Anda di halaman 1dari 13

7 MITOS PELABURAN YANG WAJIB KITA JAUHI

Suzardi Maulan July 13, 2010


Pelaburan adalah common sense.
Namun masih ramai yang berpendapat sebaliknya. Barangkali pendapatan itu sebenarnya
adalah satu mitos sahaja. Dongeng. Tahyul.
Jadi sepatutnya kita dapat buat untung, tetapi apa yang berlaku duit lebur semuanya. Berikut
adalah 7 mitos pelaburan yang wajib kita jauhi:
1. Percaya ada produk pelaburan paling sempurna
Beli hari ni, tutup mata, tidur, esok lusa untung. Amboi amboi
Cari bidang pelaburan yang kita faham. Misalnya, pasaran saham sifatnya cair (liquid). Er,
maksudnya mudah nak beli dan jual semula. Walaupun begitu, saham yang dibeli pada harga
yang lebih tinggi daripada nilai adalah berisiko tinggi.
Bukan saham, emas, hartanah, pasaran hadapan, MLM dan sebagainya yang jadikan kita
kaya, tetapi apa yang kita tahu mengenai bidang-bidang tersebut yang menjadikan kita
berduit.
2. Percaya ada teknik pelaburan paling sempurna
Sudahlah mahu cari produk yang paling sempurna, mahu pula tahu teknik pelaburan yang
paling hebat. Sedangkan, tidak ada teknik pelaburan yang sempurna.
Walaupun rumah lelong dibeli dengan harga di bawah harga pasaran, tetapi jika kita tidak
buat site inspection terlebih dahulu tidak mustahil kita beli rumah yang sudah rosak
teruk. Apa yang kita perlu buat adalah cari teknik yang kita faham, bukannya holy grail
system.
3. Percaya sifu sentiasa betul, jadi ikut sahaja
Hari ni sifu beli CPO harga berapa?
Warren Buffett, manusia paling kaya hanya dengan aktiviti pelaburan pun pernah buat silap
dengan kerugian beratus US$ juga. Sifu juga manusia biasa. Cumanya, perbezaan utama anak
murid dan sifu adalah
4. Percaya cara masuk (entry) lebih penting dari keluar (exit strategy)
Pelabur professional sentiasa ada jalan untuk keluar, baik ketika rugi mahupun ketika untung.
Masuk cukup cuma satu pintu, tetapi untuk keluar mesti ada banyak pintu. Malangnya, ramai
dari kita hanya berminat mahu tahu yang mana satu pintu masuk tetapi pintu keluar langsung
tidak mahu ambil tahu.
1

Jangan beli beli dan beli sahaja tetapi tidak tahu bagaimana untuk jual.
Ya, exit strategy adalah lebih penting dari entry strategy. Semua orang boleh beli, tetapi
bukan semua orang boleh beli dan jual semula dengan keuntungan.
5. Percaya high risk mesti high return
Saya pemalu orangnya bila masuk bab memasak (ayat cover untuk beritahu saya tidak pandai
masak). Adakah patut Istana Negara melantik saya menjadi chef untuk majlis santapan
diRaja? Orang kata high risk high return bukan ?
Risiko ditentukan sejauh mana kita faham dengan sesuatu pelaburan dan bagaimana kita
menguruskan risiko.
6. Mesti sentiasa optimis. Fikir untung untung untung.
Betul, kita melabur untuk buat untung. Tidak ada orang melabur untuk rugi.
Sesungguhnya untuk menjadi pelabur yang berjaya, kita perlu fikir yang buruk-buruk dahulu
kemudian baru fikir yang untung. Sekiranya kita terus fikir yang untung-untung sahaja, kita
akan dikuasai emosi; emosi pula adalah satu alam misteri.
7. Orang lain akan fikirkan pelaburan saya
Jangan perasan. Tiada siapa fikirkan mengenai diri kita.
Cuba fikir semula, bila kita menatap gambar kita yang diambil beramai-ramai dengan rakan
kita, wajah siapa yang kita cari dulu? Diri sendiri, Sudin, Hawa atau Tom ?
Kita pun tak tengok orang lain dulu dan peliknya, kita berharap pula orang lain tengok diri
kita dulu. Begitu juga dalam pelaburan. Orang lain tidak ambil peduli mengenai kita
melainkan kita ada sesuatu untuk mereka.
Be in control of your own investment.

