Anda di halaman 1dari 15

<KOD KURSUS>

<FAKULTI >

<SEMESTER / TAHUN >

<KOD KURSUS>
<TAJUK KURSUS>

NO. MATRIKULASI

<NO MATRIKULASI>

NO. KAD PENGNEALAN

<NO. KAD PENGENALAN>

NO. TELEFON

<TELEFON>

E-MEL

<EMEL ID>

PUSAT PEMBELAJARAN

<PUSAT PEMBELAJARAN>

<KOD KURSUS>

ARAHAN

Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda.

Sediakan jawapan tugasan anda mengikut susunan KRITERIA PENILAIAN


(ASSESSMENT CRITERIA) seperti tertunjuk dalam RUBRIK. Jika RUBRIK
TIDAK dibekalkan, ikut arahan/garispanduan yang ditetapkan oleh Fakulti bagi
tugasan kursus berkenaan.

Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan TIDAK
termasuk rujukan.

Taipkan jawapan anda dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman
dan langkau baris 1.5.

Tunjukkan bilangan perkataan di hujung tugasan anda.

Jadual dan gambar rajah jika ada, hendaklah menunjukkan tajuk yang wajar.

Senaraikan secara berasingan, rujukan/referensi dalam muka surat


APENDIKS.

<KOD KURSUS>

INDEX

<KOD KURSUS>

1.0

PENGENALAN ATAU LATAR BELAKANG TOPIK


Komunikasi adalah merupakan salah satu proses yang melibatkan penyampaian
daripada seorang individu kepada individu yang lain ataupun kepada kelompok
atau kumpulan individu yang lain, samada melibatkan penyampaian secara
langsung ataupun secara tidak langsung. Selain daripada itu juga, komunikasi juga
turut difahami sebagai proses aksi-reaksi ataupun sebab-akibat yang diarahnya
secara bergantian. Tambahan pula, terdapat beberapa unsur penting dalam proses
komunikasi secara interaksi ini, antaranya ialah komunikasi secara feedback.
Mengikut Bernard Barelson & Garry A. Steiner. menyatakan bahawa merupakan
satu proses yang melibatkan proses transmisi, gagasan emosi, keterampilan dan
juga sebagainya. Proses ini juga menggunakan simbol, perkataan, gambar, grafik
rangka dan lain-lain lagi. Hal ini juga turut menyatakan bahawa, komunikasi yang
berkesan akan terjalin secara baik dan sempurna sekiranya kedua-dua belah pihak
sudah saling mengakui akan kelebihan dan juga kekurangan bagi setiap individu
serta memahami akan kelemahan yang ada pada diri sendiri dan juga orang lain.
Hal ini kerana, bagi setiap individu, mereka mempunyai semangat yang sama
untuk mambangun dan juga membantu individu yang lain.
Oleh kerana itu, dengan komunikasi yang berkesan serta sempurna akan
membuatkan setiap jalinan yang terbentuk antara individu menjadi semakin kuat
dan sentiasa berkembang. Selain daripada itu juga, hal ini juga boleh menjadikan
setiap hubungan itu mempunyai banyak manfaat untuk diri sendiri dan juga untuk
orang lain, dimana setiap individu akan saling bergantung antara satu sama lain
dalam proses komunikasi ini. Tambahan pula, pengertian sebenar untuk proses
komunikasi mengikut Everett M. Rogers adalah proses komunikasi melibatkan
proses dimana idea dialihkan daripada satu sumber kepada penerima yang lain
dengan tujuan untuk mengubah pola perilaku bagi setiap individu yang terlibat.

