Anda di halaman 1dari 6

KEBERKESANAN AKTIVITI MAIN DOH TERHADAP KEMAHIRAN MENULIS MURID PRASEKOLAH

Oleh :
Tan Pei Ching
Ranjit Singh A/L Malkiat Singh
pching_0827@hotmail.com
ranjitmiri@gmail.com
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan membantu menyelesaikan masalah murid-murid yang belum
berupaya menulis dengan kemas di peringkat prasekolah. Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan
kemahiran menulis dengan menggunakan main doh dalam kalangan murid prasekolah. Subjek kajian ini
terdiri daripada empat orang murid-murid prasekolah yang telah dikenal pasti mempunyai masalah
menulis dan kemahiran motor halus. Data yang diperolehi dianalisis melalui kaedah kualitatif yang
menggunakan beberapa instrumen kajian seperti ujian pra, ujian pos, kaedah pemerhatian, temu bual dan
analisis dokumen. Bagi menyokong kesahan data, kaedah triangulasi dan sumber digunakan untuk
mengukuhkan dapatan kajian penyelidik. Intervensi yang dilakukan ke atas murid prasekolah adalah
dengan menggunakan doh untuk membentuk model muka, membentuk huruf dan membuat bentuk corak
awan. Dapatan kajian membuktikan bahawa aktiviti main doh dapat membantu murid prasekolah
menguasai kemahiran menulis dengan mantap selain boleh meningkatkan perkembangan motor halus.
Dapatan kajian turut menunjukkan bahawa peserta kajian boleh menulis dengan lebih kemas. Secara
kesimpulannya, kajian ini membuktikan bahawa pelaksanaan aktiviti membentuk huruf dengan
menggunakan doh berjaya mewujudkan keseronokan semasa belajar di samping menambah pengalaman
murid.
Kata kunci: main doh, kemahiran menulis, motor halus, murid prasekolah
1.0

Refleksi PdP

Penyelidik telah menjalani praktikum di sebuah prasekolah di daerah Bukit Mertajam, Pulau Pinang selama 12 minggu.
Sepanjang menjalani praktikum, penyelidik mendapati beberapa orang murid yang tidak dapat menulis dengan kemas dan
masalah cara memegang pensel yang tidak betul. Masalah ini jelas kelihatan semasa penyelidik telah memberi latihan
menyurih garisan. Beberapa orang tidak dapat menulis dan menyurih mengikut garisan dengan betul.
Penyelidik berasa risau dan bimbang tentang masalah tersebut, selalu memikirkan masalah tersebut dan menganggap
hal ini menyebabkan penyelidik tidak dapat mengajar dengan baik. Sekiranya murid-murid tersebut tidak dapat menulis
dengan kemas dan tidak memegang pensel dengan betul, maka ini akan menyebabkan kesukaran untuk mereka belajar pada
peringkat seterusnya. Semasa penyelidik mengimbas kembali tentang kelemahan aktiviti atau keadah pengajaran yang
digunakan sebelum ini, penyelidik mendapati bahawa sebelum ini penyelidik lebih memfokuskan latihan menulis yang
terlalu banyak. Hal ini mungkin menyebabkan murid-murid berasa bosan dan tidak berminat untuk belajar. Tambahan pula,
murid-murid berumur lima tahun tidak pernah belajar di sekolah formal dan mereka lebih suka bermain.
2.0

Fokus Kajian

2.1

Tinjauan Awal

Penyelidik menyedari bahawa murid-murid Prasekolah Z yang berumur lima tahun menghadapi masalah menulis dengan
kemas dan tidak memegang pensel dengan baik. Hal ini menyebabkan mereka berasa bosan dan hilang minat untuk menulis
dan tidak mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh penyelidik. Melalui pemerhatian, penyelidik
mendapati bahawa kebanyakan murid prasekolah suka aktiviti bermain dan tidak suka aktiviti yang perlu menggunakan
kemahiran menulis terutamanya menulis huruf. Mereka menggunakan masa yang lama untuk menyiapkan latihan menulis.
Terdapat murid langsung tidak menulis dan mula berlari dalam kelas serta mengganggu murid lain.
2.2