4 LANGKAH MEMBUAT WATCHLIST


BERGANTUNG DENGAN ORANG LAIN

SAHAM

SENDIRI

TANPA

PERLU

by Suzardi Maulan

Bab ini membantu kita untuk membuat satu senarai pendek, iaitu senarai syarikat-syarikat
yang sesuai dengan diri kita. Syarikat yang kita faham. Bisnes yang berada dalam circle of
competence kita.
Langkah ini penting kerana sehingga Disember 2013, sebanyak 911 buah syarikat
disenaraikan di Bursa Malaysia. Manakala, 650 syarikat atau 71.4% dari jumlaj tersebut
adalah patuh Shariah. Adalah mustahil bagi kita untuk menganalisa dan membeli kesemua
syarikat tersebut.
Justeru apa yang perlu kita buat adalah membuat satu senarai, atau kita panggil watchlist,
yang mengandungi sebanyak mungkin syarikat berdasarkan kriteria tertentu. Bermula dengan
kefahaman kita tentang operasi bisnesnya. Kefahaman yang dimaksudkan sudah pasti
berbeza-beza antara seorang pelabur dan seorang pelabur yang lain.
Misalnya, pelabur yang bekerja di dalam sektor oil & gas sudah tentu mempunyai lebih
kefahaman untuk melabur dalam syarikat-syarikat dalam sektor berkenaan berbanding
pelabur yang bekerja di luar sektor tersebut.
Manakala pelabur suri rumah pula sudah tentu mempunyai kefahaman yang lebih jika
melabur dalam syarikat yang mengeluarkan produk barangan harian seperti gula, tepung,
minyak masak, telur, kain dan sebagainya.
Sehari Dalam Kehidupan Lan.
Lan memulakan hari setiap hari dengan menikmati sarapan. Dia suka makan biskut kering
cap ping pong keluaran, Hup Seng Industries (Hupseng:5024) sambil cecah ke dalam air milo
panas yang dikeluarkan oleh Nestle (M) Bhd (Nestle:4707).
Usai sarapan, Lan memandu kereta Toyota yang dikeluarkan oleh UMW Holdings Bhd
(UMW:4588) untuk pergi ke tempat kerja. Dalam perjalanan Lan pun singgah ke stesen
BHPetrol milik Boustead Holdings Bhd (BSTED: 2771) untuk mengisi petrol dan
mengeluarkan duit dari mesin ATM CIMB Bank (CIMB:1023).
Sampai di pejabat, meja sudah dipenuhi fail yang dikeluarkan oleh Asia File Corporation Bhd
(ASIAFLE:7129). Belum pun sempat duduk, telefon pejabat pula berbunyi servis
disediakan oleh Telekom Malaysia Bhd (TM:4863). Mood Lan terus panas sebab pagi-pagi
lagi dah kena marah dengan bos ditambah pula dengan bekalan elektrik (Tenaga Nasional
Bhd Tenaga:5347) terputus seketika. Baru sahaja menenangkan diri, sms masuk ke telefon
bimbit (guna line DIGI:6947) isterinya beritahu keretanya terlibat kemalangan kecil. Nasib
baik ada polisi dengan syarikat Takaful Malaysia (Takaful:6139)
Di sekeliling kita sebenarnya ada pelbagai potensi syarikat yang saham-sahamnya kita
mampu beli. Adakah kita menyedarinya ?
3

Sekarang, sediakan sehelai pen dan kertas. (Okay, guna aplikasi telefon pintar pun boleh).
4 Langkah Membina Watchlist Sendiri
Langkah 1: Yang Halal-Halal Sahaja
Tuan wajib melabur dalam syarikat yang berstatus patuh Shariah sahaja. Caranya mudah
sahaja.
1. Untuk melihat sekali imbas, pergi ke laman web Bursa Malaysia > Securities > Prices
dan tick Shariah Compliant. Syarikat yang berstatus patuh Shariah mempunyai simbol [S]
di sebelah nama mereka.

