Anda di halaman 1dari 2

SOALAN FORUM

Berdasarkan DUA pernyataan berikut yang dipetik daripada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013
2025, sila berikan pandangan anda. Sila berikan contoh-contoh yang relevan dan konkrit untuk menyokong
pandangan anda. Seterusnya, bincangkan dengan memberi maklum balas terhadap pandangan rakan anda.
Sekolah berprestasi rendah umumnya bergelut dengan bilangan program yang perlu dilaksanakan dan
melaporkan bahawa mereka tertekan dan terbeban. Sebaliknya, sekolah yang mencatatkan peningkatan atau
sekolah berprestasi baik, Pengetua / Guru Besarnya mempunyai kefahaman yang kukuh tentang perkara penting
untuk sekolah mereka dan bertindak tegas dengan menumpukan guru dan komuniti sekolah kepada amalan
utama yang perlu dilaksanakan. Hal ini menggambarkan peranan penting yang dimainkan oleh Pengetua / Guru
Besar dalam membentuk prestasi sekolah.
(Hlm: 4-21)
Pengetua / Guru Besar yang tekal berprestasi rendah diberi pilihan untuk peralihan peranan. Sama seperti
guru, pengetua / guru besar yang menunjukkan prestasi rendah akan diberikan latihan dan sokongan untuk
membantu mereka meningkatkan prestasi. Sekiranya prestasi rendah mereka dikaitkan dengan isu khusus
tentang konteks dan persekitaran kerja, mereka akan diberi peluang untuk ditempatkan semula ke sekolah lain.
Pengetua / guru besar yang berterusan menunjukkan prestasi rendah berkemungkinan lebih sesuai diberikan
peranan lain dan ditempatkan semula di sekolah lain.

JAWAPAN
PERANAN PENGETUA/GURU BESAR
MENJANA KECEMERLANGAN SEKOLAH
Misi Kementerian Pendidikan ialah untuk membangunkan sistem pendidikan bertaraf
dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi
aspirasi Negara Malaysia. Mengurus sekolah dengan berkesan adalah sukar dan kompleks
kerana akan berlaku perubahan yang akan membawa kepada sesuatu yang baru dari
kelaziman dan memerlukan kepemimpinan yang berkaliber. Pembentukan kepemimpinan
dengan kaedah kepemimpinan secara tersusun dan terancang akan dapat mengesan kebolehan
memimpin yang dimiliki dan membantu Guru Besar mengenali diri mereka dan kemampuan
menjadi pemimpin Kecemerlangan sekolah biasanya dikaitkan dengan keterampilan
pemimpin. Sekolah cemerlang sering dikaitkan dengan gaya kepemimpinan yang mantap
mereka. Pelbagai kursus dan aktiviti yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran
kepemimpinan sekolah dianjurkan oleh Kementerian pelajaran. Namun masih terdengar
bisik-bisik mengatakan bahawa kepemimpinan sekolah masih berada ditakuk lama,
pemimpin sekolah masih mengamalkan pendekatan lama dan kurang aktif, pemimpin masih
bersikap autokratik, kurang berkesan dan tidak mengikut perubahan. Mok Soon Sang (2007),
menyatakan kepemimpinan di dalam pengurusan organisasi pendidikan, khasnya di sekolah
boleh dirujuk sebagai kebolehan Guru Besar memotivasi, mempengaruhi dan mengubah
sikap dan tingkahlaku warga sekolah untuk melaksanakan program-program sekolah dengan
sikap positif dan penuh dedikasi, demi mencapai visi, matlamat dan aspirasi sekolah. Oleh itu
kemahiran kepemimpinan dalam pelbagai teknik diperlukan untuk mempengaruhi mereka
melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan keberkesanan dan pencapaian yang
diharapkan seperti kemahiran bekerjasama, memahami nilai, kemahiran menggunakan deria
dalaman, kemahiran diri sendiri, kemahiran melihat masa depan, kemahiran membuat
ramalan atau jangkaan dan kemahiran membentuk misi dan visi

Sebagai manuasia biasa yang telah dilantik sebagai pemimpin sekolah sudah pasti
terdapat kelebihan dan kekurangan masing-masing dalam menguruskan sekolah. Bakat
semulajadi sebagai pemimpin yang berkesan memang telah dianugerahkan oleh Allah.
Walaubagaimanapun seseorang yang telah dipertanggungjawabkan sebagai pemimpin
sekolah perlu juga mempersiapkan diri dengan ilmu-ilmu kepimpinan supaya pentadbiran
dapat dijalankan dengan berkesan. Tanpa ilmu yang mencukupi sudah pasti kita tidak mampu
mengurus dengan baik. Selain itu, terdapat beberapa ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang
pemimpin yang berkesan antara ciri-ciri itu adalah seperti berikut:
Seorang pemimpin mestilah
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix.
x.
xi.
xii.

berani membuat keputusan dan bertindak


menguasai maklumat berkaitan organisasi yang dipimpin
Jujur dan dapat dipercayai
Mampu bertanggungjawab
Mampu menggariskan hala tuju sekolah
Mampu mendelegasikan tugas dengan baik
Cepat menangani dan mengatasi segala masalah
Memiliki sikap yang positif
Berkemampuan berkomunikasi secara efektif
Keberanian sosial dan percaya diri
Mampu mengembangkan setiap potensi yang ada pada anggota organisasi
Mampu mengendalikan keadaan walau keadaan apa sekali pun

Sebagai kesimpulannya, menempatkan pemimpin yang berprestasi tinggi di sekolah


sangatlah perlu bagi mempastikan setiap perancangan kerajaan dalam memperkasakan sistem
pendidikan Negara ini dapat dilaksanakan. Melalui kursus-kursus yang telah diberikan
kepada pemimpin sekolah diharap semua pemimpin sekolah akan lebih perkasa dan berupaya
membawa sekolah masing-masing ke tahap tertinggi.

Anda mungkin juga menyukai