat lagi. Saya mendoakan
agar saudara mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pertandingan bercerita di peringkat
yang lebih tinggi pada suatu hari nanti.

Sampai di sini sahaja coretan saya untuk kali ini. Akhir kata sambutlah salam mesra
daripada saya untuk saudara sekeluarga. Semoga kita dapat terus berhubung dari masa ke
semasa dan dapat bertemu nanti. Sekian, Terima kasih.

Yang benar,
Samsul

Sumber : http://karangansr.blogspot.my/2015/04/surat-kiriman-tidak-rasmi.html

https://www.facebook.com/ShareBM/

Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi : Sambutan Hari Keluarga


123, Jalan Besar,
30010 Ipoh,
Perak

26 April 2016.

Menemui sahabatku Farhan yang diingati selalu. Semoga saudara sihat seisi keluarga. Apa
khabar saudara? Di kesempatan ini ingin saya ceritakan sedikit pengalaman saya semasa
menyertai sambutan Hari Keluarga anjuran tempat ibu saya bekerja.

Sambutan itu diadakan di pantai peranginan Pengkalan Balak pada 12 Ogos yang lalu.
Antara tujuannya adalah untuk merapatkan hubungan antara rakan sepejabat ibu saya.

Semua peserta diminta berkumpul di pantai tersebut sebelum pukul 7.30 pagi untuk
pendaftaran serta mendapatkan nombor bagi acara cabutan bertuah.

Selepas itu, kami dijemput bersarapan dengan nasi lemak bungkus, air teh serta kuihmuih sebelum acara sukaneka dimulakan. Antara aktiviti dalam acara tersebut ialah
pertandingan tarik tali, pertandingan bola baling dan pertandingan mencari harta karun. Saya
sungguh gembira kerana turut menyertai dalam setiap aktiviti yang diadakan. Apatah lagi
apabila keluarga kami mendapat tempat pertama dalam pertandingan mencari harta karun.

Setelah semua aktiviti sukaneka selesai dijalankan, kami berehat selama setengah jam sambil
menikmati minuman dan kuih-muih. Pada masa itu, saya berpeluang bergambar bersama
keluarga dengan berlatarbelakangkan pemandangan yang indah di pantai tersebut.

Kemudian, kami berpeluang bermandi-manda di pantai yang bersih itu. Ramai peserta
https://www.facebook.com/ShareBM/

Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

yang menyewa kayak dan jet ski untuk merasai pengalaman baharu. Saya sungguh seronok
kerana ayah telah menyewa sebuah perahu untuk kami bersiar-siar di sekitar pantai.

Kira-kira pukul 11.40 pagi, semua peserta diminta berkumpul untuk acara kemuncak iaitu
acara cabutan nombor bertuah dan penyampaian hadiah. Saya sungguh gembira kerana
keluarga kami juga bernasib baik dalam cabutan nombor bertuah tersebut, di samping
menerima beberapa lagi hadiah lain.

Sebelum pulang , kami dijemput makan tengah hari dengan pelbagai masakan laut yang
sungguh menyelerakan seperti sotong bakar dan kepah goreng.

Sesungguhnya pengalaman ini amat menyeronokkan dan saya berharap akan berpeluang
menyertai lagi aktiviti seperti ini pada masa akan datang.

Akhir sekali, jika saudara ada pengalaman yang menarik, sudilah dikongsi bersama saya
kerana saya sentiasa menunggu khabar daripada saudara. Diharap saudara sudi membalas
surat saya ini.

Yang benar,
Ryan Chan

Sumber : http://karangansr.blogspot.my/2012/08/surat-kiriman-tidak-rasmi-sambutan-hari.html

https://www.facebook.com/ShareBM/

Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi : Menceritakan pengalaman di tempat baru

Anda baru berpindah ke tempat baharu di sebelah pantai timur. Tulis sepucuk surat kepada
kawan lama anda untuk menceritakan pengalaman baru di sana.
No. 13,
Kampung Nelayan,
Kuantan, Pahang.

30 April 2016

Menemui sahabatku Talib yang ku rindui selalu. Diharapkan saudara sihat seisi keluarga.
Tujuan saya menulis surat adalah untuk bertanya khabar dan menceritakan pengalaman baru
saya.

Di sini saya ceritakan keadaan di tempat baru saya. Pekerjaan utama masyarakat di sini
ialah nelayan yang mencari rezeki di Laut China Selatan. Kedudukan rumah-rumah di sini
berhampiran dengan pantai.