<KOD KURSUS>

2.0

PERBINCANGAN

MENGENAI

DUA

KATEGORI

KOMUNIKASI

DALAMAN YANG DIAMALKAN DI ORGANISASI


Di dalam perbincangan ini, sama-sama kita memberi tumpuan di dalam proses
komunikasi korporat. Terdapat beberapa isu penting yang berlaku sepanjang
proses komunikasi korporat yang perlu kita fahami. Isu penting di dalam
komunikasi ini merupakan salah satu bentuk disiplin pengurusan yang mendalam
di samping melibatkan disiplin pengurusan yang lain seperti sumber manusia,
kewangan dan juga pemasaran.
Oleh kerana itu, setiap organisasi perlulah untuk mempunyai beberapa jabatan
yang kukuh bagi komunikasi korporat, dimana fungsi korporat boleh dipusatkan
serta ditumpukan ataupun dinyahpusatkan. Tambahan pula, pemusatan aktiviti
seperti aktiviti yang berkaitan dengan komunikasi dapat memberikan satu
penyelesaian yang mudah untuk sesebuah organisasi, dimana semua aktiviti yang
berkaitan dengan komunikasi akan diletakkan di bawah arahan seorang pegawai
kanan di lokasi ibu pejabat. Manakala, penyahpusatan aktiviti komunikasi ini tutut
memberikan elemen fleksibiliti kepada setiap unit perniagaan dalam menguruskan
segala aktiviti yang berkaitan dengan komunikasi sendiri di dalam sesebuah
organisasi.
(gambar rajah)
Terdapat beberapa jenis klasifikasi komunikasi yang sering berlaku di dalam
sesebuah organisasi. Terdapat empat (4) klasifikasi yang utama iaitu komunikasi
dari segi sifatnya, komunikasi dari segi arahnya, komunikasi dari segi lawannya,
serta komunikasi dari segi kerasmiannya. Bagi klasifikasi yang pertama,
komunikasi dari segi sifatnya terdiri daripada komunikasi lisan dan juga
komunikasi bertulis. Komunikasi lisan melibatkan komunikasi secara langsung
yang melibatkan beberapa individu, manakala komunikasi secara bertulis
melibatkan komunikasi melalui tulisan.
4

<KOD KURSUS>

Seterusnya, komunikasi dari segi arahnya merupakan jenis klasifikasi komunikasi


yang kedua yang melibatkan komunikasi secara ke bawah serta komunikasi secara
horizontal. Bagi komunikasi secara bawah, ia merupakan komunikasi yang
bermula daripada atas ke bawah, manakala bagi komunikasi secara horizontal
pula, ia melibatkan komunikasi yang berlaku antara individu-individu yang
mempunyai pangkat yang sama. Kemudiaanya, komunikasi satu lawan satu dan
juga komunikasi satu lawan banyak merupakan jenis klasifikasi komunikasi yang
ketiga. Komunikasi secara satu lawan satu merupakan komunikasi yang
melibatkan proses berbicara dengan satu sama lain antara dua individu sahaja.
Walau bagaimanapun, komunikasi satu lawan banyak melibatkan proses
komunikasi yang berlaku antara individu dalam satu kumpulan ataupun kelompok
yang melebihi daripada dua (2) orang individu.
Klasifikasi komunikasi yang terakhir ialah komunikasi dari segi kerasmiannya
melibatkan komunikasi rasmi dan juga komunikasi yang tidak rasmi Komunikasi
formal merupakan komunikasi yang berlaku di dalam organisasi antara satu
individu kepada individu yang lain secara rasmi. Namun begitu, komunikasi
secara informal merupakan salah satu proses komunikasi yang berlaku di dalam
sesebuah organisasi tersebut secara tidak rasmi antara sesama individu.
Oleh kerana itu. Bagi memudahkan perbincangan mengenai komunikasi ini,
syarikat Azam Teknik Sdn. Bhd. telah dipilih sebagai satu contoh untuk
membincangkan dua kategori atauoun klasifikasi komunikasi dalaman yang telah
diamalkan dalam organisasi ini. Syarikat Azam Teknik Sdn. Bhd. merupakan
salah sebuah syarikat yang melibatkan pekerjaan dari segi pembinaan. Organisasi
ini mempunyai para pekerja seramai 80 orang.
Syarikat Azam Teknik Sdn. Bhd. telah mengamalkan kategori ataupun klasifikasi
komunikasi seperti yang telah diterangkan di atas. Kategori ataupun klasifikasi
komunikasi yang diamalkan oleh organisasi ini ialah komunikasi dari segi sifat
5

