Anda di halaman 1dari 8

KAUNSELING SILANG BUDAYA

Untuk entri ini, saya nak berkongsi sedikit ciri-ciri kaunselor yang menjalankan kaunseling
Silang Budaya (Cross-culture). Untuk menghuraikan ciri-ciri kaunselor dalam kaunseling
silang budaya terdapat empat elemen yang boleh kita lihat iaitu sikap kaunselor,
pengetahuannya, kemahiran, kaunselor dan kepompong budayanya.
Sikap Kaunselor (Counselor Attitude)
"To know where you are going, you must understand where you come from." Kata-kata ini
dipetik daripada E.F Sherida iaitu The World of Culture Presiden. Dari petikan diatas jelas
menunjukkan bahawa betapa pentingnya untuk seseorang kaunselor itu memahami
siapakah dirinya sebelum mengenali kliennya yang berlainan budaya darinya. Sebagai
kaunselor yang menjalankan sesi silang budaya, adalah perlu untuk dia bukan sekara
mengetahui malah memahami asal-usul dia. Perkara seperti agama, etnik, tradisi dan
pantang larang yang berlegar di sekeliling dirinya perlu disedari supaya tidak menjejaskan
sesi yang dijalankan. Selain itu, kaunselor perlu menyedari nilai budaya yang dipegangnya
bagaimana dia sendiri melihat sesuatu budaya itu daripada sudut pandangannya kemudian
barulah memahami budaya kliennya. Ini penting jika kaunselor sendiri gagal menyedari
wujudnya perbezaan dan persamaan budaya dia dengan kliennya, pasti ada halangan
dalam menjalankan sesi. Untuk itu apapun perbezaan yang timbul dari aspek budaya
kaunselor harus bijak menselesakan dirinya semasa menjalankan sesi. Ingat salah satu
prinsip kaunseling adalah percaya yang setiap manusia itu unik dan berpontensi untuk
berkembang. Jadi apa pun budaya yang diamal oleh klien dia harus menerima tanpa syarat
tetapi tidak perlulah memaksa diri jika rasa tidak pasti yang anda mampu mengendalikan
sesi silang budaya.
Pengetahuan Kaunseling (Counseling Knowledge)
Pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang kaunselor itu sebenarnya antara satu faktor yang
mempengaruhi perjalanan sesi kaunseling silang budaya dan apa-apa jenis sesi sekalipun.
Pengetahuan kaunseling tidak terhad dalam memahami teori-teori tertentu sahaj. Ini kerana
di

dalam

kaunseling

silang

budaya,

kaunselor

perlu

memperkembangkan

lagi

pengetahuannya mengenai budaya-budaya lain. Hal ini akan lebih membantu kaunselor
untuk memahami kliennya. Pengetahuan kaunselor terhadap kliennya juga penting, semasa
penerokaan adalah perlu untuk kaunselor mengetahui sejarah, pengalaman, amala
n tradisi, nilai kebudayaan yang dipegang oleh kliennya.
Kemahiran Kaunselor (Counselor Skill's)

Dalam kaunseling silang budaya, penekanan terhadap empati adalah penting. Kaunselor
perlu tahu memahami secara lisan dan bukan lisan. Biasanya isu yang timbul dalam
kaunseling silang budaya adalah laras bahasa yang digunakan dalam sesi. Sekiranya
terdapat istilah yang tidak difahami kaunselor, dia perlu bertanya kepada klien bagi
memastikan apa yang difahami tentang istilah tertenttu adalah menepati dengan apa yang
klien ingin sampaikan. Oleh itu, kemahiran kaunselor bukan sahaja tentang kemahiran
kaunseling yang dikuasai malah ia merangkumi kemahiran berbahasa dan memahami body
language kliennya. Adalah satu kelebihan jika kaunselor dapat menguasai lebih dari satu
bahasa.
Kaunselor & Kepompong Budaya (Culturally Encapsulated Counselor)
Kegagalan kaunselor untuk mengahadi kepelbagaian budaya dalam sesi silang budaya
disebabkan kaunselor terperangkap dalam kepompong budaya. Kaunselor tidak menyedari
akan wujudnya perbezaan nilai dalam budaya kliennya. Kesannya adakah klien selesa
dengan sesi yang dijalankan? Disini, adalah perlu bagi seseorang kaunselor mengelak
steroetaip dengan melihat kliennya berdasarkan dari mana kelompok asal kliennya. Ini perlu
dielakkan, dan untuk memastikan ini tidak berlaku nilai keterbukaan dan kejujuran perlu
diamalkan oleh seseorang kaunselor itu. Kaunselor perlu bersikap terbuka dengan apa yang
dikongsikan kliennya mengenai budaya atau apa saja. Kaunselor juga perlu jujur dan
bersikap telus dengan apa yang difikirkan. Oleh itu, dengan cara ini kaunselor dapat
mengelak culturally encapsulated yang membawa kesan negatif kepada perhubungan
teraputik antara klien dengan kaunselor.