Keadaan ini membuka peluang untuk saya mempelajari tentang selok-belok kehidupan
nelayan. Saya selalu pergi ke pantai pada waktu pagi semasa cuti sekolah untuk melihat
nelayan-nelayan pergi ke laut . Pada sebelah petangnya pula saya menunggu nelayan-nelayan
pulang dengan pelbagai hasil tangkapan laut yang segar.

Masyarakat di sini ramah dan tidak lokek dengan senyuman. Di sekolah, saya mudah
mendapat kawan-kawan baru. Mereka cepat mesra dan sering membantu saya untuk memahami
loghat Pahang.

https://www.facebook.com/ShareBM/

Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Untuk pengetahuan saudara, sekolah saya terletak berhampiran dengan rumah saya. Di
sini saya tidak mempunyai masalah dalam pelajaran, malah saya sering membantu rakan-rakan
yang lemah. Guru-guru di sini juga baik-baik belaka dan selalu memberi nasihat dan peransang
kepada saya.

Akhir sekali, sudilah saudara untuk datang bercuti di sini. Saya senantiasa menanti
kedatangan saudara di sini. Sekian sahaja untuk kali ini. Di harap anda sudi membalas surat
saya dan bercuti di sini.

Yang benar,
Chee Meng

Sumber : http://karangansr.blogspot.my/2012/05/surat-kiriman-tidak-rasmi-menceritakan.html

https://www.facebook.com/ShareBM/

Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi : Memenuhi masa lapang


Andaikan bahawa anda baharu sahaja selesai menduduki peperiksaan UPSR. Abang anda yang
belajar di luar negara mengirimkan surat kepada anda dan bertanya perkara yang anda sedang
lakukan kini. Balas surat abang anda.

No. 74, RPS Merapoh,


28000 Merapoh,
Pahang. Darul Makmur.

6 Februari 2016

Assalamualaikum. Menemui kakandaku yang kini berada di Universiti Azhar semoga


dalam keadaan sihat sejahtera.

Kakanda yang dikasihi,

Apa khabar kakanda sekarang? Adinda berharap agar kakanda sihat hendaknya.
Adinda serta keluarga di sini sihat-sihat sahaja.

Surat kakanda telahpun adinda terima pada 31 Januari 2011 yang lalu. Adinda
bersyukur kerana peperiksaan UPSR telah selesai. Alhamdulillah semua soalan yang dikemukan
dapat adinda jawab dengan mudah. Sekarang ini adinda sedang menanti keputusannya dengan
penuh debaran. Adinda berharap dan berdoa akan mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan
tersebut. Diharap kakanda juga demikian, selalu mendoakan adinda agar berjaya dengan
cemerlang dalam peperiksaan itu nanti.

Sementara menunggu keputusan peperiksaan diumumkan, adinda menghabiskan masa


dengan membaca pelbagai buku terutamanya novel yang dipinjam dari perpustakaan sekolah

https://www.facebook.com/ShareBM/

Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

atau daripada rakan-rakan yang ingin bertukar-tukar buku bacaan. Adinda ingin menggunakan
masa yang banyak terluang ini dengan menambahkan ilmu pengetahuan.

Pada hujung minggu nanti, adinda akan mengikuti rombongan ke Kuala Lumpur. Adinda
akan melawat Zoo Negara, Petrosains, Planetarium dan Masjid Negara. Dengan melawat ke
tempat-tempat tersebut, adinda berharap akan dapat memberi pengalaman yang berguna, di
samping menikmati pemandangan yang indah di sepanjang lawatan tersebut.

Bilakah kakanda akan pulang ke kampung? Adinda dan keluarga di sini amat rindu akan
kakanda. Adinda berharap kakanda dapat pulang dengan segera.

Setakat inilah sahaja yang dapat adinda coretkan buat tatapan kakanda. Sambutlah
salam sayang daripada adinda dan keluarga.

Adindamu,
Gilven Foong

Sumber : http://karangansr.blogspot.my/2011/02/surat-kiriman-tidak-rasmi-memenuhi-masa.html

https://www.facebook.com/ShareBM/

Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi : Lawatan ke Melaka

Kamu telah menyertai satu lawatan sambil belajar. Tulis sepucuk surat kepada kawan kamu
dan ceritakan pengalaman kamu semasa lawatan tersebut.

