Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
sebagainya. Tetapi, jika unsur budaya yang diambil itu tidak diolah dengan baik,
pastinya tindakan ini akan memberi kesan yang tidak baik kepada sesuatu masyarakat.
Namun begitu, bukanlah mudah untuk membentuk sebuah masyarakat yang
mencapai tahap akulturasi. Akulturasi lebih mudah dicapai apabila melibatkan budaya
bersifat kebendaan yang mendatangkan manfaat seperti pakaian barat. Unsur-unsur
budaya yang tidak berbentuk kebendaan seperti ideologi dan pemikiran adalah lebih
sukar diterima.
itu
berkembang
dengan
pesat
dan
menjadi
sebuah pelabuhan yang terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16.
Tambahan pula, Melaka merupakan tempat perdagangan rempah dengan berfungsi
sebagai pintu kepada negeri-negeri rempah untuk memasarkan rempah mereka. Ini
dapat digambarkan menerusi Duarte Barbosa yang berkata, "Sesiapa yang menguasai
Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia".
Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih satu abad
sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis melalui pimpinan Alfonso de
Albuquerque pada tahun 1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan terakhir
Kesultanan Melayu Melaka.
1. Konsep Diraja
Perkembangan kebudayaan India ke Tanah Melayu berlaku hasil daripada aktiviti
perdagangan India dengan Asia Tenggara pada permulaan tahun Masihi. Salah satu
akulturasi dari budaya India ini adalah konsep diraja. Pengasas Melaka iaitu
Parameswara sendiri merupakan seorang yang beragama Hindu. Buktinya, sebelum
kedatangan Islam ke Tanah Melayu, sistem diraja adalah bersifat Hindu-Budha.
Keadaan ini adalah berdasarkan konsep Dewaraja. Warisan yang masih dikekalkan
berdasarkan konsep ini ialah membesarkan keagungan dan kedudukan Raja dalam
upacara pertabalan baginda.
3. Sistem kasta
Mengikut kebudayaan Hindu terdapat perbezaan antara lapisan masyarakat
bangsawan dengan masyarkat bawahan. Oleh itu, wujudnya sistem kasta. Pengaruh ini
dapat dilihat dalam struktur masyarakat dalam masyarakat Melayu juga dipengaruhi
oleh sistem kasta. Sistem ini ialah susun lapis dalam masyarakat di mana terdapat
pemisahan yang jelas di antara golongan atasan atau bangsawan dengan rakyat
biasa. Keadaan ini membawa kepada kemunculan masyarakat feudal dalam kehidupan
masyarakat Melayu.
4. Kesusasteraan
Kesan hubungan masyarakat India dengan Alam Melayu juga dapat dilihat dalam
bidang kesusasteraan. Misalnya epik dan mitos India digunakan dalam kesusasteraan
Melayu Lama, seperti Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Seri Rama, Hikayat
Pendawa Lima (berasaskanRamayana dan Mahabrata), Hikayat Kalilah dan Daminah,
7. Agama Islam
Sikap golongan agama yang berakhlak seperti yang dipamerkan oleh ulamaulama Islam di Alam Melayu memudahkan proses interaksi dan Islamisasi berlaku.
Mereka berjaya memberikan tasawwur Islam yang sebenar sehingga terbentuknya
pendidikan formal melalui institusi seperti pondok, pesantren, madrasah dan dayah.
Kesannya, budaya Islam telah dibawa masuk ke Tanah Melyu seperti adat member
salam, memakai pakaian menutup aurat seperti baju kurung, meletakkan nama-nama
berasal dari perkataan Arab dan sebagainya.
yang
mula
memperjuangkan
semangat
nasionalisme.
Mereka
menggunakan media seperti akhbar dan majalah untuk menyebarkan ideologi masingmasing. Terdapat dalam kalangan mereka telah membentuk persatuan seperti
Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) yang
bermatlamat mengusir penjajah dan membentuk kerajaan sendiri.