Kaunseling Silang Budaya Secara Umum dan


Bagaimana Ia Relevan Dalam Konteks
Sekolah Rendah
Kaunseling Silang Budaya Secara Umum
Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang bangsa, budaya, dan agama. Oleh kerana
itu, perkhidmatan kaunseling juga harus seiring dengan akar yang wujud sekian dalam di
negara ini. Perkhidmatan yang dimaksudkan adalah perkhidmatan kaunseling silang
budaya. Perkara asas dalam negara ini adalah persefahaman antara satu sama lain. Maka,
dengan itu perkhidmatan ini sangat releven dan berguna kepada masyarakat Malaysia.
Berdasarkan kesefahaman inilah yang memudahkan setiap sesi silang budaya yang
dijalankan menampakkan kelancaran. Penggunaan bahasa yang selaras iaitu bahasa
kebangsaan dan bahasa-bahasa lain yang difahami oleh masyarakat Malaysia menjadi satu
peluang keemasan dalam penyelidikan kompenan silang budaya itu sendiri. Melihat kepada
kenyataan yang dinyatakan oleh sesetengah pengkaji bahawa tiada satu teori pun yang
sesuai untuk kelancaran kaunseling silang budaya, oleh itu, ia lebih tertumpu kepada
keterbukaan pelbagai teknik yang sesuai dengan budaya yang ada.
Situasi ini merupakan cabaran bagi kaunselor di Malaysia kerana mereka perlu
memahami budaya masyarakat yang ada dan kewujudan budaya baru yang melibatkan
perkahwinan campur. Kaunselor perlu berhati-hati dengan setiap perkataannya kerana
kepelbagaian budaya yang unik di Malaysia ini sangat menarik dan perlu difamahi dengan
teliti supaya kaunselor tidak tersalah memberi tafsiran dan pandangan yang boleh
mennjejaskan padangan budaya klien.
Disebalik keunikan ini ada kekangannya iaitu dari segi pemikiran dan komunikasi
yang berkesan. Walaupun negara ini mempunyai bahasa kebangsaannya sendiri. Namun,
terdapat pelbagai dialek dan bahasa yang masih pekat dibibir masyarakat di Malaysia ini.
Oleh yang demikian, penggunaan bahasa yang standard dapat memudahkan sesi supaya
berlangsung dengan lancarnya. Bagi memudahkan sesi, kaunselor sendiri perlu lebih
terbuka dalam memahami setiap dialek dan bahasa yang diamalkan oleh masyarakat di
Malaysia ini dan memahami budayanya sekali.
Selain itu, faktor agama juga perlu dititikberatkan dalam penelitian kaunselor supaya
memahami sensitiviti ini dan kaunselor perlu memahami perlembangaan Malaysia bahawa
agama Islam adalah agama rasmi Malaysia dan kaum-kaum lain boleh mengamalkan
agama masing-masing. Berlandaskan perlembagaan ini kaunselor perlu memahami nilai
dan pegangan sesuatu agama itu bagai memastikan kaunselor tidak meletakkan nilai pada
klien. Dalam hal ini, penekanan prinsip penerimaan tanpa syarat adalah sangat berguna.