Analisis Tinjauan Awal

Pada awal tahun persekolahan, kebanyakan murid-murid prasekolah berasa sukar untuk menulis huruf yang diajar oleh guru.
Semasa menjalankan praktikum, penyelidik juga mendapati bahawa kebanyakan murid-murid mengalami masalah menulis
huruf kerana cara memegang pensel yang tidak betul. Mengikut Bustam, Putri Zabariah & Nawawi (2005), kanak-kanak
pada peringkat awal persekolahan belum dapat mengawal otot dan koordinasi mata untuk membentuk huruf atau abjad.
Berdasarkan hasil kerja dan latihan-latihan murid, penyelidik juga mendapati kebanyakan murid prasekolah tidak
dapat menulis dengan tulisan yang kemas dan tidak menyurih garisan dengan kemas. Hal ini menunjukkan murid-murid
prasekolah ini tidak dapat menguasai kemahiran menulis dengan baik dan betul. Ini menunjukkan bahawa kemahiran motor
halus murid perlu dipertingkatkan.
2.3

Tinjauan Literatur

Menurut Mallary I. Swartz (2005), play-dough adalah satu bahan permainan asas di dalam kelas pada peringkat awal kanakkanak. Terdapat banyak program pendidikan awal yang menggunakan play-dough sebagai medium interaksi dengan kanak-

kanak. Play-dough menyediakan pengalaman yang menyeronokkan dan memuaskan kepada kanak-kanak, tetapi ia bukan
sekadar aktiviti "seronok" sahaja. Play-dough juga menyediakan pengalaman hands-on, pengalaman pembelajaran aktif dan
juga sokong kepada pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dalam pelbagai domain. Melalui medium ini, guru dapat
memenuhi standard pembelajaran awal dan memerhati kemajuan kanak-kanak dalam perkembangan pelbagai aspek.
Mengikut Quwwatun Aqilah (2012), main doh dapat menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih
menyeronokkan. Selain itu, main doh juga merupakan sejenis permainan kognitif yang berada dalam aspek pendekatan
belajar melalui bermain. Murid-murid prasekolah menggunakan bahan konkrit untuk memperoleh pengetahuan dan
meningkatkan kognitif, psikomotor, sosioemosi dan kreativiti melalui permainan kognitif.
Menurut pembelajaran Gagne dalam Noriati, Pong Ying & Sharifah (2012), proses pembelajaran bergerak
daripada peringkat asas kepada yang lebih kompleks. Pembelajaran asas rendah haruslah dikuasai dahulu untuk mempelajari
peringkat seterusnya. Oleh itu, aktiviti untuk meningkatkan kemahiran psikomotor seperti main doh perlu diberikan sebelum
memberi aktiviti menulis supaya masalah awal menulis dapat diatasi dan murid-murid prasekolah ke peringkat yang lebih
tinggi misalnya Tahun Satu tidak akan mengalami keciciran.
3.1 Objektif Kajian
3.2 Objektif
Kajian bertujuan untuk :
a) Mengenal pasti sama ada aktiviti main doh dapat membantu mengukuhkan kemahiran motor halus murid prasekolah.
b) Mengenal pasti sama ada aktiviti main doh dapat membantu murid menulis garisan lurus dan zig-zag dengan kemas.
3.3 Soalan Kajian
Berdasarkan permasalahan kajian serta objektif kajian yang dinyatakan, kajian ini mencari jawapan bagi persoalan-persoalan
berikut:
a) Adakah aktiviti main doh dapat membantu mengukuhkan kemahiran motor halus murid prasekolah?
b) Sejauh mana aktiviti main doh dapat membantu murid menulis garisan lurus dan zig-zag dengan kemas?
4.0 Kumpulan Sasaran
Kajian ini melibatkan 20 orang murid yang berumur lima tahun di kelas Prasekolah Z. Terdapat dua lelaki dan dua
perempuan murid prasekolah telah dipilih untuk dijadikan peserta kajian. Peserta kajian dipilih melalui pemerhatian dan
ujian pra yang telah dibuat sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Semua peserta kajian yang dipilih
berumur lima tahun. Latar belakang peserta kajian adalah berbeza seperti sosial ekonomi keluarga yang berpendapatan
rendah dan sederhana. Kesemua peserta kajian mengalami masalah menulis dan tidak dapat menyurih garisan yang diberikan
dengan baik.
5.0 Tindakan Yang Dijalankan
Penyelidik mengaplikasikan Model Kemmis & Mc Tanggart yang menyarankan empat langkah ke dalam kajian tindakan ini.
Setiap proses kajian tindakan boleh digambarkan seperti dalam Rajah 5.2.

