Anda di halaman 1dari 23

PETUNJUK

HARI RAYA NABI


Berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah As-Sahihah

Susunan :

Dr. Fathul Bari bin Mat Jahya


PENDAHULUAN





Hari raya bakal menjelma, ramadhan kan pergi meninggalkan kita. Entah masih
berpeluang menemuinya atau tidak, itu urusan Allah S.W.T. Harapan yang menggunung ini, kita
gandingkan dengan doa agar bertemu kembali bulan yang mulia. Amin.
Kesempurnaan yang dicari, bukan kemudahan atau perselisihan. Atas dasar ini,
mencontohi Muhammad , sudah pasti dapat merealisasikan impian kesempurnaan yang dicita.
Kerana Baginda adalah makhluk ciptaan Allah yang paling sempurna. Kalau dahulu kita jadikan
manusia selain Rasulullah yang serba kekurangan, sebagai idola, apa kata, kini kita jadikan
Baginda , sebagai rujukan utama. Tiada apa yang merugikan, sebaliknya ganjaran menanti para
pengibar bendera sunnah Rasulullah , yang kian malap dek zaman fitnah. Jadikan matlamat ini
sebagai satu contoh yang baik buat manusia sejagat. Nabi , bersabda :

]


Maksudnya : (Barang sesiapa melakukan satu jalan (contoh) dalam Islam yang baik, maka dia
akan mendapat ganjaran serta baginya ganjaran orang yang mencontohi kebaikan itu selepas
darinya tanpa dikurangkan ganjaran tersebut walau sedikit, dan barang sesiapa melakukan satu
jalan (contoh) yang keji, dia akan mendapat dosa serta baginya dosa orang yang mencontohi
perbuata keji itu selepas darinya.) [riwayat Muslim, no: 1017]
Pelbagai ragam dan gelagat manusia menyambut ramadhan begitu juga syawal. Sebagai
kesinambungan kepada risalah lalu yang membicarakan tentang petunjuk puasa Nabi ,
penyusun meneruskan "Silsilah Hadyun Nabi ," dengan "Petunjuk Hari Raya Nabi ,". Samasama kita menelusuri sirah insan termulia Rasulullah ,, dalam menyambut hari raya 'Idul Fitri
dan 'Idul Adha.
Sebenarnya risalah ini adalah hasil terjemahan, ringkasan dan olahan semula tulisan guru
penyusun al-Syeikh Ali Hasan Al-Halabi Al-Atsari yang bertajuk Hukum hakam Dua Hari
Raya Menurut Sunnah/ (, Percetakan ke-3, Dar Ibn Hazm, tahun
1423H/2002M.
Penyusun,
Abu Islam Dr Fathul Bari bin Mat Jahya
drfathulbari@gmail.com

1. MAKNA EID )(
(dari sudut bahasa membawa erti setiap hari yang ada padanya perhimpunan. Kata akarnya :
(yang bermaksud kembali, kerana mereka seolah-olah sering kembali kepadanya.
Ada pula yang berpendapat bahawa kata akarnya diambil dari : (yang bererti ; adat atau
kebiasaan.
Jama'nya adalah : (. Apabila disebut (
, bererti ; Orang-orang islam menyambut hari
raya (mereka.
Ibnu al-A'rabi (w.543H) telah berkata : Dinamakan (dengan nama ini kerana setiap tahun ia
akan kembali dengan membawa kegembiraan yang baru.1

Berkata Al-'Allamah Ibnu 'Abidin (w.1252H): "Dinamakan dengan nama (kerana segala
kebaikan pada hari itu adalah milik Allah, yakni segala jenis kebaikan yang kembali ke atas
hamba-hamba-Nya dalam setiap hari, antaranya ; dibolehkan berbuka (makan dan minum)
setelah dilarang, bersedekah Fitri (zakat), sempurnanya perlaksanaan ibadah haji dengan tawaf,
daging-daging korban dan lain-lain. Juga kerana pada hari itu, dipenuhi dengan kebahagiaan,
kegembiraan, kesenangan dan nikmat".2
2. RAHMAT ALLAH BAGI UMAT MUHAMMAD DENGAN DUA HARI RAYA

Dari Anas bin Malik , telah berkata :


]


"


Maksudnya : (Rasulullah datang ke Madinah yang mana penduduknya memiliki dua hari yang
mereka bergembira dengan keduanya. Maka Nabi bertanya : Apakah dua hari ini ? Mereka
menjawab, kami telah bergembira dengan keduanya di masa jahiliyyah. Maka Rasulullah
bersabda : Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik dari
keduanya ; hari raya korban dan hari raya fitri.). [riwayat Abu Daud, no: 1134]
Berdasarkan hadis ini, Sheikh Ahmad Abdurrahman Al-Banna telah berkata : "Kemuliaan hari
ini adalah kerana keduanya telah ditetapkan oleh Allah, juga merupakan pilihan Allah untuk
makhluk-Nya, dan keduanya datang setelah menunaikan dua rukun Islam yang agung iaitu puasa
dan haji. Pada kedua hari tersebut Allah mengampunkan orang-orang yang mengerjakan ibadah
haji dan orang-orang yang berpuasa, serta melimpahkan rahmat bagi semua makluk-Nya.
Adapun perayaan Nairuz dan Mahrajan, keduanya merupakan pilihan pembesar pada zaman
tersebut, dan keduanya ditentukan dengan kesesuaian zaman, kehendak dan lain-lain di mana
keistimewaanya pasti pudar dengan peredaran zaman. Maka perbezaan antara 'Idul Fitri, 'Idul
Adha dan Nairuz serta Mahrajan adalah sangat jelas bagi sesiapa yang mengamatinya".3
1

Lihat Lisanul 'Arab : 3/319


Lihat Hasyiah Ibnu 'Abidin : 2/165
3
Lihat Fathurrabbani : 6/119
2

3. TIDAK DIBENARKAN BERPUASA DI KEDUA HARI RAYA

Diriwayatkan dari Abu Sa'id Al-Khudri :


[
]



Maksudnya : (Sesunguhnya Nabi melarang dari berpuasa pada dua hari ; hari 'idul fitri dan
'idul adha.) [riwayat Al-Bukhari, no: 1889, Muslim, no: 1137]
* Telah berkata al-Imam al-Nawawi (w.676H) : "Ulama telah ijma' dalam mengharamkan
berpuasa pada kedua hari raya dalam apa jua keadaan"1
4. MANDI SEBELUM KELUAR KE MUSHOLLA

Diriwayatkan dari Nafi' :

[
]

Maksudnya : (Sesungguhnya Abdullah ibnu Umar mandi terlebih dahulu sebelumkeluar
menuju ke musolla). [riwayat Abdurrazzaq, no: 5754]

Telah ditanya Ali bin Abi Talib tentang mandi, beliau berkata :

[
]


Maksudnya : (Hari Jumaat, hari Arafah, Hari raya korban, hari raya fitri.) [riwayat al-Syafie,
no: 114]

Telah berkata Sa'id bin Al-Musayyib 2 :

]

[
Maksudnya : (Sunnah hari 'Idul Fitri ada 3 : Berjalan ke musholla, makan sebelum keluar, dan
mandi.) [riwayat Sahnun di dalam al-Mudawwanah, 1/171]
Berkata al-Sheikh Ali Hasan Al-Halabi : "Kemungkinan yang dimaksudkan oleh Sa'id bin AlMusayyib adalah sunnah para sahabat, iaitu ; jalan atau contoh dari mereka, kerana perbuatan
ini tidak sahih dari Nabi ".
* Cuma perlu diingatkan bahawa "tidak sahih dari Nabi " seperti yang disebut di atas adalah
dari segi kedudukan sanad hadis tersebut.3
1

