Anda di halaman 1dari 4

HEROTAN DALAM KIMPALAN

Tindakbalas atau kesan suhu terhadap logam ialah :

pengembangan semasa dipanaskan


pengecutan semasa disejukkan

Keadaan ini berlaku pada tiga arah logam :

panjang
lebar
tebal

Apabila logam dipanaskan perubahan tersebut akan berlaku :

saiz logam mungkin mengembang


Keadaan fizikal logam mungkin berubah
Kandungan kimianya mungkin berubah
Sifat elektriknya mungkin berubah
Suhu logam naik dan logam berubah warna

Angkali mengembang bagi tiap-tiap logam berbeza. Sebagai contoh; angkali mengembang keluli kalis karat
ialah 60% lebih tinggi daripada keluli lembut.
Satu daripada kesukraan yang paling besar dalam kimpalan ialah untuk mengawal pengembangan dan
pengecuitan yang disebabkan oleh perbezaan suhu pada bahagian yang berlainan pada logam yang
dikimpal.
Terdapat 3 jenis herotan :
1.
2.
3.

Herotan sudut
Herotan membujur atau memanjang
Herotan melintang

Ketiga-tiga herotan ini jika jelas kelihatan tidak diterima secara visual kerana tidak memenuhi kehendak
dimensi dan rupa bentuk yang ditetapkan.

Herotan Sudut

Herotan membujur/memanjang

Herotan melintang

SEBAB-SEBAB BERLAKU HEROTAN


1.

Haba Masukan/Input
Jika sekeping logam yang bentuk dan dimensinya telah ditetapkan dipanaskan seragam pada suhu
bilik dan mempunyai kebebasan untuk bergerak ke semua arah, ia akan kembali semula ke bentuk
asalnya jika logam tersebut dibenarkan sejuk secara seragam pada suhu bilik juga.
Di dalam kerja kimpalan, kepanasan tidak seragam dan semasa penyejukan, pengecutan akan
berlaku dan menghasilkan tegasan pada kumai, sambungan kimpalan dan keseluruhan kerja
fabrikasi. Tegasan ini akan mencari kelegaan dalambentuk herotan dan bentuk serta dimensi logam
akan berubah apabila ia sejuk.

2.

Halangan
Halangan yang dikenakan pada bahagian yang dikimpal akan menpengaruhi magnitud tegasan dan
herotan. Halangan adalah untuk mengawal pergerakan bahagian semasa mengimpal untuk
mengimnbangi kekukuhan yang sedia terwujud dalam logam kerja fabrikasi.

3.

Tegasan terwujud di dalam logam


Tegasan terwujud biasanya terdapat di dalam komponen sesuatu struktur sebelum membuat
sesuatu kerja fabrikasi. Ia disebabkan oleh pengembangan, pembetukan, pemotongan,
pembengkokan dan pemotongan gas.
Haba yang dikenakan semasa mengimpal akan cuba melegakan tegasan dan herotan akan terjadi.
Tegasan akan bertindakbalas menentang herotan untuk mengurangkan kesannya tetapi kadangkala
ia boleh menyebabkan kesan yang lebih teruk.

4.

Ciri atau sifat logam asas


Tiap logam mempunyai angakali pegembangan yang berlainan. Herotan tidak akan berlaku jika
logam mempunyai angkali sifar. Sebagai contoh; keluli kalis karat mengherot lebih mudah
daripada keluli lembut kerana ia mempunyai angkali yang lebih tinggi.

CARA MENGAWAL ATAU MENGURANGKAN HEROTAN


1.

Praset

2.

Kaedah imbang lawan

3.

Kaedah langkah/langkau belakang

4.

Menggunakan jig dan lekapan

KAEDAH MEMBETULKAN HEROTAN


1.

Pembetulaan secara mekanikal

Rajah : Pembetulan mekanikal

2.

Rawatan pemanasan setempat

Rajah : Rawatan pemanasan setempat