Ketika rakyat negara ini begitu bersemangat untuk menamatkan penjajahan,
mereka dikejutkan dengan pendaratan Jepun pada penghujung tahun 1941 yang
menandakan bermulanya satu lagi era penjajahan di Tanah Melayu. Jepun telah
menduduki Tanah Melayu sehingga tahun 1945 sebelum menyerah kalah ekoran
pengeboman Hiroshima dan Nagasaki.
Pengunduran Jepun telah memberi ruang kepada Parti Komunis Malaya (PKM)
untuk menguasai Tanah Melayu. PKM telah bertindak ganas dengan membunuh dan
Sekembalinya
British
selepas
pendudukan
Jepun,
mereka
cuba
memperkenalkan Malayan Union. Pengenalan ini telah mendapat tentangan yang hebat
dan menyeluruh daripada penduduk tempatan. Pada 11 Mei 1946, penubuhan UMNO
telah menyemarakkan lagi penentangan tersebut dan seterusnya menyemai bibit-bibit
perjuangan ke arah berkerajaan sendiri.
Kemunculan Tunku Abdul Rahman telah memberi sinar harapan kepada
perjuangan penduduk Tanah Melayu ketika itu apabila tindakannya membentuk Parti
Perikatan mula membuka mata British untuk membenarkan pendudukan Tanah Melayu
mentadbir sendiri negaranya.
buruh bebas atau merdeka, sistem kontrak dan sistem kangani. Melalui sistem buruh
bebas, mereka datang dengan biaya sendiri yang diatur oleh orang atau kumpulan
tertentu.
Interaksi sosial yang berlaku antara mayarakat Melayu di Alam Melayu dengan
pedagang dari India telah meninggalkan kesan mendalam terhadap budaya Melayu.
Perkahwinan campur antara orang berketurunan India dengan masyarakat tempatan
telah membentuk sebuah masyarakat minority yang dikenali sebagai masyarakat IndiaMuslim. Bukti kehadiran pedagang dari India ini ditemukan dalam catatan sejarah
Melaka. Tanjung Kling di Melaka dikatakan dinamakan sedemikian oleh Portugis
memandangkan terdapat ramai pekerja India yang bekerja di tempat tersebut pada
masa itu. Masyarakat India-Muslim ini mengamalkan cara hidup Melayu dan
mengamalkan adat-adat Melayu seperti beragama Islam, makan masakan Melayu,
memakai baju kurung dan sebagainya. Bahasa merupakan elemen terpenting dalam
kehidupan masyarakat India-Muslim. Kebanyakan anggota masyarakat ini lebih gemar
berbahasa Tamil untuk berinteraksi dalam kehidupan seharian.
Kedatangan Buruh dari China secara besar-besaran bermula sejak awal abad
ke-19 yangkebanyakkan berasal dari wilayah selatan China seperti Kwangtung,
Kwangsi dan Fukien. Kedatangan buruh ini ke Tanah Melayu adalah melalui beberapa
cara seperti sistem tiket kredit, sistem pengambilan kakitangan, dan sistem
pengambilan rumah kongsi. Kesan pengaruh budaya Cina ke dalam peradaban Melayu
agak ketara dengan kewujudan masyarakat Baba dan Nyonya, khususnya di Melaka.
Antara perkapungan komuniti ini di Melaka ialah Melaka Tengah dan Bandar Melaka
antaranya Klebang Besar, Ujong Pasir, Jalan Tan Cheng Lock, Bandar Hilir, Batu
berendam, Bukit Rambai di samping di Daerah Jasin, Alor Gajah, Sungai Udang dan
Masjid Tanah. Sehingga tahun 1977, terdapat seramai 5,000 orang Baba di Melaka
atau bersamaan 3 peratus daripada keseluruhan masyarakat Cina di Melaka Asal usul
masyarakat Baba dan Nyonya bermula dengan hubungan dan sejarah awal antara
masyarakat Cina dengan penduduk tempatan khususnya orang Melayu. Ciri komuniti ini
yang pada umumnya berpendidikan Inggeris jelas memperlihatkan pengaruh Melayu
dari segi pemakaian dan makanan. Generasi tua masih mengekalkan pemakaian
sarung dan kebaya. Masakan Nyonya mempunyai ciri kombinasi Cina dan Melayu yang
unik tetapi lebih cenderung kepada masakan Melayu. Hasil daripada penyerapan
budaya ini juga memberi kesan terhadap ragam bahasa yangmembentuk dialek
komuniti mereka sebagai bahasa pertuturan yang dikenali bahasa Melayu Baba.