Lihat Al-Minhaj Fi Syarhi Sahih Muslim bin Hajjaj oleh Annawawi : 8/15
Lihat Irwa' Al-Ghalil Fi Takhrij Ahadis Manarussabil oleh al-Albani: 3/104
3
Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah : 1315, kerana pada sanadnya terdapat seorang perawi yang bernama Jubarah bin AlMughollas serta gurunya Hajjaj bin Tamim. Kedua-duanya dinilai (oleh Ibnu Hajar di dalam Taqrib Attahzib. Lihat Taqrib Attahzib, no :
898, 1128. Ibnu Majah juga meriwayatkan dari jalan yang lain : 1316. Tetapi padanya ada Yusuf bin Khalid Assamti yang mana telah dihukum
oleh Yahya bin Ma'in sebagai pembohong. Lihat Taqrib Attahzib, no : 7918. Wallahu'alam.
2

- Berkata Ibnu Qudamah (w.620H) : "Disunatkan bersuci dengan mandi pada hari raya,
sesungguhnya Ibnu Umar mandi pada 'Idul Fitri, dan diriwayatkan perbuatan tersebut dari Ali
. Yang demikian itu telah disebut oleh 'Alqamah, 'Urwah, 'Atha, Al-Nakhai'e, Qatadah, Abu
Zinad, Malik, Al-Syafi'e, Ibnu al-Mundzir".1
* Kesimpulannya, dianjurkan kita pada pagi hari 'Idul Fitri dan 'Idul Adha bersuci serta mandi,
sebagai menyambut ketibaan hari mulia. Jangan kita lupa, walaupun perbuatan ini tidak thabit
dari Nabi , tetapi ianya dilakukan oleh para sahabat Nabi khususnya Ibnu Umar yang
mana beliau adalah sahabat yang paling bersungguh-sungguh dalam mengikut sunnah Baginda
.
Adapun amalan yang dinamakan "Mandi sunat 'Idul Fitri" beserta doa-doa tertentu sepertimana
yang dilakukan oleh sebahagian manusia, tidak dapat dipastikan sumbernya. Wallahu'alam.
5. MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN WANGIAN
a. Memakai pakaian cantik2

Diriwayatkan dari Umar Al-Khattab , beliau membawa jubah dari sutera kepada Nabi
, lalu beliau berkata :




]


[


Maksudnya : (Wahai Rasulullah , ambillah ini dan berhias-hiaslah dengannya pada kedua hari
raya dan untuk menyambut kedatangan perutusan. Maka Rasulullah berkata : Sesungguhnya
pakaian ini (sutera) adalah untuk orang-orang yang tiada akhlak padanya). [riwayat AlBukhari, no: 886, Muslim, no: 2068]
- Telah berkata Al-'Allamah Assindi (w.1138H): "Daripada hadis ini, dapat diketahui bahawa,
berhias-hias pada hari raya adalah merupakan adat yang sememangnya diamalkan di kalangan
mereka, dan Nabi tidak mengingkarinya (iaitu anjuran Umar supaya berhias-hias di hari
raya, Cuma, apa yang diingkari Baginda adalah pakaian sutera bagi lelaki)". 3

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas :


]
[

Maksudnya : (Rasulullah telah memakai pada hari raya burdah (kain menutupi badan) yang
berwarna merah4). [riwayat al-Thabrani dalam Mu'jam Al-Aushath, no: 7609]5

Diriwayatkan dari Ibnu Umar 6 :

Lihat Al-Mughni : 2/370


Pakaian yang cantik itu mestilah menepati ciri-ciri serta dhowabith yang telah digariskan oleh islam samada lelaki ataupun wanita.
3
Lihat Hasyiah Sindi 'Ala Annasai' : 3/181
4
Maksud "merah" di sini adalah warna merah yang bercampur dengan warna lain. Lihat kalam Ibnul Qayyim dalam Zadul Ma'ad : 1/441
5
Sanadnya baik. Lihat Silsilah Al-Ahadis Assahihah : no 1279.
6
Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata: Sanadnya Sahih. Lihat Fathul Bari : 2/439
2


]

[
Maksudnya : (Sesungguhnya beliau telah memakai pakaian yang paling baik di kedua hari
raya). [riwayat Al-Baihaqi, no: 5938]
b. Memakai wangian
Tidak ada hadis yang sahih dari Nabi tentang anjuran memakai wangian di kedua hari
raya. Tetapi di sana terdapat athar dari sahabat Baginda , antaranya :

Diriwayat dari Ibnu Umar :

]
[
Maksudnya : (Sesungguhnya beliau memakai wangian pada hari raya fitri.)1
- Al-Imam Malik (w.179H) berkata: "Aku telah mendengar ahli ilmu mengharuskan memakai
wangian dan berhias di setiap kali hari raya".2
* Secara umumnya, kita dianjurkan memakai wangian di pada kedua hari raya sepertimana
disunnahkan kepada kita memakainya pada hari jumaat. Kerana hari raya dan hari jumaat
mempunyai satu persamaan dari segi maknanya iaitu hari berkumpulnya manusia.
Adapun wanita-wanita, mereka diharamkan memakai wangi-wangian yang boleh dihidu
oleh para lelaki yang bukan mahram.

Sabda Nabi :

]

[
Maksudnya : (Apabila seorang wanita memakai wangian, kemudian dia melalui sesuatu kaum
agar mereka mencium wanginya, maka dia seperti itu dan seperti itu (penzina).) [riwayat Abu
Daud, no: 4173]3

Sabda Baginda lagi :

[

]


Maksudnya : (Setiap mata itu berzina, dan apabila wanita memaka wangi-wangian kemudian
lalu di majlis (yang ada padanya lelaki yang bukan mahram), maka dia begini dan begitu. Iaitu
penzina.) [riwayat Al-Tirmidzi, no: 2937]4
6. MAKAN SEBELUM KELUAR KE MUSHOLLA
1

Sanadnya Sahih . Lihat Ahkamul 'Aidain oleh Al-Faryabi : ms 83


Lihat Ahkamul 'Aidain oleh Hisyam Ali Barghash : mks 17
3
Dinilai Hasan oleh Al-Albani dalam ta'liq beliau terhadap Sunan Abu Daud.
4
Dinilai Sahih oleh Al-Albani. Lihat Sahih sunan Al-Tirmidzi : no 2237.
2

Dari Anas , telah berkata :


]
[



Maksudnya : (Sesungguhnya Rasulullah tidak akan keluar ke mushollah sehinggga beliau
memakan beberapa biji tamar.) [riwayat Al-Bukhari, no: 953]
Telah berkata al-Imam Al-Muhallab : "Hikmah makan sebelum solat ('Idul Fitri) adalah supaya
manusia tidak menyangka bahawa wajib berpuasa sehingga selesai solat 'Id, dan seolah-olah
Nabi ingin menghalang dari berlakunya perkara sebegini "( .1

Dari Buraidah , telah berkata :

]

[

Maksudnya : (Sesungguhnya Nabi tidak keluar pada hari raya Fitri kecuali selepas Baginda
makan, Baginda tidak makan pagi hari raya korban melainkan sehingga selesai solat.)
[riwayat al-Tirmidzi, no: 542]2
Telah berkata al-Imam Al-Syaukani3 : "Hikmah melewatkan makan pada hari 'Idul Adha kerana
pada hari tersebut disyariatkan berkorban dan memakan sebahagian dari haiwan korban"
7. KELUAR MENUJU KE MUSHOLLA (Tanah Lapang)

Dari Abu Sa'id Al-Khudri , telah berkata :