2. Manakala untuk mendapatkan status syarikat yang lebih spesifik, misalnya untuk
menyemak status Shariah syarikat-syarikat yang bermula dengan abjad S, pergi ke website
Bursa Malaysia > Listed Companies > Main Market, pilih alphabetical S dan semak di
situ. Syarikat yang berstatus patuh Shariah mempunyai simbol [S] di sebelah nama mereka.

3. Setiap online trading platform juga ada menunjukkan sama ada sesuatu syarikat itu
berstatus patuh Shariah atau tidak. Sila rujuk syarikat broker untuk maklumat lanjut.
4. Manakala untuk senarai yang lebih komprehensif, sila muat turun di laman web
Suruhanjaya Sekuriti. Sila klik link berikut bawah:
Senarai Sekuriti Patuh Shariah
Langkah 2: Senaraikan Ke Mana Duit Gaji Habis
Buat senarai perbelanjaan bulanan yang ringkas. (Ehem, yang lebih bersistematik sila
dapatkan di www.PanduanCashflow.com). Senaraikan syarikat-syarikat yang kita beri mereka
duit gaji kita setiap bulan.

Contohnya, apabila kita pergi membeli barangan dapur. Kita lalu di rak-rak yang menjual
biskut-biskut seperti gambar di atas. Setiap bulan kita memang pasti membeli biskut-biskut
tertentu untuk dimakan.

Bayangkan jika kita menghabiskan RM 15 sebulan untuk membeli biskut dan ada 100,000
lagi pembeli buat perkara yang sama setiap bulan. Berapakah pendapatan syarikat biskut
tersebut setiap bulan? Berapa pula pendapatan syarikat tersebut selama 1 tahun?
Namun, tidak semua syarikat berstatus berhad. Maka kita perlu teliti pembungkusan tersebut
dan cari status syarikat tersebut. Atau Google sahaja jenama yang kita suka. Senarai
pendekkan syarikat berstatus berhad sahaja.

Dutch Lady Milk Industries Bhd


5

Langkah 3: Siapa Yang Beri Kita Gaji?


Kita bekerja dalam sektor apa?

Kesihatan.

Perkhidmatan awam.

Pembinaan.

Oil & gas.

Pelancongan.

Dan seterusnya.

Kita lebih tahu barangan dan servis apa yang diperlukan oleh syarikat / organisasi kita
bekerja. Walaupun kita barangkali bekerja di sektor kerajaan, ia bukanlah masalah. Walaupun
perkhidmatan awam bukan bisnes, tetapi sektor kerajaan adalah antara pelanggan terbesar
syarikat tertentu.

Syarikat mana yang membekalkan ubat, sarung tangan perubatan?

Syarikat mana yang membekalkan alat tulis, fail dan stapler?

Syarikat mana yang mendapat projek-projek pembangunan kerajaan?

Syarikat mana yang baru menang tender dari PETRONAS?

Syarikat mana yang membekalkan barangan keperluan dan perkhidmatan


untuk memenuhi kehendak pelancong tempatan dan luar?

Senaraikan syarikat berhad yang sering menerima manfaat dari syarikat / organisasi tempat
kita bekerja.
Langkah 4: Apa Hobi Kita?

Memasak?

Berkebun?

Modify kereta?

Ubah suai rumah?

Melayari internet?

Berapa banyak duit yang kita telah habiskan untuk memenuhi hobi masa lapang kita?

Syarikat mana yang membekalkan telur?


6

Syarikat mana yang membekalkan baja?

Syarikat mana yang membekalkan alat ganti kereta?