4. Cina peranakan
Kewujudan penempatan komuniti Peranakan Cina di pantai Barat dan pantai
Timur Semenanjung Malaysia merupakan rentetan pertalian pedagang Cina dengan
Alam Melayu. Berdasarkankajian, peranakan Cina di Kelantan kini menetap di kawasan
tebing Sungai Kelantan dari KualaKerai di hulu, sehingga ke Tumpat di bahagian
muaranya dan sekitar Kampung Tanah Merah di Machang. Komuniti ini telah wujud
ikatan yang rapat antara orang Melayu Kelantan dengan komuniti peranakan Cina yang
menyebabkan proses penyerapan budaya Melayu berlaku di kalangan mereka.
6. Sistem Pentadbiran
Kesan penjajahan eropah juga telah membawa perubahan terhadap politik
negara dimana telah wujudnya sistem pentadbiran berasaskan pengagihan kuasa
diantara tiga unsur penting iaitu; legislatif, eksekutif dan juga badan kehakiman
diperkenalkan. Ini dapat dilihat dengan jelas sekali perubahan yang telah dibawa
berdasarkan perbezaannya dengan pentadbiran alam melayu yang telah sedia ada
iaitu, sebelum penjajahan eropah, sistem pentadbiran adalah dibawah kuasa mutlak
raja-raja dimana tiada pengagihan bidang kuasa. Seperti yang dapat dilihat, perubahn
di dalam pentadbiran ini, iaitu pengagihan kepada tiga bidang kuasa iaitu eksekutif,
legislatif dan juga kehakiman telah diteruskan didalam operandi dan pentadbiran
negara sehingga ke hari ini, dimana setiap unsur penting tersebut mempunyai bidang
kuasa mereka yang tesendiri.
7. Bahasa dan kesusasteraan
Pengaruh Tamadun China ke dalam Tamadun Melayu dapat dilihat melalui serapan
beberapa istilah dan perkataan Cina ke dalam bahasa Melayu, seperti berikut (Za'ba,
1962 : 275) :
(a) Makanan dan buah-buahan
Bakmi, me, mesua, cincau, kueh, bepang, taugeh, kanar, kuaci, kucai, angki (pisang
kaki), tauhu, kine am (sayur kering), lai (buah), laid, teh, behon, to'yu dan samsu.
(b) Pakaian dan barang-barang dagangan
Cukin, tocang, joseh, 10cuan, kekwa ( bunga ), koyok, cat, gimpai, gincu, tahil, koyan,
ci ( 1/10 tahil ), hun ( 1/100 , I inci ), tohar, tokok, angklong, candu dan kaci.
c) Rumah dan peralatan
Loting, pangkin, ang oh,, loceng, langkan, kangka, bangsal, tongkang, jong, sampan,
beca, langca, pongkis, sempua, sia, tanglong, tangsi, cawan, tekoh, ungcoi, dacing, kok
( belenggu tengkok haiwan) dan cacing.
British
selepas
pendudukan
Jepun,
mereka
cuba
memperkenalkan Malayan Union. Pengenalan ini telah mendapat tentangan yang hebat
dan menyeluruh daripada penduduk tempatan. Pada 11 Mei 1946, penubuhan UMNO
telah menyemarakkan lagi penentangan tersebut dan seterusnya menyemai bibit-bibit
perjuangan ke arah berkerajaan sendiri.