] ...
[




Maksudnya : (Sesungguhnya Rasulullah keluar pada hari Fitri dan Adha menuju ke musholla
(tanah lapang), dan perkara yang dimulai oleh Baginda adalah solat.) [riwayat AlBukhari no: 913, Muslim, no: 889]
Telah berkata Al-'Allamah Ibnul Hajj Al-Maliki : "Sunnah yang telah lalu dalam perlaksanaan
solat 'Idul Fitri dan Adha adalah di musholla (tanah lapang), kerana Nabi telah bersabda :


[
]

Maksudnya : (Satu solat di masjidku ini (masjid Annabawi) adalah lebih baik dari seribu solat di
masjid-masjid lain kecuali masjid Al-Haram.) [riwayat Al-Bukhari, no : 1190. Muslim, no:
1394]
Walau dengan fadhilat yang begitu besar ini, Nabi tetap keluar meninggalkan masjid Baginda
dan bersolat di musholla (tanah lapang)".4
1

Lihat Fathul Bari : 2/447


Sanadnya dinilai Hasan oleh Syeikh Ali Hasan. Lihat Ahkamul 'Aidain : mks 32
3
Lihat Nailul Author : 3/357, Al-Mughni : 2/371
4
Lihat Al-Madkhal : 2/283
2

Kesimpulannya, sunnah mendirikan solat 'id di tanah lapang. Tetapi sekiranya tidak dapat
bersolat di tanah lapang kerana sakit, atau kerana perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan,
maka dibenarkan bersolat dimasjid. Tidak ada dosa baginya, insyaAllah.1
* Hikmah bersolat di tanah lapang :
- Ianya merupakan sunnah Rasulullah dan para sahabat
- Untuk mengumpulkan umat Islam di satu tempat
- Menzahirkan syiar Islam
- Menggambarkan kecintaan Islam kepada perpaduan
- Melambangkan kesatuan umat Islam
Adapun apa yang dilihat serata dunia, musholla diperbanyakkan tanpa sebarang hajat dan
keperluan. Secara tidak langsung, hadaf untuk menyatukan umat muslimin sukar untuk digapai.
Bahkan ada sesetengah pihak yang sanggup bersolat di musholla yang jaraknya terlalu hampir
dengan musolla lain semata-mata kerana berbeza pandangan politik. .Fikirkan!
8. ANJURAN WANITA KE MUSHOLLA 2 (Tanah lapang)

Diriwayatkan dari Ummu 'Athiyyah radhiallahu 'anha, Rasulullah bersabda: :

- [

]

Maksudnya : (Hendaknya al-'awatiq (wanita-wanita yang sudah baligh) dan dzawatil khudur
(wanita-wanita perawan yang belum menikah dan selalu menutup diri) serta wanita-wanita yang
sedang haid keluar (untuk pergi ke musolla) dan menyaksikan kebaikan dan doanya orangorang beriman dan para wanita yang haid hendaknya menjauhi musolla) [riwayat Al-Bukhari
no: 971, Muslim, no: 890]
9. ADAB PERGI DAN PULANG DARI MUSHOLLA
a. Berjalan kaki

Dari Ali bin Abi Talib , telah berkata :


]
[

Maksudnya : (Adalah daripada sunnah ; kamu keluar pada hari 'id berjalan kaki.) [riwayat AlTirmidzi, no: 530, Ibnu Majah, no: 161]3
b. Mengambil jalan yang berlainan ketika pergi dan pulang

Dari Jabir bin Abdullah , telah berkata :

Lihat Al-Mughni : 2/229-230


Perlu diingatkan, perintah keluar dari rumah bukan beerti bebas berpakaian apa sahaja. Sebaliknya perlu menepati ciri-ciri pakaian yang telah
digariskan oleh syariat.
3
Dinilai Hasan oleh Syeikh Al-Albani. Lihat Sahih Sunan Ibnu Majah : no 1070
2


]
[


Maksudnya : (Nabi apabila hari 'id, Baginda mengambil jalan yang berlainan (ketika pergi
dan pulang).) [riwayat Al-Bukhari, no: 986]
* Antara hikmahnya1 :
-

Untuk memberi salam kepada sesiapa yang ditemui di kedua jalan.


Untuk membantu orang yang berhajat kepada bantuan Baginda .
Untuk menzahirkan syiar Islam

Al-Imam Al-Nawawi (w.676H) setelah mendatangkan pendapat-pendapat tentang hikmah


memilih jalan yang berlainan, beliau berkata : "Walaupun kita tidak mengetahui sebab (kenapa
Nabi melakukan sedemikian), kita tetap disunnahkan melakukannya secara pasti,
Wallahua'lam".2
c. Bertakbir sambil berjalan ke musholla

Dari Al-Zuhri, beliau meriwayatkan :


[








]
Maksudnya: (Sesungguhnya Rasulullah apabila keluar pada hari raya Fitri, Baginda
bertakbir sehingga tiba di musolla (tanah lapang) dan sehingga menunaikan solat. Apabila telah
selesai bersolat, Baginda menghentikan takbir.) [riwayat Ibnu Abi Syaibah, no: 5621]3
10. TAKBIR HARI RAYA
a. Anjuran bertakbir di kedua hari raya
'Idul Fitri

Allah berfirman :



Maksudnya: (Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangannya. Dan hendaklah kamu
mengagungkan Allah di atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, agar kamu bersyukur.)
[surah Al-Baqarah: 185]
'Idul Adha
1
2

Lihat Zaadul Ma'ad : 1/449


Lihat Raudhotu Attholibin : 2/77

Sanadnya sahih tetapi mursal kerana Azzuhri adalah tabi'in, tetapi beliau meriwayatkan hadis ini secara langsung dari Nabi . Hadis mursal
adalah hadis yang dhaif (lemah) menurut kesepakatan Ulama-ulama hadis. Akan tetapi, hadis ini telah disokong oleh hadis lain, menyebabkan
statusnya telah meningkat . Iaitu hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar dengan cara marfu'. Imam Al-Baihaqi yang meriwayatkan hadis ini,
berkata : "Hadis ini sahih bagiku samada marfu' atau mauquf". Sunan Al-Kubro : 3/279. Lihat perbahasan lanjut dalam Silsilah Ahadis Sahihah :
no 171
3

Allah berfirman :





Maksudnya : (Dan berzikirlah dengan menyebut nama Allah pada beberapa hari yang berbilang
(hari-hari tashriq)..) [surah Al-Baqarah: 203]
b. Bilakah bermula dan berakhirnya takbir pada kedua hari raya ?
'Idul Fitri

Dari Al-Zuhri, beliau meriwayatkan :


[








]
Maksudnya : (Sesungguhnya Rasulullah apabila keluar pada hari raya Fitri, Baginda
bertakbir sehingga tiba di musolla (tanah lapang) dan sehingga menunaikan solat. Apabila telah
selesai bersolat, Baginda menghentikan takbir.) [riwayat Ibnu Abi Syaibah, no: 5621]1
* Hadis di atas menunjukkan bahawa :
-

Bermulanya takbir 'Idul Fitri ketika keluar dari rumah di pagi raya dalam perjalanan
ke musolla. (waktu yang afdhal). Fuqaha telah bersepakat akan pensyariatan bertakbir
ketika keluar untuk bersolat 'Id. Cuma mereka berselisih pendapatan tentang hokum
memulakan takbir setelah tenggelam matahari akhir Ramadhan. 2
Berhenti takbir setelah selesai menunaikan solat 'Idul Fitri (khusus untuk 'Idul Fitri).

