Anda di halaman 1dari 5

PROGRAM MAJLIS PENUTUP ORIENTASI PELAJAR SYAHADAH ULYA

SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU, BESUT DENGAN


KERJASAMA PONDOK MODEN AL-ABAQIRAH BERSAMA MUFTI WILAYAH
PERSEKUTUAN
Masa

Perkara

12.00PM

Mengumumkan ketibaan
Yang Berbahagia
Sahibus Samahah
Datuk Dr Haji Zulkifli Bin Mohammad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
hadirin di pohon berdiri.
-

Tindakan

Nyanyian pelajar
Lagu selamat datang
Lagu al-abaqirah
----------VIP DUDUK----------

Melayang serindit di atas permatang,


Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal BismilLah pembuka bicara.

Yang Berbahagia
SAHIBUS SAMAHAH
DATUK DR HAJI ZULKIFLI BIN MOHAMMAD AL-BAKRI
MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

Yang Berusaha
TUAN HJ ABDUL WAHAB BIN MOHD ARSHAD
PENGETUA
SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ YAYASAN
TERENGGANU ,BESUT.

Yang Berusaha
USTAZ MUHAMAD HAIKAL BIN ABD HAMID
NAIB MUDIR
PONDOK MODEN AL-ABAQIRAH, MAIWP.
Yang dihormati
Barisan Tenaga Pengajar serta pelajar-pelajar PONDOK
MODEN AL-ABAQIRAH, MAIWP dan yang diraikan
barisan tenaga pengajar bersama para pelajar SEKOLAH
MENENGAH IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU
BESUT yang dikasihi Allah s.w.t sekalian.
Assalamualaikum Wrt. Wbt.
Majlis terlebih dahulu mengalu-alukan kehadiran Ybhg. S.S
Datuk Mufit Wilayah Persekutuan,Pengetua SM Imtiaz
Yayasan Terengganu, Besut,dan hadirin hadirat sekalian ke
PROGRAM MAJLIS PENUTUP ORIENTASI PELAJAR
SYAHADAH ULYA
Untuk makluman hadirin hadirat sekalian, majlis ini
diadakan sebagai penutup taaruf week atau penutup minggu
orientasi pelajar baru SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ
YAYASAN TERENGGANU BESUT di bawah program assyahadah al-ulya.
Disamping itu, majlis ini juga dapat dijadikan sebagai satu
platform pertemuan serampang dua mata di antara warga
SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ YAYASAN
TERENGGANU, BESUT untuk bersama dengan nadi
penggerak ataupun pencetus idea kepada iaitu Sahibus
Samahah Datuk Dr Haji Zulkifli Bin Mohammad Al-Bakri
dan juga dapat mengeratkan ikatan silaturahim antara warga
PMA dengan warga SM Imtiaz YT Besut.
Hadirin hadirat sekalian, SM IMTIAZ YAYASAN
TERENGGANU ,BESUT mempunyai sedikit persamaan
dengan PONDOK MODEN AL-ABAQIRAH dimana sesi
pembelajaran yang dilaksanakan adalah gabungan antara
pelajaran akademik, Al-Quran dan pengajian kitab turath.

Hadirin Hadirat yang dirahmati Allah sekalian

Buluh diasah jalinan disemat


Gubahan diolah bawa berangkat
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat.
Bagi memberkati majlis kita pada hari ini marilah kita
sama-sama menadah tangan dan mengaminkan bacaan doa
yang akan di pimpin oleh Al-Fadil
Syeikh mustofa bin yusuff,
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
------------------DOA DI BACA-----------------Amin amin ya rabbal alamin
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Al-Fadil
.
Diatas bacaan doa itu tadi.

Bagi meneruskan majlis kita pada pagi yang barakah ini,


majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan:Yang Berusaha
TUAN HJ ABDUL WAHAB B. MOHD ARSHAD
PENGETUA
SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ YAYASAN
TERENGGANU BESUT
untuk menyampaikan ucapan aluan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
----------UCAPAN ALUAN---------Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada ybhg.
TUAN HJ ABDUL WAHAB B. MOHD ARSHAD
PENGETUA
SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ YAYASAN
TERENGGANU BESUT
Di atas ucapan beliau sebentar tadi.
Awan bersua citra berkisah,
Ukiran sukma kilauan kelisa,

Bingkisan aluan selesai sudah,


Persembahan pelajar menyusul pula.
Untuk memeriahkan lagi suasana, majlis menjemput
kumpulan Wildan, Pondok Moden Al-Abaqirah untuk
mempersembahkan alunan nasyid mereka.
Dengan segala sukacitanya dipersilakan.
----------PERSEMBAHAN NASYID---------Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada kumpulan
Wildan, Pondok Moden Al-Abaqirah diatas persembahan
itu tadi.
Seterusnya majlis dengan segala hormat dan takzimnya
menjemput dan mempersilakan:YANG BERBAHAGIA
SAHIBUS SAMAHAH
DATUK DR HAJI ZULKIFLI BIN MOHAMMAD AL-BAKRI
MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

Untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan


PROGRAM MAJLIS PENUTUP ORIENTASI (TAARUF
WEEK) PELAJAR SYAHADAH ULYA.
Dengan segala hormatnya dipersilakan
----------UCAPAN PERASMIAN---------Untuk itu, Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan ribuan terima kasih kepada
YBHG SS DATUK MUFTI

Di atas ucapan dan perasmian sebentar tadi.

******************PENUTUP******************
Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian,

Saya mewakili pihak majlis dengan ingin memohon jutaan


kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang pengacaraan
saya mengendalikan majlis ini dari awal hingga akhirnya.
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita,
Kalau silap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.
Majlis dengan ini, menjemput Ybhs.Naib Mudir Ustaz
Muhamad Haikal b. Abd Hamid mengiringi YBHG. SS.
Datuk Dr. Zulkifli bin Muhammad Al-Bakri, Mufti Wilayah
Persekutuan , Ybhs. Tuan Haji Abdul Wahab b. Mohd
Arshad, Pengetua SM Imtiaz Yayasan Terengganu, Besut
untuk menikmati menu juadah yang telah disediakan.
Turut dijemput kepada tetamu jemputan dari SM Imtiaz
Yayasan Terengganu, Besut untuk sama-sama menikmati
jamuan hidangan yang disediakan. Dipersilakan.
Akhir kalam.... saya sudahan dengan lafaz yang mulia
Wabillahi taufik wal hidayah Assalamualaikum wbt.