(Sumber: Bahagian Perancangan & Penyelidikan Dasar Pendidikan, 2008)


Rajah 5.2 : Proses Kajian Tindakan
6.0 Analisis dan Interpretasi Data
6.1

Ujian Pra dan Ujian Pos

Markah yang diperoleh pada ujian pra dan ujian pos kajian ini dapat menunjukkan sejauh mana tahap penguasaan menulis
garisan. Perbezaan markah pencapaian sampel dalam ujian pra dan ujian pos dalam bentuk peratusan serta peningkatan
daripada ujian pra dan ujian pos ditunjukkan dalam Jadual 6.2.
Jadual 6.2
Tahap penguasaan menulis garisan yang dilakukan oleh murid pada ujian pra dan ujian pos
Sampel
Murid A
Murid B
Murid C
Murid D

Markah ujian
pra
3/6
1/6
3/6
2/6

Peratus
(%)
50.00
16.57
50.00
33.33

Markah ujian
pos
6/6
5/6
6/6
5/6

Peratus
(%)
100.0
83.33
100.0
83.33

Peningkatan
(%)
50.00
66.76
50.00
50.00

Berdasarkan Jadual 6.2 di atas, jelaslah bahawa tahap pencapaian murid adalah meningkat. Peningkatan peratus
tertinggi adalah Murid B, iaitu meningkatkan sebanyak 66.76%. Ini menunjukkan Murid B telah menguasai kemahiran
menulis dengan baik. Bagi murid A dan murid C, mereka telah menguasai kemahiran menulis dengan sangat baik selepas
aktiviti intervensi dijalankan. Secara keseluruhan, tahap penguasaan menulis garisan bagi keempat-empat murid telah
meningkat.
6.2 Pemerhatian dan Senarai Semak
Penyelidik juga telah melakukan pemerhatian sebelum dan selepas menjalankan aktiviti intervensi. Hasil pemerhatian dicatat
dalam senarai semak.
Jadual 6.3
Data senarai semak pemerhatian sebelum dan selepas intervensi
Muri
d

Cara memegang pensel

Cara
memegang
pensel salah

Selepas
Kebolehan
memegang
pensel menjadi
lebih kuat
Kebolehan
memegang
pensel menjadi
kuat
Memegang
pensel dengan
cara yang betul

Cara
memegang
pensel betul

Cara
memegang
pensel betul

Sebelum
Kebolehan
memegang
pensel sangat
lemah
Kebolehan
memegang
pensel lemah

Menyurih mengikut garisan lurus


Sebelum
Tidak dapat
menyurih dengan
pembaris

Menyurih garisan
lurus dengan
tidak kemas

Tidak dapat
menyurih dengan
pembaris
Tidak dapat
menyurih dengan
pembaris

Selepas
Dapat
menyurih
dengan
pembaris
Dapat
menyurih
dengan
pembaris
Dapat
menyurih
dengan
pembaris
Menyurih
garisan lurus
dengan kemas

Menyurih mengikut garisan zigzag


Sebelum
Selepas
Tidak dapat
Dapat menyurih
menyurih
dengan kemas
dengan
kemas
Tidak dapat
Dapat menyurih
menyurih
dengan kemas
dengan
kemas
Tidak dapat
Dapat menyurih
menyurih
dengan kemas
dengan
kemas
Tidak dapat
Dapat menyurih
menyurih
dengan kemas
dengan betul