'Idul Adha

Diriwayatkan dari Muhammad bin Abi Bakr Asthaqafi :


[


:



]

Maksudnya : (Aku telah bertanya Anas ketika mana kami sedang berangkat dari Mina menuju ke
Arafah dalam keadaan bertalbiah : Bagaimana kamu telah melakukannya bersama Nabi ?
Beliau (Anas) telah berkata : "Telah bertalbiah orang yang bertalbiah, sedang Nabi tidak
1

Lihat penjelasan tentang kedudukan hadis ini pada nota kaki bab "Bertakbir sambil berjalan ke musholla" di bawah tajuk utama "Adab pergi
dan pulang dari musholla" : mks 12
2
Adapun, pendapat jumhur fuqaha' Assyafi'yyah dan Al-Hanabilah (Lihat Fiqhul Islami Wa Adillatuh, oleh Dr.Wahbah Azzuhaili : 2/1407) serta
amalan masyarakat sekarang yang memulakan takbir 'Idul Fitri apabila tenggelam matahari pada hari terakhir ramadhan, tidak dapat dipastikan
dalil yang sahih lagi jelas tentang pensyariatannya. Antara hujah-hujah mereka :
1. Mereka mengatakan bahawa apabila tenggelam matahari hari terakhir
ramadhan, maka itu sudah dikira hari raya.
2. Perintah Allah supaya bertakbir apabila selesai menyempurnakan puasa
dalam surah Al-Baqarah: 203
Oleh kerana telah thabit dari Nabi bahawa Baginda hanya memulakan takbir apabila keluar menuju ke musholla untuk solat 'Idul Fitri,
maka itulah yang sebaiknya untuk diikuti. Wallahu'alam.Sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Nabi .

10

mengingkarinya, dan telah bertakbir orang yang bertakbir, sedang Nabi


mengingkarinya.) [riwayat Al-Bukhari, no: 970]

tidak

Diriwayatkan dari Ali bin Abi Talib :

[
]




Maksudnya : (Sesungguhnya beliau (Ali bin Ai Talib) telah bertakbir setelah solat fajar pada
hari 'Arafah hingga solat asar pada hari terakhir tashriq, dan beliau bertakbir selepas solat
asar.) [riwayat Ibnu Abi Syaibah, no: 5631]1
Telah diriwayatkan juga perbuatan ini dari Ibnu Abbas 2 dengan sanad yang sahih3, begitu juga
Ibnu Mas'ud 4.
* Hadis dan athar-athar5 di atas menunjukkan bahawa :
-

Bermulanya takbir 'Idul Adha adalah pada hari Arafah ; iaitu selepas solat subuh6 hari
ke-9 Dzulhijjah.
Berhenti takbir sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Dzulhijjah.

* Apakah disunatkan bertakbir (bagi 'Idul Adha) hanya setiap kali selepas solat fardhu ?
Al-Syafi'iyyah dan Al-Hanabilah mengatakan : Disunatkan bertakbir pada bila-bila masa
tanpa mengkhususkan setiap kali selepas solat fardhu.7 Inilah pendapat yang rajih/tepat,
wallahu'alam, kerana tiada sebarang dalil dari Al-Quran, Al-Sunnah dan athar yang sahih, yang
menunjukkan pengkhususan takbir setiap kali selepas solat fardhu.8
Antara hujah-hujahnya adalah seperti berikut :
- Imam Al-Bukhari telah menulis satu tajuk di dalam Sahihnya9, iaitu ; [ Bab Takbir Pada HariHari Mina, Dan Pada Keesokannya Menuju Ke Arafah ] / ( . Ini
menunjukkan keumuman waktu bertakbir pada 'Idul Adha. Imam Al-Bukhari telah
mendatangkan beberapa athar yang sahih dari sahabat yang kesemuanya menunjukkan
keumuman waktu bertakbir tanpa mengkhususkan hanya pada selepas solat fardhu. Antaranya :

Diriwayatkan dari Umar Al-Khattab :


]
[
1

Sanadnya baik. Lihat Irawa'ul Ghalil, karangan Syeikh Al-Albani : 3/125


Lihat Sunan Al-Kubro oleh Imam Al-Baihaqi : 3/314
3
Lihat Irwa'ul Ghalil : 3/125
4
Lihat Al-Mustadrak, oleh Al-Hakim : 1/300
5
Athar: Perkataan, perbuatan, pengakuan yang disandarkan kepada sahabat Nabi.
6
Bukan beerti hanya setiap selepas solat fardhu,sebaliknya yang dimaksudkan dengan "selepas solat subuh" adalah waktu bermulanya
takbir.Lihat penjelasan lanjut pada : mks 15-16
7
Lihat Fiqhul Islami Wa Adillatuhu : 2/1407.
8
Lihat Ahkamul 'Aidain, oleh Syeikh Ali Hasan : 28-29
9
Lihat Sahih Al-Bukhari : 1/329
2

11

Maksudnya : (Beliau telah bertakir di khemahnya di Mina, dan ahli masjid telah mendengar
takbir beliau, maka mereka pun bertakbir. Dan telah bertakbir juga orang yang berada di pasar,
sehingga bergemuruh Mina dengan laungan takbir.) [riwayat al-Bukhari, 2/20]

Diriwayatkan dari Ibnu Umar :




]


Maksudnya : (Ibnu Umar telah bertakbir di Mina, pada hari-hari (tashriq) itu, setiap kali
selepas solat, di tempat tidurnya, di khemahnya, pada majlisnya dan di mana sahaja beliau pergi
pada hari-hari itu.) [riwayat al-Bukhari, 2/20]

Diriwayatkan dari Maimunah radhiallahu 'anha :

Maksudnya : (Maimunah telah bertakbir pada hari raya korban dan para wanita bertakbir di
belakang Aban bin Uthman dan Umar bin Abdul 'Aziz pada hari-hari hari tashriq bersama-sama
para lelaki di masjid.) [riwayat al-Bukhari, 2/20]
* Kesimpulannya : Disunnahkan bertakbir sempena 'Idul Adha pada bila-bila masa bermula dari
selepas solat subuh hari arafah (iaitu hari ke-9 Dzulhijjah) sehingga terbenam matahari pada hari
ke-13 Dzulhijjah, tanpa mengkhususkan waktu bertakbir hanya pada selepas selesai solat
fardhu.1 Wallahu'alam.
c. Anjuran menguatkan suara ketika bertakbir

Diriwayatkan dari Umar Al-Khattab :


]
[
Maksudnya : (Beliau telah bertakir di khemahnya di Mina, dan ahli masjid telah mendengar
takbir beliau, maka mereka pun bertakbir. Dan telah bertakbir juga orang yang berada di pasar,
sehingga bergemuruh Mina dengan laungan takbir.) [riwayat al-Bukhari, 2/20]

Diriwayatkan dari Ibnu Umar :


]
[

Maksudnya: (Sesungguhnya Ibnu Umar apabila keluar (menuju musolla) di hari 'Idul Fitri dan
'Idul Adha; beliau menguatkan suara ketika bertakbir sehingga tiba di musholla, kemudian
beliau meneruskan takbir sehingga tiba imam.) [riwayat al-Daruquthni, no: 1716]2
* Kedua hadis di atas menunjukkan :
1

Perlu difahami, yang dimaksudkan oleh penyusun adalah "tidak mengkhususkan waktu bertakbir hanya setelah selesai solat fardhu" bukan
"dilarang bertakbir setelah selesai solat fardhu".
2
Dinilai sahih oleh Syeikh Al-Albani. Lihat Irawa'ul Ghalil : 3/122