Kemunculan Tunku Abdul Rahman telah memberi sinar harapan kepada
perjuangan penduduk Tanah Melayu ketika itu apabila tindakannya membentuk Parti
Perikatan mula membuka mata British untuk membenarkan pendudukan Tanah Melayu
mentadbir sendiri negaranya. Perpaduan antara tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina
dan India telah menampakkan hasil apabila Perjanjian London yang ditandatangani
pada 8 Februari 1956 telah member petanda bahawa Tanah Meayu akan merdeka
pada 31 Ogos 1957.
Setelah kemerdekaan dicapai, timbul pula masalah berhubung dengan
penubuhan Malaysia yang menggabungkan Sabah, Sarawak dan Singapura.
Penentangan terhadap penyatuan ini datang daripada Parti Rakyat Brunei, Indonesia
dan Filipina. Walau bagaimanapun hasrat untuk membentuk sebuah negara yang
dinamakan Malaysia tercapai pada 16 September 1963.
perindustrian
di
negara
ini
dijalankan
sebagai
usaha
untuk
mempelbagaikan ekonomi negara yang pada masa era 60-an hingga 70-an amat
bergantung kepada getah dan bijih timah. Namun kedua-dua komoditi ini tidak stabil.
Oleh itu kerajaan telah melancarkan program perindustrian seperti yang pernah
diamalkan oleh kerajaan British untuk mencetuskan perkembangan ekonomi yang lebih
pesat dan stabil. Pada tahun 70-an, kerajaan di samping mempelbagaikan ekonomi
telah menitikberatkan pertumbuhan industri yang lebih pesat untuk menampung
keperluan pekerjaan dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam hal ini, tumpuan telah
diberikan
kepada
industri-industri
yang
berasaskan
eksport
dan
industri
menerusi
penggalakan
industri
berat.
Ini
bertujuan
untuk
perkhidmatan
yang
dahulunya
disediakan
oleh
sektor
awam.Dasar
4. Islam Hadari
Pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan kerana ia lebih lengkap dan
menyeluruh berbanding pendekatan Islam secara juzie atau terpisah-pisah seperti
Islam bersifat politik (Islam al-Siyasi), Islam bersifat tasawwuf (Islam al-Sufi) dan
seumpamanya.
Islam Hadhari membawa maksud ajaran Islam yang membawa fokus kepada
kehidupan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat bertamadun dan mempunyai
peradaban yang unggul bagi menghadapi cabaran alaf baru seperti ledakan maklumat,
dunia tanpa sempadan, ekonomi global, budaya meterialisme, krisis identiti, jati diri
serta penjajahan pemikiran.
Pendekatan Islam Hadhari, tidak menolak pentingnya aspek ritual dalam
pembinaan tamadun. Ini kerana pandangan hidup, sistem nilai, kestabilan jiwa dan
kemajuan rohaniah merupakan tonggak kepada pembinaan tamadun yang luhur.
Objektif Islam Hadhari adalah bagi melahirkan individu dan masyarakat yang
mempunyai kekuatan spiritual (rohani), akhlak, intelektual, material, mampu berdikari,
berdaya saing, melihat ke hadapan, inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran
semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai.
5. Budaya 1Malaysia
Konsep 1 Malaysia dengan slogan Satu Malaysia, Rakyat Didahuluka,
Pencapaian Diutamakan merupakan pendekatan baharu bagi menempa sebuah
zaman baru demi menjelmakan sebuah kerajaan yang mengutamakan prestasi
berpaksikan keutamaan rakyat yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak
setelah dilantik sebagai perdana menteri.
Menurut beliau, konsep 1Malaysia dalam pentadbiran baharunya beerti bahawa
kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia - One People dan
mengambil segala tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik di Malaysia.
Pendekatan baharu ini merangkumi elemen yang jelas bagi pembinaan Negara
dengan berpaksikan perpaduan dan integrasi, kepentingan rakyat dan kecemerlangan
bagi melonjakkan kemajuan negara.
Pembentukan 1Malaysia merupakan wadah bagi pembinaan bangsa Malaysia
yang bersatu padu dan membantu Negara ke arah mencapai Wawasan 2020, iaitu
membentuk sesebuah negara yang bersatu dan menyanjung masa hadapan yang
dikongsi bersama.