Anda di halaman 1dari 1

3.

KESAN PENYAHUTANAN (EKONOMI,SOSIAL DAN EKOSISTEM)

Penyahutanan bermakna penghapusan hutan secara besar-besaran. Kawasan


hutan dimusnahkan dengan pelbagai cara dan tujuan.
1.
Pembinaan infrastruktur menyebabkan masalah penyahutanan. Aktiviti
pembukaan kawasan baru dan projek pembinaan jalan raya sentiasa dilakukan
demi memajukan sesebuah Negara. Namun kesejahteraan dan keharmonian
alam sekitar turut diabaikan dan menyebabkan alam sekitar menjadi tidak
seimbang.
2.
Pembinaan empangan. Aktiviti-aktiviti seperti penebangan dan
pembersihan hutan serta penenggelaman kawasan hutan akan dilakukan bagi
tujuan menakung air dan pembinaan empangan. Aktiviti sedemikian akan
merosakkan ekosistem hutan hujan tropika secara menyeluruh apabila
ditenggelami air. Contohnya , pembinaan Empangan Kenyir di Terengganu.
3.
Kegiatan ekonomi yang berteraskan kepada pembalakan seperti industri
perabot turut terjejas akibatnya pokok-pokok yang berharga seperti meranti dan
seraya dimusnahkan apabila aktiviti penyahutanan dijalankan. Seterusnya,
pendapatan perkapita penduduk dan pendapatan Negara turut merosot.
4.
Aktiviti penyahutanan juga menyebabkan bekalan gas oksigen kepada
penduduk berkurangan akibatnya pokok dan tumbuh-tumbuhan telah
dimusnahkan. Masalah ini menyebabkan kandungan karbon dioksida di udara
bertambah dan menjejaskan kesihatan dan kesejahteraamasyarakat

Anda mungkin juga menyukai