Dalam mengwujudkan masyarakat yang sejahtera dan harmoni. Fungsi kaunselor


dalam negara yang berbilang bangsa seperti Malaysia ini adalah sangat diperlukan. Kini,
telah banyak sektor swasta yang menawarkan perkhidmatan kaunseling untuk masyarkat
umum dan perkhidmatan ini digunakan oleh maysrakat yang mempunyai masalah yang
tidak boleh diselesaikan secara sendiri. Oleh itu, peranan seorang kaunselor adalah sangat
penting. Kaunseling silang budaya boleh dilakukan dalam sesi individu, kelompok, keluarga
dan lain-lain.
Lantaran itu, adalah wajar setiap bakal kaunselor dilatih untuk menjalankan
kaunseling silang budaya supaya apabila dia berada di lapangan masyarakat dia akan dapat
menjalankan sesi silang budaya dengan berkesan. Namun begitu, dapat kita lihat bahawa
Malaysia masih lagi belum mencapai tahap perkembangan dalam aspek kaunseling silang
budaya ini. Tidak banyak kajian berkenaannya sedangkan negara kita mempunyai
masyarakat yang berbilang bangsa. Keadaan ini masih berlum berkembang sepenuhnya
dan diharapkan selepas ini Malaysia akan menjadi peneraju dalam penyelidikan kaunseling
silang budaya.
Kesimpulannya, tidak terdapat satu teknik atau kaedah pun yang sesuai digunakan
oleh pegawai psikologi atau kaunseling dalam menjalankan sesi kaunseling silang budaya.
Banyak cara dan kaedah yang boleh diguna pakai oleh mereka untuk menjalankan sesi dan
menjadikan sesi bergerak secarak efektif dan kreatif. Asasnya kaunseling silang budaya ini
sangat signifikan dan relevan dijalankan di Malaysia.
Kaunseling Silang Budaya Relevan dalam Konteks Sekolah Rendah
Dalam era globalisasi masa kini, dapatlah kita lihat bahawa di negara ini telah banyak
menganjurkan pelbagai program bagi mengukuhkan perpaduan yang telah lama terjalin
sejak zaman sebelum pemerintahan penjajah lagi. Setelah kemasukan penjajah asing ke
negara ini telah tercetusnya sedikit kepincangan dalam perpaduan kaum di Malaysia.
Melihat kepada konteks sekolah iaitu sekolah rendah yang masyarakatnya terdiri daripada
pelbagai kaum dan agama, keperluan kaunseling silang budaya adalah sangat relevan
untuk dilaksanakan. Hal ini adalah kerana perpaduan yang ingin dikecapi seharusnya
dimulakan daripada usia kanak-kanak lagi bak kata peribahasa meluntur buluh biarlah dari
rebung.
Setiap kumpulan atau kaum yang berbeza mempunyai identiti atau cara yang unik
dan tersendiri terutama dalam pembentukan kumpulan mengikut budaya, agama, kaum, dan
etnik masing-masing yang dipegang. Oleh hal yang demikian, kaunseling silang budaya
adalah sangat relevan dalam konteks sekolah rendah kerana pada masa itulah bermulanya
kanak-kanak mengenali dengan lebih mendalam lagi tentang kewujudan kaum dan agama
lain yang dianutinya. Oleh itu, kepentingan seseorang kaunselor dalam memilih atau
mengembangkan teori, teknik dan kaedah dalam memahami setiap budaya adalah perlu

bagi memastikan limitasi dalam sesi di sekolah tidak berlaku. Dalam pada itu, satu teknik
atau teori yang universal dan boleh diguna pakai oleh semua kaunselor di sekolah adalah
perlu dalam mengendalikan kes silang budaya kepada murid-murid di sekolah hari ini yang
wujud dengan kepelbagaian yang ada dalam diri setiap individu itu sendiri.
Sistem universal ini telah lama dikenali iaitu teori pemusatan perorangan yang
dipelopori oleh Carl Rogers. Teori ini pada mulanya telah dikenali sebagai teori pemusatan
insan dan seterusnya berkembang sehinggalah dikenali sebagai teori pemusatan
perorangan. Antara elemen penting yang digariskan ialah tentang menghormati klien. Ianya
mengambil kira mempercayai klien mampu mengubah dirinya dengan mengambil
tanggungjawab ini dalam membuat keputusan bagi dirinya yang difikirkan olehnya sendiri
adalah benar. Dalam Melati Sumari et. al (2014) menyatakan bahawa Rogers mempunyai
pendirian yang cukup teguh mengenai sifat tabii manusia yang bersifat baik, boleh
dipercayai, mempunyai keupayaan dalam menentukan hala tuju yang baik dan boleh
berkembang secara positif ke arah mencapai pembenaran kendiri (self-actualization).
Manusia dianggap mempunyai sifat-sifat positif dan mempunyai keinginan untuk berfungsi
sepenuhnya, iaitu hidup dengan seberapa berkesan yang boleh. Jika seseorang itu
dibenarkan untuk berkembang bebas, dia akan berkembang dengan sempurna dan akan
menjadi individu yang positif dan Berjaya (Choong Lean Keow, 2010). Oleh hal yang
demikian, dengan mengaplikasikan teori ini maka relevanlah konteks kaunseling silang
budaya jika seseorang kaunselor memberi kepercayaan kepada setiap kliennya iaitu muridmurid di sekolah yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama untuk terus berkembang
ke arah konsep kendiri.
Seterusnya, elemen penting yang digariskan ialah keikhlasan dimana seorang
kaunselor di sekolah bertindak dalam perhubungan yang sebenar dan bukannya menjadi
seorang yang mengetahui semua perkara sebaliknya menjadi diri sendiri yang lebih
ditekankan dalam membantu klien yang berfokus kepada silang budaya. Dengan erti kata
lain, seorang kaunselor di sekolah yang mempunyai klien pelbagai kaum dan agama
seharusnya menjadi kongruen. Kaunselor yang kongruen bermaksud kaunselor yang tidak
berpura-pura semasa proses kaunseling dijalankan. Ketulenan yang ada pada seseorang
kaunselor dapat dirasai oleh klien dan berupaya mewujudkan suasana yang terapeutik. Jika
sifat ketulenan atau kongruen wujud dalam diri seorang kaunselor yang mengendalikan klien
daripada pelbagai budaya, maka klien-klien koaunselor berkenaan akan dapat merasakan
diri mereka begitu dihargai walaupun berbeza kaum dan agama.
Perasaan empati juga merupakan modal utama dalam teori ini dengan menunjukkan
perasaan empati sahaja yang dapat membuatkan seseorang kaunselor itu memasuki dunia
kliennya dan mula meneroka isu sebenar klien dengan lebih terbuka. Sekiranya perasaan
empati ini tiada, klien akan mula menutup perasaannya untuk dikongsikan dan proses
penerokoaan akan sukar dijalankan. Hal ini akan menyebabkan seseorang kaunselor akan
mengalami kesukaran apabila berhadapan dengan klien yang berbeza kaum dan agama