Syarikat mana yang mengeluarkan tiles, barang-barang buat kabinet


dapur, simen?

Syarikat mana yang membekalkan broadband?

Senaraikan syarikat berhad yang sering menerima manfaat dari hobi kita.
Hanya dengan melakukan 4 langkah mudah ini, insyaAllah kita pasti mempunyai satu senarai
yang mengandungi antara 15-25 syarikat seterusnya dapat memulakan analisa dengan lebih
mendalam.

STRATEGI PELABURAN SAHAM CARA ORANG MALAS


by Suzardi Maulan

Syarikat-syarikat di Bursa Malaysia ini ada yang bersaiz kecil, sederhana dan besar.
Perspektif.
Syarikat Lay Hong Berhad, pengeluar telur berjenama Nutriplus, kita dapat beli di Bursa
Malaysia dengan harga RM 70 juta (jika kita mahu memiliki sahamnya 100%). Manakala
Sime Darby Berhad, syarikat perladangan terbesar pula berharga RM 53 bilion.
Justeru, satu penanda aras atau indeks-indeks saham ini diwujudkan untuk mengukur prestasi
syarikat-syarikat ini secara berkelompok mengikut saiz atau sektor. Indeks saham yang sering
dilaporkan di media-media adalah FTSE Bursa Malaysia KLCI.
Kuala Lumpur Composite Indeks (KLCI)
KLCI merupakan indeks yang mengira turun naik harga saham secara agregat, untuk 30
syarikat yang paling besar mengikut saiz modalnya. 30 syarikat ketika saya menyediakan
tutorial ini ialah:

Sumber: Maybank Investment.


Namun KLCI merupakan indeks yang bercampur antara syarikat-syarikat berstatus patuh
Shariah dan yang tidak.
Jadi apabila media melaporkan KLCI naik 10 mata, atau turun 25 mata, apa yang berlaku
sebenarnya syarikat-syarikat yang berstatus indeks ini secara majoritinya naik atau turun
harganya. Ia tidak menggambarkan kesemua 900 lebih syarikat di Bursa Malaysia adalah naik
atau turun.
Ya, cuma 30 syarikat bersaiz besar tertentu sahaja.
Syarikat-syarikat yang berstatus indeks (index constituents) ini berubah-ubah mengikut
kiraan yang ditentukan oleh penyelia indeks sedia ada, iaitu FTSE. Ada kriteria tertentu yang
digunakan oleh FTSE untuk menentukan sama ada sesuatu syarikat itu layak memasuki
sesuatu indeks atau tidak. Indeks-indeks lain yang ada di Bursa Malaysia adalah seperti
berikut:
+
FTSE
Bursa
Malaysia
KLCI
+
FTSE
Bursa
Malaysia
Mid
70
+
FTSE
Bursa
Malaysia
Top
100
+
FTSE
Bursa
Malaysia
Hijrah
Shariah
+ FTSE Bursa Malaysia Asian Palm Oil Plantation Index (USD & MYR)
Indeks Lepas Jatuh, Naik Semula

Index
Index
Index
Index

Syarikat-syarikat yang menjadi komponen KLCI adalah syarikat-syarikat bermodal besar,


yang sudah pasti menjadi penyumbang utama kepada pengiraan kasar pendapatan ekonomi
negara.
Jadi, walaupun indeks mengalami kejatuhan teruk, selagi mana struktur ekonomi negara kita
adalah baik maka syarikat-syarikat ini akan terus membuat untung, seterusnya membuatkan
indeks akan naik semula selepas kejatuhan teruk KLCI. Tidak ada perkara yang dapat naik
setiap masa tanpa mengalami kejatuhan sementara.
Maka, setiap kali berlaku kejatuhan yang teruk, kejatuhan yang dahsyat sehingga
menyebabkan mata indeks jatuh beratus-ratus mata, beranikan diri untuk membeli
syarikat-syarikat yang menjadi komponen indeks.
Ya, beli ketika orang lain bercerita teruknya kejatuhan pasaran saham!
Semak syarikat-syarikat indeks yang berstatus patuh Shariah dan beli antara 5 ke 10 syarikat
mengikut modal yang kita ada. Beri masa 3 tahun kerana lepas berlaku kejatuhan teruk,
pasaran tidak terus menaik. Ia mengambil masa.
Kerbau naik tangga. Hanya beruang terjun tingkap!
Prestasi Dividen Syarikat-Syarikat Indeks
Kelebihan seterusnya membeli syarikat-syarikat indeks adalah kebanyakan (tidak semua)
daripada syarikat-syarikat ini memberikan dividen.