<KOD KURSUS>

yang melibatkan komunikasi secara lisan dan juga komunikasi secara bertulis.
Selain daripada itu juga, syarikat ini juga turut mengamalkan kategori ataupun
klasifikasi komunikasi dari segi kerasmiannya.
Bagi komunikasi secara lisan, seperti yang telah diketahui oleh umum, proses
komunikasi yang melibatkan ucapan ataupun kata-kata secara lisan dan juga
secara langsung daripada seorang individu kepada individu yang lain sama ada di
dalam kumpulan ataupun tidak. Tambahan pula, komunikasi secara lisan biasanya
dapat dilakukan pada keadaan individu yang berhadapan dengan individu yang
lain secara langsung. Sebagai contohnya, berkomunikasi dengan cara berhadapan
antara satu sama lain serta melalui alatan berteknologi seperti komputer yang
mempunyai aplikasi computer teleconference ataupun melalui CCTV iaitu
Closed Circuit Televisyen).
Oleh yang demikian, komunikasi secara lisan ini telah digunakan hampir 80%
dalam semua kegiatan yang berkaitan dengan manusia, baik kegiatan dalam
organisasi mahupun luar daripada organisasi tersebut samada dalam urusan rasmi
serta tidak rasmi. Hal ini menunjukkan bahawa komunikasi secara lisan
merupakan proses penting yang sering digunakan di dalam organisasi tersebut.
Secara amnya, kita memerlukan komunikasi yang baik, sempurna dan juga benar
bukan sahaja di dalam sesebuah organisasi malahan ia juga diperlukan di luar
organisasi. Tambahan pula, komunikasi yang baik akan dapat menyampaikan
sesebuah gagasan ataupun maklumat dengan tepat dan ia boleh menjadi dengan
lebih baik sekiranya seseorang itu dapat menerima gagasan serta maklumat yang
dibawa oleh orang lain. Walau bagaimanapun, proses komunikasi akn menjadi
lebih mudah, singkat, tepat serta mempunyai tujuan dengan menggunakan bahasa
yang mudah difahami agar keseluruhan proses komunikasi antara individu dengan
individu yang lain dapat berjalan dengan lebih lancar.
Sebagai contohnya, Syarikat Azam Teknik Sdn. Bhd.mempunyai seorang
pengarah urusan dalam organisasi tersebut. Pengarah urusan bagi syarikat ini telah
6

<KOD KURSUS>

menggunakan pendekatan berkomunikasi dengan baik melalui beberapa kaedah.


Sebagai contohnya, apabila beliau perlu menyampaikan sesuatu kepada para
pekerja di syarikat Azam Teknik Sdn. Bhd., maka secara kebiasaannya beliau
akan menjemput para pekerja syarikat beliau secara berdepan. Berdasarkan
keadaan seperti diatas ini telah menunjukkan penggunaan bahasa dan juga
perkataan yang baik serta mudah difahami supaya ianya dapat diterapkan dengan
lancar. Selain daripada itu juga, ia juga dapat membuat para pekerja di syarikat
Azam Teknik Sdn. Bhd. menerima segala apa yang telah diperkatakan oleh
pengarah urusan bagi organisasi ini dengan lebih mudah, baik dan lancar.
Tambahan pula, bagi pengarah urusan dan juga para pekerja di Syarikat Azam
Teknik Sdn. Bhd., sekiranya sesuatu hal ataupun perkara penting yang perlu
disampaikan tanpa perlu mengadakan perjumpaan secara berdepan, maka proses
komunikasi dijalankan melalui kaedah talian seperti penggunaan telefon. Oleh
yang demikian, dengan menggunakan pendekatan dan juga penggunaan ucapan
serta kata-kata yang baik turut memberikan kesan yang positif kepada sesiapa
yang dihubungi oleh mereka walaupun tidak berhadapan dengan individu tersebut.
Namun begitu, proses komunikasi juga akan menjadi lebih baik dan sempurna
dengan menggunakan ayat-ayat ataupun bahasa dengan berhati hati supaya tidak
menjejaskan hubungan yang telah sedia ada. Bagi komunikasi bertulis pula,
terdapat 4,000 bahasa di dunia ( Comrie, 1987 ). Walau bagaimanapun, hanya 5 %
bahasa sahaja yang mempunyai sistem tulisan yang asli. Secara umumnya,
komunikasi berteraskan kepada tulisan ini merupakan salah satu cara dalam
penyampaian maklumat oleh penyampai kepada penerima secara bertulis dengan
menggunakan laras dan juga ragam bahasa yang betul.
Tambahan pula, komunikasi bertulis akan menjadi bahan simpanan ataupun rekod
untuk dijadikan sebagai landasan serta bukti untuk sesuatu tindakan yang diambil
oleh seseorang individu itu dalam keadaan yang tertentu. Selain daripada itu,
komunikasi yang bercirikan tulisan ini juga berlaku dengan cara spontan ataupun
7