kepadanya. Langkah berhati-hati atau berjaga-jaga harus sentiasa diberi perhatian oleh
seseorang kaunselor yang menerima klien daripada pelbagai kaum dan budaya di sekolah.
Oleh hal yang demikian, dengan menggunakan dan mengaplikasikan teori ini maka sangat
relevan konsep kaunseling silang budaya dalam konteks sekolah rendah pada masa kini.
Dalam pada itu, komunikasi yang berkesan juga adalah amat dititikberatkan semasa
menjalani sesi kaunseling. Abdullah Hassan & Ainon Mohd (2000) menyatakan bahawa
fungsi komunikasi manusia ialah menjalinkan hubungan antara manusia dengan manusia.
Manusia ialah haiwan yang berkelompok, iaitu mereka tidak boleh hidup bersendirian.
Manusia memerlukan sahabat, pasangan, anak-anak dan kaum keluarga. Dengan cara
berkomunikasi manusia dapat menjalinkan hubungan persahabatan, kasih sayang,
kekeluargaan dan bermasyarakat. Hal ini telah nyata menjelaskan bahawa untuk seseorang
kaunselor seharusnya mempunyai atau mewujudkan hubungan sebelum komunikasi yang
lebih mesra dijalankan lebih-lebih lagi dalam konteks komunikasi silang budaya. Masalah
komunikasi akan berlaku dalam sesi kaunseling silang budaya jika seseorang kaunselor
tidak menguasai konsep kaunseling silang budaya. Oleh hal yang demikian, seseorang
kaunselor perlu memastikan bahawa dia telah siap sedia untuk menerima klien dan bersedia
dengan komunikasi yang dipertuturkan untuk memudahkan proses kaunseling itu sendiri.
Memahami perbezaan tingkah laku verbal dan bukan verbal akan membantu dalam
menjalani sesi kaunseling silang budaya. Klien dengan sendirinya akan menilai dirinya
sekiranya kualiti kaunselor dalam menghormati dan penerimaan tanpa syarat serta
memahami klien dari sudut perspektifnya sendiri akan membantu klien berkembang dengan
sendirinya. Begitulah unik nya teori yang dikemukakan oleh Carl Rogers.
Satu lagi yang difikirkan penting adalah pengstukturan dalam sesi kaunseling dimana
klien yang datang dari kaum dan agama yang berbeza mempunyai limitasi yang tersendiri
dan dengan cara mengingatkan peranan yang bakal dimainkannya akan memudahkan
proses kaunseling itu sendiri. Proses ini membantu klien daripada tidak mempunyai
matlamat sesi dan kemudian lebih fokus kepada isu yang akan dibincangkan dan ia akan
membuatkan sesi menjadi lebih kondusif dan bersistematik.
Kaunseling silang budaya juga adalah sangat relevan dalam konteks sekolah rendah
kerana pada ketika itulah kanak-kanak di sekolah dibimbing untuk menerima kaum dan
agama lain agar tidak berlakunya sebarang masalah yang tidak diingini. Tidak hairanlah jika
media massa melaporkan bahawa rusuhan kaum bermulanya daripada sekolah rendah lagi
kerana pelbagai cara rusuhan berkenaan boleh berlaku di peringkat kanak-kanak lagi.
Perkara yang dibimbangkan ialah apabila berlaku rusuhan kaum di sekolah rendah, ia akan
melunar kepada ibu bapa dan seterusnya kepada masyarakat. Hal ini akan menyebabkan
negara kita yang masih aman dan tenteram akan menjadi kacau-bilau. Oleh itu, peranan
seorang kaunselor amat ditagih untuk melahirkan satu budaya yang boleh diamalkan oleh
semua murid-murid di sekolah walaupun terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