12

- Disyariatkan menguatkan suara ketika bertakbir.1


- Bertakbir sambil berjalan ke musolla di pagi kedua hari raya sangat dianjurkan.
- Kesungguhan para sahabat dalam melaungkan kebesaran Allah patut dicontohi.
d. Lafaz takbir
Al-Syeikh Ali Hasan berkata: Sepanjang pengetahuanku, tidak ada hadis yang sahih
menerangkan tentang tatacara Nabi melafazkan takbir, sebaliknya, yang ada hanyalah riwayat
dari sebahagian sahabat Nabi .2
Terdapat 3 riwayat yang sahih dari para sahabat Nabi tentang lafaz-lafaz takbir3 :

Diriwayat dari Ibnu Mas'ud , beliau melafazkan takbir 4 :


]




[

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas , beliau melafazkan takbir 5 :

]





[

Diriwayatkan dari Salman , beliau melafazkan takbir 6 :

] [
* Inilah lafaz-lafaz takbir yang sahih dari para sahabat. tetapi ramai di kalangan manusia yang
menyelisihi lafaz-lafaz takbir di atas dengan lafaz-lafaz ciptaan mereka, bahkan ditambah dengan
zikir-zikir tertentu yang tiada sandaran sahih. Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalani (w.852H)
: Pada zaman ini, telah diada-adakan penambahan padanya (lafaz-lafaz takbir ini) yang tiada
asal baginya.7
e. Kesimpulan perbezaan antara takbir kedua hari raya
Perbezaan
Persamaan
1. Bermulanya takbir
1. Menguatkan suara ketika bertakbir.
- 'Idul Fitri : Ketika keluar ke musholla 2. Di hari 'Idul Adha juga dianjurkan bertakbir
(tanah lapang) pada pagi hari raya.
sambil menuju ke musholla.
- 'Idul Adha : Selepas solat subuh pada hari 3. Tidak dikhususkan pada waktu-waktu
Arafah (hari ke-9 Dzulhijjah)
tertentu seperti selepas solat, sebaliknya pada
2. Berakhirnya takbir
bila-bila masa dalam waktu yang ditetapkan.
1

Perlu difahami, yang disyariatkan adalah menguatkan suara ketika bertakbir, bukan bertakbir secara beramai-ramai dengan satu suara.
Lihat Silsilah Ahadis Sahihah : 1/121
2
Lihat Ahkamul 'Aidain, oleh Syeikh Ali Hasan : mks 30
3
Oleh kerana ketiga-tiga riwayat ini sahih, maka kita boleh beramal dengan kesemuanya. Beramal dengan kesemuanya lebih baik dari beramal
dengan satu sahaja, dan meninggalkan yang lain. Wallahu'alam.
4
Sanadnya Sahih. Riwayat Ibnu Abi Syaibah : no 5653.
5
Sanadnya Sahih. Riwayat Al-Baihaqi : 3/315
6
Sanadnya Sahih. Riwayat Al-Baihaqi : 3/316
7
Lihat Fathul Bari : 2/462

13

- 'Idul Fitri : Setelah selesai solat 'Idul Fitri.


4. Lafaz takbir (3 lafaz yang thabit dari sahabat
- 'Idul Adha : Sebelum tenggelam matahari Nabi )
pada hari ke-13 Dzulhijjah.
11. SOLAT HARI RAYA
a. Hukum solat hari raya
Ulama'-ulama' berselisih pendapat dalam menentukan hukum solat hari raya. Pendapat
yang rajih, wallahu'alam adalah : Fardhu 'Ain 1 berdasarkan beberapa hujjah :
1. Firman Allah :




Maksudnya : (Maka bersolatlah dan lakukanlah sembelihan (haiwan korban).) [surah AlKauthar : 2]
Jadi, perintah bersolat serta berkorban dalam ayat ini membawa makna wajib berdasar
shigah amar (ayat perintah) (
. Manakala pengecualian bagi sesiapa yang tidak
mampu, tidak perlu diperbincangkan kerana kaedah ( iaitu : Kepayahan
membawa kepada kemudahan, telah menunjukkan bahawa sesiapa yang tidak
berkemampuan atau menghadapi sebarang kesusahan maka dikecualikan darinya.2

2. Nabi serta para sahabat tidak pernah meninggalkan solat hari raya dan
memerintah supaya semua manusia sehingga wanita-wanita turut diperintah keluar
bersolat hari raya, sebagaimana diriwayatkan dari Ummu 'Athiyyah, Nabi bersabda :

- [

]

Maksudnya : (Hendaknya al-'awatiq (wanita-wanita yang sudah baligh) dan dzawatil
khudur (wanita-wanita perawan yang belum menikah dan selalu menutup diri) serta
wanita-wanita yang sedang haid keluar (untuk pergi ke musolla) dan menyaksikan
kebaikan dan doanya orang-orang beriman dan para wanita yang haid hendaknya
menjauhi musolla) [riwayat Al-Bukhari no: 971, Muslim, no: 890]
3. Solat hari raya merupakan salah satu dari syiar islam seperti solat jumaat, bahkan
sifatnya lebih menyeluruh kerana kesemua wanita diperintahkan keluar dari rumah dan
menuju ke musholla (kecuali wanita haid, mereka dilarang dari menghampiri tempat solat
namun tetap diperintah supaya keluar dari rumah) untuk menyaksikan kebaikan.
Wallahu'alam.
b. Waktu solat hari raya

1
2

Untuk ulasan lanjut, sila lihat Sahih Fiqhus Sunnah, oleh Abu Malik Kamal bin Assayyid Salim : 1/598-599.
Disana ada syarat-syarat yang lebih khusus untuk berpegang dengan kaedah ini. Lihat Ilmu Usul Fiqh oleh Abdul Wahab Khallaf : 209.

14

Tidak ditemui riwayat-riwayat yang sahih lagi jelas dari Nabi berkenaan dengan
ketetapan khusus waktu solat hari raya. Cuma terdapat beberapa riwayat dari sahabat yang
dapat difahami darinya waktu solat hari raya, antaranya :

Diriwayatkan dari Yazid bin Khumair al-Ribhi :

Maksudnya : (Abdullah bin Busr yang merupakan sahabat Rasulullah pernah keluar bersama
manusia pada Idul Fitri atau Idul Adha, maka dia telah mengingkari akan kelewatan imam.
Dia telah berkata : Sesungguhnya, kita telah kehilangan waktu kita ini. Dan demikian itu ketika
tasbih1) [riwayat Abu Daud, no: 1135]2
- al-Syeikh Ali Hasan Al-Halabi telah berkata: Inilah riwayat yang paling sahih dalam bab ini,
dan telah diriwayatkan juga dari selainnya, tetapi tidak sahih dari sudut penilaian sanadnya.3
- al-Imam Ibnu al-Qayyim (w.751H) telah berkata: Sesungguhnya Rasullullah telah
melewatkan solat 'Idul Fitri dan mempercepat solat 'Idul Adha, dan Ibnu Umar - yang terkenal
dengan sedaya upayanya mengikut sunnah Nabi -, tidak keluar dari rumahnya kecuali selepas
naik matahari. 4
* Kesimpulan, yang dapat dibuat dari athar serta penjelasan Ibnu al-Qayyim adalah seperti
berikut5 :
1. Bermulanya waktu solat kedua hari raya adalah setelah naik matahari setinggi
sebatang tombak . Iaitu ketika mana, telah berlalu waktu yang diharamkan bersolat.6
2. Disunnahkan melewatkan solat 'Idul Fitri agar manusia dapat mengeluarkan zakat
Fitrah.7
3. Disunnahkan mengawalkan solat 'Idul Adha agar manusia dapat menyegerakan
ibadah korban.8
4. Tamatnya tempoh yang dibolehkan padanya solat 'Id adalah selepas tergelincir
matahari iaitu apabila masuk solat zohor.9