Sumber: Klik Sini


Ketika ebook ini ditulis, mata KLCI adalah tinggi. Walaupun tinggi, masih ada syarikat
berkaitan indeks yang dapat memberikan dividen lebih dari 3%.
Dividen yield sepertimana yang boleh dilihat dalam gambarajah di atas, berkait rapat dengan
harga. Justeru, jika kita membeli syarikat-syarikat ini pada harga yang rendah, dengan syarat
prestasi pendapatan syarikat masih sama, maka kita dapat memperoleh pulangan dividen
yang lebih tinggi. Berikut adalah sejarah kadar dividen Telekom Malaysia Berhad.
2007:
2008:
2009:
2010:
2011:
2012:
2013: 4.3% 3.7%

4.4

%
6.1%
8.1%
6.4%
5.8%
4.3%

3.7%
3.8%
5.4%
5.4%
3.7%
3.0%

Kejatuhan indeks semasa krisis sub-prima 2008 menyaksikan kadar dividen yang diberikan
oleh Telekom Malaysia dapat mencecah 8.1% kerana harga sahamnya jatuh. Sementara
menunggu kenaikan semula harga syarikat-syarikat seperti ini, kita dapat menikmati pulangan
dividen yang tinggi.
Exchage Traded Fund (ETF)
Untuk pelabur yang bermodal lebih kecil dan tidak dapat membeli syarikat-syarikat indeks
dengan banyak, maka pilihan lain adalah membeli kaunter exchange traded fund (ETF).
Sekarang sudah ada dua ETF yang patuh Shariah yang telah dapat kita beli iaitu Dow Jones
Islamic Market Malaysia Titans 25 Index atau lebih dikenali sebagai MyETFDJ dan
MSCI Malaysia IMI Islamic High Dividend Yield 10/40 Index (MyETF-MMID).
Seandaiknya MyETFDJ dijual pada harga RM 1.135. Maka untuk membeli 1 lot (100 unit)
MyETFDJ cuma RM 113 sebelum kos-kos berkaitan lain. Maka, sekiranya kita mampu
menyimpan RM 100 sebulan, selepas 10 bulan kita dah dapat membeli sebanyak mungkin
unit MyETFDJ dengan modal RM 1,000.
Dimudahkan cerita, ETF adalah seperti skim saham amanah, cuma kita berjual beli menerusi
Bursa Malaysia dengan kos yang lebih rendah. Ya, beli sama seperti saham-saham yang lain.
Sama seperti syarikat yang lain, ia juga ada memberikan dividen.
MyETF membeli syarikat-syarikat indeks juga, dan ia lebih mudah diuruskan kerana kita
cuma perlu membeli satu kaunter sahaja. Justeru setiap kali indeks KLCI mengalami
kejatuhan teruk kita boleh juga terus membeli MyETF dengan banyak.

