Anda di halaman 1dari 1

KESIMPULAN

Akhirnya, kami telah menyelesaikan tugasan projek ini dengan berjaya. Kami
telah mempelajari pelbagai fakta melalui tugasan projek ini. Kami telah memahami
tentang keberkesanan guru dan cabaran semasadengan lebih baik. Selain itu, untuk
meningkatkan profesion keguruan, pengamalan dan budaya refektif perlu lebih
diperkukuh.
Menurut Syed Ismail dan Ahmad (2012), guru perlu meningkatkan
profesionalisme diri melalui pelbagai strategi amalan reflektif agar dapat memikul
tanggungjawab tersebut. Menurut mereka lagi, amalan reflektif adalah sangat
penting dalam pembentukan profesionalisme keguruan. amalan ini akan bertindak
serta mempunyai hubungan dan kesinambungan dalam mengekalkan serta
membentuk peribadi professional dalam diri setiap guru.
Guru sebagai pemangkin perlu memberikan pendedahan amalan proses
pengajaran dan pembelajaran kepada murid supaya mereka dapat membina daya
pemikiran yang analitikal, kritis, dan kreatif bagi menghadapi perubahan-perubahan
semasa. Pelbagai kebaikan dapat diterapkan kepada pihak tertentu melalui guru dan
cabaran semasa ini kerana dapat menyumbang ke arah pembangunan akademik
dan sosial murid-murid di sekolah.
Setiap nota-nota yang telah kami kumpulkan telah memberi impak yang besar
kepada kami. Kami berasa kagum dengan sumbangan guru dan cabaran semasa
yang memainkan peranan penting dalam mengekalkan kelancaran berlakunya
proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Kaedah proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer yang
berdasarkan pengaplikasiaan TMK akan memberikan hasil yang berbeza.
Kemampuan setiap pelajar akan mempengaruhi cara seseorang guru itu
melaksanakan TMK melalui pengajaran dan pembelajarannya.
Sekian, terima kasih.