Yang dimaksudkan dengan "ketika tasbih" adalah : Ketika matahari telah naik setinggi sebatang tombak, dan telah berlalu waktu yang
diharamkan bersolat, serta masuknya waktu yang dibolehkan bersolat. Lihat 'Aunul Ma'bud Fi Syarh Sunan Abi Daud, oleh Syamsul Haq Aabadi
: 3/486.
2
Dinilai Sahih oleh Syeikh Al-Albani. Lihat Sahih Sunan Abi Daud : 1005
3
Lihat Ahkamul 'Aidain : mks 41
4
Lihat Zaadul Ma'ad : 1/442
5
Lihat Minhajul Muslim, oleh Syeikh Abu Bakr Al-Jazairi : 278
6
Lihat nota kaki : mks
7
Waktu yang paling afdhal membayar zakat Fitri adalah di pagi hari raya dan sebelum solat 'Idul Fitri.
8
Tidak sah ibadah korban jika diakukan sebelum solat. Lihat hadis yang berkaitan di dalam Sahih Al-Bukhari : 5560, dan Sahih Muslim : 1961.
9
Lihat Fiqhul Islami Wa Adillatuhu : 2/1391

15

* Jika tidak diketahui hari raya melainkan setelah akhir waktu, maka solat 'Id dikerjakan pada
keesokan harinya, berdasarkan dari hadis yang diriwayatkan oleh Abu Umair bin Anas dari bapabapa saudaranya yang merupakan sahabat Nabi , mereka berkata :


[



]

Maksudnya : Sesungguhnya telah datang satu rombongan kepada Nabi dan (memberitahu
bahawa) mereka telah menyaksikan anak bulan kelmarin. Maka Nabi memerintah manusia
berbuka pada hari itu, dan memerintah manusia supaya keluar keesokan harinya menuju ke
musholla mereka. [riwayat Abu Daud, no: 1157]1
c. Adakah disunatkan bersolat sebelum (qabliyah) atau selepas (ba'diyah) solat hari raya ?
Jawapannya, tidak disunatkan. Kecuali solat tahiyyatul masjid2, sekiranya bersolat di masjid.
Adapun sekiranya bersolat di musholla (tanah lapang) maka tidak perlu baginya melaksanakan
apa-apa solat walaupun solat tahiyyatul masjid. Sebagaimana hadis :

Riwayat Ibnu Abbas :


[
]


Maksudnya: (Sesungguhnya Nabi telah bersolat pada hari 'Idul Fitri dua rakaat, dan
Baginda tidak bersolat sebelumnya dan selepasnya..) [riwayat Al-Bukhari, no: 989]
* Al-Hafiz Ibnu Hajar (w.852H) telah berkata: Hadis ini menunjukkan tiada solat sunat qabliyah
atau ba'diyah bagi solat Id. Dan ia menyelisihi pihak yang qiaskan solat Id dengan solat jumaat.
Adapun solat sunat mutlak; maka tiada sebarang dalil khusus yang melarangnya kecuali dalil
tentang waktu-waktu yang dilarang solat.. 3
* Al-Imam Ibnu al-Arabi (w.543H) telah berkata : Solat sunat di musolla (pada pagi hari raya,
qabliyah atau ba'diyah); sekiranya dilakukan oleh Nabi , tentulah ia diriwayatkan, barang siapa
yang membolehkan solat, maka dia telah berpendapat solat itu adalah solat sunat mutlak, dan
barang siapa yang meninggalkannya, maka dia telah berpendapat bahawa Nabi tidak
melakukannya, dan barang sesiapa yang mengikut Nabi , maka dia sudah tentu mendapat
petunjuk. 4
d. Tiada azan dan iqamah bagi solat 'Id

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas dan Jabir radhiallahu 'anhuma :

Dinilai Sahih oleh Syeikh Al-Albani. Lihat Sahih Sunan Abi Daud : 1026
Solat tahiyyatul masjid adalah di antara solat-solat ( iaitu solat yang disebabkan sesuatu perkara dan ia wajib ditunaikan berdasarkan
pendapat yang rajih. Jadi, disebabkan kita memasuki masjid, maka diwajibkan kita bersolat dua rakaat (tahiyyatul masjid) sebelum duduk,
berdasarkan hadis Nabi : "Apabila salah seorang dari kamu memasuki masjid, maka janganlah sekali-kali dia duduk sebelum bersolat dua
rakaat" [HR Al-Bukhari : 444, Muslim : 714]
3
Lihat Fathul Bari : 2/486
4
Lihat Sahih Fiqhus Sunnah : 1/605
2

16


]
[
Maksudnya : (Tidak pernah diazan pada hari raya Fitri, juga hari raya adha.) [riwayat AlBukhari, no: 960, Muslim, no: 886]

Diriwayat dari Jabir bin Samurah :

[

]


Maksudnya : (Aku telah bersolat bersama Rasulullah solat kedua-dua hari raya, bukan
hanya sekali dua, tanpa azan dan iqamah.) [riwayat Muslim, no: 886]
* al-Imam Ibnu al-Qayyim (w.751H) telah berkata: Apabila Rasulullah telah sampai di
musolla, Baginda terus bersolat 'Id tanpa sebarang azan dan iqamah, juga tanpa
mengatakan : (. Dan sunnah adalah tidak dilakukan perkara-perkara tersebut.1
e. Tatacara solat 'Id
i.

Solat 'Id adalah dua rakaat.

Diriwayatkan dari Umar :






[


]

Maksudnya: (Solat safar dua rakaat, solat adha dua rakaat, solat Fitri dua rakaat, solat
jumaat dua rakaat, (kesemuanya) sempurna (iaitu dua rakaat), tanpa mengurangkan
lagi, atas lisan Muhammad .) [riwayat Ahmad, no: 257]2
ii.

Dimulakan dengan Takbiratul Ihram

iii.

Kemudian bertakbir ( 3:
-

7 kali sebelum bacaan: rakaat pertama (tidak termasuk takbiratul ihram dan takbir
intiqal/perpindahan.4)
5 kali sebelum bacaan: rakaat kedua (tidak termasuk takbir intiqal/perpindahan.)

* Berdasarkan dalil berikut 5:

Hadis 'Aisyah radhiallahu 'anha :

Lihat Zaadul Ma'ad : 1/442


Sanadnya dinilai Sahih oleh Syeikh Syuaib Al-Arnauth pada takhrijnya terhadap Musnad Ahmad.
3
Takbir ini adalah sunnah, dan tidak membatalkan solat bagi sesiapa yang meninggalkannya samada sengaja atau terlupa tanpa khilaf. Dan
meninggalkannya dengan sengaja, tidak syak lagi bercanggah dengan sunnah . Lihat Al-Mughni oleh Ibnu Qudamah : 2/244
4
Takbir intiqal adalah takbir yang dilakukan ketika perpindahan antara satu rukun ke rukun yang lain.
5
Juga thabit perbuatan ini dari para sahabat antaranya Abu Bakar, Umar, Ali dan lain-lain. Lihat Syarh Sunnah, oleh Al-Baghawi : 4/309
2

17



[
.