10

Untuk mendapatkan maklumat penuh mengenai MyETF sila ke laman web berikut iaitu
http://www.myetf.com.my/
Pelaburan Indeks: Strategi Orang Malas
KLCI tidak jatuh teruk setiap hari.
Justeru, kita memerlukan kesabaran yang sangat tinggi untuk membeli syarikat-syarikat
berkaitan indeks kerana kita perlu tunggu sehingga KLCI jatuh dengan teruk barulah dapat
membeli.
Saya suka menyebut strategi ini sebagai strategi orang malas beli saham. Buka share trading
account siap-siap, sementara KLCI tengah naik dengan banyak jangan beli dulu, simpan
sahaja duit dalam akaun simpanan Tabung Haji atau ASB, dan apabila berita menggambarkan
ekonomi dunia sudah runtuh, beranikan diri untuk membeli saham syarikat-syarikat indeks
atau pun MyETF.
Ya, semalas itu. Tidak perlu buat analisa lebih-lebih. Cuma kena ada sedikit semangat
seorang perwira, iaitu sifat berani ketika semua pihak berkata yang buruk-buruk tentang
ekonomi dunia, ekonomi negara dan pasaran saham.
Amacam
Ada berani beli masa pasaran jatuh teruk?

Dah Ada Modal Pelaburan, Jalan Terus


by Suzardi Maulan
Alhamdulillah.
Kalian kini dapat memulakan pelaburan saham sendiri dengan langkah kanan.
Saya rumuskan 12 perkara:
1. Membeli saham adalah membeli bisnes
2. Mesti berani menaiki roller-coaster semasa membuat pelaburan saham.
3. Beli bisnes yang kita faham sahaja. Ia cuma di hadapan mata.
11

4. Tetapkan pulangan pelaburan yang realisitik.


5. Beli yang halal-halal sahaja
6. Beli pada harga diskaun.
7. Sama ada dibandingkan dengan aset nyata.
8. Atau, dibandingkan dengan pendapatan.
9. Atau, kedua-duanya sekali.
10. Jual semula ketika harga mahal.
11. Perlu beri komitmen khas.
12. Jika tak mampu buat semua di atas, beli indeks!
Oh ya, saya tak menjamin keuntungan setiap kali berjual beli saham. Tutorial ini adalah untuk
membantu kalian mula menjadi seorang pelabur saham dengan cara yang lebih baik dari
sekadar mencari tips-tips saham.
Kita tidak lagi menjadi kaki judi dalam pasaran saham seterusnya tidak lagi meleburkan duit
yang telah kita kumpul dengan susah payah, dengan penat jerih, dengan segala kudrat dan
tenaga, dengan sia-sia begitu sahaja. Kini kita merupakan seorang pelabur.
Semua orang nak buat duit. Tetapi jalannya panjang. Selalunya sesat jalan dulu baru jumpa
jalan yang betul. Sebabnya kita ingat buat duit ini ada jalan short-cut.
Langkah pertama adalah uruskan duit gaji dulu dengan baik sebelum mula melabur. Maka,
perjalanan kita dapat menjadi lebih cepat dan mudah. Sila dapatkan ebook Panduan Cashflow
untuk menguruskan duit gaji. Sila ke http://www.panduancashflow.com
Pasaran saham adalah tempat duit buat duit. Bukan tempat, tiada duit, nak buat duit.
Mulakan pelaburan dengan modal yang kita sanggup hilang semua dulu. Duit lebih. Free
cashflow. Duit simpanan khas untuk pelaburan. Misi pertama pelaburan tuan adalah
membuat satu portfolio saham yang membeli sehingga 5 syarikat sahaja terlebih
dahulu dengan modal tersebut.
Seterusnya beri masa modal bekerja untuk kita sehingga tempoh 3 tahun untuk melihat hasil
pelaburan. Kemudian, sekiranya masih gagal buat untung secara konsisten dalam tempoh
tersebut, barangkali rezeki pelaburan bukan dalam pasaran saham. Jangan terus meleburkan
duit dengan sia-sia.
Jika tuan rugi, tuan rugi setakat sebahagian modal sahaja dan tuan telah mencuba.
Jika tuan untung, maka potensinya adalah besar

12

Dont be too timid and squeamish about your actions. All life is an experiment. The more
experiments you make the better. Ralph Waldo Emerson
Selamat datang ke dunia pelaburan saham.
May the profit be with you.

13

Anda mungkin juga menyukai