Anda di halaman 1dari 3

FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

Dibahagikan kpd 2 aliran:


1. Tradisional

Perenialisme
Essensialisme

2. Moden

Progressivisme
Rekonstruktivisme
Eksistentialisme

Tradisional
A. Perenialisme
Konsep : ciri-ciri asas semulajadi manusia berbentuk sejagat dan tidak berubah.
Matlamat pendidikan : untuk mengajar pengetahuan dan nilai sejagat, abadi atau
dan tidak mempunyai had masa.
Tumpuan :
a. Jenis kurikulum : bidang kemanusiaan dan kesusasteraan - mengandungi sifat ketelusan
yang kukuh mengenai fitrah manusia. Mata pelajaran yang disyorkan - bahasa, sastera,
matematik, seni dan sains.
b. Peranan guru : menyampaikan ilmu, membimbing perbincangan kumpulan, mendisiplinkan
murid.
c. Kaedah mengajar : didaktik.
d. Peranan murid : berusaha memperoleh ilmu mengikut kemampuan masing-masing.

B. Esensialisme
Konsep : menumpukan kepada perkara-perkara asas yang perlu diketahui
seseorang individu agar menjadi ahli masyarakat yang produktif. Bersifat praktikal dan
pragmatik.
Matlamat pendidikan : pengajaran maklumat berbentuk fakta yang perlu dipelajari,
dihayati dan disimpan oleh murid serta penghayatan budaya.
Tumpuan :
a. Jenis kurikulum : Kemahiran asas - 3M. Mata pelajaran wajib - sains, sejarah, seni, muzik.
b. Peranan guru : Berwibawa dalam p&p. kawal bilik darjah. role model kepada anak murid.
c. Kaedah pengajaran : didaktik.
d. Peranan murid : rajin belajar, menumpukan perhatian dan usaha kepada ajaran guru.

Moden
A. Progresivisme

Konsep : Ilmu sesuatu yang bersifat relatif dan tentatif bagi menerangkan realiti masa
kini.
Matlamat Pendidikan : untuk menyediakan golongan murid agar berupaya
mengakomodasi sebarang perubahan yang berlaku dalam kehidupan seharian
mereka.
Tumpuan :

a. Jenis kurikulum : Kebebasan untuk memilih mata pelajaran yang diminati agar
pembelajaran lebih berkesan dan kebolehan serta potensi murid dapat dimaksimakan.
b. Peranan guru : Pembimbing dan membantu anak murid. Pengurus pengajaran.
c. Kaedah mengajar : pendekatan induktif . Kaedah mengajar yang disyorkan.
- pengajaran kemahiran menyelesaikan masalah menggunakan pendekatan induktif dan
berpandukan kaedah saintifik.
- kerja makmal dan eksperimen.
- pengalaman langsung dengan persekitaran.
d. Peranan murid : Mencari keterangan masing-masing bagi menjelaskan fenomena yang
diberi oleh guru.

B. Rekonstruktivisme

Konsep : Sekolah merupakan landasan untuk membentuk masyarakat baru.


Matlamat Pendidikan : mengasaskan corak budaya baru serta menghapuskan
penyakit sosial.
Tumpuan

a. Jenis kurikulum : Bidang sains sosial.


b. Peranan guru : Agen perubahan dan pembaharuan.
c. Kaedah mengajar : Kaedah berpusatkan murid.
d. Peranan murid : mengambil bahagian yang aktif dan berani mencuba.

C. Eksistensialisme
Konsep : Individu bertanggungjawab terhadap diri sendiri.
Matlamat Pendidikan : Matlamat pendidikan tidak digariskan kerana sistem sekolah
atau guru tidak mempunyai hak utk menekankan sesuatu matlamat pendidikan ke atas
murid-murid.
Tumpuan

a. Jenis kurikulum : tiada mata pelajaran khusus. Mata pelajaran estetika dan berfalsafah
seperti seni,kesusasteraan dan drama difikirkan relevan.
b. Peranan guru : pemangkin yang menyediakan peluang pendidikan bagi murid
meluahkan perasaan dan emosi.
c. Kaedah mengajar : berpusatkan aktiviti dan murid.
d. Peranan murid : melibatkan diri secara aktif.