]

Maksudnya : (Sesungguhnya Rasulullah bertakbir pada solat hari raya Fitri dan hari
raya adha, pada rakaat pertama 7 kali, dan rakaat kedua 5 kali. Dalam riwayat lain
disebut: Tidak termasuk dua takbir untuk rukuk.) [riwayat Abu Daud, no: 1150]1

Tidak ada sebarang dalil yang sahih dari Nabi bahawa Baginda mengangkat kedua
tangan Baginda setiap kali bertakbir dalam solat 'Id (iaitu takbir 7 kali pada rakaat
pertama dan 5 kali ada rakaat kedua) kecuali bagi takbiratul ihram dan takbir intiqal.
Tetapi telah thabit perbuatan ini dari Ibnu Umar. (Lihat perbahasan di bawah dengan
teliti).
Ulama'-ulama' telah berselisih dalam masalah ini kepada 2 pendapat yang popular2 :
1. Jumhur : Imam Abu Hanifah, Imam Al-Syafi'e, Imam Ahmad dan diriwayatkan dari
Imam Malik, juga pilihan Syeikh Muhammad bin Soleh Al-Uthaimin.3 Berpendapat
bahawa disunatkan mengangkat kedua tangan setiap kali bertakbir dalam solat 'Id.
Mereka berhujjah dengan beberapa dalil antaranya :
Perbuatan ini dari Ibnu Umar, bahawa beliau mengangkat kedua tangannya setiap kali
betakbir dalam solat 'Id. Kerana Ibnu Umar terkenal dengan sikapnya yang
bersungguh-sungguh dalam mengikut sunnah Nabi . Riwayat ini sahih sepertimana
yang dinilai oleh Ibnu al-Qayyim.4
Riwayat dari Umar :

]
[
Maksudnya: (Sesungguhnya beliau telah mengangkat kedua tangannya setiap kali
bertakbir pada solat jenazah dan 'Id.) [riwayat Al-Baihaqi, no:6189]
Tetapi sanadnya dhaif sepertimana yang dinyatakan oleh al-Imam Al-Baihaqi 5 (3/291).6
Hadis Wail bin Hujr 7 tentang tatacara solat Nabi (solat fardhu) : Iaitu Baginda
mengangkat tangan setiap kali bertakbir. Mereka mengqiaskan perbuatan ini dengan solat
'Id.8

Dinilai Sahih oleh Syeikh Al-Albani. Lihat Sahih Sunan Abi Daud : 1018]
Secara umumnya diringkaskan dari Irwa'ul Ghalil : 3/112-114
3
Syarhul Mumti' 'Ala Zaadul mustaqni oleh Syeikh Muhammad bin Soleh Al-Uthaimin: 3/103-104
4
Lihat Zadul Ma'ad : 1/441. Lihat Syarhul Mumti' 'Ala Zaadul mustaqni': 3/104
5
Lihat Sunan al-Kubra, oleh Al-Baihaqi, (3/412)
6
Lihat Tamamul Minnah, oleh Syeikh Al-Albani : mks 349.
7
Riwayat Muslim : 401
8
Lihat Fiqhul Islami Wa Adillatuhu : 2/1402
2

18

2. al-Imam Sufian Al-Tsauri, juga diriwayatkan dari al-Imam Malik, dan dipilih oleh
Syeikh Al-Albani.1 Antara hujah mereka :
Tidak thabit dari perbuatan Nabi .
Riwayat Umar adalah hadis yang dhaif.
Riwayat Ibnu Umar dhaif 2 ; Menurut pendapat ini. Sekiranya sahih, ia tetap tidak
thabit dari Nabi . Jadi untuk mengatakannya sunnah adalah tidak benar. Wallahu'alam.
Al-Imam Malik berkata: (Aku tidak mendengar sesuatu pun (hadis atau athar sahabat)
berkenaan dengan mengangkat tangan ketika bertakbir dalam solat 'Id.)3
Penilaian Penyusun
Wallahu'alam, setelah mendatangkan dalil-dalil serta aqwal Imam-imam mutaqaddimin
dan mutaakhirin, secara umumnya penyusun memilih untuk bertawaquf dan tidak
mentarjih mana-mana pendapat, kerana hujjah kedua-dua pendapat adalah kukuh.
Penyusun amat bersetuju dengan kesimpulan al-Syeikh Al-Albani iaitu :
Maksudnya : (Barangsiapa yang menyangka Ibnu Umar , tidak akan melakukan
perkara tersebut (iaitu mengangkat tangan ketika bertakbir dalam solat 'Id) kecuali
dengan tauqif (thabit) dari Nabi , maka silalah melakukannya.)4
* Ini merupakan masalah khilaf yang menuntut kita berlapang dada, kerana kedua-dua
pendapat memiliki hujah berdasarkan dalil-dalil masing-masing. Cuma berlaku perbezaan
dalam cara memahami dan menilai status nas-nas tersebut.
iv.

Tidak Sahih dari Nabi bahawa Baginda berzikir dengan zikir-zikir tertentu
antara takbir dalam solat 'Id. Tetapi telah thabit dari Ibnu Mas'ud beiau berkata
tentang solat 'Id :




]
[

Maksudnya: (Di antara setiap dua takbir, diucapkan pujian serta sanjungan kepada Allah.)
[riwayat al-Muhamili5, 2/121] 6
* Adapun perbuatan manusia sekarang mengadakan zikir-zikir tertentu dengan kadarkadar tertentu, tidak dapat dipastikan dalilnya. Perlu diingatkan, athar Ibnu Mas'ud
adalah umum dan beliau sama sekali tidak mengkhususkan zikir-zikir tertentu dengan
kadar-kadar tertentu, sebaliknya beliau menyatakan pujian dan sanjungan kepada
Allah.

Lihat hujah-hujah yang didatangkan oleh Syeikh Al-Albani dalam Irwa'ul Ghalil : 3/112-114
Lihat rujukan di atas.
3
Dinyatakan oleh Al-Firyabi di Ahkumul 'Aidain : no 137, dinilai Sahih sanadnya oleh Syeikh Mashor Hasan Salman dalam Al-Qaulul Mubin Fi
Akhthoil Mushollin : mks 407
4
Lihat Ahkamul Janaiz oleh Syeikh Al-Albani : mks 148
5
Beliau adalah Hussain bin Ismail al-Muhamili (w.330H). Pengarang kitab Solat al-Aidain.
6
Sanadnya dinilai Baik oleh Syeikh Ali Hasan Al-Halabi. Lihat Ahkamul 'Aidain : mks 47
2

19

* Kesimpulannya : Dalam masalah ini ada keluasan1. Diharuskan kita untuk berdiam diri,
dan diharuskan kita untuk berzikir dengan apa-apa zikir, tanpa mengkhususkan zikir-zikir
tertentu dengan kadar-kadar yang tertentu.
v.

Apabila selesai bertakbir (7 kali pada rakaat pertama & 2 kali pada rakaat kedua), maka
mulakan bacaan Al-Fatihah dan surah.2
* Telah datang dua riwayat yang sahih bahawa setelah membaca Al-Fatihah Nabi
membaca surah berikut :

Riwayat pertama 3:

- Rakaat pertama :
[ Surah Qaf]
[ Surah Al-Qamar]
- Rakaat kedua:


Riwayat kedua 4 :
- Rakaat pertama :

[ Surah Al-'Ala]

- Rakaat kedua :
[ Surah Al-Gahsyiah]

* Hidupkanlah sunnah ini. Tanamkan kecintaan kepada petunjuk Rasulullah . Inilah


mahabbah yang sebenarnya, bukan sekadar laungan kecintaan, tetapi amalan itulah bukti
cinta sejati. Berkata Syeikh Muhammad bin Soleh Al-'Uthaimin5: "Yang paling afdhal
adalah beramal dengan keduanya. Terkadang kita membaca yang ini, dan terkadang kita
membaca yang itu, berdasarkan keperluan". Wallahu'alam.
vi.

Setelah melakukan perkara-perkara di atas, maka teruskan bersolat seperti solat-solat


biasa (seperti ruku', sujud dan lain-lain) tanpa khilaf.

vii.