No. 07, TJ 1/8,


Taman Temerloh Jaya,
28000 Temerloh,
Pahang.

27 Jun 2016

Menemui sahabatku Fatimah yang ku rindui selalu. Diharapkan saudari sihat seisi keluarga.
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk bertanya khabar dan menceritakan pengalaman
saya semasa lawatan ke Melaka.

Pada 20 Jun 2016, saya telah menyertai lawatan ke Melaka, Bandaraya Bersejarah.
Lawatan ini dianjurkan oleh Kelab Bahasa Melayu sekolah saya. Rombongan itu disertai oleh 40
orang murid dan 5 orang guru pengiring. Kami pergi ke sana dengan menaiki sebuah bas yang
disewa khas.

Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi peluang kepada murid melihat sendiri kesankesan sejarah negeri Melaka di samping melawat beberapa tempat menarik di negeri
tersebut.

Sebelum bertolak ke sana, kami diminta berkumpul di dataran sekolah seawal pukul
7.30 pagi. Setelah diberi taklimat ringkas, kami mula bertolak ke sana kira-kira pukul 8.00

https://www.facebook.com/ShareBM/

Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

pagi dan tiba di Bandar Melaka sekitar pukul 12.00 tengah hari.

Semasa perjalanan, kami berhenti di pekan Bahau untuk bersarapan. Saya sungguh
gembira melihat pemandangan yang indah sepanjang perjalanan tersebut. Tempat pertama
yang kami singgah setelah tiba di Melaka ialah Zoo Melaka. Di situ kami dapat melihat
pelbagai jenis hidupan liar seperti harimau, gajah, singa, rusa, kijang, zirafah dan lain-lain lagi.
Kami berasa amat gembira kerana dapat melihat sendiri gelagat haiwan liar itu.

Selepas itu, kami pergi pula ke Taman Buaya yang terletak berhampiran dengan zoo
tersebut. Pelbagai jenis buaya terdapat di sini seperti buaya tembaga, buaya katak dan lainlain lagi. Saya berasa sungguh ngeri apabila melihat seekor buaya tembaga menyambar bangkai
ayam yang dicampakkan oleh seorang pengawal kolam buaya di situ.

Kemudian, pada pukul 1.30 petang, kami pergi ke Taman Rekreasi Air Keroh untuk
makan tengah hari. Selepas itu kami pergi pula ke Tugu A Famosa. Di situ, kami melihat kesankesan tinggalan sejarah di Zaman Penjajahan Portugis di Melaka. Ramai murid dan guru tidak
melepaskan peluang untuk membeli pelbagai cenderamata di gerai-gerai yang banyak terdapat
di situ.

Di situ juga kami diberi peluang untuk masuk dan melihat sendiri Model Kapal Perang
Portugis yang pernah menyerang Melaka pada suatu masa dahulu. Selain itu, saya juga dapat
menaiki Menara Taming Sari. Walaupun berasa takut tetapi saya gembira kerana dapat
melihat hampir seluruh Bandaraya Melaka dari menara tersebut.

Sebelum bertolak balik, kami singgah pula di sebuah pasar raya besar di bandaraya ini.
Kemudian, kira-kira pada pukul 6.00 petang, kami singgah di Masjid Negeri Melaka untuk
sembahyang dan makan malam. Kami tiba di sekolah semula kira-kira pukul 12.00 tengah
malam. Saya amat gembira kerana turut meyertai lawatan tersebut.

https://www.facebook.com/ShareBM/

Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Akhir sekali, jika saudari ada cerita-cerita yang menarik, sudilah ceritakan kepada saya
di sini kerana saya selalu menunggu-nunggu khabar daripada saudari. Sekian sahaja untuk kali
ini. Di harap saudari sudi membalas surat saya.

Sahabatmu,

Amirul

Sumber : http://karangansr.blogspot.my/search/label/Surat%20Kiriman%20Tidak%20Rasmi

https://www.facebook.com/ShareBM/

Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi : Sambutan Hari Guru

Soalan : Kamu baru sahaja menerima surat dari kawan kamu. Dalam surat yang kamu terima,
kawan kamu itu ingin tahu tentang sambutan Hari Guru di sekolah kamu. Balas surat kawan
kamu itu.

39, Jalan Jenjarum 1,


Seksyen BS 2,
48300 Rawang,
Selangor Darul Eksan.

