Anda di halaman 1dari 1

Nota Unit 22 Raja Payung Negara

Nilai : Taat Setia kepada Raja dan Negara


Maksud : Kepatuhan dan kesetiaan yang
berkekalan kepada raja dan negara
1. Kesetiaan kepada raja dan negara ialah
kewajipan setiap rakyat.
2. Malaysia
mengamalkan
sistem
Demokrasi Berparlimen dan Raja
Berpembelagaan.
3. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong
merupakan pemimpin tertinggi negara.
4. Kita perlu menghormati raja serta
lambang-lambang kebesaran negera
seperti lagu Negaraku, Prinsip Rukun
Negara dan sebagainya.
5. Sikap taat kepada pemimpin dapat
ditunjukkan dengn menyertai programprogram hari kebesaran negara
6. Semasa Hari Kebangsaan, semua rakyat
Malaysia bersama-sama menyambut
dan meraikannya.
7. Raja dan pemimpin merupakan
kebanggan kita
8. Kita juga perlulah sentiasa mengambil
berat tentang perkembangan dan sistem
pentadbiran negara.

Nota Unit 23 Berbakti Untuk Negara


Nilai : Sanggup Berkorban Untuk Negara
Maksud : Kerelaan melakukan atau
menyerahkan sesuatu termasuk nyawa
sebagai tanda kebaktian untuk negara.
1. Setiap individu harus cuba melakukan
sesuatu sebagai tanda kebaktian untuk
negara.
2. Golongan yang tidak bernasib baik
memerlukan sesuatu daripada kita daam
memastikan kehidupan mereka berjalan
lancar.
3. Banyak individu yang gemar melakukan
kerja-kerja amal.
4. Mereka mengambil bahagian dalam
aktiviti kemasyarakatan demi negara.
5. Hal ini merupakan amalan murni dan
sebagai tanda kerelaan melakukan dan
menyerahkan sesuatu sebagai tanda
kebaktian untuk negara.
6. Orang yang sanggup berkorban untuk
negara dengan sukarela akan memberi
bantuan dari segi ekonomi, kesihatan,
pendidikan serta sukan secara percuma.
7. Menjadi
anggota
sukarelawan
sememangnya amalan yang terpuji.
8. Anggota sukarelawan penting kepada
negara untuk memastikan negara
bertambah makmur.