Berdasarkan analisis senarai semak sebelum dan selepas intervensi (Jadual 6.3) telah membuktikan bahawa aktiviti
main doh telah membuktikan dapat meningkatkan kemahiran menulis murid prasekolah .
6.3 Temu bual
Dalam temu bual guru prasekolah menyatakan bahawa perubahan pada motor halus peserta kajian selepas menjalankan
aktiviti intervensi. Transkripsi temu bual seperti berikut:
.......sebelum ni murid tidak dapat membutang baju dan minta bantuan daripada guru dan pembantu.
Sekarang dapat membutang sendiri.....
(Transkripsi Temu Bual 2, baris 26 28)
Transkripsi di atas menunjukkan bahawa perubahan pada motor halus peserta kajian. Guru prasekolah menyatakan
bahawa sebelum aktiviti intervensi dijalankan murid tidak dapat membutang baju ketika mereka bertukar baju sukan ke baju
sekolah, mereka minta bantuan daripada guru dan pembantu. Kini, selepas aktiviti intervensi dijalankan, murid dapat
membutang baju tanpa bantuan guru. Hasil temu bual dengan guru prasekolah menunjukkan bahawa aktiviti main doh dapat
meningkatkan dan memperkukuhkan kemahiran motor halus murid prasekolah.
6.4 Analisis dokumen

Penyelidik telah membuat analisis terhadap hasil karya peserta kajian. Tahap penguasaan boleh dilihat melalui hasil karya
murid yang diberikan oleh penyelidik. Penyelidik telah membuat perbandingan antara hasil karya sebelum dan selepas
intervensi dilaksanakan. Terdapat perbezaan yang jelas dan ketara antara dua jenis hasil karya tersebut. Jelas dibuktikan
bahawa tahap perkembangan kemahiran motor halus setiap murid boleh dimantapkan melalui hasil kajian.

Sebelum intervensi

Selepas intervensi

Rajah 6.3 Perbandingan hasil karya sebelum dan hasil karya selepas aktiviti intervensi
Rajah 6.3 menunjukkan sebelum intervensi dijalankan dapat dilihat terdapat perbezaan yang ketara di mana murid
dapat menghasilkan kolaj topeng ayam dengan agak kemas berbanding dengan kolaj C yang tidak kemas. Sehubungan itu,
standard pembelajaran - PFK 1.1.1 menggunakan jari untuk mengoyak bebas di bawah fokus 1.0 perkembangan motor halus
dapat dicapaikan dengan baik. Ini juga menunjukkan kemahiran motor halus murid dapat dikukuhkan dan dimantapkan
selepas aktiviti main doh dijalankan.
7.0 Dapatan kajian / Rumusan dan Kesimpulan
7.1 Adakah aktiviti main doh dapat membantu mengukuhkan kemahiran motor halus murid prasekolah?
Analisis dokumen dibuat ke atas karya yang telah dihasilkan oleh murid sepanjang aktiviti intervensi dilaksanakan.
Penyelidik telah membuat perbandingan antara hasil kerja sebelum dan selepas intervensi dilaksanakan. Terdapat perbezaan
yang jelas antara hasil karya yang dihasilkan oleh murid seperti Jadual 6.3. Berdasarkan analisis yang telah dilakukan
terhadap hasil karya murid, didapati bahawa kemahiran motor halus murid dapat dimantapkan dan diperkukuhkan selepas
menjalani aktiviti main doh.
Sebelum intervensi, murid tidak dapat menghabiskan tampalan kertas warna kolaj C dengan baik. Kolaj C yang