<KOD KURSUS>

dirancang serta ia juga melibatkan beberapa faktor yang lain seperti fakta, gaya,
laras, perolahan, dan juga bahasa. Oleh kerana itu, terdapat beberapa bentuk atau
jenis jenis teks komunikasi seperti surat rasmi, memo, emel, dan juga bahan
berilmiah.
Syarikat Azam Teknik Sdn. Bhd. telah mengambil beberapa pendekatan yang
disarankan melalui komunikasi dari segi tulisan untuk diamalkan dalam
organisasinya. Antara contohnya ialah, pengurus projek bagi syarikat Azam
Teknik Sdn. Bhd. akan mengeluarkan memo kepada semua tenaga kerja di tapak
bina berkaitan dengan kerja-kerja lebih masa ataupun dikenali sebagai overtime
yang akan dilakukan pada hari-hari yang tertentu.
Selain daripada komunikasi dari segi sifatnya iaitu komunikasi lisan dan juga
bertulis, syarikat Azam teknik Sdn. Bhd. turut mengamalkan komunikasi dari segi
kerasmiannya iaitu komunikasi rasmi (formal) dan komunikasi tidak rasmi
(informal). Sebagai contohnya, komunikasi rasmi adalah seperti komunikasi
yang terlah dipersetujui oleh syarikat Azam Teknik Sdn. Bhd. itu sendiri dan
kebanyakkannya berorientasikan kepentingan organisasi tersebut. Terdapat
beberapa kepentingan yang dititikberatkan dalam syarikat Azam Teknik Sdn. Bhd.
antaranya ialah cara bekerja di dalam organisasi, produktiviti dan bergai bagai
cara bekerja yang harus dilaksanakan di dalam organisasi tersebut seperti memo,
surat arahan, perjumpaan serta surat-surat rasmi.
Selain daripada itu, bagi proses komunikasi yang tidak rasmi dalam syarikat Azam
Teknik Sdn. Bhd. adalah merupakan komunikasi yang dipersetujui dalam
organisasi secara sosial. Objektif bagi komunikasi tidak rasmi ini lebih tertumpu
kepada para pekerja secara individu bukannya tertumpu kepada organisasi
tersebut. Sebagai contoh, di syarikat Azam Teknik Sdn. Bhd. proses komunikasi
secara tidak rasmi banyak digunakan serta dipratikkan dalam kehidupan seharian
para pekerja dalam syarikat ini. Hal ini kerana, komunikasi secara tidak rasmi
mempunyai kelebihan yang tersendiri dari segi untuk mengambarkan ataupun
8

<KOD KURSUS>

menyampaikan sesuatu arahan, pesanan ataupun berita secara langsung tanpa


perlu menunggu dalam tempoh masa yang lama.
Selain daripada itu juga, komunikasi secara tidak rasmi ini memudahkan proses
perbincangan ataupun jawapan secara timbul balik. Oleh yang demikian, sesuatu
perkara didapati dapat diselesaikan dengan cepat dan mudah dengan
menggunakan komunikasi secara tidak rasmi ini. Misalnya, perubahan yang
berlaku dari segi kedudukan sesuatu kerja di tempat kerja seperti tapak pembinaan
akan dapat diambil tindakan dengan segera oleh para pekerja yang berkaitan.
3.0

HURAIAN TENTANG FAEDAH KOMUNIKASI DALAMAN YANG


BERKESAN YANG DIPEROLEHI OLEH ORGANISASI
Secara umumnya, setiap organisasi tidak dapat lari daripada proses berkomunikasi
kerana keberkesanan proses komunikasi

ini akan melancarkan perjalanan

perancangan ke arah mencapai matlamat bagi sesebuah organisasi tersebut.


Tambahan pula, kesemua fungsi dalaman bagi proses pengurusan sudah
semestinya akan disaling kaitkan melalui proses komunikasi tersebut. Oleh itu,
terdapat banyak kepentingan mengenai keperluan proses komunikasi ini dalam
sesebuah organisasi tersebut.
Antara contoh kepentingan keperluan komunikasi dalam sesebuah organisasi
adalah dengan proses komunikasi ini, ia akan dapat membantu sesebuah
organisasi untuk mencapai objektif organisasi serta mempengaruhi setiap para
pekerja untuk mengubah kelakuan, minat dan juga kerjasama antara satu sama
lain demi untuk bekerja serta mencapai matlamat organisasi melalui kaedah
komunikasi lisan dan juga kaedah komunikasi bertulis.
Seterusnya, melalui proses komunikasi ini juga, sesebuah organisasi akan dapat
memperolehi banyak maklumat yang diperlukan. Antara maklumatnya ialah
pengetahuan dalam bidang teknologi, latihan kerja, kewangan dan sebagainya.
9