Hukum qadha Solat Aid bagi sesiapa yang tertinggal; 6


Ulama' berselisih pendapat dalam perkara ini :
1. Disunat qadha semula : Atho bin Abi Rabah, Imam Malik7, al-Imam Assyafi'e, Imam
Al-Bukhari.8 Antara hujah-hujah mereka :
-

al-Imam Al-Bukhari mengadakan satu bab (tajuk) di dalam sahihnya iaitu : (


maksudnya : Bab sekiranya terlepas seseorang itu akan solat 'Id, maka
hendaklah ia solat dua rakaat.9

Lihat ulasan yang amat jelas Syeikh Ibn Uthaimin dalam Syarhul Mumti' 'Ala Zaadul mustaqni': 3/104.
Berdasarkan hadis 'Amru bin Syuaib. Telah dinyatakan. Lihat mks : 25
3
Riwayat Muslim : 891
4
Riwayat Muslim : 878
5
Syarhul Mumti' 'Ala Zaadul mustaqni': 3/108
6
Untuk melihat pendapat-pendapat lain, sila rujuk : Al-Majmu' oleh Imam Annawawi : 5/27-29, Al-Mughni oleh Ibnu Qudamah : 2/212.
7
Lihat Al Muwaatho oleh Imam Malik : no 592, dengan riwayat Abu Mus'ab.
8
Lihat Syarh Tarajim Abwabil Bukhari oleh Al-'Allamah Waliyyullah Addahlawi : mks : 80
9
Sahih Al-Bukhari : 1/134-135
2

20

*Ibnu Hajar telah menerangkan hukum yang dapat dikeluarkan dari tajuk ini :
- Disyariatkan bersolat 'Id bersendirian walaupun telah terlepas solat 'Id berjamaah.
- Bersolat sendirian 2 rakaat.1
- Atho telah berkata : "Apabila seseorang itu terlepas solat 'aid, maka bersolatlah dua
rakaat"2
2. Tidak perlu mengqadha semula : Pendapat al-Imam Abu Hanifah, pilihan Ibnu
Taimiyyah serta al-Syeikh Muhammad bin Soleh Al-Uthaimin. Antara hujjah mereka :
-

Tiada dalil yang jelas samada dari Al-Quran, Al-sunnah atau penjelasan para sahabat
tentang keperluan qadha Solat Aid bagi sesiapa yang tertinggal. Sedangkan perintah
untuk keluar bersolat adalah untuk semua kecuali sesiapa yang tidak mampu samada
dari segi kesihatan atau kerana perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan. Tetapi
tidak pula diperintahkan bagi mereka-mereka yang tidak mampu keluar bersolat
secara berjamaah, untuk qadha solat 'aid secara bersendiran.

Mengqiaskan solat aid dengan solat jumaat merupakan qias yang kurang tepat;
Sekiranya kita terlepas solat jumaat secara berjamaah, maka kita perlu menunaikan
solat zohor dengan empat rakaat sebagai ganti solat jumaat walaupun jumlah rakaat
berbeza. Adapun, jika kita terlepas solat 'Id ; adakah ada pengganti baginya ? Maka
tidak boleh diqiaskan dengan solat jumaat. 3 Wallahu'alam.

Penilaian Penyusun
Wallahu'alam, oleh kerana ketiadaan sebarang dalil yang sahih samada dari sunnah Nabi
atau athar sahabat, maka penyusun lebih cenderung kepada pendapat kedua.
12. KHUTBAH HARI RAYA
a. Khutbah selepas solat 'Id

Diriwayatkan dari Ibnu Umar :

]
[



Maksudnya: (Sesungguhnya Nabi , Abu Bakar dan Umar telah bersolat kedua hari raya
sebelum khutbah.) [riwayat Al-Bukhari, no: 963, Muslim, no: 888]

Dari Ibnu Abbas :



]

[


Maksudnya: (Aku telah menyaksikan hari raya bersama Rasulullah, Abu Bakar, Umar dan
Usman , kesemua mereka bersolat sebelum khutbah.) [riwayat Al-Bukhari, no: 962,
Muslim, no: 884]
1

Fathul Bari : 2/550


Lihat Sahih Al-Bukhari : 1/134-135
3
Lihat perbahasan ini dalam Syarhul Mumti' 'Ala Zaadul mustaqni' : 3/115-116
2

21

* Al-'Allamah Waliyyullah Al-Dahlawi telah berkata1 : Sesungguhnya sunnah Rasulullah


dan Khulafa' Arrashidin adalah berkhutbah selepas dari solat. Adapun berlaku penukaran
waktu khutbah iaitu sebelum solat adalah bid'ah yang dicipta pada zaman Marwan.2
Wallahua'alam.
b. Pilihan untuk mendengar khutbah atau tidak

Diriwayatkan dari Abdullah bin Assa'ib :



[



]




Maksudnya: (Aku telah menyaksikan hari raya bersama Nabi . Apabila selesai bersolat,
kami berkhutbah, barang sesiapa yang ingin mendengar khutbah maka duduklah, dan
barangsiapa yang ingin pergi maka dia pergilah.) [riwayat Abu Daud, no: 1155]3
c. Sifat Khutbah
*Telah berkata Ibnul Qayyim :
-

Secara umumnya Nabi memulakan khutbahnya dengan pujian.


Tidak dinaqalkan dari Baginda bahawa Baginda mengkhususkan permulaan
khutbah Baginda dengan takbir.
Adapun Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah4 yang diriwayatkan dari Sa'd AlQuradhi bahawa Baginda memperbanyakkan takbir dalam khutbah, tidak pula
menunjukkan Baginda memulakan khutbahnya dengan takbir.5

* Juga tidak dinaqalkan dari Baginda dengan hadis yang sahih bahawa Baginda
berkhutbah dengan dua khutbah. Cuma terdapat satu hadis yang diriwayatkan oleh AlBazzar dari gurunya : Abdullah bin Syabib dengan sanadnya dari Sa'd dari Nabi :


]

[
Maksudnya: (Nabi telah berkhutbah dua khutbah dan memisahkan antara keduanya
dengan sekali duduk.) [riwayat Al-Bazzar, no: 5610]
- Tetapi hadis di atas adalah hadis yang lemah, kerana di sana terdapat seorang perawi iaitu
Abdullah bin Syabib. Al-Imam Al-Bukhari telah menghukumnya sebagai : Mungkarul
Hadis.6

Lihat Syarh Tarajim Abwabil Bukhari : mks 79


Dia adalah Marwan bin Al-Hakam bin Abi Al-'As, Khalifah Umawi, meninggal pada tahun 65 Hijrah. Biodata beliau boleh dilihat pada Tarikh
Atthobari : 7/34
3
Dinilai Sahih oleh Syeikh Al-Albani dalam Sahih Sunan Abi Daud : 1024
4
Lihat: Sunan Ibnu Majah : 1287
5
Lihat: Zaadul Ma'ad : 1/447-448
6
Lihat Irwa'ul Ghalil : 3/96-98
2

22

- Telah berkata al-Imam Annawawi : Tidak thabit (sahih) bahawa Nabi berkhutbah
dengan dua khutbah.1
13. UCAPAN PADA HARI RAYA

Para sahabat , apabila mereka bertemu di hari raya, mereka mengucapkan:

]
[
Maksudnya: (Moga Allah menerima amalan kami dan kamu.) 2

Sesungguhnya Allah telah berfirman :



Maksudnya : (Mahukah kamu mengambil sesuatu yang rendah sebagai pengganti yang
lebih baik.) [Al-Baqarah : 61].
Wallahu'alam.

1
2

Lihat Fiqhussunnah oleh Syeikh Sayyid Sabiq : 1/223


Lihat Fathul Bari :2/446, Jauharun Naqi : 3/320. Kata Assuyuthi dalam Al-Hawi : Sanadnya Hasan.

23

Anda mungkin juga menyukai