dihasilkan oleh murid tidak lengkap apabila dihantar kepada penyelidik. Manakala, aktiviti kolaj topeng ayam diberikan
selepas intervensi dijalankan. Murid dapat melengkapkan kolaj topeng ayam dengan baik berbanding dengan kolaj C yang
dibuat sebelum intervensi. Perbezaan antara dua hasil kolaj ini adalah ketara. Hal ini melihatkan bahawa murid dapat
melengkapkan kolaj selepas intervensi dilaksanakan.
Selain itu, hasil daripada temu bual yang dijalankan kepada guru prasekolah, guru prasekolah mendapati perubahan
pada motor halus peserta kajian. Ini dapat dibuktikan oleh transkripsi temu bual baris 26 hingga 28. Guru prasekolah
mengatakan bahawa sebelum aktiviti intervensi dijalankan, murid tidak dapat membutang baju ketika mereka bertukar baju,
mereka perlu minta bantuan daripada guru dan pembantu. Manakala selepas aktiviti intervensi dijalankan, murid dapat
membutang baju tanpa bantuan guru. Pada masa yang sama, kemahiran motor halus murid dapat ditingkatkan dan
diperkukuhkan melalui aktiviti main doh.
7.2 Sejauh mana aktiviti main doh dapat membantu murid menulis garisan lurus dan zig-zag dengan kemas?
Merujuk kepada data keputusan ujian pra dan ujian pos (seperti di Jadual 6.2), penyelidik mendapati bahawa keempat-empat
murid mengalami peningkatan pencapaian. Tahap penguasaan menulis garisan murid dapat ditingkatkan setelah aktiviti
intervensi dijalankan. Aktiviti main doh yang dijalankan dapat memberikan pengalaman yang bermakna kepada murid dalam
membantu mereka menulis garisan dengan kemas dan meningkatkan tahap motivasi mereka untuk mempertingkatkan tahap
penguasaan mereka.
Melalui aktiviti main doh, Murid A dan Murid C dapat menguasai kemahiran menulis dengan sangat baik. Manakala
Murid B dan Murid D juga mengalami peningkatan dalam menulis garisan. Tahap penguasaan menulis garisan keempat
peserta kajian dapat ditingkatkan. Semua murid dapat menguasai kemahiran menulis garisan dengan baik. Peningkatan yang
boleh dilihat paling ketara pada Murid B. Murid B hanya menulis satu garisan dengan lengkap di ujian pra sehingga lima
garisan dapat ditulis dengan lengkap di ujian pos.
Selain itu, penyelidik menggunakan kaedah triangulasi untuk menyemak data yang diperoleh sama ada kemahiran
menulis berkembang atau sebaliknya. Penyelidik menggunakan kaedah pemerhatian untuk triangulasi data yang diperoleh.
Daripada pemerhatian, penyelidik mendapati aktiviti main doh telah dapat meningkatkan kemahiran menulis murid
prasekolah. Pemerhatian yang dibuatkan oleh penyelidik dapat membantu penyelidik untuk mengesan perubahan yang
berlaku pada perkembangan motor halus murid dalam kemahiran menulis.
Dapatan disokong dan ditriangulasi dengan data yang diperoleh daripada analisis dokumen. Merujuk kepada analisis
dokumen yang telah dilakukan oleh penyelidik pada lembaran kerja yang telah diberikan, penyelidik mendapati bahawa
murid dapat menulis dengan lengkap dan kemas. Sebelum ini, murid tidak dapat menyurih garisan dengan kemas.