<KOD KURSUS>

Hal ini bertujuan untuk meningkatkan lagi usaha dalam menyusun strategi kearah
bagaimana sesebuah organisasi tersebut hendak berfungsi secara cekap, lancar dan
juga berkesan.
Kepentingan proses berkomunikasi yang ketiga menunjukkan bahawa proses
komunikasi juga berupaya untuk mengawal tingkah laku setiap ahli melalui
pelbagai cara seperti memo, senarai tugas, surat pekeliling dan sebagainya. Selain
daripada itu juga, komunikasi ini juga turut memainkan peranan dari segi
perkembangan dan juga pertumbuhan dorongan dengan menjelaskan kepada para
pekerja dalam sesebuah organisasi terhadap tindakan yang perlu diambil dan
dilakukan. Tambahan pula, proses komunikasi ini juga dapat membantu dalam
meningkatkan prestasi para pekerja yang mesti ditunjukkan oleh setiap individu
dan mengambil berat dalam langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi setiap
individu dalam organisasi tersebut.
Kepentingan proses komunikasi ini juga turut menunjukkan bahawa tidak kira
sama ada komunikasi secara rasmi ataupun tidak rasmi, semua aktiviti kerja
memerlukan jalinan interaksi antara satu sama lain. Hal ini menunjukkan bahawa
proses komunikasi antara setiap pekerja dalam sesebuah organisasi sangat penting
dalam menjalankan tugas pekerja masing-masing supaya mereka bersama-sama
dapat menuju kearah pencapaian satu matlamat.
Kemudiannya, dalam proses membuat keputusan, proses komunikasi yang berlaku
melibatkan situasi mesyuarat dan perbincangan adalah salah satu cara yang perlu
dilakukan dalam sesebuah organisasi. Sebagai contohnya, segala alternatif yang
telah dipersetujui dalam mesyuarat dan juga perbincangan akan disebarkan
kepada seluruh para pekerja dalam organisasi tersebut. Hal ini menunjukkan
bahawa keadaan seperti ini sudah semestinya ia melibatkan proses komunikasi
dalam sesebuah organisasi.

10

<KOD KURSUS>

Bagi kepentingan berkomunikasi dalam sesebuah organisasi yang seterusnya


ialah, segala tujuan bimbingan, latihan dan pembaikan, seorang pengurus bagi
sesebuah organisasi tersebut perlulah menjalankan penilaian dari segi prestasi ke
atas mutu serta gaya kerja yang dilakukan oleh para pekerjanya. Walau
bagaimanapun, keduadua pihak perlulah mengetahui kesemua maklumat ini
demi kebaikan dan kepentingan bersama antara sesama individu dalam sesebuah
organisasi tersebut. Tambahan pula, hal ini hanya boleh dilakukan melalui proses
komunikasi agar sesuatu hasrat dan juga tujuan dapat dicapai bersama.
4.0

HURAIAN TENTANG BEBERAPA MASALAH ATAU CABARAN YANG


DIHADAPI OLEH ORGANISASI.
Secara amnya, setiap organisasi sama ada organisasi kecil ataupun besar, ia telah
menjadi kebiasaan dalam menghadapi beberapa masalah dan juga cabaran.
Tambahan pula, masalah serta cabaran yang dihadapi dalam organisasi itu boleh
dianggap sebagai pembunuh senyap. Hal ini menunjukkan bahawa punca-punca
berlakunya masalah serta cabaran komunikasi ini mungkin kerana kekurangan dan
kelemahan dari segi kepimpinan dan kemahiran berkomunikasi antara individu.
Tamabahan pula, gaya kepimpinan yang lemah dan juga ortodoks juga boleh
menghalang proses komunikasi untuk menjadi lebih terbuka.
Selain daripada itu juga, kelemahan dari segi kemahiran interpersonal juga
merupakan salah satu faktor yang menjadi masalah serta cabaran kepada
kedinamikan dalam sesebuah organisasi. Walau bagaimanapun, menurut beberapa
kajian yang telah dilakukan oleh pakar-pakar daripada sektor pembangunan
organisasi, terdapat beberapa langkah bagi meningkatkan proses komunikasi
untuk bersifat lebih keterbukaan.
Secara umumnya, segala masalah dan juga cabaran yang berkaitan dengan proses
komunikasi yang berlaku di dalam organisasi apabila seseorang itu memegang
jawatan yang lebih tinggi dan berkemungkinan besar wujudnya masalah dan
11