30 Mei 2016.

Menemui sahabatku, Ahmad yang berada di Batu Berendam, Melaka. Ketika saya menulis surat
ini saya berada dalam keadaan sihat. Diharapkan saudari dan keluarga lebih-lebih lagi.

Saudara,
Terima kasih atas kesudian saudari menulis surat kepada saya. Menjawab pertanyaan
saudari tentang Hari Guru di sekolah saya, pada tahun ini sambutannya sungguh meriah. Pelbagai
acara diadakan, baik persembahan di dewan mahupun aktiviti sekaneka di padang.

Acara dimulakan pada jam 8.00 pagi di dewan sekolah. Majlis dimulakan dengan ucapan
Ketua Murid, diikuti oleh ucapan Tuan Guru Besar, dan pembacaan ikrar oleh guru-guru.
Kemudian, guru-guru menyanyikan lagu Guru Malaysia dan lagu tema Hari Guru.

Kira-kira sejam kemudian, diadakan acara sukaneka di padang sekolah. Guru-guru dan
beberapa orang murid mengambil bahagian. Diantara acara yang diadakan termasuklah

https://www.facebook.com/ShareBM/

Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

permainan lari di dalam guni, berjalan menggunakan terompah gergasi, permainan bola sepak
tujuh sebelah.

Kira-kira jam 11.30 pagi, acara diteruskan dengan persembahan kebudayaan di dewan
sekolah. Guru-guru menunjukkan bakat dengan menyanyi, menari, dan bermain silap mata. Kami
merasa besar hati dengan persembahan guru-guru.

Demikian serba sedikit tentang persembahan Hari Guru di sekolah saya. Jika ada
kelapangan saya akan menulis surat lagi kepada saudari. Saya akhiri surat ini dengan ucapan
terima kasih.

Sahabat mu,
Darren Lee

Sumber : http://mohdzanafi.blogspot.my/2013/07/karangan-jenis-surat-kirima-tidak.html

https://www.facebook.com/ShareBM/

Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi : Terima Kasih Kepada Cikgu

Kamu sudah berjaya melanjutkan pelajaran ke university. Kamu ingin menulis surat kepada
guru kamu untuk mengucapkan terima kasih terhadap bimbingan dan pengorbanan yang
diberikan sehingga kamu berjaya ke tahap sekarang. Tulis surat tersebut selengkapnya.

39, Jalan Jenjarum 1,


Seksyen BS 2,
48300 Rawang,
Selangor Darul Eksan.

30 Mei 2013.

Ke hadapan Cikgu Saadah yang berada di Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung, Rawang,
Selangor. Semoga berada dalam keadaan sihat. Ketika saya menulis surat ini saya juga berada
dalam keadaan sihat.

Cikgu yang diingati,


Mungkin cikgu terkejut menerima surat saya ini. Untuk pengetahuan cikgu, saya ialah
murid cikgu Sembilan tahun lalu, iaitu di Kelas Enam Intan. Cikgu mengajar saya mata
pelajaran Bahasa Malaysia.

Tentu cikgu masih ingat kepada saya. Selain menjadi Ketua Murid, saya merupakan
seorang daripada lapan murid yang mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR. Hasil kejayaan
tersebut, saya terpilih memasuki Maktab Melayu Kuala Kangsar.

https://www.facebook.com/ShareBM/

Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Bimbingan dan pengorbanan cikgu tidak mungkin saya lupakan. Pada mulanya, saya ingin
menolak tawaran tersebut kerana keadaan keluarga saya yang miskin. Atas usaha cikgu, cikgu
berjaya mengumpul wang daripada penduduk kampung berjumlah RM1 324.

Harapan serta usaha cikgu dan masyarakat kampong menyebabkan saya bulat
hati untuk berjaya. Kini, saya berjaya memasuki Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang
perubatan. Benarlah kata cikgu, kejayaan bergantung pada usaha, bukan pada miskin atau
kayanya seseorang.

Sampai disini sahaja surat saya pada kali ini. Jika ada kesempatan saya akan menulis
lagi. Saya akhiri surat ini dengan ucapan terima kasih.

Bekas muridmu,
Zakri

Sumber : http://mohdzanafi.blogspot.my/2013/07/karangan-jenis-surat-kirima-tidak.html

https://www.facebook.com/ShareBM/