8.0

Cadangan Kajian Seterusnya


8.1 Mempelbagaikan aktiviti intervensi

Guru perlu memberi penekanan kepada aspek kebolehan individu dalam pembelajaran. Guru perlu merangsangkan murid
supaya dapat menguasai pelbagai jenis ilmu dengan menggunakan pelbagai cara yang mengikut kecerdasan murid. Sebagai
seorang guru prasekolah, guru perlu kreatif dalam mempelbagaikan kaedah pengajarannya supaya murid-murid tidak mudah
terasa bosan dan dapat menarik minat murid-murid untuk belajar. Penyelidik mencadangkan supaya menambah lagi pelbagai
jenis aktiviti yang menarik dengan penggunaan main doh.
8.2 Mempelbagaikan tekstur ke dalam doh
Penyelidik mencadangkan supaya masukkan benda seperti pasir, shampoo, gam, beras dan sebagainya ke dalam doh supaya
murid dapat merasai pelbagai tekstur yang berbeza. Sebagai contoh, guru boleh menambahkan pasir ke dalam doh, murid
boleh merasa tekstur yang kasar. Guru juga boleh memasukkan shampoo ke dalam doh, murid dapat merasa tekstur yang
licin. Melalui aktiviti ini, guru dapat merangsangkan deria sentuhan murid dengan baik. Guru juga boleh mengajar murid
tentang tekstur permukaan. Melalui pembelajaran dengan penggunaan pelbagai deria, murid dapat menguasai pengetahuan
dan kemahiran yang diajar dengan baik dan lebih mudah.
8.3 Penggunaan tripod semasa menjalankan rakaman
Antara cadangannya ialah menambah baik penggunaan rakaman semasa pemerhatian dijalankan. Penyelidik menghadapi
masalah rakaman seperti rakaman kabur dan tidak jelas ketika aktiviti intervensi dijalankan. Penyelidik mencadangkan alat
perakam seperti camera atau videocam dipasang di atas tripod sebelum aktiviti intervensi dijalankan. Tujuan tripod adalah
untuk menstabilkan alat perakam dan mengelakkan rakaman kabur disebabkan pergerakan tangan. Penggunaan tripod dapat
meningkatkan kualiti rakaman yang diambil supaya penyelidik dapat melihat tingkah laku peserta dengan jelas dan baik.
8.4 Tempoh masa perlu dipanjangkan
Untuk kajian seterusnya, tempoh masa bagi aktiviti intervensi perlu dipanjangkan untuk mendapatkan data yang jelas, tepat
dan yakin. Selain itu, data yang dikumpul dalam tempoh masa yang panjang juga mempunyai kesahan yang lebih tinggi. Hal
Ini kerana tempoh masa yang terlalu pendek membataskan tindakan yang boleh diambil. Terdapat juga peserta murid yang
hiperaktif yang memerlukan masa yang agak lama untuk berjaya melakukan aktiviti. Aktiviti intervensi boleh dilaksanakan
dengan lebih lama untuk membantu murid menguasai kemahiran menulis dan kemahiran motor halus dengan baik. Selain
itu, aktiviti main doh juga boleh membantu murid mengecam dan mengenal huruf dan perkataan serta urutan penulisan
perkataan dengan baik.
8.5 Penerapan unsur-unsur ICT
Penyelidik cadangkan supaya menerapkan unsur-unsur ICT untuk memastikan aktiviti main doh ini relevan mengikut zaman
moden sekarang. Penyelidik berpendapat penggunaan video boleh digunakan untuk aktiviti intervensi. Melalui video, muridmurid dapat melihat proses penghasilan bentuk doh seperti haiwan, kereta dan sebagainya dengan jelas. Selain itu, guru
boleh membuat demostrasi aktiviti di depan kelas kerana murid di belakang mungkin tidak dapat lihat dengan jelas.
Kemungkinan juga ada murid yang tidak menumpu perhatian semasa guru mengajar di depan. Penggunaan video boleh
menarik perhatian murid semasa berada di bilik darjah. Melalui tayangan video, murid-murid dapat menghasilkan bentuk
haiwan atas bimbingan guru.
Rujukan
Angela Owens. (2008). Supporting children's delvelopment. Putting Children First, (28), 3-5. Retrieved from
http://ncac.acecqa.gov.au/educator-resources/pcf-articles/Supporting_children's_development_fine_motor_skills.pdf
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2010). Kurikulum Prasekolah Kebangsaan - Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan 2010. Kementerian Pelajaran Malaysia Kuala Lumpur.
Mallary I. Swartz. (2005). Playdough: Whats Standard about It?. National Association For The Education Of Young Children,
60(2), 100-109. Retrieved from https://www.naeyc.org/files/tyc/file/TYC_V3N3_Swartz.pdf
Norazura Zikir. (2011). Kekemasan Tulisan Murid Melalui Kaedah Psikomotor Halus. Diakses dari laman web
http://ojs.cakna.net pada 14 Januari 2015
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2012). Murid dan Alam Belajar. Kuala Lumpur:
Oxford Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Nourlieda Binti Abdullah. (2012). Cantik dan kemas. Kolensi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP KG (BM) ambilan Januari
2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012 : 217 -229
Quwwatun Aqilah. (2012). Main doh membantu kemahiran mengecam bentuk huruf vokal kecil dalam kalangan murid
prasekolah. Tesis Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Tidak diterbitkan. Pulau Pinang: Institut Pendidikan Guru
Kampus Tuanku Bainun.
Siti Norazuana Abdul Gani. (2010). Penggunaan Doh Membantu Meningkatkan Kemahiran Menulis Huruf a Hingga z.
Prosiding Seminar Kajian Tindakan Prasekolah 2010. Tesis Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Melaka : Institut
Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu.

Anda mungkin juga menyukai