<KOD KURSUS>

cabaran komunikasi. Sebagai contohnya, faktor pengkhususan tugas berdasarkan


kepakaran akan mendatangkan kesukaran. Hal ini kerana, seseorang yang pakar
dalam sesuatu bidang akan menghadapi masalah komunikasi daripada pakar
dalam bidang yang berlainan kerana mereka tidak memerlukan antara satu sama
lain. Sebagai contohnya, di syarikat Azam Teknik Sdn. Bhd., jabatan teknikal bagi
syarikat ini sukar berkomunikasi dengan jabatan bahagian kewangan. Hal ini
kerana, kedua-dua jabatan ini berbeza dan tidak bergantung antara satu sama lain.
Selain daripada itu juga, faktor persekitaran juga merupakan salah satu masalah
dan juga cabaran yang menyebabkan komunikasi sukar untuk dilakukan dalam
kawasan yang bising. Hal ini kerana, ia akan menganggu penyampai dan
penerima semasa berlakunya proses komunikasi. Di syarikat Azam Teknik Sdn.
Bhd., masalah ini berlaku di tapak pembinaan , dimana kerja-kerja sedang
berjalan. Tambahan pula,ia akan memberi gangguan seperti bunyi bising yang
berpunca daripada jentera yang sedang beroperasi.
Selain daripada itu juga, dengan penggunaan bahasa yang berlainan diantara satu
individu dengan individu yang lain juga boleh menjadi halangan dalam proses
komunikasi. Hal ini sering berlaku di dalam syarikat Azam Teknik Sdn. Bhd.
terutamanya apabila ia melibatkan pekerja asing dari negara Bangladesh.
Walau bagaimanapun, segala masalah dan cabaran dalam proses komunikasi
mempunyai jalan penyelesaiannya yang tersendiri. Terdapat beberapa cadangan
yang boleh diambil untuk mengatasi masalah komunikasi yang melanda dalam
sesebuah

organisasi

tersebut.

Cadangan

yang

pertama

ialah,

dengan

memperbanyakkan jalinan interaksi antara pihak pengurusan dengan kakitangan


bawahan. Pada waktu yang sama juga, kurangkan penggunaan memo apabila
pihak atasan ingin memberikan sesuatu tugasan ataupun arahan kepada orang
bawahannya.

12

<KOD KURSUS>

Seterusnya, semua para pekerja tidak kira pihak atasan ataupun kakitangan
bawahan, mereka perlulah memulakan proses komunikasi antara satu sama lain
dengan bertanyakan khabar, mengambil tahu hal serta mengambil berat mengenai
hal

para

pekerja

dalam

organisasi

tersebut.

Tujuannya

adalah

untuk

mengurangkan tembok pemisahan yang wujud antara satu sama lain.


Cadangan lain yang boleh diambil kira ialah dengan banyak meluangkan masa
sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan untuk berbincang dengan kakitangan
syarikat berkaitan dengan masalah yang dihadapi di pejabat, prestasi para pekerja
serta penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk perancangan akan datang. Ia
juga amat digalakkan untuk memberi ruang kepada para pekerja di organisasi
tersebut untuk meluahkan masalah, kritikan serta pendapat dengan terbuka.
5.0

KESIMPULAN
Peranan komunikasi dalam organisasi sangat penting. Tiada seorang pun dalam
kehidupan seharian tidak berkomunikasi terutamanya di dalam alam pekerjaan.
Kebaikan komunikasi bergantung kepada keadaan dan kelakuan para pekerja.
Oleh kerana itu, proses komunikasi adalah merupakan sebahagian daripada aspek
asas psikologi yang penting kerana ia mempunyai hubungan rapat dengan
perlakuan individu dalam organisasi. Selain daripada itu, ia juga amat penting
dalam organisasi untuk melihat proses-prose tersebut yang bersesuaian untuk
diberikan perhatian bagi meningkatkan kepuasan serta prestasi kerja dan tahap
komitmen para pekerja kepada organisasi agar matlamat yang dikehendaki oleh
organisasi akan tercapai.

13

<KOD KURSUS>

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI
Nama Pengarang, (tahun), Tajuk Buku, Penerbitan

14