Satu teori yang boleh digunakan oleh seorang kaunselor dalam melahirkan murid
yang berfikiran terbuka dan sentiasa menerima kaum dan agama orang lain ialah teori
gestalt di dalam aliran humanistik. Teori ini telah dipelopori oleh seorang ahli psikologi yang
bernama Frederick Pelrs atau dikenali sebagai Fritz Pelrs (1893-1970). Perkataan Gestalt
berasal daripada bahasa Jerman yang bermaksud sempurna, atau satu bahagian yang tidak
boleh dipisahkan daripada bahagian-bahagian lain. Dalam bahasa lebih mudah, manusia
perlu difahami secara menyeluruh dan bukan aspek-aspek tertentu sahaja. Jika tdak,
pemahaman tentang manusia itu menjadi tidak tepat.
Hubungan seseorang klien atau murid dengan persektiaran yang terdiri daripada
pelbagai kaum dan agama mungkin sedikit sebanyak melibatkan mereka terhadap
gangguan boundaries. Kesukaran menerima kepercayaan, adat resam dan budaya orang
lain menyebabkan mereka menjauhkan diri dan mengasingkan diri daripada kesemua
perkara tersebut lalu beranggapan dengan menjauhkan diri dan mengasingkan diri mereka
dapat memelihara diri mereka sendiri.
Kepakaran seseorang kaunselor amatlah ditagih bagi membentuk atau membantu
klien menjadi celik akal atau arif diri dalam menerima diri mereka sendiri dan orang lain serta
alam persekitarannya. Dalam teori gestalt terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan
dalam sesi kaunseling di sekolah rendah. Melihat kepada konsep kaunseling silang budaya
yang kini relevan di sekolah rendah, teknik yang sesuai digunakan dalam teori gestalt ialah
teknik ekperimen. Eksperimen dalam gestalt terdiri dalam pelbagai bentuk seperti lakonan,
kerusi kosong, kerja rumah atau aktiviti yang perlu disiapkan diantara dua sesi. Bentuk yang
sesuai untuk digunakan kepada klien silang budaya ialah kerusi kosong yang melibatkan
dua kerusi. Kedua-dua kerusi ini mewakili perasaan positif dan negatif yang dirasai klien. Ia
bertujuan melahirkan konflik dalaman klien (Melati Sumari et al, 2014).
Untuk mengaplikasikannya kepada klien silang budaya bagi membantu klien tersebut
mencapai celik akal agar menerima diri sendiri dan bduaya orang lain, kaunselor boleh
mengarahkan klien untuk duduk di kerusi positif bagi menyatakan perasaan positifnya
terhadap kaum dan agama orang lain. Seterusnya, kaunselor mengarahkan supaya klien
duduk di kerusi negative dan meluahkan perasaan negatifnya terhadap kaum dan agama
lain. Akhir sekali, kaunselor akan membantu klien tersebut untuk mencapai celik akan atau
arif diri berpandukan kepada teknik ekperimen tadi. Setelah klien mencapai celik akal, maka
klien tersebut akan boleh menerima diri sendiri dan kaum dan agama orang lain. Oleh hal
yang demikian, dapatlah kita lihat bahawa konsep kaunseling silang budaya dalam konteks
sekolah rendah adalah sangat relevan pada masa kini.

Kesimpulannya, tiada satu pun teori atau teknik khusus yang boleh digunapakai
secara kekal kepada mana-mana kelompok kaunseling yang berbeza dan datang dari
pelbagai budaya. Hal ini juga adalah kerana gabungan teori dan kaedah dari pelbagai
sumber amat diperlukan dalam memastikan keadaan sesi menjadi lebih efektif dan tidak

hanya tertumpu kepada satu teori yang belum tentu sesuai dengan keadaan budaya dan
perbezaan yang ada dalam diri setiap klien. Oleh hal yang demikian, peranan kaunselor
sendiri yang amat penting untuk menjadi lebih proaktif dalam mengendalikan murid-murid di
sekolah yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama memandangkan konsep kaunseling
silang budaya kini dilihat relevan di sekolah rendah.